You are on page 1of 20

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

1.0 PENGENALAN

Di dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di negara ini dijalankan
sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat bergantung
kepada getah dan bijih timah. Memandangkan harga kedua-dua komoditi ini tidak stabil,
kerajaan telah melancarkan program perindustrian untuk mencetuskan perkembangan
ekonomi yang lebih pesat dan stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada masa itu adalah
tertumpu kepada industri-industri yang bercorak gantian import.

Walaupun pada keseluruhannya perkembangan industri negara dalam tahun-tahun 60-


an, 70-an dan awal 80-an adalah memuaskan tetapi banyak masalah dan kelemahan masih
wujud di dalam sektor ini. Misalnya, pertumbuhan sektor eksport adalah tidak begitu
memuaskan jika dibandingkan dengan sektor dalam negeri. Eksport barang-barang
pembuatan Malaysia terlalu bergantung kepada segelintir industri sahaja seperti elektrik dan
elektronik dan tekstil. Mutu keluaran juga pada keseluruhannya tidak begitu memuaskan dan
tidak dapat bersaing dengan keluaran negara-negara asing. Ini disebabkan tahap teknologi
yang masih rendah dan kurangnya kemahiran rakyat tempatan untuk mempertingkatkan atau
memperbaharui teknologi yang diterima dari luar.

Oleh itu, sekiranya sektor perindustrian dikehendaki terus memainkan peranan utama
dalam pembangunan negara, perlulah diwujudkan matlamat-matlamat jangka panjang yang
disokong dengan dasar dan strategi pembangunan yang baru. Untuk mencapai matlamat-
matlamat tersebut, PIP telah mengenalpasti 12 sektor industri yang patut diberi penekanan.
Tujuh daripada sektor-sektor ini adalah yang berasaskan sumber tempatan iaitu industri yang
berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan
keluaran-keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan
berasaskan sumber iaitu eletrik dan eletronik, peralatan pengangkutan, mesin dan
kejuruteraan, logam-logam ferus, dan tekstil dan pakaian. Kesemua industri ini telah dipilih
berasaskan kepada potensi untuk mencapai matlamat memperluaskan asas industri negara.

Industri yang dilihat mempunyai potensi besar untuk dibangunkan dan seterusnya
memberi hasilan yang memberansangkan adalah perindustrian Minyak Sawit.

1
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

2.0 SOALAN 1
Berdasarkan artikel yang diberi, analisiskan sekurang-kurangnya LIMA faktor yang
telah mempengaruhi peningkatan penawaran minyak sawit di pasaran dunia.

Faktor pertama yang dilihat sebagai mempengaruhi peningkatan penawaran minyak


sawit di pasaran dunia ialah keseimbangan ekonomi dunia. Sebelum ini hampir kebanyakan
negara-negara maju mengalami kemelesetan ekonomi (recession) yang mengakibatkan
negara-negara tersebut mengurang atau memberhentikan pembelian minyak sawit. Di akhir
tahun 2009, terdapat beberapa negara yang menggunakan minyak sawit ini telah mengalami
sedikit pemulihan daripada krisis ekonomi global tersebut, seterusnya telah menyebabkan
peningkatan kadar penawaran minyak sawit di pasaran dunia.

Menurut laporan BERNAMA pada 03 Jun 2010, Menteri Perusahaan Perladangan dan
Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata, eksport minyak sawit Malaysia ke China
dijangka meningkat tahun ini, didorong oleh permintaan semakin bertambah, selain tanda
positif ekonomi negara itu. Beliau berpendapat permintaan untuk minyak sawit akan
datangnya dari negara yang mencatat kadar pertumbuhan tinggi seperti China dan India.
Semua orang adalah positif terhadap pertumbuhan ekonomi China.

Tahun lalu, Malaysia mengeksport 4.03 juta tan minyak sawit bernilai AS$2.81 bilion
(RM9.28 bilion) ke China. Tan Sri Bernard Dompok juga berkata, minyak sawit kini
menyumbang 60 peratus daripada jumlah minyak dan lelemak yang diimport China, dan
penggunaannya dijangka lebih baik tahun ini. Minyak sawit Malaysia mendapat perakuan dan
penerimaan daripada pengguna China sejak pertama kali diperkenalkan tahun 80-an. Sejak
itu, penggunaan minyak sawit di China telah meningkat secara mendadak kepada paras
semasa sebanyak 6.08 juta tan setahun.

2
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Beliau turut menegaskan, penggunaan minyak sawit mempunyai potensi besar untuk
ditingkatkan untuk tujuan makanan dan bukan makanan, dengan mengambil kira daya
saingnya dari segi kos berbanding minyak saingannya. Sementara itu, Pengerusi firma
perunding perniagaan pertanian antarabangsa, LMC International Ltd, Dr James Fry, berkata
harga minyak sawit mentah (CPO) dijangkakan diniagakan antara RM2,500 dan RM2,600
setan dalam tempoh beberapa bulan akan datang jika harga minyak mentah berada pada pada
paras AS$70 setong.

Faktor yang kedua pula ialah, peningkatan permintaan makanan sihat (better food
diets) dari negara-negara membangun seperti China dan India juga dilihat telah memberi
kesan ke atas pemintaan minyak sawit negara. Harga sawit juga telah menunjukan
peningkatan sebanyak 15% dari RM1,630 setan pada 31 Disember 2008 kepada sekitar
RM2,500 setan sekarang. Mengenai industri minyak dan lelemak, isu asid lemak trans
merupakan antara isu penting yang mempengaruhi perdagangan dalam dekad semasa. Asid
lemak trans, masalah berkaitan kesihatan dan keperluan untuk menghapuskannya daripada
rangkaian makanan manusia merupakan isu utama. Penghapusan asid lemak trans, telah
menjadi perkara penting di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) kini mahu seiring dengan
rantau lain. Minyak sawit menjadi alternatif yang paling berdaya maju.

Tindakan kerajaan adalah menjadi faktor ketiga di mana kerajaan telah menyediakan
Pakej Rangsangan Ekonomi Negara sebanyak RM7 billion dan juga Pakej Rangsangan oleh
Kerajaan Amerika Syarikat dilihat telah membantu meningkatkan permintaan minyak sawit
negara. Unjuran MPOB menunjukkan harga MSM dan BTS sehingga 2020 dijangka akan
berlaku peningkatan harga untuk tempoh beberapa tahun mendatang. Pengeluaran minyak
sawit juga dijangka akan terus meningkat dari tahun 2009 sehingga tahun 2020. Majlis
Minyak Sawit Malaysia (MPOC), telah mewujudkan rangkaian bernilai dalam beberapa
wilayah strategik dan pihak MPOC juga dalam kedudukan yang baik untuk membantu
industri melalui pejabat serantaunya bagi meningkatkan eksport minyak sawit dan produk
minyak sawit

3
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Menurut laporan Bernama pada 17 Januari, Menteri Perusahaan Perladangan dan


Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui menyatakan bahawa harga minyak sawit dijangka terus
melambung tahun ini berikutan permintaan yang tinggi dan kepelbagaian kegunaan komoditi
itu. Chin juga berkata dengan menghasilkan biodiesel daripada minyak sawit, Malaysia
memenuhi permintaan dunia bagi bahan api alternatif. Seterusnya pernyataan ini menyokong
fakktor keempat yang telah mempengaruhi peningkatan penawaran minyak sawit di pasaran
dunia.

Sementara itu, Ketua Bahagian Teknologi Makanan dan Pemakanan


MPOB, Dr Nor Aini Idris, pegawai yang bertanggungjawab bagi
pembangunan produk dan khidmat nasihat, berkata, MPOB bekerja rapat
dengan peserta industri bagi merangka formula dan produk yang dapat
memenuhi keperluan. Jika ada permintaan daripada industri, MPOB akan
bekerja dengan mereka untuk membangunkan produk itu bersama-sama.
Dengan cara ini, MPOB akan dapat memastikan produk itu berkualiti dan
diterima pengguna. (Bernama)

Faktor kelima pula ialah, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC),
Pengerusinya Datuk Lee Yeow Chor dalam ucapannya pada satu seminar mengenai cabaran
dan peluang dalam industri tersebut menyatakan, industri minyak sawit Malaysia akan terus
menyaksikan peningkatan dalam jumlah eksport ke beberapa pasaran tradisional tahun 2010.
Ini disebabkan oleh kesan pertumbuhan yang hebat pengimport penting minyak sawit iaitu
China, India bersama-sama dengan destinasi utama yang lain, Pakistan, Bangladesh, Timur
Tengah dan Afrika, terus mencatatkan permintaan yang tinggi untuk minyak sawit. Datuk
Lee Yeow Chor juga menyatakan bahawa Majlis Minyak Sawit Malaysia telah mewujudkan
rangkaian bernilai dalam beberapa wilayah strategik dan MPOC juga berada dalam
kedudukan yang baik untuk membantu industri melalui pejabat serantau kami bagi
meningkatkan eksport minyak sawit dan produk minyak sawit. (Bernama: 2 Feb 2010)

Beliau menyatakan lagi bahawa, bagi membolehkan industri dapat bersaing dengan
berkesan pada 2010 dan seterusnya, semua kaedah perdagangan diperlukan, termasuk
mengumpulkan maklumat penting dan bernilai mengenai apa yang dilakukan pesaing.

4
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Tambahan pula, peserta tempatan perlu mengunjur dan memahami isu baru melangkaui
hadnya yang boleh menjadi halangan bagi industri dalam jangka pendek, sederhana atau
panjang.

MPOB dan Majlis Minyak Sawit Malaysia bekerja rapat dalam


meningkatkan lagi eksport minyak sawit di rantau ini, termasuk
bekerjasama mengadakan Seminar dan Pameran Perdagangan Minyak
Sawit Malaysia-UAE. Minyak olein sawit Malaysia digunakan secara meluas
dalam industri masakan serta restoran, selain kegunaan domestik.
Pengekport Malaysia kini mempelbagaikan produk minyak sawit supaya
pengguna mendapat pelbagai jenis produk dan sekaligus meningkatkan
lagi eksport minyak sawit.

5
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

3.0 SOALAN 2
Buktikan melalui gambarajah perubahan eksport minyak sawit negara pada bulan
januari lalu.

JADUAL PERUBAHAN EKSPORT MINYAK SAWIT MALAYSIA

JANUARI 2010 BERBANDING DISEMBER 2009

PERBEZAAN
DISEMBER JANUARI
KUANTITI (%)

PENGELUARAN

MINYAK SAWIT MENTAH

P. MALAYSIA 792,444 693,322 (99,122) (12.51)

SABAH 545,835 470,755 (75,080) (13.76)

SARAWAK 181,784 157,227 (24,557) (13.51)

JUMLAH 1,520,063 1,321,304 (198,759) (13.08)

ISIRONG SAWIT 391,814 343,160 (48,654) (12.42)

MINYAK ISIRONG SAWIT MENTAH 193,501 172,758 (20,743) (10.72)

DEDAK ISIRONG 213,027 190,587 (22,440) (10.53)

STOK

MINYAK SAWIT MENTAH

P. MALAYSIA 558,847 518,018 (40,829) (7.31)

6
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

SABAH 520,031 518,142 (1,889) (0.36)

SARAWAK 118,437 96,692 (21,745) (18.36)

JUMLAH 1,197,315 1,132,852 (64,463) (5.38)

MINYAK SAWIT PROSES

P. MALAYSIA 603,874 484,029 (119,845) (19.85)

SABAH 311,723 292,769 (18,954) (6.08)

SARAWAK 126,345 93,525 (32,820) (25.98)

JUMLAH 1,041,942 870,323 (171,619) (16.47)

JUMLAH MINYAK SAWIT

P. MALAYSIA 1,162,721 1,002,047 (160,674) (13.82)

SABAH 831,754 810,911 (20,843) (2.51)

SARAWAK 244,782 190,217 (54,565) (22.29)

JUMLAH 2,239,257 2,003,175 (236,082) (10.54)

ISIRONG SAWIT 129,249 98,104 (31,145) (24.10)

MINYAK ISIRONG SAWIT MENTAH 175,443 166,465 (8,978) (5.12)

MINYAK ISIRONG SAWIT PROSES 130,469 116,409 (14,060) (10.78)

JUMLAH MINYAK ISIRONG 305,912 282,874 (23,038) (7.53)

DEDAK ISIRONG 320,008 288,497 (31,511) (9.85)

EKSPORT

MINYAK SAWIT 1,224,353 1,461,747 237,394 19.39

MINYAK ISIRONG SAWIT 104,585 103,145 (1,440) (1.38)

DEDAK ISIRONG 291,671 249,979 (41,692) (14.29)

7
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

OLEOKIMIA 197,719 186,880 (10,839) (5.48)

BIODIESEL 10,126 7,500 (2,626) (25.94)

IMPORT

MINYAK SAWIT MENTAH 153,797 139,378 (14,418) (9.38)

MINYAK SAWIT PROSES 11,441 16,425 4,984 43.56

MINYAK SAWIT 165,237 155,803 (9,435) (5.71)

1% KADAR PERAHAN) (DI PINTU KILANG)

PURATA RM / TAN 25.23 26.11 0.88 3.49

NOTA
(P) : Data awalan
(Q) : Data import dan eksport adalah data yang diambil dari borang kastam
1 dan 2 (rev (8/89) sehingga jam 10.00 pagi, 10 Februari 2010
(R) : Angka bulan Disember 2009 dikemaskini mengambil kira pembetulan
yang telah dibuat oleh pelesen dan borang kastam no. 1 dan 2 yang
diterima lewat iaitu selepas 11 januari 2010.
(S) : Data termasuk jumlah pisikal minyak sawit mentah dan proses yang
disimpan di kilang buah, penapis, pusat simpanan dan oleokimia
sehingga 31 januari 2010.

Melalui maklumat di atas, berikut merupakan graf yang menunjukkan perubahan


eksport Minyak Sawit negara pada Januari 2010 berbanding Disember 2009.

8
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Perubahan eksport Minyak Sawit negara pada Januari 2010 berbanding


Disember 2009

1600000

1461747

1400000

1224353
1200000

1000000

800000

600000

400000

291671
249979
197719
186880
200000

104585
103145

10126 7500
0
Minyak Saw it Isirong Saw it Dedak Isirong Oleokim ia Biodies el

Disember 2009 Januari 2010

4.0 SOALAN 3
Apakah yang anda faham dengan pasaran?

9
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Pasaran atau pasar merujuk kepada pelbagai sistem, institusi, prosedur, perhubungan
sosial dan infrastruktur di mana berlaku jual beli, pertukaran barang dan perkhidmatan, yang
membentuk sebahagian daripada ekonomi

Kebiasaannya pasaran ialah satu konsep pokok dalam teori sistem ekonomi kapitalis
yang menanggapnya satu gelanggang pertukaran barangan dan perkhidmatan antara pembeli
dengan penjual. Erti pasaran itu juga diluaskan kepada usaha para individu mencuba
memaksimakan keuntungan masing-masing dan juga sebagai penyelaras pelbagai aktiviti ke
arah tujuan itu.

Di dalam pasaran, harga barangan dan perkhidmatan ditentukan sepenuhnya dari


persetujuan bersama pembeli dan penjual. Secara definisinya, dalam suasana pasaran,
pembeli dan penjual tidak memaksa atau mengelirukan satu sama lain atau dipaksa oleh
pihak ketiga. Secara amnya, kesan dari permuafakatan ini berasaskan kepada aturan 'bekalan
dan permintaan'.

Malaysia mengamalkan pasaran campuran iaitu mencampurkan elemen-elemen


pasaran bebas dan pasaran terkawal. Di dunia pasaran harga barangan atau perkhidmatan
membantu menentukan nilainya kepada pengguna. Dalam pasaran, hubungan di antara nilai
dan harga lebih jelas.

Melalui persaingan sihat sesama pembekal berangan dan perkhidmatan, harga


cenderung untuk menurun dan kualiti cenderung untuk meningkat. Pasaran menggalakkan
persaingan sihat, atau menggalakkan daya saing dalam jangka masa panjang. Samada pasaran
harus dibebaskan masih sengit didebatkan; ramai berpendapat bahawa campurtangan
kerajaan adalah perlu bagi memulihkan kegagalan pasaran yang berpunca dari prinsip
pasaran bebas.

5.0 SOALAN 4
Bagaimanakah pasaran minyak sawit mencapai keseimbangannya?

10
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjangkakan


penggunaan minyak sawit Malaysia akan terus meningkat di enam negara
Majlis Kerjasama Teluk (GCC) walaupun aliran harga komoditi itu semakin
meningkat. Pengurus Serantau bagi Pakistan dan Asia Barat, Isa Mansor
berkata, Malaysia menyumbang 70 peratus daripada import produk
minyak sawit GCC. Malaysia mengeksport kira-kira 620,000 tan produk
minyak sawit ke GCC pada 2007 yang menjana hasil sebanyak RM1.6
bilion. Jumlah itu mewakili peningkatan 12.7 peratus berbanding eksport
pada 2006. Beliau berkata akan terus memberi tumpuan terhadap GCC
yang merupakan wilayah yang kaya, dengan pengunaan produk minyak
sawit dijangka meningkat pada masa akan datang. GCC meliputi Arab
Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut laporan Tengku Noor Shamsiah Tengku Abdullah pada 15 September


(Bernama): Malaysia dan Indonesia menyenaraikan usaha yang telah dilakukan oleh kedua-
dua negara dalam memastikan pengeluaran dan bekalan minyak sawit secara lestari. Dalam
kenyataan bersama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia Datuk Peter
Chin Fah Kui, dan Menteri Pertanian Indonesia, Dr Ir Anton Apriyantono pada Persidangan
Minyak Sawit Lestari Dunia, di sini hari ini menyebut usaha itu telah mengambil kira
dakwaan tidak berasas bahawa pengeluaran minyak sawit menjejaskan alam sekitar.

Antara lain, mereka menyatakan mengenai pentingnya industri minyak sawit dalam
menjana pertumbuhan dan menyediakan peluang pekerjaan selain menyuarakan kebimbangan
mengenai tindakan yang dikenakan oleh pasaran utama yang mungkin menjejaskan
pengimportan minyak sawit. Mereka berkata keseimbangan sudah diwujudkan antara
penggunaan minyak sawit sebagai makanan dan untuk tujuan tenaga dan pembangunan tanah
dan perubahan penggunaan tanah untuk penanaman kelapa sawit serta langkah yang
dilaksanakan di dalam negara bagi meningkatkan produktiviti.
Kedua-dua menteri juga mengambil peluang itu untuk berinteraksi dengan para
peserta mengenai usaha yang dijalankan di negara masing-masing dalam menguatkuasakan
peraturan mengenai pengeluaran minyak sawit secara lestari. Ia adalah usaha pertama kedua-

11
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

dua menteri yang bertanggungjawab bagi pembangunan minyak sawit, menangani isu yang
sama dalam forum seumpama itu. Persidangan anjuran bersama Institut Kepimpinan dan
Strategi Asia (ASLI). Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit
Malaysia (MPOC) itu bertujuan membincangkan hala tuju bagi keseimbangan pengeluaran
minyak sawit secara lestari.

Hasil komoditi mesti selaras dengan keperluan global supaya sentiasa menepati
pasaran. Keseluruhan ekonomi global tertumpu terhadap keselamatan makanan dalam
suasana kenaikan harga komoditi dan petroleum secara mendadak. Keadaan ini diburukkan
lagi dengan perubahan harga yang tidak menentu bagi minyak galian yang menyumbang
kepada tekanan inflasi. Kenaikan harga komoditi juga berhubungkait dengan peningkatan
kepada permintaan di Asia, khususnya di China. Sekiranya kecenderungan pertumbuhan di
negara membangun berterusan, maka ada kemungkinan kita akan menyaksikan ledakan
komoditi ataupun commodity boom yang menandakan permulaan ekonomi dan akan
menyaksikan pertukaran komoditi.

Keadaan ini mungkin memerlukan perhatian terhadap pendekatan dan dasar yang jitu
untuk memastikan harga minyak dan lemak juga akan turut meningkat sejajar dengan
kenaikan harga barangan. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin
Fah Kui dalam ucap tama ketika merasmikan seminar itu berkata, kerajaan Malaysia
menganggap industri perladangan, khususnya minyak sawit, sebagai salah satu tonggak
ekonomi negara.

Sektor minyak sawit menyumbang secara signifikannya dengan membekalkan


pendapatan eksport yang berterusan melalui eksport komoditi mentah dan produk tambah
nilai ke pasaran global. Pada tahun 2007 minyak sawit menyumbang sebanyak RM45.1 bilion
(lebih kurang USD13.6 bilion) dalam pendapatan eksport, iaitu peningkatan sebanyak 41.8
peratus berbanding 2006. Dalam konteks global, pengeluaran minyak sawit dianggarkan
sebanyak 38.1 juta tan pada 2007, meningkat 1.9 peratus dari 37 juta tan pada 2006. Pada
masa sama, perdagangan eksport global minyak sawit mencatat 29.6 juta tan.

12
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Cabaran industri minyak sawit yang kini menarik perhatian global memfokuskan isu
alam sekitar dan kemampanan. Kini, kita berhadapan dengan tuntutan yang tidak berasas
daripada badan bukan Kerajaan dan pencinta alam, yang mendakwa minyak sawit menjadi
punca kepada pemusnahan hutan rimba dan habitat Orang Utan. Industri ini tidak terkecuali
daripada perdebatan yang memusatkan kepada isu berhubung hutan rimba dan tanah paya,
perubahan iklim, kehilangan biokepelbagaian dan pengeluaran gas ‘rumah hijau’ secara
berlebihan.

Penggunaan minyak sawit sebagai sumber bahan mentah bagi bio-disel, adalah juga
dihubungkaitkan dalam kempen tersebut, walaupun sebagai sumber tenaga yang
diperbaharui. Industri minyak sawit dipersalahkan sebagai punca utama pemusnahan hutan
rimba dengan kadar yang tinggi. Kenyataan negatif seperti ini adalah bukan sahaja
memudaratkan imej minyak sawit Malaysia, bahkan ia merugikan berjuta-juta ringgit kempen
untuk mematahkan tohmahan itu perlu dilakukan, seperti dilakukan pada 80-an terhadap
kempen antiminyak sawit, berhubung dengan isu pemakanan dan kesihatan.

Kesatuan Eropah (EU), penyokong utama penggunaan sumber tenaga yang


diperbaharui, sedang menggubal suatu pendekatan baru terhadap penggunaan biofuel. Apa
yang merunsingkan Kerajaan adalah tekanan kepada keperluan untuk kemampanan yang
akan membawa kepada penguatkuasaan dasar, dan lebih-lebih lagi di Amerika Syarikat, yang
mungkin akan menyekat dagangan minyak sawit. Ini berlaku walaupun Amerika Syarikat
menyediakan subsidi sebanyak 51 sen segelen kepada pemerosesan etanol dan mengenakan
tarif sebanyak 54 sen segelen ke atas import. Kesemua ini akan melanggar prinsip
perdagangan antarabangsa di bawah naungan World Trade Organisation (WTO).

Datuk Peter Chin berkata, kerajaan dan industri minyak sawit Malaysia
bertanggungjawab untuk berusaha secara menyeluruh untuk memastikan bahawa
pembangunan industri ini dijalankan dengan satu pendekatan yang terancang lagi tersusun.
Komitmen Kerajaan dalam pengurusan alam sekitar dan kehidupan liar dapat diperlihatkan
dengan komitmen dan sokongannya dalam penubuhan Malaysian Palm Oil WildLife
Conservation Fund (MPOWCF) dengan jumlah dana sebanyak RM20 juta. Dalam konteks
ini, beliau menyeru agar industri menyertai dan saling melengkapi inisiatif kerajaan, untuk

13
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

dilaksanakan sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat industri, iaitu menggalakkan


pertumbuhan dan pengeluaran minyak sawit secara mapan dan mencapai keseimbangannya.

Beliau juga berkata, kerajaan mengadakan pemantauan secara berterusan terhadap


debat mengenai makanan dan tenaga, secara khususnya berkaitan dengan perhatian global
yang meningkat terhadap penggunaan bahan makan dalam pengeluaran bahan api biofuel.
Dalam konteks ini, beliau mengesahkan bahawa Malaysia menguatkuasakan polisi yang
memastikan keseimbangan penawaran berterusan minyak sawit kepada sektor makanan
disamping berhadapan dengan permintaan dalam sektor bahan api bio-fuel. Suatu peraturan
baru dilaksanakan iaitu penawaran minyak sawit untuk mengeluarkan tidak akan melebihi 6
juta tan setahun. Ini adalah untuk memastikan bahawa bekalan minyak sawit untuk sektor
makanan tidak akan terjejas sama sekali.

Peningkatan hasil adalah agenda utama dalam dasar Kerajaan yang amat berkomited
terhadap Dasar Tanah Kebangsaan untuk mengekalkan dua pertiga (2/3) kawasan tanah
negara sebagai kawasan hutan dan bio-diversiti.

Beliau turut menekankan bahawa bekalan tanah yang terhad untuk tanaman sawit dan
pergantungan kepada buruh asing adalah dua perkara utama dalam membuat penilaian
prospek jangkamasa panjang. Sekiranya Malaysia bertekad untuk ke hadapan dalam
perniagaan minyak, sayuran dan lemak, maka, kita perlu meninjau prospek pelaburan keluar
negara termasuk di Amerika Selatan dan Afrika. Justeru itu, Kerajaan menggalakkan
syarikat-syarikat perladangan Malaysia untuk meninjau peluang seperti itu, dengan
mengambil kira kepakaran kita dalam pengurusan ladang.

Datuk Peter Chin juga menyeru agar syarikat perladangan utama industri memberi
tumpuan kepada permintaan agar ia dapat memastikan kehadiran kita di dalam pasaran
antarabangsa. Syarikat-syarikat Malaysia tidak harus mengehadkan diri perkongsian di sektor
perladangan, malah usaha yang lebih gigih perlu diambil untuk menjalinkan hubungan
strategik dengan negara yang mempunyai ramai pengguna dalam bidang pemprosesan di
peringkat hiliran, lebih dari apa yang telah dilakukan di China, Pakistan, Eropah, Amerika
Syarikat, Afrika Selatan dan Bangladesh.

14
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Adalah diakui bahawa perluasan pasaran minyak sawit di peringkat awal adalah
disebabkan oleh harga pasaran yang kompetitif. Tetapi polisi lama tidak lagi mencukupi dan
bersesuaian untuk menghadapi cabaran dan saingan di masa hadapan. Industri tidak lagi
boleh bergantung kepada pengeluaran sahaja untuk berada ke hadapan pesaing-pesaing lain.
Negara-negara lain kini sedang memperhebatkan usaha untuk meningkatkan peraturan-
peraturan keselamatan makanan yang lebih ketat seperti HACCP, GAP, pengesanan produk
(traceability) produk, REACH dan garis panduan alam sekitar dan IMO yang kadangkalanya
boleh dilihat sebagai sekatan-sekatan teknikal terhadap perdagangan. Pada masa yang sama,
pembeli meluahkan keprihatinan mereka terhadap harga tinggi minyak sawit yang tentu
sekali tidak menguntungkan perniagaan minyak sawit dalam jangkamasa panjang.

Juga menurut laporan Bernama, pada 9 Mac 2010, Industri Minyak Sawit Perlu
Tingkat Hasil Melalui Penyelidikan Dan Inovasi. Pengarah Urusan Sime Darby Plantation
Sdn Bhd, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata dalam ucaptamanya pada Persidangan dan
Pameran Minyak Sawit dan Laurik: Tinjauan Harga 2010/2011, kelapa sawit mengeluarkan
hasil tertinggi bagi sehektar. Ia juga mempunyai kitaran produktiviti tertinggi selama 25
tahun. Justeru itu, Malaysia perlu meningkatkan hasil seiringan dengan produktiviti dan
kualiti. Ianya hanya boleh dilakukan melalui penyelidikan dan inovasi. Menurut Datuk
Azhar, untuk meningkatkan kecekapan, perlu dilaksanakan penambahbaikan proses seperti
kejenteraan, automasi, ramalan hasil, program pembajaan dan makanan fokus. Selain itu,
katanya, bagi memastikan keseimbangan dan kelestarian yang lebih terjamin, industri ini
boleh menjadikan sisa sawit sebagai sesuatu yang menguntungkan.

Katanya satu kelebihan utama minyak sawit ialah kos pengeluarannya dan hasilnya
yang tinggi bagi sehektar. Jika Malaysia hilang kedudukan peneraju kita dalam satu daripada
bidang ini, masa depan industri ini akan terancam. Ini adalah ancaman selain tekanan hebat
daripada pelobi antiminyak sawit, yang turut memberikan gambaran buruk tentang
keseluruhan industri ini. Dalam jangka panjang, permintaan bagi minyak sayuran akan terus
mengatasi bekalan, dan ada kemungkinan bagi minyak sawit menjadi minyak sayuran yang
paling mapan pengeluarannya di dunia. Pada 2010, minyak sawit dijangka menyumbang 34
peratus atau 44 juta tan metrik (MT) kepada keseluruhan bekalan minyak sayuran global

15
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

tetapi ia mengisi kurang daripada lima peratus keseluruhan ruang bagi pertanian. Ternyata,
Malaysia jauh lebih cekap daripada pesaing kita. Bagaimanapun, tahun ini, minyak kacang
soya dijangka mengatasi permintaan bagi minyak sawit.

Dengan penduduk dunia diunjurkan berjumlah 7.2 bilion menjelang 2015, trend ini
akan berpaling arah, kerana Malayia menjangka dapat melihat minyak sawit menguasai 40
peratus agihan pasaran dengan jumlah 64.5 juta MT. Minyak kacang soya akan menduduki
tempat kedua dengan jumlah 33 peratus atau 53.4 juta MT. Menjelang 2020, minyak sawit
seharusnya menguasai 46 peratus agihan pasaran dengan 94.3 juta MT. Minyak kacang soya
seharusnya masih menjadi pilihan kedua dengan menguasai 29 peratus agihan pasaran atau
60.7 juta MT. Bagaimanapun, angka-angka itu hanyalah unjuran dan anggaran berdasarkan
data-data semasa.

Antara lain, laporan Bernama pada 4 Ogos 2009, Malaysia dan Indonesia sepakat
menggunakan kelebihan stok minyak sawit semasa di negara masing-masing untuk tujuan
pengembangan biodiesel sehingga komoditi minyak makan itu mencapai tahap kesimbangan
harga yang wajar di pasaran dunia. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk
Peter Chin Fah Kui dan Menteri Pertanian Indonesia Dr Anton Apriyantono dalam kenyataan
media bersama di sini pada Isnin, berkata keputusan bersama itu wajar kerana harga minyak
sawit mentah yang sekarang pada tahap AS$871 satu tan, paling rendah dalam 15 bulan
terakhir.

Kedua-dua menteri itu bagaimanapun memberi jaminan bahawa kegunaan minyak


sawit, yang dihasilkan sebanyak 85 peratus secara bersama oleh Indonesia dan Malaysia
untuk pasaran dunia, tidak akan menjejaskan bekalan minyak makan dunia memandangkan
hanya stok yang berlebihan sahaja digunakan untuk tujuan itu. Kedua-dua negara akan
bekerjasaman dalam usaha memenuhi keperluan dalam negeri sehingga tercapai
kesimbanagan harga dan bekalan dan permintaan seimbang serta pekebun sawit dan
pengusaha minyak sawit tidak mengalami kerugian.
Kedua-dua menteri itu berharap menerusi pendekatan itu, bekalan ke pasaran dunia
akan seimbang, dengan permintaan dan negara-negara pengguna minyak sawit dapat
menunjukkan penerimaan pada tahap harga yang lebih baik. Minyak sawit Malaysia diiktiraf

16
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

mencapai taraf penjenamaan popular di pasaran dunia. Ia bukan saja sebagai minyak masak
berkualiti malah negara berupaya mengeluar dan membekal komoditi itu secara konsisten di
pasaran antarabangsa walaupun semasa dunia mengalami kemerosotan ekonomi.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok,


berkata Malaysia adalah pembekal utama produk minyak dan lemak di pasaran dunia melalui
minyak sawit yang diiktiraf aspek keselamatan oleh negara pengguna. “Minyak sawit dan
produk makanan berasasnya adalah halal dan tidak menimbul keraguan kepada pengguna
negara Islam berbanding minyak dan lemak dari sumber haiwan. Kos memproses dan
pengeluaran adalah paling murah, maka tidak hairan minyak sawit menjadi pilihan utama
negara miskin untuk memenuhi keperluan rakyat kerana harga pasaran lebih murah
berbanding minyak lain. Malaysia berupaya membekal minyak makan halal dan selamat ke
pasaran dunia dan pengguna negara Islam tidak perlu meragui tentang itu.

Dompok berkata tanaman sawit berupaya menyumbang pendapatan kepada rakyat


dan kerajaan akan memastikan pembangunan dan kemajuan industri komoditi ini bagi
memacu kemajuan ekonomi negara dan pada masa yang sama menyelesai masalah
kemiskinan dalam negara. Malaysia dan Indonesia membekal lebih 85 peratus minyak sawit
di pasaran dunia. Kedua-dua negara menjadi sumber utama minyak makan bagi memenuhi
permintaan pasaran dunia pada masa ini dan akan datang. Berdasarkan statistik eksport
minyak dan lemak tahun 2008/09, Malaysia membekalkan 29.1 peratus minyak sawit dari
jumlah keseluruhan minyak sawit dunia dan Indonesia mengeksport sejumlah 27.3 peratus.
Kedua-dua negara menyumbang lebih dari separuh jumlah perdagangan minyak sayuran di
pasaran dunia.

Beliau juga berkata unjuran kemerosotan bekalan minyak sawit berpunca dari
fenomena El-Nino dan berlaku kemarau masa ini dijangka tidak berpanjangan dan tidak
memberi impak segera kepada pengeluaran minyak sawit negara. Ia tidak menjejaskan
pengeluaran semasa. Kesan kemarau hanya dapat dilihat dalam tempoh enam bulan hingga
setahun selepas berlakunya fenomena itu. Bagaimanapun, Malaysia tidak mempunyai musim
kemarau berpanjangan. Itu sebabnya, jumlah pengeluaran minyak sawit negara meningkat
pada setiap tahun. Tahun 2009, jumlah eksport minyak sawit meningkat 2.9 peratus kepada

17
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

15.86 juta tan dan menjana pendapatan sebanyak RM49.59 bilion kepada negara. Malaysia
berupaya mencapai pengeluaran minyak sawit tahun ini antara 17.5 juta tan hingga 18 juta
tan, meskipun menghadapi kekangan kekurangan buruh terutama penuai BTS, cuaca tidak
menentu dan pencapaian sasaran tanaman semula yang perlahan.

6.0 RUMUSAN

18
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Kelapa sawit (Elaeis guineensis) adalah berasal dari Afrika Barat dan mula ditanam di
Malaya pada tahun 1917 di Ladang Tennamaran, Kuala Selangor. Pada tahun 1960an,
berikutan kejatuhan harga getah asli akibat persaingan daripada getah tiruan, kelapa sawit
mula ditanam secara meluas sebagai langkah mempelbagaikan tanaman komoditi negara.
Banyak kawasan pembangunan tanah baru, terutamanya oleh Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA) dan estet perladangan swasta, telah ditanam dengan kelapa sawit.
Sektor komoditi adalah merupakan teras ekonomi negara, terutamanya pada zaman sebelum
merdeka hingga ke dekad 1980an dahulu. Walau pun negara kita telah menjadi negara
perindustrian dan kini, berusaha memajukan sektor perkhidmatan pula, sektor komoditi masih
merupakan komponen penting dalam struktur ekonomi negara yang bersifat ‘broad-based’.
Sumbangan sektor komoditi seperti minyak sawit dan getah kepada ekonomi negara adalah
jelas.

Komoditi perladangan seperti kelapa sawit adalah berperanan penting sebagai salah
satu penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara kita. Ini adalah termasuk
sumbangan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), pendapatan eksport, guna tenaga
dan penghasilan teknologi watan. Namun begitu, sumbangan sektor perusahaan perladangan
dan komoditi sering tidak mendapat gambaran dan perhatian yang sewajarnya. Ini adalah
kerana aktiviti huluan sektor perusahaan perladangan dan komoditi sering dianggap
sebahagian daripada sektor pertanian, manakala aktiviti di peringkat hiliran pula merentasi
sektor perkilangan. Oleh yang demikian, prestasi dan sumbangan sektor perusahaan
perladangan dan komoditi adalah kurang jelas dan diketahui umum.

Fokus Kementerian pada masa ini ialah untuk memajukan dan meningkatkan
sumbangan sektor perladangan dan komoditi, khususnya kelapa sawit meliputi kedua-dua
peringkat upstream dan juga downstream. Dalam hubungan ini, Kementerian, bersama-sama
dengan pihak industri, akan melipatgandakan usaha ke arah peningkatan daya saing,
termasuk melaksanakan langkah-langkah memaksimumkan produktiviti, mengoptimumkan
kecekapan pengeluaran, meningkatkan kualiti dan nilai ditambah ke atas produk-produk
berasaskan komoditi.
7.0 RUJUKAN

19
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

1. http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/printable.php?id=258577

2. http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=409498&cat=tn

3. http://www.kppk.gov.my/?option=com_content&view=article&id=112&
Itemid=72&lang=ms&fontstyle=f-larger

4. http://econ.mpob.gov.my/stat/web_report1.php?val=20107501

5. http://www.bernama.com/kpdnhep/news.php?id=472725&lang=my&cat=

6. http://article.wn.com/view/2009/04/03/Harga_kembali_melonjak/

7. http://www.carodiesel.com/index/news/27.htm?vcid=11

8. http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=359240

9. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasaran

20