You are on page 1of 14

Isi Kandungan

1.

Storyboard bahan rancangan mengajar bola baling.

1.1 Sejarah ringkas permainan bola baling di Malaysia . 1.2 Kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola baling. 1.3 Penjelasan perincian kemahiran menjaring. 1.4 Cadangkan tiga latihan latih tubi bagi kemahiran menjaring.

2.

BBM ( Tayangan video ) kemahiran menghadang bagi permainan bola tampar (tayangan video).

Bibliografi

1

menghadang. Secara umumnya. 1. Kepopularan permainan ini terbukti dengan berlangsungnya Kejohanan Pertama Pertandingan Terbuka Bola Baling anjuran Selangor dan Wilayah Persekutuan pada tahun 1982. menggelecek. pemain akan dapat mengawal larian dengan bijak serta mengubah-ubah hala supaya dapat merancang serangan dan mengelirukan pihak lawan semasa perlawanan. membuat hantaran dan tangkapan. Dengan memiliki kemahiran ini. Wilayah Persekutuan. permainan bola baling diperkenalkan pada tahun 1976 oleh seorang guru yang bertugas di Jabatan Pendidikan Selangor. menangkap. lari sisi.1. Untuk mendapatkan peningkatan tahap kemahiran. mengacah dan menjaga pintu gol. dan larian mengejut. Pahang dan Universiti Malaya. Encik Lim Hock Han kepada satu kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di Selangor. Melaka. Dalam permainan bola baling. melompat. kemahiran asas bola baling dapat di bahagika kepada sembilan aktivit yang terdiri daripada berlari. 2 . menjaring. Tambahan lagi. teknik kemahiran amat penting. pemain harus melalui teknik pengelolaan latihan yang teratur. Kejohanan ini disertai oleh 12 buah pasukan dari Selangor. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan bola baling di negeri-negeri di Malaysia dan disusuli pula dengan penubuhan Persekutuan Bola Baling Malaysia pada tahun 1985. Di Malaysia. disiplin diri dan sikap semula jadi akan menyesuaikan diri pemain untuk menjalani latihan kemahiran dengan besungguh-sungguh. Kebolehan deria dan pergerakan motor seeorang pemain juga sangat penting dalam peningkatan pretasi dirinya. larian ke belakang.1 Sejarah ringkas permainan bola baling di Malaysia. Kelebihannya adalah dapat melakukan pelbagai gerakan yang spontan seperti larian pecut. Kini permainan bola baling dipertandingkan di Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). BERLARI Berlari merupakan satu kemahiran yang penting dalam permainan bola baling.2 Kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola baling.

iii. vi.MELOMPAT Melompat merupakan satu kemahiran mempunyai kelebihan dalam permainan bola baling. HANTARAN DAN TANGKAPAN Setiap pemain haruslah menguasai kemahiran menbuat hantaran dan tangkapan dengan tangan dan bola. Contoh kemahiran menghantar adalah seperti :i. Lompatan yang tinggi dapat menyambut hantaran bola dan menjaringkan gol. Untuk menguasai kemahiran ini perlu teknik dan latihan yang berterusan. vii. v. Hantaran atas bahu Hantaran atas kepala Hantaran lob Hantaran paras dada Hantaran sisi Hantaran lantun sebelah tangan Hantaran lantun dua belah tangan Berikut adalah gambar kemahiran hantaran dalam permainan bola baling : - Hantaran lob Hantaran atas bahu Hantaran atas kepala Hantaran Paras Dada Hantaran Sisi 3 . ii. iv. Kejayaan sesebuah pasukan adalah bergantung kepada kemahiran baik daripada kemahiran hantaran dan tangkapan pemanin yang bagus. Semasa di udara pemain dapat membuat pelbagai gerakan yang mengelirukan penjaga gol pihak lawan menjangka balingannya.

mematikan kelajuan. Prinsip utama adalah mengawal bola. Tangkapan yang tepat juga berkait dengan kebolehan melontar bola dengan tepat ke sasaran. Kedudukan Tangan dan Jari Semasa Menyambut Bola Menyambut Bola Aras Muka Menyambut rendah 4 Menyambut Bola dengan sebelah tangan .Hantaran Lantun Sebelah Tangan Hantaran Lantun dua belah Tangan TANGKAPAN ( Menangkap Bola ) Kemahiran hantaran dan menangkap bola merupakan kombinasi kemahiran penting dalam pengawalan bola. memegang dengan cengkaman tangan yang fleksibel. Tangkapan yang yang kemas juga memerlukan ketajaman mata dan jangkaan kepantasan untuk menangkap bola.

Menggelecek sambil menukar arah Menggelecek sambil mengawal bola Menggelecek sambil mengacah 5 .Menyambut Bola tinggi MENGGELECEK MENGACAH DAN MENGAWAL BOLA Menggelecek adalah satu kemahiran melantunkan bola di lantai dengan sebelah tangan sahaja sambil membuat gerangan serangan.Kebolehan jari membuka luas akan dapat mengawal pergerakan bola menuju ke pihak lawan.Semasa membuat lantunan bola hendaklah menolak bola ke arah hadapan padang.

6 . Dengan menghalang juga akan dapat mematahkan perancangan serangan pihak lawan.Mengacah dua lawan satu MENGHADANG DAN MENGAWAL Menghadang atau mengawal adalah bertjuan untuk menghalang serangan gol oleh pihak lawan. Ia jugabertujaun untuk melambatkan serangan supaya rakan-rakan sempat melakukan pertahanan. Selain itu. halangan juga boleh memberikan ruang atau kesempatan pada rakan untuk membuat serangan berterusan dan sentiasa berusaha merampas bola semula apabila bola dikawal pihak lawan.

fizikal serta keseimbangan emosi yang tinggi agar dapat mengawal permainan sepanjang masa perlawanan. Penjaga gol haruslah mempunyai kelebihan dari segi kecergasan mental. 7 . Terdapat pelbagai teknik dalam kemahiran menjaring gol. penjaga gol merupakan barisan terakhir pertahanan pasukan. Penjaga gol mmerupakan pemain yang penting yang bertugas menghalang setiap cubaan jaringan pihak lawan dari 9 meter dan dianggap satu kelebihan jika dapat menyelamatkan percubaan jarak dekat 6 meter.TEKNIK MENJARING GOL Jaringan gol merupakan kemuncak permainan bola baling. Jaringan yang cantik akan memberikan kepuasan dan menjadi keseronokan pada penonton. KEMAHIRAN PENJAGA GOL Dalam permainan bola baling. Antaranya adalah jaringan atas kepala. Perangkaan jaringan gol dal permainan ini boleh mencecah ke puluhan gol. balingan bawah lengan dan balingan lonjatan seperti yang ditunjukan dalam gambar storyboard ini.

Boleh menjapai 40 gol. ii. Jaringan lompat c. Pemjaring yang berbakat akan melakukan pelbagai cara penjaringan yang menarik. kelajuan. Maka itulah yang dapat menarik minat pemain dalam latihan menjaring gol. berkebolehan mengikut lajak. Penjaring juga perlu ada daya kreativiti. iii. pintar merancang dan mengarah untuk menepati sasaran serta cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol. Pelbagai teknik dan kemahiran yang digunakan dalam menghasilkan jaringan. 8 Tangan kanan membawa . bola dibawa ke belakang dan siku bengkok. Untuk menjadi seorang penjaring yang baik.tumpuan penuh dalam semua pergerakan. prinsip-prinsip yang perlu ada ialah seperti keyakinan diri yang tinggi. Jaringan rendah / bawah lengan Berikut adalah storyboard dan penerangan pergerakan jenis-jenis kemahiran menjaring. ketepatan dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada seorang penjaring. Jaringan menjunam dan d. Kekuatan.3 Penjelasan perincian kemahiran menjaring gol. Membawa bola antara paras bahu dan abdomen sambik bergerak ke arah gol. pengawalan imbangan dan tempo dalam permainan. Bola baling ialah sukan yang berkisarkan tentang menjaringkan gol. Terdapat empat jenis cara menjaring yang popular iaitu: a. Pemikiran yang tangkas dan bertindak dengan bijak akan membuahkan hasil gol yang kualiti. Jaringan bahu b.1. Perlakuan jaringan bermula dengan kaki kiri ke hadapan dan kaki kana bengkok ke belakang. JARINGAN BAHU i.

v. Balingan yang ditujukan ke lantai boleh menghasilkan lantunan yang menghasilkan gol. Gabungan kekuatan otot bahu. vi. Mengikut momentum. vii. iv. vi. Variasi arah balingan boleh pelbagai. Bersedia tiga langkah ke belakang. ii.iv. Haluan balingan boleh bertukar pada saat akhir untuk mengelirukan penjaga gol. lengan dan jari perlu untuk balingan yang kuat. 9 . Mula berlangkah dan pada langkahan ketiga lompat setinggi yang boleh. Ikut lajak dan mendarat. Tangan dihayun lurus ke hadapan dalam aksi membaling bola dengan sekuat tenaga. JARINGAN LOMPAT i. v. viii. vii. bola dibawa ke atas paras kepala. Genggam bola lurus ke belakang. Ikut lajak setelah balingan dibuat. dada. Semasa di kemuncak lompatan tujukan bola ke arah penjuru gol yang kosong. iii.

Ikut lajak tangan balingan. v. tangan lurus. Kaki di buka luas. vii. Berat badan pindah ke kaki kiri. ii. Bergerak ke sisi lawan untuk mengelak daripada dihalang. vii. ix. Mendarat ikut lajak dan sokongan tangan untuk daratan yang lembut. Kilaskan badan supaya dada menghadap ke arah gol. Bersedia di luar kawasan gol. viii. Balingan bola lantun digunakan supaya lantunan dapat menghasilkan 10 . vi. Bola dibaling apabila berada dekat dengan gol. Bola dilepaskan semasa di ruang udara sebelum bahagian badan menyentuh lantai kawasan gol. gol. Bergerak secara pantas dan agresif ke arah gol. Melonjak melemparkan diri ke arah ruang kosong untuk membuat balingan. iv. iii. vi. Bahu kiri menghala ke arah gol. Pada masa yang sama. Berat badan di atas kaki ( kanan). v. Kaki kiri lurus ke Bola dibawa jauh ke belakang dan siku bengkok.JARINGAN MENJUNAM i. ii. iv. iii. tangan balingan dihayun ke arah gol dengan arah balingan. lutut bengkok. JARINGAN RENDAH / BAWAH LENGAN i.

Latihan empat penjuru yang paling suka digunakan adalah dengan meletakan skital di bawah penjuru tiang gol dan mengikat tali di sebelah atas kedua penjuru tiang gol. Jaringan penjuru b. Jaringan lompat c. penjaga gol aktif atau pasif juga boleh digunakan. Jaringan Motor. ini adalah untuk menguji balingan dapat dilakukan ke ruang kosong pintu gol.5 Cadangkan tiga latihan latih tubi bagi kemahiran menjaring. Pemain juga digalakan mengambil tiga langkah sebelum membaling. Selain skital. Antara cadangan latihan ansur maju menjaring adalah seperti berikut:a. JARINGAN PENJURU Pemain perlu menjatuhkan skital yang di letakan di tepi penjuru tiang gol. Jaringan setempat d. Tiang Gol Tali rafea Skitel 11 . Pemain perlu membuat latihan ansur maju menjaring secara terancang dan konsisten agar dapat mengekalkan teknik dan gerak yang baik. Pemain juga boleh berlatih membaling dinding yang telah ditanda bulatan.1. Balingan perlu mengena sasaran skital setiap kali bola dilepaskan.

ii. jaringan junam. ii. Pemain akan berganjak ke kiri setiap balingan dilakukan. LATIHAN MENJARING SETEMPAT Pemain beratur secara separuh bulatan di belakang garisan 6 meter. Berlonjak kaki kiri angkat tangan kanan. Berlari tiga langkah. iii. LAtihan ini boleh berbagai variasi. Berlari dan melonjak denga bahu kiri menghala ke arah gol. melonjak dan membaling ke arah gol dengan penjaga gol pasif atau aktif. jaringan lompat. jaringan rendah dan jaringan lantun.JARINGAN LOMPAT Aktiviti :i. 12 . Latihan pasanagan ± berlari. iii. jaringan bahu. Aktiviti :i. Ini adalah untuk membaling pada posisi yang berbeza. Latihan menjaring secara bergilir. Pemain perlu berlari dan melonjak sebelah kaki dan angkat tangan yang bertentangan dengan kaki lonjakan ke atas. v. Tangan kanan dihayun ke belakang bahu ke hadapan. ± dengan bola / tanpa bola. iv. melonjak dan membaling kepada kawan.

13 .3. BBM ( Tayangan video ) kemahiran menghadang bagi permainan bola baling. ( Tayangan video disertakan ).

2006) Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. 2005). Siri Sukan Popular: Bola baling . Edisi Keempat (2006). Oxford Fajar Sdn. Handball : Techniques & Tactics. (cetakan kelapan. Human Kinetics Hawkins. Bhd. (cetakan pertama. (cetakan pertama. (2006) Taverner. Haridas. M.P. 14 . 2006). Bhd. (2005). Joyce M. Helen. Fajar Bakti Sdn. Claire Mitchell.Bibliografi Tan.