You are on page 1of 1

JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

PERSIARAN DUTA, OFF JALAN DUTA,


50604 KUALA LUMPUR.

Tel : 03-6203 7777


Fax : 03-6203 7788

Ruj. Kami : JP** $$-$$-07(**)


Tarikh : 3 Mei 2007

Semua Pengetua / Guru Besar


SMK/SK/SJK (c)/SJK (T)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Y. Bhg. Datin/Tuan / Puan,

a. Penggunaan sekolah sebagai Pusat Pengundian Bagi Plilhan Raya Umum Ke 12


b. Pelantikan Guru-Guru dan Kakitangan sekolah sebagai petugas – petugas Pilihan Raya Umum Ke
12

Dengan hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Seperti yang kita sedia maklum, Pilihan Raya Umum Ke 12 akan diadakan dalam masa yang
terdekat ini. Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengenalpasti sekolah – sekolah berkenaan
untuk dijadikan pusat mengundi. Pegawai – pegawai pengurusan pilihan raya juga telah dilantik
untuk melaksanakan urusan pilihan raya bagi kawasan – kawasan Pilihan raya Parlimen berkenaan.
Pegawai – pegawai pengurus berkenaan juga dikehendaki melantik beberapa petugas pilihan raya
seperti Ketua Tempat Mengundi dan kerani tempat mengundi. Lantikan ini akan dibuat dari
kalangan guru dan kakitangan sekolah.

3. Justeru itu pihak Jabatan member kebenaran pengunaan bangunan sekolah sebagai pusat
mengundi dan perlantikan guru dan kakitangan sekolah sebagai petugas – petugas Pilihan raya
Umum yang akan dating.

4. Kerjasama Y. Bhg Datin/Tuan/Puan amat kami hargai dan diucapkan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

( ***************)
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
b.p Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran ******** *******

Salinan:

a. Semua Ketua Sektor, ****


b. Semua Ketua Unit, ****

“CEMERLANG DI KALANGAN YANG CEMERLANG”


(Sila catatkan no. rujukan Jabatan ini apabila berurusan)

Rate