You are on page 1of 3

(PERAKAUNAN PERNIAGAAN)

PERNIAGAAN DOBI SMART LAUNDRY


NO.86 Jalan Abdul Rahman

52200 Kuala Lumpur

Selangor Darul Ehsan

Nama Usahawan : NurShadatul Azni Bt Muhd Shakri

Tarikh Serahan :

RINGKASAN EKSEKUTIF
Ringkasan Perniagaan ini disediakan adalah bagi mendapatkan
pembiayaan kewangan dari RHB Bank dibawah bagi projek Kedai Dobi
saya iaitu Perniagaan Dobi Smart Laundry di Jalan Abdul Rahman,
kuala Lumpur

Berbekalkan pengatahuan melalui perniagaan dobi anjuran Kedai


Dobi Mesra dan pengalaman bekerja secara praktikal selama 3 bulan
di sebuah kedai dobi di Kuala Lumpur, saya bercadang untuk
mendapatkan bantuan pembiayaan sebanyak RM 200,000 manakala
sumbngan saya adalah sebanyak RM 50,000

Jalan Abdul Rahman di Kuala Lumpur saya dapati adalah satu lokasi
yang strategic untuk perniagaan Kedai Dobi kerana ia mudah
dilihat dan mudah diakses dari jalan raya utama. Persekitaranya
juga amat sesuai kerana ia terletak di premis pusat perniagaan
City Bazaar dengan dikelilingi oleh 5 buah taman perumahan dan
terdapat kondomonium dan 2 apartment berhampiran dengannya.

Dengan tahap persaingan yang serdahana dari 3 buah Kedai Dobi


sedia ada antara lain akan merangkumi cucian normal, cucian
kering seperti baju kurung set, kot, blazer, jaket, suit (kot
dan seluar panjang), kameja, kameja T, jeans, seluar panjang,
dan lain-lain

Berdasarkan trend pasaran masa kini, pemerhatian saya mendapati


bahawa permintaan perkhidmatan dobi semakin meningkat terutamanya
kepada orang muda yang sibuk dan juga permintaan terhadap cucian
‘dry cleaning’ yang semakin memberangsangkan berikutan taraf
hidup penduduk yang semakin meningkat.

Pemerhatian saya juga mendapati bahawa scenario masa hadapan


perniagaan dobi adalah cerah berdasarkan trend dan gaya hidup
penduduk yang mahukan kaselesaan dan kualiti perkhidmatan yang
cepat, cekap dan efision.

Saya berharap dengan bantuan ini akan


dapat merealisasikan rancangan perniagaan saya dan seterusnya
dapat mengembangkan potensinya bagi memajukan dan meningkatkan
lagi ekonomi Bumiputera dalam bidang peruncitan dan perniagaan
dobi khasnya.

You might also like