You are on page 1of 9

KONSEP SYAHADAH

Dari segi bahasa : Syahadah bereti penyaksian.

Dari segi istilah : Yakni penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak
disembah
melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah
utusannya

Atau bermakna penyaksian dengan lidah dan pembuktian


melalui
amal yang menunjukkan keimanan bahawa tiada tuhan
melainkan
Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhnya.

Konsep Syahadah:

a. Syahadah adalah merupakan penyaksian atau pengakuan seseorang yang


terbit dari
hati yang benar-benar faham dan bukannya hanya setakat lafaz di lidah
sahaja.

b. Di zaman Nabi Muhammad S.a.w. ucapan syahadah bukan suatu lafaz


yang mudah
untuk diucapkan oleh sesorang dimana mereka yang tidak sanggup
melafazkannya
terdiri datipada Abd. Mualib, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain.

c. Di zaman Nabi juga seorang Badwi (kampong) datang bertanya Nabi


s.a.w. katanya:
Apakah yang engkau bawa hai Muhammad?. Jawab Baginda: Tiada Tuhan
Melainkan
Allah dan Muhammad pesuruhnya. Maka katanya: Jika ini yang engkau
bawa, engkau
akan mendapat tentangan kaum mu dan engkau akan dibenci.

d. Semua Nabi-nabi yang terdahulu membawa konsep yang sama


(Syahadah).
Firman Allah Taala:
Maksudnya: Dan tidak kami utuskan sebelum mu dari rasul-rasul melainkan
kamu wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan melainkan Aku, maka
hendaklah kamu menyembah Aku.

e. Syahadah adalah bermakna pengakuan yang sebenar-sebenar bahawa


tiada tuhan
yang berhak disembah, yang berhak dipatuhi selain dari Allah. Perintahnya

terkandung di dalam Al Quran dan mematuhi Al Quran bererti mematuhi


perintah
Allah.

f. Syahadah adalah ucapan lidah dan pengakuan (ikrar) hati serta


membuktikannya
dengan perbuatan.

g. Syahadah juga bermakna pembahagian dua perkara:

1. Tauhidkan Allah
2. Syariat Allah yang dibawa oleh Rasulnya s.a.w.

h. Syahadah juga bererti tunduk menyerah diri dan kepatuhan diri dibawah
satu
peraturan hidup sahaja yang dinamakan Islam.

Keperluan Syahadah:

a. Syahadah adalah anak kunci Islam. Mengucapkannya adalah anak kunci


muslim.

b. Di dalam sesebuah pertubuhan, ikrar taat setia sudah menjadi kebiasaan,


dan di
dalam Islam Syahadah merupakan ikrar seseorang untuk terus berjuang
dan hidup
diatas landasan Islam.

c. Pokok atau tunjang bagi Islam adalah Syahadah. Mengucapkannya adalah


bererti
meneguhkan lagi iman atau meletakkan tunjang Iman dalam dada.
d. Syahadah adalah umpama bendera perjuangan Islam. Motif perjuangan
adalah
menegakkan Islam di muka bumi.

e. Matlamat hidup dan mati terkandung di dalam syahadah iaitu menuju


keredaan abadi
dari Allah dan mendapat syufaat Rasulnya.

Pengertian Syahadah.

a. Aku bersaksi tiada Tuhan Melainkan Allah.

b. Aku bersaksi dan berikrar dengan sebenarnya bahawa tiada Tuhan yang
mempunyai
segala sifat kesempurnaan, yang perlu disembah, yang perlu dipatuhi dan
yang Maha
Berkuasa melainkan Allah sahaja.

c. Yakni Allah sahajalah yang berhak disembah bukannya makhluk yang lain
yang hanya
kepadanya ditumpukan kepatuhan, yang Maha Esa, tidak beranak dan
tidak
diperanakkan.

d. Bererti : Daku berikrar dengan sebenarnya akan mematuhi setiap


titah yang
terkandung di dalam Al Quran dan larangannya.

e. Terkandung dua perkara:

1. Menafikan – Tiada Tuhan

2. Menetapkan – Melainkan Allah


a. Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan (pesuruh) Allah

b. Aku berikrar dan mengakui bahawa Nabi Muhammad itulah yang diutuskan
Allah
sebagai Rasul membawa cahaya kebenaran, membawa syariat, cara
hidup,
titah-perintah Allah dan segalanya dari Allah tanpa menokok tambah atau

mengurangi sedikit pun.

c. Aku berikrar dan mengakui bahawa hanya Nabi Muhammad s.a.w. sahaja
yang patut
di ikuti kerana Baginda adalah utusan Allah Taala.

* Dalam kalimah ( ) ada tiga perkataan Tauhid.

a. Tauhid Rububiah
b. Tauhid Uluhiah
c. Tauhid Nama dan Sifat Allah

A. Tauhid Rubiah:

a. Ialah Tauhid ketuhanan.

b Bererti mempercayai bahawa di dunia ini ada Tuhan yang menciptakan


alam yang
sebegini luas dan dialah yang menjadikan semua makhluk di alam ini dan
yang Maha
Berkuasa keatas pentadbiran alam semester ini.

c. Tauhid ini dipunyai oleh semua Agama di dunia ini kerana setiap fitrah
manusia
mengakui wujudnya Tuhan yang menciptakan alam ini.
d. Percaya dengan sepenuhnya bahawa Allah sahajalah tuhan yang
menciptakan setiap
yang ada dialam ini samada yang dapat dilihat atau pun yang tersembunyi
(ghaib).

e. Percaya dengan sepenuhnya bahawa Allah sahajalah Tuhan yang memberi,

menerima, membinasakan, menyembuhkan malah melakukan apa sahaja


yang ia
kehendaki ke atas makhluknya,

B. Tauhid Uluhiah:

a. Ialah tauhid keesaan Allah

b. Bermakna mempercayai bahawa Allah itu pada zatnya satu, Esa atau
tunggal. Tidak
dua tidak tiga. Dan ianya bersifat azali (zatnya), tiada permulsaan dan
tiada
akhirnya, tiada awal dan tiada nokhta baginya.

c. Bermakna mempercayai bahawa Allah itu Esa dalam perbuatannya, tiada


sekutu
dalam pekerjaannya. Apabila ia kehendaki, hanya dengan berkata (
) jadi
maka jadilah sesuatu itu.

d. Ia tidak memerlukan bantuan dalam pekerjaannya. Ia Maha berkuasa dan


segalanya
dalam pentadbiran Allah Yang Maha Esa.

e. Bermakna mempercayai Allah itu esa dari azali. Tidak beranak dan tidak
diperanakkan, tiada ibu bapa. Allah itu pada azalinya esa, satu dan tetap
satu.

f. Allah lah saja yang wajib disembah bukannya kepada yang lain.

C. Tauhid Nama dan Sifat Allah:

a. Mempercayai bahawa tiada tuhan yang Maha pengasih, Pemurah, Kaya


dan berkuasa
melainkan Allah.
b. Mempercayai bahawa zat Allah itu mempunyai nama-nama serta sifat-sifat
yang
maha sempurna, amat elok dan terbaik.

c. Bererti mensifatkan Allah dengan segala kesempurnaan di dalam hati kita


dan
menangkis segala sifat kekurangan yang ada dalam bisikan hati kita.

SIFAT-SIFAT ALLAH

* Ketiga-ketiga tauhid tersebut dipunyai oleh umat Islam di mana dalam


kalimah

( ) itu terkandung ketiga-tiga tauhid itu.

Rukun-Rukun Syahadah:

a. Ikrar - Ikrar akan keesaan Allah dan Muhammad itu Pesuruhnya.

b. Iktikad – Mempercayai atau meyakini bahawa hanya Allah lah tuhan


yang esa
yang berhak disembah dan Nabi Muhammad itu utusannya
yang
menyampaikan wahyu dari Allah.

c. Iktiraf - Mengakui kebenaran keesaan Allah dan mengakui


kebenaran kerasulan
Nabi Muhammad s.a.w.

d. Amasl - Beramal dengan bersungguh-sungguh sebagai memenuhi


akan tuntutan
syahadah tanpa ragu-ragu, jemu, malas dan menunjuk-
menunjuk. Amal
dengan penuh ikhlas terhadap Allah taala.

Cara pengucapan syahadah yang betul:

a. Membaca mengikut hukum tajwid


b. Memahami ertinya dan bukan hanya sekadar tahu.

c. Mengucapkannya dengan penuh khusuk.

d. Memenuhi tuntutan syahadah (amalan) selepas mencucapkannya.

e. Menjaga diri dari perkara-perkara yang membatalkan syahadah.

Perkara-perkara yang membatalkan syahadah

a. Bertawakal dan bergantung hidup kepada yang selain Allah.

b. Ingkar akan nikmat-nikmat Allah (menafikannya).

c. Biadap terhadap Rasulullah s.a.w.

d. Melantik orang kafir yang musyrik menjadi pemimpin keatas umat Islam

e. Memberikan sokongan dalam menentang Islam.

f. Mengkafirkan orang-orang yang mengucap kalimah syahadah dan tidak


mengkafirkan
orang engkarkannya.

g. Mengubal undang-undang selain Islam.

h. Melaksanakan hukum yang bukan Islam serta tidak mrujuk kepada hukum
Islam.

i. Benci atau menentang perkara-perkara di dalam Islam.

j. Taat kepada yang selain Allah.

k. Menjadikan dunia matlamat utama bagi kehidupan dan bukan akhirat.

l. Tidak beriman dengan satu-satunya perkara dalam Al Quran atau hadis


atau
menafikan semua sekali.

m. Menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya.


n. Menghina sesuatu dari Al Quran atau sunnahnya atau menghina orang-
orang yang
ingin menegakkannya.

o. Takut dalam menegakkan kalimah Allah dan riang dalam menegakkan


maksiat.

p. Menafikan sofat-sifat terpuji Rasulullah s.a.w. dan tidak mengakuinya


sebagai contoh
terbaik.

q. Iktikad bahawa tidak salah keluar dari syariat Islam.

SIFAT-SIFAT ALLAH S.W.T

SIFAT WAJIB PENGERTIANNYA SIFAT MUSTAHIL

Ada Tiada
Sedia ada Asal Tiada
Kekal Mengalami kemusnahan
Menyalahi yang baru Menyamai yang baru
Berdiri sendiri Tidak berdiri sendiri
Esa Ada sekutu
Ada kuasa Tiada kuasa
Ada kehendak Tiada kehendak
Ada ilmu Tiada ilmu
Hidup Mati
Ada pendengaran Tiada pendengaran
Ada penglihatan Tiada penglihatan
Ada kata-kata Tiada kata-kata
Berkuasa Lemah
Berkehendak Tiada kehendak
Berilmu Jahil
Maha hidup Mati
Maha Mendengar Tuli
Maha melihat Buta
Maha berkata-berkata Bisu

SIFAT-SIFAT HARUS
Sifat harus bagi Allah Taala hanya satu yaitu : Mengadakan atau meniadakan
setiap barang yang mukmin (barang yang harus jadinya).

You might also like