Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan Kursus ini mendedahkan pelajar kepada proses menjalankan penyelidikan dalam pendidikan.

Beberapa kaedah penyelidikan dibincangkan termasuk teknik-teknik pengumpulan data dan kod etika yang perlu dipatuhi ketika menjalankan penyelidikan di sekolah. Juga diberi perhatian ialah taracara penyediaan cadangan penyelidikan untuk menyelesaikan sesuatu masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. BAB 1: Apa itu Penyelidikan dalam Pendidikan? LearningDomain Objektif Setelah mengikuti kursus ini, anda akan dapat: • • • • • memahami proses menjalankan penyelidikan dalam pendidikan membezakan di antara beberapa kaedah penyelidikan mengetahui memilih kaedah penyelidikan yang sesuai menggubal teknik-teknik pengumpulan data menyediakan satu cadangan penyelidikan yang lengkap

Dalam satu kenyataan akhbar, disiarkan bahawa “Ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan”. Berikutan kenytaan itu, ratusan surat diterima daripada orang ramai memberi pelbagai pendapat mengapa keadaan ini wujud. Antara pendapat yang dikemukakan ialah kaedah mengajar bacaan di sekolah rendah tidak berkesan, saiz kelas yang terlalu besar, guru tidak mengadakan kelas pemulihan, tidak cukup guru bahasa yang berkelayakan, latihan guru yang ketinggalan zaman, pelajar yang tidak minat, tidak cukup kemudahan mengajar bahasa dan seterusnya. Semua ini merupakan pendapat yang munasabah tetapi mana satu yang boleh diterima?. Untuk menjawab pertanyaan ini, penyelidikan perlu dijalankan untuk menentukan mengapa begitu ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan. Bab 1: Apakah itu Penyelidikan dalam Pendidikan? Diakhir Bab ini anda akan dapat: • • • • memberi definisi penyelidikan menerangkan langkah-langkah penyiasatan saintifik menjelaskan ciri-ciri pernyataan masalah menggubal soalan penyelidikan yang baik

Definisi Penyelidikan Menurut, The Collins International Dictionary penyelidikan ialah suatu penyiasatan sistematik untuk memperolehi fakta atau maklumat tentang sesuatu perkara. Kamus Webster pula menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk membongkar fakta. Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik?. Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan (Kerlinger, 1973). Tiga perkataan penting dalam definisi ini ialah sistematik, terkawal dan empirikal. Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan. Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Ahli falsafah pendidikan terkenal, John Dewey dalam bukunya How We Think mencadangkan pada tahun 1933 bahawa penyiasatan saintifk adalah suatu proses yang terdiri daripada langkah-langkah berikut: Langkah-Langkah Penyiasatan Saintifik 1. Mengenal pasti Masalah dan menggubal Soalan Kajian atau Hipotisis

1

Kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik lain dalan bidang juga merupakan idea untuk penyelidikan. Misalnya. Setiap pelajar yang ingin menjalankan penyelidikan kan berdepan dengan isu mencari masalah untuk dikaji yang merupakan langkah penting ke arah menjadi penyelidik matang. Bagaimana isu-isu ini hendaklah dikaitkan dengan teori dan kajian-kajian lampau yang berkaitan. Anda boleh mereplikasi atau mengulang kajian-kajian mereka dengan mengambil kira keadaan tempatan dan menukar atau mengubah variabel tertentu. ketagihan dadah di kalangan remaja. idea untuk penyelidikan wujud dalam tugas seharian mentadbir sesuatu organisasi pendidikan. • • Idea untuk penyelidikan juga wujud daripada isu-isu semasa seperti masalah gengster di sekolah. Berikut ini ialah beberapa langkah pelajar boleh gunakan untuk mencari masalah. Mengumpul dan Menganalisis Data 4. Penghasilan Idea Mengenal Pasti Masalah Menggubal Soalan Penyelidikan PROSES PENYELIDIKAN Pengajaran di sekolah rendah terlalu berpusatkan guru. Anda boleh mereplikasi atau mengulang kajian-kajian mereka dengan mengambil kira keadaan tempatan dan menukar atau mengubah variabel tertentu. ketagihan dadah di kalangan remaja. masalah ponteng dan sebagainya. anda mungkin minat dengan bagaimana kanak-kanak belajar matematik. kaedah mengajar. Jika anda seorang pengurus pendidikan. • Jika anda seorang guru. Bagaimana isu-isu ini hendaklah dikaitkan dengan teori dan kajian-kajian lampau yang berkaitan. Ini telah menjadikan murid pasif dan tidak mahu bercakap. • Kenal pasti satu masalah yang umum dalam bidang yang menarik minat anda dan berkaitan dengan matlamat profesional anda. bagaimana hendak menjadikan pengajaran sains lebih menarik. bagaimana mempertingkatkan pengajaran pendidikan moral. Menjawab Soalan Kajian atau menerima/menolak hipotesis LANGKAH 1: PENGHASILAN IDEA Idea untuk penyelidikan diperolehi daripada pelbagai sumber. bahan pengajaran serta sistem penyampaian maklumat. masalah ponteng dan sebagainya. berbagai idea untuk kajian wujud dalam bilik darjah yang melibatkan dengan ciri-ciri pelajar. Teori-teori yang kemukakan dalam sesuatu bidang boleh menjadi sumber penyelidikan untuk diuji dalam keadaan dan budaya tempatan. Mereka Bentuk Kajian untuk menjawab soalan Kajian atau menguji hipotesis 3.2. berbagai jenis idea wujud dalam bidang latihan yang melibatkan pelajara dewasa. Teori-teori yang kemukakan dalam sesuatu bidang boleh menjadi sumber penyelidikan untuk diuji dalam keadaan dan budaya tempatan. minat pelajar terhadap persekolahan. Mula dengan tempat kerja dan keadaan sekiling anda. bagaimana menggunakan teknologi dalam pengajaran. minat pelajar terhadap persekolahan. Mencari masalah yang hendak dikaji adalah sukar bagi kebanyakkan pelajar sehingga beberapa di antara mereka enggan meneruskan pengajian. 2 . ciri-ciri guru dan bahan pengajaran. Bolehkah penggunaan kaedah penemuan-inkuri dalam pengajaran pendidikan kesihatan menarik minat murid dan galakkan mereka bercakap dan memberi pendapat? Bolehkah penggunaan kaedah penemuan-inkuri dalam pengajaran pendidikan kesihatan menarik minat murid dan galakkan mereka bercakap dan memberi pendapat? Idea untuk penyelidikan juga wujud daripada isu-isu semasa seperti masalah gengster di sekolah. Jika anda seorang pelatih korporat. Kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik lain dalan bidang juga merupakan idea untuk penyelidikan.

harus membuka peluang untuk diuji secara emprikal. Bolehkah penggunaan kaedah penemuan-inkuri dalam pengajaran pendidikan kesihatan menarik minat murid dan galakkan mereka bercakap dan memberi pendapat? Bolehkah penggunaan kaedah penemuan-inkuri dalam pengajaran pendidikan kesihatan menarik minat murid dan galakkan mereka bercakap dan memberi pendapat? LANGKAH 2: MENGENAL PASTI MASALAH Lazimnya. Contohnya. Masalah yang hendak dikaji: • hendaklah dinyatakan sebagai hubungan antara dua atau lebih variabel. Ini telah menjadikan murid pasif dan tidak mahu bercakap. jika anda boleh mengukur variabel harga diri dan pencapaian akademik. masalah yang hendak dikaji walau pun jelas. • • Penghasilan Idea Mengenal Pasti Masalah Menggubal Soalan Penyelidikan Pengajaran di sekolah rendah terlalu berpusatkan guru. Faedah mengemukakan masalah dalam bentuk soalan ialah kerana ia memudahkan perincian kepada soalan kajian atau hipotesis. SOALAN PENYELIDIKAN ialah suatu pertantaan tentatif berkenaan hubungan antara dua atau lebih fenomena atau variabel.• Setelah menegenal pasti apa yang hendak dikaji.. Walau bagaimana pun sesetengah penyelidik juga menyatakan masalah kajian dalam bentuk pernyataan seperti.”. Contoh: Adakah sikap terhadap sekolah berkait rapat dengan pencapaian akademik pelajar? Adalah terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam pemilihan kerjaya? hendaklah jelas dan tidak mengelirukan dan dinyatakan dalam bentuk soalan. langkah seterusnya ialah kebolehan menyatakan masalah yang hendak dikaj dalam bentuk ayat yang jelas. Masalah yang tidak memudahkan pengujian hubung kaitan antara variabel-variabel yang disebut tidak lagi masalah saintifik. masih lagi umum dan perlu diperincikan kepada beberapa soalan kajian. Ini telah menjadikan murid pasif dan tidak mahu bercakap. “Tujuan kajian ini ialah ………. Bolehkah penggunaan kaedah penemuan-inkuri dalam pengajaran pendidikan kesihatan menarik minat murid dan galakkan mereka bercakap dan memberi pendapat? Bolehkah penggunaan kaedah penemuan-inkuri dalam pengajaran pendidikan kesihatan menarik minat murid dan galakkan mereka bercakap dan memberi pendapat? LANGKAH 3: SOALAN PENYELIDIKAN 3 .” atau :”Masalah kajian ini ialah ………. anda boleh menghubung kait kedua-dua variable itu. Contoh: • • Adakah terdapat hubungan antara kebolehan penyelesaian matematik dan kekerapan guru menyoal? Adakah terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam pencapaian mata pelajaran pendidikan seni setelah diajar dengan kaedah inkuiri-penemuan? Penghasilan Idea Mengenal Pasti Masalah Menggubal Soalan Penyelidikan Pengajaran di sekolah rendah terlalu berpusatkan guru.

Soalan penyelidikan di atas juga mencadangkan bahawa metodologi yang paling sesuai untuk menjawab soalan berkenaan. • • BAB 2: TINJAUAN LITERATUR Setelah mengenal pasti bidang dan soalan kajian. kaedah eksperimen adalah yang paling sesuai untuk menjawab soalan penyelidikan di atas. Iaitu. Berikut ini ialah satu garis panduan yang boleh di gunakan apabila anda membaca sesuatu artikel atau laporan penyelidikan: Pengenalan • • • • Apakah rasional dan pernyataan masalah kajian? Adakah ia dinyatakan dengan jelas? Adakah soalan kajian atau hipotesis dinyatakan dengan jelas? Adakah penulis memberi definsi operasi variabel yang dikaji? Adakah kajian berdasarkan teori? Adakah teori disebut? Kaedah • • Adakah hubung kaitan antara kaedah pengumpulan data dan soalan penyelidikan atau hipotesis? Sejauh manakah penulis mendefinisi dan memerihal tentang pemilihan sampel? Adakah kaedah pemilihan sampel diterangkan dengan terperinci? Adakah usaha untuk mempertingkatkan kesahan dalaman? Sejauh manakah insturmen sesuasi dengan kajian? Adakah dinicangankan tentang kebolehpercayaan dan kesahan instrumen? Adakah diterangkan prosedur pentadbiran instument? Adakah dikenal pasti limitasi kajian? • • • 4 . monograph dan sebagainya. JANTINA dan PENCAPAIAN MATEMATIK Soalan penyelidikan membolehkan penyelidik mengumpul data. ialah untuk menjalankan satu eksperimen. Tujuan tinjauan bahan literatur ialah untuk mendedahkan kepada pembaca. teori dan kajian empirikal yang telah dijalankan dan berkaitan dengan soalan kajian anda. Iaitu. Setiap bahan yang dipilih hendaklah dinilai secara kritis dengan memberi tumpuan kepada soalan kajian yang ketengahkan. idea. Bahan-bahan yang dipilih hendaklah berkait rapat dengan objektif penyelidikan. pemenuan yang diperolehi serta perbincangan penulis. isu. metodologi yang digunakan. Tinjaun bahan literatur ialah suatu usaha memerihal hasil kerja para sarjana dan ilmuan berkaitan dengan topik yang anda ingin mengkaji. Bahan-bahan yang lazim dirujuk terdiri daripada artikel jurnal. laporan penyelidikan. tugas seterusnya ialah menjalankan tinjauan bahan literatur atau bacaan. Tujuan tinjauan bahan literatur ialah untuk menyampaikan kepada pembaca ilmu. Data boleh dikumpulkan tentang variabel JANTINA (boleh minta murid menyatakan jantina mereka) dan variabel PENCAPAIAN MATEMATIK (murid mengambil ujian matematik dan markah diperolehi). Ia bukan merupakan deskripsi senarai bahan bacaan yang diperolehi atau sematamata ringkasan kajian-kajian dalam bidang yang diselidiki.Soalan Penyelidikan: ADAKAH TERDAPAT PERBEZAAN DI ANTARA MURID PEREMPUAN DAN MURID LELAKI DALAM PENCAPAIAN MATEMATIK YANG DIAJAR DENGAN ALAT BANTUAN MENGAJAR? • Perhatikan bahawa soalan penyelidikan menunjukkan hubung kaitan di antara dua variabel. soalan kajian yang dikemukakan dan isu yang dibincangkan. idea dan dapatan yang bersabit dengan topik anda. buku.

Keputusan • • • Adakah jadual dan graf disampaikan dengan jelas dan boleh difahami? Adakah teknik statistik yang digunakan sesuai dan tahap signifikan dilaporakan? Adakah anda mahu cadangkan analisis statistik untuk kajian ini? Perbincangan • • • • • Apakah kesimpulan kajian? Adakah ramalan yang dibuat berkenaan penemuan munasabah? Adakah penulis mengaitkan menemuan dengan teori? Adajak penulis mencadangkan penyelidikan masa depan? Apakah baik tentang kajian ini? CONTOH: TINJAUAN LITERATUR Tajuk Kajian: Keberkesanan Penyoalan dalam Peningkatan Pencapaian dan Pemikiran Murid dalam Mata Pelajaran ___________________ Soalan Penyelidikan: a) Sejauh manakah penyoalan dalam bilik darjah meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran __________? b) Adakah terdapat perbezaan dalam pencapaian mata pelajaran ________ di antara murid yang ditanya soalan aras kognitif rendah dan murid yang diajar dengan penyoalan aras kognitif tinggi? Bab 2: Tinjauan Literatur 2. mahu pun di universiti. Apakah tujuan penyoalan? Menurut Morgan dan Saxton (1991) guru menyoal untuk melibatkan murid supaya lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sambil menilai pembelajaran dan membuka peluang untuk murid memberi pendapat dan buah fikiran mereka.1 Pengenalan Penyoalan merupakan satu teknik yang digunakan dengan meluas oleh guru dalam usaha menyampaikan fakta. Hornea (1982) melaporkan bahawa dengan memanjangkan masa guru 5 . Dalam satu kajian awal oleh Stevens (1912). Sejak beribu-ribu tahun guru telah menggunakan teknik penyoalan untuk menyampaikan pelbagai ilmu sama ada di peringkat pra sekolah. didapati guru memperuntukkan 80% masa di sekolah menyoal murid. didapati guru tidak sabar menunggu jawapan yang diberi oleh murid lebih daripada 1. sekolah menengah.5 saat setelah bertanya sesuatu soalan.2 Guru Menunggu Jawapan Murid Dalam kajian yang dijalankan oleh Tobin (1987). Untuk mempertingkatkan kefahaman. 1990). konsep dan prinsip sesuatu bidang ilmu serta meningkatkan pemikiran murid. Kajian yang dijalanakan oleh Leven dan Long (1981) mendapati guru bertanya 300 hingga 400 soalan sehari. Soalan memainkan peranan penting dalam bilik darjah untuk memberi murid peluang membina ilmu atau pengetahuan melalui asimilasi dan integrasi konsep-konsep baru (Hauser. 1994) 2. sekolah rendah. murid tidak boleh dibiarkan pasif dalam bilik darjah dan perlu digalakkan lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Davis dab Murrell.

Rice dan Berliner 2000) dalam kajian mereka dikalangan 54 kelas murid sekolah rendah mendapati aras kognitif soalan yang dikemukakan oleh guru semas pengajaran. penglibatan murid dalam kelas telah bertambah baik dan soalan-soalan yang ditanya lebih bernas. Kajian yang dijalankan melibatkan 70 murid sekolah rendah. 6 . Bagaimana pun terdapat juga kajian-kajian yang menunjukkan bahawa aras kognitif soalan tidak berkesan. Murid lemah yang biasanya menjawab 'tidak tahu' telah mencuba memberi jawapan. Penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga telah bertambah sehingga murid lemah telah digalakkan bertanya dan menjawab soalan. Dalam pengajaran pendidikan bahasa pula. air. penglibatan murid dalam kelas telah bertambah. PENTING: ANDA PERLU MEMASTIKAN BAHAWA SEMUA KAJIAN DAN LAPORAN ANDA SEBUT DALAM BAB 2: TINJAUAAN LITERATUR HENDAKLAH DI SENARAIKAN DALAM "RUJUKAN" DI AKHIR CADANGAN PENYELIDIKAN ANDA. Galakkan untuk menjawab adalah kerana masa yang diberikan oleh guru untuk menjawab sesuatu soalan. BAB 3 KAEDAH EKSPERIMENTAL Apakah itu Kaedah Eksperimental? Salah satu kaedah penyelidikan yang digunakan dengan meluas dalam bidang pendidikan ialah kaedah eksperimental. Mahlios dan D'Angelo (1990) mengkaji kesan aras kognitif soalan dalam pengajaran pendidikan moral dapati bahawa prestasi murid telah bertambah baik apabila didedahkan kepada soalan aras kognitif tinggi. Dapatan menunjukkan bahawa guru yang menggunakan soalan aras kognitif tinggi. kaedah dan prosedur) terhadap pesakit.4 Kesimpulan Masa menunggu jawapan daripada murid dan aras kognitif soalan yang ditanya oleh guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian murid dalam pelbagai jenis mata pelajaran. Kaedah eksperimental mula digunakan dalam pertanian dimana eksperimen dijalankan untuk menguji keberkesanan berbagai jenis rawatan (seperti baja. Juga. Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa guru yang memberi murid lebih banyak masa untuk menjawab berjaya meningkatkan penguasaan sesuatu bidang ilmu serta menggalakan penglibatan murid. murid yang diajar dengan kerap menggunakan soalan aras kognitif tinggi. Kadangkala tidak sedar betapa penting menunggu sebelum meminta murid lain menjawab atau guru sendiri yang memberi jawapan. Adalah diuatarakan bahawa guru yang tanya lebih banyak soalan aras kognitif tinggi akan dapat memperbaiki pencapaian serta proses pemikiran murid. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh Smith (1999) yang dapati aras kognitif soalan yang ditanya oleh guru dalam kelas tidak mempengaruhi pencapaian murid. 2. jawapan yang diberi oleh murid lebih lengkap dan tepat. membuat analisis serta sintesis. Soalan aras rendah hanya meminta murid mengingat kembali fakta manakala soalan aras kognitif tinggi menggalakan murid mengaplikasi konsep. soalan aras kognitif tinggi berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran.menunggu jawapan daripada murid. Juga sikap murid terhadap pendidikan moral lebih positif apabila disoal dengan soalan aras kognitif tinggi. markah murid dalam mata pelajaran sains telah meningkat berbanding dengan murid yang disoal menggunakan soalan aras kognitif rendah. Wilen (2000) dalam satu kajian yang melibatkan 100 murid sekolah rendah melaporkan bahawa guru yang menunggu kirakira 3 saat setelah soalan dikemukakan. walau kadang kala jawapan berkenaan tidak begitu tepat. Kini kaedah eksperimen digunakan dengan meluas dalam bidang pendidikan. Kajian ini telah dijalankan di kalangan 50 murid sekolah rendah yang mempelajari kajian sosial.2 Aras Kognitif Soalan Jenis soalan yang ditanya memainkan peranan penting dalam perkembangan pemikiran murid. cahaya matahari) terhadap pertumbuhan dan penghasilan tanaman. Kajian yang dijalankan oleh Hunkins (1969) dapati bahawa kumpulan murid yang mana guru menggunakan banyak soalan aras kognitif tinggi berjaya mendapat markah yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan murid yang didedahkan kepada soalan aras kognitif rendah. Kleinman (1965) menjalankan kajian di kalangan 80 murid sekolah rendah yang mempelajari sains. Kaedah ini juga digunakan dalam bidang perubatan untuk menguji keberkesanan rawatan (seperti ubatan. selain pencapaian mereka meningkat. Mills. 2.

Variabel bergantung (variabel bersandar) ialah akhibatnya daripada sesuatu eksperimen dan tidak boleh dimanipulasi. iaitu. • Variable Bebas ialah variable yang dimanipulasi oleh penyelidik yang diandaikan membawa perubahan kepada variabel bersandar atau bergantung. Variabel 'kaedah mengajar' mungkin dibahagikan kepada 'kaedah inkuri' dan 'kaedah kuliah' • • Seorang penyelidik ingin menentukan keberkesanan pengajaran oleh rakan sebaya dalam penulisan karangan di kalangan pelajar tahun 5 di sekolah rendah (Lihat Rajah di atas). manakala dalam Kumpulan 2. Contohnya. iaitu variabel bebas dan variabel bergantung (variabel bersandar). sikap dan sebagainya dinamakan VARIABEL (daripada perkataan Bahasa Inggeris 'Variable'). Variabel Bebas ialah jantina yang dimanipulasi untuk melibatkan perempuan dan lelaki. Variabel 'markah ujian' mempunyai nilai 0 hingga 100 atau 0 hingga 50 dan sebagainya. pengajaran menggunakan rakan sebaya dan pengajaran menggunakan kaeadah kuliah. 1973). pelajar diajar oleh guru. markah ujian. 'lelaki' dan 'perempuan' dan mungkin lazimnya diberi angka 1 untuk 'lelaki' dan 2 untuk 'perempuan'. pelajar pencapaian tinggi mengajar pelajar pencapaian rendah. jawapan pelajar kepada sesuatu soalan atau tingkahlaku pelajar dalam kelas. Permerhatian dibuat dalam situasi yang terkawal. Dalam Kumpulan 1. penggunaan kaedah inkuiri dalam pengajaran mata pelajaran pendidikan kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dan sejauh mana ia mempertingkatkan pemikiran aras tinggi.Eksperimen dijalankan dalam persekitaran dimana penyelidik memerhati fenomena yang wujud akhibat daripada sesuatu tindakan dalam situasi yang terkawal (Kerlinger. • Variabel 'jantina' mempunyai dua nilai. Eksperimen direka bentuk khusus untuk melihat kesan sesuatu tindakan atau rawatan yang sengaja diperkenalkan dan fenomena yang wujud seperti markah ujian. • Variabel Bebas ialah kaedah mengajar yang dimanipulasi oleh penyelidikan dan terdiri daripada dua jenis. Variabel Bersandar ialah kebolehan Kefahaman Bacaan yang diukur dengan pelajar daripada Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 diberi Ujian Kefahaman Bacaan selepas pengajaran • Kumpulan 1: Rakan Sebaya Kumpulan 2: Kuliah 7 . Contohnya. iaitu faktor-faktor (selain daripada rawatan) yang mungkin mempengaruhi fenomena yang wujud disingkirkan. Kaedah Kuliah dan Penyoalan Kaedah Permainan Kaedah Inkuiri dan Penyampaian Kaedah Makmal Manakah kaedah dan teknik pengajaran berikut lebih berkesan? Kaedah Eksperimental memang sesuai untuk mengkaji keberkesanan sesuatu kaedah atau teknik mengajar dalam bilik darjah. • • Apakah itu Variabel? Mengapa Variabel penting dalam Kaedah Eksperimental? Kaedah mengajar. Contohnya. Variable Bergantung (variabel bersandar) ialah pencapaian matematik. iaitu. Variabel mempunyai nilai tertentu. untuk menguji sama ada terdapat perbezaan pencapaian dalam matematik di antara lelaki dan perempuan. Dalam sesuatu eksperimen terdapat beberapa jenis variabel yang penting. jantina.

pengaruh faktor lain yang mungkin menjejas keberkesanan rawatan. ujian itu dianggap mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Kesahan ditentukan dengan mencari bukti ujian itu mengukur konstruk yang ingin diukur. Kebolehpercayaan variabel bersandar boleh ditentukan dengan konsistensi repons yang diperolehi. adakah ia menguji kefahaman. 8 . Kemungkinan besar. terdapat penyelidik yang menggunakan kaedah eksperimental tidak memberi perhatian sewajarnya kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian (variabel bersandar) yang mengukur kesan sesuatu rawatan. Adalah penting sesuatu ujian bersandar mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi. adalah penting pengaruh variabel-variabel extraneous atau luar dikawal. ujian personaliti dan sebagainya. sebahagian besar subjek di dalami Kumpulan Eksperimantal terdiri daripada murid yang mempunyai penguasaan bahasa yang rendah manakala subjek dalam Kumpulan Kawalan terdiri daripada murid yang mempunyai penguaaan bahasa yang tinggi.VARIABEL BEBAS KAEDAH MENGAJAR VARIABEL BERGANTUNG Kefahaman Bacaan Variabel bersandar boleh merupakan ujian pencapaian. Kesahan ialah sama ada ujian itu menguji konstruk yang hendak diuji. iaitu. Jika. • • Kebolehpercayaan ujian ialah konsistensi atau kestabilan ujian. anda menggunakan ujian bacaan sebagai variabel bersandar. skala sikap. Dalam Kumpulan Eksperimental. Kumpulan 1: n=35 murid Rakan Sebaya Kumpulan 2: n= 35 murid Kuliah VARIABEL BEBAS KAEDAH MENGAJAR VARIABEL BERGANTUNG Kefahaman Bacaan Apakah yang Maksudkan dengan KAWALAN? Untuk menjalankan eksperimen yang sah. Katakanlah anda telah membahagikan murid kepada dua kumpulan (Lihat Rajah sebelah). kosa kata dan sebagainya. Sekiranya. "Kawalan" ialah tindakan yang di ambil oleh penyelidik untuk memastikan faktor-faktor luaran tidak mempengaruhi eksperimen yang dijalankan. Dengan membaca bahan literatur. Menurut Christensen (1988). Markah murid dalam Kumpulan Kawalan ini mungkin lebih tinggi daripada markah yang perolehi oleh murid dalam Kumpulan Eksperimental yang diajar menggunakan alat bantuan mengajar. murid diajar tanpa Alat Bantuan Mengajar. inventori minat. respons atau jawapan subjek sama setiap kali ujian itu ditadbirkan. Salah satu menentukan kesahan sesuatu ujian ialah dengan memberi definisi dan keterangan yang jelas mengenai konstruk tersebut. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya. terangkan apa yang diukur oleh ujian bacaan anda. murid diajar dengan menggunakan Alat Bantuan Mengajar manakala dalam Kumpulan Kawalan. Contohnya. murid dalam Kumpulan Kawalan akan mendapat markah tinggi dalam ujian pendidikan kesihatan: Topik "Kesimbangan Makanan" walau pun guru tidak menggunakan alat bantuan mengajar. anda dapat memastikan maksud bagaimana penyelidikan lain mengukur kebolehan bacaan.

iaitu anda MENGAWAL ekseperimen anda. terlalu ramai murid dalam Kumpulan Eksperimental terdiri daripada murid yang tidak fasih dalam bahasa. iaitu pengagihan rawak dan memadan. Oleh itu. anda perlu memastikan bahawa ciri-ciri dan kebolehan murid yang terdapat dalam Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Kawalan adalah hampir sama. bukan "alat bantuan mengajar" itu tidak berkesan. Kumpulan Eksperimental (n = 35 murid) Pelajar di ajar dengan alat bantuan mengajar Kumpulan Kawalan (n = 35 murid) Murid di ajar tanpa alat bantuan mengajar Murid Tahun 5 di pilih secara Rawak (n = 70) Populasi Sasaran (semua murid Tahun 5) Pengagihan secara rawak Bagaimana Hendak melakukan KAWALAN? Dua teknik kawalan dibincangkan. 1) Pengagihan Rawak Pengagihan rawak merupakan asas bagi kaedah eksperimental. 9 . Teknik Kawalan dalam Penggunaan Kaedah Eksperimental Kumpulan Kawalan (n= 35 murid) Tanpa Alat Bantuan Mengajar Kumpulan Eksperimental (n=35 murid) Penggunaan Alat Bantuan Mengajar VARIABEL BEBAS KAEDAH MENGAJAR VARIABEL BERGANTUNG Pendidikan Kesihatan Topik: "Kesimbangan Makanan" Sebenarnya. Oleh kerana. anda mungkin membuat rumusan bahawa penggunaan alat bantuan mengajar tidak membantu murid menguasai fakta dan konsep dalam pendidikan kesihatan. maka kemungkinan besar mereka tidak memahami apa yang mereka membaca dan tidak memahami soalan-soalan ujian.Berdasarkan keputusan ini. Pemilihan murid untuk kedua-dua kumpulan itu tidak betul. Apakah yang dimaksudkan dengan "rawak" atau "rambang"? Rawak atau rambang bermakna setiap subjek atau murid mempunyai peluang yang sama atau kebarangkalian sama untuk dipilih dan diagihkan sama ada kepada Kumpulan Eksperimenal (murid diajar dengan alat bantuan mengajar) atau Kumpulan Kawalan (murid diajar tanpa alat bantuan mengajar).

bilangan murid tingii pengusaan bahasa di kedua-dua kumpulan juga hampir sama.. iaitu 10. Kedua. Petikan Jadual Nombor Rawak ditunjukkan di sebelah. Nombor pertama ialah 53. berikan nombor 1 hingga 70 kepada setiap murid. Teruskan ini hingga sampai ke penghujung lajur 1 dan 31. Perhatikan bahawa senarai nombor ini terdiri daripada sembilan lajur dan sembilan barisan dan setiap nombor yang tercatat diperolehi secara rawak dan mana-mana kombinasi nombor juga diandaikan rawak.Kelebihan pengagihan rawak ialah kerana ia dapat mengawal variabel extraneous atau variabel luar yang diketahui dan juga tidak diketahui. Kumpulan Eksperimental (n = 35 murid) Pelajar di ajar dengan alat bantuan mengajar Kumpulan Kawalan (n = 35 murid) 10 . bilangan murid yang lemah penguasaan bahasa di dalam Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Kawalan adalah sama. Sambil itu. 70) melebihi 9. Kemudian. tinggalkan nombor tersebut dan baca nombor seterusnya. abaikannya. Sekiranya. Sekiranya. Ketiga.sambung) Pengagihan rawak dilakukan untuk menyingkirkan bias atau pengaruh faktor-faktor lain dan untuk tujuan ini Jadual Nombor Rawak digunakan. Anda ingin berbuat demikian untuk memastikan bahawa ciri-ciri dan latar belakang murid di dalam kedua-dua kumpulan berkenaan adalah sama. Nombor seterusnya ialah 90 dan oleh kerana bilangan murid hanya 70. Pilih murid nombor 10 dan agihkannya kepada Kumpulan Eksperimental. Pilih pelajar nombor 53 dan agihkannya kepada Kumpulan Ekperimental.. CARA PENGGUNAAN • Anda telah memilih 70 murid Tahun Lima untuk menjalankan eksperimen. baca nombor-nombor yang terdapat lajur 1 dan 3. Pilih lajur 1 and 2 (seperti di warnakan di atas). kemungkinan besar. bermula daripada atas menggunakan lajur 3 dan 4. Pengagihan Rawak (. Jadual Nombor Rawak 1 1 2 3 4 5 6 7 8 9 • • • 5 6 9 1 3 5 1 4 3 2 3 2 0 0 2 4 0 2 7 3 9 1 1 5 1 7 6 2 9 4 5 2 6 9 7 1 0 0 1 5 6 2 4 4 3 2 1 2 3 6 7 7 7 7 6 7 8 4 0 7 8 4 7 6 6 8 7 7 5 8 0 1 2 8 4 9 7 8 4 9 7 5 2 2 8 4 3 5 7 • Pertama. Anda ingin mengagihkan 35 murid kepada Kumpulan Eksperimental dan 35 murid kepada Kumpulan Kawalan secara rawak atau rambang. anda bertembung dengan nombor yang telah dipilih. anda mengagihkan atau memilih murid secara rawak atau rambang. Nombor seterusnya ialah 62 dan agihkannya kepada Kumpulan Kawalan.. pilih dua lajur kerana bilangan murid (iaitu.

bagi tajuk "Kesimbangan Makanan" telah meningkat di kalangan murid yang diajar dengan penggunaan alat bantuan mengajar berbanding dengan murid yang diajar tanpa alat bantuan mengajar.Murid di ajar tanpa alat bantuan mengajar Ujian Pendidikan Kesihatan Mengagih SEORANG secara rawak kepada: 2) MEMADAN Pengagihan rawak ialah teknik berkesan untuk memastikan subjek yang diagihkan kepada kumpulan-kumpulan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Ulang prosedur ini sehingga kedua-dua kumpulan terdiri daripada murid yang prestasi pendidikan kesihatan hampir sama. 11 . Dengan merujuk kepada eksperimen yang dibincangkan setakat ini. Ujian Pos • • Kumpulan Eksperimental (n = 35 murid) Pelajar di ajar dengan alat bantuan mengajar Kumpulan Kawalan (n = 35 murid) Murid di ajar tanpa alat bantuan mengajar Ujian Pra KESAHAN DALAMAN Apakah itu Kesahan Dalaman? Anda sedang merancang menjalankan suatu eksperimen untuk menentukan keberkesanan penggunaan alat bantuan mengajar dalam meningkatkan pencapaian dalam pendidikan kesihatan di kalangan murid Tahun 5. Adalah anda yakin pertambahan markah atau skor yang diperolehi oleh murid di dalam Kumpulan Eksperimental di sebabkan oleh penggunaan alat bantuan mengajar dan bukan faktor-faktor lain? Inilah yang maksudkan dengan "Kesahan Dalaman".kumpulan itu. anda ketahui bahawa prestasi dalam pendidikan kesihatan mungkin mempengaruhi rawatan yang anda ingin menguji. 2 murid pencapaian TINGGI 2 murid pencapaian RENDAH • Kemudian. Anda tanya diri sendiri. pilih DUA murid yang mendapat markah rendah dan agihkan secara rawak seorang kepada Kumpulan Eksperimental dan seorang lagi kepada Kumpulan Kawalan. anda dapati pencapaian dalam pendidikan kesihatan. adalah peningkatan pencapaian ini disebabkan oleh kerana guru menggunakan alat bantuan mengajar atau disebabkan oleh faktor-faktor lain. ujian semester atau pun ujian yang gubal sendiri. pilih DUA murid yang mempunyai pencapaian sedehana dan agihkan secara rawak seorang kepada Kumpulan Eksperimental dan seorang lagi kepada Kumpulan Kawalan. Seterusnya. Setelah menjalankan eksperimen tersebut. anda boleh menggunakan markah atau skor yang diperolehi dalam sesuatu Ujian Pendidikan Kesihatan (seperti ujian bulanan. • • Mula dengan memilih DUA murid yang mendapat markah tinggi dan agihkan secara rawak seorang kepada Kumpulan Eksperimental dan seorang lagi kepada Kumpulan Kawalan (Lihat Rajah di atas). Untuk menyamakan pencapaian dalam pendidikan kesihatan di antara murid di dalam kedua-dua kumpulan. Berdasarkan markah atau skor yang diperolehi dalam ujian tersebut. Satu lagi teknik yang digunakan ialah Memadan. Anda ingin memastikan bahawa pencapaian dalam pendidikan kesihatan boleh mempengaruhi eksperimen yang dijalankan.

sekolah menjemput wakil daripada Jabatan Kesihatan untuk untuk memberi cermah kepada murud berkenaan "Makanan dan Kesihatan". ada kemungkinan murid dapat mengingat soalan ujian-pra dan membetulkan jawapannya dalam ujian-pos. Contohnya. murid mungkin berubah setalah menjadi lebih matang. Sepertimana yang nyatakan dahulu. keputusan eksperimen berkenaan menunjukkan bahawa murid di dalam Kumpulan Eksperimen berjaya memperolehi markah yang lebih tinggi berbanding dengan murid di dalam Kumpulan Kawalan. d) Instrumentasi Kesahan dalam terjejas apabila ujian-pra dan ujian-pos adalah tidak sama.Pendek kata. a) Sejarah Ada kemungkinan peristiwa-peristiwa tertentu berlaku yang mengubah persekiataran semasa eksperimen dijalankan. menulis semula soalan-soalan tertentu dan sebagainya. Contohnya. Ujian Pos Kumpulan Eksperimental (n = 35 murid) Pelajar di ajar dengan alat bantuan mengajar Kumpulan Kawalan (n = 35 murid) Murid di ajar tanpa alat bantuan mengajar Ujian Pra ANCAMAN KEPADA KESAHAN DALAMAN Campbell dan Stanley (1963) telah kenal pasti faktor-faktor berikut yang mungkin menjejas kesahan dalaman sesuatu eksperimen. perubahan sikap yang berlaku bukan disebabkan oleh pengajaran tetapi adalah kerana pelajar itu menukar pendiriannya apabila ditanya semula. Peristiwa seperti ini mungkin mempengaruhi tahap pengetahuan murid berkenaan topik yang anda mengajar dan menjejas eksperimen. sukar untuk menentukan sama ada perubahan disebabkan oleh rawatan atau murid berjaya mengingat beberapa soalan. Jadi. Kadang kala penyelidik tidak sedar dia telah mengubah item-item dalam salah satu ujian. ada kemungkinan murid berfikir semula jawapannya pada pra-ujian dan menukar pendapatnya dalam ujian-pos. membuang soalan-soalan lemah. Eksperimen yang dijalankan adalah seperti di gambarkan di atas. b) Kematangan Di antara tempoh masa ujian-pra dan ujian-pos ditadbirkan. Jadi. Jika anda mengkaji tentang sikap pula. setelah mentadbir ujian-pra. Ujian Pendidikan Kesihata berkenaan Tajuk :Kesimbangan Makanan" diberikan kepada murid-murid sebelum eksperimen dijalankan dan ini dipanggil UJIAN PRA dan selepas eksperimen ujian yang sama diberikan dan ini dipanggil UJIAN POS. PENYELIDIKAN TINDAKAN 12 . Perubahan-perubahan ini dipanggil sejarah. KESAHAN DALAMAN ialah sejauh manakah variabel extraneous atau variabel luar telah dikawal atau disingkirkan apabila mengendalikan sesuatu eksperimen. Ini tidak bermakna penyelidik tidak boleh membuat pembetulan BAB 4: PENYELIDIKAN TINDAKAN Penyelidikan (atau Kajian) Tindakan ialah salah satu kaedah penyelidikan yang kini digunakan dengan meluas dalam pendidikan. Perhatikan bahawa murid dalam kedua-dua kumpulan diuji DUA KALI. APAKAH YANG BOLEH MENJEJAS KESAHAN DALAMAN EKSPERIMEN ANDA? Lihat sebelah untuk jawpannya. c) Pengujian Bagi ujian yang menguji pengetahuan. Menjadi sukar untuk menentukan sama ada perubahan pengetahuan pendidikan kesihatan disebabkan oleh pengajaran atau murid secara semula jadi menjadi lebih kematangan. semasa eksperimen dijalankan. penyelidik cuba membaiki ujian-pos seperti membetulkan ejaan. Perubahan-perubahan ini menyebabkan kesan instrumentasi.

Contohnya.PENGUMPULAN DATA 4. melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data untuk memahami dengan mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran. MENGAPAKAH PENYELIDIKAN TINDAKAN? Terdapat dua sebab mengapa Penyelidikan Tindakan begitu diminati oleh guru: • • Pertama. ia menggalakan guru membawa perubahan kepada apa yang dilakukan 3. berlainan daripada kaedah penyelidikan lain kerana ia bertumpu kepada penyelidik melihat diri sendiri dan mencari jalan memperbaiki pengajaran mereka. Pendekatan yang diutarakan terdiri daripada EMPAT langkah (lihat Rajah sebelah). menggalakan guru memikirkan dengan mendalam atau mereflek tentang pengajaran mereka.REFLEKSIANALISIS DATA 1.• • • • digunakan oleh guru dengan tujuan memperbaiki pengajaran mereka.PELAN TINDAKAN PROSES PENYELIDIKAN TINDAKAN Stephen Kemmis dan Robin MCtaggart (1988) telah memperkenalkan satu pendekatan menjalankan Penyelidikan Tindakan. strategi atau teknik mengajar baru? Adakah anda bercadang mengubahsuai kaedah. FASA PERTAMA Langkah 1: PERANCANGAN • • • • • Apakah anda hendak buat? Adakah ia merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran anda? Adakah anda ingin membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada anda dan murid? Bolehkah anda nyatakan masalah dalam format soalan? Adakah masalah yang ingin dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh anda seorang? Langkah 2: PELAN TINDAKAN • • Adakah anda bercadang memperkenalkan kaedah. strategi atau teknik mengajar yang anda sedang menggunakan? Jika ya. ia melibatkan guru dengan kerja harian mereka Kedua.PERANCANGAN 2. guru yang percaya bahawa murid perlu diberi peluang memberi berfikir secara kreatif. akan mengatur pengajarannya supaya lebih ramai murid berpeluang memberi cadangan dan pendapat. Penyelidikan Tindakan berdasarkan kepercayaan bahawa guru ialah orang yang paling memahami tentang pengajarannya dan digalakkan menggubal teori-teori mereke sendiri dan menguji teori-teori berkenaan dalam bilik darjah. tentukan manakah anda akan mengubahsuai? 13 .

perasaan dan pandangan guru .Data yang dikumpulkan hendaklah tepat.Temu duga murid .Adakah data menerangkan apa yang anda berhasrat? .Anda hendak jelas mengapa anda mengumpul data .mencatat apa yang diperhatikan berlaku dalam bilik darjah .Tape audio perbualan dengan murid.PELAN TINDAKAN 5. tulisan dan lain-lain .Adakah maklumat berguna dapat dihasilkan dariapada data yang dikumpulkan? 3. iaitu berapa lama anda agak perubahan dijangka berlaku 5.PERANCANGAN SEMULA 6.Buku nota .Tentukan banyak mana data anda hendak mengumpul . karangan. lukisan.PENGUMPULAN DATA 8. strategi atau teknik berkenaan dalam bilik darjah? [Tempoh masa ditentukan oleh anda.MERANCANG 2.Hasil kerja murid seperti lembaran kerja.merekod pendapat. guru lain.REFLEKSIANALISIS DATA 1.• Berapa lama anda bercadang menjalankan kaedah.Jurnal .Mengambil gambar tentang apa yang berlaku dalam kelas . Panduan Pengumpulan Data: .PENGUMPULAN DATA 4.ANALISIS & REFLEKSI Fasa 1 Fasa 2 Langkah 3: PENGUMPULAN DATA • • Apakah jenis maklumat anda ingin mengumpul untuk menjawab soalan penyelidikan? Teknik Pengumpulan Data: .Dapatkan data daripada pelbagai sumber .PERANCANGAN 14 .PELAN TINDAKAN 7.Anda hendak jelas tentang bagaimana anda ingin menggunakan data yang dikumpulkan . berguna dan tidak memakan terlalu banyak masa .Pemerhatian dengan menggunakan semak senarai (checklist) = memerhati apa yang berlaku di kalangan murid . latihan.

PENGUMPULAN DATA 8. Ini berlainan dengan data kuantitatif yang merupakan nombor dan angka yang ditukarkan menjadi peratus. Kaji dengan teliti "perkataan". Baca semua data kualitatif yang anda telah kumpulkan walau pun ia bercanggah dengan apa yang anda telah rancangkan. guru memberi lebih banyak peluang kepada murid membuat penyampaian.PELAN TINDAKAN 7. sisihan piawai dan sebagainya. murid suka membuat kerja secara berkumpulan. "frasa"..SEMULA 6. guru mempertingkatkan alat bantuan mengajar yang digunakan. min. guru memberi lebih banyak untuk menerangkan kepada murid konsep asas dan sebagainya. guru menyusuan semula bilangan murid dalam sesuatu kumpulan kecil... Susunkan "perkataan".. kekerapan.) Langkah 4: REFLEKSI . Contoh: masa yang peruntukkan murid membuat latihan dipendekan atau dipanjangkan.. "frasa" atau "ayat" yang disebut oleh murid atau "perkataan". • Langkah 6: PELAN TINDAKAN • SAMA SEPERTI LANGKAH 2 Langkah 8: ANALISIS DAN REFLEKSI • SAMA SEPERTI LANGKAH 4 Langkah 7: PENGUMPULAN DATA • SAMA SEPERTI LANGKAH 3 Manakah kaedah penyelidikan saya patut menggunakan. Kongsi data yang anda telah memperolehi dengan guru-guru lain untuk mendapat pandangan mereka.ANALISIS DAN REFLEKSI PROSES PENYELIDIKAN TINDAKAN (sambung. murid pandai membantu murid lemah. Baca semua data beberapa kali supaya anda tidak terlepas pandang dan mungkin idea-idea baru akan muncul.. pola dan idea-idea umum yang timbul daripada data yang dikumpulkan.. "ayat pendek" dan sebagainya. kaedah ekspermental atau penyelidikan tindakan? 15 . "frasa" atau "ayat" yang diperolehi kepada kategori tertentu.. Cari tema. anda mungkin menyusuan semula penyampaian kaedah mengajar. "frasa" atau "ayat" yang anda telah catatkan berdasarkan apa yang anda perhatikan..ANALISIS DATA • Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan terdiri daripada "perkataan". • • • • • • Fasa 1 Fasa 2 Langkah 5: PERANCANGAN SEMULA • Berdasarkan data yang dikumpulkan dan analisis yang dibuat terhadap data berkenaan. Contohnya: murid yang lemah turut bercakap dalam kelas.

meminjam buku murid lain. Sesuatu yang biasanya dianggap rutin dalam bilik darjah. lukisan) Penggunaan beberapa teknik pengumpulan dara bertujuan memberi triangulation atau pengukuhan data. anda mungkin boleh temu bual beberapa murid untuk memastikan apakah yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian. Ini dimaksudkan dengan triangulation atau memperkukuhkan data. Hal ini akan memperkukuhkan kesahan kajian yang dijalankan. anda telah memerhati sesuatu tingkahlaku yang berlaku di kalangan murid tetapi kurang pasti apakah yang menyebabkannya. mendengar. memerhati dan bertanya untuk mendapatkan memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah. Untuk itu. Melalui pemerhatian. Lazimnya. anda dapat menyaksikan perlakuan seperti berjalan-jalan dalam kelas. apabila anda ingin menunjukkan KEBERKESANAN sesuatu kaedah atau strategi mengajar. Dengan kehadiran dalam kelas. anda dapat merapatkan diri dengan murid disamping memerhati dan mendengar apa yang berlaku dalam kelas. Setiap data atau maklumat yang diperolehi diperkuatkan dengan pemerolehan maklumat data atau maklumat dengan teknik lain. TEKNIK PENGUTIPAN DAN PENGUMPULAN DATA KUALITATIF Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk menghasilkan "data deskriptif" supaya mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam bilik darjah. Pemerhatian (1) PEMERHATIAN (Observation) Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah. mengetuk meja dengan pensel. Penyelidikan tindakan lebih sesuai apabila anda kurang pasti apa akan terjadi dalam bilik darjah ketika anda melaksanakan sesuatu kaedah atau strategi. dalam pemerhatian anda akan melihat-lihat.tulisan. mengusik murid lain dan sebagainya. Di dalam situasi tertentu.Penyelidikan Tindakan tidak bertujuan untuk menggantikan kaedah eksperimental. penyelidikan tindakan lebih sesuai apabila anda ingin mengubah sesuatu kaedah atau strategi mengajar ketika melaksanakan kaedah atau strategi berkenaan. Maklumat yang diperolehi didapatkan dalam situasi dan keadaan yang realistik. Contohnya. pemerhatian merupakan teknik berkesan untuk digunakan dalam pengumpulan data. Untuk tujuan tersebut terdapat TIGA teknik utama yang biasa digunakan dalam penyelidikan tindakan: • • • Pemerhatian Temu Bual Bukti Dokumen (seperti hasil kerja murid . Sebaliknya. kaedah eksperimental lebih memadai. a) Catatan Lapangan (Field Notes) 16 . bagi anda sebagai penyelidik dianggap sebagai maklumat penting. Penggunaan pelbagai teknik pengumpulan data juga memastikan pengkaji tidak hanya bergantung kepada satu teknik.

) 17 . Contoh Catatan Jurnal: • • Saya tanya sendiri. pendapat. Perbualan di antara murid lemah dan murid pandai lebih kerap.. Apabila sahaja anda teringat atau terfikir sesuatu yang terlintas semasa menjalankan kajian.. mengapa selama ini saya yang paling banyak bercakap dalam kelas? Baru saya sedar bahawa sebahagian besar pernyataan yang saya buat di kelas bermula dengan "Jangan". Catatan jurnal adalah seperti menulis sebuah diari dimana anda ber • • • peluang meluahkan perasaan. anda mencatatkan apa yang anda perhatikan secara langsung seperti: • pernyataan verbatim. memikirkan semula tentang apa yang telah berlaku dan membuat komentari secara peribadi terhadap data yang didapati. Dengan perkataan lain. Lebih ramai murid perempuan mengangkat tangan dan bertanya soalan. • Contoh Catatan Lapangan: • Murid tertarik dengan cerita-cerita saya. murid yang enggan bercampur gaul. murid lebih memahami dan minat mereka juga telah bertambah. jawapan yang diberi. murid yang tidak minat dan sebagainya. Saya telah mengajar selama 15 tahun dan baru sedar bahawa pengajaran saya memang berpusatkan guru. murid yang kerap bercakap. TEKNIK PENGUTIPAN DAN PENGUMPULAN DATA KUALITATIF (sambung.. anda dikehendaki mencatatnya dalam jurnal. • • b) Catatan Jurnal (Journal Notes) Catatan Jurnal berlainan daripada catatan lapangan kerana ia merupakan rekod tentang idea atau pemikiran. iaitu pernyataan yang dibuat oleh murid seperti soalan yang ditanya. murid yang menunjukkan minat. Murid yang lebih pandai minat membantu murid lemah dalam penulisan karangan.Catatan lapangan merupakan cara anda merekodkan pemerhatian tentang apa yang dilihat dalam kelas. murid lebih selesa.. arahan yang diberi dan sebagainya fenomena yang dilihat berlaku seperti gerak-geri murid. masalah dan keraguan yang timbul berkaitan dengan pemerhatian kelas. Zambri dan Swee Leong yang selalu diam kelihatan lebih cergas dan juga telah cuba bercakap. dilema. Beberapa idea diberi oleh murid pandai kepada murid lemah. pengalaman. Saya telah menganggap murid sebagai mencurahkan ilmu ke dalam "otak murid". Kini saya elak menggunakan perkataan "jangan". perancangan.. "tin kosong" dan saya sebagai guru perlu • • • Apabila saya mengaitkan sesuatu idea yang dipelajari dengan keadaan sebenar atau dunia sebenar. Soalan-soalan yang dikemukakan sungguh mencabar.

perlu ditegaskan bahawa teknik temu bual juga digunakan dalam pengutipan data dalam penyelidikan kuantitatif. 2) Tanya murid mengapakan sesuatu perlakuan atau tingkah laku di tunjukkan. Ini adalah penting. We have to ask questions about those things. We cannot observe feelings. Seperti dinyatakan oleh Patton (1980). data yang diperoleh daripada pemerhatian dapat diperkukuh dan diperlengkapkan. then is to allow us to enter into the other person's perspectives (hal: 196).. temu bual ialah salah satu cara anda dapat mendekati dunia murid dan memahami apa yang sebenarnya dialami dan difikirkan oleh mereka.. Cara Melakukan Temu Bual • Temu bual digunakan kerana ia merupakan satu cara untuk mendapat maklumat yang banyak dalam satu masa yang singkat. We interview people to find out from them things we cannot directly observe. Anda mungkin temu bual mereka sebelum. bank atau sebagainya. pendapat atau pemahaman mereka tentang pengajaran yang dilalui. kad kredit. Temu bual seumpama ini digunakan untuk mengumpul data tentang kekerapan atau bilangan yang menggunakan sesuatu produk atau bilangan yang mempunyai sikap positif terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan.s. Contohnya. Contohnya: daripada pemerhatian dalam kelas. Dalam penyelidikan tindakan dimana anda ialah guru dan juga penyelidik.. tentu anda pernah ditemu bual oleh wakil-wakil syarikat tentang minat atau sikap anda terhadap sesuatu jenama kereta. m. We cannot observe how people organise the wjorld and meaning they to what goes in the world.. Ini dimaksudkan sebagai TRIANGULASI yang bertujuan untuk mengesah data atau maklumat yang diperoleh. m. Menurut Patton (1980). kerana anda ingin mengetahui perasaan dan pendapat mereka tentang pengajaran yang diperkenalkan. and intentions. • • Berikut ini ialah panduan umum dalam temu bual proses pengajaran dan pembelajaran: 1) Mengenal pasti dan menentukan perlakuan atau tingkah laku yang tunjukkan. Anda juga boleh menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah. Temu bual melibatkan perbualan antara penyelidik dengan guru atau murid bagi tujuan mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Murid kelihatan sungguh seronok berbincang dalam kumpulan kecil. • • "Adakah anda suka berbincang dengan kawan-kawan anda?". konsepsi. The purpose of interviewing.. Bagaimana pun. anda dapati seorang murid bernama Saiful enggan bercakap walau pun murid-murid lain dalam kumpulan kecil giat berbincang. anda mungkin memahami dengan lebih tepat mengapa dia tidak mahu bercakap. Mengapa? 18 . thoughts. Dengan menemu temu bual Saiful. Temu bual digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan gambaran holistik atau menyeluruh tentang perkara yang berlaku semasa pengajaran dijalankan Temu bual boleh dijalankan pada bila-bila masa yang boleh diluangkan oleh murid. mendengar guru bercakap atau berbincang dengan kawan?". iaitu bila murid ada masa bebas seperti masa rehat atau semasa berada di perpustakaan. "Manakah anda lebih suka. minat. Melalui temu bual.. semasa atau diakhir pengajaran atau mana-mana kombinasi yang didapati sesuai.Teknik Temu Bual (2) TEMU BUAL (Interview) Temu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelididkan kualitatif termasuk penyelidikan tindakan.s. anda mungkin akan temu bual murid tentang sikap. perasaan. pengetahuan.

kraf tangan dan sebagainya • • Hasil kerja seperti ujian nyanyian. not-not muzik dan sebagainya. Contoh Bukti Dokumen: • • • • • • • Nota yang dibuat oleh murid Latihan yang dibuat oleh murid Karangan.. 19 . temu bual yang dijalankan dirakamkan dalam pita kaset serta membuat catatan tentang perlakuan bukan lisan (non-verbal language) yang ditunjukkan oleh murid semasa mereka ditemu bual. arca. puisi oleh murid Ujian yang diberikan kepada murid Lukisan murid Gambarajah yang dibuat oleh murid Hasil kerja seperti rekaan. sepak takraw dan sebagainya.. sajak..sebagai ketua? 3) Seelok-eloknya.... permainan alat muzik. catatan kebolehan bermain bola. adakah seorang ketua? Mengapakah anda memilih . Inilah yang dimaksudkan TRIANGULASI.. pola dan trend yang berlaku serta menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian... model. Hasil kerja seperti senarai semak ujian kecerdasan... data juga boleh diperoleh daripada dokumen. bola jaring. TEKNIK PENGUTIPAN DAN PENGUMPULAN DATA KUALITATIF (sambung. membandingkan dan memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada teknik pemerhatiang dan teknik temu bual.• • • Sukakah anda jika semua mata pelajaran memberi murid peluang berbincang? Mengapakah anda ketawa tadi? Dalam perbincangan tadi siapakah yang banyak sekali bercakap? Dalam kumpulan ini. permainan perkusi. Pengutipan dan pengumpulan maklumat daripada dokumen membolehkan anda menambah.. Pita audio / video / Filem Diari / Buku catatan murid • • BUKTI DOKUMEN Dokumen dianalisis untuk melihat bentuk.) (3) BUKTI DOKUMEN (Document Evidence) Di samping teknik pemerhatian dan temu bual.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful