You are on page 1of 1

Tertawa di Dunia, Menangis di Akhirat

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda, 'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan
hati'.

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan
akhirnya terus tidakmenyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya darigelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut
hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan
hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai
dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan
dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang
menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita
berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita.
Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapidi akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di
dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan
memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang
bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw.
Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita
keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau
neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka
terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun
menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda:
"Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang
banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat
zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang
kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya
meringankan oleh api neraka. "Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang
ialah berterusan gembiradengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah
seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum
menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu
tergelak-gelak. "