EKSPRESI 3

GOTONG ROYONG MEGA UUM 23000 pelajar sertai gotong
SINTOK: Seramai 23000 pelajar UUM berganding bahu menyertai gotong royong mega bersama-sama di semua DPP baru-baru ini. Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan gabungan semua DPP bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang tanggungjawab menjaga kebersihan yang perlu ada dalam diri setiap pelajar. Di samping aktiviti gotong royong, acara Senam Aerobik turut diadakan untuk memeriahkan lagi program yang dijalankan. Acara senam aerobik dikendalikan oleh pengawai dari Pusat Sukan UUM.

Penglibatan pelajar sepanjang proMenurut Dr. Mohd Khairudin gram amat mengalakkan. Bin Kasiran, Pengetua DPP Bank Program ini dapat memupuk Muamalat, program ini dijalankan semangat kerjasama kearah meninguntuk memastikan persekitaran DPP sentiasa berada dalam keadaan yang katkan tolak ansur, keharmonian bersih supaya kesihatan para pelajar dan perpaduan selaras dengan penterjamin dan terlindung daripada gukuhan jati diri bangsa” ujar beliau yang juga pensyarah Fakulti penyakit berbahaya. Antara aktiviti yang di- Teknologi Maklumat. jalankan adalah seperti pembersihan sekitar kawasan kediaman, pembersihan dan pengecatan landskap, pembersihan gelangang badminton dan pemasangan jaringan badminton. “Seramai 400 pelajar dan pegawai di DPP Bank Muamalat turut terlibat bagi menjayakan aktiviti gotong royong ini” kata beliau.

Oleh: Parvathy @ 128538

U-GRACE PUPUK KERJAYA USAHAWAN
Oleh: Nur Asnida@123081

S

intok 2 Ogos - Pusat Jaringan Universiti-Industri (UIL), Universiti Utara Malaysia (UUM), dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah memperkenalkan Program Usahawan Graduan Cemerlang (u-GRACE) sebagai satu landasan kepada para pelajar menceburi bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya. Penolong pengurus u-GRACE, Cik Norjannah Nasarudin berkata, u-GRACE merupakan satu program praktikum keusahawanan yang disertai oleh 100 orang pelajar UUM semester akhir yang dipilih berdasarkan minat dan kecenderungan mereka dalam aktiviti keusahawanan. “Bagi memastikan program ini mengikut garis panduan dan modul latihan keusahawanan yang telah disediakan, pihak UUM dan KPTM akan mengawasi dan memantau segala aktiviti sepanjang program tersebut dijalankan” katanya. Pelajar yang menyertai u-GRACE didedahkan dengan pelbagai aktiviti melibatkan empat fasa iaitu Fasa Jati Diri Usahawan Graduan Cemerlang, Fasa Latihan Simulasi Perniagaan (MyPec) dan Penempatan Keusahawanan, Fasa Penyediaan dan Pembentangan Rancangan Perniagaan serta Fasa Pemantauan dan Penyeliaan Akhir. Beliau berkata, sepanjang fasa tersebut, pelajar bukan sahaja diberi penekanan mengenai keusahawanan, tetapi juga membentuk sahsiah, keperibadian dan jati diri sebagai bekalan apabila mereka berhadapan dengan cabaran setelah menceburi bidang keusahawanan kelak. Melalui program u-GRACE, pelajar akan berusaha untuk membangun dan mencipta kerjaya keusahawanan sendiri bagi menyahut seruan kerajaan yang inginkan golongan usahawan dalam kalangan pelajar, kata beliau lagi.

“ pelajar akan berusaha untuk membangun dan mencipta kerjaya keusahawanan sendiri bagi menyahut seruan kerajaan yang inginkan golongan usahawan dalam
Program Jati Diri dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar.

Gotong-royong kukuh silaturrahim

SINTOK, 20 Julai - Kira-kira 1,200 mahasiswa baru Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyertai program „Gotong Royong Perdana Bersama Masyarakat Sempena Minggu Suai Kenal Sesi 2010/2011‟ di sekitar kawasan Changlun, 8 Julai lalu. Program yang pertama kali diadakan ini adalah untuk membantu mahasiswa baru mengenali kawasan Changlun di samping berbakti kepada masyarakat. Program ini adalah kerjasama daripada Pasar Raya C -Mart, Pejabat Ahli Parlimen Kubang Pasu, dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negari (ADUN) Bukit Kayu Hitam. Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Madya. Dr. Mohd. Amy Azhar Mohd. Harif ketika dihubungi berkata, peserta merupakan sebahagian daripada 4,667 orang mahasiswa baru yang mendaftar bagi sesi 2010/2011 yang mengikuti pelbagai kursus sarjana muda di UUM. Menurut beliau lagi, sebanyak 26 buah bas telah digunakan untuk membawa peserta dari kampus UUM di Sintok ke kawasan yang ditetapkan bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan di sana. “Para peserta menjalankan kerja-kerja pembersihan termasuklah menyapu sampah dan mencuci longkang di sekitar Pekan Changlun dan kampung -kampung berhampiran seperti Kampung Bendang Cheruk,

GAMBAR HIASAN: bersihkan tanah perkuburan

TEKUN membersihkan kawasan surau

Kampung Lembah Kerian, Kampung Changkat Setoi dan Kampung Masjid. Mereka juga turut membersihkan perkarangan masjid dan tanah-tanah perkuburan di kampung-kampung tersebut.”katanya. Beliau juga berkata bahawa pada kebiasaannya mahasiswa baru sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru mereka. Jadi dengan pelaksanaan program seperti ini, ia

dapat mengurangkan rasa takut dan mampu membentuk sebuah hubungan yang erat. Perjalanan program ini berlangsung seperti yang dijangkakan dan menepati matlamat untuk memupuk jalinan hubungan antara masyarakat dengan mahasiswa baru.

INDUKSI PERKOM MERIAH
Oleh Jamilah Bt Mohamed Ali @ 128493 SINTOK , 24 Julai – Aktiviti induksi bagi kursus Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diketuai oleh pelajar semester lima dan tiga ternyata meriah dengan kehadiran hampir 90 peratus pelajar semester satu bagi kemasukan sesi 2010/2011. Pengerusi Persatuan Komunikasi (PERKOM), Mohamad Alif berkata, objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara pelajar baru dengan pelajar komunikasi yang lain di samping memberikan pendedahan mengenai program Komunikasi kepada pelajar baru. Aktiviti induksi ini mendidik pelajar-pelajar semester satu untuk menimba pengalaman yang tidak dapat diperolehi sewaktu di dalam kelas dengan bergiat aktif di dalam persatuan. “Mereka datang ke universiti bukan sahaja untuk belajar, malah mereka perlu belajar untuk memiliki sesuatu kemahiran yang tidak boleh didapati di dalam kelas seperti menguruskan majlis, menguruskan persatuan untuk memperolehi pengalaman serta menjadi pemimpin kepada diri sendiri dan juga orang lain,” katanya ketika aktiviti tersebut berlangsung semalam. Aktiviti induksi yang dijalankan di hadapan padang kawad UUM disajikan dengan pelbagai acara menarik seperti sesi perkenalan diri, acara sukaneka dan sorakan dalam kumpulan. Pelajar semester satu, Siti Aminah Bt Muda berkata program induksi ini memberikannya pengalaman yang baru di samping menghilangkan perasaan malu dan berasa lebih yakin pada masa hadapan. “Aktiviti yang dijalankan sangat bagus. Melalui program ini saya dapat berkenalan dengan pelajarpelajar yang lebih senior dan boleh menjadikan mereka sebagai tempat rujukan.” menurut Siti Aminah.

ANTARA PELAJAR YANG HADIR

Yayasan Sarawak Sumbang Rm50,000
Kearah Melahirkan Graduan Berwawasan

Oleh Encik Ronald@128503 SINTOK, 23 Julai –Yayasan Sarawak telah menyediakan tabung kebajikan sebanyak RM50,000 kepada mahasiswa mahasiswi Sarawak yang menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM). Menurut Encik Mohamad Adzli Bin Ibrahim, Penolong Pengarah Yayasan Sarawak, “ pihak kami akan memperutukan sebanyak RM 50,000 untuk Tabung Pusingan kepada para pelajar Sarawak yang menuntut di UUM dan akan memproses pemohonan dalam masa yang singkat dan wang akan disalurkan melalui akaun Bank Islam pemohon.” Tabung kebajikan tersebut disediakan untuk pelajar yang memerlukan bantuan kewangan segera sekiranya mengalami kesulitan dari segi kewangan. Tabung Pusingan Yayasan Sarawak telah mula beroperasi sejak awal semester 2010/2011 atas permintaan para pelajar dan ibu bapa. Ini membolehkan pelajar mendapat pinjaman segera tanpa melalui pelbagai cara mahupun peringkat birokrasi. “Pelajar yang memerlukan bantuan segera perlu boleh mengisi borang di Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP)” kata Encik Azila sebagai Wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk Persatuan Siswa Siswi Sarawak (PERSIS). Tujuan pen yediaan tabung tersebut adalah selaras dengan matlamat utama penubuhan PERSIS iaitu menjaga kebajikan pelajar khususnya dari segi kewangan agar mereka dapat memberikan lebih tumpuan kepada peningkatan kecemerlangan akedemik dan kerjaya di masa depan.
Encik Azila sedang memberikan ucapan kepada mahasiswa mahasiswi Sarawak.

HOPE DAY BANTU MAHASISWA
Oleh : Siti Ezzah Bt. Azhiri
Sintok: Jabatan hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP) mengambil langkah unik dalam usaha mengalakkan mahasiswa aktif di kampus dengan menganjurkan Hari Organisasi Pelajar (HOPE DAY) bertempat di Dataran Perdana, baru-baru ini. Program ini diadakan bertujuan untuk mengalakkan para mahasiswa di universiti ini kekal aktif dengan menjalankan aktiviti berfaedah dalam mengisi masa lapang mereka. Selain itu, program sebegini juga dapat mengelakkan mereka daripada melakukan aktiviti yang tidak bermoral.

Pengarah Program berkata, program ini diadakan bertujuan untuk mengalakkan para mahasiswa untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum selaras dengan akademik. Katanya lagi, program ini secara tidak langsung memberi kesedaran kepada mahasiswa bahawa kecemerlangan diri bukan sahaja melalui pencapaian akademik tetapi penglibatan aktif di dalam pelbagai aktiviti. Program ini berlangsung selama tiga hari dengan pembukaan gerai dan pameran dari pelbagai kelab dan persatuan yang ada di universiti ini. Para mahasiswa yang bermiant boleh mandaftarkan diri di kelab dan persatuan yang mereka ingin sertai.

Seorang peserta, Rosnah Hanafi berkata, program sebegini mendedahkan kepada pelajar dengan pelbagai aktiviti berfaedah bagi memenuhi masa lapang dan secara tidak langsung mengurangkan berlakunya masalah sosial yang semakin menular pada hari ini. “ Saya yakin mahasiswa akan lebih berjaya dengan penglibatan aktif dalam aktiviti universiti serta membantu untuk persediaan di alam pekerjaan kelak”, tambahnya lagi. Jalinan kerjasama yang diwujudkan bagi mengalakkan mahasiswa di universiti ini bergiat aktif di dalam pelbagai aktiviti yang mampu menaikkan nama universiti dengan pelbagai pencapaian yang bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah kejayaan di peringkat global.

Oleh : Siti Ezzah Bt. Azhiri s128508@student.uum.edu.my

MALAM GAZA 1 MALAYSIA
Sambutan menggalakkan dari seluruh warga UUM
DISEDIAKAN OLEH : SITI NUR HANIS BINTI MOHD SAAD (s128498)

Sintok – Sempena Malam Pahlawan yang disambut oleh warga Sintok, Malam Pahlawan dan Pembebasan Gaza turut dianjurkan di Dewan Muadzam Shah untuk mengingati perjuangan juga penderitaan rakyat Palestin, baru-baru ini. Majlis dihadiri oleh Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Tun Fairuz bin Sheikh Abdul Halim, Naib Canselor UUM Profesor Dr. Mohamed Mustafa Ishak serta beberapa ahli Majlis Eksekutif yang lain. Konsert dimulakan dengan pembacaan sajak oleh pelajar-pelajar UUM berkenaan dengan Gaza yang telah diambil haknya bermula dari tahun 1947 hingga sekarang.

Pembukaan konsert Malam Pembebasan Gaza

Malah, konsert tersebut turut dihiburkan oleh Al-Rayyan iaitu kumpulan pelajar antarabangsa UUM, walaupun menggunakan Bahasa Arab di dalam persembahan, mereka tetap mendapat tepukan yang gemuruh daripada para penonton. Selain pelajar UUM, kumpulan Firdaus iaitu bekas pelajar UUM yang menyambut hari penubuhan kumpulan mereka pada hari yang sama menyatakan bangga kerana dapat menyertai konsert ini. Turut memeriahkan dan mengejutkan para pelajar UUM, penampilan pelajar-pelajar Akademi Fantasia 7 dan 8 seperti Iwan, Maulana dan Akim serta Rabbani yang membuat persembahan penutup. Selain misi untuk memberi kefahaman kepada pelajar UUM mengenai Gaza yang merupakan isu kemanusiaan, terdapat misi lain yang tidak ketinggalan iaitu misi menyatukan masyarakat pelbagai lapisan kaum di Malaysia. Semasa Konsert ini, masyarakat Malaysia pelbagai bangsa dan agama disatukan di dalam Konsert ini. Menurut Nor hazwani,22, “ Konsert ini dihadiri oleh hadirin pelbagai kaum di mana mereka saling menentang tindakan kejam Israel yang mana jarang dilihat di luar”. Pada penutup konsert, pihak UUM menyampaikan plak cek hasik sumbangan daripada pelajar serta seluruh warga UUM kepada wakil Bulan Sabit Merah Kedah.

PENGHAYATAN 1MALAYSIA MASIH KURANG DI IPT?
PERSATUAN PELAJAR TIDAK BERFUNGSI SATUKAN PELAJAR Oleh Zareha Hayat Binti Mohd Alias (128492) SINTOK:

Laungan konsep 1Malaysia telah lama dicanang oleh pihak media bertetapan dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mewujudkan kefahaman dalam kalangan rakyat tentang konsep 1Malaysia. Antara medan yang paling berpontensi bagi merealisasikan konsep ini adalah di institusi pengajian tinggi (IPT). Sebagai generasi muda yang akan menerajui kepimpinan Negara pada masa akan datang adalah amat perlu untuk golongan pelajar ini menghayati konsep 1Malaysia bagi mewujudkan keutuhan kepelbagaian kaum di Malaysia. Mohamad Akmal Mohamed Mahfot, pelajar tahun satu Universiti Utara Malaysia berpendapat adalah amat perlu bagi pelajar-pelajar di IPT untuk membina hubungan yang akrab dengan kaum lain bagi memperkukuhkan institusi Negara. Rakannya, Tamilarasan A/L Subarmaniam yang menyertai kelab kepimpinan menambah antara punca yang menyebabkan masyarakat pelbagai

kaum di Malaysia kurang berintegrasi adalah disebabkan masalah dalaman setiap anggota masyarakat yang tidak dapat menerima kaum lain dengan hati yang terbuka. Manakala Tan Hoe Teck, 20 tahun yang berasal dari Taiping, Perak berkata bahawa dia berasa amat teruja untuk mempunyai kawan yang pelbagai kaum. Tan menyatakan mereka mula berkenalan disebabkan persamaan jadual waktu kuliah yang menyebabkan mereka kerap bertemu secara tidak langsung hubungan mereka menjadi semakin akrab sehingga boleh duduk semeja untuk makan bersama.

identiti pelajar terutamanya dalam pergaulan dengan masyarakat yang majmuk di dunia luar. Tetapi malangnya kebanyakan persatuan pelajar kurang berfungsi untuk mendalami masyarakat setempat seterusnya membina hubungan kukuh dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara hidup bermasyarakat.

Sebagai tulang belakang Negara pada masa akan datang adalah perlu bagi pelajar-pelajar ini untuk menghayati dan menyokong puncak kepimpinan Negara dalam memudahkan urusan Negara untuk membentuk Negara Malaysia yang maju d Dalam kerancakan membina minda kelas per- an berdaya saing. tama pelajar di universiti pelajar tidak lari dari mencari identiti diri dan membentuk jati diri. Di samping kursus yang diambil sedikit sebanyak dapat mempengaruhi cara pemikiran pelajar, persatuan pelajar turut berpontensi dalam mengurus Tiga kawan karib ini tekun bercerita dan mencorakkan

-Perkahwinan Islam Kursus Pra
Ke arah Membangunkan Instituti Keluarga BaOleh cik, Sentha@111810 UUM, SINTOK, 2 OGOS – Unit Latihan Dan Pendidikan Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) mangadakan kursus praperkahwinan islam di Dewan Seminar Universiti Utara Malaysia-CAS (FTM) pada 6 dan 7 ogos dan juga pada 24 dan 25 september 2010. Menurut penyelaras aktiviti, Encik Ahmad Zabadi Mokhtar, kursus ini diadakan bagi peserta memahami erti Islam, Iman dan Ihsan dan ciri-ciri ketiga-tiganya, peranan aqidah di dalam pembinan insan dan keperluan untuk dihayati oleh suami isteri dalam kehidupan berkeluarga dan juga perkaraperkara yang boleh merosakkan aqidah serta implikasi kerosakan aqidah terhadap sistem kekeluargaan Islam. Kursus ini akan berlangsung selama dua hari dimana terdapat dua sesi iaitu pada ogos serta september disediakan dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang bagi menyenangkan para peserta. “Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM65 dan Sijil Jabatan Agama Islam Kedah akan diberikan kepada setiap peserta yang hadir”, kata Encik Ahmad Zabadi Mokhtar.

PERKOM ADAKAN PROGRAM INDUKSI
Perkom tingkat semangat kerjasama
SINTOK: Persatuan Komunikasi “ Melalui program ini, dapat cari harta karun, senaman aerobik, (PERKOM) ditubuhkan di Uni- mengenali satu ruang persaha- mencari puzzle dan sebagainya. versiti Utara Malaysia (UUM) se- batan dapat diwujudkan antara Setiap aktiviti yang diadakan semenjak Program Komunikasi pelajar baru dengan pelajar memangnya menghiburkan pelajar baru supaya mereka diperkenalkan. Persatuan ini ber- lama. Mereka dapat mengenali -pelajar lamat menyatukan

operasi dengan memegang mat- senior-senior mereka dan mem- berasa gembira dan tidak berasa mahasisiwa bolehkan mereka memperolehi jangkal dengan persekitaran UniAktiviti-aktiviti yang dan mahasiswi program komuni- bantuan dalam hal akdemik dan versiti.

kasi di bawah satu bumbung su- kehidupan mereka di Kampus. diadakan juga menwujudkan sepaya dapat menjalankan dan men- Program ini juga dijalankan un- mangat kekitaan dan kerjasama di jayakan setiap projek yang di- tuk memperkenalkan rakan se- kalangan program komunikasi. Dalam pada itu, PERKOM telah mengadakan sebuah Program Induksi. Menurut Timbalan Pengerusi PERKOM Mohammad Haziq bin Jamil, persatuan ini tidak begitu aktif semasa awal penubuhannya tetapi pelajarHaziq berkata, jalankan untuk siswa dan siswi baya mereka. Aktiviti ini men- PERKOM akan mengadakan projek yang lebih menarik lagi seperti Progam aktiviti Makan Malam Graduan iaitu melibatkan pelajarpelajar komunikasi yang sedang belajar dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam pratikum, Program Anugerah Dekan iaitu pemberian

sejak 2005 persatuan ini telah yenangkan pelajar baru mengin- sijil kepada pelajar-pelajar Cemermula aktif dan setiap aktiviti yang dentifikasikan pelajar lain yang lang dan Program Malam Komudijalankan telah mendapat sambu- sama program untuk membuat nikasi iaitu satu program yang ditan yang baik daripada semua pi- tugasan –tugasan sepanjang ku- jalankan secara tidak formal yang hak. Bagi program suai kenal liah yang diberikan oleh pen- melibatkan pelajar-pelajar semesyang dijalankan seramai 90 orang syarah” katanya. pelajar telah mengambil bahagian dan memeriahkan program ini. Pelbagai acara telah diadakan sepanjang program ini dijalankan. Antaranya ialah menter satu hingga enam. Beliau juga mengharapakan sokongan dan kerjasama pada pelajar komunikasi untuk menjayakan kesemua projek yang PERKOM ingin laksanakan.

OLEH:VIKNESWARY@128536

Silambam raih 150 pelajar baru
Sintok: Persatuan Silambam Universiti Utara Malaysia mengadakan Program “Hari Suaikenal Silambam” bagi menyambut kemasukan 150 pelajar baru sesi 2010/2011. Program tahunan ini, berlangsung di Pusat Konvensyen, UUM. YB. P. Kamalanathan, Ketua Putera MIC Bahagian Alor Setar, dalam ucapannya menasihatkan pelajar baru supaya lebih berdikari dan sentiasa bertanya kepada senior jika mempunyai sebarang kemusykilan mengenai hal akademik atau kolej. “Program ini merupakan cetusan idea Ahli Jawatankuasa Persatuan Silambam. Persatuan Silambam merupakan persatuan seni mempertahankan diri. Program suai kenal ini lebih menumpukan kepada hal kehidupan mahasiswa dan politik di kampus supaya mereka dapat bergiat aktif selain bidang akademik” kata Prasad Manoharan. Pengarah Projek Suaikenal Silambam. Persediaan menyambut mahasiswa/ mahasiswi India baru bagi sesi 2010/2011 dirancang sejak 3 bulan sebelum pendaftaran bermula di UUM, katanya lagi. Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara pelajar di samping memberi pendedahan seni mempertahankan diri silambam. Majlis penerangan aktiviti tahunan persatuan turut disampaikan oleh Pengarah Projek. Persatuan Silambam ditubuhkan untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar India di UUM. ini berjalan lancar walau- OLEH THANALECHUMEE SUBRAMANIAM@ pun mempunyai masalah semasa program di- 128514
“Program

jalankan. Objektif dan matlamat program ini dapat dicapai. Kesemua AJK yang terlibat telah memberikan komitmen yang sepenuhnya supaya program ini dapat dijalankan seperti yang dirancang” katanya lagi.

KAUNSELING KELOMPOK
Bantu atasi masalah pelajar
Oleh: Shiera Ideris @ 123020

S

intok: Pusat Kaunseling Universiti Utara Malaysia (UUM), menganjurkan program kaunseling kelompok untuk mendekati pelajar yang bermasalah dengan mengunjungi setiap Dewan Penginapan Pelajar (DPP) pada September tahun ini.

Program ini akan turut disertai oleh semua kaunselor bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan juga mengalu-alukan kedatangan pelajar untuk menyertai.

“Melalui pendekatan ini, pelajar akan tahu bahawa wujudnya Pusat Kaunseling dan mereka boleh datang pada bila-bila masa Pegawai Psikologi Pusat Kaunseling, samada secara individu, berkelompok Faezah Nayan berkata, program ini diadakan ataupun secara online iaitu dengan kaedah bertujuan untuk memperkenalkan Pusat chatting,” katanya ketika dihubungi semalam. Kaunseling kepada warga UUM. Mengikut statistik hanya 20 peratus sahaja pelajar yang Selain itu, Pusat Kaunseling juga datang pada awal Januari hingga akhir Julai mengadakan pelbagai lagi program yang tahun ini ke Pusat Kauseling untuk boleh disertai pelajar seperti program anak mendapatkan khidmat kami. angkat, seminar, anjuran sekolah dan lainlain. Pusat Kaunseling yang dibawah Hal E h wa l P e la ja r ju ga me n yed iakan perkhidmatan untuk membantu pelajar baru iaitu pelajar semester satu, memandangkan mereka mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dengan alam kampus.

Gambar Hiasan: pelajar yang mempunyai masalah

Menurutnya, program ini akan diadakan pada waktu malam di setiap DPP dan aktiviti yang akan dijalankan adalah sesi kaunseling secara berkelompok dan juga penilaian diri melalui modul-modul yang disediakan.

“Melalui pendekatan ini, pelajar akan tahu bahawa wujudnya Pusat Kaunseling dan mereka boleh datang pada bila-bila

Ziarah ukhuwah Bank Muamalat disambut baik peluang lahirkan mahasiswi yang mencintai majlis ilmu
Oleh : Rokiah bt Zainol @ 128515

SINTOK—Program ziarah ukhwah yang diadakan baru-baru ini di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bank Muamalat adalah bertujuan untuk melahirkan mahasiswi yang mencintai majlis ilmu. Selain itu, disamping untuk mewujudkan mahasisiswi yang memiliki ilmu pengetahuan seimbang, program ini juga bermatlamat untuk memupuk sifat suka untuk mengimarahkan surau. Pada masa yang sama, program ini turut bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim di kalangan pelajar lama dengan pelajar baru di samping untuk menggilap bakat dan potensi mahasiswi muslim dalam membangunkan aktiviti yang bermanfaat. Menurut pengarah projek yang ditemui, Mardiana binti Bandu, 22 tahun, berkata selain untuk menggilap bakat dan potensi mahasiswi, program ini juga bertujuan untuk membantu meningkatkan pemahaman mahasiswi dalam ilmu agama. “Melalui aktiviti seperti ini kami berpeluang berkenalan dengan pelajar baru dan secara tidak langsung juga kami dapat mengajak mereka menyertai aktiviti-aktiviti surau serta dapat mengasah bakat mereka untuk merancang aktiviti surau yang dapat memberi manfaat kepada semua.” katanya. Dalam program ini, pelajar lama melakukan ziarah dari bilik ke bilik. Mereka bertanggungjawab untuk menarik minat pelajar baru agar sama-sama mengimarahkan surau dan menyertai majlis-majlis ilmu yang diadakan malahan pelajar yang lemah akan turut dibantu. Program ziarah ukhuwah ini diadakan berikutan penerimaan sambutan dingin dari para pelajar terhadap majlis-majlis keagamaan dan diharapkan dengan program sebegini dapat menarik minat mahasiswi muslim untuk bergiat aktif dalam program keagamaan. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada program di bawah Biro Kerohanian DPP Bank Muamalat. Pada masa kini, walaupun terdapat ramai mahasiswi yang berjaya dalam bidang pendidikan namun kejayaan dalam ilmu-ilmu agama pula adalah sebaliknya. Oleh itu, aktiviti ini diadakan bagi memberi peluang kepada mahasisiwi terutamanya yang baru melangkah ke alam kampus untuk meningkatkan lagi tahap pemahaman mereka terhadap ilmu keagamaan. Seorang pelajar baru yang ditemui berkata, dia amat seronok dan gembira kerana dapat berkenalan dengan pelajar lama. Selain dapat bertukar-tukar pendapat, dia juga dapat menambah pengetahuan mengenai aktiviti keagamaan yang diadakan di surau. “Saya amat seronok dengan kehadiran pelajar lama ke bilik saya.Selain dapat menambah kenalan, saya juga dapat berkongsi maklumat mengenai kampus dan aktiviti-aktiviti yang diadakan di ZIARAH.. Seorang pelajar lama sedang sini. Ini membuatkan semangat saya berkobar-kobar untuk beramah mesra dengan seorang pelajar memulakan kehidupan baru di alam kampus.” tambahnya lagi.

Hadiah untuk cob
OLEH : NAQUIAH @ 128531

Pelajar kolej COB dapat perabot baru
SINTOK – Bermula semester baru 2010/2011, pelajar-pelajar yang menginap di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) di bawah „College of Business‟ (COB) telah menerima perabot baru yang terdiri daripada almari, meja belajar, rak buku dan katil. Perabot-perabot baru ini mula dipindah masuk ke dalam bilik pelajar pada sesi percutian semester lalu. Penggantian perabot baru ini dilakukan bagi menggantikan perabot lama yang sudah terlalu lama digunakan. DPP-DPP yang terlibat adalah TM, PERWAJA, MISC, SIME DARBY, EON, PETRONAS, TRADEWIND, PROTON, TNB dan MAS. Kesemua DPP ini merupakan DPP terawal yang dibina di Universiti Utara Malaysia (UUM). Seorang pelajar daripada DPP PERWAJA, Mohd. Nooh bin Abd Manap menyatakan, beliau dapat merasai suasana baru dan berasa lebih bersemangat untuk belajar dengan adanya kemudahan perabot baru ini. Menurut seorang lagi pelajar, Nurul Sakinah binti Sa‟adon yang menginap di DPP TRADEWIND, beliau tidak selesa dengan kemudahan perabot baru ini disebabkan bunyinya yang sedikit kuat kerana diperbuat daripada besi. Selain itu, tempat untuk menyimpan barang terutama buku juga terhad disebabkan meja belajar yang kecil. Walaubagaimanapun, penggantian perabot baru ini dilakukan bagi memberi kemudahan yang lebih selesa kepada pelajar selain memberi suasana yang lebih ceria dan menarik agar pelajar boleh belajar dalam keadaan selesa dan kondusif. Usaha yang dilakukan oleh pihak universiti ini merupakan langkah yang baik dan pelajar perlulah menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaiknya agar dapat bertahan lama.

Rupa bentuk perabot baru di bilik pelajar.

DDP YAB KINI KEMBALI BERSINAR
Oleh : Ravindran Muniandy @128518

S
lalu.

INTOK- Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Al- Bukhary (DPP YAB) kini kembali bersinar setelah sekian lama berada dalam serba kekurangan dari segi kemudahan selepas berlakunya tragedi kebakaran pada bulan March 2009 yang

Pengetua DPP YAB, En.Azemi bin Shaari mengatakan bahawa kebakaran tersebut berlaku akibat pemasangan litar hawa dingin yang tidak betul sehingga berlaku pemanasan berlebihan. Menurut beliau, lebih kurang dalam masa 30 minit, api merebak ke seluruh pejabat dan kafe DPP YAB. ‚Anggaran kerugian daripada kemusnahan tersebut mencecah lebih kurang RM 3 juta ringgit termasuk bangunan, asset penting, koperasi uum, makmal komputer dan dokumen-dokumen pelajar DPP YAB‛, katanya. Selapas kejadian tersebut, Pihak DPP YAB telah bertindak mewujudkan pejabat DPP YAB sementara dan membina kafe makanan baru bagi menampung keperluaan 6 ribu pelajar DPP YAB dengan mengeluarkan kos pembangunan sebanyak RM 200 000 ribu ringgit. Di samping itu, memasang ‘wireless’ dan koperasi di tempat kediaman pelajar DPP YAB bagi memudahkan mereka mendapat barang keperluan. Menurut beliau, akhir bulan Januari 2011, pelajar akan mendapat pejabat dan kafe yang baru dengan mengeluarkan kos sebanyak RM 900 000 ribu ringgit bagi membina semula pejabat dan kafe makanan dengan melandaskan konsep mesra pengguna kelas antarbangsa, pelan pembinaan bangunaan DPP YAB baru yang berstandard antarabangsa, kafe makanan akan ditubuhkan yang bertaraf standard dan berbeza sebelum ini. Misalnya, ‘Starbucks’, tempat makanan yang bersesuaian kepada semua kaum dan tidak mempunyai gerai-gerai makanan yang kecil dan menggantikan pintu bilik kediaman pelajara yang berkualiti serta akan mengecatkan semua bangunan DPP YAB. Beliau berjanji bahawa selepas pelaksanaan tersebut DPP YAB akan bersinar dan berbeza daripada DPP yang lain dari segi pembangunan. Pembaharuan dilakukan untuk meningkatkan imej dan pengurusan DDP YAB dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

DDP YAB kembali dengan konsep “Mesra Antarabangsa” dengan pembinaan semula bangunan pejabat dan kafenya.
Pengetua DPP YAB, En.Azemi bin

Palang Automatik Cegah Salah Letak Kenderaan
Oleh: gee@123045 16 OGOS 2010

S

intok: Sistem palang automatik mula digunakan di Universiti Utara Malaysia pada 4 Ogos 2010 untuk mencegah pelajar salah meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan. Pengarah Jabatan Keselamatan UUM, Mejar (B) Adnan Bin Ashaari, berkata hanya mereka yang mengaktifkan kad sahaja dibenarkan masuk ke kawasan meletak kenderaan berpalang automatik ini. “Selain itu, ia bertujuan memudahkan pihak jabatan keselamatan memantau dan mengurangkan pelajar membawa kenderaan ke kampus bagi tujuan mengurangkan bebanan kerja pihak Jabatan Keselamatan serta mengelakkan saman dikenakan kepada pelajar yang meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkkan,” katanya. Mengikut Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan Universiti Utara Malaysia, pemasangan palang automatik ini dianggarkan berjumlah RM360,000 dan UUM adalah satusatunya IPTA yang menggunakan tempat letak kereta berpalang automatik. Farah Diana Zahidi, pelajar tahun akhir dari jurusan Sains Pemutusan, berkata perlaksanaan palang automatik ini dapat menonjolkan imej UUM di samping meningkatkan disiplin pelajar yang berkenderaan supaya meletakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan oleh pihak UUM. Pengenalan palang automatik dijangka menyebabkan kesesakan jalan raya di dalam kampus antara jam 7.50 hingga 8.00 pagi kerana pada waktu itu, kenderaan staf, pelajar dan bas akan berasak-asak untuk ke tempat yang ditujui. Menurut Puan Fazilah, 35, “pada hari Rabu iaitu h a r i pertama palang automatik ini digunakan, kami terpaksa beratur kerana ada di antara staf yang tidak mengaktifkan kad mereka. Sekiranya ada di antara staf atau pensyarah yang tidak membawa atau kehilangan kad, ia akan menyebabkan kesesakan jalan raya dan akan menyusahkan semua pihak. Apabila berada dalam siuasi begitu, pada mulanya saya merasakan palang automatik menyusahkan semua pihak, tetapi secara relevannya ia adalah untuk meningkatkan disiplin para pelajar dan juga pelawat agar meletakkan kenderaan mereka ditempat yang dibenarkan. Oleh itu, setiap staf dan pensyarah perlu memastikan kad mereka sentiasa dibawa ke kampus untuk memastikan kelancaran semasa menggunakan palang automatik ini.”
PALANG AUTOMATIK

Lawatan Persatuan Sains Kuantitatif
Ke Jabatan Perangkaan Malaysia......
Oleh Izz@130043

PUTRAJAYA: Persatuan Sains Kuant at if (QUS AC) dari Universiti Utara Malaiysia telah menganjurkan satu aktiviti “Statistic Industry-Oriented Trip” yang dijalankan pada 30 Julai sehingga 31 Julai 2010, baru-baru ini melibatkan pelajarpelajar dari jurusan Statistik. Selaku pengarah program, Ong Zhei Looi, berkata tujuan program ini dianjurkan ialah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i program Statistik Industri tentang realiti sebenar dunia pekerjaan yang berkaitan dengan statistik Industri. Di samping dapat memberi persediaan awal tentang dunia perkerjaan. Aktiviti ini juga satu inisiatif bagi mendekan para pelajar kepada dunia perkerjaan yang

sebenar berkaitan denagn apa yang mereka pelajari sekarang. Tambah beliau, “Program ini juga melibatkan kerjasama dari pihak Jabatan Perangkaan Malaysia, Top Glove, dan High 5. Ini bagi memberi pendedahan kepada pelajar untuk lebih mengenali dan mengetahui di mana tempat yang sesuai untuk mereka berkerja kelak,” Justeru, Prof Madya Dr. Engku Muhammad Nazri Bin Engku Abu Bakar, Dekan Pembangunan Pelajar dan Keusahawananturut menyarankan agar program ini disertakan oleh pelajar pelajar semester akhir. Aktiviti “Ini juga dianggap sebagai satu galakan dan penyuntik semangat mahasiswa/ i. Sekaligus memberi sedikit

ilmu pengetahuan kepada m ereka,” kat an ya kepada p e n ye l a r a s a k t i v i t i ya n g menguruskan program ini. Program ini adalah langkah permulaan yang bijak bagi membuka minda para pelajar untuk menceburi bidang pekerjaan. Program seperti ini harus diteruskan supaya pelajar tidak kekok dan pelajar boleh membuat persediaan awal bagi menempuhi alam pekerjaan. Dan diharap program seperti ini dapat dilakukan lagi bagi menarik mahasiswa/i untuk turut serta.

Lawatan ke Jabatan Perangkaan Malaysia

Wajah Baru DPP MISC

Bilik pelajar selepas pengubahsuaian

DPP MISC kembali dengan perubahan wajah yang terbaru pada awal permulaan semester 2010/2011 ini dengan peningkatan pelbagai jenis kemudahan dalam sekitar dewan penginapan pelajar atas usahasama Syarikat MISC Berhad. Pada akhir bulan Mei, pihak pengurusan DPP MISC telah memulakan kerja-kerja pembaikpulihan bagi menyambut kedatangan pelajar baru pada 4 Julai 2010. Antara kerja-kerja naik taraf yang terlibat adalah mengantikan perabotperabot lama seperti almari,meja belajar,kerusi,katil dan tilam serta kemudahan wireless tanpa had supaya ia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan kondusif.

Menurut pengetua DPP MISC En.Nor Azli Bin Abdul Aziz, pelbagai penambahbaikan ini dilakukan selaras dengan perancangan strategik utama UUM iaitu menyediakan suasana dan budaya kecemerlangan ilmiah bagi penyuburan dan perkembang a n p e n y e l i d i kan,penerbitan,perundingan serta perkhidmatan. “Kemudahan lain yang terbabit dalam pelaksanaan projek ini ialah menaiktarfkan dan mengecat tandas,bilik mandi dan bilik pelajar di blok-blok pelajar serta pejabat DPP bagi menjadikan persekitaran cantik dan berseri”, kata beliau.

Wireless atau penggunaan internet tanpa wayar telah dipertingkatkan kecekapan serta kepantasan dalam kelajuan supaya semua pelajar dapat mengakses internet dari bilik mereka sendiri tanpa sebarang bayaran tambahan yang dicaj dalam yuran mereka.Di setiap blok terdapat sebuah satelit modem yang dipasang untuk memberikan signal ke setiap bilik.

OLEH: YOGASHALINI @128486

TAYANGAN PERDANA ‘TWILIGHT’ MERIAH
Aktiviti santai eratkan hubungan pelajar

S

Oleh Balqis Nurfarehah binti Muahmad (128557)

INTOK - Seramai 98 orang pelajar telah memeriahkan tayangan perdana filem „Twilight Saga Eclipse‟ yang diadakan di Dewan Mawar Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bank Muamalat pada 30 Julai, baru-baru ini. Tayangan filem ini merupakan anjuran Biro Informasi dan Penerbitan DPP Bank Muamalat dan merupakan aktiviti yang bakal diadakan setiap bulan di DPP Bank Muamalat. Pengarah projek tayangan filem ini, Noor Azilah Abd.Ghani berkata, tayangan filem tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar di DPP Bank Muamalat sekaligus mengisi waktu hujung minggu mereka dengan aktviti santai yang berfaedah. Tambah Noor Azilah, “Memandangkan pelajar-pelajar di DPP ini terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, kami memilih cerita-cerita yang terdiri daripada pelbagai bahasa dan genre juga. Malah, kami juga akan menayangkan filem terbaru yang ditayangkan di pawagam setiap bulan, insyaAllah.” Pelajar-pelajar yang hadir hanya dikenakan bayaran sebanyak RM 2 sebagai yuran serta disediakan makanan ringan semasa menonton tayangan filem tersebut. Salah seorang penonton, Norhaya binti Ismail, semester 5, berkata, “Bayaran yang murah bukan sahaja menjimatkan, tetapi turut memudahkan kami kerana tidak perlu membazir wang untuk keluar menonton wayang di Jitra Mall” “Diharapkan Biro Informasi dan Penerbitan DPP kami dapat membuat tayangan filem yang lain pada bulan-bulan akan datang”, kata Norhaya lagi.

PROMOSI..Iklan tayangan filem 'Twilight' yang diedarkan kepada pelajar-pelajar.

Penayangan filem ini dilihat sangat menarik perhatian ramai pelajar daripada pelbagai kaum dan bangsa, di samping menggunakan media sebagai medium mengeratkan silaturrahim pelajar bertepatan dengan konsep 1Malaysia.

KOSISWA PENGGERAK IDEA KEUSAHAWANAN
oleh Sahidah@123090

S

intok 28 Julai – Penubuhan Koperasi Usahawan Siswa Universiti Utara Malaysia Berhad (KOSISWA) memberi peluang kepada mahasiswa menimba ilmu. keusahawanan. KOSISWA bertujuan untuk melahirkan kumpulan usahawan siswa melalui penglibatan aktiviti perniagaan koperasi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Che Wan Ahmad Nizam, objektif utama KOSISWA adalah untuk melahirkan lebih ramai mahasiswa menceburi bidang keusahawanan. Tambah beliau, penyertaan dalam KOSISWA terbuka kepada mahasiswa, bekas mahasiswa dan juga kakitangan UUM. Penyertaan berasaskan minat dan semangat jati diri adalah paling berjaya berbanding perasaan ingin mencuba dan yang ditaja. Beliau juga berkata, mahasiswa akan diberikan pinjaman mudah RM1,000, didedahkan dengan ilmu keusahawanan melalui seminar dan akan dipantau oleh pihak KOSISWA. “Sambutan yang diterima sejak dua tahun penubuhan adalah menggalakkan dan hampir mencapai matlamat apabila terdapat lebih daripada T’shoppe– rangkaian KOSISWA yang ber100 orang mahasiswa meneruskan perniagaan operasi di mall UUM setelah tamat belajar”, kata beliau. Beliau mengharapkan agar KOSISWA bukan sahaja boleh menjana perniagaan di sekitar kampus bahkan boleh mewujudkan cawangan luar yang mana permulaannya di sekitar Kubang Pasu dan mempunyai namanya yang tersendiri.

RONA– KOSISWA yang terbaru

Penambahbaikan infrasruktur wireless
Oleh: Nur Hidayah binti Ahmad@130045

SINTOK: Pemasangan kabel wireless di setiap blok di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bank Muamalat, Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan satu inisiatif yang efektif. Pemasangan wireless di antara blok-blok di DPP Muamalat akan memudahkan lagi pelajar untuk mengakses maklumat di bilik berbanding sebelumnya yang hanya tertumpu di kafe dan pusat komputer yang sedia ada sahaja. Pengetua DPP Bank Muamalat, Dr.Mohd Khairudin bin Kasiran berkata, pemasangan wireless adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelajar untuk mengakses data dari dalam bilik sahaja. “Faedah dari kemudahan yang disediakan adalah bergantung pada pelajar itu sendiri. Jika kemudahan yang diberikan disalahgunakan, ia adalah kesilapan besar pelajar itu sendiri kerana tidak menghargai kemudahan yang diberikan sewajarnya,” katanya. “Sebelum memasang kabel wireless di semua blok di DPP Bank Muamalat pada September ini, percubaan pemasangan wireless telah dibuat di portion C di AP4,” katanya. Tambahan beliau, percubaan dibuat adalah untuk pemantauan dari masa ke semasa untuk men-

getahui tahap pencapaian wireless bagi membantu pelajar untuk mengakses bahan dengan efisyen. Keperluan untuk mengakses bahan melalui internet adalah menjadi keutamaan dalam proses pembelajaran pada masa kini. Hal ini kerana segala nota kuliah haruslah diambil dari sistem pembelajaran online seperti learningcare dan learning zone. Apabila kemudahan ini disediakan, para pelajar tidak akan ketinggalan untuk mengambil nota yang telah diberikan oleh pensyarah. Selain itu, pelajar boleh bertukar pandangan, komen dan dapat follow-up proses pembelajaran melalui e-mail. Peningkatan ini adalah merupakan sesuatu yang baik untuk membantu para pelajar dalam proses pembelajaran dengan lebih kondusif dan efisyen sekaligus dapat mengakses maklumat yang terkini dan lebih celik IT.

Percubaan pemasangan kabel wireless di AP4 DPP Bank Muamalat.

Tandas Pelajar UUM Bertaraf 3 Bintang

UUM utamakan keselesaan... Oleh;Siti Zaleha bt sidik @112136.
SINTOK: Tandas pelajar Universiti Utara Malaysia(UUM) bertaraf 3 bintang, RM500,000 dibelanjakan kenyataan dibuat oleh Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan UUM
“Kemudahan yang terbabit dalam projek

ini ialah menaiktarafkan dan mengecat tandas bilik mandi di semua DPP yang terlibat bagi menjadikan persekitaran cantik dan berseri” katanya. Susnizam Zahari, 23 yang tinggal di DPP Sime Darby berkata mereka amat berterima kasih dengan pembaharuan tandas di DPPnya. “Tetapi saya agak kecewa dengan kerjakerja pembaharuan ini, hal ini kerana proses pemasangan mozek dan pintu tidak dilakukan dengan betul menyebabkan keadaan lanTandas DKG tai menjadi licin dan pintu tandas tidak boleh Penolong Jurutera Awam, Hj Shahidan Hj tutup” katanya. Ahmad berkata penambahbaikan tandas dilakukan di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 1,2 & 3 bertujuan untuk memberi keselesaan Optima kepada pelajar agar masalah ketidakselesaan tandas rosak diganti dengan pembaharuan yang lebih harmoni. Hj Shahidan juga berkata, rancangan penambahbaikan tandas DKG ini adalah kerana keadaannya sudah uzur dan peralatan banyak yang rosak, ditambah dengan usianya melebihi sepuluh tahun dan sudah sepatutnya di perbaharui.
Tandas