You are on page 1of 4

Kedah yang terletak di sebelah utara Tanah Melayu merupakan negeri yang

terawal menerima agama Islam. Kelebihan Kedah, selain kedudukan geografinya yang

terletak di persimpangan jalan perdagangan laut antara negeri Arab dengan negeri China,

ia juga mempunyi hubungan yang erat dengan kerajaan-kerajaan di Sumatera Utara

termasuk Perlak, Samudera Pasai dan Aceh.

Telah berlaku pemberontakkan pada tahun 878 iaitu pada masa pemerintahan His

Tsung (878-879) yang menyebabkan ramai pedagang Islam melarikan diri ke Kedah dan

Palembang. Peristiwa ini berlaku berikutan tercetusnya pemberontakkan oleh Hwang

Chou di Canton yang telah mengorbankan seramai 100 000 orang asing dan

kebanyakkannya adalah orang Arab1. Keadaan kacau-bilau yang disebabkan perebutan

kuasa Dinasti China menyebabkan pedagang-pedagang Islam tidak berasa aman berada di

Canton dan telah memindahkan pusat perdagangan mereka dari Canton ke Kedah dan

negeri-negeri Melayu yang lain.2

Penghijrahan beramai-ramai itu sedikit sebanyak meninggalkan kesan di tempat-

tempat yang dilalui oleh para pedagang dan pendakwah Islam. Sungguhpun belum

banyak yang diketahui, tetapi sedikit sebanyak pengajaran Islam telah disebarkan di

tempat-tempat itu walaupun belum begitu pesat.3 Kedah juga tidak terkecuali menerima

pengaruh agama yang baru itu.4

1
Ibrahim T.Y. Ma, (1979). Perkembangan Islam di Tiongkok, Jakarta : Bulan Bintang, hlm : 49
2
Syed Muhammad Naquib Al-Atas, (1969). Preliminary Statement of General Theory of the Islamization
of the Malay-Indonesia Archipelago, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm : 11
3
Pihin Orang Kaya Amar Diraja Dato’ Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri,(1969), Tersilah
Brunei-Sejarah Awal dan Perkembangan Islam, Jabatan Pusat Sejarah, Brunei Darussalam, Cetakan
Pertama, hlm : 11
4
Wan Shamsudin Mohd Yusof, (1998). Pertapakan dan Penyebaran Islam di Negeri Kedah dalam
Dokumentasi Konvesyen Sejarah Kedah Darul Aman, Kedah : Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, hlm : 2
Ahli-ahli geografi Islam seperti Khurdadbhih di dalam kitabnya, bertajuk al-

Masalik wa al-Mamalik (846-847) ada menyebut tentang negeri negeri Kalah. Abu Zaid

al-Sirafi, penyunting Kitab Akhbar al-Sin wa al-Hind, yang merupakan salah sebuah

sumber terawal tentang sejarah Islam di India dan Timur Jauh juga menyatakan bahawa

negeri Kalah pada suatu ketika dahulu terletak di bawah pemerintahan Raja Zabej

(Sriwijaya). Menurut Walckenaer, yang dimaksudkan dengan Kalah ialah negeri Kedah

yang terletak di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Pendapat ini disokong oleh

penemuan beberapa keping mata wang perak di Kedah bertarikh 848, iaitu pada zaman

Khalifah al-Mutawakkil (847-861) dari Dinasti Abbasiyyah.5

Selain itu, para ahli arkeologi pula telah menemui inskripsi, seramik, tembikar,

dari jenis celadon yang dipercayai jenis ini sangat terkenal di kalangan orang Islam di

Asia Barat kerana warna hijau itu melambangkan Islam.6 Pedang-pedagang Arab yang

ingin belayar ke negara China akan singgah di pantai utara Sumatera atau Kedah

sebelum meneruskan perjalanan ke China kerana Kedah kaya dengan hasil bumi

khususnya bijih timah.7

Penemuan batu nisan yang tertua di Tanjung Inggeris, Kedah merupakan bukti

yang menunjukkan agama Islam sudah tiba di Kedah setidak-tidaknya sejak abad

5
Mohd. Dahlan Mansoer, (1979). Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm : 54
6
Othman Mohd. Yatim, “Tembikar Perdagangan yang dijumpai di negeri Kedah dan kepentingannya dari
segi sejarah awal negeri Kedah”, Konvesyen Sejarah Negeri Kedah, 28 November – 1 Desember 190, hlm :
15-18
7
Kramers, J.H., “Islamic Geography and Commerce”, dalam Lewis (peny.) 1970. The Islamic World and
West, 622-1942 AD. New York : John Wiley and Son Inc., hlm : 69.
kesembilan. Pada permukaan batu nisan ini tertera nama seorang tokoh agama dan tarikh

wafatnya dalam huruf Arab, iaitu Syeikh Abd. al-Qadr ibn Syeikh Husain Syah Alam,

tarikh wafatnya pada tahun 903.8 Syeikh Abd. al-Qadir boleh dianggap sebagai seorang

pendakwah yang terawal tiba di Kedah atau di Semenanjung Tanah Melayu amnya

kerana memandangkan tarikh batu nisan beliau itu lebih tua daripada batu nisan yang

ditemui di Permatang Pasir Pekan, Pahang (419H/999 M) atau Batu Bersurat Terengganu

(702 H/1303 M). Penyebaran agama Islam di Kedah terus berkembangselepas ketibaan

para ulama Arab, antaranya ialah Syeikh Abdullah b. Ahmad b. Syeikh Ja’afar al-

Qumairi (531 H/1136 M). Beliau berasal dari Yaman dan mempunyai hubungan erat

dengan keluarga diraja Kedah.9

Selain dari catatan dan bentuk tulisan yang terdapat padanya, tempat serta

persekitaran yang terdapat di batu tersebut dapat membantu menjelaskan fakta sejarah

silam yang masih kabur. Ianya terletak si sebuah tanjung yang dikelilingi oleh sebatang

anak sungai, di mana anak sungai itu terus bersatu dengan Sungai Langgar yang menjadi

satu dari cawangan Sungai Kedah. Sungai Langgar bersambung dengan Sungai Bukit

Pinang dan ianya terus ke Padang Terap dan ke Sungai Durian Burung yang berhulukan

Bukit Fakir Terbang. Bukit tersebut menjadi suatu dari hulu Sungai Kedah yang banyak

digunakan oleh pedagang-pedagang bagi membawa barang dagangan mereka ke Siam. Di

tepi bukit itu terdapat sebatang jalan darat ke Negeri Patani yang jaraknya kira-kira satu

batu.10
8
Wan Hussein Azmi, (1980). “Islam di Malaysia: Kedatangan dan Perkembangan ( Abad ke-7 hingga 20
M)”, Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia,hlm : 143.
9
Muhammad Hasan b. Dato’ Karani Muhammad Arshad, (1968). Al-Tarikh Salasilah di Negeri Kedah.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm : 26.
10
Abdullah Ishak, (1994). Islam di Nusantara Khususnya di Tanah Melayu, Selangor : Penerbit Ar-
Rahmaniah, hlm : 45.
Sungai Kedah merupakan sebatang sungai yang lebar dan panjang merentas

negeri itu, bermula dari Selat Melaka sebelah Barat hingga ke Timur sempadan Patani

(Thailand).Di pertengahan laluan sungai itulah terdapat kawasan tanjung seluas 2 ekar

yang dikelilingi oleh sebuah anak sungai. Pada tanjung yang terkenal dengan nama

“Tanjung Aris” inilah terletaknya batu nisan Syeikh Abdul Qadir Ibn Husin Shah Alam

(Alirah). Kawasan tersebut lebih tinggi tanahnya dari kawasan sekitar, lebih strategik dan

selamat dan sesuai sebagai tempat persinggahan pedagang-pedagang yang menggunajan

Sungai Kedah bagi menjalankan perniagaan mereka ke Patani.11

Pedagang-pedagang Asia Barat juga mengambil kesempatan bagi

memperkenalkan Agama Islam kepada penduduk-penduduk tempatan. Melihat kawasan

yang strategik dan berpotensi, mereka telah mendirikan rumah-rumah kecil sebagai

temapat tinggal sementara dan juga surau sebagai tempat beribadat dan tempat belajar.

Tanjung Aris merupakan sebuah kampung yang terletak dalam Mukim Langgar. Menurut

penduduk tempatan, perkataan Langar adalah suatu sebutan yang sedia wujud sejak

berzaman-zaman dan tidak diketahui asal-usulnya. Apa yang istimewa, di daerah tersebut

terdapat beberapa institusi-institusi pondok.12

11
Ibid,
12
Ibid,