You are on page 1of 58

Topic 1

Pengenalan Kepada Keusahawanan
“Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh
pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan
misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah
disiplin dan boleh dipelajari.”

- Peter F. Drucker

Evolusi Keusahawanan

Perkataan ‘entrepreneur’ datang dari perkataan bahasa Perancis “entre
predre” yang bermakna “to undertake”. Dalam bahasa Melayu ianya
boleh dimaksudkan sebagai “untuk mengambil alih”.

Zaman Dan Kaitannya Dengan Konsep serta Teori Keusahawanan.

Pada zaman permulaan

Definasi keusahawanan bermula seawal zaman Marco Polo yang
melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah (Far East). Marco
Polo telah menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis untuk
menjual produk mereka.

Kapitalis merupakan penanggung risiko yang pasif. Pedagang yang
berlayar memainkan peranan aktif di dalam urusan perdagangan,
menerima segala risiko fizikal dan emosi. Setelah pedagang berjaya
menjual barangan tersebut, keuntungan akan dibahagikan diantara
kapitalis dengan pedagang tersebut.

Pada zaman pertengahan

Usahawan digambarkan sebagai seseorang yang terlibat di dalam
menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Ia mungkin
mengawal projek tersebut menggunakan sumber yang disediakan oleh
kerajaan. Dalam kes ini, usahawan tidak menanggung sebarang risiko.
Usahawan pada zaman ini, adalah seorang yang mengawal(berkuasa)
kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam dan gereja.

Abad ke 17

Terdapat hubungan diantara risiko dan usahawan. Keusahawanan adalah
orang yang menandatangi kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk
meyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah
ditentukan. Harga kontrak adalah tetap. Oleh itu kerugian atau
keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh usahawan.

Pakar ekonomi Richard Cantillion mengutarakan teori (definasi) awal
mengenai usahawan. Beliau dikatakan pengasas kepada istilah
entrepreneur (usahawan). Pada pandangan beliau, usahawan merupakan
menerima risiko taruhan. Pedagang, petani, juru tukang dan sebagainya
adalah seorang usahawan. Mereka membeli pada harga tertentu dan
menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung
risiko.

Abad ke 18

Usahawan dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal). Ini berlaku
kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku diseluruh
dunia. Sebagai contoh: Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan
seorang pengguna kapital, BUKAN pembekal modal.

Abad ke 19 dan 20

Usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. Pada pertengahan
abad 20an, pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali
sebagai usahawan.

Abad ke 21

Usahawan dikenali sebagai seorang hero untuk pasaran Free Enterprise.
Usahawan abad ini mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta
sanggup menghadapi banyak risiko di dalam usahanya. “Sekarang,
kebanyakkan orang mengatakan usahawan adalah perintis (pelopor) di
dalam mencipta perniagaan baru.” Kuratko & Hodgetts

Konsep Keusahawanan

Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses
dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang
menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya
atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan.

Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira
masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan
sosial. Dan menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasaan peribadi
dan kebebasan.

Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan:

1) Keusahawanan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru.
Penciptaan tersebut mestilah mempunyai nilai kepada usahawan dan
pasaran dimana proses tersebut dibangunkan.

2) Keusahawanan memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan
usaha yang dilakukan.

3) Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko
di dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek
kewangan, psikologi dan sosial.

4) Keusahawan menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang
usahawan. Ganjaran utama adalah kebebasan (independence), diikuti
oleh kepuasan peribadi dan seterusnya keuntungan. Pada sesetengah
usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai
suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu
individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan
kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan
(institution).

Siapakah Usahawan?

Usahawan adalah perintis (pelopor) kepada kejayaan perniagaan hari ini.
Mereka ini mengesan peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru
(innovate) dan prestasi yang baik menjadi satu piawai di dalam era ‘free
enterprise”.

Scaborough dan Zimmerer (1988) mendefinasikan usahawan sebagai:

“Seorang yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu
keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan
pertumbuhan (perkembangan) dengan mengenal pasti peluang dan

menyediakan sumber untuk mencapainya.

Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang ada dan selalunya
idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk
memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.”

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai:

“Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko
di dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada
perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu,
perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat
sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan komited, usahawan
bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan
memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini
hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.”

(entrepreneurial = dengan pengusaha, tetapi diterjemahkan kepada
perniagaan)

Hari ini, usahawan adalah seorang inventor (penemu cara baru) atau
seorang ahli perniagaan yang mencari(mengenal pasti) dan meraih
peluang yang ada; menukar peluang tersebut menjadi idea yang dapat
dilaksanakan atau dapat dijual; menambah nilai; usaha; duit, kecekapan;
mengambil risiko dengan terhadap persaingan di pasaran apabila
melaksanakan idea tersebut dan menyedari ganjaran yang akan
diperolehi hasil dari usaha tersebut.

Kepentingan Keusahawanan

Keusahawanan adalah penting di dalam dunia hari ini. Ia menjadi
pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan
keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat
meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan. Ia juga
melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat.

Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran.
Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi(pembaharuan)
adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina
produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran.

Aktiviti pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal
(pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta.
Keusahawanan melalui proses pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan
baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi
berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar
pengangguran.

Keusahawanan melalui proses kreativiti dan innovasi mencipta produk
baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia.
Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh
pengguna. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik,
mereka akan mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan
sumber dan mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan
mendapat produk (barangan) dan perkhidmatan yang lebih baik pada
harga yang lebih murah.

Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia
melalui produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada
pasaran. Keusahawanan adalah individu yang bukan sahaja mencipta
kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian kekayaan.

Mitos (dongeng) Mengenai Keusahawanan

Terdapat banyak mitos mengenai keusahawanan. Mitos ini terjadi kerana
kurangnya kajian yang dilakukan terhadap keusahawanan. Kuratko dan
Hodgetts (2004) telah membicarakan 10 mitos keusahawanan.

Mitos (dongeng) 1:

Usahawan adalah seorang yang bertindak/berbuat sesuatu, bukan
seorang pemikir.

Fakta 1:

Walaupun usahawan lebih kepada aksi, mereka juga merupakan seorang
pemikir. Mereka selalunya merancang sesuatu dengan teliti. Malah
selalunya menyediakan pelan alternatif sekiranya pelan yang asal
mengalami kegagalan. Ini menunjukkan usahawan adalah seorang pemikir
dan pelaksana (doers).

Mitos 2:

Usahawan dilahirkan secara semula jadi. Hari ini. Kejayaan usahawan bergantung kepada idea kreatif dan inovatif di dalam kerja yang dilakukan dan ciri-ciri ini boleh dipelajari Mitos 4: Usahawan adalah bersifat akademik dan merupakan seorang yang tidak dapat menyesuaikan diri (anti sosial). usahawan tidak lagi dianggap sebagai seorang yang tidak dapat menyesuaikan diri. Sebagai contoh Ray Kroc bukan pencipta francise untuk makanan segera. pendidikan dan organisasi sosial tidak mengesahkan (recognise) usahawan. tetapi idea inovatif beliau telah menjadikan McDonald sebuah syarikat makanan segera terbesar di dunia. proses dan terdapat kajian kes yang membolehkan topik tersebut dipelajari . namun terdapat banyak usahawan yang berjaya bukannya pencipta. Keusahawanan mempunyai model. Tetapi kajian telah membuktikan usahawan boleh diajar dan dipelajari. Menurut sejarah. Fakta 3: Walaupun banyak pencipta adalah juga usahawan. Usahawan kini dilihat sebagai seorang profesional. Mitos 3: Usahawan selalunya seorang pencipta. Fakta 4: Kepercayaan ini timbul kerana adanya peniaga yang menjadi usahawan berjaya setelah berhenti dari sekolah atau berhenti dari kerja. Mitos 5: . tidak boleh dicipta. Mereka mengatakan siri usahawan adalah secara semula jadi. Fakta 2: Kebanyakkan usahawan dan bukan usahawan mengatakan ciri-ciri usahawan tidak boleh diajar dan dipelajari.

kita sedar untuk mencapai profil 100% seorang usahawan adalah perkara mustahil. Ia juga adalah benar. seorang usahawan mestilah membuat rancangan. Walau bagaimanapun “Keuntungan terjadi apabila persediaan menjumpai peluang”. Fakta 5: Terdapat banyak buku dan artikel yang menyenaraikan ciri-ciri usahawan yang berjaya.Keusahawanan mesti sepadan (fit) dengan “Profile” usahawan. Untuk usahawan. keinginan. Kebanyakkan usahawan yang berjaya hari ini tidak mempunyai kesemua ciri-ciri profil apabila memulakan perniagaan. tekad(kepastian). Fakta 6: Ia adalah benar. wang adalah sumber tetapi bukan semuanya bergantung kepada wang. Apa yang penting. semua peniagaan memerlukan kapital untuk hidup. Senarai ini sama ada tidak disahkan ataupun tidak lengkap. persediaan. Hari ini. ia hanya berdasarkan kepada kajian kes yang dilakukan ke atas orang yang telah berjaya. Mitos 7: Semua usahawan bergantung kepada nasib. pengetahuan dan inovatif Mitos 8: Kebodohan (ketidaktahuan) adalah kebahagiaan (kepuasan) untuk usahawan. Mitos 6: Kesemua usahawan memerlukan wang. Fakta 8: . Fakta 7: “Berada pada tempat yang betul pada masa yang betul” merupakan suatu kelebihan. kebanyakkan punca kegagalan perniagaan adalah ketidak cukupan pembiayaan.

Ini bermaksud. kaum Cina berkerja dilombong dan berniaga. Mitos 9: Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kegagalan yang tinggi. Mitos 10: Usahawan adalah penanggung risiko yang ekstrim.“Terlalu banyak perancangan dan penilaian berperanan memberikan masalah yang berpanjangan”. kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir dan disektor pertanian. tetapkan masa serta sediakan rancangan untuk mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul dan cuba kekurangkan masalah ini dengan melalui perancangan yang teliti. kebanyakkan usahawan adalah penanggung risiko yang tinggi. Apabila British memerintah Tanah Melayu. Fakta 9: Memang benar. kebanyakkan usahawan mengalami beberapa kegagalan sebelum mereka memperolehi kejayaan. Dengan cara ini. usahawan selalu melakukan kerja secara moderat dan mengira risiko yang akan berlaku Pembangunan Keusahawanan di Malaysia Keusahawanan di Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing. Tetapi pada dasarnya. mereka telah menukarkan struktur sosial dengan menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Kunci utama untuk kejayaan adalah perancangan yang teliti dan persediaaan yang mencukupi. Usahawan perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan. Pada pandangan orang awam. Usahawan belajar dari kegagalan sendiri serta kegagalan orang lain sebagai rujukan dan panduan mereka dimasa akan datang. usahawan selalunya mencari informasi dan membuat perancangan sebelum melakukan sebagai aktiviti. Kenyataan ini tidak benar untuk pasaran yang bersifat persaingan. manakala kaum . Fakta 10: Risiko merupa elemen utama di dalam proses keusahawanan.

kerajaan telah mengfokuskan kepada keusahawanan sehinggalah sekarang. bukan seorang pemikir Usahawan dilahirkan secara semula jadi. Ujian Kefahaman Sendiri 1. 1. Tahun 1995. tidak boleh dicipta Usahawan selalunya seorang pencipta Usahawan adalah bersifat akademik dan merupakan seorang yang tidak dapat menyesuaikan diri (anti sosial) Keusahawanan mesti sepadan (fit) dengan “Profile” Kesemua usahawan memerlukan wang Semua usahawan bergantung kepada nasib Kebodohan (ketidaktahuan) adalah kebahagiaan (kepuasan) untuk usahawan . Selepas kemerdekaan.India bekerja disektor perladangan. kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya keusahawan kepada individu. Hasilnya. Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan memberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Kini. Apakah 10 mitos keusahawan? Usahawan adalah seorang yang bertindak/berbuat sesuatu. Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020. kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi. masyarakat dan negara. Semenjak dari itu. dan bagaimana ia boleh menyumbang kepada keamanan negara. semua pihak mengalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990). kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia. kaum Cina lebih kedepan dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum Melayu dan kaum India.

Usahawan adalah penanggung risiko yang ekstrim 2.Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kegagalan yang tinggi. Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran. pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran. • Mmeningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan • Melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. • Individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian kekayaan. di mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang. • Melalui proses kreativiti dan innovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. masyarakat akan mendapat produk (barangan) dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah. . Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. • Bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing. Bincangkan kepentingan keusahawanan. Berikan senario pembangunan keusahawanan di Malaysia. • Membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia melalui produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada pasaran. Dengan ini. • Menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. 3. mereka akan mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. • Aktiviti pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta. • Melalui proses pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik.

alam sekitar (environment) dan proses. kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi. • Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan memberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Marco Polo telah menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis untuk menjual produk mereka. dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan. kaum Cina lebih kedepan dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum lain. ditubuhkan Kementerian Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia. organisasi. Pedagang yang berlayar memainkan peranan aktif di dalam urusan perdagangan. 2. Tahun 1995. Terangkan maksud keusahawanan Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu. Hasilnya. menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020. semua pihak mengalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.• British memerintah Tanah Melayu. Kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir dan disektor pertanian. Nyatakan evolusi keusahawanan Zaman Konsep dan Teori Pada zaman permulaan Bermula seawal zaman Marco Polo yang melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah (Far East). Setelah pedagang . Ujian Kefahaman Sendiri 2 1.. • Kini. menerima segala risiko fizikal dan emosi. Kapitalis merupakan penanggung risiko yang pasif. • Selepas kemerdekaan. kaum Cina berkerja dilombong dan berniaga. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990). manakala kaum India bekerja disektor perladangan. pendidikan dan kelembagaan (institution).

Sebagai contoh: Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan seorang pengguna kapital. Pada pertengahan abad 20an. perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. pereka cipta (mencipta idea. dengan ini mereka menanggung risiko. Harga kontrak adalah tetap. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu. 3. juru tukang dan sebagainya adalah seorang usahawan. teknologi baru) dikenali sebagai usahawan. BUKAN pembekal modal Abad ke 19 dan 20 Usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. petani. keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang. Abad ke 18 Usahawan dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal). mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. “Seorang yang berusaha untuk mengatur. Abad ke 17 Keusahawanan adalah orang yang menandatangi kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk meyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. Pedagang. Oleh itu kerugian atau keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh usahawan. usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru. Ini berlaku kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. Abad ke 21 Usahawan mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko di dalam usahanya. Mereka membeli pada harga tertentu dan menjualnya pada harga yang tidak pasti. Dengan optimistik dan komited. Pada zaman pertengahan Seseorang yang terlibat di dalam menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan dan tidak menanggung sebarang risiko. produk.berjaya menjual barangan tersebut.” . Siapakah usahawan? Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai. semua ini hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.

Pada sesetengah usahawan. Golongan ini sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal.1 . duit menunjukkan simbol kejayaan.Komitmen yang tinggi Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. 3.2 . Ganjaran utama adalah kebebasan (independence). Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku.1 -Inisiatif dan bertanggungjawab Kebanyakkan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif.1. . psikologi dan sosial.4. Berikan empat aspek asas keusahawanan 1. Keusahawanan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru. 4. diikuti oleh kepuasan peribadi dan seterusnya keuntungan. Topik 2 2. Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan. Keusahawan menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan.1. 2. 2. Keusahawanan memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan usaha yang dilakukan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.Ciri-ciri Usahawan yang berjaya 2. Mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut dibangunkan. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan.

Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi.Keyakinan dan Optimistik Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan.1. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. inovatif dan daya imaginasi. Melalui fikiran yang kreatif. 2.2.1.Mengambil Risiko Secara Sederhana (Moderate Risk Taker) Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta. Apabila seorang usahawan melibatkan diri didalam sesuatu pelaburan. semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya. segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.Kreatif dan Inovatif Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka.3 . tidak hairanlah banyak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.Orientasi Peluang (kesempatan) – Opportunity Orientation Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian.5 .1. Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. 2. struktur atau strategi.4 .1. usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain. .6 . 2. Di dalam mencari peluang perniagaan baru.

wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mereka kecapi dan wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka.Kemahiran Berorganisasi (Skilled at Organising) Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. 2. 2.8 .1.Mencari Maklumbalas (Seeking Feedback) Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba memperbaikinya. Satu fahaman yang sering disalah ertikan mengenai usahawan adalah “wang menjadi satu keinginan yang kuat”.9 .usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Di kebanyakkan kes. Apabila usahawan memulakan sesuatu. beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka. usahawan boleh mempelajari dari kesilapan yang telah mereka lakukan. Kreativiti boleh dipelajari.1. usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Dari maklumbalas. 2. . Tidak semua usahawan mempunyai visi diawal perbukaan firma mereka.7 .10 .1. mengunggulinya dan mengejar serta mencapai cita- cita yang mencabar.Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve) Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. 2. visi dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut. Usahawan berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti. Kepada usahawan.Keupayaan Menentukan Visi (Ability to Set Vision) Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Oleh itu.1.

bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.Semangat Berpasukan (Team Building) Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yang tinggi. 2.1. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan. Kebanyakkan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding dengan kejayaan.11 . Pada waktu yang sukar. putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. 2. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka.1.Kawalan Fokus Dalaman (Internal Locus of Control) Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri.12 .14 . Mereka belajar dari kegagalan. dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan.Bertoleransi terhadap Kegagalan Usahawan tidak mudah kecewa. 2. mereka masih lagi mencari peluang yang ada.Lebih Bertenaga (High level of Energy) Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang.1. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi. Ini tidak bermakna usahawan mesti .1.2.1.13 .Berdikari (Independent) Usahawan adalah seorang yang berdikari.15 . 2.

2 Usahawan Menilai Diri Sendiri (Entreprenuer Self- Assessment) Terdapat banyak cara untuk menguji potensi seseorang untuk menjadi seorang usahawan.htm . Maka dengan menggunakan penilaian secara “online”. warna dan kerakyatan. Semua orang berpotensi untuk menjadi usahawan tanpa mengira umur. Ia menyediakan ujian dan kuiz mengenai keusahawanan untuk menguji tahap kita untuk menjadi usahawan.16 . kemahiran boleh dipelajari. Ianya tidak menentukan sama ada seseorang boleh menjadi usahawan atau tidak. Robinson. Huefner dan Hunt (1991) adalah antara yang menyediakan interaktif secara talian (online).membuat semua keputusan.1. Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting. 2. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. jantina. sikap tegas(ketegasan) seringkali membawa kepada kegagalan. Usahawan bukan diturunkan secara genetik (keturunan). Stimpson. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah. http://bizmove.Fleksibel Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Itu pun kalau kita berminat untuk menjadi usahawan yang berjaya. 2.com/other/quiz. kita boleh mengetahui tahap mana kita berada dan membuat sesuatu untuk membaiki paras kita untuk mencapai tahap keusahawanan. kaum. Setiap individu mempunyai peluang untuk menjadi usahawan. Tujuan menguji diri sendiri adalah untuk mengetahui kecenderungan seseorang individu itu untuk menjadi usahawan.

terutama ahli perniagaan yang berniaga secara kecil-kecilan. Pengurus (Manager) dan Usahawan (Entrepreneurs) a) Perbezaan diantara ahli perniagaan dengan usahawan. b) Perbezaan diantara pengurus konvensional dan usahawan . terutama ahli perniagaan kecil-kecilan sebahagiannya mempunyai ciri-ciri seorang usahawan tetapi ciri-ciri tersebut hanyalah merupakan paras yang rendah bagi seorang usahawan. iaitu tidak semua ahli perniagaan adalah usahawan.2. Terdapat beberapa perkara yang membezakan di antara ahli perniagaan dengan seorang usahawan. Ini berdasarkan fakta. Walau bagaimanapun semua usahawan adalah ahli perniagaan. Ahli perniagaan.3 Perbezaan diantara Ahli Perniagaan (Businessman). Usahawan tidak sama dengan ahli perniagaan.

Innovative – berkebolehan mencipta sesuatu yang unik. Inisiatif dan bertanggungjawab Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Ujian Kefahaman Sendiri 1. Terangkan 10 ciri-ciri utama seorang usahawan yang berjaya? 1. Komitmen yang tinggi Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya. 1. 2.Daftar: Optimistic – seorang yang berfikiran positif terhadap sebarang halangan Creative – berkebolehan menghasilkan sesuatu produk dan mampu mengeluarkan idea yang berguna. Satu kualiti yang sangat perlu ada pada setiap usahawan. .

Mencari Maklumbalas (Seeking Feedback) Aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka. 4.3. 6. Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve) Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka. Kebolehan menentukan Visi (Ability to Set Vision) Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Kreativiti boleh dipelajari. Wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan. 5. . Kreatif dan Inovatif Melalui fikiran yang kreatif. 7. Keyakinan dan Optimistik Keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. 8. 9. Orentasi Peluang (kesempatan) Berkebolehan mencari peluang yang ada dan mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut. inovatif dan daya imaginasi. Mengambil Risiko Secara Sederhana (Moderate Risk Taker) Segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar.

13. Mereka belajar dari kegagalan. Toleransi terhadap Kegagalan Tidak mudah kecewa. Usahawan perlu lebih Menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi.10. Berdikari (Independent) Menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. 14. Percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan. Lebih Bertenaga(High level of Energy) Lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Kemahiran Mengatur (Skilled at Organising) Berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. 15. Semangat Berpasukan (Team Building) Mempunyai standard (kualiti) yang tinggi. bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun. Menukarkan visi menjadi realiti. 12. Mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting. Fleksibel . 11. Kawalan Fokus Dalaman (Internal Locus of Control) Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. 16. putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan.

Setiap individu mempunyai peluang untuk menjadi usahawan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. 4. Adakah seorang yang mempunyai ciri tersebut boleh menjadi seorang usahawan yang berjaya? Kenapa? Boleh. Mengapa kita selaku seorang usahawan perlu mengambil ujian “menilai diri sendiri”? Tujuan menguji diri sendiri adalah untuk mengetahui kecenderungan seseorang individu itu untuk menjadi usahawan. ini kerana 16 ciri-ciri yang dinyatakan di atas merupakan kajian yang telah dilakukan terhadap tokoh usahawan yang telah pun berjaya. . kita boleh mengetahui tahap mana kita berada dan membuat sesuatu untuk membaiki paras kita untuk mencapai tahap keusahawanan. Maka dengan menggunakan penilaian secara “online”. Apakah maksud “mempunyai komitmen yang tinggi untuk usahawan”? Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. 2. 3. Amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Ianya tidak menentukan sama ada seseorang boleh menjadi usahawan atau tidak. Ini kerana semua ciri yang dinyatakan di atas merupakan ciri-ciri yang positif.

Topik 3 Membentuk kreativiti dan inovatif keusahawanan Objektif: .Siapakah dia peniaga kecilan? Berikan contoh spesifik? 2. Bincangkan perbezaaan diantara pengurus konvensional dan usahawan.Ujian Kefahaman Sendiri 2: 1.

Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang kompleks di dalam persekitaran perniagaan di mana ianya selalunya penuh dengan permasalahan yang tidak tetap. Menurut Schermerhorn. memasukkan dan memajukan dan seterusnya akan dilaksanakan dan sebagai pulangan usahawan dan organisasi akan mendapat manfaatnya. Membuktikan teknik kreativiti 4. Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004). idea tersebut diperkembangkan dari proses kreatif yang mana imaginasi individu akan membayangkan. Memberikan contoh inovatif 5. terdapat empat fasa(langkah) utama di dalam proses kreatif iaitu: 1) Pengumpulan Pengetahuan (Knowledge Accumulation) 2) Inkubasi (Incubation = Pengeraman = Penetasan) 3) Idea 4) Penilaian dan Pelaksanaan Fasa 1: Pengumpulan Pengetahuan Untuk memulakan proses kreatif.1. Proses Kreativiti Adakah kreativiti amat perlu bagi pengusaha? Seorang usahawan perlu memikirkan idea untuk mengimplementasi strategi baru. Menerangkan makna dan konsep kreativiti dan inovatif 2. Membincangkan halangan kreativiti dan inovatif Apa itu kreativiti? Pernahkah anda terfikir betapa pentingnya kreativiti kepada usahawan? Terdapat beberapa definasi untuk kreativiti. Secara amnya. Menerangkan proses kreativiti 3. Hunt dan Osborn (2003). seseorang perlu bersedia mengumpul . kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan jawapan kepada masalah dan peluang yang diperolehi.

Sebagai contoh: semasa makan. menghadiri seminar profesional atau bengkel dan sebagainya. berjalan. Dengan pendedahan begini. usahawan akan menukar idea tersebut menjadi realiti. Malahan mereka mungkin akan cuba membuangkan masalah tersebut dan membiarkan minda bawah sedar (subconscious) melakukan tugas tersebut. jalan penyelesaian atau jawapan untuk masalah sedia ada telah dijumpai akhirnya. perkhidmatan atau pelaburan perniagaan. mandi dan sebagainya Fasa 4: Penilaian dan Pelaksanaan Pada fasa terakhir. Fasa 2: Inkubasi Di dalam fasa ini. seseorang individu mungkin tidak terlibat secara langsung dengan sebarang perniagaan yang berkaitan dengan aktiviti atau masalah tersebut. keyakinan yang tinggi dan ketekunan.semua informasi dan melaku penyelidikan yang berkaitan. Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan keberanian. Apabila sesuatu idea mula timbul(muncul) dari fasa ketiga dalam idea kasar. perbincangan dengan rakan yang bekerja dalam bidang yang sama. . Kemudian. usahawan tersebut boleh memilih idea yang terbaik untuk memulakan aktiviti perniagaan yang menguntungkan. Kebolehan menentukan idea yang boleh dilaksana dan dipratikkan akan menentukan kejayaan usahawan di dalam sesuatu perniagaan. berehat. ia dapat memberikan pandangan yang luas mengenai masalah dan mempunyai asas yang kukuh mengenai kreativiti demi untuk membangunkan produk baru. disiplin. membaca bahan yang tidak berkaitan dengan masalah tersebut. Pembangkitan idea yang kreatif amatlah dialu-alukan tanpa mengira dari mana sumber datang. Perkara seperti ini boleh berlaku semasa tidur. Kadang-kadang seseorang boleh memperolehi idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara tidak sengaja. Dalam fasa ini. Fasa 3: Idea Ini merupakan fasa yang paling mengasyikkan mengenai proses kreativiti. usahawan perlu mengubah idea tersebut dan menukarnya kepada bentuk idea yang terakhir. Kadang-kadang fasa ini juga dikenali sebagai ‘faktor eureka’. bermain badmintan atau sedang meditasi. Ini melibatkan akitiviti membaca.

b) Takut kepada Kritikan (Fear of Criticism) Sesetengah orang takut menerima kritikan. “Tidak ada istilah ‘mencuba’ yang ada hanyalah istilah ‘lakukan’ atau ‘tidak lakukan’ ”.Sekatan Terhadap Kreativiti Kita perlu ingat tidak semua idea kreatif yang telah dihasilkan boleh diterima. Ini mungkin terjadi apabila keadaan kerja persekitaran tidak memberi ruang untuk para pekerja menjadi kreatif. Dengan itu pekerja tersebut akan melakukan tugas hanya untuk memenuhi kehendak tugasan. jadual yang padat dan permintaan segera akan menyebabkan kurangnya daya kreativiti. bodoh dan tidak praktikal. . “Akan senantiasa ada manusia yang akan mengkritik usaha kita walau pun idea tersebut baik(cemerlang)” “Jadikan kritikan sebagai satu cabaran bukan satu masalah” c) Pengurusan yang berlebihan (Over-Management) Persaingan di dalam pasaran. maka tidak perlulah kita belajar untuk menjadi seorang yang kreatif. tidak mengalami kecewaan dan tidak mengalami kegagalan. Dengan ini kita telah menyekat daya kreativiti dari berlaku. Untuk mengelak dari di kritik. Kreativiti tidak bermakna ia tidak mempunyai sekatan. Sekiranya kita sering mengatakan yang kita bukan seorang yang kreatif. Mereka takut orang akan mengatakan idea mereka gila. golongan seperti ini akan bertindak secara kebiasaan dan menjadi pengikut sahaja. tugasan yang bertimbun. Mereka tidak akan melakukan perkara yang berbeza. Tak perlulah bersusah payah melakukan sesuatu sekiranya yang jauh dilubuk hati kita sudah mengatakan “aku tidak boleh melakukannya”. Terdapat empat sekatan terdapat kreativiti iaitu: a) Kepercayaan Peribadi (Personal Beliefs) Masalah utama yang menjadi penghalang kepada kreativiti adalah kepercayaan yang kita tidak kreatif.

Bagaimana untuk membina idea yang kreatif Setiap manusia mempunyai cara berfikir yang tersendiri. lagi baik ii) semua idea perlu diterima. Semasa sessi brainstorming. walaupun idea tersebut nampak macam gila atau tidak betul iii)gunakan idea ahli group yang lain untuk memperolehi lebih banyak idea iv) Idea berbentuk kritikan atau penilaiain (evaluation) tidak dibenarkan b)Analogi Paksaan (Forced Analogy) Analogi paksaan teknik yang berguna dan amat berkesan untuk menjana idea. keadaan mendesak atau peluang yang diterima dan mereka merasa tidak pasti sama ada dapat melakukan tugas tersebut dengan efektif. Kumpulan brainstorming selalunya diantara empat hingga tujuh orang.d) Tekanan (Stress) Tekanan berlaku apabila manusia merasakan mereka menghadapi permintaan yang terlalu tinggi. Sesebuah idea akan dibandingkan dengan masalah yang mempunyai sedikit atau tiada kaitan langsung untuk mendapat pandangan (insight) . William. 2000 menjelaskan terdapat empat peraturan apabila melakukan brainstorming: i) lagi banyak idea. Antara teknik tersebut adalah: • Brainstroming • Analogi Paksaan (Forced Analogy) • Do it • Peta Minda (Mind Mapping) • Kumpulan Nominal (Nominal Group) a)Brainstorming Brainstorming adalah teknik yang berkuasa (berpengaruh) dan selalu digunakan untuk menghasilkan idea. Tekanan bukan sahaja boleh melemahkan (menghabiskan) tenaga seseorang malah ia tidak elok untuk kesihatan. setiap ahli kumpulan akan mencadangkan idea dan idea tersebut kemudiannya akan dibincang bersama. Terdapat beberapa teknik untuk membaiki kreativiti.

Dalam langkah keempat ini. Perhubungan secara paksaan boleh membantu membina pandangan baru dan juga mencari jalan alternatif yang lain.Define problem (kenal pasti masalah) O . seperti anda dan sebatang pen. kita perlu menganalisa masalah tersebut dengan memastikan soalan yang betul telah diajukan. Semua penyelesaian yang ada haruslah diperolehi dari langkah kedua tadi. Sekiranya masalah tersebut nampaknya terlalu besar. Terdapat beberapa cara untuk ‘memaksa’ hampir keseluruhan hubungan dan mendapat jalan penyelesaian yang baru. keluarkan (dijana) idea sebanyak yang mungkin untuk memperolehi jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. ia melibatkan pembinaan produk yang bersesuaian (reliable) dari idea yang dihasilkan. musik dan komputer. .baru. Setiap idea yang dikeluarkan (dijana) adalah amat penting tanpa mengira sama ada idea tersebut baik atau buruk. kita perlu melakukan kajian dan analisa secara terperinci sebelum memilih cara yang terbaik untuk menyelesaian masalah tersebut. produk dan pasaran. Pilih objek atau kad tersebut secara rawak dan apa jenis hubungan yang boleh dipaksa. Mempelajari dan memahami masalah adalah saat yang kritikal untuk membolehkan kita mengenali punca sebenar masalah tersebut. Langkah keempat. selepas berjaya kenal pasti masalah tersebut. ia memerlukan pilihan terdapat sesuatu objek atau kad bergambar yang akan membantu menjana idea. Langkah ketiga.Open mind and apply creative technique (Fikiran terbuka & laksanakan teknik kreatif) I .Transform (lakukan) Langkah kedua. Untuk membina suatu hubungan. selepas jalan penyelesaian terbaik dipilih. kini tiba masanya untuk perlaksanaan. pecahkan masalah tersebut kepada bahagian-bahagian yang kecil dan lakukan ringkasan masalah tersebut secara singkat jika boleh. c) DO IT Langkah pertama untuk teknik DO IT.Identify best solution (kenal pasti penyelesaian terbaik) T . DO IT singkatan untuk: D .

Ia selalunya melibatkan masa. Kebanyakkan manusia menggunakan mind mapping semasa: • Brainstorming • Mengambil nota (taking notes) • Menyegarkan ingatan mereka (refreshing their memory) Peta minda (Mind mapping) juga boleh digunakan untuk menjana produk baru. Sama seperti brainstorming. Dengan cara ini. Akhirnya setiap ahli kumpulan akan mengundi secara senyap idea mana yang terbaik. Tuliskan sahaja idea tersebut di dalam mind map. Selepas itu. plan strategi atau membangunkan sesuatu proses. Ia membantu kita ‘melihat’ sesuatu masalah dan jalan penyelesaiannya. setiap ahli kumpulan akan mencatatkan idea mereka sebanyak yang mungkin di dalam helaian kertas. Sekiranya suatu idea dijana dari idea lain. menyelesaikan masalah. Individu kreatif adalah seorang yang merendah diri (humble) dan . kos dan tenaga. semakin berserabut hubungan tersebut semakin baik. jalan penyelesaian yang benar-benar inovatif akan dapat dihasilkan. e)Kumpulan Nominal (Nominal Group) Kumpulan nominal digunakan untuk menjana idea dan mencari jalan penyelesaian dengan cara bersemuka (face-to-face) di dalam sesebuah kumpulan. jangan cuba menganalisanya dahulu. Ciri-ciri individu yang kreatif Terdapat lapan ciri individu yang kreatif: 1. setiap ahli kumpulan akan menyatakan idea mereka dan seterusnya idea tersebut akan dibincangkan untuk memperolehi penjelasan (clarification) dan penilaian. Kunci utama adalah untuk menjana idea dan menyelesaikan masalah tidak semestinya difikirkan secara logikal.pasaran dan strategi perniagaan. d)Peta Minda (Mind Mapping) Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan gambar atau perkataan (word phases) untuk mengurus (organise) dan membangunkan pendapat secara ‘non linear’.

Menurut Kinicki dan Williams (2003). terutama sekali apabila pesaing akan menghasilkan idea yang kreatif. 7. Hari ini. tidak akan membenarkan syarikat mereka berpuas hati dengan apa yang ada (complacent). 2. 3. Individu kreatif mempunyai kombinasi seorang yang suka bermain (playfulness) dan seorang yang disiplin atau seorang yang bertanggungjawab dan tidak bertanggungjawab. Individu kreatif bersifat terbuka apabila menerima kritikan. setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak. 5. Apa itu Inovasi? Setelah usahawan menjalani proses kreatif dan memperolehi jalan penyelesaian terbaik. tidak tergesa-gesa dan membuat pertimbangan di dalam membuat sebarang keputusan 8. Individu kreatif sering kali mempunyai kawalan diri yang baik. (Chell.bangga diri (proud) dalam waktu yang sama. produk & perkhidmatan yang lebih baik. 2001) Inovasi juga berfikir (deemed) untuk menghasilkan sesuatu . Individu kreatif adalah individu yang mempunyai matlamat (goal- directed). walaupun begitu mereka juga merupakan seorang yang sangat objektif mengenainya. langkah mereka kemudian akan melakukan aplikasi dan seterusnya melakukan inovasi. Kreativiti adalah syarat awal kepada inovasi. inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru. Ini bermakna. Individu kreatif sanggup mengambil risiko yang telah dikenal pasti. Individu kreatif adalah berani untuk mencuba idea yang baru. Syarikat yang berjaya bersaing dan menang adalah syarikat yang membangunkan produk baru atau sistem baru untuk mengeluarkan produk senantiasa membaharuinya. Kebanyakkan individu yang kreatif perasaan yang amat kuat (passionate) mengenai kerja mereka. 4. 6. inovasi dipercayai merupakan kunci kepada kejayaan banyak organisasi.

Jenis Inovasi Setiap orang di dalam perniagaan mestilah inovatif untuk membolehkan perniagaan tersebut berubah dengan pantas sejajar dengan kehendak dan keperluan pengguna. perkhidmatan atau proses sedia ada. Contoh: Samsung yang terkenal dengan produk elektrik dan elektronik telah memperluaskan perniagaan mereka kepada automobil.yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran (supply-demand equation). Contoh: Penciptaan telegraph oleh Samuel Morse 2. Perpaduan (Synthesis) – Proses untuk mengabungkan bahagian- bahagian lain untuk menjadi sesuatu produk atau aplikasi yang baru dengan mengambil kira beberapa idea atau barang yang telah sedia ada. ‘Inovasi atau mati’ sepatutnya menjadi prinsip harian kepada setiap usahawan. Sumber kepada Inovatif Usahawan memerlukan idea yang kuat sebelum beliau berupaya (inspire) . Ia mestilah yang asli atau tidak pernah dicuba. Contoh: Fungsi telefon bimbit membolehkan kita berhubung dengan rakan tanpa mengira waktu dan lokais. telefon bimbit telah mempunyai fungsian tambahan seperti pemain mp3. Usahawan mencipta permintaan baru di dalam pasaran dengan menukar kombinasi faktor pengeluaran untuk mencipta sesuatu yang baru. perkhidmatan atau proses yang sedia ada. Perluasan (Extension) – Penambahan atau tambahan kepada produk. 2004 menyatakan terdapat empat asas kepada inovasi: 1. Tetapi kini. MMS dan WAP. Penciptaan (Invention) – mencipta produk. Contoh: Gabungan diantara komputer dan rangkaian menghasilkan Internet. 3. perkhidmatan atau proses yang baru. 4. Proses ini bukan sekadar meniru bulat-bulat tetapi menambah fungsian tambahan kepada produk. Duplikasi (Duplication) – Proses membuat pendua (replication) terhadap produk. Oleh itu. inovasi adalah kunci usahawan untuk bertahan (survival) di dalam keadaan persaingan perniagaan yang sengit. Kuratko dan Hodgetts. perkhidmatan atau proses sedia ada.

Contoh: di dalam proses untuk menjadi masyarakat yang sihat. manusia akan mula melakukan lebih kerap senaman. b) Konsep pengetahuan yang baru (New-Knowledge Concept) Pasaran masa kini. Semua ini menyediakan peluang untuk usahawan untuk menghasilkan produk. 1985. Peristiwa yang tidak disangka memberi peluang yang baik sekali untuk usahawan menggunakan kepakaran mereka untuk melaksanakan aplikasi tersebut. Sebagai contoh: taraf hidup dan peningkatan pendapatan. Penukaran terhadap ciri-ciri demografis telah mencipta peluang yang besar untuk usahawan menjelajahi (explore). perkhidmatan dan proses baru. Ia akan menjadikan proses yang sedia ada menjadi sempurna. Malah kebanyakkan produk atau perkhidmatan adalah inovasi berdasarkan pengetahuan yang memerlukan masa yang lama untuk melakukan penyelidikan dan dibangunkan oleh segolongan pakar. Terdapat empat punca sumber usahawan untuk inovasi. peringkat pendidikan. pendapatan dan jenis pekerjaan telah menjadi sumber utama kepada inovatif kepada usahawan. Dengan ini. c) Perubahan Demografis (Changes of Demographics) Perubahan demografis terhadap umur. perkhidmatan atau proses yang sesuai dengan kehendak dan keperluan pengguna. Kejayaan atau kegagalan yang tidak disangka boleh menjadi sumber utama kepada inovatif apabila sesuatu tersebut tidak menarik perhatian atau tidak dirancang. industri atau perkhidmatan. menghadiri seminar atau persidangan atau perbincangan diantara para profesional. 2004) a) Secara tidak sengaja (Unexpected Events) Usahawan selalunya memperolehi idea secara tidak disangka. (Drucker.memberikan inspirasi kepada produk. d) Keperluan Proses (Process Needs) Keperluan proses perlu wujud di dalam proses perniagaan. Pengetahuan baru boleh diperolehi melalui pembacaan. kita boleh memperolehi produk atau perkhidmatan baru dengan mudah. mengantikan mana yang lemah. mereka bentuk semula proses sedia ada dan sebagainya. permintaan terhadap barangan mewah dan produk kesihatan telah juga meningkat. usahawan boleh . Kuratko dan Hodgetts.

perubahan boleh mengancam budaya dan prosedur organisasi tersebut . Di bawah senaraikan halangan kepada inovasi: a) Organisasi tidak mengalakkan inovatif Sesetengah organisasi berpuas hati dengan apa yang ada dan tidak mahu sebarang perubahan. Takut untuk melakukan kesilapan 3. batasan diantara jabatan yang berlainan turut juga menghalang berlakunya komunikasi untuk inovatif idea dikalangan kakitangan. Motivasi yang salah (improper motivation) . Selain dari halangan berpunca dari organisasi. Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku. b) Tidak cukup sumber Sesetengah organisasi hendakkan perubahan dan inovatif tetapi menghadapi kekurangan sumber seperti sumber manusia. Takut untuk mencuba (fear to trying) 2.menyediakan pusat penjagaan kesihatan untuk mereka yang berminat. Halangan kepada inovasi sering kali berlaku di dalam organisasi. pihak pengurusan akan menolak atau mengelak untuk memberi perhargaan kepada inovatif di dalam organisasi. terdapat juga halangan datang dari sikap individu itu sendiri seperti: 1. c) Tingkah laku tradisi pihak pengurusan (Traditional Management Behaviour) Pihak pengurusan mahu mengawal kakitangan daripada menjadi kreatif. kewangan dan kelengkapan yang menjadi satu benda yang penting untuk menjayakan inovatif. Halangan kepada Inovasi Walaupun usahawan mempunyai banyak idea yang inovatif. terutama dari kakitangan itu sendiri. Ini berlaku apabila pengurusan dikawal oleh kakitangan yang telah lama bertugas dan mereka ini masih mengekalkan cara mereka berfikir dan menolak sebarang perubahan. Bagi organisasi seperti ini. Selain dari itu. namun terdapat juga kekurangan yang menjadi penghalang kepada inovasi. Dan kemungkinan perubahan akan mengancam kedudukan mereka.

Tidak percaya pada diri sendiri – individu tersebut merasa diri mereka terlalu tua atau tidak pandai untuk melakukan tugas tersebut. Seorang usahawan yang kreatif dan inovatif akan senantiasa berfikir untuk menguasai pasaran baru dengan mengenalkan produk dan perkhidmatan baru. Usahawan seharusnya mengunakan sumber ini tanpa melakukan sebarang kerosakkan kepada alam sekitar. Sesebuah organisasi tidak lagi boleh menunggu permintaan daripada pengguna. Takut kepada perubahan 5. Strategi untuk mengalakkan Kreativi dan Inovatif i) Kenal pasti kebolehan sendiri – adalah penting untuk mengetahui yang kita mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut secara kreatif dan . ia berjaya menguasai keseluruhan pasaran seluruh dunia. c) Untuk mengguna sumber asli Terdapat banyak sumber asli didunia ini. Akibatnya beliau tidak mencuba untuk mencari jalan inovasi untuk mengatasi masalah tersebut. Masa hadapan sesuatu perniagaan bergantung kepada keupayaan mereka untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baru. b) Untuk meneroka pasaran baru Dengan adanya produk dan perkhidmatan baru.4. Takut kepada kegagalan (fear to fail) 6. Contoh: apabila Philips memperkenalkan pemain DVD yang pertama di pasaran pada tahun 1995. Malah kreativiti dan inovatif adalah pencipta sumber. usahawan boleh mengambil kesempatan meneroka pasaran baru. Pentingnya Kretiviti dan Inovatif untuk Usahawan a) Untuk memastikan organisasi berjaya mengharungi halangan (to ensure an organisation’s survival) Kreativiti dan inovatif adalah sangat penting untuk membolehkan sesebuah organisasi bertahan dalam jangka masa yang panjang. organisasi haruslah boleh mengeluarkan sesuatu yang unik untuk para pelanggannya. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab untuk mencipta ‘nilai’ terhadap sumber asli tersebut untuk kegunaan manusia sejagat.

Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang kompleks di dalam persekitaran perniagaan di mana ianya selalunya penuh dengan permasalahan yang tidak tetap. Secara ringkas terangkan proses kreatif. Berikan ganjaran kepada kakitangan yang melebihi di dalam mencipta sesuatu yang unik. a) Pengumpulan Pengetahuan Perlu bersedia mengumpul semua informasi dan melaku penyelidikan yang berkaitan. Perkara seperti ini boleh berlaku semasa tidur. membaca bahan yang tidak berkaitan dengan masalah tersebut. Ini melibatkan akitiviti membaca. Menguji masalah dan peluang tersebut dengan memecahkannya menjadi pecahan-pecahan kecil. Apa itu kreativiti? Berikan definasi kretiviti? Kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan jawapan kepada masalah dan peluang yang diperolehi. menghadiri seminar profesional atau bengkel dan sebagainya b) Inkubasi Pembangkitan idea yang kreatif amatlah dialu-alukan tanpa mengira dari mana sumber datang. iii) Tukar budaya orgnisasi – Organisasi mesti mengalakkan kakitangan mereka menjadi kreatif dan inovatif. iv) Sanggup menghadapi kegagalan (Dare to fail) – Setiap kegagalan atau kesilapan haruslah dijadikan pendorong untuk maju di dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik. berehat. cari masalah sebenar atau jalan penyelesaian yang terbaik. perbincangan dengan rakan yang bekerja dalam bidang yang sama. Tetapi berhati-hati dengan kebolehan sendiri agar ia tidak menjadi penghalang kepada mencari jalan penyelesaian. . Ujian Kefahaman Sendiri 1: 1. ii) Tukar persepsi (pandangan) anda – Cuba melihat sesuatu masalah atau peluang dari berbagai sudut.inovatif. 2.

menghadiri seminar profesional atau bengkel dan sebagainya. d) Penilaian dan Pelaksanaan Menukar idea tersebut menjadi realiti. • Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan keberanian. 4. • Mengumpul semua informasi dan melaku penyelidikan yang berkaitan. Ini melibatkan akitiviti membaca. usahawan perlu mengubah idea tersebut dan menukarnya kepada bentuk idea yang terakhir. Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan keberanian. • Menukar idea tersebut menjadi realiti. Bagaimanakah cara untuk memperolehi maklumat yang relevan untuk pengumpulan pengetahuan. perbincangan dengan rakan yang bekerja dalam bidang yang sama. keyakinan yang tinggi dan ketekunan. Kadang-kadang seseorang boleh memperolehi idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara tidak sengaja. disiplin. • Usahawan tersebut boleh memilih idea yang terbaik untuk memulakan aktiviti perniagaan yang menguntungkan. disiplin.bermain badmintan atau sedang meditasi c) Idea Jalan penyelesaian atau jawapan untuk masalah sedia ada telah dijumpai akhirnya. . Dikenali sebagai ‘faktor eureka’. keyakinan yang tinggi dan ketekunan. Terangkan langkah-langkah pernilaian untuk proses kreatif. Senaraikan dan terangkan halangan untuk kreativiti? a) Kepercayaan Peribadi (Personal Beliefs) Kepercayaan yang kita tidak kreatif. 3. • Kebolehan menentukan idea yang boleh dilaksana dan dipratikkan akan menentukan kejayaan usahawan di dalam sesuatu perniagaan. 5. • Apabila sesuatu idea mula timbul(muncul) dari fasa ketiga dalam idea kasar.

b) Takut kepada Kritikan (Fear of Criticism) Sesetengah orang takut menerima kritikan. 6.Transform (lakukan) 8. keadaan mendesak atau peluang yang diterima dan mereka merasa tidak pasti sama ada dapat melakukan tugas tersebut dengan efektif. menyelesaikan masalah. Ia membantu kita ‘melihat’ sesuatu masalah dan jalan penyelesaiannya. . d) Tekanan (Stress) Tekanan berlaku apabila manusia merasakan mereka menghadapi permintaan yang terlalu tinggi.Define problem (kenal pasti masalah) O . Bagaimana caranya MIND mapping boleh menjana idea? • Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan gambar atau perkataan (word phases) untuk mengurus (organise) dan membangunkan pendapat secara ‘non linear’. plan strategi atau membangunkan sesuatu proses. bodoh dan tidak praktikal. Bagaimana anda mengeluarkan idea kreatif? • Brainstroming • Analogi Paksaan (Forced Analogy) • Do it • Peta Minda (Mind Mapping) • Kumpulan Nominal (Nominal Group) 7. DO IT singkatan untuk: D . • Digunakan untuk menjana produk baru. Mereka takut orang akan mengatakan idea mereka gila. c) Pengurusan yang berlebihan (Over-Management) Tugasan yang bertimbun. Terangkan singkatan DO IT. jadual yang padat dan permintaan segera akan menyebabkan kurangnya daya kreativiti.Identify best solution (kenal pasti penyelesaian terbaik) T .Open mind and apply creative technique (Fikiran terbuka dan laksanakan teknik kreatif) I .

Dengan cara ini. semakin berserabut hubungan tersebut semakin baik. tidak tergesa-gesa dan membuat pertimbangan di dalam membuat sebarang keputusan . Kombinasi seorang yang suka bermain (playfulness) dan seorang yang disiplin atau seorang yang bertanggungjawab dan tidak bertanggungjawab. b. Seorang yang merendah diri (humble) dan bangga diri (proud) dalam waktu yang sama. d. jangan cuba menganalisanya dahulu. g. • Ahli kumpulan akan mengundi secara senyap idea mana yang terbaik. Bersifat terbuka apabila menerima kritikan. jalan penyelesaian yang benar-benar inovatif akan dapat dihasilkan. setiap ahli kumpulan akan mencatatkan idea mereka sebanyak yang mungkin di dalam helaian kertas. Mempunyai matlamat (goal-directed). Sama seperti brainstorming. c. Senaraikan lapan ciri seorang individu yang kreatif a. Ujian Kefahaman Sendiri 2: 1. Apa itu kumpulan nominal? • Kumpulan nominal digunakan untuk menjana idea dan mencari jalan penyelesaian dengan cara bersemuka (face-to-face) di dalam sesebuah kumpulan. Mempunyai kawalan diri yang baik. Berani untuk mencuba idea yang baru. walaupun begitu mereka juga merupakan seorang yang sangat objektif mengenainya. e. 9. • Setiap ahli kumpulan akan menyatakan idea dan seterusnya idea tersebut akan dibincangkan untuk memperolehi penjelasan (clarification) dan penilaian. Perasaan yang amat kuat (passionate) mengenai kerja mereka. f.• Menjana idea dan menyelesaikan masalah tidak semestinya difikirkan secara logikal. Tuliskan sahaja idea tersebut di dalam mind map. Sekiranya suatu idea dijana dari idea lain.

langkah mereka kemudian akan melakukan aplikasi dan seterusnya melakukan inovasi. Terangkan secara ringkas empat jenis inovasi • Penciptaan (Invention) – mencipta produk. • Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru.h. 4. • Duplikasi (Duplication) – Proses membuat pendua (replication) terhadap produk. 3. • Duplikasi (Duplication) – Fungsi telefon bimbit membolehkan kita . • Perpaduan (Synthesis) – Proses untuk mengabungkan bahagian-bahagian lain untuk menjadi sesuatu produk atau aplikasi yang baru dengan mengambil kira beberapa idea atau barang yang telah sedia ada. • Perluasan (Extension) – Penambahan atau tambahan kepada produk. perkhidmatan atau proses yang baru. Apa itu inovasi? • Setelah usahawan menjalani proses kreatif dan memperolehi jalan penyelesaian terbaik. Hari ini. Proses ini bukan sekadar meniru bulat-bulat tetapi menambah fungsian tambahan kepada produk. produk & perkhidmatan yang lebih baik. Kreativiti adalah syarat awal kepada inovasi. perkhidmatan atau proses yang sedia ada. Anggup mengambil risiko yang telah dikenal pasti. Ia mestilah yang asli atau tidak pernah dicuba. Berikan beberapa contoh untuk setiap inovasi • Penciptaan (Invention) – Penciptaan telegraph oleh Samuel Morse • Perluasan (Extension) – Samsung yang terkenal dengan produk elektrik dan elektronik telah memperluaskan perniagaan mereka kepada automobil. inovasi dipercayai merupakan kunci kepada kejayaan banyak organisasi. perkhidmatan atau proses sedia ada. 2. perkhidmatan atau proses sedia ada.

5. Tetapi kini. telefon bimbit telah mempunyai fungsian tambahan seperti pemain mp3. iv) Sanggup menghadapi kegagalan (Dare to fail) – Setiap kegagalan atau kesilapan haruslah dijadikan pendorong untuk maju di dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik. • Perpaduan (Synthesis) – Gabungan diantara komputer dan rangkaian menghasilkan Internet. 6. Bagaimanakah usahawan memperolehi idea untuk produk baru.berhubung dengan rakan tanpa mengira waktu dan lokais. a) Untuk memastikan organisasi berjaya mengharungi halangan b) Untuk meneroka pasaran baru c) Untuk mengguna sumber asli . perkhidmatan dan proses? i) Kenal pasti kebolehan sendiri – ukur baju sendiri ii) Tukar persepsi (pandangan) anda – Cuba melihat sesuatu masalah atau peluang dari berbagai sudut. Apakah halangan untuk inovasi? a) Organisasi tidak mengalakkan inovatif b) Tidak cukup sumber c) Tingkah laku tradisi pihak pengurusan d) Takut untuk mencuba (fear to trying) e) Takut untuk melakukan kesilapan f) Motivasi yang salah (improper motivation) g) Takut kepada perubahan h) Takut kepada kegagalan (fear to fail) i) Tidak percaya pada diri sendiri 7. Mengapakah kreatif amat penting untuk usahawan. iii)Tukar budaya orgnisasi – Mengalakkan kakitangan mereka menjadi kreatif dan inovatif. Berikan ganjaran kepada kakitangan yang melebihi di dalam mencipta sesuatu yang unik. MMS dan WAP.

Persekitaran pelaburan boleh dibahagikan kepada dua bahagian: 1)Pandangan Makro – pandangan persekitaran luaran 2)Pandangan Mikro – pandangan persekitaran luaran dan dalaman a) Persekitaran Luaran (External Environment) Persekitaran luaran boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang akan dibuat untuk jangka masa panjang dan merupakan unsur yang tidak boleh dikawal. tetapi ia secara langsung boleh mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan. Persekitaran Makro terdiri daripada unsur berikut: • Politik dan Undang-undang yang dibuat (Legislation) • Ekonomi • Kebudayaan Sosial • Teknologi Kuratko dan Hodgetts (2004) membincangkan Persekitaran Mikro terhadap pelaburan perniagaan adalah sebahagian daripada Persekitaran Luaran Pelaburan. pengurusan ekonomi dan sebagainya. Komponen Persekitaran Pelaburan (The components of ventures’ environment) Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan perniagaan mereka tetapi mereka perlu juga mengkajinya semasa pelaburan/perniagaan mereka sedang berkembang.Topic 4 Pengenalan Perniagaan mengenai persekitaran pelaburan selalunya membincangkan mengenai pasaran. Persekitaran adalah situasi dimana operasi pelaburan perniagaan berlaku. Ini juga dikenali sebagai Persekitaran .

Persekitaran Dalaman organisasi terdiri daripada unsur berikut: • Struktur Organisasi • Budaya • Sumber Pengaruh Persekitaran Makro Sebelum ini telah dinyatakan persekitaran makro melibatkan unsur seperti politik dan undang-undang yang dibuat. kita akan menerangkan kesemua unsur tadi dan pengaruhnya terhadap usahawan. produk tiruan (pengganti) dan kuasa tawar menawar pembekal dan pembeli. Dalam bahagian ini. usahawan boleh mengawal unsur ini. b) Persekitaran Dalaman (Internal Environment) Persekitaran Dalaman juga turut mempengaruhi keputusan yang akan dibuat oleh usahawan. ekonomi makro. Politik dan undang-undang yang dibuat .Industri atau Persekitaran Tugas. Persekitaran Mikro mengandungi unsur-unsur berikut: • Pengguna • Pesaing (Competitors) • Pembekal • Institusi Kewangan • Organisasi bukan Kerajaan • Agensi Kerajaan Persekitaran dalaman atau persekitaran industri juga dikenali sebagai Persekitaran Bersifat Persaingan di dalam Model Porter 5 Forces yang mana termasuk ancaman terhadap kemasukkan pesaing baru. Institusi kewangan boleh dianggap sebagai Persekitaran Umum manakala Organisasi bukan Kerajaan dan Agensi Kerajaan boleh dikategorikan di bawah politik dan undang-undang yang dibuat. Walau bagaimanapun. teknologi dan kebudayaan sosial.

Politik & a) Halangan Perdagangan◊ Isu global ◊Undang-undang yang dibuat & tarif b) Risiko politik c) Perjanjian Perdagangan d) Cukai◊ Isu nasional ◊ e) Peraturan Isu Global a)Halangan Perdagangan dan Tarif Halangan perdagangan dan tarif dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Ini adalah keadaan mana usahawan menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. adalah sukar dan mahal untuk usahawan membeli. Ini akan menghalang sumber aliran bebas dari negara lain selaku perlindungan kepada industri tempatan. undang-undang yang dibuat dan peraturan dimana perniagaan tersebut dijalankan.Politik dan undang-undang yang dibuat adalah sebahagian dari persekitaran makro yang yang mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing untuk memperolehi perhatian dan sumber. Contoh: Sekatan Perdagangan telah dikenakan pada industri automobil di Malaysia. rasuah dan keganasan di dalam negara atau kawasan dimana perniagaan itu dilakukan. Di kawasan yang risiko politik yang tinggi. . melindungi dan mengatur sumber. Selalunya usahawan terpaksa menerima unsur politik dan undang-undang yang dibuat untuk pelaburan (tugas) baru yang akan dibuat. b)Risiko Politik Ini merujuk kepada kemungkinan untuk berlakunya ketidak stabilan. Mereka perlu patuh dan menerima polisi.

ujian. Isu Nasional d) Cukai Ini merupakan faktor kepolitikan utama yang harus dihadapi oleh usahawan pada peringkat nasional. Ini melibatkan tambahan kos kepada perniagaan untuk kertas kerja. • Sesetengah cukai menguntungkan pada perniagaan tertentu sahaja dan merupakan keadaan yang merugikan kepada perniagaa lain. Kesan cukai atas operasi perniagaan adalah seperti berikut: • Mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelabur perniagaan untuk melabur. AFTA sebagai contoh. adakalanya perniagaan menerima kesan negatif terhadap peraturan tersebut. Kerana itu. Usahawan Malaysia haruslah mempertimbangkan mengenai AFTA apabila membuat keputusan untuk berdagang di pasaran antarabangsa. usahawan haruslah menilai persekitaran politik sepenuhnya untuk kenal pasti ancaman atau peluang yang ada. kesetabilan politik sesuatu negara dimana operasi perniagaan dilakukan akan memberikan peluang kepada usahawan untuk memulakan . Secara amnya. pemerasan dan korupsi akan melibatkan rasuah atau pembayaran yang tidak beretika akan berlaku.Risiko lain termasuk politik dan keganasan fizikal. Ini akan menambah kepada kos untuk pelaburan baru. pemantauan dan pelaksanaan. c)Perjanjian Perdagangan Terdapat aliran untuk meningkatkan perjanjian perdagangan diantara negara. Matlamat AFTA adalah untuk meningkatkan produtiviti ekonomi di dalam pasaran serantau. e) Peraturan Sebagai contoh peraturan adalah peraturan mengenai penggunaan dadah. Walau bagaimanapun.

Di bawah disenaraikan soalan-soalan yang harus ditimbulkan oleh usahawan mengenai persekitaran ekonomi untuk pelaburan baru demi melihat secara keseluruhan iklim perniagaan. • Apakah keadaan ekonomi semasa? • Apakah suasana pasaran buruh? • Adakah kadar faedah berbahaya atau stabil? • Apakah nilai pertukaran mata wang? • Berapa banyak firma yang ada di dalam industri yang sama? • Adakah firma tersebut dalam berbagai saiz dan ciri. Walau bagaimanapun. usahawan harus mengenal pasti paras mana yang memberikan lebih banyak kesan kepadanya. atau semua firma tadi serupa? • Apakah pemusatan geographical firma di dalam industri tersebut? • Adakah firma hanya memenuhi kehendak pasaran domestik? • Adakah terdapat peluang untuk pergi ke pasaran antarabangsa? • Apakah pertandingan semula jadi untuk perniagaan? . Usahawan perlu menganalisa persekitaran ini pada paras global. Mereka haruslah berupaya untuk melihat perubahan terhadap ekonomi dan berupaya untuk menetukan pembolehubah yang berkaitan untuk dianalisa. Usahawan haruslah meninjau.perniagaan atau mengembangkan perniagaan mereka. pengedaran. meramalkan dan mentaksirkan keadaan makro ekonomi yang akan memberi kesan kepada pelaburan baru. Ekonomi Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting di atas kejayaan atau kegagalan sesuatu pelaburan. nasional dan tempatan dimana operasi perniagaan mereka dijalankan. penjualan dan pengunaan. Persekitaran ekonomi makro melingkari kesemua produk dan penghasilan perkhidmatan. Setiap perniagaan saling berhubung kait antara satu sama lain di dalam tiga tahap tadi pada persekitaran ekonomi makro. memantau.

Cara hidup mengambarkan cita rasa dan kecenderungan manusia. lokasi geographical dan bilangan penduduk distribusi pendapatan. Contoh: Penambahan jumlah kanak-kanak di dalam masyarakat akan menghasilkan peluang perniagaan seperti pelajaran.Kebudayaan dan Sosial Persekitaran kebudayaan sosial terdiri daripada dua aspek: Demografis¬ Aliran budaya dalam masyarakat¬ a) Perubahan demografis Berlaku atas sebab perubahan bilangan penduduk. kumpulan etnis dan struktur bilangan penduduk menurut umur. jantina. makanan dan pakaian kanak-kanak. Usahawan perlu menilai dan memantau pertukaran cara hidup demi untuk mengenal pasti peluang perniagaan. Walau bagaimanapun perubahan aliran demografis adalah diluar kawalan usahawan. kuasa membeli dan kapasiti industri. b) Aliran Sosial Berhubungkan dengan sopan dan tingkah laku dimana manusia itu tinggal. Kesemua unsur ini menjadi faktor sumbangan kepada kehendak pengguna. Usahawan perlu menilaikan perubahan demografis demi untuk kenal pasti peluang perniagaan yang ada. Pembolehubah yang memerlukan perhatian adalah: i) Pembentukan rumah tangga ii) Ragam pekerjaan dan kadar tenaga buruh iii)Tahap pendidikan iv) Corak pembelanjaan v) Corak waktu lapang (leisure) .

a) Penemuan Tulin Penemuan tulin merujuk kepada penciptaan sesuatu yang baru berbeza dari teknologi sedia ada atau produk. penciptaan selalunya mempunyai nilai ekonomi dan tidak mempunyai saingan pada peringkat awal dan selalunya dimonopoli oleh individu yang mempunyai hak undang-undang terhadap penemuan tersebut. proses. kejuruteraan. Walaupun begitu. hasil penemuan atau kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknologi. Menilai dan memantau perubahan teknologi bukannya perkara yang mudah kerana bukan mudah memperolehi maklumat. bahan dan pengedaran. Perubahan teknologi berada dalam dua keadaan iaitu Penemuan Tulin (pure invention) dan Proses Inovatif. . sains gunaan.Usahawan boleh menggunakan informasi data yang ada dari sumber umum dan sendiri untuk menilai dan memantau perubahan ini. Usahawan juga mesti meramalkan dan menilai segala perubahan yang berlaku untuk memperolehi keuntungan. Analisis teknologi memerlukan penilaian dan pemantauan dari mula produk tersebut dibangunkan dan dikomersilkan. Untuk ini. terdapat kelemahan kerana tiada pasaran untuk penemuan tersebut pada peringkat awal pasaran. b) Proses Inovatif Proses inovatif merujuk kepada perubahan kecil terhadap rekabentuk. produk formulasi dan pengeluaran. Penemuan baru mencipta pasaran dan peluang untuk perniagaan. Teknologi Cabang pengetahuan yang berkenaan dengan industri seni. Contoh: penemuan semikonduktor mencipta peluang perniagaan di dalam bidang komputer.

Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti keusahawanan dan sukar untuk usahawan mempengaruhi elemen ini di dalam industri. Walau bagaimanapun. Persekitaran Mikro Persekitaran mikro untuk pelaburan baru adalah juga merujuk kepada persekitaran industri. Kumpulan manusia seperti ini mempengaruhi keputusan usahawan. Usahawan memerlukan perancangan dan melaksanakan strategi tertentu untuk mendapat kelebihan bersaing di dalam industri. pelajar atau sekumpulan manusia. institusi kewangan. pemborong dan peruncit. Sesetengah produk digunakan oleh pengguna industri seperti pengedar. Pengguna boleh menjadi individu di dalam masyarakat seperti: surirumah. agen. ia merupakan satu kelebihan dan peluang untuk usahawan sekiranya ia mengetahui informasi tersebut. pesaing. b) Pesaing Usahawan yang ingin melakukan perniagaan baru mestilah menganalisis pesaing mereka di dalam industri. agensi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan. Pengaruh terbesar industri adalah penguna. Pengguna adalah ‘raja’ di dalam sistem pasaran. a) Pengguna Pengguna merupakan kumpulan sasaran utama di dalam perniagaan. Pesaing adalah mereka yang berniaga untuk memenuhi kehendak pengguna yang sama atau mempunyai peluang untuk berkhidmat kepada pengguna tersebut. pekerja. Mereka mengunakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh industri. pembekal. Mereka boleh mengenal pasti pengguna (untuk perniagaan sedia ada) atau bakal pengguna (untuk .Malah saintis yang terlibat didalam kajian awal tidak mengetahui nilai komersil yang dicapainya.

Pinjaman dari institusi kewangan bukan sahaja sukar diperolehi untuk perniagaan baru kerana tidak mempunyai rekod semula ini tetapi terpaksa membayar kadar faedah yang mana akan membebankan perniagaan baru. d) Insitusi Kewangan Insitusi kewangan merupakan punca luaran untuk membaiyai perniagaan baru atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Usahawan juga boleh mengenal pastik kekuatan dan kelemahan pesaing mereka dengan alat ini dan membantu mereka memulakan pelaburan baru. Oleh demikian. Mereka boleh menaikkan harga barangan atau perkhidmatan yang mereka jual. c) Pembekal Pembekal adalah kumpulan kedua yang mempengaruhi aktiviti keusahawanan. Analisis grid boleh digunakan sebagai alat untuk menganalisis dan menentukan tahap persaing di dalam industri. institusi kewangan mempunyai pengaruh secara langsung terhadap usahawan. e) Agensi Kerajaan Kerajaan mempengaruhi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi. Mereka juga boleh mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang ada di pasaran. Usahawan boleh mengenali mereka dengan melalui direktori perniagaan.perniagaan baru) dengan bertanya di mana mereka membeli produk atau perkhidmatan. Contoh: Dasar Ekonomi Baru. Kerajaan juga menyediakan sokongan kepada usahawan. f) Organisasi Bukan Kerajaan . Polisi Penswastaan dan Dasar Pertanian. Polisi dan peraturan yang kerajaan laksanakan mempunyai objektif dan tujuan tertentu. Sesetengah polisi memberi kesan secara langsung kepada aktiviti keusahawanan.

Usahawan perlu menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan mereka sebelum membuat sebarang keputusan atau formulasi sebarang strategi. tenaga. kemahiran. Kesemua unsur ini mempengaruhi usahawan di dalam membuat keputusan dan aktiviti yang dilakukan. Dengan ini boleh mempengaruhi pengguna dan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap sesuatu isu. idea. pengetahuan dan pengalaman adalah sebahagian daripada sumber usahawan. harta yang nyata dan harta tidak nyata. Ciri-ciri peribadi keusahawanan.Persatuan Pengguna. Kumpulan Pencinta Alam Sekitar dan sebagainya merupakan organisasi bukan kerajaan yang mempengaruhi usahawan. Organisasi Persekitaran Dalaman Organisasi Persekitaran Dalaman terdiri daripada sumber. Kesemua sumber ini akan proses bersama di dalam perniagaan untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan. teknologi dan reputasi. Kumpulan ini mempengaruhi usahawan melalui kempen terhadap produk atau perkhidmatan dan dengan penyebaran maklumat mengenai sesuatu produk. a) Sumber Antara sumber dalaman di dalam organisasi adalah usahawan itu sendiri. sumber manusia. Kumpulan Agama. kewangan. Organisasi Politik. b) Struktur Struktur organisasi mestilah sesuai dengan pelaburan baru untuk membolehkan ia menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. c) Budaya Budaya dan nilai positif haruslah dimasukkan ke dalam organisasi . Persatuan Perniagaan. struktur dan budaya.

Pengenalan Kepada Peluang Perniagaan Peluang boleh wujud di atas kertas atau sebagai idea. politik. ekonomi. Walau bagaimanapun.” Peluang selalunya dikaitkan dengan pengalaman. Menurut Myzuka (2000). Pengenalan kepada Peluang: Fasa Proses Perspektif terhadap Keusahawanan . Peluang juga boleh dijelaskan sebagai aliran luaran yang positif atau perubahan yang menyediakan kemungkinan yang unik (tersendiri) dan jelas untuk memberikan nilai pada inovatif dan penciptaan. rakan sejawat perniagaan. Peluang boleh menukar situasi yang buruk atau rugi menjadi situasi yang baik atau menguntungkan. teknologi. sosial dan keadaan (suasana) demografis. hobi dan persekitaran sosial usahawan.perniagaan untuk kebaikan kesemua sumber manusia. pengguna. rakan di dalam sistem pengedaran dan orang teknikal adalah sumber yang terbaik untuk mendapatkan idea pelaburan yang baru. Peluang juga boleh didefinasikan sebagai keupayaan untuk mencipta yang baru yang melibatkan pengetahuan. peluang boleh didefinasikan sebagai: “Suatu konsep perniagaan yang jika ditukar menjadi produk atau perkhidmatan yang nyata oleh pengusaha perniagaan. ia akan menghasilkan keuntungan kewangan. Kebanyakkan usahawan tidak mempunyai cara formal untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang ada. Kebanyakkan peluang yang baik dalam perniagaan tidak selalunya muncul (timbul) tetapi keputusannya adalah berpunca dari sikap usahawan yang berwaspada di dalam mengenal pasti peluang yang bakal mereka perolehi.

Peluang ini sendiri dihasilkan oleh faktor ekonomi. Usahawan yang mengejar peluang seharusnya menambahkan nilai produk atau perkhidmatan mereka untuk menarik pelanggan.Pengenalan kepada peluang adalah satu fasa utama di dalam Proses Perspektif terhadap keusahawanan. teknologi dan keadaan sosial akan mencipta peluang. perubahan ekonomi. Proses keusahawanan bermula apabila seorang atau lebih manusia mengenal pasti peluang yang ada. Sesetengah usahawan merampas peluang melalui eksplorasi dan sesetengah usahawan mendapat peluang dari keadaan yang untung. Penumpuan kepada faktor ini. Menurut Mukesh Chatter di dalam Baron & Shane (2004). memberikan peluang kepada pelabur baru yang berminat. adalah seorang penulis pengurusan yang terkenal telah mengenal pasti tujuh potensi sumber untuk memperolehi peluang dari konteks luaran seperti yang ditunjukkan jadual di bawah: . teknologi dan sosial. tetapi tiada apa akan berlaku pada peluang ini sehingga adanya orang yang mempunyai motivasi dan bertenaga untuk mengenali peluang tersebut. pengedar dan penjual. Peter Drucker. Usahawan sepatutnya boleh mengenali. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang berjaya merebut dan mengejar peluang tersebut. mengejar dan merebut peluang perniagaan yang ada.

E-Commerce (perdagangan) adalah suatu peluang baru Evolusi elektronik perdagangan telah mencipta banyak peluang baru dan perniagaan baru. dengan data yang dikemaskini setiap setengah jam (bergantung kepada syarikat tersebut le). Perkara yang paling penting adalah e-commerce boleh mengurangkan kos transaksi. Informasi di dalam e-commerce boleh dicapai 24 jam sehari. Ia juga boleh menawarkan perkhidmatan secara peribadi yang sesuai mengikut kehendak individu tersebut dan membolehkan interaktif antara pengguna dan syarikat itu sendiri. E- commerce memberi peluang usahawan untuk menukar idea kepada pasaran baru yang mengasyikkan. Walau bagaimanapun. Teknologi yang menggunakan e-commerce menawarkan informasi yang memberi bantuan kepada pengguna membuat keputusan. membina dan memasarkan perniagaan melalui e-commerce boleh memakan kos yang tinggi. . Ia membolehkan syarikat membawa pelanggan untuk mengalami pengalaman web dari mula sehingga akhir. Usahawan boleh menggunakan katalog di laman web untuk mempromosi dan menjual produk mereka secara ‘online’.

Plan taksiran kesempatan (peluang) mestilah pendek. teman sejawat perniagaan.¬ . Setiap peluang mestilah ditapis dan dinilai dengan berhati-hati. Aspek terhadap Proses Keusahawanan Magnitude(besarnya) Terhadap Peluang Magnitud terhadap peluang bergantung kepada faktor di bawah: Nilai yang usahawan itu mahu cipta. usahawan mestilah menggunakan sumber tersebut untuk melaksanakan plan perniagaan tersebut. Akhirnya. ia adalah nyata dan mengetahui nilai sebenar.Penilaian Terhadap Peluang Perniagaan Sama ada peluang tersebut dikenal pasti dari pandangan pengguna. Plan perniagaan yang baik mesti dibangunkan untuk mengeksploitasi peluang yang ada. Sumber untuk peluang tersebut mestilah juga ditentukan. Kesempatan (peluang) mestilah sesuai dengan kepandaian individu dan matlamat usahawan tersebut. melalui rakan atau orang teknikal. Penilaian merupakan elemen yang paling kritikal bagi proses keusahawanan. Plan tersebut mestilah mempunyai asas untuk membuat keputusan sama ada untuk bertindak terhadap peluang yang ada atau tidak. menunjukkan proses penilaian yang mana melihat ciptaan dan lamanya kesempatan itu ada. dan ia membezakan kelebihan di dalam persekitaran yang penuh dengan persaingan. Jadual pada muka surat 41 (modul OUM). fokus terhadap peluang tersebut dan bukan pada keseluruhan pelaburan (venture).

Peluang yang baik datang dalam tiga situasi: Peluang yang asli mesti menjadi petunjuk kepada peluang lain¬ Peluang yang baik boleh memaksa organisasi untuk mengembangkan kemahiran yang boleh mempengaruhi untuk pencarian lebih banyak idea baru¬ Pelaksanaan terhadap peluang mestilah dilakukan secara berkumpulan atau pengkongsian¬ Usahawan juga harus menimbangkan persekitaran persaingan seperti syarikat baru perlu hidup di dalam industri yang luar dan perlu mencari jalan untuk bersaing dan membuat duit. usahawan berasaskan perkembangan tidak hanya mempertimbangkan magnitud peluang yang ada tetapi mesti juga menimbangkan harapan kadar pertumbuhan akan datang. Manakala sekiranya kadar pertumbuhan yang terlalu rendah akan menyebabkan usahawan gagal menimbulkan keinginan untuk mencipta dan tidak berjaya menarik pelabur. Kadar pertumbuhan yang terlalu pantas untuk jangka masa yang lama akan memberikan kesan yang negatif kerana ia memerlukan peruntukkan kewangan yang banyak dan berterusan. Saiz peluang yang akan menarik perhatian pelabur¬ Faktor ekonomi yang memerlukan kecekapan menggunakan aset. Sumber kepada Peluang: Sumber (asal mula) terhadap Pelaburan Baru Seperti yang telah diterangkan sebelum ini.¬ Walau bagaimanapun. peluang (kesempatan) adalah .¬ Keperluan perniagaan untuk menarik rakan sepasukan untuk menjayakan perniagaan.

ia telah mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan syarikat baru seperti yang ditunjukkan pada jadual di bawah. Peluang (kesempatan) dan Firma Baru Syarikat yang telah lama bertapak akan melakukan kerja yang lebih baik di dalam mengeksploitasikan peluang yang jika dibandingkan dengan syarikat yang baru. Jadual di bawah menunjukkan lima contoh peluang yang berbeza apabila berlaku perubahan teknologi. Apabila syarikat telah berniaga beberapa ketika. politik.situasi dimana perubahan teknologi. . (terutama) ekonomi. sosial atau keadaan demographics akan menghasilkan sesuatu yang baru.

3. Kenapa usahawan perlu mengetahu mengenai politik dan undang- undang yang dibuat berdasarkan dimana operasi syarikat akan dijalankan. Apakah rupabentuk perubahan teknologi? . Nyatakan persekitaran mikro dan persekitaran dalaman untuk syarikat baru? 5.Ujian Kefahaman Sendiri 1 1. Kenapa ushawan perlu menilai persekitaran pelaburan mereka? 2. Beri contoh dari isu global yabg pengusaha perlu tahu. 2. Nyatakan persekitaran makro untuk pelaburan baru? 4. Bagaimana anda menilai peluang perniagaan? Ujian Kefahaman Sendiri 2 1. Senaraikan komponen keusahawanan persekitaran pelaburan? 3. Bagaimana anda mengenal pasti peluang perniagaan? 6. Apakah persoalan yang penting mengenai persekitaran ekonomi untuk pelaburan baru? 4. Terangkan proses fasa perspektif terhadap keusahawanan? 7.

Apakah faktor-faktor peluang? Topik 5 .5. Senaraikan sumber peluang perniagaan? 7. Bagaimana e-commerce boleh membantu usahawan? 8. Kenapa usahawan perlu menilai persekitaran dalaman? 6.