BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH PUSAT SAINS NEGARA UNTUK

PROGRAM ”SATELITTE SCIENCE CENTER”
TAHUN 2010

6 NOVEMBER 2010 PKG GEMENCHEH

(KATA ALU-ALUAN) Terima kasih Pengerusi Majlis. Yang Berbahagia En Tajudin bin Abd Rahman Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tampin (Mewakili Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan) Yang Berusaha En. Abdullah bin Yussuf Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan Yang Berusaha En Zainal bin Yusof Guru Besar SK Datuk Abdullah (Merangkap Pengerusi PKG Gemencheh) Para Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Tampin Ketua-ketua Jabatan Semua Urusetia Program Guru-guru SK Datuk Abdullah Agensi-Agensi Pameran, (terdiri dari Jab. Meteorologi, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Sembilan) Para guru, pelajar Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Selamat datang ke program di ” Stallite Science Centre ” yang memfokuskan kepada usaha untuk menarik minat pelajar, guru dan masyarakat setempat ke arah pembelajaran sains dan teknologi yang menyeronokkan melalui pameran sains hands-on interactive. Terlebih dahulu saya bagi pihak Pusat Sains Negara ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin, Pusat Kegiatan Guru Gemencheh, SK Datuk Abdullah dan agensiagensi luar KPM yang terlibat dengan pameran. Ucapan terima kasih juga kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang turut memberi sumbangan dalam menjayakan program ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat datang kepada para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan yang dapat hadir pada pagi ini. Hadirin yang dihormati, Pusat Sains Negara merupakan sebuah institusi pendidikan tidak formal yang berperanan untuk mencetus dan menyemai minat rakyat Malaysia ke arah pembelajaran sains dan teknologi sepanjang hayat. PSN mensasarkan generasi muda khususnya para pelajar sekolah menengah dan rendah, disamping golongan dewasa ibu bapa, guru-guru dan juga masyarakat setempat. Wakil PSN dibawah penyelarasan BTP telah mengadakan lawatan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sembilan (PSPN) , PKG Nilai dan PKG Gemencheh untuk meninjau kesesuaian kemudahan dan kerjasama daripada pihak berkenaan untuk mewujudkan kerjasama erat antara kedua-dua belah pihak.

Hasil daripada lawatan tersebut, PSN mendapati PSPN dan PKG merupakan landasan yang amat sesuai untuk aktiviti-aktiviti PSN. Berdasarkan justifikasi tersebut, maka PKG Gemencheh telah dipilih untuk dijadikan Minit Pusat Sains Negara pada tahun 2005 dengan 24 bahan telah diletakkan sebagai bahan pameran. PKG Gemencheh adalah satu-satunya PKG dalam Malaysia yang telah dipilih dan dijadikan Mini Pusat Sains Negara. Bahan-bahan pameran yang dipamerkan boleh digunakan sebagai alat bantuan mengajar, aktiviti-aktiviti sains dan sebagainya. Pada masa yang sama ruang pameran turut dibuka kepada orang ramai, khususnya ibu bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah berhampiran. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, program ini merupakan cetusan idea Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang lalu iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Rafie bin Mahat yang ingin melihat BTPKPM, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru dimanafaatkan semaksima mungkin dengan mengadakan kerjasama pintar dengan agensi-agensi luar KPM . Antara objektif program ini adalah ke arah meningkatkan minat pelajar dalam matapelajaran pembelajaran Sains yang disamping memberi PSN pendedahan juga kepada akan teknik dapat menyeronokkan. berharap

meningkatkan kepelbagaian teknik pengajaran melalui aktiviti pendidikan PSN – Professional Development untuk guru-guru. Selain itu program yang dijalankan diharapkan akan mencapai kumpulan sasaran ke segenap lapisan masyarakat melalui rangkaian JPNS, BTPN Negeri dan PKG sebagai focal point di seluruh negara. Sempena dengan Program di “Satellite Sains Centre” ini juga diadakan Pameran Sains dan Teknologi kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang meliputi ceramah sains, demonstrasi sains, bengkel rekacipta

dan cabaran puzzle. Pada program ini juga turut diadakan pameran daripada berapa agensi kerajaan dan swasta yang bertemakan Sains dalam kehidupan seharian yang bertujuan untuk memberi kesedaran berkaitan betapa pentingnya sains dan teknologi kepada kehidupan kita. Pameran yang diadaka,n menunjukkan bahan-bahan dan produk terkini yang terhasil daripada sains dan teknologi. Pameran ini turut disertai Jabatan Meteorologi Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Jabatan BOMBA & Penyelamat Negeri Sembilan. BTPNNS dan PKG dengan kerjasama SMK Jelai Felda (1) turut mengadakan pameran yang berkaitan dengan perkongsian pintar iaitu Think Quest dan Project Based-Learning.

(KATA PENUTUP) Akhir kata sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa, agensi-agensi kerajaan dan swasta, para guru dan murid yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga program yang dilaksanakan akan dapat menghasilkan manfaat yang lebih berkesan mengenai kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran sains khususnya kepada para guru dan murid serta masyarakat setempat. Sekian, terima kasih