You are on page 1of 31

FAKULTI : PENDIDIKAN DAN PENGAJIAN BAHASA

PENGAJIAN : DIPLOMA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN PRASEKOLAH)


MATA PELAJARAN : PROFESIONALISME GURU
KOD : ETD 2152
TAJUK : SULTAN IDRIS TRAINING COLLEGE ( SITC )
NAMA NO. MATRIK NO. FON MARKAH
NURUL ATIQAH BINTI ABD GHANI 3101024901 013-2577055
NURUL NASZLINA BINTI MOHAMAD 013-4599493
NASIR 3101025121
SITI FATIMAH NOOR BINTI 3101025051 014-5668970
MUKASIM 3101022951
NUR HIDAYAH BINTI AYOB 017-3942151

EN. HJ ABD WAHID RAHMAN


MAKTAB
PERGURUAN SULTAN
IDRIS atau dikenali
sebagai SULTAN IDRIS
TRAINING COLLEGE
(SITC).
BANGUNAN SULUH BUDIMAN
SEJARAH SITC
Penubuhan SITC diilhamkan oleh R. O. Winstedt
pada tahun 1917
SITC dirasmikan pada 29 November 1922 oleh Sir W.
George Maxwell
sempena nama Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan
Idris Mursidul Adzam Shah
 Maktab yang dinamakan The Sultan Idris Training
Collge for Malay Teachers yang dikenali dengan nama
ringkasnya sebagai SITC telah dirasmikan oleh Sir
George Maxwell.
Sejarah penubuhan UPSI bermula dengan cadangan
R.O. Winstedt untuk memusatkan maktab-maktab
perguruan Melayu. Setelah mendapat persetujuan
Sultan Abdul Jalil Perak, Pesuruhjaya Tinggi British
telah mengumumkan untuk menubuhkan sebuah
Maktab Pusat yang besar bagi guru-guru Melayu
sebagai kenang-kenangan kepada Almarhum Sultan
Idris Ibni Almarhum Raja Iskandar, Perak. Maktab
yang dinamakan The Sultan Idris Training Collge for
Malay Teachers yang dikenali dengan nama
ringkasnya sebagai SITC telah dirasmikan oleh Sir
George Maxwell, Ketua Setiausaha Negara pada
29 November 1922.
TUJUAN PENUBUHAN
Tujuan asal maktab ini ditubuhkan adalah untuk melatih guru-guru
untuk sekolah-sekolah Melayu, disamping itu pihak British juga
berharap lepasan SITC akan dapat digunakan sebagai tenaga pekerja
mereka. SITC kemudiannya seolah-olah menjadi Pusat Kehidupan
Intelektual Melayu dengan penuntut-penuntut yang datang dari
segenap pelosok Semenanjung. Pertemuan penuntut-penuntut
Melayu ini secara langsung atau tidak langsung telah menyedarkan
mereka tentang tanggungjawab meninggikan tahap pelajaran anak-
anak Melayu dan membawa kepada perkembangan golongan
terpelajar Melayu yang bersemangat kebangsaan. Keunggulan SITC
membentuk pelajar dan pelajaran Melayu terbukti sehingga selesai
Perang Dunia Kedua, bahkan hingga beberapa tahun selepasnya,
sebelum wujud beberapa institusi pengajian tinggi lainnya.
LOKASI SITC
SITC didirikan di satu kawasan lembah yang subur di
atas tanah seluas 64 hektar di kaki Banjaran
Titiwangsa.
Satu tapak seluas 63 ekar telah dibeli di Tanjong
Malim dengan harga RM49,000.00.
Tempat yang dipilih juga seharusnya berdekatan
dengan rangkaian kereta api, jalan raya dan
berhampiran dengan sungai dan komposisi
penduduknya haruslah sederhana ramai.
KURIKULUM SITC
Tertumpu kepada pengetahuan asas keguruan di
samping kraftangan dan pertanian.
Sir Wolffe juga menyarankan agar pelajar-pelajar patut
mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam
bidang pertanian, anyaman, latihan jasmani,
perkebunan dan Bahasa Melayu sendiri.
sambungan
ilmu geometri, ilmu alam, bahasa, tawaraikh dan
hikayat, ilmu tanaman, kaedah mengajar, ilmu
kesihatan, lukisan, tulisan, anyaman bakul,
pengetahuan am dan agama.
Mata pelajaran yang diajar bagi satu-satu waktu
pengajaran adalah selama 45 minit
TENAGA PENGAJAR SITC
 Jumlah tenaga pengajarnya pula adalah seramai empat
orang berbangsa Eropah, tujuh orang guru Melayu,
seorang guru anyaman dari Manila dan seorang guru al-
Quran dari Matang.
Mereka ialah O.T. Dussek (Pengetua), M.R. Holgate,
W.B.O. Sir Williams, D.H. Ghrist, Mohammad Hashim
Hj Taib, Noordin Hj Harun, Ibrahim Dato’ Muda Linggi,
Abdul Rahman Hj Muhyiddin, Hanafiah Md Saman,
Mohamad Said Hj Hussin, Abdul Hadi, Mr. W. Olaguera
(Manila) dan Lebai Jaafar Abdul Rashid (guru al-
Quran).
sambungan
Guru-guru ini pada asalnya merupakan tenaga
pengajar dari Maktab Perguruan Matang yang telah
ditutup dan sebahagiannya dari Maktab Perguruan
Melaka.
Pengetua pertama telah memulakan tugas di SITC
iaitu O. T. Dussek yang berasal dari England
Pada tahun 1958, SITC buat pertama kalinya anak
tempatan dilantik sebagai Pengetua, iaitu Zainal
Abidin Ahmad.
V ISI
Menjadi Universiti yang
bitara, cemerlang dalam
kepimpinan pendidikan
berlandaskan kegemilangan
sejarah serta meneraju
perubahan global
MISI
Menjana dan menatar ilmu
menerusi pengajaran,
penyelidikan, penerbitan,
perundingan dan khidmat
masyarakat, dalam konteks
pembangunan insan untuk
mencapai wawasan negara
MOTO

AGAMA DIJUNJUNG, TAMADUN


DIPIMPIN
 
LAGU SITC
IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN

ibu kandung suluh budiman


obor di malam gelap
bina budi penyebar tekad
pancaran semangat waja
ibu kandung suluh budiman
ibu pujaan kami
yang berjaya pada masyarakat
hidup gagah berani

ibu kandung suluh budiman


dengarlah sumpah sumbangsih nan suci
selagi hayat dikandung badan
kami tetap berbakti
SEMASA PERANG DUNIA KE-2
Semasa Perang Dunia Kedua, SITC telah dijadikan Hospital
Tentera British dan kemudiannya setelah tentera British
berundur, ia telah dijadikan Markas Tentera Jepun. Para
pelajarnya berpindah ke Kuala Kangsar. Apabial perang
mula merebak, pelajar-pelajar diarahkan pulang ke
kampung masing-masing. Selepas perang, SITC dibuka
semula, kali ini dengan para pelajar yang lebih bersemangat.
Semangat kebagsaan mula bercambah subur di SITC dan
para pelajar semakin berani menuntut hak-hak mereka
sehingga berlaku tunjuk perasaan pada 10 Disember 1949
dan SITC ditutup selama 3 bulan ekoran dari peristiwa itu.
SELEPAS MERDEKA
Menjelang Kemerdekaan 1957, SITC telah dapat
menyediakan segolongan intelek Melayu yang berjiwa
kebangsaan dan ini penting untuk mengsisi ruang
kemerdekaan.
Pada tahun 1958, SITC turut mencatatkan sejarah
tersendiri apabila buat pertama kalinya anak tempatan
dilantik sebagai Pengetua, iaitu Zainal Abidin Ali. Pada
13 Januari 1975, sekali lagi SITC merakamkan sejarah
dengan pengambilan masuk 140 pelajar puteri, iaitu
setelah 5 tahun dihuni oleh pemuda-pemuda Melayu.
BANGUNAN LAMA
SITC
RUMAH
PENGETUA
Bangunan Rumah Tamu ini dahulunya

pernah dijadikan rumah kediaman pengetua

berbangsa Inggeris. Ia terletak di bahagian

selatan sekali berhampiran dengan Sungai

Bernam. Rumah ini dibina dua tingkat, iaitu

bahagian bawah diperbuat daripada batu-bata

sementara bahagian atasnya diperbuat

daripada kayu. Ia telah diubah suai dan dicat

baru pada tahun 2002 supaya kelihatan lebih

menarik. Reka bentuk bangunan ini mirip

kepada reka bentuk Inggeris. Pada masa

sekarang rumah ini dijadikan Rumah Tamu

UPSI dan telah digazetkan sebagai aset MPN


 
TADAHAN
SELATAN
Bangunan ini mempunyai keluasan lantai 2,176 meter
persegi. Ia mempunyai 3 anjung iaitu Anjung Tun Perak,
Anjung Tun Seri Lanang dan Anjung Hang Tuah.
Bangunan ini dibina agak lewat sikit berbanding dengan
Bangunan Suluh Budiman iaitu setelah asrama Tadah
Utara siap. Bangunan ini juga digunakan sebagai asrama
kepada pelajar-pelajar yang boleh memuatkan 60 hingga
70 orang pada satu-satu masa. Bangunan ini siap dibina
sepenuhnya pada tahun 1930. Asrama ini berbentuk
Geometri atau bangunan bercabang tiga yang mana akan
menempatkan Asrama D, Asrama E dan Asrama F. Di
bangunan ini juga terdapat satu ruang legar yang
dinamakan perserian. Setiap bilik boleh memuatkan
lebih kurang 30 orang pelajar. Di dalam setiap bilik pula
terdapat sebuah bilik ketua bilik (bahagian depan) dan
penolong ketua bilik (bahagian tengah bilik). Pada awal
tahun 1940, nama-nama bahagian bilik telah ditukar
iaitu Asrama D kepada Tun Perak, Asrama E kepada Tun
Seri Lanang dan Asrama F kepada Hang Tuah. Sekarang
dijadikan makmal Matematik, makmal Kaunseling dan
bilik-bilik tutor dan pensyarah. Bangunan ini juga
diwartakan sebagai aset Muzium Pendidikan Nasional.
TADAHAN
UTARA
Bangunan ini mempunyai keluasan 2,176 meter persegi. Ia mempunyai 3
anjung iaitu Anjung Bendahara Seri Maharaja, Anjung Pateh Gajah Mada
dan Anjung Munsyi Abdullah. Bangunan ini telah dibina bersama-sama
dengan Bangunan Suluh Budiman yang mana akan digunakan sebagai
asrama kepada pelajar-pelajar dan siap dibina sepenuhnya pada tahun
1930. Bangunan ini berbentuk Geometri atau bangunan bercabang tiga
yang mana akan menempatkan Asrama A, Asrama B dan Asrama C.
Bangunan ini juga dikenali dengan nama ‘Gajah Menyusu’ kerana
bentuknya segitiga dan bersambung-sambung antara satu sama lain. Di
bangunan ini juga terdapat satu ruang legar yang dinamakan perserian.
Setiap bilik boleh memuatkan lebih kurang 30 orang pelajar. Di dalam
setiap bilik pula terdapat sebuah bilik ketua bilik (bahagian depan) dan
penolong ketua bilik (bahagian tengah bilik). Pada awal tahun 1940,
nama-nama bilik telah ditukar iaitu Asrama A kepada Bendahara Seri
Maharaja, Asrama B kepada Patih Gajah Mada dan Asrama C kepada
Munsyi Abdullah. Sekarang bangunan ini dijadikan makmal komputer
dan makmal pengajaran mikro/bilik kawalan dan bilik-bilik guru Fakulti
Bahasa. Bangunan ini telah diwartakan sebagai aset Muzium Pendidikan
Nasional.
 
 
PUSAT ASUHAN
KANAK-KANAK
Bangunan asal Sekolah Latihan Tanjong Malim,
kemudiannya ditukar kepada Sekolah Kebangsaan
Tanjong Malim ini mempunyai keluasan 1,177 meter
persegi.  Ianya diperbuat daripada kayu dan
menyerupai rekabentuk sekolah-sekolah zaman
penjajahan British. Sekolah ini dibuka pada tahun
1930. Guru Besarnya yang pertama ialah Cikgu
Lembang. Sekolah ini dinamakan Sekolah Latihan
kerana guru-gurunya yang terdiri daripada pelajar-
pelajar yang berlatih mengajar. Sekolah Latihan ini
dikelolakan oleh pihak Maktab. Anak-anak murid
terdiri dari kalangan anak-anak pensyarah, pekerja
dan anak-anak penduduk tempatan. Guru-gurunya
terdiri daripada pelajar-pelajar SITC/MPSI kecuali
Guru Besar yang digajikan oleh Pejabat Pelajaran.
Terdapat beberapa buah lagi Sekolah Latihan untuk
kegunaan pelajar-pelajar SITC/MPSI ini seperti
Sekolah Kebangsaan Kalumpang dan Sekolah
Kebangsaan Slim Village. Setelah UPSI ditubuhkan,
bangunan ini dijadikan Pusat Asuhan Kanak-kanak
UPSI hingga sekarang.
DEWAN MAKAN
Bangunan Pusat ICT yang dahulunya adalah Dewan Makan
Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) dan SITC ini terletak di
antara asrama Tadah Utara dan Tadah Selatan. Bangunan ini
lebih mirip kepada reka bentuk Belanda ala Studhuys House di
Melaka bagi memperingati pemerintahan Belanda. Ia boleh
memuatkan lebih kurang 400 orang pelajar dan Ianya dibina
pada 1919 serentak dengan Bangunan Suluh Budiman dan siap
sepenuhnya pada tahun 1922. Pembinaannya dibuat oleh
tukang-tukang yang dibawa dari tanah Jawa dan buruh mahir
berbangsa Cina. Pembinaannya juga melibatkan orang
perseorangan dan syarikat swasta di England. Bahan-bahan
binaan seperti atap genting dibawa dari England, India dan
Indonesia. Keluasan lantainya ialah 1,852 meter persegi. Pada
November 1983, Dewan Makan ini diubahsuai dan dijadikan
Khutub Khanah SITC/MPSI setelah SDAR berpindah ke
Seremban. Di bangunan inilah Khutub Khanah MPSI
beroperasi dan memberikan khidmatnya kepada penuntut-
penuntut hinggalah institusi ini dinaik taraf menjadi Institut
Perguruan Sultan Idris (IPSI) pada tahun 1987, lalu diberi
nama Perpustakaan IPSI. Nama ini kemudiannya bertukar
menjadi Perpustakaan Za'ba sempena Sambutan Perayaan 75
Tahun SITC/MPSI/IPSI pada tahun 1994. Pada September
1996, Perpustakaan Za'ba telah berpindah ke tingkat atas
Bangunan Suluh Budiman dan kekal di situ sehingga akhir
tahun 1998. Dewan Makan ini sekali lagi dijadikan
Perpustakaan UPSI setelah UPSI ditubuhkan pada 1998 dan
beroperasi di situ sehingga Oktober 2003. Pada Disember
2004, perpustakaan berpindah ke bangunan baru dan bangunan
ini diubah suai lagi untuk dijadikan Pusat ICT UPSI dan kekal
di situ hingga sekarang. Bangunan ini telah diwartakan
sebagai aset Muzium Pendidikan Nasional .
 
TOKOH-TOKOH
SITC
ZAINAL ABIDIN ( ZA’BA )
Beliau dilahirkan di Seremban.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (bidang
bahasa Melayu dan Arab) dari Universiti London (1953).
Kerjayanya sebagai guru bahasa Melayu bermula di
English College, Johor Bahru.
Beliau pernah menjadi penterjemah di Maktab Melayu
Kuala Kangsar, Pejabat Pelajaran Negeri-Negeri, Maktab
Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, dan
Penterjemah Kanan di Pejabat Pelajaran, Kuala Lumpur.
sambungan
Beliau menubuhkan Pejabat Karang Mengarang di
Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) bersama-sama
dengan pengetuanya, O.T. Dussek (1924).
Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku :
(i) Ilmu Mengarang Melayu (1934)
(ii) Pelita Bahasa Melayu I (1940)
(iii) Pelita Bahasa Melayu II (1940)
sambungan
(iv) Pelita Bahasa Melayu III (1940)
(v) Daftar Ejaan Melayu (1941)
Za’ba diberi gelaran Pendeta dalam Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu di Johor Bahru (1956), gelaran
Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya (1959) dan
Universiti Kebangsaan Malaysia (Jun 1973).
Malah beliau dianugerahi bintang Panglima Mangku
Negara yang membawa gelaran Datuk dan kemudiannya
Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong (1962).
AMINUDDIN BAKI
Telah dilahirkan dalam keluarga sederhana yang kuat
beribadat di Chemor, Perak pada 26 Januari 1926.
Beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Sekolah
Anderson, Ipoh.
Mempunyai rekod pelajaran yang cemerlang sehingga
beliau dianugerahkan hadiah pelajaran ‘Queen’s
Scholarship’
sambungan
Aminuddin Baki bertugas sebagai pensyarah di
Maktab Perguruan Sultan Idris.
 Pada tahun 1961, beliau telah dilantik menjadi Ketua
Penasihat Pelajaran ketika beliau berusia 36 tahun.
Beliau juga memberi sumbangan dalam aneka bidang.
Contoh : bidang bahasa, budaya dan kemasyarakatan.
Beliau juga merupakan tokoh penting dalam
peloporan gerakan pelajar terutamanya GPMS.
KESIMPULAN
Pada 21 Februari 1987, SITC telah dinaikkan taraf
sebagai Institusi Pendidikan Sultan Idris (IPSI).
Kedudukan tarafnya lebih tinggi daripada maktab-
maktab perguruan yang lain dan diberi kuasa
mengendalikan Kursus Sijil Lanjutan Pergurusan dan
Diploma Lepas Sijil.
Kerajaan menaikkan tarafnya kepada peringkat yang
lebih tinggi sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) pada 1 Mei 1997.
SEKIAN..
TERIMA KASIH

You might also like