You are on page 1of 3

JENIS PERNIAGAAN YANG BOLEH DIMULAKAN

DARI MEJA MAKAN DI DAPUR ANDA

Perniagaan yang boleh dijalankan di rumah bukan semestinya boleh dilakukan


oleh semua orang . Anda boleh menjalankan perniagaan anda di rumah
walaupun anda seorang kanak-kanak, tua, lelaki atau perempuan. Anda boleh
berjaya sekiranya anda mempunyai pelan perancangan , idea kesihatan dan
komitmen yang bersungguh-dungguh. Anda juga boleh berjaya jika mendapat
sokongan daripada orang yang berada disekitar anda.

Contohnya seperti isteri atau suami dan anak-anak atau ibu bapa dan adik
beradik yang akan memberikan bantuan dalam bentuk material dan moral.
Mereka perlu memahami kerjaya anda dan sentiasa memberikan sokongan.

Kebanyakan orang sebenarnya amat takut untuk memulakan sesuatu lebih-


lebih lagi sekiranya mereka mempunyai pekerjaan yang bergaji tetap
sebelumnya. Bayangan kegagalan sentiasa bermain difikiran dan benak
mereka. Untuk berjaya anda perlu bersikap terbuka dan yakin diatas apa yang
mahu anda lakukan. Anda juga perlu memastikan yang anda benar-benar
yakin dan tahu mengenai perniagaan yang akan anda ceburi itu dan telah
anda mempelajarinya.

Setiap usaha baru yang dilakukan anda perlu ada perancangan teliti dan
membuat perangkaan pendapatan. Jangan jadikan halangan-halangan awal
sebagai pembunuh usaha anda . sudah pastilah anda akan menemui seribu
satu macam karenah dan gelagat para pelanggan anda , hal ini biasa berlaku
kerana amata mustahil bagi kita memenuhi semua tuntutan mereka.

Pengalaman dan pengetahuan didalam bidang yang akan anda ceburi nanati
juga merupakan satu perkara penting yang akan menjadi ‘ guru ’ yang amat
bernilai kepada anda kelak. Pendedahan juga amat penting untuk perniagaan
anda. Tanpa membuat pendedahan dan memperkenalkan perniagaan anda
bermakna tida gunanya usaha anda itu. Pendedahan yang dimaksudkan
merupakan satu tugas yang begitu penting didalam perniagaan anda, dengan
lain perkataan ia disebut iklan.

Sebab itulah peniaga yang berjaya selalunya telah memperuntukkan


sebahagian besar belanjawannya untuk tujuan promosi dan iklan sahaja.
Mereka akan memberitahu dan memperkenalkan perniagaan mereka dengan
1
meluas sekali. Bakal-bakal pelanggan sudah tentu ingin mengetahui apa yang
sedang dijalankan dan bagaimana mereka boleh menghubungi anda kelak.

Cara yang murah untuk membuat iklan ialah dengan mengedarkan


risalah/flyer perniagaan anda yang lengkap dengan alamat dan nombor
talipon bagi memudahkan mereka menghubungi anda. Jika anda mempunyai
kemudahan lain seperti mesin faks, komputer dan internet ini boleh
menambahkan lagi keupayaan perniagaan anda di mana anda boleh
menjalankan perniagaan anda secara meluas tanpa sempadan.

Gunakan semua kemudahan dan teknologi perhubungan yang ada jika anda
mampu bagi meningkatkan perniagaan anda. Pengiklanan di dalam akhbar
dan majalah juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan
perniagaan anda dengan kos yang agak murah . kad-kad perniagaan /
business card juga penting. Anda boleh dihubungi dan menghubungi
pelanggan dengan pelbagai cara, sama ada secara terus , surat menyurat,
talipon, faks, email, internet dan sebagainya.

Perniagaan yang boleh anda ceburi tidak terhad bilangannya dan anda boleh
memilih berbagai kategori yang ada. Ramai orang yang memulakan
perniagaan tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi, sebaliknya
mereka maju dan berkembang melalui fizikal dan mental yang kuat serta
modal dalam bentuk wang.

Pemasaran yang lebih mudah akan membantu meningkatkan perniagaan


anda dengan lebih cepat lagi. salah satu cara pemasaran yang mudah, cepat
dan popular serta tidak memerlukan kemahiran yang tinggi ialah dengan
menggunakan kaedah mail order ataupun menggunanakan kaedah urusniaga
pos. Di bawah ini disenaraikan sebahagian daripada cara untuk menjalankan
perniagaan dari meja makan di rumah anda.

Juru runding perniagaan Perunding perisian komputer


Perkhidmatan simpan kira Guru komputer
syarikat ( akaun ) Deejay secara kontrak
Perkhidmatan kesetiausahaan Promoter jualan
Perkhidmatan recycle Broker cetakan
( kitar semula ) Broker hartanah
Clipping service Broker kenderaan
Collection service Mencuci pangsapuri
Perkhidmatan faks Hiasan dalaman /
Membuat promosi Pengubahsuaian rumah
Juru gambar Ejen lelongan/jualan
Katering Melukis papan iklan
Merawat bunga / tanaman Membaiki paip
Broker maklumat Membaiki peralatan elektrik

2
Menaip Membaiki jeans dan pakaian
Menjahit Membuat dan menjual aksesori wanita
Menggubah bunga Membuat dan menjual butang ,
Seni mengandam lencana
Mengajar tusyen Menjual cenderahati
Guru tari Membuat pagar kayu
Guru kompang Menjual kayu api
Guru masakan Menjadi ejen import eksport
Menjual lauk pauk Menjual buah-buahan kampung
Menjual sarapan pagi Menjual sayur-sayuran
Menyewakan bunga-bungaan Menjual ikan perliharaan
Menyewakan pita video Melukis pelan rumah/bangunan
Guru fotografi Menulis buku/menulis skrip drama
Guru jahitan Menulis novel / cerita seram / remaja
Guru sulaman/mengait Menulis surat berita / newsletter
Guru musik Pemberita bebas.
Guru nyanyian Melukis kartun
Guru agama Menulis artikel
Guru quran Agensi pekerjaan
Ketabiban Agensi insuran kenderaan /lesen/cukai
Rawatan tradisional jualan
Seminar mutu diri Menulis surat rasmi
Membaiki motokar Mengisi borang rasmi
Membaiki motosikal/basikal Menulis petisyen
Juru runding kewangan Menerbitkan panduan hartanah
Menyewakan bilik Typesetting
Perunding perkahwinan Penterjemah
Mengambil gambar perkahwinan dan
keluarga
Menyewakan kenderaan
Mencari barangan antik
Multi level marketing
Jualan secara parti dirumah
Menjual melalui talipon
Perkhidmatan talipon jarak jauh
Perunding pelancongan
Menghantar barang
Membuat cop getah
Mencetak t-shirt
Membuat perabot
Membuat barangan kraf
Membuat kuih muih
Membuat biskut dan pastri
Menyewakan peralatan musik
Melukis
Membuat grafik
3

You might also like