You are on page 1of 28

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SIDANG AKADEMIK 2010/2011

JUL 401 – BAHASA MALAYSIA

KARANGAN

SOALAN NO 4 – LEDAKAN REVOLUSI TEKNOLOGI MAKLUMAT
MELALAIKAN GOLONGAN REMAJA. BINCANGKAN.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan

teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas:

berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan

mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,

memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan

waktu

Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk

memajukan bidang multi media mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia

tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia

atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750

kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Namun begitu, dalam keghairahan kita

menggunakan teknologi yang semakin canggih, seharusnya perlu dilihat kesan yang

memudaratkan jika pembangunan tidak mengikut acuan yang betul.

Berdasarkan kajian oleh Norton Online Living Report 2009 di Malaysia tentang

tabiat penggunaan internet, pasti antara kita terkejut kerana sebenarnya remaja di negara

kita menghabiskan masa 16 jam seminggu untuk melayari internet. Jumlah itu sebenarnya

adalah 6 jam lebih banyak daripada masa purata Norton Online Report di peringkat

global yang menjalankan kajian ke atas 12 negara utama di dunia. Tempoh masa itu juga

adalah 4 jam lebih banyak berbanding ibu bapa mereka yang melayari internet. Menerusi

kajian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada

tahun 2008, pengguna internet majoritinya adalah daripada lingkungan umur 15 hingga

19 tahun iaitu 17.9% dan diikuti dengan lingkungan umur 20 hingga 24 tahun sebanyak

15.7%. Jika dilihat daripada perangkaan ini, jelas bahawa kelompok remaja dan belia

lebih ramai menggunakan internet, berkemungkinan ia menunjukkan bahawa golongan

tersebut menggunakan internet untuk proses pembelajaran sama ada di sekolah atau di

Institut Pengajian Tinggi. Namun kita harus sedar, situasi ini menyebabkan golongan

tersebut lebih terdedah kepada penggunaan internet yang lama dan yang menjadi

persoalannya, apakah yang dilakukan oleh remaja di dalam talian tersebut, adakah

mereka memanfaatkan kemudahan itu untuk sesuatu yang berfaedah atau sekadar

mencari keseronokan yang akhirnya menyumbang kepada permasalahan sosial negara

kita?

Komponen teknologi maklumat seperti internet menjadi wahana penyebaran

unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. Gambar dan bahan

pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja

yang dahagakan pengetahuan seks menjadikan bahan pornografi ini sebagai bahan

rujukan utama ketika mengakses maklumat-maklumat yang terdapat di dalam internet.

Petikan akhbar Kosmo yang bertarikh 5 Februari 2010 baru. Penggunaan internet ini juga boleh mendatangkan banyak keburukan terutamanya kepada remaja yang terlalu taksub dengan penggunaan internet ini dan pihak yang tidak bertanggungjawab pula akan mengambil peluang yang ada untuk menyalahgunakan teknologi ini dan ianya akan mendatangkan lebih banyak kesan buruk terutamanya kepada para remaja yang terlalu asyik dengan penggunaan internet pada masa kini. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Selain itu. gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak. Umum mengetahui bahawa penggunaan internet pada masa kini telah menjadi ‘kegilaan’ masyarakat terutama remaja sama ada dalam negara mahupun luar negara. Akibat kegilaan ini.Masalah ini juga merebak dengan cepat dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Dari sini jugalah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok. kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. menagih dadah. Internet boleh mengubah pemikiran manusia yang waras menjadi kurang waras terutamanya mereka yang terpengaruh dan terlalu taksub dengan kecanggihannya. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa.baru ini membuktikan bahawa remaja sememangnya amat terpengaruh dengan penggunaan internet”. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Seramai dua puluh tiga orang pelajar termasuk tiga pelajar perempuan yang ponteng sekolah dicekup polis ketika mereka sedang leka bermain ‘game’ di sebuah kafe siber”. remaja mudah lupa diri. Ia begitu berpengaruh dan sifatnya yang dapat memasuki .

wujudnya keadaan di mana anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya. Akibat daripada kecanggihan teknologi pada hari ini juga telah menyebabkan kegiatan jenayah semakin berleluasa. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara. ledakan revolusi teknologi maklumat terhadap remaja yang perlu diperbahaskan juga adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya dalam kehidupan seseorang remaja. Internet sukar disekat apabila pintunya sudah dibuka. golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat- syarikat multinasional dan transnasional. . Contohnya urusan jual beli senjata api dan kegiatan merompak juga boleh dilakukan secara maya. Dalam keghairahan untuk mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat. Selain itu. bangsa dan agamanya sendiri. . Melalui pelbagai saluran. Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret dan leka di dalam proses globalisasi sosio budaya. anak-anak muda kita secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup barat. Di samping itu juga. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan golongan belia pada masa kini.mana-mana negara di dunia ini seperti tiada batasan sempadannya. . Ianya seolah-olah apa yang diperkatakan mengenai kebebasan bersuara masyarakat hampir mencapai tahap mutlak.

Penggunaan internet secara berleluasa dalam kalangan remaja banyak memberi kesan negatif dan menyumbang kepada masalah sosial pada hari ini.beriadah dan sebagainya. berbual dengan ibu bapa atau adik beradik yang lain.Tetapi keasyikan remaja terhadap komputer dan internet ini menyebabkan mereka kadang kala tidak berfungsi dan berperanan dengan masyarakat sekeliling. hubungan sosial di dalam masyarakat akan menjadi semakin rapuh akibat terlalu memberi tumpuan kepada penggunaan Internet.sama. mereka akan menjadi pelajar yang tidak bertanggungjawab terhadap pelajaran. apabila seseorang remaja itu meluangkan terlalu banyak masa dengan melayari internet mereka tidak mempunyai banyak masa untuk bersama dengan keluarga mereka seperti makan bersama. Kebanyakan remaja ini kurang berkomunikasi dengan orang lain dan hanya berada dalam dunia mereka sahaja. Masalah yang mungkin akan timbul ialah mereka akan menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dalam semua aspek kehidupan mereka. Selalunya penggunaan internet ini akan menyebabkan seseorang remaja itu terlalu asyik terhadapnya. Kita dapat melihat situasi dimana seorang remaja yang dahulunya . Selain itu juga. Mereka berpandangan dengan melayani kawan- kawan online mereka adalah lebih penting berbanding dengan pelajaran mereka Situasi ini dilihat sebagai suatu ketagihan kepada remaja sehinggakan mereka merasakan bahawa komputer dan internet merupakan sebahagian daripada keperluan asasi yang perlu ada di dalam hidup mereka. Mereka langsung tidak mengambil peduli tentang pelajaran dan tidak melakukan kerja rumah yang diarahkan oleh guru mereka.Selain itu. Mereka memandang hal tersebut sebagai hal yang remeh dan tidak begitu penting bagi mereka. Masa yang ada semuanya digunakan untuk melayari internet. Apa tidaknya kebanyakkan masa dihabiskan dengan menghadap komputer sahaja. Sebagai contoh.

Di sini kita dapat melihat internet memberi kebaikan dan juga keburukan kepada masyarakat. Ianya juga bergantung terhadap cara bagaimana masyarakat menggunakannya sama ada menggunakannya ke arah kebaikan ataupun menyalahgunakan teknologi ini.memiliki kehidupan sosial yang baik ´ditarik´ menjadi seorang remaja yang paranoid dan obses terhadap internet sehinggakan mereka tidak sabar-sabar untuk menghabiskan jadual persekolahan mereka semata-mata untuk memenuhi ´temu janji di alam maya´ mereka dengan komputer di rumah. Pada kesimpulannya. kemudahan teknologi pada masa kini terutamanya internet telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan masyarakat dan kepada pembangunan negara. .

KEFAHAMAN BACAAN. Dengan ini peniaga yang tegar menaikkan harga barang akan berfikir dahulu sebelum menaikkan harga barang dengan sesuka hati mereka. pengguna perlu bijak membuat pilihan. Contohnya sambutan dingin terhadap bekalan ayam yang dijual lebih mahal di pasar basah berbanding di pasar raya besar dianggap petanda bahawa orang ramai telah bijak menggunakan kuasa dan hak mereka selaku pengguna. Sekiranya semua pengguna mempunyai pengetahuan tentang kuasa beli yang dimiliki. . Pengguna juga perlu bijak memilih peniaga yang hanya menawarkan harga barang yang mengikut peraturan sahaja. pengguna berhak melaporkan kesalahan itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang tertakluk di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. tidak akan timbul lagi masalah pengguna ditipu oleh peniaga. Dengan kuasa beli yang dimiliki. 1) Pengguna perlu arif tentang hak-hak mereka. Jika ada peniaga yang menaikkan harga barangan dengan sesuka hati. Selain itu.

Taraf hidup masyarakat yang semakin meningkat menyebabkan kuasa beli dan citarasa pengguna juga semakin bertambah. Walaupun telah wujud akta yang mengawal aktiviti jualan murah. . Justeru itu. Antara usaha yang sentiasa mendapat perhatian adalah melalui jualan murah. para pengguna di negara ini perlu sedar akan kewujudan undang- undang yang mampu melindungi mereka dan memperuntukkan remedi tertentu bagi mereka menuntut keadilan dalam transaksi jualbeli. urusan jual beli secara curang dan tidak sihat seringkali berlaku dan memperlihatkan seolah-olah para pengguna masih tidak dilindungi. Masalah yang dihadapi pengguna pada masa kini adalah sangat luas dan mencabar seiring dengan kemajuan ekonomi yang dinikmati. sesetengah peniaga mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan cara yang salah. Melalui aktiviti jualan murah ini. namun kegiatan peniaga yang menyalahi undang-undang di dalam aktiviti ini masih tidak dapat dibendung. iaitu Akta Perihal Dagangan 1972. Para peniaga menggunakan pelbagai taktik bagi menarik perhatian pengguna membeli barangan yang dijual.2) Bersetuju kerana pada masa kini.

pelbagai akta telah digubal termasuklah Akta Kawalan Harga 1946. Akta Timbang Dan Sukat 1972. Akta Sewa Beli 1967. Namun demikian. sesetengah peniaga mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan cara yang salah. Dalam hal ini.Bagi melindungi pengguna. iaitu Akta Perihal Dagangan 1972. Masalah yang dihadapi pengguna pada masa kini adalah sangat luas dan mencabar seiring dengan kemajuan ekonomi yang dinikmati. namun kegiatan peniaga yang menyalahi undang- undang di dalam aktiviti ini masih tidak dapat dibendung. . Akta Kawalan Bekalan 1961. Akta Perihal Dagangan 1972. Antara usaha yang sentiasa mendapat perhatian adalah melalui jualan murah. jumlah kekerapan suatu jualan murah diadakan dan jumlah barangan yang dipilih untuk jualan murah itu5. sejauh manakah pengguna dilindungi oleh akta-akta yang dikuatkuasakan ini? Adakah akta-akta yang ada ini mampu menyelesaikan masalah kepenggunaan seterusnya benar-benar melindungi pengguna? Adakah pengguna di negara ini sedar akan kewujudan undang-undang yang melindungi mereka dan memperuntukkan remedi tertentu bagi mereka menuntut keadilan dalam transaksi jualbeli? Persoalan-persoalan ini perlu dirungkai bagi menjawab isu bahawa pengguna masih tidak terlindung. Penekanan diberi kepada beberapa aspek termasuklah tempoh jualan murah itu diadakan. Taraf hidup masyarakat yang semakin meningkat menyebabkan kuasa beli dan citarasa pengguna juga semakin bertambah. dan yang terkini Akta Perlindungan Pengguna 1999. Melalui aktiviti jualan murah ini. Akta Hakcipta 1987. 4) Para peniaga menggunakan pelbagai taktik bagi menarik perhatian pengguna membeli barangan yang dijual. 3) Urusan jual beli secara curang dan tidak sihat seringkali berlaku dan memperlihatkan seolah-olah para pengguna masih tidak dilindungi. Walaupun telah wujud akta yang mengawal aktiviti jualan murah. pihak kementerian telah menjalankan usaha mengkaji kemungkinan untuk memperketatkan kawalan jualan murah di bawah akta tersebut. Akta Jualan Langsung 1993. iaitu tidak melebihi 30 hari.

. Di sini kita dapat melihat internet memberi kebaikan dan juga keburukan kepada masyarakat. kemudahan teknologi pada masa kini terutamanya internet telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan masyarakat dan kepada pembangunan negara. Ianya juga bergantung terhadap cara bagaimana masyarakat menggunakannya sama ada menggunakannya ke arah kebaikan ataupun menyalahgunakan teknologi ini.Kesimpulan Pada kesimpulannya.

Secara sejarah. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet. kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja. kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti . cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. sebaliknya alam maya. berbanding dengan dahulu. cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Keupayaan menghantar. menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Hadirin yang budiman.’ cara perniagaan melalui elektronik. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau ‘e-commerce. dan teori maklumat. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. dari segi ekonomi.my’ bukan lagi satu perkara yang baru. Syarikat- syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Iklan tersebut berbunyi. jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan. dan meliputi banyak bidang. Di samping itu. Contohnya.com. dengan istilah ini lebih dapat dikenal. Pada hari ini. .sesuatu. komputer. Hadirin yang dimuliakan. istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi banyak aspek pengkomputan dan teknologi. “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah. malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu. pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik. Kini ‘www. Payung teknologi maklumat adalah amat besar. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah. bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputan. Selain itu.

Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50. Bill Gates (Microsoft Corporation). berita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya? Hadirin sekalian. Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi muda. sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat. Malah di Malaysia sendiri. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Selain itu. kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. 1999 di Chow Kit. Malah ketika melawat MSC. dengan adanya emel. masa dan ruang. pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mujurlah. memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Ini turut . insan terkaya di dunia. kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Maklumat. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei. Dari segi sosialnya pula. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. dan duduk sama rendah” dengan negara-negara maju yang lain. ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Umpamanya. Selain itu. ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman.keluaran industri kita. Tuan-tuan dan puan-puan. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Beliau menambah. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi.00 sejam.

kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan. Oleh itu. teknologi maklumat dan jaringan perkhidmatan digital dalam semua proses perkhidmatan dan perhubungan yang mempunyai sistem infrastruktur yang termoden. KEBELAKANGAN ini hampir setiap hari kita mendengar orang menyebut dan memperkatakan teknologi maklumat atau IT. Hadirin yang dikasihi.memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Sekian. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. MSC ialah satu kawasan yang dibangunkan berasaskan . Seluruh MSC akan dilengkapi peralatan telekomunikasi. jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. terima kasih. sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. menagih dadah. Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan. Selain itu. Dalam konteks Malaysia. Dari sini juga lah aktiviti- aktiviti negatif yang lain seperti merokok. namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Apatah lagi dengan usaha kerajaan untuk merealisasikan Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Cyberjaya. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.

Di mana-mana komputer boleh didapati dan tidak semestinya di pejabat saja. . Ia begitu berpengaruh dan sifatnya yang dapat memasuki mana-mana negara di dunia seperti tiada batasan sempadan. Oleh itu. Biasanya golongan remaja adalah golongan yang mudah terpengaruh dengan aspek sebegini. pengguna media perlu mempunyai satu keupayaan untuk menilai maklumat yang diperolehi melalui Internet ini. Mereka perlu diupayakan supaya mampu menilai kesan dan pengaruh media secara amnya. Tidak semua maklumat yang diperolehi melalui internet bermanfaat walaupun kebaikan sesetengah laman tidak boleh dipertikaikan. Mereka boleh menilai dan menguasai apa yang di lihat oleh mereka daripada apa yang diberi oleh media. Pengguna Internet perlu bersikap kritis supaya dapat memastikan tidak menerima sebarang maklumat secara bulat-bulat. Mereka menjadi lebih kritikal terhadap apa yang mereka perolehi atau lihat. Celik media bukan satu kempen antimedia. Begitu juga dengan penggunaan Internet yang kini kian menjadi ‘kegilaan’ masyarakat hari ini terutama remaja baik dalam negara mahupun luar negara. Seseorang yang celik media mampu mengenal pasti peranan dan kesan media dalam kehidupan seharian. Internet sukar disekat apabila pintunya dibuka seolah-olah apa yang diperkatakan mengenai kebebasan bersuara hampir mencapai tahap mutlak. Percambahan saluran internet ini mendedahkan masyarakat kepada pelbagai bentuk maklumat. Internet boleh mengubah pemikiran manusia terutama mereka yang terpengaruh dengan kecanggihannya. remaja mudah lupa diri. perlu dirumuskan satu pendekatan yang sistematik untuk menangani kesan dan pengaruh internet ke atas masyarakat di negara ini. langkah juga perlu diambil untuk menimbulkan kesedaran di kalangan pengguna media khasnya internet. Malah di kebanyakan rumah pun boleh dilihat ada komputer peribadi. Mereka bukanlah pengguna media yang pasif dan menerima apa saja yang dilihat dan dibaca. Semua urusan yang dijalankan akan menggunakan komputer. Seterusnya bagaimana menggunakan maklumat yang diperolehi dengan bijaksana. Nilai yang dipaparkan lebih menggambarkan nilai penghasil bahan yang sesetengahnya terlalu asing bagi kita. Maklumat yang diperolehi ada antaranya positif dan ada yang meninggalkan kesan negatif. Satu cara yang agak berkesan sekali ialah celik media. Oleh itu. Melalui internet kita dapat berhubung antara satu sama lain walau di mana sekali pun kita berada dan pada bila-bila masa. Komputer bukanlah satu perkara yang asing bagi masyarakat tidak kira di mana saja mereka berada. Walaupun kerajaan sudah mengambil langkah seperti penapisan dan mewujudkan peraturan bagi menangani masalah ini. Ini mencakupi memahami proses penyediaan dalam penyebaran maklumat oleh media.industri IT dan telekomunikasi. Bahan yang disebarkan mempunyai kesan positif dan negatif. Internet bermaksud hubungan antara jaringan. Akibat kegilaan ini. Sebuah rangkaian komputer antarabangsa yang terbesar di dunia yang mengandungi berjuta-juta komputer di seluruh dunia. Ia adalah keupayaan seseorang memahami sesuatu perkara atau kesan yang diterima dari media massa.

Bila dikenangkan kembali perkembangan pada tahap awalnya. Kebanyakannya menjanjikan program yang berbentuk keganasan. homoseksual dan beberapa penyakit sosial yang lain. Mereka sepatutnya mencari maklumat baru atau mendalami pengetahuan. itu adalah pilihan . sumbang mahram. Ini adalah daya usaha untuk memupuk kepekaan pengguna media. mengurangkan buta huruf. baik di kalangan kanak-kanak. Jika generasi muda mahu terus terperangkap di bawah pengaruh unsur-unsur negatif dalam internet yang boleh merosakkan pemikiran mereka. bohjan. lepak. Sebaliknya pelajar dan generasi muda wajar melayari laman web yang informatif dan bersifat ilmiah. Ada golongan tertentu yang mengambil kesempatan untuk mempergunakan media massa dalam membawa cerita atau berita yang berunsur negatif bagi mempengaruhi masyarakat. Pilihan terletak di tangan mereka sama ada untuk memanfaatkan IT untuk kemajuan diri. kita kerap mendengar pelbagai gejala sosial yang melanda anggota masyarakat hari ini seperti bohsia.Ia bertujuan mengembangkan keupayaan pengguna media untuk memanfaatkan media masa dan berupaya memberi maklum balas mengenai apa yang patut dilakukan secara lebih berkesan. remaja atau golongan dewasa. Disiplin diri penting untuk memanfaatkan dan menangani unsur-unsur negatif IT kerana pada akhirnya pengguna sendiri yang perlu membuat pilihan sama ada membuang masa dengan melayari laman yang tidak berfaedah atau memanfaatkan maklumat melalui Internet. Apakah media saja dipersalahkan? Bagaikan satu alasan yang mudah untuk dijadikan alat untuk menangkis sebarang persoalan. Media massa boleh dijadikan sebagai alat utama yang mampu memberi kesan dan mempengaruhi pemikiran masyarakat. Sering pula kita dengar media dipersalahkan. Sejak kebelakangan ini. kemunculan media dihubungkaitkan dengan usaha membangunkan masyarakat ialah Unesco sendiri memberikan perhatian berat kepada media massa kerana berkeyakinan bahawa media boleh menyumbang kepada pembinaan masyarakat. Ini dilakukan dengan membina kefahaman kepada mereka mengenai kesan dan pengaruh media. Betapa besar harapan yang diletakkan kepada media sehingga dijangkakan akan dapat menyelesaikan semua masalah pembangunan negara. Penggunaan tipu daya secara halus untuk mengaburi masyarakat dengan kebenaran. Mereka perlu dilatih sama ada di rumah atau melalui sistem persekolahan supaya lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat. keruntuhan moral dan unsur-unsur lain yang tidak sesuai dengan norma masyarakat kita. Mereka dididik supaya lebih kritikal dan mampu menilai bahan yang mereka tonton. nilai makanan dan kesihatan serta memperbaiki taraf hidup penduduk sesebuah negara yang sedang membangun ekonominya. masyarakat dan negara atau sebaliknya. khususnya kanak-kanak dan golongan remaja terhadap kesan dan pengaruh media. meningkatkan hasil pertanian.

Selain budaya kuning yang diketengahkan sesetengah laman web. Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. hati dan naluri mereka. Dari segi penerimaan.mereka. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.dan teknologi siber. Dalam era globalisasi ini. dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet.media elektronik. Soal sebegini juga memerlukan pengetahuan yang luas yang dapat membantu mereka memilih agenda dan maklumat yang perlu diterima atau tidak. Apakah globalisasi? Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini. ada juga pihak yang menyebarkan dakyah palsu yang menggembar-gemburkan isu untuk memburuk- burukkan kerajaan. Pengguna internet wajar membebaskan diri mereka daripada dikongkong atau dibelenggu laman web yang boleh meracuni pemikiran. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu . sosial. dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. mereka perlu menilai terlebih dahulu mesej yang dipaparkan sebelum membuat keputusan sama ada menerimanya atau tidak. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik.

teknologi . Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi.globalisasi.. trade and capital. Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. which is driven by only a few hundred multinational corporations and may be harmful to the environment. persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. . Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau sempadan ekonomi. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi. Lodge (1993) mendefinisikan globalisasi sebagai: ". seminar. Disamping itu. Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. information. a process forced by global flows of people. ideologi. politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat. budaya. It is accelerated by technology. or might it not make more sense to seek greater involvement from the global community. ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog. terutamanya cara berfikir & gaya bertindak dari satu daerah dunia kpd daerah dunia yg lain. There in lies the conundrum of whether it is wise to leave globalization in the hands of these few corporations.bahasa. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini..

* Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sabagai satu. Di samping perdagangan bebas. * Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti diluar sempadan nasional dan meliputi eksport. Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan secara global. globalisasi ekonomi juga boleh dikaitkan dengan perkembangan syarikat-syarikat korporat di dunia. iaitu perusahaan yang menjalankan aktivitinya di berbagai negara. Perspektif ini dapat dilihat melalui tiga tahap.Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap: (A) Ekonomi Dalam globalisasi ekonomi. telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat dan berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di dalam aktiviti ekonomi sesebuah negara. Globalisasi ekonomi dapat di lihat melalui perluasan perusahaan melampaui sempadan negara . Syarikat-syarikat korporat juga menuju ke arah globalisasi. * Kedua ialah perusahaan multi nasional.import dan penghasilan bukan mentah. Telekom Malaysia Berhad juga mempunyai matlamat ke era globalisasi iaitu menjadi Syarikat bertaraf dunia "world class telecommunications" Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap (B) Teknologi Kehidupan manusia di masa akan datang banyak bergantung kepada teknologi. Teknologi akan menjadi begitu canggih hinggakan komputer yang ada pada hari ini yang mempunyai sistem yang berubah dengan .

elektronik dan teknologi maklumat. Langkah kerajaan Malaysia membina Lebuh Raya Multi Media . pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi maklumat. Gabungan disiplin ini akan melengkapkan tenaga manusia masa hadapan untuk mengendalikan teknologi baru dan yang akan muncul seperti teknologi pembuatan berautomasi. kegiatan institusi pendidikan dan latihan akan ditumpukan ke arah menghasilkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan literasi komputer. statistik dan berasaskan komputer.cepat dan laju. Bill gates (1996). peneroka bidang komputer yang terkenal. Perkembangan teknologi yang begitu pesat pada masa ini di seluruh dunia memerlukan tindakan segera pembangunan sumber manusia untuk memberi latihan.Kehidupan manusia semakin banyak bergantung kepada komputer dan teknologi di era globalisasi hari ini Pembangunan sumber manusia menjelang tahun 2000 akan mencapai nisbah tenaga manusia saintifik dan teknologi yang lebih tinggi daripada sekarang iaitu kira-kira 1000 bagi setiap sejuta penduduk di Malaysia . Universiti Multi Media dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Berelektronik yang kita telah maklum sekarang adalah langkah yang bijak untuk persediaan tenaga manusia yang akan menggunakan teknologi maklumat dalam tugas-tugas harian dan juga dalam kehidupan seharian nanti di dalam era globalisasi. . bio-teknologi. Era globalisasi yang sedang berlaku hari ini pasti akan memberikan peningkatan dan perubahan yang lebih ketara dalam bidang teknologi. robotik dan sebagainya. bahan-bahan terbaru. dapat memasarkan aplikasi keluaran Window ke serata dunia . Pengetahuan dan kemahiran pula akan berorientasikan gabungan disiplin teknikal. Antara bidang teknologi yang cepat maju dan canggih adalah bidang teknologi maklumat dan komputer. Di samping itu.

di mana ketua grafiknya dari Jepun. syarikat Esprit . Budaya Fesyen Antara jenis fesyen pakaian yang digemari di seluruh dunia adalah seperti : seluar Jean Levi. Budaya Kerja Syarikat pengeluaran di era globalasasi juga terdiri daripada berbilang kaum dari negara-negara di dunia. Pada zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat itu sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau dicerobohi oleh pihak lain. Yves Saint Laurent.500 restoran di 50 buah negara di dunia Kentucky Fried Chicken mempunyai lebih daripada 7.Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap (C) Kebudayaan sebuah negara Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Makanan Amerika pula semakin popular di JepunMc Donald mempunyai 10. Pierre Cardin (pakaian perempuan). Terdapat beberapa kategori kebudayaan di dunia ini yang telahpun berada dalam bentuk globalisasi. . juru gambarnya dari Itali. Budaya Makan Makanan Jepun sudah ada di Amerika. pakaian sukan Esprit dan pakaian Laura Ashley. arkiteknya dari Perancis dan Itali.750 restoran di 58 buah negara. Bagaimana pun cara hidup manusia hari ini sudah banyak berubah dan menuju globalisasi. Umpamanya.

Jika ada dua posting: 36 perkataan yang dapat menggambarkan situasi yang kini Registration . Sekarang terdapat satu bilion manusia yang bercakap dalam bahasa Inggeris dan pada tahun 2000 jumlah tersebut meningkat kepada 1. Budaya Bahasa Pada masa ini.agama. bahasa Inggeris adalah alat yang penting untuk perhubungan secara global.keluarga. Penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri. budaya dan teknologi adalah luas dan mempunyai kesan yang negatif dan positif. Kesimpulan Cabaran globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran Berdasarkan beberapa aspek globalisasi yang telah dibicarakan dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini atau di abad ke-21 sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum pernah berlaku di abad yang lalu. Cabaran globalisasi dan implikasi terhadap ekonomi.bangsa dan negara. Tempat hiburan seperti Disneyland juga diadakan di negara di luar Amerika .5 bilion. Hero Subyek: Re: Apakah Itu Globalisasi? Sun May 06. 2007 1:47 am Senget CABARAN GLOBALISASI: KESANNYA KEPADA REMAJA Jumlah DUNIA kini semakin rumit dan berserabut. seperti di Jepun dengan panggilan Tokyo Disneyland (1987) dan di Marne-la-Valle di Paris dengan panggilan Euro Disneyland (1992).Budaya Muzik dan Hiburan Muzik Jazz dan disco telah menguasai dunia.

Apakah yang lebih mengelirukan bagi generasi pewaris jika mereka dalam suatu keadaan sedang menyaksikan kehidupan manusia yang berada di dalam kekaburan dan kesamaran untuk menentukan destinasi hidup yang sebenar? Di suatu waktu golongan muda kita diperdengarkan mengenai slogan keadilan dan kebenaran tetapi di waktu yang lain mereka menyaksikan perbuatan yang zalim dan pemalsuan di atas nama keadilan dan kebenaran itu sendiri. Semua ini sedang dihidangkan kepada generasi pewaris. Dalam jangka masa panjang yang palsu jika diulangi dan diperkukuhkan dengan kenyataan yang tidak disanggah. dominasi budaya di atas nama liberalisasi. monopoli kekayaan di atas nama pertumbuhan ekonomi. akhirnya akan menjadi persepsi yang dianggap benar dan terus dilanjutkan serta kadangkala dipertahankan tanpa soal. Komplot dikelirukan di atas nama kebersamaan.07 "kekeliruann dan "kepalsuan".05. Kita kerap memperkatakan sesuatu yang sering tidak kita fahami tetapi akibat dari sogokan yang bertubi-tubi melalui pelbagai media ia sudahnya diterima.date: sedang berkembang dalam dunia dewasa ini adalah 06. Sesungguhnya kekeliruan dalam pemikiran dan tanggapan terhadap erti kesejahteraan dan kemakmuran hidup telah membawa kepada krisis yang semakin kusut dan tragedi yang amat besar kepada kemanusiaan di waktu ini. Di zaman . hedonisme di atas nama kebebasan individu peminggiran di atas nama urbanisasi dan penjajahan di atas nama pasaran bebas. penindasan golongan lemah di atas nama demokrasi.

Suatu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi asas pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi bermakna melainkan proses . Tidak ada sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan glabalisasi. kita semakin terputus dari budaya dan akar sejarah kita sendiri. Oleh yang demikian kita semakin akur mengatakan bahawa globalisasi adalah suatu konsep yang benar dan tepat walaupun natijahnya jelas membawa banyak kesan negatif daripada positif. Akibat dari apa yang dikatakan globalisasi.ini tidak ada ungkapan dan laungan yang paling tertonjol dan didengari dan dianggap sebagai benar oleh hampir semua pemegang kuasa dan khalayak awam melainkan Globalisasi. Kita akan perhatikan bahawa hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia. Ramai yang sudah hampir yakin dengan penuh taqlid bahawa fenomena globalisasi adalah suatu realiti yang perlu diakui. Namun begitu kita tidak pula nampaknya mengambil sikap yang kritikal terhadap proses ini. Dalam keghairahan untuk diglobalkan. Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Kita sekarang sebenarnya sedang berada di suatu zaman di mana proses penyeragaman yang amat ketara sedang berlangsung. kita sudah hampir pasti mengatakan kepelbagaian adalah satu ketidaksempurnaan. Sejauh mana dan ke mana arah sebenarnya globalisasi akan membawa kita hampir tidak dapat diteliti dengan waras dan saksama oleh pelbagai pemikir dan perancang.

Murni Itulah hakikat globalisasi sebenarnya di mana ia adalah suatu proses penyeragaman dan penyamarataan "semua untuk satu dan satu untuk semua".globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus membentuk seluruh tamadun hidup semasa. maka kehidupan yang dilandaskan oleh nilai- nilai mutlak berdasarkan pegangan agama tidak lagi dapat diterima. Dengan lain perkataan ia bermakna seluruh pandangan hidup dan nilai hidup hendaklah diseragamkan tidak kira dari mana asas nilainya yang dibentuk. Laungan keadilan dan kesaksamaan universal yang cuba dikaitkan dengan proses globalisasi hanya merupakan suatu pemalsuan dan penyembunyian hakikat sebenar. Globalisasi pada hakikatnya tidak lebih daripada maksud dominasi. . Globalisasi dilihat sebagai suatu faham bahawa di dalam kehidupan ini tidak wajar lagi diiktiraf tanggapan nilai murni dan mulia secara objektif. Ini diterjemahkan dalam pelbagai dimensi hidup dari sekecil-kecil perilaku seperti berpakaian sehinggalah ke sebesar-besar agenda di peringkat perhubungan antarabangsa. Lantaran globalisasi mempunyai Jentera penjananya sendiri iaitu badan-badan konglomerat dunia yang sekali lagi berpaksi dan berpusat di barat maka kepentingan globalisasi pada hakikatnya tidak lain daripada kepentingan barat jua. Akibat dari "nilai-nilai global" yang dibentuk serta didalangi dan didukungi oleh faham dan pandangan hidup barat. Apa yang disogokkan melalui globalisasi ialah segalagalanya perlu disamaratakan.

Tidaklah menghairankan kalau penganut-penganut globalisme ini akhirnya akan mengatakan.Kita sering tenggelam dan lemas dalam kejahilan yang amat ketara. Dengan demikian mereka berasa puas untuk menjadi alat dan hamba kepada pelbagai institusi global yang mengeksploitasi seluruh kepakaran dan keahlian mereka bagi membuka dan merungkai segala halangan yang menyebabkan sesebuah negara tidak memperakui globalisasi sebagai satu kemestian. Tanpa segan silu lagi mereka mengatakan bahawa fenomena wujudnya "rakyat global" adalah suatu bentuk idealisme yang perlu diterima oleh semua negara. Hampir jelas globalisasi sebagai suatu istilah baru kepada gerakan yang lama tidak lagi dapat difahami apatah lagi dianalisa dengan kritikal. Kita menjadi semakin terhimpit apabila negara . Keghairahan pemikir-pemikir dan ahli- ahli akademik untuk menerima globalisasi kini diperkukuhkan oleh badan-badan antarabangsa di atas pelbagai nama yang amat mengkagumkan. Demikianlah mendalamnya pemikiran globalisasi yang dijiwai oleh perancang-perancang pembangunan di seluruh dunia sehingga tidak wujud lagi rasa curiga terhadap kesan prosesnya yang dijana dan dicanangkan oleh kuasa-kuasa barat. Semakin ramai penganalisis dunia kini telah memperakui globalisasi sebagai satu kenyataan yang diterima dan perlu dijadikan premis yang benar dan tidak boleh dipersoalkan lagi. kedaulatan sesebuah negara bangsa tidak perlu diwujudkan lagi kerana mereka terus beranggapan bahawa apa yang dipanggil "dunia tanpa sempadan" adalah kemuncak kemajuan.

Malah kesan globalisasi sudah terlalu awal lagi berada dalam kawalan kuasa besar dalam pelbagai bentuk seperti badan ekonomi. kenapakah realiti globalisasi yang sedang berjalan kini tidak menunjukkan tanda tersebut melainkan semakin ketara fenomena dunia yang bersifat unipolar sedang dikuasai oleh hanya satu blok kuasa iaitu blok barat sahaja. Cabaran Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling atas adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. sebenarnya kita sudah agak lewat untuk membuat suatu penilaian kritikal bagi mempersiapkan golongan tersebut menghadapi fenomena ini.dankebanyakan pemimpin sudah membuat komitmen untuk menyertai proses globalisasi ini. ke arah manakah tujuan dan apakah implikasinya. Cabaran ini adalah suatu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio budaya sesuatu kelompok masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha untuk . badan korporat dan konglomerat teknologi. Apakah makna. Apa yang diutamakan adalah semua pihak perlu menyertai dan menyesuaikan diri untuk menjadi lebih global. tidak menjadi persoalan penting. Apabila kita ingin menyinggung persoalan cabaran dan kesan globalisasi ke atas golongan remaja. Yang semakin jelas ialah bukan konsep menyeluruh itu yang sebenarnya ditekankan tetapi sebaliknya konsep "semua untuk satu" jualah yang kini menjadi agenda barat. Jika benarlah global itu bermakna lebih menyeluruh dan mengambilkira semua aspek dan kepentingan setiap warga dunia.

* Hiburan yang menonjolkan budaya barat. * Makanan segera keluaran barat. Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio budaya. anak-anak muda kita secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup barat. . Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara.menerobos bidang — bidang yang lain akan menjadi lebih mudah. Dalam keghairahan untuk mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat. Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena di atas boleh disaksikan dengan insiden-insiden dan trend berikut: * Pakaian jenama barat. * Minuman global yang ditaja oleh barat. bangsa dan agamanya sendiri. golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat- syarikat multinasional dan transnasional. * Media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda. Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya. Melalui pelbagai saluran. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan golongan belia. * Rekreasi yang meniru ala barat.

Golongan muda seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak akan digadai. Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari implikasi globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal.* Dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat * Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat. Dari globalisasi kepada dominasi. golongan muda semakin terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah jauh dari budaya hidup timur. . Tanpa kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan palsu. Hanya golongan muda yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam mempertahankan kejatian diri kita. Kesimpulan Akhir Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati diri golongan muda. * Produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.