P. 1
Ucapan Pengarah JPNS Untuk Program Satellite Sains Center

Ucapan Pengarah JPNS Untuk Program Satellite Sains Center

|Views: 25|Likes:
Published by azie

More info:

Categories:Types, Speeches
Published by: azie on Nov 08, 2010
Copyright:Traditional Copyright: All rights reserved

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/18/2010

pdf

text

original

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TEKS UCAPAN PERASMIAN PENGARAH JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS UNTUK

PROGRAM ”SATELITTE SCIENCE CENTER”
TAHUN 2010

6 NOVEMBER 2010 PKG GEMENCHEH 1

(KATA ALU-ALUAN) Yang Berbahagia Cik Phyllis Lam Li Wan Ketua Penolong Pengarah Pusat Sains Negara Yang Berusaha En. Abdullah bin Yussuf Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan Yang Berusaha En Zainal bin Yusof Guru Besar SK Datuk Abdullah (Merangkap Pengerusi PKG Gemencheh) Para Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Tampin Ketua-ketua Jabatan Semua Urusetia Program Guru-guru SK Datuk Abdullah Agensi-Agensi Pameran, (terdiri dari Jab. Meteorologi, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Sembilan) Para guru, pelajar Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian

Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa kesyukuran kerana dengtan izin Nya kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi Program ”Satelite Science Centre” Pusat Sains Negara. Insyaallah, perancangan untuk menjayakan program ini akan berhasil dengan sikap semua peserta dalam memahami teknologi sains. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jawatankuasa program dari Pusat Sains Negara, JPNS, PPD Tampin, BTPNNS dan PKG Gemencheh kerana telah bersama-sama menjayakan program ini. Syabas dan tahniah kepada Pengarah Pusat Negara Prof Madya Dr. Irmawati Ramli kerana telah memilih Tampin untuk mempromosikan sains untuk komuniti daerah ini khususnya dan Negeri Sembilan amnya. 2

(LATAR BELAKANG DAN DASAR) Tuan-tuan dan puan-puan, Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan penuh dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Kemajuan keupayaan Sains dan Teknologi adalah cabaran yang ke enam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber Sain & Teknologi yang ada dalam negara, untuk mencapai hasrat menjadikan masyarakat negara ini sebagai ahli masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban Sains dan Teknologi pada masa hadapan. Matlamat meningkatkan keupayaan Sains & Teknologi berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu ekonomi yang cekap teknologinya, mampu melakukan penyesuaian, pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih. Selaras dengan strategi mengutamakan pembangunan Sains & Teknologi, negara kita telah mengumumkan Dasar Sains dan Teknologi Negara pada bulan April 1986 bertujuan, menggalakkan penggunaan Sains & Teknologi sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosioekonomi negara. Dasar Sains dan Teknologi Negara memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain bidang yang berkaitan.

3

(DASAR BARU) Tuan-tuan dan puan-puan, Malaysia telah banyak membuat pelaburan dalam pembangunan Sains & Teknologi dan industri yang berasaskan pengetahuan. Sumber negara yang terhad, perlulah digunakan dengan bijaksana untuk menjana produk dan perkhidmatan yang diperlukan. Dasar Sains dan Teknologi Negara Kedua dan Pelan Tindakan adalah berdasarkan kepada fakta bahawa di dalam ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan, perolehan, penjanaan dan pencanaian idea kepada produk, proses dan perkhidmatan memerlukan pelaburan yang teguh dalam : • membangunkan kapasiti dan keupayaan sumber manusia • meningkatkan dan mengukuhkan infrastruktur S&T • memperkukuhkan rantaian strategik ; dan • menggalakkan budaya kecemerlangan dalam sains, inovasi dan tekno-usahawan. Kejayaan dalam bidang ini bukan automatik. Penguasaan dalam bidang Sains & Teknologi memerlukan masa yang lama dan kewangan yang banyak. Oleh kerana sumber yang ada begitu terhad, Malaysia tidak boleh meletakkan risiko yang tinggi dalam melaksanakan pembangunan negara kepada satu peluang sahaja. Pendekatan yang proaktif dan bersepadu sangat penting sekiranya Malasyia ingin meletakkan dirinya sebaris dengan negara lain yang lebih maju dan berpengaruh. Keadaan ketika Dasar Sains & Teknologi yang pertama mula dibuat telah jauh berubah. Oleh itu, negara ini perlulah membetulkan hala tujunya agar dapat memastikan matlamat sosio-ekonominya tercapai.

4

(KERJASAMA PIHAK2 BERKAITAN) Tuan-tuan dan puan-puan, Setiap agensi dan jabatan berkaitan khususnya Jabatan Pelajaran Negeri, PPD, BTPN, PKG dan sekolah mestilah bersama-sama berganding bahu dalam menjalankan dan mengembangkan ilmu sains dan teknologi ini terutamanya kepada golongan pelajar. Contohnya Jabatan Pelajaran Negeri, PPD, BTPN, PKG dan sekolah haruslah bekerjasama dengan pihak universiti untuk mencari aktiviti yang bersesuaian dalam memupuk perkembangan ilmu kepada para pelajar kita. Kita mestilah mencari satu kaedah yang berkesan bagaimana para pelajar kita dari luar bandar dapat dapat mengakses maklumat yang lengkap mengenai Sains dan Teknologi dengan pantas. Seperti yang kita sedia maklum bahawa bidang sains sentiasa berkembang dari masa ke semasa. Di sini kita melihat para pelajar kita di bandar lebih mendahului dalam capaian maklumat dalam apa jua bidang ilmu dengan adanya pelbagai kemudahan teknologi internet, tempat tinggal berhampiran dengan perpustakaan, pusatpusat kajian seperti Pusat Sains Negara, Planetrium, dan berbagai agensi atau jabatan lain yang menawarkan kemudahan dalam pencapaian maklumat. Maka salah satu kaedah yang berkesan untuk merapatkan jurang mengakses maklumat dalam bidang Sains & Teknologi antara pelajar luar bandar dan bandar ini, adalah dengan program seperti yang dijalankan oleh Pusat Sains Negara. Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan amat mengalu-alukan kesudian pelbagai agensi dari pelbagai jabatan kerajaan dan swasta yang terlibat dengan aktiviti pameran, ceramah dan demonstrasi selama dua hari program ”Satellite Science Centre” ini dijalankan. Dengan pelbagai program yang dijalankan, kita mengharapkan minat dan semangat dapat dipupuk kepada para pelajar dalam mengejar bidang ilmu Sains & Teknologi terutama yang menjurus kepada bidang ilmu angkasa lepas, teknologi yang digunapakai dan manfaat mengenai bidang sains angkasa lepas secara amnya kepada masyarakat dan pelajar juga khususnya kepada pembangunan negara.

5

(KATA PENUTUP) Saya difahamkan bahawa peralatan pameran Pusat Sains Negara yang diletakkan di Pusat Kegiatan Guru Gemencheh ini boleh boleh dipinjam untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran. Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh warga pendidik terutamanya guruguru Sains di Daerah Tampin, datanglah ke Pusat Kegiatan Guru Gemencheh. Manafaatkanlah dengan sebaik-baiknya kemudahan yang telah disediakan oleh Pusat Sains Negara untuk meningkatkan P&P di sekolah tuan-tuan dan puan-puan. Akhir kata saya mengharapkan di akhir program ini akan dapat memberi suatu input yang berguna kepada kita, para pelajar, guru, masyarakat setempat dan juga negara. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pusat Sains Negara, Setiasuaha Kerajaan Negeri Sembilan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin, Agens-agensi Luar serta para guru, pelajar serta masyarakat setempat yang turut sama dalam menjayakan program yang amat bermakna ini. Dengan ini : Dengan Lafaz (Bismillah) saya merasmikan pembukaan program PAMERAN ” SATELITTE SCIENCE CENTER ” di PKG Gemencheh bagi tahun 2010. Sekian, terima kasih.

6

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->