STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN BAGI TOPIK “MEREKOD DOKUMEN PERNIAGAAN” DI DALAM SUBJEK PERDAGANGAN DI KALANGAN

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TAMAN EHSAN, KEPONG, SELANGOR

ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran strategi pengajaran dan pembelajaran secara teknologi ICT dan secara kombinasi bagi topik Merekod Dokumen Perniagaan. Sasaran kajian ialah pelajar tingkatan empat yang mengambil matapelajaran Perdagangan sebagai matapelajaran elektif dengan melihat skor mereka selepas menjalani rawatan strategi pengajaran dan pembelajara secara teknologi ICT dan secara kombinasi . Selain itu, pengkaji turut meletakkan guru-guru yang mengajar subjek Perdagangan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru matapelajaran Perdagangan bagi topil tersebut 1. PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Topik merekod dokumen perniagaan adalah merupakan salah satu komponen di dalam pendidikan perdagangan. Pendidikan perakaunan ini memberi sumbangan yang bernilai dan bernilai kepada pertumbuhan pelajar dalam memenuhi keperluan guna tenaga mahir negara. Namun demikian, fenomena yang berlaku di Malaysia pada hari ini ialah pelajar tidak cenderung untuk memilih pendidikan berkonsepkan perakaunan ini kerana menganggap topik tersebut membebankan mereka. Oleh yang demikian, menyedari kepentingan dan keperluan pendidikan berkenaan maka “Laporan Kabinet telah memperakukan bahawa: “ Oleh kerena pelajaran perdagangan adalah penting dalam pembangunan Negara, dan oleh kerana kemudahan yang di dapati di sekolah-sekolah berhubung dengan pendidikan ini tidak memuaskan, maka diperakukan agar pendidikan dalam jurusan perdagangan ini diberi perhatian khas. ( Suhaida Abdul Kadir , 2002).

Tugas dan tanggungjawab guru semakin mencabar dan kompleks.2 Nama Ahli Jawatankuasa Pengkaji Kertas kerja ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Sekolah Menengah Taman Ehsan. Para guru hari ini perlu bergerak pantas sepantas dengan perkembangan dan kehendak masa kini terutama di bidang pendidikan selaras dengan perkembangan sains dan teknologi.3 Nama dan Alamat Sekolah Sekolah Menengah Taman Ehsan. Selangor.Selain itu. Nama-nama guru dalam Jawatankuasa adalah :- 1. maka guru juga mesti berubah serta memperlengkapkan diri dengan kepelbagaian pengetahuan. kemahiran. guru perlu memainkan peranan penting dalam perkembangan sistem pendidikan. Noor Ezreen Binti Mohd Ehlas 3. Hasniza Binti Ab Wahab L20092003474 L20092003521 L20092003529 2. Oleh demikian. kurang kepakaran guru dalam mata pelajaran ini secara tidak langsung menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. sentiasa kreatif dan berinovasi serta mempunyai kepakaran dalam bidang pengkhususan masing-masing. 1. Nurul Shariza Binti Mohd Shah 1. Memandangkan pendidikan sentiasa mengalami perubahan. Kepong. . teknologi maklumat dan sebagainya ke arah melahirkan generasi pelapis untuk menerajui negara. Kepong. Selangor.

mentafsir maklumat. pemahaman pelajar tentang konsep dan prinsip amalan perakaunan serta menguji kemahiran dalam pengendalian akaun-akaun dengan baik. juga bersifat pasif dalam pengajaran dan pembelajaran Perdagangan.4 Latar Belakang Kajian Mata pelajaran Perdagangan adalah salah satu mata pelajaran elektif dalam dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Didalam topik Merekod Dokumen Perniagaan. . kefahaman asas tentang Kitaran Perakuanan amat penting serta perlu dititikberatkan. Mata pelajaran ini tidak begitu di sukai atau digemari oleh kebanyakkan pelajar sekolah menengah. Topik ini menghendaki pelajar merekod dokumen-dokumen di dalam jurnal. malas dan tidak mahir. kami mengedarkan mene kepada guru mata pelajaran Prinsip Perakuanan bagi menebual guru untuk mendapatkan gambaran sebenar masalah dan kelemahan yang dihadapi oleh pelajar. membuat penilaian . Kelemahan pelajar di dalam menguasai topik ini akan menyebabkan mereka gagal atau tidak mendapat keputusan yang baik di dalam kertas soalan tersebut. mengaplikasi. tidak yakin pada diri . Hasil daripada temubual yang telah dijalankan didapati. Pelajar yang mengambil mata pelajaran ini berada dalam kategori pelajar sederhana dan rendah. Lejar sehinggalah menyediakan Imbangan Duga. Oleh yang demikian. terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti. tujuan peperiksaan ini adalah untuk menguji pengetahuan pelajar tentang keseluruhan isi kandungan sukatan pelajaran yang meliputi aspek-aspek seperti kebolehan memahami.1. Mereka kurang berminat.5 Pemasalahan Kajian Dalam kajian ini . 1.

5. peranan guru amat penting dalam membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam akademik mahupun kokurikulum.1 Refleksi Pelajar Diantara kelemahan utama pelajar yang memilih mata pelajaran ini sebagai mata pelajaran elektif mereka ialah persepsi pelajar yang menganggap topik Merekod Dokumen Perniagaan ini adalah sukar dan hanya pelajar yang pandai sahaja boleh mengikutinya. Hal ini demikian. Oleh yang demikian. Ini dimana guru bagi mata pelajaran Perdagangan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengajar pelajar sesuatu topik pelajaran yang memerlukan penerangan yang jelas. tidak dinafikan guru juga menghadapai masalah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pelajar membuat latih tubi bersendirian di dalam kelas dan tidak wujud perbincangan kumpulan antara pelajar menyebabkan pelajar menjadi pasif dalam menyelesaikan latihan yang diberikan.5. 1. Selain itu pelajar sukar untuk memahami sesuatu konsep dan menguasai kemahiran-kemahiran asas bagi topik tersebut menyebabkan mereka tidak memberikan tumpuan dalam pelajaran mereka. Namun demikian. guru perlulah memikirkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif disamping mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menjadikan proses pengajaran lebih menarik dan memudahkan pelajar memahaminya.2 Refleksi Guru Dalam pada itu juga. 1.6 Tujuan Kajian .1. menjurus kepada suatu yang kurang baik dimana pelajar tidak menadapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

6. 1.  Pelajar dapat menguasai topik yang diajar.  ii)  Perbincangan pelajar di laksanakan secara berstruktur dan terancang bagi menjadikan proses pengajaran dan pengajaran lebih menarik.1 Objektif umum Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan strategi pembelajaran dan amalan pengajaran guru dalam meningkatkan pemahaman dan kemahiran pelajar ke atas topik Merekod Dokumen Perniagaan dalam subjek Perdagangan.1. Pembelajaran yang berkesan.6.2 Objektif Khusus i)  Guru Membantu memperkenalkan guru kepada kaedah-kaedah Pengajaran dan pengajaran yang lebih menarik dan efektif. Pelajar:  Supaya semua pelajar memainkan peranan yang aktif semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. .  Mengubah amalan guru atau sikap guru kepada Pengajaran Dan Mengamalkan pengajaran yang berpusatkan pelajar.

8 Limitasi Kajian Pelbagai batasan yang menghadkan kepada pengumpulan data terpaksa dihadapi oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini.2 Had-had masa dan kos .7 Soalan Kajian Seterusnya soalan kajian perlu di bina bagi mencapai objektif kajian.8.7. Antaranya ialah: 1. Sampel yang digunakan juga telah dibataskan kepada guru-guru dari satu sekolah sahaja dam mungkin hasil kajian berkenaan hanya benar untuk mengambarkan situasi sampel berkenaan sahaja.7.1 Masalah dalam mendapatkan sampel yang memuaskan Pengkaji mnghadapi masalah didalam mendapatkan sampel yang benarbenar memuaskan yang dapat mengambarkan keadaan sebenar populasi.8.2 Adakah wujud perbezaan diantara strategi pengajaran dan pembelajaran teknologi ICT dan strategi pengajaran dan pembelajaran kombinasi bagi topik “Merekod Dokumen Perniagaan” terhadap prestasi pelajar? 1.1 Apakah perkaitan di antara prestasi pelajar sebelum dan selepas bagi pelajar yang mengikuti strategi pengajaran dan pembelajaran secara teknologi ICT dan secara kombinasi bagi topik “Merekod Dokumen Perniagaan” ? 1.1. Antara soalan kajian adalah seperti berikut:1. 1.

Pengkaji telah membuat tinjauan keatas kajian-kajian lepas yang telah dijalankan berkenaan dengan kaedah-kaedah alternatif bagi mengajar topik Merekod Dokumen Perniagaan iaitu melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran kombinasi dan melalui penggunaan perisian komputer dan LCD. pengkaji merasakan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran strategi pengajaran dan pembelajaran secara teknologi ICT dan secara kombinasi merupakan salah satu langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Oleh itu. Disebabkan iu. KAJIAN LITERATUR 2. Memandangkan masa yang diberikan amat terbatas dan masalah kewangan yang sangat terhad.1 Pengenalan Kesukaran pelajar untuk memahami beberapa konsep serta kemahiran bagi topik Merekod Dokumen Perniagaan telah menyebabkan pelajar tidak memberikan tumpuan dalam pelajaran terutamanya jika guru mengajar dengan menggunakan kaedah tradisional.Masalah yang sering dihadapi oleh pengkaji-pengkaji amatur seperti kami ialah masalah dari segi masa dan kewangan yang amat terhad. pengkaji melihat dengan menjalankan kajian ini ia dapat menguji keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut melalui prestasi pelajar . 2. adalah menjadi satu kesukaran untuk pengkaji menjalankan kajian dengan mendalam dan tepat.

Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perkaitan di antara strategi pengajaran dan pembelajaran dengan prestasi dalam subjek Perdagangan. pelajar yang berkebolehan tinggi boleh membantu pelajar yang kebolehannya berada di tahap yang lebih rendah. Teori kohensif sosial mengalakkan pelajar untuk berinteraksi dengan mengenali dan mengambil berat diantara ahli kumpulan. selain bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan diantara strategi pengajaran dan pembelajaran tradisional dengan strategi pengajaran dan pembelajaran secara teknologi ICT dan secara kombinasi terhadap prestasi pelajar.2 Teori / Konsep / Prinsip Strategi pengajaran dan pembelajaran kombinasi mengalakkan pelajar-pelajar untuk berinteraksi sesama ahli kumpulan. Ia juga sekaligus akan mengalakkan perbincangan sesama ahli kumpulan dan mengelakkan pelajar daripada tidak memberi tumpuan dalam pelajaran. tugasan berkumpulan yang diberikan oleh guru boleh menarik minat pelajar untuk menyelesaikannya secara berkumpulan berbanding secara individu. 2. kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersifat terbuka mampu membina strategi-strategi di dalam menyelesaikan soalan berbanding jika ia dilakukan secara individu. Ini kerana selain memahami konsep. pendidikan perakaunan yang juga merupakan satu subjek yang lebih berbentuk penyelesaian masalah. Semasa setiap ahli kumpulan berinteraksi dan berbincang. . Melalui kaedah ini.serta melihat amalan pengajaran guru bertujuan untuk melihat kecenderungan guru di dalam menggunakan kaedah pengajaran tertentu. berlaku perubahan dalam kognitif pelajar. Oleh itu. Oleh itu. Teori perkembangan kognitif dapat membantu pelajar untuk menguasai konsep-konsep yang sukar melalui bimbingan diantara ahli kumpulan.

Noran. mendapati bahawa prestasi kumpulan Pembelajaran Koperatif iaitu secara berkumpulan didapati lebih tinggi daripada prestasi kumpulan Pembelajaran Tradisional setelah mengambil kira tahap kebolehan subjek di dalam topik Merekod Dokumen Pernigaan. Kajian lain yang dijalankan oleh Abdul Razak (2005). Ini bermakna strategi Pembelajaran Koperatif memberi kesan yang lebih baik bagi meningkatkan prestasi pelajar. Zaidatol. Namun begitu. 2. Melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran kombinasi. berdasarkan teori penerangan kognitif pelajar yang memberi penerangan mampu untuk mengekalkan maklumat di dalam ingatan mereka dalam jangka masa yang lebih panjang. Proses penerangan juga boleh melibatkan penggunaan perisian komputer dan LCD sebagai alat bantuan dan alat pemudah cara.3 Kajian Lepas Suhaida. ia menunjukkan bahawa pencapaian pelajar yang menggunakan perisian komputer dan LCD begitu memberangsangkan.Jika berlaku percanggahan pendapat ia akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan kognitif pelajar. tidak balas dan perbincangan untuk mendapatkan kata putus akan menyebabkan pelajar tersebut memahami perkara tersebut dengan alasan yang lebih logik. Habibah & Ahmad Tarmizi (2006) . Menurut beliaun. sekolah menengah akademik daerah Hulu Langat. Kajian ini dijalankan keatas pelajar Tingkatan Empat. Kajian ini dijalankan keatas pelajar-pelajar tingkatan empat seramai 28 orang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah. Sampel kajian terdiri daripada kelas prinsip akaun yang diajar oleh guru yang terlibat di dalam kajian ini secara sukarela. kaedah merekod dokumen di dalam lembaran yang bersesuaian adalah lebih mudah jika menggunaan perisisan “Powerpoint” dan Excel”. Lenggong. ia turut melibatkan proses pembentangan dimana. .

aktiviti pengajaran dan pembelajaran kombinasi dapat membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam Merekod Dokumen Perniagaan dengan baik. Whicker. lejar mahupun Imbangan Duga. Selain daripada itu. Sepanjang menjalankan kaedah ini. Didapati mereka menjadi lebih aktif. (Siti Rahayah 1998) dan luar negara. Gerik. bersemangat dan lebih seronok dan terdapat peningkatan dalam prestasi pelajaran mereka. Implikasi dapatan ini adalah penting kerana ia mencadangkan bahawa Pembelajaran Koperatif wajar digunakan dalam kelas khususnya di dalam pengajaran matapelajaran yang melibatkan aktiviti pengiraan 3. pengkaji mendapati pelajar kurang menguasai topik Merekod Dokumen Perniagaan. Pemilihan topik ini adalah kerana kebanyakan para pelajar sukar untuk memahami akan merekod dokumen perniagaan ke jurnal. terdapat perubahan terhadap pembelajaran pelajar. Bold an Numnery 1997). Kajian ini di lakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan.Manakala. topik Merekod Dokumen Perniagaan di dalam Rancangan Pengajaran . Kepong. menurut kajian yang dijalankan oleh Abdul Razak (2003). Kajian ini dijalankan keatas 19 orang pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II. Daripada temubual bersama guru-guru Perdagangan. Maka. ini menyokong dapatan kajian lepas yang melibatkan mata pelajaran lain seperti mata pelajaran sains yang dijalankan di dalam negara. pelajar merasa amat gembira dengan pencapaian mereka. Contohnya mata pelajaran sains dan matematik (Chang dan Mao 1999. Suhaida (2002) menyatakan bahawa pelajar kumpulan Pembelajaran Koperatif (berkumpulan) lebih tinggi dan signifikan berbnading dengan pelajar kumpulan Pembelajaran Tradisional. METODOLOGI 3. Kajian ini akan dilakukan ke atas pelajar Tingkatan 4 yang mempunyai 40 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Perdagangan.1 REKA BENTUK KAJIAN.

pengkaji akan membandingkan skor markah pelajar sebelum dan selepas menjalankan kaedah pengajaran secara alternatif. Guru-guru akan mengajar topik Merekod Dokumen Perniagaan pada masa yang sama kajian dilakukan.2 UJIAN RINTIS. 2) Perancangan tindakan. pada masa kajian dijalankan. Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut: 1) Mengenalpasti isu dan masalah. kaedah pengajaran secara alternatif dan Ujian Pencapaian. Manakala. kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Perdagangan Tingkatan 4 seramai 2 orang dan pelajar Tingkatan 4 seramai 40 orang. Bagi Ujian Rintis yang akan dijalankan. Pelajar dibahagikan kepada 2 buah kumpulan secara rawak tanpa mengasingkan mereka mengikut tahap pengetahuan. . Ujian Pra dan Ujian Pencapaian akan dilakukan secara serentak. Maka. Setelah menjalankan kajian. Kajian ini dilakukan di sebuah kelas dan membahagikan pelajar kepada 2 buah kumpulan yang terdiri 20 orang pelajar bagi setiap bahagian iaitu 20 orang pelajar yang akan diajar dengan kaedah pengajaran teknologi ICT dan LCD serta 20 orang pelajar yang akan diajar dengan kaedah pengajaran kombinasi.mata pelajaran Perdagangan mempunyai 40 jam masa mengajar. 3. para pelajar akan di ajar dengan topik yang sama iaitu topik Merekod Dokumen Perniagaan. Pengkaji akan menggunakan 4 instrumen dalam menjalankan kajian ini iaitu temubual. Ini menunjukkan betapa pentingnya topik Merekod Dokumen Perniagaan yang memerlukan pemahaman yang mendalam dan ini sangat penting untuk diamalkan di dalam kehidupan seharian. Kaedah pengajaran secara alternatif terdiri daripada 2 kaedah iaitu kaedah teknologi ICT dan LCD serta kaedah kombinasi. Ujian Pra. 3) Pelaksanaan tindakan.

4) Menganalisis data. pengkaji akan melakukan temubual bersama guru-guru yang mengajar mata pelajaran Perdagangan. i) Kaedah Teknologi ICT dan LCD. Selain daripada itu. pengkaji dapat melihat prestasi pelajar sebelum melaksanakan kaedah pengajaran secara alternatif. 5) Penilaian. Guru akan mengajar topik Merekod Dokumen Perniagaan dengan menggunakan kaedah pengajaran iaitu Penggunaan teknologi ICT dan LCD serta kaedah kombinasi. Temubual ini dilakukan sebelum kajian dijalankan. Guru akan menggunakan kaedah teknologi ICT dan LCD semasa mengajar topik Merekod Dokumen Perniagaan selepas melakukan Ujian Pra. . Soalan ujian adalah berkaitan dengan topik Merekod Dokumen Perniagaan. Guru akan melihat keberkesanan pengajaran terhadap pelajar selepas melakukan kaedah ini melalui soalan ujian. 3. Ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan pelajar dalam topik yang sukar dikuasai bagi mata pelajaran Perdagangan. c) Pengajaran secara alternatif. Pelajar akan diberi satu set soalan ujian iaitu Ujian Pra. Ujian Pra ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap pengetahuan pelajar akan topik Merekod Dokumen Perniagaan. b) Soalan Ujian Pra.3 INSTRUMEN KAJIAN Dalam kajian ini. Kaedah pengajaran ini akan menggunakan perisian komputer iaitu Powerpoint dan Excell serta LCD. Dimana. Ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar terhadap konsep-konsep asas dalam merekod dokumen. pengkaji akan menggunakan 4 instrumen iaitu: a) Temubual.

Guru akan melihat keberkesanan pengajaran terhadap pelajar ini selepas melakukan kaedah ini melalui soalan ujian. Daripada perbincangan latihan. Kaedah Teknologi ICT dan LCD. Pelaksanaan program: i) Melaksanakan Ujian Pra ii) Melaksanakan Pengajaran berasaskan Teknologi ICT dan LCD. pelajar akan membuat pembentangan. berkumpulan dan pembentangan.4 PROSEDUR KAJIAN. Guru akan memberikan satu set soalan yang berkaitan dengan topik yang sama yang dinamakan sebagai Ujian Pencapaian. d) Soalan Ujian Pencapaian. 3. Guru akan memberikan nota atau soalan latihan bagi setiap individu dan secara berkumpulan untuk perbincangan. 3. iii) Melaksanakan Ujian Pencapaian .ii) Kaedah kombinasi.4.1 Pelaksanaan Kajian. Ketiga-tiga kaedah ini akan dijalankan pada masa yang sama. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk melihat prestasi pelajar terhadap topik yang telah diajar dengan menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang telah diterangkan diatas. Guru akan menggabungkan semua kaedah ini dalam pengajaran topik yang sama. Para pelajar akan didedahkan pengajaran dan pembelajaran secara individu. Ini kerana pengkaji dapat membuat perbandingan prestasi sebelum dan selepas menggunakan kaedah pengajaran diatas melalui skor markah pelajar.

Guru akan mengambil skor markah pelajar untuk dibandingkan antara sebelum dan selepas pengajaran kaedah teknologi ICT dan LCD.Tahap satu: Melaksanakan Ujian Pra untuk mendapatkan maklumat tentang pengetahuan mata pelajaran atau topik Merekod Dokumen Perniagaan. pelajar akan didedahkan dengan konsep asas merekod dokumen perniagaan.Tindakan yang dijalankan: . Masa pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama 1 jam 30 minit. .Tahap tiga: Guru akan melaksanakan Ujian Pencapaian. pelajar akan berbincang dan guru akan menunjukkan kaedah serta pelajar akan menjawab soalan yang ditayangkan di skrin. mengklasifikasi dokumen dan merekod dokumen. . Pelaksanaan program: i) Melaksanakan Ujian Pra ii) Menjalankan pengajaran kaedah Kombinasi . Disini. Selepas itu.Tahap dua: Guru akan mengajar dengan menggunakan perisian komputer dan LCD. Guru juga akan menggunakan LCD untuk membantu mata pelajaran kajian menguasai kemahiran mengenalpasti dokumen. Kaedah Kombinasi. Dimana guru akan menggunakan Powerpoint dan Excell dalam pengajaran.

Tahap dua: Guru akan membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang bagi 1 kumpulan. . Pembelajaran ini adalah sesi pembentangan dan pembincangan di dalam kelas.Tahap satu: Guru akan melaksanakan Ujian Pra bagi topik yang akan diajar untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar tentang topik yang berkaitan.Tahap lima: Setiap kumpulan akan melaporkan hasil kombinasi catatan masing-masing secara bergilir-gilir. Guru boleh membuat kesimpulan atau membuat pembetulan jika perlu.Tahap empat: Pelajar perlu mengimbangkan atau menutup akaun-akaun lejar dan memindahkan bersama-sama baki ke dalam Imbangan Duga. Pembelajaran ini dilakukan secara berkumpulan dan dijalankan selama 15 minit. pelajar akan di arahkan menggabungkan jawapan masingmasing dalam 1 jurnal dan lejar utama. Pembelajaran ini dilakukan secara berkumpulan dan dijalankan selama 30 minit.iii)Melaksanakan Ujian Pencapaian Tindakan yang dijalankan: . . .Tahap enam: . Pembelajaran ini secara individu dan dijalankan selama 15 minit. . Guru akan mengedarkan dokumen dan pelajar diminta merekodkan dokumen perniagaan ke dalam jurnal dan lejar masing-masing. .Tahap tiga: Selepas tamat 15 minit.

Skor markah bagi Ujian Pencapaian diharapkan dapat meningkat berbanding sebelumnya bagi menunjukkan bahawa telah dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam merekod dokumen perniagaan. guru akan membuat refleksi dan penilaian di atas kaedah-kaedah yang telah dijalankan. Guru akan membuat perbandingan skor markah sebelum dan selepas menjalankan pengajaran dan pembelajaran kaedahkaedah teknologi ICT dan LCD serta kombinasi. 4. Ini bagi menunjukkan perubahan pencapaian pelajar sebelum dan selepas menggunakan kaedah ini.Guru akan memberikan soalan Ujian Pencapaian selepas mengajar menggunakan kaedah kombinasi. Di antara Ujian Pra dan Ujian Pencapaian akan menunjukkan skor markah yang berlainan.0 ANALISIS DAN DAPATAN Daripada kaedah-kaedah yang telah dijalankan. .

Saedah Siraj & Ahmad Sabri Shuib. Educational Psychologist. A theory of school and classroom organization. 22. (1994). Preferen pelajar terhadap teknik pengajaran guru. Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Pendidikan Perakaunan.RUJUKAN Abdul Razak. Noran. (2002). B.pdf (3 September 2009) Abdul Razak. (2004). Jurnal Pendidikan TigaENF. Jurnal Pendidikan.edu. Zaidatol. Universiti Malaya. Suhaida Abdul Kadir.my/portal/download/kajantindakanweb/2005/laporan/votek/2_hulu_pera k_abdul_razak_mat_wahie. Suhaida. (2003). (atas talian) http://jpnperak. (2005). Slavin. Penggunaan Perisian Komputer dan LCD sebagai Bahan Bantu Mengajar dan Pemudahcara. Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional Terhadap Prestasi Artibusi Pencapaian Konsep Kendiri Akademik dan Hubungan Sosial Dalam Pendidikan Perakaunan. Habibah & Ahmad Tarmizi.pdf (3 September 2009) Naina Mohd. (1999/2000). 93-112. UPM. R. Stail pengajaran guru dan gaya pembelajaran murid. 89-108. Md. Jurnal Pendidikan. Tesis Pendidikan. .my/portal/download/KajianTindakanWeb/2007/rumusan/rum%20votek %20edt/3. (atas talian) http://jpnperak. Universiti Malaya.edu. Noor. Meningkatkan Kemahiran Merekod Dokumen Perniagaan Prinsip Perakaunan menggunakan Kaedah Kombinasi. (2006). Jilid 2: Bil 3.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful