You are on page 1of 33

Dwi Cemerlang Enterprise

SISTEM PERAKAUNAN PERNIAGAAN Perakaunan adalah suatu proses merekod, mencatit dan meringkaskan semua urusniaga perniagaan secara sistematik. Dahulu ianya dikenali sebagai Simpankira. Tujuan utama dan kebaikan kita mencatit segala urusniaga adalah kerana : • Daya ingatan manuasia yang terhad ataupun dengan bahasa lain kita mudah terlupa dengan apa yang berlaku semasa kita menguruskan transaksi perniagaan. • Catitan yang lengkap dan sempurna memudahkan penyediaan Penyata Kewangan yang terdiri dari Buku Tunai/Bank, Lejar Am, Buku Penghutang, Buku Pemiutang dan Buku Belian Aset. • Semua catatan yang dibuat adalah merupakan sejarah dan bukti lengkap perniagaan. Ini amat penting sebagai petunjuk untuk peniaga mengetahui pada bulan berapakah jumlah Jualan atau Belian kedai beliau meningkat akibat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Ini membolehkan peniaga bersedia lebih awal bagi mengatasi pusingan bulan tersebut. • Memudahkan peniaga untuk memohon bantuan pembiayaan atau geran dari Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan. Rekod perakaunan yang disediakan menjadi alat pengukur kemajuan sesuatu perniagaan yang akan memudahkan sesuatu permohonan pembiayaan itu diluluskan oleh pihak tertentu. • Penyata kewangan yang disediakan dapat membantu kita menilai kemajuan kewangan perniagaan kita pada masa tertentu. • • Segala hutang piutang perniagaan dapat di kawal dan di kutip. Penyata kewangan juga membolehkan peniaga tersebut mengetahui jumlah harta dan nilai tanggungan perniagaan beliau. 5 KUMPULAN AKAUN Secara asasnya seseorang peniaga mestilah mengetahui 5 kumpulan akaun bagi memudahkan beliau membuat catitan urusniaga. 5 kumpulan tersebut adalah:
Tip nak ingat 5 kumpulan akaun ni:

• • • • •

Aset (Harta) Liabiliti (Tanggungan) Modal atau Ekuiti Hasil atau Pendapatan Belanja atau Belian

A ku L ebih M emahami H ati B udimu

A untuk Aset L untuk Liabiliti M untuk Modal H untuk Hasil B untuk Belanja

Cuba baca: Aku Lebih Memahami Hati Budimu 1

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

Dwi Cemerlang Enterprise

ASET Aset adalah sesuatu yang dimiliki oleh perniagaan yang mempunyai nilai wang. Ianya boleh dikatogerikan kepada 2:

Aset Tetap : Merupakan Aset yang dimiliki atau di beli oleh perniagaan dengan tujuan memperolehi hasil atau pendapatan tetapi bukan untuk di jual serta mempunyai hayat yang tertentu. Contohnya seperti Kenderaan, Bagunan(Premis), Perabot/Peralatan Pejabat, Mesin dll.

Aset Semasa : Merupakan harta yang tidak jelas dari segi bentuk, mudah berubah dan tidak mempunyai nilai tetap, di mana nilai pegangan padsa suatu masa senantiasa berubah mengikut keadaan. Contohnya seperti wang tunai, stok barangan niaga, penghutang, deposit dll

LIABILITI (Tanggungan) Liabiliti adalah tuntutan atau hak pihak ketiga yang mesti dijelaskan oleh perniagaan pada masa yang telah ditetapkan. Ianya terbahagi kepada 2:

Liabiliti Jangka Panjang : Merupakan tanggungan yang mesti dijelaskan dalam tempoh yang lama yakni melebihi setahun seperti Pinjaman sewa beli, pinjaman bangunan, pinjaman MARA dll.

Liabiliti Semasa : Merupakan tanggungan yang mesti dijelaskan dalam masa yang singkat atau pendek seperti Pemiutang perniagaan, overdraf dll.

MODAL (Ekuiti) Sesuatu yang dilaburkan oleh pemilik atau peniaga di dalam memulakan perniagaannya seperti wang tunai atau aset tetap. Modal peniaga akan bertambah sekiranya perniagaan beliau mendapat keuntungan tetapi Modal peniaga akan berkurangan jika sekiranya perniagaan beliau mengalami kerugian atau peniaga itu mengambil wang tunai atau barang perniagaan untuk kegunaan sendiri. Ini dikenali sebagai Ambilan. HASIL Hasil atau pendapatan bagi sesebuah perniagaan diperolehi melalui jualan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Semua jualan secara tunai atau hutang akan dikira sebagai hasil. BELANJA Perbelanjaan adalah semua jumlah wang yang dibelanjakan untuk menjana hasil atau pendapatan bagi sesautu perniagaan. Ianya terbahagi kepada 2:
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

2

Dwi Cemerlang Enterprise

Perbelanjaan Modal : Semua perbelanjaan untuk pembelian Aset bagi kegunaan perniagaan seperti pembelian kenderaan, pembelian perabot dll.

Perbelanjaan Hasil: Seperti Belanja pengeluaran, belanja pemasaran, belanja pentadbiran, belanja untuk membeli stok dll. Urusniaga Perniagaan

T A T A C A R A P E R A K A U N A N

Dokumen Perniagaan Mencatat & Merekod Invoice Resit Bil Buku Cek Baucer

Buku Lejar / Dairi Mengkelaskan 5 Kump. Akaun Aku Lebih Memahami Hati Budimu Aset Liabiliti Modal Hasil Belanja

Buku Tunai/Bank Lejar Am Buku Penghutang Buku Pemiutang

Imbangan Duga

Senaraikan Baki Akaun: Item Aset disebelah Debit Item Liabiliti disebelah Kredit Item Modal disebelah Kredit Item Hasil disebelah Kredit Item Belanja disebelah Debit
Jumlah Debit = Jumlah Kredit

Penyata Kewangan Penyata Pendapatan (Untung & Rugi) Kunci Kira-Kira Item Hasil & Belanja Item Aset, Liabiliti & Modal

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

3

Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 4 . Walaubagaimanapun semua peniaga adalah dinasihatkan agar cuba mengelak daripada memberi hutang kepada para pelanggan. Bayar gaji pekerja secara tunai – Item Kredit 5.dwicemerlang. Buku ini diwujudkan adalah untuk mencatatkan butir-butir urusniaga pelanggan yang berhutang. Sokongan anda amat kami hargai.Item Debit 2. Jualan barang secara tunai . Modal tunai memulakan perniagaan . Catitan Debit(DT) dan Kredit(KT) untuk buku tunai adalah seperti berikut: Dt Adalah semua jenis transaksi penambahan atau penerimaan wang tunai sahaja Kt Adalah semua jenis pengurangan atau pembayaran wang tunai sahaja Sebagai contoh: 1. Apa yang terpenting sekali ialah seseorang peniaga itu dapat mengetahui BAKI hutang bagi setiap pelanggannya. BUKU PENGHUTANG Sudah menjadi kebiasaan di dalam dunia perniagaan ini untuk berurusniaga secara kredit atau hutang. Penghutang merupakan pelanggan yang berhutang dengan perniagaan kita.Catitan Debit & Kredit adalah sama seperti buku tunai tetapi yang membezakannya ialah semua urusniaga hanya melibatkan bayaran atau penerimaan cek sahaja. Bayar hutang secara tunai – Item Kredit BUKU BANK Semua transaksi perniagaan yang melibatkan penggunaan Cek sesebuah Bank akan direkodkan di dalam buku ini. Belian barangan secara tunai – Item Kredit 6.Item Debit 3.com.Dwi Cemerlang Enterprise CARA MEREKOD CATITAN URUSNIAGA BUKU TUNAI Semua transaksi perniagaan yang melibat tunai perlu direkodkan di dalam buku ini. Terima bayaran hutang secara tunai – Item Debit 4. Catatan Debit & Kredit adalah seperti berikut: Dt Kt Penghutang Jualan -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.

Kebanyakkannya memberi tempoh 30 hari hingga 45 hari dari tempoh penerimaan oleh peniaga. Buku Bank.dwicemerlang.com. Akaun sewa kedai dll. Sokongan anda amat kami hargai.Dwi Cemerlang Enterprise Di dalam urusniaga kredit(hutang) hanya 2 akaun sahaja yanag akan terlibat iaitu Akaun Penghutang dan Akaun Jualan sahaja. Kesimpulan bagi transaksi Debit & Kredit di dalam Lejar Am dapat dihuraikan seperti gambarajah di bawah: Buku Tunai dan Buku Bank DEBIT KREDIT Penambahan atau Penerimaan Pengurangan atau Pembayaran Buku Pemiutang (belian Hutang) Kredit Debit Kredit Buku Penghutang (jualan Hutang) Debit Lejar Am -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 5 . Akaun Jualan. Sebagai contohnya ialah Akaun Gaji Pekerja. Akaun Belian. Catatan Debit & Kredit adalah seperti berikut: Dt Kt Belian Stok Pemiutang Di dalam urusniaga ini hanya 2 akau sahaja yang terlibat iaitu Akaun Pemiutang dan akaun Belian Stok. Catatan Debit & Kredit bagi lejar am adalah berlawanan dengan 4 buku yang disebut tadi. Akaun Bil Telefon. Tempoh kredit bergantung kepada persetujuan antara pembekal dan peniaga. Buku Penghutang dan Buku Pemiutang akan dicatatkan di dalam buku Lejar Am. Buku pemiutang dapat menunjukkan jumlah BAKI hutang seseorang peniaga dengan para pembekal. LEJAR AM Lejar am juga dikenali sebagai buku catatan ‘rojak’ kerana semua jenis transaksi urusniaga selain daripada Buku Tunai. BUKU PEMIUTANG Kadangkala seseorang peniaga mendapat kemudahan kredit (hutang) daripada pembekal atau vendor.

Dt Buku Tunai/Bank Kt Lejar Am Anak Panah Pink menunjukkan pemindahan butir butir pembayaraan (Kt) dari buku tunai/bank ke bahagian debit lejar am.com. Dt Lejar Am Kt Buku Tunai/Bank Anak Panah Biru menunjukkan butir butir belian stok secara kredit dari buku pemiutang ke bahagian debit lejar am Dt Lejar Am (Akaun Belian Stok) Kt Buku Pemiutang Anak Panah Hitam menunjukkan butir butir jualan secara kredit dari buku penghutang ke bahagian kredit lejar am Dt Buku Penghutang Kt Lejar Am (Akaun Jualan stok) -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 6 .Dwi Cemerlang Enterprise Penerangan Anak Panah Merah menunjukkan pemindahan butir butir penerimaan (Dt) dari buku tunai/bank ke bahaigian kredit lejar am.dwicemerlang.

000 Kt Modal 10. Akaun Jualan hanya berada di sebelah Kredit sahaja. Untuk memudahkan kita.000. Dt Penghutang Hassan 1.000 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www. Majid telah melabur RM10.000 (Buku Lejar Am) Kt Tunai 3. En.Dwi Cemerlang Enterprise Contoh Catatan bergu (Debit & Kredit) : Encik Majid memulakan perniagaan kedai barangan elektrik pada 10hb Mei 2005 dengan modal permulaan sebanyak RM10. ini bermakna perniagaan tersebut memiliki wang tunai RM10.dwicemerlang. Berikut adalah urusniaga-urusniaga yang berlaku sehingga 31hb Julai 2005. Setiap pertambahan Tunai kita akan debitkan Akaun Tunai.000 Bayar Tambang kereta secara tunai RM100 Dari conggakan ……pembayaran telah berlaku jadi Dt Akaun Tambang 100 (Buku Lejar Am) Kt Tunai 100 Jualan tunai RM200 Dari conggakan ……penerimaan tunai telah berlaku jadi Dt Tunai 200 Kt Buku Jualan 200 Jualan hutang kepada En. Tarikh 10/5 Keterangan Modal Tunai Awal RM10. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 15/5 20/5 25/5 28/5 30/5 7 .000 Terus sahaja mencongak akaun apa yang terlibat…… Dt Akaun Jualan 5.000 (Buku Lejar Am) Kt Tunai 5. Catatan bergu adalah seperti berikut: Dt Tunai 10. Jadi pada contoh ini selepas dicongak didapati hanya Akaun Modal & Akaun Tunai sahaja yang terlibat. Hassan RM1.000 Apabila transaksi jualan hutang berlaku.000 Seseorang peniaga harus terus mencongak akaun apakah yang terlibat.000.000 tunai. Akaun yang akan terlibat ialah Akaun Perkakas Pejabat dan Akaun Tunai. jadi akaun penghutang mestilah di sebelah Debit.000 (Buku Lejar Am) Membeli perkakas kedai (Kerusi Meja dll) RM3. Sokongan anda amat kami hargai.000 Membeli Barang-barang jualan tunai RM5. Maka catatan bergunya adalah: Dt Perkakas Perabot 3. Selepas itu peniaga itu perlu memastikan akaun mana di sebelah debit & kredit.000 Sebelum sesuatu urusniaga itu di buat catatan bergu.000 Kt Akaun Jualan 1. seseorang peniaga itu perlu mengetahui apakah akaun yang terlibat pada sesuatu urusniaga.com. secara automatik hanya ada 2 akaun sahaja yang terlibat iaitu Akaun penghutang dan akaun jualan.

com.000 Kt Pemiutang – Ah Seng 7. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U .500 Kt Jualan 5.000 Apabila berlaku belian secara hutang.200 Tunai dah keluar dari poket peniaga jadi………… Dt Pekakas perabot 1. Dt Akaun Sewa 400 Kt Tunai 400 Bayar kursus Perakaunan secara tunai RM250 Apabila ada pembayaran berlaku……. akaun belian semestinya dicatitkan hanya di sebelah Debit sahaja. Dt Akaun Kursus 250 Kt Tunai 250 Jualan tunai RM5.Dwi Cemerlang Enterprise 30/5 Bayar gaji pekerja secara tunai RM300 Apabila ada pembayaran berlaku…….500 Beli barang jualan secara hutang dengan Ah Seng RM7. Dt Akaun Belanja Iklan 250 Kt Tunai 250 1/6 7/6 10/6 20/6 21/6 22/6 25/6 27/6 30/6 Jualan hutang kepada Salmah RM2. Dt Akaun Gaji 300 Kt Tunai 300 Bayar sewa secara tunai RM400 Apabila ada pembayaran berlaku…….200 Kt Tunai 1.dwicemerlang. Untuk makluman. hanya ada 2 akaun sahaja yang terlibat iaitu akaun belian dan akaun pemiutang.500 Dari conggakan ……penerimaan tunai telah berlaku jadi Dt Tunai 5. Jadi catitannya ialah: Dt Belian 7.500 Apabila ada sahaja jualan hutang terus dapat dicongak bahawa hanya akaun 8 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www. jadi tunai dah diterima …… Dt Tunai 400 Kt Penghutang – Hassan 400 Bayar lesen perniagaan secara tunai RM200 Duit tunai dah keluar jadi…… Dt Akaun Lesen 200 Kt Tunai 200 Bayar iklan secara tunai RM250 Duit tunai dah berkurang lagi…….200 Hassan bayar hutang secara tunai RM400 Ada penghutang dah bayar hutang pada peniaga.000 Beli perabot kedai secara tunai RM1.

000 Kt Akaun Bank 5..000 Seperti yang berlaku pada 20/6 maka catitannya seperti berikut… Dt Pemiutang – Sykt Raju 2. Dt Pemiutang – Sykt Raju 1.500 Membuka akaun di BCB RM2.000 Di sini akaun bank telah di buka dengan mengambil wang tunai sebagai deposit permulaan membuka akaun bank.000 Kt Akaun pinjaman Maybank 50.500 En. Majid membayar hutangnya kepada Sykt Raju dan ini mengurangkan baki akaun bank…. Di sini bank yang memberi pinjaman dikategorikan sebagai Liabiliti jangka panjang. Sokongan anda amat kami hargai. Sebagaimana telah diterangkan di atas akaun jualan semestinya di sebelah kredit….000 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.500 Kt Jualan 2.com. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 2/7 3/7 5/7 8/7 10/7 20/7 21/7 22/7 9 . Dt Akaun Utiliti 320 Kt Tunai 320 Beli barang jualan secara hutang dengan Sykt Raju RM2.dwicemerlang.000 En Majid telah membeli aset dengan mengurangkan baki di akaun bank jadi…. Dt Bank 2. Dt Tunai 1. Dt Akaun Penghutang – Salmah 2.000 Kt Belian 2. Akaun bank bertambah jadi… Dt Akaun Bank 50.000.000 Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50.000 selama 60bulan.000 Membeli kenderaan untuk kegunaan perniagaan dengan cek RM15. Ansuran sebulan RM1. air dan telefon secara tunai RM320 Duit keluar lagi…. Jdi tunai berkurang tetapi akaun bank bertambah….000 Jualan tunai RM1.000 En.500 Bayar hutang kepada Ah Seng dengan cek RM5.000 Kt Akaun Bank 15.000 Kt Tunai 2.500 Kt Jualan 1. Majid mengurangkann lagi baki akaun bank beliau Dt Pemiutang – Sykt Hassan 5.000 Bayar hutang kepada Sykt Raju dengan cek RM1.500 Duit masuk lagi….500 Bayar Bil elektrik. Dt Akaun Kenderaan 15.500 Kt Akaun Bank 1.Dwi Cemerlang Enterprise penghutang dan akaun jualan yang terlibat.

Akaun Pinjaman (pokok Pinjaman) 2. RM50.000 / 60 bulan = RM166 faedah pinjaman sebulan. Akaun Bank atau Tunai Bagaimana cara merekod catatan beregu ini. Dt Tunai 2. catatan beregunya adalah seperti berikut: Dt Akaun Pinjaman Maybank Finance 834 Dt Akaun Faedah Pinjaman 166 Kt Akaun Bank 1. Jadi. Dt Akaun Gaji 2.000 secara cek.000 jumlah kena bayar kepada Bank.000 Kt Penghutang – Salmah RM 2.Dwi Cemerlang Enterprise 30/7 Salmah bayar hutang tunai Rm 2. Nota: Pengiraan belanja susutnilai bagi perkakasas perabot 10% dan kenderaan 20% Sila sediakan Imbangan Duga.dwicemerlang..000 / 60 bulan = RM834 pokok pinjaman sebulan dan RM10. Dt Bank 2.000 faedah pinjaman. 1.000 Kt Tunai 2.500 Duit tunai berkurang tetapi baki akaun bank bertambah…. Akaun Faedah di Bayar 3. Sokongan anda amat kami hargai. Cara mengira jumlah nilai RM stok tersebut adalah secara anggaran kuantiti produk dan di darab dengan harga kos terakhir yang diperolehi dari pembekal barangan tersebut.com.000 Bayar gaji pekerja secara tunai RM500 Apabila ada pembayaran berlaku…….000 Stok Akhir RM 9.500 Bayar Sewa secara tunai RM400 Apabila ada pembayaran berlaku……. Bagi pembayaran ansuran pinjaman ada tiga lejar yang akan terlibat. Jadi.000 Pengiraan stok akhir kebiasaanya dilakukan setahun 2 kali sahaja.000 X 60 bulan = RM60. tetapi oleh kerana kesibukan peniaga ianya dilakukan sekali setahun iaitu pada 31hb Disember setiap tahun. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 10 . Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira 31/7 31/7 31/7 31/7 31/7 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.000 pokok pinjaman = RM10.000 Duit tunai bertambah bila ada penghutang yang membayar hutangnya….000 – RM50. Jumlah keseluruhan RM60.000 Masukkan wang tunai ke dalam bank RM2. Dt Akaun Sewa 400 Kt Tunai 400 Bayar Ansuran Pinjaman di Maybank Finance RM1.500 Kt Tunai 2. Kita perlu mengira berapakah bayaran pokok dan faedah pinjaman untuk sebulan dahulu: Ansuran sebulan RM1.

dwicemerlang. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U . jumlah bahagian debit dan kredit mestilah sama. Kepentingan penyata ini adalah : • • Mengetahui keuntungan atau kerugian sesuatu perniagaan. Jika penerimaan wang atau cek kita debitkan sahaja Akaun Tunai/Bank dan secara automatik akaun yang satu lagi kita kreditkan.Dwi Cemerlang Enterprise Tip: Untuk memudahkan akaun yang mana berada di debit atau di kredit. Imbangan duga tidak dianggap sebagai salah satu dari keluarga penyata kewangan. sila rujuk gambarajah dibawah: Senaraikan Baki Akaun: Item Aset disebelah Debit Item Liabiliti disebelah Kredit Item Modal disebelah Kredit Item Hasil disebelah Kredit Item Belanja disebelah Debit Jumlah Debit = Jumlah Kredit Aku Lebih Memahami Hati Budimu PENYATA PENDAPATAN Penyata pendapatan merupakan penyata yang menunjukkan segala ringkasan hasil dan belanja bagi sesuatu tempoh perakaunan. Ianya juga dikenali sebagai Penyata Untung Rugi. Ia digunakan sebagi alat pengukur samada kemasukan debit dan kredit didalam buku tunai/bank. 11 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www. kita hanya berpandukan kepada akaun tunai atau bank sahaja. kita terus sahaja mengkreditkan akaun tunai/bank dan mendebitkan akau yang satu lagi. IMBANGAN DUGA Imbangan duga adalah senarai semua baki-baki akaun sesebuah perniagaan bagi membuktikan kejituan pengiraan dan pemindahan akaun yang sempurna.com. Samalah juga jika sesautu pembayaran tunai atau cek dibuat. Bagi penentuan baki akaun mana yang akan diletakkan di bahagian debit atau kredit. Sokongan anda amat kami hargai. buku penghutang. Untuk mengetahui samada akaun-akaun yang dibuat itu adalah betul. buku pemiutang dan lejar am adalah betul. Sebagai kayu pengukur mengkaji prestasi atau kemajuan sesebuah perniagaan.

Di dalam penyata ini kita akan dapat melihat 2 daripada 5 kumpulan akaun bergabung untung pengiraan Untung Bersih sesuatu perniagaan.000 40.000 8.000 40.000 8.000 1 12 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.000 16. sila kira susutnilai degan kaedah Garis Lurus.000 24. Perabot dan Perkakasan Pejabat – 15% atau 6 tahun Kaedah pengiraan yang paling kerap digunakan ialah Kaedah Garis Lurus. Ahmad membeli kereta untuk kegunaan perniagaan pada bulan Julai 2005 dengan harga RM40.000.000 Susutnilai 8. Tip Salah satu item perbelanjaan yang selalu dilupakan ialah belanja Susutnilai. Peratus sustnilai 20% setahun: Tahun 1 2 3 4 5 Harga Kos 40.000 8.000 39.000 16. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U . Contoh peratus susutnilai yang digunakan dalam Sistem Perakaunan di Malaysia adalah seperti berikut: 1.999 Susutnilai Terkumpul 8. Peratus pengiraan susutnilai adalah mengikut jenias aset tersebut. Contohnya seperti komputer yang dianggap tidak ada nilai lagi selepas 2 tahun digunakan kerana kepantasan teknologi mencipta perisian yang baru.com.000 40.999 Nilai Aset Bersih 32.000 8. Komputer dan Pencetak – 50% atau 2 tahun 4. 2 kumpulan itu ialah Hasil dan Belanja.000 7. Selepas itu Untung Kasar akan ditolak dengan semua perbelanjaan operasi.dwicemerlang. En. Kenderaan – 20% atau 5 tahun 2. maka akan menghasilkan Untung atau Rugi Bersih. Bangunan Kekal – 2% atau 50 tahun 3. Kaedah ini menunjukkan belanja susutnilai adalah sama setiap tahun mengikut ketahanan harta. Memudahkan pengiraan Zakat atau Cukai Pendapatn sesebuah perniagaan.000 32. pentadbiran dan kendalian.000 24. Apakah Susunilai? Susutnilai adalah disebabkan keusangan dan kehausan sesuatu aset yang digunakan bagi memudahkan urusan perniagaan. Semua jumlah Hasil atau jumlah jualan tunai atau kredit digabungkan dan di tolak dengan Kos Barang Dijual yang akan menghasilkan Untung Kasar. Selain darip aspek keusangan.000 40.Dwi Cemerlang Enterprise • • Memberitahu pemegang syer atau rakan kogsi mengenai keupayaan dan keuntungan perniagaan. ciptaan-ciptaan teknologi baru juga adalah antara punca sesuatu aset itu tidak praktikal lagi untuk digunakan. Sokongan anda amat kami hargai. Contoh Kiraan.

PENUTUP Hasrat kami agar tuan puan telah pun mendapat sedikt maklumat mengenai bagaimana satu set penuh penyata kewangan dapat disediakan. Liabiliti dan Modal/Ekuiti Pemilik yang telah pun diterangkan sebelum ini pada mukasurat 2. Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira boleh dirujuk pada file excel Penyata Kewangan Kewangan Perniagaan. KUNCI KIRA-KIRA Kunci Kira-Kira merupakan satu penyata yang menunjukkan jumlah 3 kumpulan akaun iaitu Aset. Semua format penyata seperti Imbangan Duga.Dwi Cemerlang Enterprise Mengikut kaedah garis lurus. Tuan puan juga adalah dinasihatkan membuat rujukan tambahan daripada buku perakaunan dan juga tunjuk ajar dari mereka yang terlatih dalam bidang perakaunan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas di dalam penyediaan sistem perakaunan ini. Jika pada tahun kelima aset tersebut telah di jual maka barulah boleh untuk kita meletakkan nilai sifar.dwicemerlang. Penyata yang terpenting adalah Penyata Pendapatan. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www. belanja susutnilai adalah sama setiap tahun dan pengiraan nilai aset bersih adalah dengan formula berikut: Nilai Aset Bersih = Harga Kos Aset – Susutnilai Terkumpul Pada tahun kelima nilai bersih aset menunjukkan baki sebanyak RM1. Tahniah! diucapkan kepada tuan puan kerana berani untuk mengubah cara pentadbiran dan pengurusan perniagaan kepada yang lebih sistematik. Ini menunjukkan aset tersebut masih digunakan untuk kegunaan perniagaan. Sokongan anda amat kami hargai.com.00. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 13 . Harapan kami agar pihak tuan puan dapat menyiapkan penyata kewangan ini pada setiap tahun agar memudahkan kita membuat kiraan membayar zakat dan cukai.

Selepas anda membuka file tersebut ‘save’kan dulu dengan menukar nama file dengan menggunakan menu ‘Save as’: Anda pelu membuat salinan ‘master’ agar ianya boleh digunakan untuk perniagaan lain anda. Sokongan anda amat kami hargai.Dwi Cemerlang Enterprise PANDUAN MENGGUNAKAN FILE PEYATA PERAKAUNAN KEWANGAN (MICROSOFT EXCEL) Klik dua kali pada ikon di bawah di dalam CD-Rom yang anda perlolehi.200 Hassan bayar hutang secara tunai RM400 14 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang. Tip Sebelum anda memasukkan data urusniaga anda sila patikan anda menyimpan (save) dahulu file Penyata Kewanagn Perakaunan ini di ‘desktop’ komputer anda.000 Membeli Barang-barang jualan secara tunai RM5.500 Beli barang jualan secara hutang dengan Ah Seng RM7.000 Membeli perkakas kedai (Kerusi Meja dll) RM3. Hassan RM1. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U . Kemasukan data transaksi perniagaan anda adalah seperti contoh di bawah: Tarikh 10/5 15/5 20/5 25/5 28/5 30/5 30/5 1/6 7/6 10/6 20/6 21/6 22/6 Keterangan Modal Tunai Awal RM10.000 Bayar gaji pekerja secara tunai RM300 Bayar sewa secara tunai RM400 Bayar kursus Perakaunan secara tunai RM250 Jualan tunai RM5.com.000 Bayar Tambang kereta secara tunai RM100 Jualan tunai RM200 Jualan hutang kepada En.000 Beli perabot kedai secara tunai RM1.

Membeli kenderaan untuk kegunaan perniagaan dengan cek RM15. Sokongan anda amat kami hargai.000 Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50. Stok Akhir RM 9.000 Nota: Pengiraan belanja susutnilai bagi perkakasas perabot 10% dan kenderaan 20% Sila sediakan Imbangan Duga.000 selama 60bulan. Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira CONTOH KEMASUKAN DATA: Kemasukan transaksi PENERIMAAN TUNAI.500 Bayar Sewa secara tunai RM400 Bayar Ansuran Pinjaman di Maybank Finance RM1.000 Jualan tunai RM1.000 Bayar gaji pekerja secara tunai RM500 Masukkan wang tunai ke dalam bank RM2. air dan telefon secara tunai RM320 Beli barang jualan secara hutang dengan Sykt Raju RM2.000 secara cek.500 Bayar Bil elektrik.000 Bayar hutang kepada Sykt Raju dengan cek RM1.000 Salmah bayar hutang tunai Rm 2.500 Membuka akaun di BCB RM2. Ansuran sebulan RM1.000. 10/5 Modal Tunai Awal RM10. Sila praktikkan perkara ini untuk semua transaksi. 28/5 Jualan tunai RM200 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.com.500 Bayar hutang kepada Ah Seng dengan cek RM5.Dwi Cemerlang Enterprise 25/6 27/6 30/6 2/7 3/7 5/7 8/7 10/7 20/7 22/7 21/7 30/7 31/7 31/7 31/7 31/7 31/7 Bayar lesen perniagaan secara tunai RM200 Bayar iklan secara tunai RM250 Jualan hutang kepada Salmah RM2. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 15 .000 Pastikan jumlah yang anda masukkan pada column Tunai SAMA dengan column Modal Tunai.dwicemerlang.

Dwi Cemerlang Enterprise Kemasukan transaksi PEMBAYARAN TUNAI 15/5 Membeli perkakas kedai (Kerusi Meja dll) RM3.com.dwicemerlang.000 20/5 Membeli Barang-barang jualan secara tunai RM5. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 16 . Sokongan anda amat kami hargai.000 25/5 Bayar Tambang kereta secara tunai RM100 30/5 Bayar gaji pekerja secara tunai RM300 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.

dwicemerlang. kemasukan transaksi hanya di column Bank sahaja. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 17 .Dwi Cemerlang Enterprise Kemasukan transaksi PENERIMAAN BANK 8/7 Membuka akaun di BCB RM2. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www. 10/7 Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50.000 Jika hanya melibatkan pemindahan tunai untuk di simpan di akaun bank perniagaan sendiri. Ansuran sebulan RM1. Begitulah juga jika pengeluaran tunai dari bank untuk kegunaan perniagaan.000.com.000 selama 60bulan.

anda dikehendaki memasukkan data di dalam Buku Pemiutang seperti diatas. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 18 .500 Setiap kali ada pembelian hutang dari pembekal.000 3/7 Beli barang jualan secara hutang dengan Sykt Raju RM2. Jika ada pembelian hutang yang baru sila masukkan data pada ruangan ‘Item’ -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.000 Bayar hutang kepada Ah Seng dengan cek RM5.Dwi Cemerlang Enterprise Kemasukan transaksi PEMBAYARAN BANK Sila catitkan nombor cek anda di sini. 20/6 21/7 Beli barang jualan secara hutang dengan Ah Seng RM7. 20/7 Membeli kenderaan untuk kegunaan perniagaan dengan cek RM15.com. Sokongan anda amat kami hargai.000 22/7 Bayar hutang kepada Sykt Raju dengan cek RM1. dalam Buku pembayaran Bank atau Tunai sila catatkan seperti di atas. Di tunggul cek (Cek butt) juga anda dikehendaki mencatitkan jumlah dan kepada siapa ianya di bayar.dwicemerlang. Dan yang selebihnya sila catatkan pada buku pemiutang seperti di bawah.000 Bagi pembayaran hutang kepada PEMIUTANG secara tunai atau cek.

Dwi Cemerlang Enterprise dan ‘Harga Belian’. Bayaran Pinjaman pula ada dua lejar yang terlibat iaitu Buku Pembayaran Bank dan Penyata pembayar Pinjaman : 31/7 Bayar Ansuran Pinjaman di Maybank Finance RM1.com. 10/7 Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50.000 secara cek.000 selama 60bulan. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 19 . -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www. Jika ada bayaran hutang sila masukkan data pada ruangan ‘Item’.000.dwicemerlang. Ansuran sebulan RM1. Sokongan anda amat kami hargai. ‘Tarikh Bayaran’ dan ‘Tunai atau Cek’.

anda dikehendaki memasukkan data di dalam Buku Penghutang seperti diatas. Hassan RM1. Sokongan anda amat kami hargai.com.000 22/6 Hassan bayar hutang secara tunai RM400 Setiap kali ada Jualan hutang dari pelanggan. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www. Jika ada bayaran hutang sila masukkan data pada ruangan ‘Item’. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 20 .Dwi Cemerlang Enterprise Catatan Merekod Penghutang Perniagaan 30/5 Jualan hutang kepada En.dwicemerlang. ‘Tarikh Bayaran’ dan ‘Tunai atau Cek’. Andai terdapat ulangan jualan hutang yang baru sila masukkan data pada ruangan ‘Item’ dan ‘Harga Jual’.

Yang lainnya akan dikira secara automatik oleh komputer. Anda perlu memasukkan jumlah urusniaga pada ruangan ‘Kos Aset’ dan ‘% Susutnilai Setahun’ sahaja.Dwi Cemerlang Enterprise Pengiraan Belanja Susutnilai. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www. Sokongan anda amat kami hargai.dwicemerlang. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 21 .com.

Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 22 . Klik 2 kali pada ikon ini dan satu lembaran kerja Excel akan muncul seperti di bawah: Penyata Kewangan : Pendapatan & Kunci Kira Kira Buku Tunai Buku Bank Buku Penghutang Buku Pemiutang Lejar Bayaran Lejar Pinjaman Susutnilai -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.com.Dwi Cemerlang Enterprise Penerangan mengenai Penyata Kewangan. Sokongan anda amat kami hargai.dwicemerlang.

200 Hassan bayar hutang secara tunai RM400 Bayar lesen perniagaan secara tunai RM200 Bayar iklan secara tunai RM250 Jualan hutang kepada Salmah RM2.000 Bayar gaji pekerja secara tunai RM300 Bayar sewa secara tunai RM400 Bayar kursus Perakaunan secara tunai RM250 Jualan tunai RM5. Hassan RM1.000 Beli perabot kedai secara tunai RM1.500 Bayar Sewa secara tunai RM400 Bayar Ansuran Pinjaman di Maybank Finance RM1.dwicemerlang. Sokongan anda amat kami hargai.000 Jualan tunai RM1. Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.000 Membeli perkakas kedai (Kerusi Meja dll) RM3. air dan telefon secara tunai RM320 Beli barang jualan secara hutang dengan Sykt Raju RM2.500 Bayar Bil elektrik.000 Membeli Barang-barang jualan secara tunai RM5.com. Stok Akhir RM 9.000 Bayar hutang kepada Sykt Raju dengan cek RM1.000 Salmah bayar hutang tunai Rm 2.000 Bayar gaji pekerja secara tunai RM500 Masukkan wang tunai ke dalam bank RM2.000 selama 60bulan.Dwi Cemerlang Enterprise Contoh Penuh Kemasukan Data Urusniaga: Tarikh 10/5 15/5 20/5 25/5 28/5 30/5 30/5 1/6 7/6 10/6 20/6 21/6 22/6 25/6 27/6 30/6 2/7 3/7 5/7 8/7 10/7 20/7 22/7 21/7 30/7 31/7 31/7 31/7 31/7 31/7 Keterangan Modal Tunai Awal RM10.000 Bayar Tambang kereta secara tunai RM100 Jualan tunai RM200 Jualan hutang kepada En.000.000 Nota: Pengiraan belanja susutnilai bagi perkakasas perabot 10% dan kenderaan 20% Sila sediakan Imbangan Duga.000 secara cek.500 Membuka akaun di BCB RM2. Ansuran sebulan RM1.500 Beli barang jualan secara hutang dengan Ah Seng RM7.500 Bayar hutang kepada Ah Seng dengan cek RM5. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 23 .000 Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50. Membeli kenderaan untuk kegunaan perniagaan dengan cek RM15.

com. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 24 .Dwi Cemerlang Enterprise Catatan dalam Penerimaan Buku Tunai -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www. Sokongan anda amat kami hargai.dwicemerlang.

com. Sokongan anda amat kami hargai.dwicemerlang.Dwi Cemerlang Enterprise Catatan dalam Penerimaan Buku Bank -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 25 .

Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 26 . Sokongan anda amat kami hargai.com.dwicemerlang.Dwi Cemerlang Enterprise Catatan dalam Pembayaran Buku Tunai -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.

dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 27 .Dwi Cemerlang Enterprise Catatan dalam Pembayaran Buku Bank -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.

com.dwicemerlang. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 28 . Sokongan anda amat kami hargai.Dwi Cemerlang Enterprise Catatan dalam Buku Pemiutang -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.

Sokongan anda amat kami hargai.Dwi Cemerlang Enterprise Catatan dalam Buku Penghutang -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 29 .com.dwicemerlang.

dwicemerlang. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 30 . Sokongan anda amat kami hargai.com.Dwi Cemerlang Enterprise Catatan pada Lejar Pembayaran Pinjaman -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.

Sokongan anda amat kami hargai.com. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www. Anda tidak perlu memasukkan data pada Penyata ini. Kemasukan data akan dibuat secara automatik oleh komputer.dwicemerlang.Dwi Cemerlang Enterprise Catatan pada Imbangan Duga. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 31 .

Sokongan anda amat kami hargai.Dwi Cemerlang Enterprise Catatan pada Penyata Pendapatan. HANYA PERLU MEMASUKKAN JUMLAH STOK AKHIR SECARA MANUAL KERANA IANYA PERLU DITENTUKAN OLEH TUAN/PUAN PADA SETIAP HUJUNG BULAN DENGAN MEMBUAT KIRAAN PADA HARGA KOS BARANG AN ITU DIBELI.00 Catatan pada Kunci Kira-Kira -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang. Anda tidak perlu memasukkan data pada Penyata ini. Kemasukan data akan dibuat secara automatik oleh komputer. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 32 .000.com. Jumlah Stok Akhir pada 31 Julai ialah RM9.

com. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 33 . Jumlah kedua-dua nilai bersih asset tetap ini diambil daripada lejar pengiraan susutnilai atau ‘sheet’ Beli Aset pada mukasurat 21. Kemasukan data akan dibuat secara automatik oleh komputer.Dwi Cemerlang Enterprise Anda tidak perlu memasukkan data pada Penyata ini. HANYA JUMLAH BERSIH NILAI ASET TETAP PERLU DIMASUKKAN SECARA MANUAL PADA KUNCI-KIRA-KIRA TERSEBUT. Sokongan anda amat kami hargai.