4.3.

4

GERAKAN PEMISAHAN DALAM MCA

Kejayaan MCA dalam Pilihan Raya Umum 1955 telah memberikan mandat kepadanya untuk meneruskan perjuangan parti itu dalam mempertahankan hak serta kepentingan orang Cina. Namun begitu, kegagalan MCA dalam menyuarakan tuntutan serta pandangan komuniti Cina secara berkesan membawa kepada kemerosotan pengaruh parti tersebut. Pada masa yang sama, pergeseran yang berlaku di antara dua kumpulan pemimpin MCA turut melemahkan parti tersebut. Di mana pucuk kepimpinan tertinggi MCA yang dipimpin oleh Tan Cheng Lock dikuasai oleh kumpulan saudagar kaya yang berpendidikan Inggeris. Manakala kumpulan pemimpin pertengahan yang dikenali ‘Laukeh’ dan mempunyai pengaruh yang kuat ke atas dewan perniagaan Cina. Perbezaan latar belakang pemimpin MCA berkenaan telah membawa kepada keretakan parti tersebut menjelang pertengahan 1950an. Ini seterusnya membawa kepada perselisihan pendapat dan mengakibatkan krisis dalaman dalam MCA. Lantaran itu, masyarakat Cina mulai hilang keyakinan terhadap MCA dan mula mengalihkan sokongan mereka kepada parti-parti yang lain dan dianggap lebih mampu memperjuangkan kepentingan mereka dengan lebih berkesan.

Pada masa yang sama, Akta Pendidikan 1952 yang telah dikaji semula selepas Pilihan Raya Umum 1955 tidak banyak membawa perubahan. Laporan Razak yang diumumkan tetap tidak diterima oleh majoriti masyarakat Cina yang beranggapan ianya tidak banyak berbeza dengan Akta Pendidikan 1952. Akta Pendidikan 1957 yang berlandaskan Laporan Razak menggariskan dua jenis sekolah rendah iaitu ‘sekolah umum dan ‘sekolah jenis umum’1. Bahasa Melayu dijadikan bahasa yang wajib dipelajari di samping bahasa Inggeris dan laporan ini turut menekankan sukatan pelajaran yang sama tanpa mengira bahasa penghantar2. Masyarakat Cina ternyata kurang senang dengan laporan ini kerana beranggapan ia bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahasa Cina dan menghapuskannya secara beransur-ansur. Di samping itu, syarat yang mewajibkan pembelajaran bahasa Melayu dan Inggeris turut mendapat bantahan kerana ia dianggap akan membebankan pelajar-pelajar Cina.
1

Ibrahim Saad, Pendidikan dan politik di Malaysia, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1986, hlm Ibid, hlm 53.

52.
2

Pemimpin-pemimpin MCA peringkat pusat dikecam kerana gagal menangani isu pendidikan dan bahasa ini dengan berkesan. Mereka yang kebanyakkannya berpendidikan Inggeris dilihat lebih mengutamakan soal kepentingan ekonomi daripada bahasa, pendidikan mahupun kebudayaan. Ini telah mengakibatkan kebangkitan golongan pemimpin ‘Laukeh’ yang berpendidikan Cina seperti Lau Pak Kuan dan Leong Chee Cheong, dan Cho Yew Fai. Pergeseran dalaman MCA telah mewujudkan dua kumpulan yang utama dan mempunyai matlamat perjuangan, kepentingan serta pandangan yang agak berbeza. Kumpulan Cina Peranakan yang berlatar pendidikan barat diketuai oleh Tan Cheng Lok, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin dan Leong Yew Koh dilihat lebih bersifat liberal dan mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin Melayu. Manakala kumpulan kedua pula yang merupakan “Laukeh” yang berpendidikan Cina dan merupakan pemimpin dewan perniagaan Cina, persatuan dialek dan huay tuan pula lebih menekankan kepentingan kebudayaan, bahasa, hak serta pendidikan Cina. Mereka merupakan pemimpin di peringkat cawangan seperti Lau Pak Kuan dan Leong Chee Cheong dari Perak, Cho Yew Fai dari Selangor dan Lim Lian Geok dari Persatuan Guru Cina Bersatu3.

Konflik MCA semakin ketara apabila soal kemerdekaan dibincangkan dan Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Lau Pak Khuan telah mendesak MCA agar memastikan soal kewarganegaraan, persamaan hak dan kebebasan pengunaan bahasa Cina dimasukkan ke dalam memorandum bersama Parti Perikatan yang akan diserahkan kepada Setiausaha Negara Tanah Jajahan di London4. Kegagalan MCA peringkat pusat melaksanakan tuntutan ini menyebabkan Lau Pak Khuan memulakan gerakan pemisahan di dalam MCA yang diketuai beliau, Leong Chee Cheong, Cho Yew Fa dan Lim Lian Geok yang juga dikenali sebagai ‘The Big Four’5. Ianya kemudian menyaksikan Lau Pak Khuan mengetuai The Pan-Malayan Federation of Chinese Association ( PMFCA ) dalam mengemukakan memorandum yang berasingan kepada Setiausaha Tanah Jajahan di London6. PMFCA yang mewakili 1,094 persatuan Cina dan dewan perniagaan
3 4 5

Heng Peck Koon, Chinese politics in Malaysia, hlm 239. R.K Vasil, Ethnic politics in Malaysia, Radiant Publishers, New Delhi, 1980, hlm.103-104. Heng Peck Koon, Chinese politics in Malaysia, hlm. 239.

6 Oong Hak Ching, Partai Malayan 1956-1963: Satu tinjauan tentang perjuangannya, Tesis Ijazah Sarjana Muda Dalam Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi, 1973, hlm. 172.

telah membuat satu memorandum bersama dengan Parti Malaya Melaka yang diketuai oleh Encik Tan Kee Gak7. Namun begitu, memorandum tersebut tidak diterima oleh Setiausaha Tanah Jajahan, A.Lennox-Boyd yang telah mengadakan rundingan dengan perikatan UMNOMCA-MIC. Pertelingkahan secara terbuka dalam MCA jelas memberi impak kepada perkembangan MCA . Di Perak misalnya, walaupun cubaan untuk memecat Lau Pak Khuan gagal tetapi bibit perpecahan dalam parti sudah jelas dan tidak dapat dibendung lagi. Pada 23 November 1957, Lau Pak Kuan bersama-sama Fong Seong bertindak menyokong PPP dalam pilihan raya kecil 19578. Ini menandakan bermulanya kemerosotan MCA di Perak terutamanya di daerah Kinta sehinggalah pada Pilihanraya Majlis Perbandaran Ipoh tahun 1958 yang menyaksikan keempat-empat calon MCA ditewaskan oleh calon PPP.

4.4.3

KETEGANGAN HUBUNGAN MCA DAN UMNO

Pilihan Raya Umum 1959 merupakan yang pertama selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya. Menurut Ting Chew Peh, ia memperlihatkan tiga aspek yang penting9. Pertama, ia berlaku selepas peninggalan British dan kemerdekaan Tanah Melayu. Kedua, perubahan saiz dan populasi pengundi serta peningkatan mendadak pengundi Cina. Ketiga pula, perubahan kepimpinan yang menyaksikan kelahiran kumpulan “Young Blood” mahupun “Young Turks” dalam MCA. Barisan pemimpin ini yang diketuai oleh Dr. Lim Chong Eu yang lebih lantang dalam memperjuangkan hak serta kepentingan masyarakat Cina. Kumpulan “Young Turks” ini berjaya mengambil alih pucuk kepimpinan MCA pada tahun 1958, selepas Dr. Lim Chong Eu menewaskan Tan Cheng Lok dengan undian sebanyak 8967.

Namun begitu, hubungan kepimpinan baru ini dengan UMNO dilihat agak renggang. Ini kerana UMNO dilihat lebih gemar bekerjasama dengan Tan Cheng Lok yang digelar “old guard” dan lebih sanggup berkompromi dalam soal bahasa dan juga pendidikan Cina. Pergeseran MCA-UMNO jelas apabila pilihan raya umum 1959 tiba, di mana MCA dalam kepimpinan Dr. Lim telah menuntut 40 kerusi parlimen dan kuasa untuk memilih calonnya
7 8 9

Ibid. R.K Vasil, Politics in a plural society, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1971, hlm.232. Ting Chew Peh, The Chinese in Penisular Malaysia: A Study Of Race Relations In A Plural Society,

hlm. 189.

dalam pilihanraya itu10. Permintaan itu, ditolak oleh Tunku Abdul Rahman yang hanya bersedia untuk memperuntukkan 31 kerusi kepada MCA tanpa hak pemilihan calonnya. Keputusan itu, jelas mengecewakan Dr. Lim dan penyokongnya yang akhirnya bertindak berundur daripada MCA apabila beliau dan para kepimpinannya telah diketepikan oleh Tunku dalam pilihan raya umum 1959. Perkembangan ini merupakan satu tamparan hebat kepada MCA dan juga Perikatan. Di mana dalam pilihan raya umum 1959, Parti Perikatan hanya mampu menawan 74 daripada 104 kerusi dan peratusannya undinya turut merosot dari 81.7% pada tahun 1955 kepada 51.8% pada 195911. Kemerosotan undi sebanyak 28.9% dilihat berpunca daripada prestasi buruk MCA yang hanya mampu memenangi 19 daripada 31 kerusi yang ditandinginya. Di negeri Perak misalnya, , ia pertama kali menyaksikan kekalahan MCA dalam 4 daripada 5 kerusi parlimen yang ditandinginya. Manakala di peringkat dewan undangan negeri, MCA hanya mendapat 2 daripada 10 kerusi yang dipertandingkan. Para pengundi Cina telah bertindak memboikot MCA dengan menyerahkan undi mereka kepada parti PPP. Di mana kedua-dua pemimpin utama Dharma Seenivasagam dan Sri Padhmaraja menang bergaya bagi kerusi parlimen dan juga dewan undangan negeri . Dharma berjaya mendapat majoriti sebanyak 5,711 undi bagi kerusi Parlimen Ipoh dan 1,756 undi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pekan Bharu. Manakala Sri Padhmaraja pula mencapai lebihan undi sebanyak 8,040 undi bagi kawasan Parlimen Menglembu dan 2,765 lebihan undi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Pari. Parti MCA seolah-olah ‘nyawa di hujung tanduk’ apabila Leong Kee Ngen, bekas timbalan pengerusi Parti Kebangsaan Perak (NAP) menjadi penyelamat maruah Perikatan dan MCA dengan memenangi kawasan Parlimen Kampar dengan majoriti undi sebanyak 1253 undi.

10 11

R.K Vasil, Ethnic politics in Malaysia, hlm. 109. Gordon P. Means, Malaysian politics, hlm. 225.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful