You are on page 1of 1

Soalan : Salah satu focus dalam KSPK adalah penguasaan literasi asas 4M.

Nyatankan maksud aspek 4M tersebut, serta huraikan bagaimana keempat-empat aspek tersebut dapat dilaksanakan berserta dengan contohcontoh aktiviti yang bersesuaian. Fokus utama dalam KSPK ialah 4 M, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Membaca ialah penting dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana ia adalah salah satu kemahirang yang boleh membantu mereka memahami dari nama objek , frasa , ayat/mesej yang mudah sehinggalah pengetahuan ilmiah yang mendalam pada masa akan datang. Perkembangan membaca bermula dari aktiviti bercerita, yang mana ini merupakan aktiviti yang bukan sahaja melatihkan kemahiran mendengar kanak-kanak, pada masa yang sama membina minat membaca mereka. Bercerita menggunakan picture book atau lebih dikenali buku bergambar adalah salah satu aktiviti asas yang membantu kanak-kanak membaca. Di sini proses membaca terawal ialah membaca gambar/illustrasi. Disebabkan tertarik dengan buku bergambar, mereka akan mula memerhati kewujudan perkataan-perkataan yang mana ialah simbol kepada mereka, lalu cuba untuk mengenali atau mengecamnya. Di sinilah bercambahnya minat membaca mereka yang seterusnya membawa kepada pengenalan huruf, perkataan, frasa hingga ayat.

Menulis yang melibatkan perkembangan motor halus, sebenarnya merupakan sejenis kemahiran yang membolehkan seseorang meluahkan fikiran atau perasaan (expressive). Kanak-kanak pada asasnya perlu memperkembangkan motor halusnya dahulu sebelum mula menulis. Antara aktivity yang boleh dilakukan ialah menggunting, meramas kertas, menguntai manik dan sebagainya yang seperti tertulis di dalam KSPK. Dengan melakukan aktiviti pratulis yang secukupnya , pasti membolehkan kanak-kanak memegang pensel dengan cara yang betul. Seterusnya boleh menulis huruf, perkataan, frasa dan akhirnya mereka mampu menzahirkan fikiran atau perasaan mereka dalam bentuk penulisan di atas kertas mahupun kad. Mengira ialah salah satu kemahiran literasi asas yang penting, yang mana ia menyediakan kanak-kanak berupaya membuat perbandingan, perngukuran sehingga menyelesaikan masalah pada masa akan datang. Untuk membolehkan mereka menguasai literasi asas ini, guru boleh membimbing murid-murid membuat padanan satu dengan satu untuk memperkenalkan konsep banyak dan kurang. Diikuti dengan route count yang membolehkan mereka terdedah kepada nama nombor seperti dicatat dalam KSPK. Pada masa yang sama juga memperkenal simbol nombor yang menggantikan jumlah bilangan objek konkrit. Menaakul ialah kemahiran berfikir secara logical untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran menaakul adalah sangat penting untuk kita berjaya dalam hidup dan membuat keputusan yang baik. Menurut kajian, kemahiran menaakul yang termasuk mengumpul, menganalisa dan mengorganisasikan informasi ialah kunci kerjayaan di tempat kerja. Antara aktiviti yang boleh digunakan ialah penggunaan kotak misteri. Guru memasuk sesuatu objek ke dalam kotak tersebut dan murid-murid dikehendaki meneka apakah objek tersebut melalui persoalan. Guru hanya akan menjawab ya atau tidak sebagai jawapan. Misalnya murid bertanya : Adakah it benda hidup? , guru menjawab: Tidak. . Melalui siri persoalan yang dikemukakan, murid-murid dikehendaki berfikir secara logik apakah kandungan kotak misteri itu. Permainan yang sama juga boleh dijalankan dengan nombor yang mana murid-murid bertanya: Adakah nombor itu besar dari 10? . Guru menjawab ya atau tidak . Dengan ini kemahiran menaakul akan dipertingkatkan. Disediakan oleh Ng Kok Keong 720623-08-5481