You are on page 1of 2

Gadis perlu sentiasa menjaga pekerti agar

setanding dan seiring dgn keayuan si gadis. Ini


bukan bermakna hanya gadis ayu saja yg harus
menjaga pekerti diri tetapi yang berasa dirinya
kurang menarik harus menjaga pekerti agar diri
punya kelebihan biarpun diri secara fizikalnya
tidak mampu menarik hati...
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-


bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk
perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan
banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi
untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari. Menjaga suara. Latih diri bercakap
dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

2. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang


melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan
gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati,
menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi
berkerut dan masam.

3. Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam


yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan.
Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

4. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan
bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga
kulit muka. Jangan banyak berangan.

5. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan


terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali
untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis
berambut panjang tapi kemas.

6. Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan


mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.
Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak.
Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

7. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara


bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan
mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak
biarlah lemah-lembut.

8. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengih. Tutup mulut bila


ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.
9. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling.
Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda
hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap
menjeling walaupun kepada buah hati anda.

10. Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar.
Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

11. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi
dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain