You are on page 1of 47

PENGENALAN

1. Definisi Pendidikan Khas

Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu
'kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai
pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah
sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa' (Chua,1982)

Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang


bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan
bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luarbiasa.
(Gearhart dan Weishahn,1980)
 

Definisi Pendidikan Khas Dalam konteks Malaysia

Pendekatan Baru Difinisi Kanak-Kanak Dengan Keperluan-Keperluan Pendidikan


Khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan,
penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran
pengembangan ( development skill). Pendekatan baru menolak pendekatan
tradisi yang menekankan kecacatan dan ketidakbolehan (medical defict model).

Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan


kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan
keperluan pendidikan khas seperti berikut :-

 kebolehan kognitif
 perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran sosial
 penguasaan bahasa lisan / pertuturan
 pengusaan membaca
 kemahiran matematik
 kemahiran pertumbuhan asas manusia
 kemahiran berdikari
1
 kemahiran keusahawanan
 kebolehan penglihatan
 kebolehan pendengaran

Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah,
teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan ke arah
pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak-
kehendak khas. Dari segi praktiknya pendidikan khas merupakan pendidikan
secara individual dengan kaedah-kaedah pengurusan yang bersistematik dari
segi susunan fizikal, alatan-alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua
yang dibuat ini semata-mata untuk menolong kanak-kanak khas untuk mencapai
kepuasan diri dari segi akedemik dan vokasional untuk membolehkan mereka
berdikari.

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi


pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk pengunaan bahan-bahan
khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap
kebolehan dan keupayaan murid.

2. Sejarah Pendidikan Khas Di Malaysia

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di


kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat
penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji
Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak
yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada
perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut, “Dengan
adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap
pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah
mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak
persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan

2
o/eh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat
hendaklah terus digalakkan. “

Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:

Pendidikan Masalah Penglihatan


1926 Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja
Anglican di Melaka
1931 SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948 Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama
oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan
Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM)
1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan
(JKM)
1962 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat
penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,
diperkenalkan
1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat
penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,
diperkenalkan
1977 Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di
Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa
Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan,
Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian
Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh
1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel
Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-
Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan

3
Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan
bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan
alatan Braille

Pendidikan Masalah Pendengaran


1954 Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang
1954 Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan
Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang
1963 Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman
Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah
rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran
di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978 Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian
Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh
Kementerian pendidikan
1979 Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah
pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan
Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan
1985 Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh,
Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku
Pendidikan Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II
Bahasa Malaysia Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan
Pendidikan Vokasional dan Teknikal
1987 Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah
Alam

Program Percantuman/Inklusif

4
1962 Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
dimulakan
1988 Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah
pembelajaran
1993 Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6
Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala
Lumpur
1994 Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14
buah sekolah di seluruh negara
1995 Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

3. Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk


melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari,
mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri
sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan
produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang
pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-
masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan
menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan
kepercayaan diri dalam diri individu.

Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda
menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya
apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang
mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak
berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak
sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan

5
gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut
minat masing-masing.

Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa


seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua
bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya,
orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan,
golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah
kadangkala lebih baik lagi!

Objektif

 Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk individu dengan


keperluan khas
 Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada individu
dengan keperluan khas.
 Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi diri
murid-murid.
 Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup
dan terkini.
 Memastikan tenaga pengajar mencukupi dan terlatih

Visi

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid berkeperluan khas


kearah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Misi

Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas


untuk menjadikan mereka insan yang berdikari, berjaya dalam hidup dan
memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

6
5. Akta Pendidikan Khas

Individual with Disabilities Education Act (IDEA) 2004 merupakan undang–


undang Perseketuan Amerika Syarikat yang melindungi perkhidmatan
pendidikan khas kanak-kanak kurang upaya bermula kelahiran mereka
sehinggah tamat persekolahan peringkat menengah atas. Akta ini diwartakan
oleh Kongres Amerika Syarikat pada tahun 2004 dan membawa perubahan
besar dalam perkhidmatan serta perlaksanaan Pendidikan Khas di negara ini.

Pada mulanya IDEA dikenali sebagai Education for All Handicapped Children Act
(EHA) pada tahun 1975. IDEA akan dikemaskini setiap lima tahun dan yang
terkini ialah IDEA, 2004.

IDEA terbahagi kepada empat komponen iaitu komponen A, B, C, dan D.


Kompenan A mentakrifkan istilah yang digunakan dalam undang-undang ini.
Kompenan B ialah membahagaikan sumber kewangan setiap negeri untuk
membekalkan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang layak dan golongan
muda yang kurang upaya. Komponen C berkaitan dengan Program
Pertumbuhan Awal Bayi dan Kanak – Kanak kurang upaya. Dimana
perkhidmatan ini termasuklah kursus kekeluargaan, kaunseling, lawatan ke
rumah, perkhidmatan pengucapan dan bahasa, fisioterapi dan terapi fizikal.
Komponen D membantu jabatan pendidikan negeri dan agensi lain dalam
mempertingkatkan usaha mereka dalam membantu kanak-kanak kurang upaya.

Akta Pendidikan

Akta Pendidikan 1996 telah berkuatkuasa pada 31 Disember 1997. Berbanding


dengan Akta Pelajaran 1961, Akta Pendidikan 1996 mula menitik beratkan
golongan kurang upaya dengan membolehkan Menterinya mengadakan
pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau

7
menengah. Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya
peruntukan yang cukup.

Jabatan Pendidikan Khas menyediakan peluang - peluang pendidikan kepada


kesemua aspek murid khas seperti berikut ;
1. Program Cacat Penglihatan
2. Program Cacat Pendengaran
3. Program Bermasalah Pembelajaran/Program Integrasi
4. Program Pendidikan Inklusif
Secara kesimpulannya, Individual With Disabilities Act, IDEA 2004 dan Akta
Pendidikan adalah dua perkara yang sama tetapi berbeza daripada segi
peruntukkan bidang kuasa. IDEA lebih fokus berbanding dengan Akta pendidikan
dalam hal–hal berkaiatan dengan murid pendidikan khas.

IDEA 2004 VS AKTA PENDIDIKAN 1996

Pengkhususan

Akta Pendidikan 1996; Bersifat general. Peruntukan untuk golongan murid dan
sekolah khas adalah kecil sahaja dalam akta ini. Golongan ‘murid khas’, tidak
dinyatakan dengan jelas. Takrifan ‘sekolah khas dan ‘murid khas’ yang terlalu
am. Tidak dinyatakan atau diperuntukan dalam Akta ini bahawa pendidikan untuk
golongan ini perlu bermula daripada zaman kanak-kanak mereka.

IDEA 2004; Lebih jelas dan spesifik. Akta ini khusus untuk pendidikan kepada
golongan kurang upaya. IDEA merupakan undang-undang persekutuan yang
melindungi perkhidmatan pendidikan kepada golongan kurang upaya bermula
mereka lahir sehinggah tamat sekolah menengah.

Takrifan Pendidikan Khas

8
AKTA PENDIDIKAN 2004; Pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan
khas murid. Sekolah yang menyediakan pendidikan khas yang ditetapkan
melalui peraturan - peraturan yang dibuat di bawah seksyen 41;

IDEA 2004; Pengajaran yang direka khas, tiada yuran ibu bapa, keperluan unik
untuk kanak-kanak kurang upaya, termasuk rekaan bilik darjah, rumah, hospital,
institusi dan lain-lain.

Takrifan Kanak-kanak Pendidikan Khas

IDEA 2004; Kanak – kanak kurang upaya yang termasuk dalam 13 ciri ketidak
upayaan yang termaktub dalam IDEA dan memerlukan pendidikan khas serta
perkhidmatan yang berkaitan kerana ketidakupayaannya; atau kanak-kanak
yang berumur 3 hinggah 9 tahun yang mengalami kerencatan akal.

Kategori Ketidakupyaan

AKTA PENDIDIKAN 1996 : Tidak dinyatakan

IDEA 2004: Autisma, pekak-buta, kecelaruan emosi, masalah pendengaran,


kerencatan mental,kecatatan pelbagai, ketidakupyaan ortopodik, lain – lain
masalah kesihatan (asmah, ADHD/ADD, diabetes, epilepsy, masalah hati,
leukemia, hemophilia, keracunan plumbum, nephritis, rheumatic fever, sickle cell
anemia dan Tourette syndrome), masalah pembelajaran spesifik (contoh
masalah persepsi, kecederaan otak, disfungsi otak, Dislexia, Developmental
Aphasia), ketidakupayaan pertuturan dan pendengaran, kecedaraan otak
traumatik, ketidakupyaan visual (termasuk buta), dan pembesaran terbantut.

Takrifan Sekolah Khas

9
AKTA PENDIDIKAN 1996; Sekolah yang menyediakan Pendidikan Khas yang
ditetapkan melalui peraturan – peraturan yang dibuat di bawah Seksyen 41.

Implikasi Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996.

i. Pelaksanaan Pendidikan inklusif

Pada tahun 1962 kelas ini telah dimulakan bila 3 pelajar cacat penglihatan telah
belajar di kelas biasa dengan bantuan guru khas resos. Pada tahun 1993/94
seramai 3 orang pelajar cacat pendengaran telah ditempatkan ditingkatan enam
rendah di SMK(L) Methodist Kuala Lumpur . Sesi persekolahan 1994/95
bermulalah projek rintis 14 buah sekolah di Malaysia bagi program KKBP.

ii. Kewujudan Jabatan Pendidikan Khas.

Bagi memantau Perjalanan Program Pendidikan khas selaras dengan akta


pendidikan kerajaan dengan kuasa menteri telah menubuhkan satu jabatan yang
membolehkan pelajar kurang upaya terbela dari segi akademik. Peluang belajar
telah dilanjutkan keperingkat lebih tinggi selepas PMR dan SPM seperti ke
Politeknik dan IPTA. Pada tahun 1999/2000 telah wujud peluang pelajar khas
melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional melalui kemasukan ke Sekolah
teknik dan vokasional. Wujudnya JPK memudahkan Kementerian Pelajaran
menyalurkan bantuan kewangan.

iii. Peluang Kerjaya dan Pendidikan

Terlaksananya akta ini membolehkan ibu bapa mendesak kerajaan menubuhkan


sekolah khas sejak peringkat pra lagi. Bagi pihak kerajaan pula akta ini
membolehkan seseorang pelajar khas yang belum bersedia ditolak
penempatannya setelah tamat tempoh percubaan.

iv. Pembentukan Kurikulum Fleksibel

10
Akta Pendidikan 1996 ( Bah.11/4) dan akta pelajaran 116 membolehkan ihak
guru mengubahsuai kurikulum , kaedah atau teknik p&p mengikut kesesuaian
dan kemampuan murid. Ini memberi peluang kepada guru membentuk dan
mereka kurikulum vakasional dan kemahiran hidup diperingkat rendah dan
menengah.

6. Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak-Kanak

Di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia terdapat 9 kategori kanak-kanak


berkeperluan khas iaitu :

1. Terencat Akal (Mental Retardation)

2. Kurang Upaya Dalam Pembelajaran (Learning Disability)

3. Kecelaruan Emosi atau Tingkah Laku (Emotional or Behavioral Disorders)

4. Pintar Cerdas dan Berbakat (Gifted and Talented)

5. Masalah Bahasa dan Pertuturan (Speech and Language Disorders)

6. Masalah Pendengaran (Hearing Impairment)

7. Masalah Penglihatan (Visual Impairment)

8. Kecelaruan Spektrum Autisma (Autism Spectrum Disorder)

9. Kurang Upaya Fizikal atau Masalah Kesihatan (Physical or Health Disability)

Manakala definisi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran pula


adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang
dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan

11
formal. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah
tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia ini adalah :

• Sindrom Down

• Autisme ringan

• Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorders/ADHD)

• Terencat akal minima

• Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability), dan

• Kurang upaya dalam pembelajaran khusus (Contoh: Disleksia, Diskalkulia,


Disgrafia,Dispraksia)

Di bawah Jabatan Pendidikan Khas, ciri kanak-kanak bermasalah dapat dilihat


pada 3 apsek:

Aspek psikomotor

Bentuk badan dan koordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza
dengan kanak-kanak normal.

Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental


yang disebabkan oleh faktor–faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan
berbanding dengan kanak-kanak biasa.

Aspek kognitif

Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek


yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah.

12
Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak
bermasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya,
mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa
berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.

Aspek afektif

Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap


sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-
ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai
dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan
tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-
kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab para professional, guru-


guru sekolah serta ibu bapa untuk membantu anak-anak yang bermasalah
dengan mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka
mengikut latihan-latihan khas yang telah disediakan.

7. Kategori Murid Bermasalah Pembelajaran

Pintar Cerdas

Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang ditujukan
kepada kanak-kanak,pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi
dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik,
kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik
yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan
yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah
biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.

13
Defenisi bagi Negara Kanada,pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah
keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman
pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa
untuk memenuhi tahap keupayaan akedemik dan potensi mereka.Di England,
pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam
bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari semua
bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan tinggi untuk 1
atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk
semua subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan
tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan atau seni persembahan.

Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar
cerdas:

Pengamatan tinggi

Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang


sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

Keinginan untuk tahu tinggi

Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu
acara

Minat mendalam

Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa
sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

Menerima infomasi dengan pantas

Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan


banyak

14
Ingatan yang tinggi

Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai
topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal

Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas

Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca
dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi

Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka


menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama

Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih
lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya
pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah

Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar
untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti

Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

15
Keupayaan imaginasi yang tinggi

Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh
mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial

Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi


dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku

Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata
apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta
sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan

Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah
untuk orang lain

Bersemangat dan bertenaga

Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih
mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

Pandai berjenaka

Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-
rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan

Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat
dilakukan dengan sempurna

16
Perkembangan asynchronous

Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan social adalah tidak sekata sebagai
contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun
inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dakanak-kanak 6
tahun dari segi emosinya.

Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar


cerdasPermasalah dari segi perkembangan asynchronous

Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai


perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menangani perkara-perkara yang
melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah
kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain.
Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan
perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran
intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong
mereka kearah kekecewaan. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang
dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan
menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan


memberi alasan

Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam
apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan
disiplin yang betul sungguhpun mereka itu bijak. Mereka boleh mempengaruhi
orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya
mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah
keburukkan. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa
dan guru

17
Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi
yang sensitif .

Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan


sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa. Mereka ini memerlukan data-
data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka
sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk
bersosial. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk
memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuloran, pencemaran, ketidak adilan
dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan
mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential
depression”.

Sindrom Down

Mempunyai karakter fizikal yang boleh dikenal pasti dan keintelektualan yang
terhad disebabkan oleh ketidaknormalan pada pasangan kromosom ke 21
Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina 1 : 1000 ke 1 : 1100

Punca

Keabnormalan hormon Jangkitan Virus Genetik (5%) Peningkatan usia ibu /


bapa(Lebih 85%)

Ciri-ciri

Sifat pada kepala,muka dan leher Iras muka hampir sama seperti orang mongol
Pangkal hidung kemek Jarak antara mata jauhdan belebihan Sifat pada tangan
dan lengan Jari jemari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke bawah
Tapak tangan biasanya terdapat satu garisan urat yang dinamakan “simian
crease”

18
Sifat pada kaki Jari-jari kaki agak pendek dan jarak antara ibu kaki dan jari kaki
agak jauh terpisah Tapak kaki biasanya leper Sifat pada otot Biasanya otot
lemah menyebabkan mereka menjadi lembik Lewat dalam perkembangan motor
kasar

Masalah-masalah kesihatan yang berkaitan Masalah Jantung Masalah jantung


berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) – Masalah jantung berlubang
diantara bilik jantung kiri dan kanan Patent Ductus Ateriosis (PDA) – salur
ateriosis yang berkekalan Masalah Usus Salur esofagus yang tidak terbuka –
semasa berumur 1- 2 hari bayi mengalami masalah menelan air liur

Salur usus kecil duodenum tidak terbuka(duodenal atresia) – bayi mengalami


masalah muntah selepas menyusu dan perut kelihatan buncit sedikit Salur usus
rectum atau bahagian usus yang paling akhir(dubur) tidak terbuka langsung atau
penyempitan yang dinamakan “Hirsprung Disease” Masalah perubatan yang lain
Hypothyrodism – kurang hormon tiroid Ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di
bahagian leher menyebabkan penyakit lumpuh(Atlantoaxial instability) 60-80%
bermasalah pendengaran Sebahagian kecil leukimia

Peringkat Perkembangan 0 -3 Bulan Perkembangan motor kasar dan


rangsangan Boleh menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan Rangsangan
boleh dibuat dengan bercakap-cakap dengan bayi dari arah kiri dan kanan
Latihan kawalan kepala boleh dilakukan dengan memangku bayi dalam keadaan
separuh duduk dan galakkan bayi menegakkan kepalanya

Perkembangan motor halus dan rangsangan Perkembangan – semasa


dilahirkan jari jemari menggenggam dan apabila umur meningkat bayi mula
membuka jari-jari dan membawa tangannya ke mulut.Diakhir 3 bulan bayi boleh
memegang objek yang diletakkan di dalam tangan sekejap dan kemudian
melepaskannya Rangsangan – mengusap belakang telapak tangan bayi dengan
jari kita

19
Perkembangan pertuturan dan bahasa serta rangsangan Perkembangan - Bayi
mula mengeluarkan suara dengan tangisan,bayi berumur 6 minggu ke atas mula
mengeluarkan bunyi yang perlahan apabila seseoraoran menegurnya.Bunyi
akan bertambah jelas menjelang umur 3 bulan ke atas Rangsangan – Bercakap-
cakap dan memberi senyuman kepada bayi Jika bayi tidak menunjukan tindak
balas perlu mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada masalah
pendengaran

Jangka hayat Pada tahun 1929 hanya 9 tahun Tetapi kini dengan kemajuan
teknologi perubatan,jangka hayat sehingga 50 tahun dan ke atas Diusia lebih 40
tahun keupayaan badan akan tuirun,hilang ingatan dan hilang kemampuan
mengurus diri

Pihak yang dapat membantu anak Sindrom Down Ibubapa – kasih sayang dan
perlindungan Doktor perubatan keluarga – Khidmat nasihat,sokongan dan
dorongan Pakar kanak-kanak – Kepakaran dalam masalah berkaitan Jururawat
Masyarakat – Perkhidmatan perawatan Jurupulih anggota,jurupulih cara kerja
dan jurupulih pertuturan – Latihan pemulihan Guru / pendidik – Memberi
pendidikan Masyarakat dan sukarelawan yang prihatin

Organisasi yang dapat membantu kanak-kanak Sindrom Down Jabatan


Kesihatan – Perkhidmatan dan rawatan Jabatan Pelajaran – Pendidikan dan
penempatan persekolahan Jabatan Kebajikan Masyarakat – Kemudahan
PDK,pendaftaran dan kemudahan kewangan Pertubuhan Badan Bukan
Kerajaan(NGO) – Khidmat nasihat dan sokongan

Pilihan rawatan dan sekolah yang sesuai untuk kanak-kanak Sindrom Down
Peringkat 0 – 2 tahun :- Pemulihan di klinik tempatan atau hospital Peringkat 3 –
4 tahun :- Kanak-kanak boleh dibawa menghadiri pusat pemulihan di klinik
tempatan,hospital dan PDK Peringkat 5 – 6 tahun :- Digalakkan memasuki
TADIKA biasa atau meneruskan pemulihan di klinik,hospital dan PDK Peringkat

20
7 – 12 tahun :-Ke sekolah Integrasi P. Khas Peringkat 13-18 tahun :- Ke sekolah
Menengah Integrasi Peringkat 18 tahun ke atas:-Dihantar latihan vokasional

Peringatan kepada ibu bapa:

Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka.Pilih


alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak.Sedia bahan
sampingan untuk permainan khayalan.Jangan terlalu memaksa mereka
melakukan sesuatu.Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan
pendorong.Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan
mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian. Jangan biar kanak-kanak SD
bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas
daripada rakan.

Autisme
Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk ‘pintu rahsia’ anak sebelum boleh mendekati
dan berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak
anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri.Anak
autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik,
mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.
Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi
melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah
mungkin lebih berjaya daripada individu normal.

Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa
yang bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula ‘buat
perangai’, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara
sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.

21
Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan
sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta
menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti
dan perangai.Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia
mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000
penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima
orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan
mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri
sendiri. Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada
tahap berbeza.

Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah


berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.Kekurangan dialami kanak-kanak
ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha
menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.Pun
begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana
ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok
dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom
Asperger iaitu sejenis autisme.Individu autisme menunjukkan perlakuan yang
sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.

Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah

Tidak mampu bersosial

Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan, menyebabkan


mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan
sangat berbeza daripada normal seperti:- Tidak menghiraukan orang lain.-
Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.-
Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila
bercakap.- Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).- Susah

22
bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.- Lebih suka bermain sendiri.-
Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.

Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi

Lambat bercakap.- Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan


orang.- Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.- Bercakap dalam nada pelik —
seperti menyanyi atau bercakap macam robot.- Sukar memulakan percakapan.
Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap).- Mungkin
mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.- Kanak-kanak
autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan
mereka kedengaran seperti orang dewasa.

Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan

Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan.
Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.- Menunjukkan
minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta
mainan berpusing dan memutar objek.- Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan
bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.-
Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.-
Tidak boleh duduk diam.- Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang
dewasa.

Masalah tingkah laku

Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak


balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan
kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.-
Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan
keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang

23
dicetuskan orang lain.- Tidak tahu bersosial — jika melakukan kesalahan, ia
sangat mudah dikesan.- Aktif tetapi berperangai pelik — kanak-kanak autisme
jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek
atau dibuli kanak-kanak lain.

Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme


sukar didekati. Ada ibu bapa kecewa selepas gagal ‘mengubah’ anak mereka
dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih
mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai
bodoh.“Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru
dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka.

Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai
bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan
daripada kanak-kanak normal.“Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu
autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya
kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak
autisme membesar di bawah paras kemampuan,” kata Pengerusi Persatuan
Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon pada bengkel strategi
praktikal mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya.

Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen


Underwood, masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun,
biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia
tiga tahun.Walaupun autisme belum ada penawarnya, banyak kaedah rawatan
dan pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan
baik. Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap segi, terutama
kemahiran sosial dan pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri.

Katanya, lebih awal masalah anak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini

24
hanya disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah.
Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun
yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan
memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-
kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.Panduan
membentuk hubungan sosial.Bagi mengatasi masalah sosial di sekolah seperti
tidak pandai berkawan, mementingkan diri sendiri dan sukar mengekalkan
tumpuan, beberapa langkah boleh diambil iaitu dari peringkat pra sekolah
lagi.Oleh kerana mereka tidak pandai berbual dan bergaul, ibu bapa boleh
menjemput kawan datang ke rumah.

Ini membuatkan anak berasa diterima, lebih yakin serta dapat mengelak mereka
menjadi mangsa buli.“Setiap kali cuba berkawan, ada saja kesalahan yang
mereka dilakukan. Ini membuatkan kanak-kanak autisme berasa tertekan dan
mula menyalahkan orang lain. Mereka mungkin jadi sombong, berlagak dan lebih
susah berkawan. Kanak-kanak autisme, terutama perempuan, ada
kecenderungan meniru perbuatan orang lain bagi membolehkan mereka diterima
sebagai kawan.“Yang ibu bapa dan guru perlu lakukan ialah memerhatikan jenis
permainan yang dimainkan rakan sebaya anak. Belajar cara dan peraturan
permainan supaya anda boleh bermain dengan anak.

Ini membolehkan anak belajar untuk menunggu giliran dan berinteraksi.“Kaedah


lain ialah merakam suasana permainan di sekolah. Oleh kerana anak autisme
ada masalah lambat belajar, dia boleh menonton rakaman ini berulang kali di
rumah,” katanya.Pada masa sama, galak anak menjadi peramah dan mudah
didekati. Jangan kritik jika anak tidak melakukan perkara sepatutnya kerana
mereka tidak tahu apa yang salah atau betul.
Sebaliknya, galakkan mereka dengan cara positif seperti membuat diari
persahabatan atau carta markah bersosial (beri satu markah apabila mereka
melakukan usaha berkawan, terutama ketika kecil iaitu pada umur empat atau
lima tahun).Sebagai ibu bapa, anda juga perlu menjadi ‘model’ dan kawan

25
kepada anak, terutama apabila mereka meningkat umur enam hingga sembilan
tahun kanak-kanak autisme mula ada minat sama dengan rakan sebaya.

Ketika ini mereka perlu belajar apa yang tidak boleh dicakap kerana kanak-kanak
autisme ‘sangat jujur’ dan kejujuran ini mungkin melukakan hati kawan.Pada
umur sembilan hingga 13 tahun, ibu bapa boleh menggunakan rancangan
televisyen seperti Mr Bean untuk mengajar anak apa yang tidak boleh dilakukan
kerana pada ketika ini anak autisme mula mengambil kira pandangan orang
terhadap diri mereka dan sedar wujudnya perbezaan jantina.

Kanak-kanak autisme ada kemungkinan empat kali lebih tinggi menjadi mangsa
buli. Mereka masih tidak tahu apa perlu dilakukan jika diusik atau diejek kerana
bimbang dipulaukan. Rata-rata berasa rendah diri, cepat resah, mudah tertekan
dan pencapaian akademik juga lemah.

Walaupun mula pandai berkawan tetapi dalam kebanyakan kes, persahabatan


itu biasanya berakhir di pintu pagar sekolah. Antara cara membantu
meningkatkan keyakinan dan kemahiran berkawan ialah menggalakkan mereka
terbabit dalam pementasan drama atau aktiviti berkumpulan serta membuat
sistem mentor. Perlu diingat, bukan semua anak autisme ada masalah
pembelajaran.

Attention Deficit Hiperactive Disoder (ADHD)

Banyak masalah kesihatan mental berlaku pada kanak-kanak seperti Gangguan


Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD); Gangguan Daya Tumpuan (ADD),
masalah pembelajaran (disleksia), terencat akal dan autisma. Namun, masalah
paling kerap berlaku ialah ADHD dan ADD.

Berdasarkan program bersama Jabatan Psikiatri PPUM dengan lima sekolah


rendah di Petaling Jaya, didapati lebih 50 murid sekolah mengalami masalah

26
ADHD dan secara purata setiap kelas ada seorang kanak-kanak ADHD dalam
peringkat berbeza.

Kadar kelaziman masalah mental di kalangan kanak-kanak ialah satu hingga tiga
peratus dan kajian mendapati kira-kira 10 peratus orang dewasa turut mengalami
masalah ini yang mungkin diperoleh ketika dewasa atau bermula sejak kecil.

Menurut Perunding Psikiatri PPUM Dr Subash Kumar Pillai, walaupun ada ibu
bapa menolak apabila dinasihatkan membawa anak berjumpa pakar psikiatri,
kebanyakannya bersetuju selepas memahami keadaan sebenar yang dialami
anak.

Lebih penting, di kalangan murid yang menerima rawatan, lebih 50 peratus


menunjukkan peningkatan prestasi dalam pelajaran. Pada peringkat awal,
kanak-kanak ADHD tidak menimbulkan banyak masalah selain dilabel sebagai
kanak-kanak hiperaktif dan ketinggalan dalam bilik darjah, tetapi ia memberi
banyak kesan negatif, termasuk masalah sosial apabila meningkat dewasa.

“Masalah kurang daya tumpuan yang dialami menyebabkan kanak-kanak ADHD


tidak dapat belajar dengan baik. Mereka tidak boleh memberi tumpuan pada
pelajaran dan sukar menyudahkan tugasan. Akibatnya, mereka akan ketinggalan
dalam pelajaran.

“Kanak-kanak ADD juga ada masalah sama seperti ADHD, bezanya mereka
tidak hiperaktif. Pada pandangan kasar mereka sama seperti kanak-kanak
normal lain, tetapi tidak dapat memberi tumpuan di bilik darjah. Mereka sering
dilabel sebagai pelajar malas, lembab dan diletakkan di dalam kelas terakhir,”
katanya.

Masalah kesihatan mental ini juga ada banyak peringkat dan sesetengahnya
hanya menunjukkan tanda di tempat tertentu seperti di sekolah atau rumah saja.
Namun isu lebih besar ialah kelewatan pengesanan dan diberi rawatan sehingga
menimbulkan masalah lain.

27
Antara punca kelewatan ini ialah:

 Tanda dan gejala tidak jelas atau tidak kelihatan. Ibu bapa menganggap
gejala dialami sebagai kenakalan biasa dan tiada kaitan dengan penyakit
mental.Sedangkan hakikatnya perlakuan kanak-kanak yang nampak
malas, tidak mahu belajar, suka menyendiri dan sukar menyiapkan
tugasan disebabkan penyakit dan mereka perlu dibantu dengan berjumpa
pakar untuk diberi rawatan sewajarnya.

 Guru dan keluarga tidak tahu atau kurang jelas dengan gejala yang
ditunjukkan kanak-kanak.

 Ramai ibu bapa tidak pasti ada rawatan mampu membantu anak mereka.

 Kesan stigma terhadap rawatan psikiatri yang dianggap hanya untuk


orang sakit jiwa. Malah, ada ibu bapa tidak tahu kewujudan pakar psikiatri
kanak-kanak.

Tanda ADHD

Tanda ADHD boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bukan semua tanda ini
ada pada kanak-kanak ADHD, tetapi untuk mengesahkan seseorang kanak-
kanak mengalami ADHD dia perlu menunjukkan tanda di sekurang-kurangnya
dua situasi contohnya di rumah dan sekolah.

Tanda kurang tumpuan

 Sukar memberi tumpuan pada apa yang dipelajari.

 Sukar mengekalkan tumpuan pada permainan atau pelajaran.

 Kelihatan tidak mendengar apabila kita bercakap dengannya dan kena


panggil banyak kali untuk mendapat perhatiannya.

28
 Biasanya sukar mematuhi arahan dan tidak dapat menghabiskan sesuatu
tugas. Jika boleh pun biasanya mengambil masa sangat lama, ini
termasuk makan, mandi dan memakai pakaian.

 Sukar menguruskan tugas dan aktiviti.

 Selalu mengelak, tidak suka atau tidak mahu melakukan kerja yang
memerlukan otak untuk berfikir.

 Kerap hilang barang.

 Tumpuan mudah terganggu dengan persekitaran.

 Pelupa.

 Menghadapi masalah belajar, terutama membaca, mengeja dan mengira

Tanda Hiperaktif

 Tidak boleh duduk diam dan jika duduk, tangan atau kaki bergerak
(digoyangkan).
 Sering meninggalkan tempat duduk dalam bilik darjah.
 Berlari atau memanjat yang keterlaluan.
 Sukar bermain sendiri.
 Sentiasa bergerak seolah-olah di kakinya ada ‘motor’.
 Terlalu banyak bercakap.

Tanda impulsif

 Kerap menjawab sebelum soalan habis ditanya.


 Sentiasa tidak sabar menunggu giliran.
 Kerap mengganggu orang lain.

29
“ADHD lebih kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki (tiga kali ganda) tetapi tiada
siapa tahu sebabnya. Kanak-kanak ADHD menunjukkan kelakuan terlalu aktif,
tidak sabar menunggu giliran, terutama ketika beratur, dan tidak mampu
menumpukan perhatian pada satu-satu aktiviti.“Mereka juga biasanya menjawab
sebelum soalan habis ditanya dan kerap memotong cakap orang. Walaupun
memotong cakap orang adalah normal bagi kanak-kanak berumur enam hingga
tujuh tahun, tetapi untuk kanak-kanak ADHD ia keterlaluan dan menjadi
masalah.“Bukan mereka tidak mahu menumpukan perhatian atau sengaja
berkelakuan hiperaktif, tetapi ia berlaku di luar kawalan mereka. Malah, ADHD
antara faktor menyebabkan kanak-kanak selalu hilang apabila di tempat awam,
seperti pusat beli-belah,” katanya.

Uniknya kanak-kanak ADHD boleh menghafal dengan baik, tetapi bukan dalam
subjek pelajaran. Bahkan mereka juga berisiko untuk menipu (berlaku secara
automatik) untuk menyelamatkan diri daripada dimarahi ibu bapa atau guru.

Mengapa perlu diberikan rawatan seawal mungkin?

ADHD atau ADD boleh memberi kesan besar dalam pencapaian akademik,
perkembangan sosial dan peningkatan kerjaya seseorang. Gangguan ini lebih
sukar dirawat jika masalah ini hanya dikesan ketika remaja kerana sudah
menjadi sebahagian kelakuan mereka.

Selain itu, hubungan keluarga yang keruh memburukkan lagi masalah ADHD
dan ADD anak. Faktor ini termasuk interaksi negatif antara ibu bapa dan adik
beradik, kawalan terlalu ketat, kemurungan ibu, sikap bapa yang anti sosial dan
masalah perkahwinan.

Bagi pesakit remaja, semua faktor ini menyebabkan mereka lebih rapat dengan
kawan dan cenderung mengabaikan keluarga, terutama ibu bapa yang sering
memarahi mereka.

30
Ia juga dianggap antara faktor yang boleh menyebabkan remaja ADHD dan ADD
lari dari rumah.

Kira-kira 30 hingga 40 peratus remaja ADHD keciciran pelajaran dan hanya lima
hingga 10 peratus berjaya belajar hingga ke peringkat tinggi.

Remaja ADHD juga menunjukkan sikap suka berlengah, melawan guru, terbabit
dalam aktiviti seks dan hamil pada usia sangat muda.

Apabila bekerja, 70 hingga 80 peratus sukar menunjukkan prestasi kerja yang


diharapkan dan ramai tidak mendapat kenaikan pangkat walaupun bekerja
berpuluh tahun lamanya. Jika berniaga, isteri yang akan menguruskan semua
hal ehwal perniagaan.

Kira-kira 40 hingga 50 peratus individu dewasa ADHD mengamalkan hidup anti


sosial. Mereka lebih cenderung terbabit dalam kemalangan kerana tidak sabar
dan suka memandu laju, suka melanggar peraturan, panas baran, berkelakuan
kasar serta mudah mengalami kemurungan.

Justeru, ibu bapa dan guru perlu memberi lebih perhatian kepada kanak-kanak,
terutama jika mereka berkelakuan luar biasa berbanding kanak-kanak normal.

Antara cara yang boleh dilakukan ibu bapa ialah meluangkan masa melakukan
aktiviti bersama anak seperti bermain, bersembang, membaca atau tidur kerana
melalui cara ini mereka dapat mengesan perlakuan tidak normal.

Bagi guru kaunseling, bertanyakan masalah murid ketika di sekolah juga


sebenarnya sangat penting untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan
mental kanak-kanak.

Jadi apabila diberitahu anak anda perlu dirujuk pada pakar psikiatri, usah
melenting, sebaliknya ambil tindakan segera bagi mengesahkan sama ada anak
anda mengalami masalah kesihatan mental atau tidak.

31
Kanak-kanak ADHD

a) Tiga hingga lima peratus kanak-kanak mengalami masalah ini. Lebih terdapat
di kalangan kanak-kanak lelaki.

b) Terlalu aktif sehingga mengganggu tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh


kanak-kanak lain.

c) Ciri-ciri kanak-kanak mengalami masalah ADHD:-

 Gelisah
 Tidak boleh duduk diam
 Tidak mengikut arahan
 Aktiviti motor yang keterlaluan
 Tahap toleransi yang rendah kepada kekecewaan
 Kesukaran dalam tumpuan (poor eye contact)
 Tidak ada hubungan mata dengan ibu/bapa/penjaga apabila meminta
sesuatu.

d) Umur sebelum 8 tahun merupakan kekerapan berlaku ADHD dan akan


berkurang selepas itu dengan episod yang lebih singkat.

e) Masalah dalam memberi tumpuan mungkin berterusan sehingga meningkat


remaja dan dewasa.

Intervensi Awal (Langkah-Langkah Awal)

1. Sediakan persekitaran yang tenang dan teratur

2. Mesti tegas, sabar dan konsisten

3. Aturkan tugasan dengan jelas

4. Menggalakkan ibubapa untuk menyediakan rutin yang sesuai di rumah dan


tetapkan masa.
32
5. Arahan mesti jelas, pendek, mudah dan konsisten

6. Ulang arahan dengan tenang dan cara yang positif

7. Pastikan anak selesa untuk meminta bantuan

Rawatan

1. Terapi Tingkahlaku

 Beri maklum balas positif kepada kanak-kanak kerana tuas yang berjaya
dilakukan. Memuji jika kanak-kanak ini dapat berhenti dan memikir
mengenai sesuatu tugas walaupun belum memulanya.

2. Rawatan Ubatan

 Untuk mengurangkan aktiviti keterlaluan dan membantu dalam member


tumpuan.

3. Latihan Tumpuan (Attention Training)

4. Latihan Hubungan Mata (Eye Contact)

5. Latihan Kemahiran Sosial(Social Skills & Training)

6. Intervensi Tingkahlaku

Disleksia

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek


iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau
dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga
digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887,
merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah
memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges,

33
1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima
Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan
ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu
terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia,
diantaranya ialah:-

 Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam


pengiraan ataupun matematik
 Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam
bahasa
 Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-
ordinasi moto-mata-tangan

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf,


membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup
dan peluang budaya yang sempurna.

Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat
untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai
masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan
yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam
sesuatu dalam keadaan terbalik.

Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya


ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang
dengan cara yang berlainan.

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur,
jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa
kepada kanak-kanak.

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

34
Disleksia visual (penglihatan)

Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta
konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk
diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau
sebahagian perkataan adalah secara terbalik

Disleksia auditori (pendengaran)

Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata
perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi
menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga
tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan
konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori

Disleksia visual-auditori

Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk
memproses tulisan secara visual dan audio

.Punca Disleksia

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan
Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

Keturunan atau genetic

Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-


masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan
adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan
disleksia disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan
secara turun-temurun

Biologi

35
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup
bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.
Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan
perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan
kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum

Kematangan

Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu


dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang
daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak
merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

Masalah yang dihadapi

Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah


dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

Mengeja

Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan


pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang
panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap
kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada
masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti
huruf-huruf seperti;

m – w y –g – j u – n m – n
c–ep–qh–nb–d

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti

t–hf–v

36
Membaca

Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan


maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan
membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka
censerung menterbalikkan perkataan seperti:

Batu – tuba

Gula – lagu

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti
berikut:

pada masa yang sama – dapa masa yang masa

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.


Contohnya seperti berikut :

Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

Jam – jem cat – cat

Menulis

Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke


atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan
tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga
cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik

Bercakap dan mendengar

Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka
juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku

37
disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga
tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

Nombor

Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang


berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan
simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut:

3–5–8

9–6

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial

Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju,
kidal dan pandai mengikat tali kasut

Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh

Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri,
kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

Langkah-Langkah Membantu

Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal


pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya

Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza


dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.

38
Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau
kebolehan semulajadi

Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan
kegagalan yang berterusan.

Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu
bapa

Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika

Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan


suasana harmoni

Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik

Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri

Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

Epilepsi (Sawan)

Rawatan Efektif Epilepsi

Dengan kemajuan terkini dalam bidang perubatan dan teknologi sekarang,


epilepsi dan serangan sawan bukan lagi satu halangan untuk menjalani
kehidupan yang aktif dan sempurna. Rawatan bagi epilepsi bukan sahaja bagi
menyembuhkan semua serangan sawan, tetapi juga untuk menguruskan
kehidupan keseluruhan pesakit.

39
Oleh itu, rawatan yang berkesan untuk epilepsi bermula dengan diagnosis yang
betul tentang jenis serangan sawan yang dialami pesakit kerana setiap jenis
penyakit ini memerlukan rawatan khusus dan berkesan.Perkara pertama yang
akan dilakukan oleh doktor ialah menyemak sejarah perubatan pesakit. Ini
termasuk soalan mengenai sejarah serangan sawan dalam keluarga pesakit dan
butiran lanjut mengenainya.

Seorang anggota keluarga atau mereka yang menyaksi serangan sawan mesti
hadir untuk memberi maklumat tambahan, terutama jika pesakit tidak sedarkan
diri.Ini biasanya akan disusuli dengan pemeriksaan fizikal dan neurologi untuk
mengenal pasti petanda fizikal berkaitan yang mungkin boleh menunjukkan
secara khusus sindrom epilepsi yang dialami pesakit.Doktor mungkin
mencadangkan ujian lanjut dijalankan untuk memahami dengan lebih mendalam
punca berlakunya serangan sawan dan mengesan sebarang keadaan yang tidak
normal dalam otak.

Ujian-ujian ini mungkin termasuk electroencephalogram (EEG) yang mengukur


denyutan elektrik dalam otak, tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema
bermagnet (MRI), yang, dalam bahasa mudahnya, menyediakan imbasan imej
otak.Sebaik sahaja diagnosis selesai dilakukan, doktor akan mencadangkan
beberapa pilihan rawatan. Hampir kesemua penyakit epilepsi dapat dirawat
dengan menggunakan ubat anti-epileptik (juga dikenali sebagai anticonvulsants
atau ubat anti-sawan).

Rawatan moden yang biasa diberi untuk kebanyakan jenis penyakit epilepsi ialah
ubat atau kombinasi ubat anti-sawan yang lazim digunakan.Setiap pesakit
memberi reaksi yang berbeza terhadap ubat anti-sawan seperti reaksi mereka
terhadap makanan atau bahan-bahan lain yang masuk ke badan mereka. Oleh
itu, doktor akan cuba menentukan ubat anti-sawan dan program yang betul untuk
setiap pesakit dengan kesan sampingan yang minimum.

Sesetengah faktor akan diambil kira oleh doktor apabila memilih ubat anti-sawan
termasuk jenis sawan, umur pesakit dan jantina, tahap IQ dan isu kesihatan,
40
serta ubat-ubat lain yang mungkin diambil oleh pesakit.Bagi rawatan berkesan,
pesakit perlu memakan ubat seperti yang ditetapkan, dan sentiasa merujuk
kepada doktor sebelum mengambil ubatubatan yang lain, ubat yang dibeli di
kedai, atau rawatan herba.

Terdapat bahan- bahan yang boleh mengganggu rawatan epilepsi dan


mengurangkan keberkesanannya.Untuk hasil rawatan terbaik, pesakit epilepsi
perlu terlebih dahulu menemui doktor yang terlatih dan berlesen.Sebahagian
besar pesakit epilepsi boleh bebas dari serangan sawan untuk tempoh yang
lama dengan menjalani rawatan yang betul.

Telah dibuktikan bahawa kira-kira 80 peratus pesakit epilepsi yang dirawat


dengan ubat anti-sawan, bebas daripada serangan penyakit itu untuk tempoh
sekurang-kurangnya dua tahun. Bagi pesakit dewasa pula, 50 hingga 60 peratus
bebas dari serangan sawan selepas pertama kali mengambil ubat anti-sawan.
Bagi mereka yang didiagnosis mengidap epilepsi ketika usia muda, 20 peratus
mula mengambil ubat dan tidak lagi diserang sawan selepas berhenti mengambil
ubat, walaupun apabila mencecah usia dewasa.

Lagi lama tempoh mereka tidak mengalami serangan sawan, maka semakin
besar peluang untuk mereka menjalani kehidupan yang bebas dari epilepsi dan
lebih 50 peratus kanak- kanak berjaya bebas daripada serangan penyakit
itu.Pembedahan boleh membantu merawat punca-punca epilepsi lain, seperti
serangan sawan itu disebabkan oleh ketumbuhan, tumor atau punca-punca lain.
Jika punca-punca tersebut berjaya dirawat atau dibuang, pesakit tidak akan lagi
mengalami sawan.

Oleh itu, kira-kira lima peratus pesakit epilepsi boleh “diubati” melalui
pembedahan.Pembedahan juga boleh dilakukan untuk membuang tempat fokus
serangan sawan (kawasan otak di mana serangan sawan berasal), tetapi ia
hanya sesuai bagi sawan partial yang berasal dari satu kawasan khusus dalam
otak. Pesakit yang berpotensi dibedah perlu menjalani penilaian terperinci oleh
pakar neurologi sebelum pembedahan dan jika berpendapat pembedahan tidak
41
sesuai dilakukan, maka pesakit akan dinasihatkan supaya tidak melakukannya
dan menjalani rawatan pilihan yang lain.

Doktor akan mengambil pendekatan holistik dan berbincang bukan sahaja


mengenai penyakit sawan yang dihidapi dan butiran perubatan, tetapi juga turut
merangkumi keseluruhan ‘isu-isu mengenai kehidupan’ seperti pendidikan,
aktiviti sukan, kehidupan sosial, pekerjaan, malah bercakap mengenai
pemanduan, soal perkahwinan dan mengandung.

Keberkesanan pembedahan berbeza; ada pesakit bebas sepenuhnya daripada


serangan sawan selepas pembedahan, manakala bagi yang lainnya, jumlah
serangan sawan yang mereka alami berkurangan dengan banyaknya.
Kebanyakan pesakit boleh berhenti mengambil ubat anti-sawan selepas
menjalani pembedahan.Bagaimanapun, dalam mana-mana pembedahan, masih
ada risikonya.Rangsangan saraf vagus (vagus nerve stimulation atau VNS)
adalah satu lagi pilihan rawatan untuk epilepsi.

Alat yang dikenali sebagai perangsang saraf vagus ditanam di bawah kulit dada
pesakit. Wayar dari alat tesebut diikat pada saraf vagus. Saraf vagus
menyambung otak ke jantung, paru-paru dan saluran usus dan perut. Alat ini
menjana denyutan elektrik dalam jarak masa tetap (interval), yang merangsang
saraf vagus.VNS boleh menjadi rawatan pilihan bagi mereka yang tidak
berkesan mengambil ubat anti-sawan dan pesakit yang atas apa-apa sebab,
dianggap tidak sesuai untuk menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, kaedah rawatan ini mungkin mahal, tambahan pula, bateri yang
dipasang pada alat tersebut hanya tahan kira-kira selama lima tahun sahaja.Satu
lagi rawatan bagi epilepsi di kalangan kanak-kanak ialah diet ketogenik, yang
kaya lemak dan rendah karbohiderat. Ia bertujuan untuk mengekalkan ‘tahap
lapar’ (starvation mode) dalam badan bagi tempoh masa yang lama. Bila badan
dalam keadaan berpuasa, ia menghasilkan ketones (bahan yang terhasil bila
badan memecahkan lemak untuk menjana tenaga), yang menunjukkan badan
sedang membakar lemak dan bukannya glukos untuk menjana tenaga.
42
Cerebral Palsy

Cerebral ialah otak, Palsy bermaksud kurang atau tidak upaya mengawal
pergerakan otot. . Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya)
kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan
kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan.
Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di
peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.

Sebelum Kelahiran

Jangkitan dalam rahim

Ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung

Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung

Semasa Proses Kelahiran

Kelahiran tidak cukup bulan

Kecederaan semasa lahir

Lemas semasa lahir

Jangkitan semasa lahir

Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)

Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning

Jaundis yang teruk (kemicterus)

Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan


fizikal.

43
Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa
mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.

Punca-punca :

Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.

Perkembangan otak yang tidak normal.

Rembesan (intraeraneal bleeding).

Demam kuning.

Terhentak / terhempas / kejutan.

Serangan kuman / penyakit.

Tanda-tanda :

Bayi kelihatan lembik

Lewat perkembangan

Menggunakan sebelah tangan (hand preference)

Masalah menyusu

Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan
kurang tindak balas

Sembelit

Cepat marah

Jenis-Jenis Cerebral Palsy (Spastik, Ataxia, Athetoid)

Spastic - Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak
mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan

44
mengejut.Athetoid - Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal
otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid
menunjukkan gimik muka.Atxia - Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak
dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk
mengawal keseimbangan badan dan kodinasi otot, bergantung kepada kadar
kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan
berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu
mandapat keseimbangan postur tersebut.Hypoytonik (Campuran sifat-sifat di
atas) – otot lembik

Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy

Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang


berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan
menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang
berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur.

Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke
Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak
tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk
jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya,
sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan
menjadi bengkok.

Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio
Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Jikalau,
kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga,
mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.

Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama

Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak.
Masalah utama secara langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang
berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat.
45
Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu Spasticity, Athetosis dan
Ataxia. Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas
dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic
Cortex atau Lapisan Luar OtakCortex atau lapisan luar otak terlibat dalam
pemikiran, pengetahuan dan sensasi.

Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang


tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam
tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku
berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya.

Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua


bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah
atau keempat-empat bahagian anggota badan.

Basal Ganglia,bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak.


Basal ganglia dan serebelum membantu mengorganisasikan atau menyusun
pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal.
Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya
kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis.

Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak
disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh
manusia.SerebelumSerebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak.
Bahagian ini berperanan ‘mentadbir’ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi
opergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal
otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang
belakang.Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada
kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak
stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan.

Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daripada satu
kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat

46
sangat.Mengesan Kanak-kanak Spastik.Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari
simtom-simtom yang ditunjukkan :Kesukaran sewaktu makanKanak-kanak
spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah
makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah.

Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di


dalam mulut mereka dan akan sukar untuk di keluarkan semula.Masalah
pernafasanKanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan
mereka menjadi kencang dan bising.Masalah tidur.Kanak-kanak juga mengalami
kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering
menangis.Masalah pertuturan.Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan
suara iaitu mereka tidak boleg memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan
“babbling sound”.

Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya.Masalah


pendengaran.Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi
yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi. Masalah
penglihatan.Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus
iaitu pergerakan bola mata yang berterusan. Reaksi yang tidak normal
Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan
sentuhan.

Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).Kemungkinan


mengalami simtom-simtom terencat akal.Kanak-kanak spastic mungkin
mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak
mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat
terhadap keadaan sekelilingnya.

47

You might also like