PENGERTIAN KORBAN Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada

Hari Raya Adha. Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha. Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan AdDhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah. Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan alQuran, Sunnah dan ijma’ ulamak. DALIL-DALIL MENGENAI KORBAN i. DALIL AL-QURAN Firman allah; Maksudnya; Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2) Maksudnya ; “Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36) ii. DALIL HADIS MENGENAI KELEBIHAN KORBAN Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda; Maksudnya;

kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulubulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya). ” (Hadis riwayat Hakim.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah) (Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37) iii. akan tetapi dia tidak mahu berkorban.” (Surah As-Soffaat : ayat 107) HUKUM IBADAH KORBAN Sebahagian ulama berpendapat bahawa korban itu hukumnya wajib. Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib) Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?” Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.” Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?” Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan. sebelum darah tersebut tumpah ke bumi. dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah) “Barangsiapa yang diberikan kemudahan. Korban juga merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan firman Allah. “ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar. . Alasan yang mengatakan amalan korban itu adalah wajib berdasarkan firman Allah. manakala sebahagian yang lain menganggapnya sebagai sunnah. DALIL IJMA’ ULAMAK Para ulamak Islam telah bersepakat mengenai pensyariatan korban berdasarkan ayat dan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa amalan korban merupakan amalan yang paling Allah sukai di Hari-Hari ‘Eidul Adha. maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini. Maksudnya. oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. sehingga memampukan dia untuk berkorban.“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih). di mana binatang yang dikorbankan akan didatangkan di Hari kiamat sepertimana keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah.

” (Hadis riwayat Dar al-Qutniy) Berdasarkan hadis di atas. tidak sebagaimana imam-imam yang lain).Maksudnya. akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya. amalan tersebut dianggap sebagai ibadah wajib. Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Dalam Mazhab Imam Abu Hanifah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara Fardhu dengan wajib. Maksudnya. sedangkan asalnya tidak diwajibkan ke atas mereka. maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2) Sabda Rasulullah SAW. Maksudnya. Maksudnya. pernah tidak melakukan ibadah korban. Dr. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan daripada ‘fardhu’ dan lebih berta daripada sunnah.” (Hadis riwayat at-Tirmizi) Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyatakan. orang ramai akan menganggapnya sebagai satu amalan wajib. (Hadis riwayat Al-Baihaqiy dan lain-laiannya dengan sanad yang baik) Menurut Prof. Yusuf al-Qaradhawi ibadah qurban ialah sunnah muakkad (sunnah yang amat dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqah.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah) Manakala mereka yang berpandangan bahawa amalan korban adalah suatu amalan sunnah adalah berpandukan hadis Nabi SAW. maka mereka berdua menyatakan bahawa mereka bertindak demikian kerana khuatir sekiranya mereka berkorban. Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan. Terdapat sat Athar sahabat (hadis mengenai sahabat Nabi) bahawa Abu bakar dan Umar. sehingga apabila ditanya oleh orang ramai mengenai tindakan mereka berdua itu. “Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu. . tetapi tidak melakukan korban. Daripada Abu Hurairah RA. ibadah atau amalan korban adalah wajib ke atas diri Rasulullah SAW. “ Diwajibkan ke atasku supaya berkorban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.

Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla. lantaran tidak berkemampuan. maka para ulamak berpendapat adalah memadai jika seseorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya. “Itulah sunnah daripada bapa kamu. selain Imam Abu Hanifah menghukumkan ‘makruh’ jika seseorang yang mempunyai kemampuan tetapi tidak melakukan ibadah korban. hukumnya adalah ‘Sunnah muakkadah’ iaitu sebagai ibadah tambahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika baginda masih hidup. Mazhab lain. HIKMAH DI SEBALIK PENSYARIATAN IBADAH KORBAN 1. anggaplah bahawa nabi terlah berkorban bagi pihak umatnya. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya. sihat dan gemuk. termasuklah . melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Rasulullah pernah ditanya mengenai amalan qurban tersebut. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang hamba dengan Tuhannya. Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik. yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT. ibadah korban dikira sama ada Sunnah Muakkadah atau wajib. Bagi yang mampu digalakkan memilih binatang ternakan yang terbaik. Jika dia tidak berkorban. Seseorang itu tidak akan dianggap berdosa besar sekalipun tidak pernah melakukan ibadah korban seumur hidupnya. keluarganya dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu untuk berkorban. Namun begitu kebanyakan ulamak berpendapat ibadah korban adalah amalan yang sunnah sahaja. Berpandukan kepada amalan korban yang dilakukan oleh Rasululah SAW yang menyembelih dua ekor biri-biri bagi pihak dirinya. namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. keluarga dan umatnya. 2. Baginda dilaporkan pernah berkorban dengan dua ekor biri-biri yang besar bagi dirinya. Ibrahim…” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan AlHakim) Sehubungan denga itu. lantas baginda menjawab.Hukum wajib di sini bermakna sesiapa yang meninggalkannya dianggap berdosa sekiranya mereka terdiri daripada golongan yang berkemampuan dan berkedudukan. menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyembelih korban dengan dua ekor kibas yang terbaik dengan tangannya sendirinya dengan membaca ‘Bismillah’ dan ‘Bertakbir’ dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibas tersebut. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah. Menurut Mazhab Imam As-Syafi’ie.

Untuk melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu banyak ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita. Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah. untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka masa yang lama.sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang ytercinta. Tanpa pengorbanan.” (Surah al-Haj : ayat 32) 5. tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan. 8. Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah. 7. Sentiasa mengingatkan kita. 4. Kambing atau domba yang telah berumur satu tahun lebih atau sudah berganti gigi ii. Umur yang disarankan bagi binatang yang akan diqurbankan itu adalah seperti berikut. sakit. Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan. iii. bahawa hidup ini amat memerlukan kepada pengorbanan. Kambing biasa yang telah berumur dua tahun lebih. “Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syiar agama Allah. hendaklah dari binatang yang tidak cacat seperti pincang. SYARAT KORBAN DAN BINATANG YANG DIKORBANKAN 1. Unta yang telah berumur lima tahun lebih. Sapi. i. . terpotong ekornya. di mana mereka dibenarkan untuk memakan. Binatang yang hendak dijadikan qurban itu. terpotong telinganya. 3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah. Untuk memberikan kegemberiaan kepada keluarga yang melakukan korban dan orangorang lain yang mendapat bahagian daripada daging korban tersebut. sangat kurus. Maksudnya. maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan hati. kerbau atau lembu yang telah berumur dua tahun lebih. sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan Allah. iv. 6.

beliau berkata : “Kami telah menyembelih korban bersama dengan Rasulullah SAW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan An-Nasa’i) 2.” (Hadis riwayat Muslim) Seekor kambing hanya untuk korban satu orang diqiaskan dengan denda meninggalkan wajib haji. iaitu. Korban dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan. Maksudnya. yang rosak matanya. yang pincang dan yang kurus dan tidak mempunyai isi.v. pastikan ternakan tersebut tidak bunting ketika hendak dikorbankan. kerbau boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian menurut pandangan Syafi’iyyah. seekor unta untuk tujuh orang dan seekor lembu untuk tujuh orang. maka harus memakan daging sembelihannya. maka kami bersama-sama menyembelih seekor lembu untuk tujuh orang dan seekor unta untuk sepuluh orang. Bagaimanapun. korban tetap dianggap sah. Rasulullah SAW bersabda. ketika itu masuk hari raya qurban. kami pernah bersama-sama dengan Rasululah SAW dalam satu perjalanan. WAKTU MELAKUKAN QURBAN . kecuali mereka terdiri daripada kaum kerabatnya yang terdiri daripada anak-anak. Daripada Barra’ bin ‘Azib. Sabda Rasulullah SAW. 2. Daripada Jabir . Daripada Abbbas. Penyembelih mestilah terdiri dari seorang muslim. 1. sekiranya dia ahli kitab. oleh yang demikian tidak sah sembelihan seorang kafir yang telah diwakilkan oleh tuan korban kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim) Maksudnya. “ Empat jenis binatang yang tidak sah dijadikan qurban. yang sakit. Tidak boleh berkongsi beberapa orang dalam membayar harga binatang korban. adikberadik dan anak bapa saudaranya dan termasuk juga isteri atau suami dan ke semua mereka tinggal serumah dengannya. Sabda Rasulullah SAW. Sekiranya ternakan betina. Dalam Mazhab al-Maliki ditambah dua syarat lagi. Akan tetapi seekor unta. jika selepas disembelih didapati haiwan ternakan itu sedang bunting. pada Tahun Hudhaibiyah. lembu.

Sunat dihadapkan binatang yang akan disembelih ke arah kiblat. kerana mengerjakan solat tidak menjadi syarat kepada sembelihan korban. bulunya dan sebagainya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari) Maksud ‘Solat Hari Raya Haji’ dalam hadis di atas adalah waktunya.” (Hadis riwayat Ahmad) PERKARA YANG DISUNATKAN KETIKA MENYEMBELIH KORBAN 1. Sabda Rasulullah SAW. kerana ia akan menyebabkan dosamu terampun bagi setiap titisan darah yang tumpah. sesungguhnya dia telah menyempurnakan ibadahnya dan telah menepati sunnah atau aturan umat Islam. Sabda Rasulullah SAW. sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri dan barangsiapa menyembelih korban sesudah solah Hari Raya dan dua khutbahnya. 4. “Barangsiapa yang menyembelih korban sebelum solat Hari Raya Haji. bukannya solatnya. Menurut Mazhab Hanafi. 12 dan 13 Zulhijjah). Di samping itu juga dimakruhkan sekiranya kita menggunakannya untuk menunggang. untuk menunjukkan bahawa ketika bersedia untuk melakukan ibadah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah dan menzahirkan rasa bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Maksudnya. sunat bagi orang yang hendak berkorban mengikat binatang yang akan dikorbankannya beberapa hari sebelum hari korban. Sunat disembelih sendiri oleh mereka yang berkorban. sepertiman yang dilakukan oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadis Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh semua imam. “Bangunlah menuju tempat binatang korbanmu dan saksikanlah. 3. bagi setiap satu . 2. kerana boleh mendekatkan dirinya kepada Allah. “Semua hari tasyrik (iaitu 11. Daripada Imran bin Husain. pada hari Raya Haji sehingga terbenam matahari pada 13 bulan Zulhijjah. Sunat kepada orang yang berkorban menyaksikan binatang korbannya. adalah waktu yang dibolehkan untuk menyembelih qurban. sepertimana Rasulullah SAW berkata kepada Fatimah: Maksudnya. Rasulullah SAW bersabda.Waktu menyembelih qurban adalah bermula daripada matahari setinggi tombak. mengambil susunya.

Menunggu sebentar selepas menyembelih sehingga binatang tersebut dipastikan benarbenar telah mati. Memastikan bahawa binatang yang akan dikorbankan itu terdiri daripada binatang yang terbaik dari semua sudut. Maksudnya. Membaca Basmalah (Bismillahirrahmani rrahim) sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir menyatakan bahawa kami telah menunaikan solat al-Adha bersama Rasulullah SAW. Takbir (Menyebut Allahu Akbar) 4. Maksudnya.dosa yang pernah engkau lakukan…” (Hadis riwayat Al-Hakim. “Ya Allah terimalah kurban Muhammad.” (Hadis riwayat Ahmad. ini adalah amalan yang Engkau perintahkan supaya aku kerjakan keranaMu. Abu Daud dan At-Tirmizi) 2.Sabda Nabi SAW. dibawa dihadapan baginda seeokor kibas. Al-Baihaqiy dan AtTabraniy) 1.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim) 1. sekiranya binatang tersebut terdiri daripada lembu dan kambing. 3. Mendo’akan agar sembelihan tersebut diterima oleh Allah. seperti berkata “ YA Allah. selepas selesai daripada solat tersebut. kerana binatang tersebut merupakan korban untuk mendapat ganjaran di akhirat. . “ Dengan nama Allah dan Allah Maha besar. Daripada Anas bahawa Rasulullah SAW telah melakukan korban dengan dua ekor kambing yang baik-baik. ahli kelurganya dan umatnya. 3. Memastikan alat yang digunakan untuk menyembelih terdiri daripada alat yang tajam yang diperbuat daripada besi. Ya Allah ini adalah (korban) dariku dan daripada mereka yang tidak mampu untuk berkorban dari kalangan umatku. beliau membaca bismillah dan beliau bertakbir. terimalah amalku ini) 5. Binatang yang disembelih itu hendaklah dihadapkan ke arah kiblat di atas rusuk kirinya. beliau menyembelihnya sendiri. Membaca salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. maka baginda menyembelihnya dan baginda membaca. 2. Maksudnya.” (Hadis riwayat Bukhari danMuslim) Ketika melakukan korban Rasululah membaca.

Terdapat dua pandangan i . terutama fakir miskin.” (Surah Al-Haj: ayat 36) Namun begitu. Menurut pandangan Mazhab Syafi’e. Maksudnya. 1. disunatkan kepada mereka yang ingin melakukan ibadah korban. manakala 1/3 untuk golongan fakir dan miskin. Namun begitu mereka menghukumkan makruh sekiranya kita memakan atau menyimpan kesemua daging tersebut melebihi tiga hari. Malikiy dan sebahagian daripada Mazhab Hambali. teman-teman. Dan berilah makan kepada orang yang redha dengan apa yang ada pada dirinya (orang yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta-minta. Maksudnya. “ Sekiranya kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu mahu melakukan korban maka biarkan (jangan dipotong) rambut dan kuku-kukunya. Kenyataan ini berdasarkan firman Allah. jiran tetangga walaupun mereka terdiri daripada golongan kaya.” (Surah Al-Haj : Ayat 28) FirmanNya lagi. Maksudnya. apabila masuknya hari ke sepuluh daripada bulan Zulhijjah. sekiranya disedekahkan ke semuanya kepada orang lain. Malikiy dan Hambali) Menurut Mazhab Hanafi. Walau bagaimanapun digalakkan .” (Hadis diriwayatkan oleh semua Imam kecuali Bukhari) PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN 1. Mengikut amalan sunnah (terutama Mazhab Hanafi dan Hambali) dalam pembahagian daging korban ialah 1/3 untuk diri dan keluarga. maka dianggap lebih baik dan sempurna. Jumhur Fuqahak (Mazhab Hanafi. Pendapat ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW.4. disedekahkan dan dijadikan sebagai hadiah. 1/3 untuk kaum kerabat. Menurut Mazhab Malikiy dan Hambali pula memakan daging korban nazar dibolehkan sama seperti korban sunnah dan disunatkan supaya mencampurkan kedua-dua korban tersebut sama ada untuk dimakan. harus memakan daging korban yang disunatkan. supaya tidak mencukur rambut dan memotong kuku sehinggalah selesai ibadah korban. manakala korban nazar atau korban wajib diharamkan untuk memakannya. “ Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lain) berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang sengsara lagi fakir.

tetapi akhirnya menjadi busuk dan rosak.” (Surah al-Haj : ayat 37) 4. Melaksanakan ibadah korban dengan tujuan untuk menunjukkan kepada orang ramai akan kemampuan dirinya untuk melakukan korban. Amalan ini tidak menepati sunnah dan sekiranya dilakukan juga. kerana para ulamak mengaggap perbuatan tersebut sebagai ‘Makruh’. Masih ada amalan di mana daging yang telah dikorbankan dibahagi kepada tujuh bahagian. akan tetapi (keikhlasan) yang lahir dari ketaqwaan darimulah yang dapat mencapainya. sembelihan tersebut tidak dikira sebagai ‘Ibadah Korban’. sedangkan dia sepatutnya insaf bahawa hanya korban yang disertakan dengan keikhlasan dan ketaqwaan sahaja yang diterima di sisi Allah. untuk menunjukkan kebaikan dan pengiktirafan Islam kepada mereka sebagai manusia. Begitu juga dalam masalah pembahagian daging korban. bahagian rusuk. Demikianlah Allah telah memudahkan bagimu (binatang korban itu) untuk kamu supaya kamu mengagongkan Allah lantaran petunjukNya kepadamu dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang melakukan kebaikan. terutama mereka yang diharapkan akan memeluk agama Islam. Firman Allah SWT. manakala bahagian tertentu (biasanya kepala. “Daging-daging korban dan darahnya itu. Di samping sikap sebahagain daripada kita yang terlalu tamak menghimpunkan daging korban. boleh membayar lebih sedikit daripada harga sebenar binatang korban dan menyerahkan lebihan wang tersebut kepada tukang sembelih. batang pinang) diperuntukkan atau dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Pembaziran daging korban. . Maksudnya. Sekiranya kita masih ingin memberikan upah kepada tukang sembelih. 3. BEBERAPA KESILAPAN DALAM IBADAH KORBAN 1. Di mana terdapat daging korban yang lambat diagihagihkan menyebabkan daging tersebut menjadi busuk. selepas pemberian tersebut. Ada beberapa golongan masyarakat yang melakukan kesilapan dengan melakukan ibadah korban pada malam hari raya. dihormati dianggap sebagai orang yang hebat di sudut kemampuan kewangan. sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah. pihak yang berkongsi korban. kerana setiap bahagian daging korban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh dijadikan sebagi upah. 2. Tambahan : Menurut Mazhab daging korban juga boleh diberikan kepada orang-orang yang bukan Islam. supaya dengan itu mereka akan dipandang mulia. apabila ruang peti ais rumah kita tidak mampu memuatkan semua daging korban yang kita bawa pulang.kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarganya sebagai ‘Tabarruk’ (mengambil bekat dari ibadah korban tersebut). Tindakan ini sama sekali tidak dibenarkan.

Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.” (Hadis riwayat al-Hakim) 2.5. Oleh itu. 6.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi. Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk. dengan mengenepikan hak orang lain terutama yang tinggal sejiran.Ibnu Majah dan Hakim) . semata-mata untuk mendapatkan bahagian dari pembahagian daging korban.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) 3. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan. dengan cara melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Kedatangan ke masjid. namun begitu tidak mensyukuri nikmat Allah setelah memakan dan menikmati daging korban tersebut. Pembahagian daging korban yang hanya ditentukan kepada kumpulan-kumpulan atau puak-puak tertentu sahaja. Malah ada di antara mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke suarau dan ke masjid atau bermuamalah dengan penduduk setempat. elokkanlah qurban kamu. Keampunan. sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu. Fadhilat dan Kelebihan Berqurban 1. kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan: Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan. ‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia. ‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). ke surau atau ke tempat sembelihan. sekampung atau setaman dengan kita. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.

4. “Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat alMustaqim di akhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.” (al-Hajj : 36-37) . Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.