You are on page 1of 3

Abu Hurairah

Namanya : Abdul Rahman bin Shahar Ad-Dausi.Beliau menginfakkan keseluruhan


hidupnya untuk ilmu. Semasa bersama-sama dengan Nabi beliau tiada harta, tidak
berkahwin bahkan duduk di tepi masjid Nabi S.A.W. Menghafal hadith nabi S.A.W
sebanyak 15,374 hadith. Abu Hurairah pernah mengatakan : “Tidak ada seorang pun
dari sahabat-sahabat Nabi yang menghafal hadith sebanyakku melainkan Abdullah bin
Amru bin Al-‘As. Sesungguhnya dia menulis semua hadith-hadith tersebut tetapi aku
tidak menulisnya.” Abu Hurairah merupakan seorang yang dianugerahkan kecerdikan
dan kebijaksanaan. Ingatannya sangat kuat berkat dari Doa Nabi S.A.W. Zaid bin
Thabit menceritakan : “Pada suatu hari aku bersama Abu Hurairah dan seorang dari
temanku sedang berdoa di dalam masjid. Tiba-tiba baginda Rasulullah S.A.W.
mendatangi kami menyebabkan kami terdiam. Baginda lantas bersabda : teruskan apa
yang kamu lakukan. Saya dan sahabat terus berdoa sebelum Abu Hurairah, maka Nabi
S.A.W mengaminkan doa kami. Kemudian Abu Hurairah berdoa : Ya Allah aku meminta
kepadamu seperti apa yang diminta dua sahabatku, dan aku meminta diberikan ilmu
dan tidak akan melupainya. Doa tersebut di aminkan oleh Nabi S.A.W. Lantas saya pun
bermohon kepada Nabi agar dianugerahkan ilmu dan tidak melupainya. Maka Baginda
bersabda : Abu Hurairah telah mendahuluiMu.

Beliau sangat terkenal sebagai seorang yang menghormati ibu bapa, tawaduk, wara’
dan tidak haloba kepada dunia. Pada suatu hari Marwan bin Hakam mengirimkan
kepadanya 100 dinar. Kemudian pada keesokkan harinya Marwan mengatakan kepada
Abu Hurairah : “ Semalam aku menyuruh Khadamku menghantar 100 dinar kepadamu,
sebenarnya khadamku tersalah. Duit itu bukan untuk mu tetapi khadamku tersalah.
Maka Abu Hurairah berkata : Duit itu satu sen pun tiada padaku. Aku telah
menginfakkan keseluruhannya sebaik sahaja aku menerimanya. Seandainya ada
bahagian untukku dari harta baitul Mal engkau ambillah sebagai gantinya. Marwan
melakukan sedemikan hanya bertujuan menguji Abu Hurairah.

Syafaat

Dari sudut bahasa bermaksud minta dan harap. Manakala dari sudut istilah di sisi
ulamak Usuluddin mereka manakrifkan syafaat sebagai : Permintaan Nabi S.A.W
daripada Allah S.W.T agar melangkaui segala dosa yang dilakukan oleh manusia
dengan keampunannya. Syafaat merupakan keistimewaan ( khususiyah ) Nabi S.A.W
berbanding dengan nabi-nabi dan rasul-rasul sebelumnya. Sabda baginda S.W.A : “Aku
dianugerahkan dengan lima perkara berbanding dengan nabi-nabi sebelumku.
Dihalalkan kepadaku harta rampasan perang dan tidak dihalalkan kepada nabi
sebelumku, dijadikan kepadaku seluruh bumi suci sebagai masjid dan dijadikan
tanahnya suci, di mana sahaja seseorang berada dan telah masuk waktu solat,
tunaikanlah solat, Aku dibantu dengan ar-ra’bu1, dan aku dianugerahkan dengan
syafaat. Setiap nabi-nabi diutuskan kepada kaum tertentu aku diutuskan kepada
manusia keseluruhannya”.

Syafaat Nabi S.A.W. thabit dengan Al-Quran dan banyak hadith-hadith serta ijmak
ulamak.Seleruh ulamak mufassirin bersepakat mengatakan bahawa tidak
dianugerahkan syafaat kepada nabi-nabi terdahulu melainkan Nabi Muhammad S.A.W.
Hal ini termasuk di dalam asas daripada asas-asas iman. Mereka yang mengingkari
syafaat kafir dengan Ijmak ahli sunnah wal jamaah.

Jenis-jenis dan tingkatan Syafaat :

1. Syafaat al-‘Uzma di hari terhenti perkara2. Hal ini disebutkan di dalam hadith
yang panjang seperti mana disebutkan oleh imam Bukhari dan Imam Muslim di
dalam kitab sahihnya.

2. Syafaat Nabi kepada mereka yang sama timbangan amalan kebajikan dan
maksiat.

3. Syafaat Nabi kepada mereka yang diarahkan masuk ke dalam neraka kemudian
memasukkan mereka ke dalam syurga.

4. Syafaat kepada manusia yang akan masuk syurga tanpa ditimbang amalannya.

5. Syafaatnya memastikan keseluruhan umatnya yang beriman dengannya masuk


ke dalam syurga.

6. Syafaat Nabi bagi meringankan azab bagi mereka yang masuk ke dalam syurga,
seperti mana yang diberikan kepada bapa saudaranya Abu Thalib.

7. Syafaat Nabi bagi mengangkat darjat seseorang di dalam syurga.

8. Syafaat Nabi bagi umatnya yang melakukan dosa-dosa besar. Syafaat begini
dikongsi bersama oleh para malaikat, nabi-nabi dan golongan yang beriman.

a. Para Syuhadak3 diberikan peluang memberikan syafaat kepada 70 orang


dari ahli keluarganya.

b. Para huffaz diberikan kelebihan memberi syafaat kepada berberapa orang


dari keluarganya.

1
Perasaaan gementar atau gemuruh di dalam hati pihak musuh.
2
Dimaksudkan dengan hari terhenti adalah manusia apabila dibangkitkan daripada kubur
mereka, mereka terhenti dari menuju kemana-mana. Manusia keseluruhannya mencari
siapakah yang bakal memberikan syafaat yang meredhakan kemarahan Allah pada hari
tersebut.
3
Golongan yang mati di dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah
c. Al-Quran dan puasa memberi syafaat kepada tuannya.

****************

KULIYAH AKAN DATANG : 17 JANUARI 2009