P. 1
Peningkatan Profesionalisme Diri Guru

Peningkatan Profesionalisme Diri Guru

|Views: 4,743|Likes:
Published by boonpongying

More info:

Published by: boonpongying on Nov 29, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/26/2015

pdf

text

original

(a) Bagaimanakah guru mampu meningkatkan profesionalisme diri dan mencari serta meneroka amalan terbaik dalam pengajaran dan

pembelajaran selaras dengan amalan refleksi? “ As teachers we must believe in change, we must know it is possible,or we wouldn’t be teaching- because education is a constant process of change. Every single time you “teach” something to someone, it is ingested, something is done with it, and new human being emerges” ( Leo Buscaglia) Pendahuluan Ungkapan di atas menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak mereka. Guru boleh diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Namum, sebagai guru, kita harus peka terhadap perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran ( 1990: 67). Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas mereka. Justeru itu, guru harus meningkatkan profesionalisme diri masing-masing. Profesionalisme diri merupakan hasil daripada suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Ia suatu proses di mana guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran; mereka menguasai dan memperkembangkan secara kritikal pengetahuan, kemahiran

1

Istilahistilah baru. teknik-teknik pengajaran. melalui penulisan reflektif/jurnal dan portfolio latihan profesionalisme berterusan. Strategi-Strategi Peningkatan Profesionalisme Diri Selaras dengan Amalan Refleksi Globalisasi dan perubahan dalam dasar pendidikan Malaysia yang menuju ke arah kemajuan sosio ekonomi profesionalisme diri strategi yang membolehkan amalan refleksi penyelidikan pula membuktikan guru perlu meningkatkan Antara peningkatan profesionalisme diri termasuk untuk seiring dengan ledakan maklumat terkini.serta kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam Salah satu dimensi profesionalisme pengajaran. Sebagai guru. melibatkan diri dalam latihan dalaman . Peningkatan Profesionalisme melalui Latihan Dalam Perkhidmatan Dalam era teknologi moden.dan aktiviti Pusat Kegiatan Guru. perkembangan professional on-line. 2 . kaedah pengajaran-pembelajaran yang terkini. Seorang guru yang cemerlang harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat kerana faktor pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan. sistem pementoran. ialah kerelaan untuk melanjutkan pemahaman mereka terhadap pengajaran dan menghalusi kesenian mereka. (Day. inovasi dan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah beberapa contoh perubahan yang signifikan dalam pendidikan. kursus pendek kelolaan maktab. tindakan.1999). kita mampu memperkukuhkan kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan melanjutkan pengetahuan profesional kemahiran-kemahiran serta kita dalam menguasai dan memperjelaskan nilai-nilai mengembangkan professional kita. pengajaran. perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran pengkhususan. inovasi dalam pedagogi menuntut agar guru-guru dilatih semula semasa dalam perkhidmatan. Ia sememangnya dapat mempertingkatkan dan memperkukuhkan profesional diri selain mengembangkan potensi insan ke tahap yang diingini.

Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Kajian menunjukkan aktiviti ini merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan 3 . Perkembangan refleksi memerlukan perkembangan sikap dan kebolehan seperti keterbukaan. Dengan ini. Antara strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan profesionalisme mereka ialah penulisan jurnal/reflektif. pengajaran Matematik dan Sains. guru yang telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar semua guru dapat memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. tentang dikemukakan oleh Dewey (1993) menjadi batu asas dalam mengkaji proses pengajaran pembelajaran. Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya diberi kepada guru akan meningkatkan kualiti pengajaran guru dari segi inovasi dalam pengajaran. kemahiran dan trenda-trenda pengajaran-pembelajaran baru melalui Kursus Pendek Kelolaan Maktab(KPKM). Sebaran input-input yang baru seperti pembelajaran bestari. Ia bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan kognitif guru konteks keputusan pengajaran. Berkaitan dengan ini. Ia sebagai jentera untuk mereflek secara sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif. Amalan Refleksi dan Penulisan profesionalisme guru Amalan refleksi dapat tindakan semasa Reflektif diri ke dan arah peningkatan amalan yang dan memperkayakan tentang membuat merangsang Refleksi professional. guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Teknologi Maklumat dan Komunikasi. kerelaan untuk menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan.Guru yang berpandangan progresif mampu memperkayakan diri dengan pengetahuan.

penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran ( Zeichner & Liston. Bolin. Penulisan merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran dan perkembangan professional dan pemikiran baru dirangsangkan dan melalui perbincangan dengan rakan sekerja. Dalam pada itu. 1987. Richert. Portfolio pengajaran memberi impak yang besar dan membawa manfaat serta meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam profesionnya. Penulisan reflektif menggambarkan secara keseluruhan satu pola pemikiran yang beralih dari refleksi teknikal ke tahap refleksi kritikal.1990) Dalam penulisan reflektif. refleksi mempunyai nilai-nilai peribadi di mana ia membawa kepada kepuasan intrinsik apabila guru dapat menganalisis sesuatu situasi atau pengalaman dengan sebaik mungkin dan membentuk satu pandangan secara logik. Ini kerana proses 4 . pengetahuan dan falsafah pengajaran peribadi seseorang itu. Portfolio pengajaran yang mengandungi koleksi bahan-bahan seperti artifek dan penulisan reflektif dapat memperkukuhkan perkembangan diri guru. Portfolio Pengajaran trenda mengenai pengajaran dan refleksi Berkait rapat dengan penulisan reflektif ialah pembentukan portfolio pengajaran sebagai cara guru meningkatkan profesionalisme diri. 1988. Ia menggambarkan kemahirankemahiran. Kedua-dua refleksi semasa tindakan dan refleksi ke atas tindakan dapat membantu guru berkembang diri dalam bidang profesionalnya. Schon membezakan proses pemikiran kepada refleksi semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami situasi manakala refleksi ke atas tindakan di mana guru merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan. teori-teori dan persoalan-persoalan dipertikaikan dan diperkembangkan.

Portfolio pengajaran pemahaman masalah yang dihadapi kerana proses refleksi pengajaran digunakan sebagai satu cara dokumentasi memandu arah untuk meneroka idea-idea dari sumber. sudah tentu amalan penelitian pengajaran sendiri meletus penilaian kendiri terhadap tanggungjawabnya. Portfolio membantu guru mendokumentasi dan menerangkan tindakan mereka. keberkesanan strategi-strategi pengajaran dan merancang pendekatan baru atau teknik-teknik untuk masa akan datang. Guru boleh mengubahsuai perkembangan atau mengubah teknik pengajaran dan refleksi membantu Pada untuk mencapai matlamat.perkembangan portfolio secara berterusan memberi peluang guru membuat refleksi tentang perkembangan dan perubahan pelajarnya sepanjang masa. Maka. 1994. portfolio pengajaran dapat membekalkan satu pangkalan data pengetahuan professional dan perkembangan diri yang bermakna dan komprehensif di kalangan warga guru. portfolio professional dan refleksi peribadi (Seldin. bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan (Loughran & Corrigan. Penyelidikan Tindakan amalan profesionalisme yang efektif Satu lagi strategi guru mampu meningkatkan profesionalisme diri menjalankan penyelidikan tindakan tentang semua ialah aspek yang berkaitan dengan pengajaran. Budaya penyelidikan.sumber lain.1995. hakikatnya. Proses membina portfolio merangsang guru untuk memikirkan semula aktiviti pengajaran. Idea-idea baru tentang kaedah-kaedah mengajar dalam pengajaran perlu diterokai. membuktikan pengetahuan professional mereka dan membuat refleksi tentang apa. 1997). Contoh-contoh amalan baik dalam portfolio boleh dikaji dan diguna atau diadaptasikan dalam bilik darjah. penulisan dan pembacaan 5 . ia menggalakkan mereka mengenal pasti halangan-halangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan memikirkan penyelesaian. Apabila seseorang guru meneliti amalan pengajaran sendiri. 1997) Dengan mengimbas balik pengalamanpengalaman lepas dalam portfolio. Seldin.

Amalan konsep “Belajar Seumur Hidup” Dalam perkembangan diri. menulis dan melakukan penyelidikan tindakan memperluaskan pengalaman. pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang. reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran . Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) kini. kita harus mempertajamkan kemahiran mengajar melalui ICT meneroka dan menukar maklumat dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman. Dan di sinilah penyelidikan tindakan menyediakan cara untuk membolehkan proses tersebut berlaku. “why things are we going to resolve the problem” tentang keputusan pedagogi dan tindakan hanya boleh dibentuk dengan penilaian kritikal melalui dialog reflektif. dan sebagai guru. Peningkatan profesionalisme diri merupakan proses perkembangan are happening that way” dan “ how Kesedaran peribadi yang memerlukan suatu kesedaran tinggi tentang “ what’s going on”. Ia menajamkan kecekapan serta keyakinannya dan ia akan menjadi kreatif. dokumentasi dan tindakan. Guru mampu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur hidup.Satu langkah yang bijak untuk meningkatkan profesionalisme diri ialah membuat jaringan/ networking dengan guru-guru di negara lain sebagai mencerminkan imej pengantarabangsa. Amalan membaca. 6 . guru harus mengamalkan konsep “ belajar seumur hidup”. Untuk meningkatkan profesionalisme diri. guru wajar menjadikan profesion keguruan “ a research-based profesion” iaitu profesion yang berasaskan kajian dan amalan pengajaran perlu berasaskan kajian saintifik dan bukan pendapat.wajib dipupuk di kalangan guru untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme diri serta bertindak secara professional.

pengalaman dan kematangan psikologikal seseorang yang sedang diasuh dan boleh memberi aktiviti-aktiviti yang akan membawa kepada peningkatan profesionlismenya. serving as a role model. 2001).Program secara on-line merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara on-line. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru Bahasa Inggeris memperkembangkan profesionalisme diri melalui internet adalah menggalakkan. Sistem Pementoran sebagai cara peningkatan diri Satu pendekatan untuk mempertingkatkan tahap professional diri guru ialah sistem pementoran di sekolah-sekolah.” Berdasarkan definisi di atas. teaches. sponsors. guru boleh meningkatkan profesionalisme diri dengan mengadakan perjumpaan dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk membincangkan dan membuat refleksi sesama mereka pengalaman mengajar 7 . counsels and befriends a less skilled or less experienced person for the purpose of promoting the latter’s professional and/or personal development. setiap guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor di tempat bertugas bagi memberi bimbingan berterusan dan meningkatkan tahap profesionalisme mereka. Guru boleh mengadakan perbincangan intelektual dengan guru yang lebih berpengalaman mengenai pengetahuan baru. Melalui sistem pementoran ini. encourages. teknik-teknik baru dan bimbingan dalam penilaian seperti pembinaan item soalan. pementoran merujuk kepada : “ a nurturing process in which a more skilled or more experienced person. Diskusi di Pusat Kegiatan Guru Akhir sekali. ia membawa implikasi bahawa berlakunya proses perkembangan di mana orang yang mengasuh mampu untuk mengenalpasti kebolehan. Mengikut Anderson (1987). Antara contoh ialah VirTEC ( Virtual Teacher Education Center) yang dibina dan menjadi satu landasan untuk merangsang guru dalam perkembangan professional guru Bahasa Inggeris ( Mohamad Amin Embi et al.

Kewibawaan guru merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Dengan cara ini.topik-topik tertentu di samping mendapat input-input baru daripada fasilitator yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Usaha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan. guru akan dapat menambahkan ilmu. bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era 8 . Dengan ini. ketrampilan dan berkongsi pengalaman bagaimana hendak memilih strategi terbaik untuk menyertai masalah pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran seperti yang dinyatakan oleh Fullan & Hargreaves(1993) bahawa guru perlukan “ interactive professionalism” Penutup Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Guru sentiasa perlu membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran –pembelajaran. guru dapat teknologi dan globalisasi.

Berbandingkan sistem banyak berperanan sebagai fasilitator yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Guru dalam alaf baru seharusnya berprofesional dan mempunyai ciri-ciri yang digambarkan dalam Rajah 1 berikut. Guru yang berwibawa • • • • • • • • Sahsiah Bertaqwa Berakhlak Berperibadi mulia Mempunyai komitmen Bersopan santun Bersikap positif Berkebolehan memimpin Mengamalkan budaya ilmu • • • • • • • • Ketrampilan Merancang Pengajaran pembelajaran (PP) Mengurus PP Memilih Strategi PP Merangsang PP Kemahiran Teknologi Kemahiran generic Kemahiran Kaunseling Menilai PP • • • • • Ilmu Isi kandungan mata pelajaran Pengetahuan Kandungan Pedagogi Bahan Kaedah teknologi 9 .(b) Bagaimanakah martabat peningkatan kualiti guru boleh meningkatkan profesion keguruan? Pendahuluan Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini pendidikan kini. Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu kepada penyampai ilmu. guru lebih memasuki satu lagi era baru.

pedagogi yang terkini. keilmuan dari sudut kaca bilik darjah. sekolah. Antara pengetahuan kandungan pedagogi dan mempunyai sahsiah yang boleh menjadi 10 . martabat guru dilihat daripada pelbagai aspek seperti agama. inovasi-inovasi dalam teknologi dan teori-teori psikologi yang boleh diguna pakai untuk generasi kini. Guru harus meningkatkan kualiti pengajaran dengan mengamalkan konsep belajar seumur hidup untuk mengemas kini pengetahuan. guru perlu mengubah paradigma selari dengan usaha untuk memenuhi kehendak masyarakat kini. Mengikut Ibrahim Bajunid. banyak perubahan dalam pelbagai aspek pasti mengubah arena pendidikan. Peningkatan kualiti guru diharap dapat memartabatkan profesion keguruan ke arah merealisasikan matlamat pendidikan negara bertaraf dunia. ekonomi. Walau pun mesej agak mudah tetapi adalah tidak mudah untuk dilaksanakan kerana ianya memerlukan keperihatinan dan tanggungjawab semua pihak. mempunyai iaitu kemahiran dan ketrampilan dalam proses pengajaran pembelajaran teladan kepada pelajar.Rajah 1 : Model Guru yang Profesional ( petik daripada Mohamad Sani. daerah. institut. Peningkatan kualiti ke arah memartabatkan profesion keguruan Dalam alaf baru ini. negara dan serantau. Memartabatkan profesion keguruan adalah usaha untuk menyemarakkan kembali profesion ini yang kian hilang kewibawaannya. budaya. politik. boleh dirumuskan bahawa kualiti guru yang diinginkan adalah guru yang berilmu dalam pengetahuan kandungan. 1998) Berdasarkan Rajah 1. Ini bermaksud semua pihak harus bertanggungjawab untuk meningkatkan maruah/ martabat profesion keguruan. Oleh itu. Antara strategi yang dapat meningkatkan membantu proses ini ialah pemerliharaan status guru sebagai profesional yang mempunyai ciri-ciri tersenarai dalam Rajah 1 dan seterusnya kualiti guru dan kewibawaannya dalam ketiga –tiga komponen tersebut.

guru juga boleh menggunakan komputer dalam pembelajaran. sosiologi pendidikan. Untuk keberkesanan pengajaran. membimbing pelajar sebaik-baiknya. pedagogi. akses kendiri.matlamat pendidikan yang perlu direalisasikan oleh guru yang berkualiti demi memartabatkan profesion termasuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. menyediakan semua warganegara Malaysia. guru pada asasnya perlu menguasai ilmu atau pengetahuan kandungan terkini. guru yang pendekatan /kaedah yang terbaru seperti pengajaran berbantukan komputer dan koperatif. melahirkan insan yang beriman. penyelidikan tindakan . Adakah semua guru dapat melakukan ini? 11 . teknologi pendidikan dan penilaian dapat mencari alternatif untuk membantu pelajar belajar secara berkesan. berilmu. pedagogi bestari dan sebagainya. berketrampilan dan sejahtera. profesionalisme diri dengan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran ilmu pendidikan seperti psikologi pendidikan. mengolah dan memudahkan kurikulum yang disediakan kaedah-kaedah meningkatkan kolaboratif dan serta mengajar dengan meneroka Di samping itu. Aspek-aspek seperti ketepatan masa memasuki bilik darjah. Peningkatan dalam profesionalisme melalui pelbagai strategi seperti diri menghadiri kursus. dan cara pengolahan penulisan hasil daripada pembacaan input-input on-line. pengaksesan internet dan pembacaan secara on-line akan membekalkan guru yang berjiwa positif dengan keilmuan dan ketrampilan tinggi untuk melaksanakan tugas mereka. pengetahuan kandungan pedagogi. Guru berilmu dan berkemahiran keguruan meningkatkan martabat profesion sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara dan memberi peluang-peluang pendidikan kepada Untuk memartabatkan profesion keguruan. diskusi intelektual. berakhlak mulia. Kualiti pengajaran yang meningkat akan membawa implikasi baik terhadap profesion keguruan dan masyarakat seterusnya menghormati kewibawaan guru.

Guru alaf baru dan peranan sebagai role model demi memartabatkan profesion Guru dalam alaf baru perlu membina budaya ilmu dengan melengkapi diri yang berguna dan dengan pengetahuan baru. guru dapat berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan akademik bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai role model. Di samping itu. Persoalan adalah sama ada semua guru mengambil kesempatan dalam perkara ini? Pengetahuan kokurikulum ke arah pembentukan guru berkualiti Aspek ko-kurikulum harus diberi perhatian untuk membentuk pelajar yang seimbang dan berkembang secara fizikal juga serta berguna pada masa hadapan. Guru sebagai penggerak utama masyarakat dalam mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang berguna kepada negara. guru hendaklah mengambil kesempatan menggunakan sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang disediakan dengan sepenuhnya bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan memartabatkan profesion keguruan. berkemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. teknologi dan pengkomputeran. pelajar. Maka adalah tanggungjawab kita sebagai guru untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan pengurusan ko kurikulum agar dapat mencorak insan seterusnya memartabatkan profesion kita. Guru harus mengetahui tentang organisasi aktiviti ko-kurikulum agar dapat mencorak pelajar yang baik dari segi sahsiah dan kesihatan serta menjauhkan diri daripada gejala-gejala sosial yang tidak diingini. guru berupaya dan berketrampilan supaya boleh diteladani dari segi kemapanan guru harus memperolehi kemahiran mengurus emosi(EQ) dan menerap nilai-nilai murni/moral agar menjadi teladan kepada 12 . Melalui kemudahan ini. berkebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes.Di samping itu.

ketekunan kerja serta mengamal nilai-nilai murni. Guru harus menanam sikap positif dalam melaksanakan tugas bagi mempertingkatkan kualiti kerja. Guru yang berada ditahap motivasi yang tertinggi dan mempertahankan profesion matlamat pendidikan. keilmuan. meningkatkan disiplin diri untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang dan memberi sumbangan positif yang berterusan kepada negara. Guru sebagai seorang individu dan perkembangan profesionalisme guru adalah berkait rapat dengan proses penyuburan diri dan ini mempengaruhi guru itu sendiri. Penghayatan etika kerja keguruan dalam pembentukan sikap demi profesion Di samping itu.sahsiah. mematuhi dan menghayati etika kerja bagi mencapai kualiti sepanjang masa serta kecemerlangan pendidikan sepanjang usia. Perkembangan profesionalisme diri guru berkait rapat dengan putaran hidup komitmen guru yang bergantung kepada umur guru dan kesan sikap terhadap perubahan dan penambahbaikan. misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia. berpegang kepada profesional dalam mendidik dan membimbing generasi muda. Guru perlu memotivasikan diri masing-masing untuk menunaikan kewajipan dan tanggungjawab terhadap pelajar sebaik-baiknya. Antara prinsip etika ialah menjalankan tugas dengan niat yang betul seperti dituntut oleh agama dan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai guru. Pengalaman guru mungkin menimbulkan sikap positif/ negatif terhadap perkembangan profesionalisme guru selanjutnya. Ciri-ciri akan berusaha merealisasikan 13 . guru hendaklah memahami. Penampilan diri yang dinamik. kita mengamal prinsip etika kerja sepanjang masa untuk menjaga kualiti kerja yang tinggi. budaya saing supaya kualiti kerja menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan akan menjadi teladan kepada rakan sejawat.

sosial.sahsiah dari segi tekal dalam tanggapan. Dengan kualiti guru yang beriman. budaya. berdisiplin dan beradab akan mewujudkan martabat dan kecemerlangan profesion keguruan. Ini secara langsungnya meningkatkan martabat guru di kaca mata masyarakat. menepati janji. dedikasi. Justeru itu . berbudi pekerti . benar. berdisiplin sentiasa meninggikan imej profesion. Antara nilai-nilai utama dalam etika kerja guru yang perlu diikuti adalah amanah. guru yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas dengan penuh terbuka. bijaksana. alam sekitar dan teknologi. sentiasa berusaha menimba ilmu pengetahuan akan meninggikan imej guru. berawakan baik dan sentiasa tenang dan penuh kesabaran apabila menghadapi masalah dan cabaran. ekonomi. Guru yang mempunyai etika kepimpinan yang baik seperti role model kepada pelajar. guru harusnya dapat membentuk sistem sosial yang cekap dan saksama dan mengamalkan akhlak terpuji supaya dapat menjadi contoh teladan kepada pelajar. berfikiran menerima teguran dan mengambil berat terhadap masalah pelajar dan rakan sejawat dapat menjaga imej profesion keguruan. Kementerian Pendidikan: 8-15 ) Guru yang menjalankan tugas berdasarkan nilai-nilai utama ini dapat memartabatkan profesion keguruan. peranan guru dalam membentuk masyarakat madani yang berteraskan keimanan dan moral di mana guru perlu mempunyai kemahiran untuk memperkembangkan individu dari segi pemikiran. Dengan ini. bermoral dan berahlak mulia. Selain itu. Contoh yang baik akan mempengaruhi sikap dan pembawaan pelajar dan ini meningkatkan rasa hormat para pelajar terhadap guru. sedia komitmen. Guru yang bersikap positif dan sensitif terhadap persekitaran kerja. bersyukur. Peningkatan kualiti guru dari segi guru berakhlak mulia. ikhlas dan penyayang (Etika Kerja. rakan sejawat dan masyarakat amnya. kewibawaan profesion keguruan terjamin dan disanjung tinggi. Guru perlu mempunyai keikhlasan dalam menjalankan tugas sebagai pengurus ilmu dan penjelas nilai selaras dengan kehendak Rukun Negara dan tidak 14 .

menghadiri pelbagai latihan dalam perkhidmatan dan membuat refleksi tentang diri. 15 . guru dapat mengembalikan imej guru yang pada masa kini kian merosot. Guru harus menjadi pemimpin teladan kepada pelajar. kemahiran dan mempunyai sikap yang positif serta dapat mengawal emosi (EQ). sikap seseorang guru itulah yang menentukan sama ada guru tersebut ingin berubah dan sedia menerima pengetahuan dan kemahiran terkini serta menggunakannya dalam arena pendidikan.bercanggah dengan etika kerja. Proses ke arah meningkatkan martabat profesion keguruan supaya diakui dan dihormati oleh masyarakat bukanlah suatu yang mudah dan perlu semua guru mempunyai sikap positif untuk memperkembangkan diri secara professional dan menghayati kod etika keguruan sebagai panduan menjalankan tugas harian. berketrampilan dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar. cabaran dan halatuju. Guru seharusnya mengamalkan budaya membaca untuk menimba ilmu dan pengetahuan terkini. Namum begitu. Kesimpulan Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Dengan peningkatan kualiti dari segi ilmu. ibu bapa dan masyarakat dengan memperlihatkan budi pekerti yang tinggi. dalam apa jua usaha untuk meningkatkan martabat profesion keguruan.

Journal of Curriculum Studies. Universiti Kebangsaan Malaysia.BIBLIOGRAFI Boon. Developing teachers: the challenges of lifelong learning. Bolton. UKM Schon.S.Changing Practice. 62(2): 129-169 Mohamad Sani Ibrahim.P. Journal of Education.(2002). Knowledge and Teaching. Vol. 25. (1990).A.A. Konsep Guru Profesional. Fullan.P. Kagan. London: Falmer Press. (1983). Feeling Good: Primary Professional Development Explored . Broadhead.L. Dlm Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan. Disertasi Doktor Falsafah . Pemikiran Al Ghazali Tentang Pendidikan. Putrajaya.London: The Falmer Press.D. New York :Basic Books Seldin. Harvard Educational Review. Review of Educational Research.A.22:509 – 527 Robiah Sidin (2002).D. Fakulti Pendidikan. (1992). Hamid Fahmy Zarkasyi (1990). Changes forces:probing the depth of educational reform. Renaissance Palm Garden.E. C. The Reflective Practitioner: how professionals think in action.(1997). No 3 Day. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.57(1):1-22 16 . Perkembangan Profesionalisme Guru: Satu Tuntutan dan Satu Kemestian UPSITEC2002: The Inaugural UPSI international Teacher Education Conference.(1993).6-8 Mei Richert. Foundations for a new reform. Professional Growth Among Preservice and Beginning Teachers. Successful Use of the teaching portfolios.(2002).MA:Anker Publishing Company Shulman .M. Pelaksanaan Kerja Kursus Berportfolio di kalangan guru praperkhidmatan.(1987).Y.(1999). Teaching teachers to reflect: A consideration of programme structure.M & Hagreaves. P.

Uniten. 17 . Residence Hotel.Universiti Kebangsaan Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan 2002. 3-4 Jun 2002.(2002).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->