You are on page 1of 8

KULIAH 3 – TA MADUN INDIA

Objektif:
Di akhir pelajaran ini anda akan dapat mengetahui
1. Latar belakang sejarah tamadun India
2. Mempelajari sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat India
(unsur-unsur utama dalam tamadun India)
3. Pengaruh Islam dalam tamadun India
4. Pengaruh tamadun India

Kandunga n:
1. Pendahuluan
2. Perkembangan Tamadun India
3. Unsur-unsur Utama Tamadun India
4. Islam di India
5. Pengaruh Tamadun India
6. Kesimpulan

Pendahuluan
Negara India terletak di bahagian Selatan benua Asia. Keluasan negara
India ialah 2,354, 175 km persegi. Negara India boleh dibahagikan kepada
dua kawasan geografi iaitu:
a. India Utara
b. India Selatan
Kedua-dua kawasan ini mempunyai rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya
dan amalan keagamaan yang berbeza.

Latarbelakang Per ke mbanga n Tamadu n India


Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak 100,000 s.m. di benua
Lumeria di Selatan India.
Antara 10,000 hingga 6,000 s.m. wujud penempatan manusia di kawasan
Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India.
Sekitar 3,000 s.m. penemuan kesan-kesan tamadun Lembah Indus yang
merangkumi kawasan-kawasan Mohenjodaro di daerah Montgomery.
Penemuan arkeologi membuktikan masyarakat di Lembah Indus sudah
mencapai tamadun yang tinggi.

1
Tahap Per kem bangan Tamadun India
a. Zama n Kuno (1 50 0 s. m. – 1 20 0 m)
Menyaksikan kedatangan orang Aryan dari Asia Tengah dan
menguasai beberapa bahagian di India seperti Lembah Ganges-
Jamuna-Doab.
Penguasaan orang Aryan ini dikenali sebagai zaman Vedile. Zaman
ini pula dibahagikan kepada dua zaman iaitu:
1. Vedile Awal (1500 s.m. – 100 s.m)
2. Vedile Akhir (1000 s.m. – 500 s.m.)
Interaksi antara orang Aryan dengan penduduk tempatan melahirkan
budaya Indo-Aryan. Pada tahun 321 s.m. muncul pula Dinasti
Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dan dibantu oleh
anaknya Asoka.
Mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan yang lebih
penting dalam perkembangan agama Buddha dan Jainism.
Pada tahun 320-520 s.m. muncul pula Empayar Gupta yang terkenal
dengan perkembangan kesusasteraan Hindu dan seni bina kuil.
Pada masa ini juga lahir kerajaan-kerajaan kecil seperti Chera, Cola
dan Pandhya.

b. Zama n Pertengahan
Dikenali sebagai zaman Islam di India. Kemasukan Islam telah
melahirkan satu tamadun yang lebih cemeralang. Kerajaan Islam
yang terkenal ialah kerajaan Sabaktaqin, Ghori, Khilji dan Mughal.

b. Zama n Penjajahan Ba rat (mulai 17 50 )


Kuasa Eropah yang paling awal tiba di India ialah Portugis (1498) di
bawah Vasco da Gama. Kedatangan mereka kerana kepentingan
a. Perdagangan
b. Politik
c. Agama Krisitian

Kuasa Belanda menduduki Pulikat, Masulipatar dan Surat.


Kuasa British telah menawan Surat (1612), Madras (1640), Bombay
(1655) dan Calcutta (1690). Pengaruh British terus berkembang
terutamanya selepas Perang Plassey (1756).
Kedatangan penjajah ini telah membawa masyarakat India menerima
pengaruh pemodenan dan budaya barat seperti agama Kristian,
bahasa Inggeris dan cara hidup barat.

2
UNSUR-UNSUR UTAM A DALA M TAM ADUN INDI A

Siste m Pemerintahan

a. Raja/ Ketua Negara


- Sistem pemerintahan bercorak monarki sejak kerajaan awal sehingga
kemasukan British ke India.
- Pemimpin tertinggi dikenali sebagai Raja, Maharaja, Darmamaharaja,
Maharajathiraja, Chakravarti, Rendan, Arasar, Mannar.
- Raja mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menteri-menteri.
- Raja dilantik secara turun-temurun dan jawatan Raja Mahkota adalah
bakal raja. Raja biasanya mempunyai hubungan yang rapat dengan
golongan Brahmin.
- Setiap kerajaan mementingkan angkatan tentera yang kuat – unit
infantry,
unit gajah dan unit kuda.

b. Pentad bi ran Wilaya h


- Sesebuah kerajaan yang besar membahagikan negaranya kepada
beberapa wilayah. Wilayah-wilayah ini pula dibahagikan kepada
kampong-kampung besar (Kurram) dan paling kecil dinamakan kampong
(Kottam)
- Kedatangan penjajah barat, dasar Europeanisme diperkenalkan. 90%
cukai diberikan kepada kerajaan.
- Sistem Presidensi diperkenalkan di Benggal, Madras dan Bombay.

Aga ma
a. Hindu
b. Buddha
c. Jaina
d. Sikhism
e. Islam

Ilmu Sains dan Mate matik


a. Fizik dan Kimia – konsep jirim diperkenalkan. Ala mini terdiri dari
5 elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa.
b. Perubatan - perkembangan bidang Fisiologi, pembedahan, seni
pernafasan (Yoga), reproduksi manusia, farmakalogi, perubatan
binatang. Buku perubatan terkenal ialah Cakara dan Susruta.

3
c. Mate matik – menggunakan kaedah tali (Sulvasutra). Menggunakan
konsep Geometri dalam upacara-upacara agama. Memperkenalkan
sistem perpuluhan. Karya matematik yang terkenal ialah Bakshali
dan Aryabhatiya.
d. As tronomi – India pelopor bidang astronomi. Unsur matahari,
bulan, bintang dianggap sebagai Tuhan. Dalam kitab Rig Veda ada
keterangan mengenai lintasan matahari dibahagikan kepada 12
bahagian dan satu bulatan dibahagikan kepada 36 bahagian yang
bermaksud 360 hari dalam setahun iaitu 12 bulan.

Bahasa dan Sastera


- Masyarakat Indo-Arya (bahagian utara) – bahasa Sanskrit.
- Masyarakat Dravidia ( bahagian selatan) – bahasa Tamil.
- Terdapat dua jenis kesusasteraan berdasarkan bahasa Sanskrit dan
bahasa Dravidia.
- Karya-karya epik yang utama ialah Ramayana, Mahabrata dan
Buddhacharita.
- Tema-tema yang dibincangkan
a. Ramayana – peperangan antara Rama dan Ravana
b. Mahabrata – peperangan antara Kaurava dengan Pandara
c. Arthasastra – aspek-aspek politik, ekonomi, pengurusan,
kesejahteraan negara dan ketatanegaraan.
- Zaman Islam dikenali dengan kesusasteraan Siddha. Karya utama
“Seera Purana oleh Umaru Pulacar. Zaman Mughal muncul tokoh-
tokoh seperti Abu Fazl, Nizamuddin dan Badauni. Sultan yang
mengutamakan kesusasteraan ialah Akhbar, Shah Jehan dan
Jahangir.

Senibina
- Senibina Hindu bermula dengan pembinaan kuil pada zaman Gupta.
Kuil-kuil menggunakan ukiran Hindu.
- Senibina Buddha bermula pada zaman Maurya, Asoka dan Vedik
dengan menampilkan struktur stupa Buddha.
- Seni bina Islam menggabungkan cirri-ciri Parsi dan tempatan. Pada
masa pemerintahan Sultan Mahmud Ghazni menyaksikan pembinaan
masjid Quwait Al-Islam di Delhi yang menggabungkan ciri-ciri
Hindu-Islam. Senibina Islam yang termasyhur sehingga kini ialah
Masjid Jamek di Fatehpur dan Allahabad , Masjid Moti di Agra, Taj
Mahal, Kota Merah di Agra.

4
Kemasyarakatan dan Ke keluargaan
- Mengamalkan sistem kasta di mana masyarakatnya dibahagikan
kepada
a. Brahmin – golongan agama dan kerohanian
b. Ksytria – tentera dan keselamatan
c. Vaisya – peniaga
d. Sudra – petani
- Terdapat 4 peringkat kehidupan (ASRAMA). Kitab Jabala Unapishad
menjelaskan 4 peringkat tersebut iaitu:
a. Brahmacarya
b. Ghastra
c. Vanaprahasta
d. Sannayasa

- Kaum wanita mendapat tempat istimewa dalam masyarakat sejak


zaman tamadun Lembah Indus dan dikenali sebagai Mother Goddes.

5
ISLAM DALAM TAMADUN INDIA

- Islam tersebar ke India melalui beberapa cara iaitu:


1. Dakwah
2. Perdagangan
3. Perkahwinan

- Agama Islam mula bertapak di India pada abad ke-8 apabila


Muhammad Al-Qasim berjaya menguasai Wilayah Sind pada tahun
706 (87 Hijrah). Pada peringkat awal, Islam bertapak di bahagian
Utara India.
- Kerajaan Islam yang pertama ialah Kerajaan Sabaktaqin memerintah
dari 1004-1186. Pemerintahnya ialah Sultan Mahmud Al-Ghaznawi,
beliau berjaya menguasai satu kawasan yang luas di utara India.
- Kerajaan-kerajaan Islam yang lain ialah Kerajaan Ghori (1189-
1289), Kerajaan Khilji (1289-1321) dan yang paling terkenal ialah
Kerajaan Mughal (1527-1857).
- Dinasti Mughal memerintah selama 400 tahun dan menjadi kuasa
yang dominan dalam sejarah tamadun India dan memiliki kawasan
yang luas.
- Pemimpin-pemimpin Dinasti Mughal yang terkenal ialah
a. Akhbar
b. Jahangir
c. Shah Jehan
d. Aurangzeb
e. Bahadur Shah
- Elemen-elemen dari Timur Tengah telah dibawa masuk dan
diasimilasikan dengan unsur-unsur tempatan dan melahirkan budaya baru
yang dipanggil Indo-Islam.

6
PEN GARUH TA MADUN INDIA K EPADA DUNIA

A. K eagamaa n dan K epercayaan


Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan berkembang luas di Asia
Tenggara.
Berlaku Sinkritisme antara agama Hindu-Buddha dan kepercayaan
masyarakat pribumi.

B. Kesenian dan H iburan


Paling berkesan dari segi senibina khususnya dalam pembinaan Candi
dan Kuil. Contohnya seperti Angkor Wat, Candi Borobudur.

C. Bahasa dan Kesusast eraan


- Masyarakat Asia Tenggara menggunakan bahasa Sanskrit
sehinggalah kedatangan agama Islam. Buktinya melalui penemuan
prasasti-prasasti Talang Tuwo/Kedukan Bukit yang menggunakan bahasa
Sanskrit.
- Terdapat penggunaan bahasa Sanskrit seperti syurga, neraka,
sembahyang dan sebagainya.
- Kemasukan epik terkenal seperti Ramayana dan Mahabrata. Ia dikenali
dengan nama yang berbeza di Thailand (Ramakien), Tanah Melayu
(Hikayat Seri Rama), manakala karya Mahabrata juga dikenali dengan
pelbagai nama seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa, Hikayat
Panca Delima dan Hikayat Sang Boma dan karya sejarah agung iaitu
Negarakertagama.

d. Pemerintaha n dan K erjaan


Kemunculan kerajaan di Asia Tenggara seperti Funan, Chenla, Angkor,
Sukhotai/Ayuthia, Langkasuka, Tambaralinga, Folo-an, Kedah Tua/Gangga
Negara, Mataram, Singgasari, Majapahit dan Srivijaya.

E. Idea Polit ik dan Ber kerajaan


- Konsep “kosmologis” yang meletakkan raja di tempat yang teratas. Raja
dianggap sebagai penjelmaan Dewa Vishnu dan Siva.
- Pemerintahan raja yang berpandukan kepada kitab-kitab perundangan
dalam pemerintahan. Kitab-kitab ini adalah mengambil beberapa aspek
dari sistem perundangan Hindu seperti Kitab Dharmasutra/Hukum Kanun
Manu.

7
Kesimpulan
Tamadun India agak unik jika dibandingkan dengan tamadun asia yang lain.
Ini kerana pengaruhnya begitu menyeluruh dari aspek politik, dan sosial.
Walau bagaimanapun, di Tanah Melayu/Malaysia secara amnya pengaruh
agama Hindu tidak kekal, begitu juga dengan pengaruh budaya India
semakin dipinggirkan.

Soalan P erbincanga n
1. Pada pendapat anda, apakah unsur yang paling penting
dalam Tamadun India?
2. Mengapakah Tamadun India tidak berjaya mengekalkan
pengaruhnya dalam Tamadun Melayu?
3. Bagaimanakah Islam mempengaruhi kehidupan masyarakat
India? Terangkan perbezaan sebelum kedatangan Islam dan
selepas kedatangan Islam dalam Tamadun India?

Rujukan
1. Besham, A.L., The Wond er That Was India , 3 rd Ed. London,
1967.
2. Majumdar, R.C., et. An Advanced History of India , New Delhi,
Calcutta, Bombay Madras, Macmillan India, 1967.
3. Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan,
Tamadu n Dunia , Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1999.
4. Raja Krishnan, R. dan Rajantheran,M, Pengantar Tamadun India ,
Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1994.
5. Mahayudin Hj. Tahya dan Ahmad Jelani Halimi, Sejarah Isla m ,
Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995.