You are on page 1of 14

PRAKATA

   

Segala puji bagi Allah subhanahu wataala sekalian alam. Selawat dan salam
disampaikan kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallahualaihi Wassalam,
keluarga serta sahaba-sahabat baginda.

Kami bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia
dan rahmatnya jua kami dapat menyempurnakan kertas kerja Pedagogi
Pengajaran Ugama mengenai Pengurusan bilik darjah hubungkait dan peranannya
di dalam pengajaran dan pembelajaran. Di dalamnya, kami menghuraikan
pengertian tajuk yang diberikan.

Akhirnya, semoga kertas ini dapat memberikan memberikan manfaat dan kita
mendapat sedikit daripada manfaat tersebut, semoga allah melimpahi rahmat
kepada kita semua,amin.

Sekian asslamualaikum warahmatullahi wabraktuh.

Isi Kandungan :

1
Tajuk Halaman
Konsep Pengajaran 3
Konsep Pembelajaran 3
Pengertian pengurusan bilik darjah 4
Tujuan Pengurusan Bilik Darjah 4
Perkara-perkara penting di dalam
pengurusan bilik darjah 5
Jenis-Jenis Bilik Darjah 6
Bilik Darjah Tradisi 6
Bilik darjah terbuka 7
Bilik Darjah Bercantum 8
Bilik Darjah Prasekolah 9
Bilik Darjah Multimedia 10
Bilik Darjah Khas Mata Pelajaran Khas 11
Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah 12
Kesimpulan 13
Rujukan 14

2
KONSEP PENGAJARAN

Menurut Hunter (1969) dalam bukunya Teach More, Faster pengajaran yang berkesan ialah
pengajaran yang dapat pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri murid-
murid. Pembelajaran yang efektif berlaku dalam suasana yang sihat serta bersemangat.

Oleh itu, pengajaran efektif boleh ditakrifkan sebagai satu sistem aktiviti yang dapat
meningkatkan lagi hasil pembelajaran terakhir yang dikehendaki di dalam suasana yang sihat,
demokratik dan bersemangat. Hasil pembelajaran terakhir yang dimmaksudkan ialah
perubahan tingkat laku murid, akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baru. Ia
merangkumi perkembangan seseorang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.(Ee Ah
Meng:1993:240).

KONSEP PEMBELAJARAN

Seseorang manusia yang dilahirkan telah mewarisi asas kecerdasan. Kecerdasan ini
membolehkannya belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya. Asas kecerdasan
ini perlu diperkayakan dengan alam sekeliling yang baik supaya asas kecerdasan itu dapat
berkembang dengan sebaik-baiknya.Asas kecerdasan yang tinggi, jika dipengaruhi oleh alam
sekeliling yang tidak memuaskan, akan menghasilkan perkembangan kecerdasan yang tidak
mencapai peringkat optimum.

Pembelajaran adalah perubahan tingkahlaku hasil daripada pengalaman. Perubahan


tingkahlaku disebabkan oleh perkembangan, pertumbuhan, kepenatan atau penyakit tidaklah
dapat dikatakan sebagai hasil pembelajaran.

Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima


daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan untuk menjadikan
pengetahuan dan pengalaman. Sungguhpun rangsangan di dalam alam sekeliling amat banyak
tetapi tidak semuanya dapat ditanggap oleh manusia. Rangsangan yang tidak dianggap tidak
akan dapat diproses dan tidak menjadi pengalaman.Oleh itu kecerdasan yang baik tetapi kuran
mendapat rangsangan akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang
kurang pula.(Atan Long:1980:57)

3
PENGERTIAN PENGURUSAN BILIK DARJAH

Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’
dalam pengajaran. Susunan fizikal bilik darjah boleh memberi sumbangan dari segi kawalan,
pembelajaran, perhubungan guru dan murid juga di antara murid dengan murid dan
keseronokan berkerja sama-sama. (Ee Ah Meng:1993:127).

Bilik darjah itu adalah bertujuan untuk mengadakan suatu suasana yang membolehkan tiap-tiap
murid diberikan layanan yang unik untuk berkerja, bermain dan membesar. Suasana ini
memberikan peluang kepada murid-murid berkerjasama dengan guru dan murid-murid lain
untuk menghasilkan proses pembelajaran. Bilik darjah ini hendaklah merupakan tempat di
mana seseorang murid itu boleh maju mengikut kebolehannya sambil mengambil bahagian di
dalam pembelajaran secara berkumpulan atau bersendirian. Aktiviti-aktiviti di dalam bilik
darjah sepatutnya menimbulkan keinginan di dalam diri murid-murid untuk rajin datang ke
sekolah dan mengalami pembelajaran.

Bilik darjah yang moden hendaklah memberikan suasana yang menghapuskan halangan-
halangan pembelajaran secara tradisi di mana murid-murid terpaksa maju mengikut kecepatan
keseluruhan darjah dan murid-murid yang cerdik terpaksa menunggu murid-murid lain untuk
maju. Sepatutnya pengajaran di dalam darjah hendaklah menggalakkan murid-murid belajar
mengikut keupayaan masing-masing di samping menambahkan pengalaman-pengalaman
baharu dan kreatif bagi memperkayakan alam kanak-kanak. Suasana bilik darjah hendaklah
menjamin tiap-tiap murid bergerak maju mengikut arah perkembangan masing-masing dengan
penuh kepercayaan yang mereka akan selalu mencapai kejayaan dan mendapat ganjaran.
Situasi bilik darjah hendaklah menggalakkan pencapaian yang membentuk sifat-sifat berdikari
dan belajar sendiri. (Atan Long:1980:108)

Tujuan Pengurusan Bilik Darjah

Diantara tujuan-tujuan pengurusan bilik darjah adalah:

4
1. Masa, tenaga, alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk
mencapai objektif pengajaran
2. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam bilik darjah dapat digunakan dengan
berkesan.
3. Mengadakan suasana yang mengalakkan untuk pembelajaran

Perkara-perkara penting di dalam pengurusan bilik darjah

Untuk mencapai objektif-objektif ini hendaklah diadakan:

Keadaan Fizikal Bilik Darjah

Keadaan fizikal bilik darjag itu adalah penting supaya murid-murid akan merasa gembira apabila
berada di dalam bilik darjah yang mempunyai suasana yang menyenangkan. Saiz dan
kedudukan kerusi dan meja merupakan salah faktor penting . Kerusi dan meja hendaklah
bersesuaian dengan besar, tinggi dan berat murid-murid. Selain itu, kebersihan bilik darjah juga
amat penting. Ia bukan saja menambahkan selesaan murid belajar malah menolong menjaga
kesihatan murid-murid dan akan menanamkan rasa estatik mereka. Oleh itu, segala sampah
sarap dan habuk janganlah dibiarkan berhimpun di dalam bilik darjah. Tempat bilik darjah
hendaklah disediakan dan murid-murid hendaklah dibiasakan menjaga kebersihan bilik darjah
dan membuang sampah di tempat yang disediakan.

Sudut Bacaan

Sudut bacaan ini adalah sangat perlu kerana bagi murid-murid yang telah selesai tugas yang
diberikan boleh menjalankan kerja sendiri. Di sudut ini, perlu dilenkapkan dengan bahan-bahan
bacaan tambahan . Bagi murid-murid yang sudah menyelesaikan tugas yang diberikan, mereka
bolehlah pergi membaca di sudut ini. Ini adalah baik daripada mereka mereka membuat
kekacauan seperti membuat bising di kelas, tidur dan sebagainya. Bukan itu saja, dengan
membaca buku mereka akan dapat membiasakan diri mereka dengan membaca baca buku
selain itu dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka. Selain daripada buku-buku
bacaan tambahan, sudut bacaan boleh ditambah dengan majalah, kamus, suratkhabar dan
sebagainya.( (Atan Long:1980:110).

5
Jenis-Jenis Bilik Darjah :

Pada Umumnya bilik darjah itu ialah tempat yang di dalamnya berlaku pembelajaran dan
pengajaran di mana yang terlibat adalah guru dan juga murid-murid. Secara khususnya apa
yang dimaksudkan dengan bilik darjah ini ialah seperti apa yang terdapat di sekolah-sekolah.
Biasanya sesebuah bilik darjah itu terdapat di dalamnya perabot seperti kerusi, meja, almari
dan lain-lain lagi. Segala jenis, susunan dan kualiti perabot itu adalah bergantung kepada
kreativiti guru itu dan kemampuan sekolah. Segala peralatan yang sesuai bagi sesetengah
subjek haruslah disediakan juga bagi memudahkan pengajaran. (Shahbudin Hashim , Dr
Rohizani Yaakub & Mohd Zahr Ahmad, 2003 , 133)

Terdapat beberapa jenis bilik darjah berdasarkan fungsinya seperti :

 Bilik darjah tradisi


 Bilik darjah terbuka
 Bilik darjah tercantum
 Bilik darjah prasekolah
 Bilik darjah multimedia
 Bilik darjah khas mata pelajaran

Bilik Darjah Tradisi :

Bilik darjah ini tradisi ini ialah bilik darjah yang digunakan sejak dahulu lagi. Sungguhpun begitu
bilik darjah seperti ini masih terdapat di sekolah-sekolah.Ianya sesuai untuk aktiviti pengajaran
dan pembelajaran berbentuk seluruh kelas.
(http://www.scribd.com/doc/14781427/PENGURUSAN-BILIK-DARJAH)

6
Ciri-ciri yang terdapat di dalamnya ialah :

 Susunan kerusi meja pelajar mengikut baris sama ada berkembar atau tidak
 Kerusi dan meja guru di hadapan di sebelah kiri atau kanan menghadap kepada pelajar
 Terdapat papan tulis di hadapan
 Terdapat papan kenyataan sama ada di hadapan ataupun bahagian dinding belakang
bilik
 Terdapat sebuah almari sama ada diletakkan di sudut hadapan atau sudut blekang kelas

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :

 Guru berdiri di hadapan kelas dengan sesekali bergerak ke belakang


 Kaedah pengajaran berdasarkan seluruh kelas
 Pengajaran berpusatkan kepada guru
 Murid kekal di tempat masing-masing kecuali jika ada aktiviti di papan tulis atau arahan
guru supaya pelajar keluar ke hadapan

Pengurusan Bilik darjah Tradisi :

Dengan susunan perabot yang mengikut baris dan kedudukan pelajar yang tetap di tempat
masing-masing menjadi pengajaran lebih bercorak sehala dengan berpusatkan guru sahaja.
Guru akan menyampaikan isi pelajaran dengan secara menyeluruh menggunakan kaedah
syarahan . Interaksi antara murid-murid adalah minimum yang boleh menyebabkan potensi
sosial individu murid terbantut.

Bilik darjah terbuka :

Bilik darjah terbuka adalah berasaskan kepada konsep pendidikan terbuka yang memberi
peluang kepada murid menentukan dan merancang aktiviti pembelajaran sendiri. Peranan guru
sebagai pengajar diminimumkan dan lebih bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing
murid. Pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam bentuk informal.

7
Ciri-ciri bilik terbuka :

 Susun atur perabot disesuaikan bagi membolehkan murid bergerak bebas


 Bahan-bahan pembelajaran tersusun bagi memudahkan penggunaan oleh murid

Pengajaran dan pembelajaran :

 Murid bebas memilih , merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran


 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berbeza boleh berlaku serentak di ruang
tertentu di dalam bilik darjah
 Boleh dibuat secara kumpulan atau individu mengikut keperluan dan pilih murid
 Murid menentukan jadual waktu sendiri
 Mengutamakan kaedah inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah
 Ujian dan penggredan murid diminimumkan
 Pendekatan pengajaran yang digunakan adalah secara berpasukan

Pengurusan Bilik Darjah Terbuka :

Dalam bilik darjah terbuka, murid-murid dilatih supaya dapat menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan pembelajaran secara sendiri atau kumpulan dengan memberi penekanan
kepada kaedah penyelesaian masalah dan inkuiri penemuan. Bahan dan sumber yang banyak
dan pelbagai di dalam bilik darjah membantu proses pembelajaran murid mengikut kebolehan
dan minat mereka.

Bilik Darjah Bercantum

Kelas bercantum ini ialah murid-muridnya terdiri lebih daripada satu tahun persekolahan ,
misalnya gabungan Tahun 2 dengan Tahun 3 atau gabungan Tahun 1 , Tahun 2 dan Tahun 3.
Amalan kelas bercantum ini berpunca daripada bilangan murid yang tidak mencukupi untuk
membuka kelas-kelas biasa.

Ciri-ciri kelas bercantum :

8
 Kekurangan kemudahan fizikal. Kelas bercantum didapati tidak dapat menghasilkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta berfaedah.
 Murid-muridnya terdiri dari tahun persekolahan yang berbeza
 Bilangan murid bagi satu tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :

 Pengajaran serentak dalam satu kelas


 Strategi dan kaedah pengajarannya tersendiri kerana terdapat dua atau lebih tahun
persekolahan

Pengurusan Bilik Darjah Bercantum :

Ini semua bergantung kepada kreativiti guru tersebut dalam menangani murid-muridnya. Bagi
memudahkan persediaan dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru
seharusnya memilih kemahiran dan kandungan yang hampir sama disampaikan secara
serentak, manakala kemahiran khusus mengikut tahun persekolahan disampaikan secara
berasingan.Salah satu caranya ialah aktiviti pengayaan yang berbeza yang lebih luas dan tinggi
skopnya untuk murid yang tahun persekolahan lebih tinggi.

Bilik Darjah Prasekolah :

Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas untuk kanak-kanak yang berumur antara 4
hingga 6 tahun sebelum mereka belajar di tahun 1 secara formal di sekolah-sekolah. Pendidikan
prasekolah diuruskan oleh badan-badan persendirian dan sukarela, agensi-agensi kerajaan dan
lain-lain.

Ciri-ciri Bilik darjah Prasekolah :

 Kerusi meja murid disusun secara kumpulan. Saiz lebih rendah berbanding sekolah
rendah dan ada yang berwarna-warni dan pelbagai bentuk
 Ruang permainan adalah lebih luas
 Terdapat pelbagai hiasan dan alat bantuan mengajar di dinding sekeliling bilik darjah
 Di pusat-pusat prasekolah yang moden

9
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :

 Bilangan murid biasanya tidak melebihi 25 orang


 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara informal dan lebih berorientasikan aktiviti
permainan

Pengurusan Bilik Darjah :

Bilik Darjah Prasekolah selalu memberi keutamaan kepada aktiviti bercorak permainan dengan
menekankan penggunaan kesemua deria utama manusia. Dan juga guru harus bersedia
berinteraksi dengan murid dan melayan segala kerenah mereka yang bermacam-macam.

Bilik Darjah Multimedia :

Bilik darjah Multimedia ialah bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan perisian
multimedia untuk penyampaian dan penerimaan pengetahuan.

Ciri-ciri Bilik Darjah Multimedia :

 Terdapat komputer dengan jumlah yang mencukupi bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran
 Bahan pembelajaran diadakan dalam bentuk perisian dan bahan daripada internet

Pengajaran dan pembelajaran :

 Berpusatkan kepada murid dan bahan


 Guru sebagai fasilitator
 Pembelajaran boleh bercorak individu atau kumpulan

Pengurusan Bilik Darjah Multimedia :

Guru perlu mempunyai kemahiran dan ilmu dalam bidang IT supaya mahir dalam menguruskan
hal-hal mengenainya.Dalam hal ini, guru perlu menentukan skop atau topic yang sesuai
menggunakan perisian yang ada, di samping memastikan perisian dan alat yang ada berfungsi

10
dengan baik.Pelajar perlu diingati mengenai keselamatan dan langkah-langkah bagaimana
hendak membuka dan menutupnya dengan cara yang betul agar tidak mendatangkan
kerosakkan.

Bilik Darjah Khas Mata Pelajaran Khas :

Ianya merujuk kepada bilik-bilik darjah yang dikhaskan untuk aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran tertentu seperti sains dan yang lain-lain.

Ciri-ciri Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas :

 Mengikut keperluan mata pelajaran berkenaan. Misalnya makmal sains,


mempunyai perabot dan alatan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran
sains.
 Pelbagai carta dan ABM dipamerkan di dalam bilik
 Terdapat peralatan moden seperti TV, pita video dan lain-lain

Pengajaran dan pembelajaran :

 Pelajar terlibat secara aktif dengan penggunaan pelbagai alatan bagi tujuan
eksperiment, demonstrasi dan lain-lain
 Penggunaan teknologi pengajaran seperti pita video, slaid dan projector yang
maksimum

Pengurusan Bilik Darjah :

Ianya perlu dirancang dengan rapi supaya dapat menggunakannya dengan semaksima. Interaksi
yang baik dan bercorak dua hala antara guru dengan murid, murid dan murid, murid dan bahan
akan menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran.

11
Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah :

Salah satu ciri guru yang baik ialah guru yang Berjaya mengurus bilik darjah dengan baik.
Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah adalah berasaskan kepada empat elemen
pengurusan iaitu merancang, mengelola , mengarah dan mengawal. (Shahbudin Hashim , Dr
Rohizani Yaakub & Mohd Zahr Ahmad, 2003, 122)

 Guru Sebagai Perancang

Di dalam sesebuah bilik darjah , guru berperanan penting sebagai perancang bagi
menggerakkan atau menghidupkan suasana bilik darjah lebih-lebih lagi bagi tujuan pengajaran
dan pembelajaran. Sebagai guru kelas , guru bertanggungjawab merancang pengurusan bilik
darjah daripada segi rutin harian, kutipan yuran dan lain-lain. Namun yang terbesar ialah yang
melibatkan pengajaran & pembelajaran.

 Guru Sebagai Pengelola

Keberkesanan pengajaran guru bergantung kepada sejauh mana guru berkeupayaan mengelola
dan mengurus perjalanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Perancangan yang
baik dan teliti belum menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika guru tidak
bijak mengelola kelasnya.

Tujuh perkara yang perlu dikelola oleh guru itu ialah :

1. Aktiviti pelajar
2. Bahan atau sumber
3. Penilaian
4. Rutin bilik darjah
5. Disiplin
6. Kemudahan dan keadaan fizikal
7. Tugas-tugas lain

12
 Guru Sebagai Pengarah :

Guru sebagai pengurus bilik darjah mesti bertindak sebagai pengarah di dalam kelasnya bagi
murid-muridnya.

a. Menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti berbincang, menjawab


soalan , mendengar, membaca, mengira dan menulis, serta membuat latihan dan kerja
rumah
b. Menjalankan rutin harian bilik darjah seperti membersihkan kelas dan menyusun
perabot, mengarah pelajar membayar yuran
c. Mematuhi peraturan dan disiplin seperti keluar masuk kelas, berbaris, ucap selamat,
termasuk arahan melakukan denda seperti meminta pelajar berdiri

 Guru Sebagai Pengawal :

Peranan guru yang seterusnya dalam pengurusan bilik darjah adalah sebagai pengawal. Semasa
mengelola dan mengarah guru juga mengawal. Guru mengawal beberapa perkara berikut bagi
menjadikan suasana bilik darjah kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Umumnya guru mengawal disiplin pelajar.

Kesimpulan :

Kesimpulan yang dapat diambil dari semua ini ialah bahawasanya keadaan sekeliling bilik darjah
samada ia tersusun rapi atau tidak akan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pengajaran
& pembelajaran sesebuah kelas itu. Ini semua adalah tanggungjawab bagi seorang guru di mana
bukanlah guru itu hanya sebagai pemberi ilmu kepada muridnya, malahan terselit di dalamnya
nilai-nilai akhlak yang terpuji jika guru itu tahu mengawal kelasnya dengan baik.

13
Rujukan :

1. Atan Long , 1980 : Pedagogi Kaedah Am Mengajar , Malaysia : Fajar Bakti Sdn Bhd
2. Ee Ah Meng , 1994 : Sekolah Dan Bilik Darjah , Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd
3. Ee Ah Meng , 1993 : Pedagogi Satu Pengenalan , Malaysia : Fajar Bakti Sdn Bhd
4. Shahbudin Hashim , Dr Rohizani Yaakub & Mohd Zahr Ahmad , 2000 : Pedagogi –
Strategi Dan Teknik Mengajar , Kuala Lumpur : Percetakan Sdn Bhd

14

You might also like