Pengenalan

Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit. Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.4 2 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan -perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini. Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor -faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah denga n ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.
Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepad tiga tahap : a) Tahap awal kanak-kanak b) Tahap pertengahan dan akhir kanak -kanak c) Tahap baligh dan remaja Peringkat pertama

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga kanak -kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya. Anak -anak yang tidak memperolehi perhatian sert a kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar. Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak -kanak mula beralih daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya me nyebabkannya ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak -anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan. Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang

Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak -kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak -kanak selalu berusaha untuk menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang lain. Ia mula merasakan 'sense of belonging ' kepada kelompok yang lebih besar. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru perlu perihatin kepada kecendurangan ini dan amat perlu diarahkan secara yang bijaksana sehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama ( role model) di samping mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan. Peringkat pertengahan dan akhir kanak -kanak Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan sosial dan pergaulannya dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar menemui kami. menyesal jika orang lain marah kepadanya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-galanya. sendiri pernah menunjukkan sifat -sifat yang demikian.tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Mereka hendaklah dikasihi. guru. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa. Fizikal kanak -kanak mula berkembang dan membesar. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya. Antara kecenderungan dan motivasi dengan nilai agama. banyak bertanya dan bercakap. Ini adalah permulaannya yang betul bagi proses pembentukan akhlak yang luhur. Dalam peringkat umur 3 hingga 6 tahun kanak -kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih meluas.A.W. beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang. Ia gembira jika or ang lain puas dengan perbuatannya. akhlak. Kanak-kanak mula menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak -kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Beliau bersembahyang sambil mendokong Umamah. diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah S. benci.Beliau membenarkan anak terseb ut bersamanya ketika sembahyang walhal sembahyang itu adalah ibadah yang suci dalam Islam. peraturan dan undang-undang. mental dan fizikal kanak -kanak. Sebaliknya ia kecewa. Perkembangan ini diikuti oleh perkembangan sosioemosinya di mana anak tersebut mula memperolehi keperibadiannya yang unik. ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. apabila Baginda ruku'. Dalam peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam dir i kanak-kanak sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang ke-3. mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi. Ia mula membezakan perbuatan dan jenis -jenis tindak tanduk yang disukai oleh orang lain atau sebaliknya. di mana mereka lebih aktif bergerak. Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. tradisi. Beliau mendokong Umamah Abu 'Asr. Peringkat ini adalah peringkat yang amat komplikated (rumit) dan ia disertai oleh .

Jika mereka melakukan kejahatan janganlah pula kalian melakukan. Apabila lidah anak -anak sudah boleh bertutur mereka dilatih menyebut nama Allah dan beberapa ayat ringkas seperti: (111) Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak. adat dan budaya sosial atau ketiadaannya.a. Jika orang baik kalian wajar berbuat baik. Ia akan beriltizam dengan saranan -saranan dan contoh yang ditunjukkan sama ada wujud dalam bentuk undang -undang. .w bersabda : "Janganlah kalian menjadi pak turut. Ia mula menundukkan diri kepada contoh utama yang telah terserap jauh dalam batinnya. Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s. Akan tetapi mantapkanlah pendirian kalian. Menyerlahnya dorongan kejantinaan semakin merumitkan hubungannya dengan orang lain. Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Keupayaan fizikalnya semakin kukuh dan mencapah. Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan denga n kesempurnaan perkembangan akal." Pembentukan Akhlak Remaja Islam Pembentukan akhlak di dalam Islam dimulai dengan pengukuhan akidah melalui ikrar bahawa tidak ada Tuhan sebenarnya yang disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah. kejiwaan dan sosial. disiplin h idupnya mula terbentuk. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik. Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah. dan hendaklah engkau membesa rkan serta memuliakanNya dengan bersungguh -sungguh!" atau doa kepada ibu bapa: (24) dan lain-lain.pengalaman-pengelaman baru serta peranan dan peluang -peluang yang baru. sistem. Bagi kanak -kanak yang baru lahir pendedahan ini dimula dengan azan dan iqamat. dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya. dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya. Ia menjadikan contoh utama tersebut sebagai kriteria dalam ti ngkah laku dan situasi yang bersifat moral. Dalam peringkat berikutnya kanak -kanak dilatih dengan budaya hidup beragama Islam oleh ibu bapanya . Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal kehendak nalurinya. Pengungkapan syahadat sebagai suatu proses pemban gunan akhlak bergandingan dengan tujuh syarat yang mustahak dipenuhi seperti mana yang disebutkan oleh Saikh Yusuf al-Badri: a) Ilmu yang menafikan kejahilan b) Kecintaan kepada Allah yang menafikan kecintaan kepada yang lainnya c) Keyakinan yang menafikan keraguan d) Penerimaan yang menafikan penolakan e) Kepatuhan yang menidakkan keingkaran f) Keikhlasan yang menafikan kesyirikan g) Kejujuran yang menafikan sifat mendustakan atau sekadar berlakon.

zikir. amal makruf dan nahi mungkar. 5.memikirkan penciptaan allah.solat. Tidak menyalahi perintah Allah. Pembangunan akhlak bermula dengan perlaksanaan : 1. perasaan serta penanaman nilai -nilai keimanan yang dinyatakan oleh Rasulullah sebagai 60 atau 70 lebih cabang dalam diri umat Islam. 11. tentunya akan menimbulkan keperihatinan yang tinggi terhadap arahan -arahanNya. 2. Walaupun di peringkat awal ia . 10. Tidak melakukan apa yang dilarang oleh Allah. iaitu samada menafikan perkara-perkara asas agama. 3. mujahadah dan mu'atabah. kekuasaan dan keesaan Allah s. 8. Ia hendaklah memastikan dirinya bersih daripada kefasikan atau penderhakaan kepada Allah. meyakini sesuatu yang bercanggah dengan hakikat Islam yang sebenar walhal lidahnya mengatakan ia menurut Islam yang sebenar. Bagaimana Membangunkan Akhlak Umat Islam Menurut Syaikh Abdul Rahman al Midani.membaca al qur'an. membiasakan diri dengan berdusta dan bersifat khianat.w. 7. samada yang bersifat tanggapan mahupun yang bersifat amalan. Sesungguhnya kesedaran manusia tentang kewujudan. Kemudian. 13.muraqabah. akhlak manusia memang boleh berkembang dan boleh dibentuk dengan berbagai cara. 6. muhasabah. 4. 12. 9. perlaksanaan atau penghayatan yang berterusan umpamanya.puasa.zakat dan infak. atau melakukan perkara-perkara yang membatalkan syahadat. Dalam konteks yang sama. Kemunafikan dala m tanggapan umpamanya.dedikasi dan bersifat tawadduk.t. Kemunafikan dalam amalan ialah melakukan akhlak-akhlak orang yang munafik seperti tidak mematuhi janji. lahir dan batin. Manusia muslim mesti menghindarkan diri dari segala kejahatan .mengenali tipu daya syaitan terhadap manusia serta menangkis dan menutup laluannya.mengenal jenis-jenis penyakit hati serta mengetahui cara-cara merawatnya. kebesaran.mengingati mati dan memendekkan angan -angan.jihad. perkara utama yang perlu dilakukan oleh seorang muslim ialah memastikan dirinya bersih dari kekufuran atau tanda -tanda kekufuran kepada Allah dan Rasulnya.haji.Latihan Amali Dan Amalan-Amalan Menjernihkan Batin Pendidikan akhlak tidak hanya melalui penjelasan mengenai nilai -nilai akhlak kepada masyarakat di mana mereka boleh memilih dan menghargai nilai -nilai tersebut tetapi juga pendidikan akhlak boleh dibuat berdasarkan l atih tubi.Pemantapan kalimah tauhid ini bermakna pendidikan memben tuk pemikiran. ia harus memastikan dirinya terlepas dari sifat-sifat kemunafikan. Antara cara -cara tersebut ialah melalui: a.

dilaksanakan kerana arahan atau tekanan dari luar. Dalam kontek menegaskan kesan lingkungan ini Allah SWT berfirman: Maksudnya : "Negara yang baik (makmur) akan menampilkan hasil mahsulnya ( yang baik dan sihat) dengan izin tuhannya. Idola tersebut ke rap menjadi rol model dalam kehidupan mereka. b. Mereka akan terpengaruh dengan gejala -gejala kejahatan yang berkembang pesat dalam masyarakat yang dilanda oleh fenomena moral berkenaan. tidak akan dapat menghasilkan kecuali pengeluaran yang buruk. Kewujudan seseorang dalam lingkungan masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia beriltizam dengan amalan dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Ia akan berusaha melaksanakan sesuatu yang disanjungi oleh masyarakatnya. Manusia yang berperanan menjadi rol model tersebut antara lain ialah tokoh politik. bersabda ( maksudnya ) : "Suruhlah anak kalian bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya ketika umur mereka ( menjangkau ) sepuluh tahun. ayat 58 : Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah. dengan cara meniru serta mencontohi figure yang disanjungi oleh mereka. Mereka sewajarnya sentiasa berusaha menunjukkan . Manusia sememangnya berupaya memperolehi akhlak atau sifat yang mulia melalui pendekatan ini." Surah al 'Araf. c-Qudwah Hasanah Manusia juga dipengaruhi oleh idolanya. atlit sukan. Demikianlah Kami ajukan tanda tanda kebesaran Kami kepada kaum yang bersyukur. seniman. warganya sudah pasti akan berkembang di dalam masalah sosial yang tidak sihat. zikir dan tilawatul Qur'an pun boleh diamalkan sejak dari kecil dan secara berterusan. Meskipun Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat Isla m. manakala negara yang buruk.a. Rasulullah s. Dengan demikian.w. artis. guru dan sebagainya. maka puasa. Sebaliknya. perbuatan yang dianggap keji oleh lingkungannya. ia akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya. model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat akhlak. Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya. Seandainya sembahyang boleh dibiasakan sejak dari kecil . Mereka menguatkuasakan peraturan dan undang -undang ciptaan manusia yang menyimpang dari jalan Allah yang lurus. sehingga menjadi amalan yang lazim dan budaya hidup. ibu bapa. namun penghayatan nilai-nilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh golongan idola berkenaan. Persekitaran tersebut merangkum tradisi.Meletakkan Diri Dalam Lingkungan Persekitaran Yang Soleh Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Amalan amalan ini pastinya lambat-laun akan menjadi adat atau kebiasaan seseorang. namun lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dan tabiat.

Faktor-faktor tersebut adalah anak kunci yang sedikit sebanyak menentukan tindak -tanduk seseorang. Penghayatan golongan idola tersebut terhadap nilai -nilai yang luhur dan utama pasti akan mengukuhkan keyakinan generasi baru bahawa keutamaan dan keluhuran memang sebenarnya boleh dilaksanakan. Masyarakat Islam yang aktif boleh berperanan menyuburkan semangat dan amalan hidup berakhlak. masjid atau surau dan sebagainya. Jika negara tidak melaksanakan amanah ini kerana ia tidak berlandaskan sistem perlembagaan dan undang -undang Islam sudah pasti keadaan akhlak umat akan lebih parah dan malang. maka bermulalah proses penghakisan moral. mengharapkan ( ganjaran ) hari akhirat dan mereka yang kerap mengingati Allah. Allah SWT berfirman: Bermaksud. Untuk lebih jelas ada baiknya kita terangkan satu persatu peranan tersebut : f . Oleh kerana itu. e. d. agensi-agensi kerajaan akhlak akan digugat dan dihakis. Mereka boleh melaksanakan tekanan moral yang berkesan untuk mendisplinkan golongan yang berkecenderungan untuk melakukan kejahatan.Peranan Media Massa . "sesungguhnya Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk mereka yang mengharapkan Allah. sekolah. ayat 21.contoh dan teladan yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda.Melalui puluhan kementerian. Manusia memang suka dipuji." Surah al Ahzab. akhlak dan martabat umat berkenaan. Apabila masyarakat kehilangan keprihatinannya terhadap kewajipa n menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar.Tekanan Sosial Dari Masyarakat Islam Antara mekanisme yang digunakan oleh Islam dalam membentuk penganutnya serta memastikan mereka melaksanakan tata kelakuan berakhlak ialah wujudnya komuniti sosial yang komited dengan dasar dan prinsip -prinsip Islam. Selain dari apa yang telah dinyatakan di atas maka akhlak juga boleh d ibentuk oleh media massa. Amalan pemerintahan yang tidak adil menjanjikan kemusnahan bukan hanya dalam bidang akhlak tetapi juga dalam semua hal. antara tanggungjawab negara Islam ialah mewujudkan mekanisme dan jentera -jentera pentadbiran yang dapat beroperasi untuk memastikan ketertiban serta penghayatan kaedah-kaedah akhlak dalam masyarakat. dihormati dan disanjung. Manusia juga takut dikeji dan dicemuh oleh kumpulan di mana ia mempunyai sense of belonging kepada mereka. badan-badan berkanun.Kuasa Negara Islam melalui sistem keadilan dan galakannya Tuntutan akhlak dan nilai-nilainya tidak akan bermaya tanpa digandingi oleh kuasa atau autoriti yang menguatkuasakan nilai -nilai tersebut. tetapi malah ianya suatu rea liti yang tentunya boleh dicontohi dan direalisasi oleh generasi masa kini. Ia juga boleh membendung trend -trend kufur dan maksiat dalam masyarakat melalui perlaksanaan amal mak'ruf dan nahi mungkar. Ia bukan zaman dahulu kala atau idealisme khayalan belaka. rakan sebaya. Masyarakat Islam yang mempunyai impak yang besar dan pengaruh yang kuat dalam memaksa individu mengamalkan atau menurut nilai dan norma -norma akhlak.

3. Memancangkan dengan teguh akan nilai -nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang. pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah. mendidik mereka dari segi agama. melakukan self criticism. Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa. akhlak dan sosial secara wajar dan sihat. Membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti. menghormati ulama' dan sebagainya. di samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas. Dalam sanubari mereka patut dicambahkan keinsafan bahawa tangan yang memberi lebih utama dari tangan yang menerima. menjaga perasaan orang lain. bekerjasama. kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak anak atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. multimedia dan sebagainya. menjaga st andard layanan dalam berinteraksi. . 4. meningkatkan rasionaliti. faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai -nilai luhur seperti kebenaran. mengawal diri. Mereka hendaklah digalakkan lebih suka memberi dari menerima. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai -nilai akhlak Islam. budaya komersial yang melampau. meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas. berkorban untuk kepentingan ramai. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana " cultural domination dan imperialisme " melalui berbagai saluran teknologi maklumat yan g canggih seperti internet. mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Para pelajar di sekolah hendaklah dilatih supaya merendah diri dan memuliakan orang yang mereka bergaul dengan mereka. 2. mendaulatkan undang -undang atau peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme. Antara lain sekolah boleh : 1. g . menghargai ilmu. membimbing. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti.Peranan Sekolah Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. Media massa mampu mencorakkan hati budi. mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi.Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. guru. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. memperbaiki hubungan antara sesama anggota sekolah atau institusi. Memperbaiki suasana persekolahan. menambah kan produktivitinya. Menggandakan keberkesanan institusi pendidikan. kejujur an dan sebagainya. Disuburkan pula perasaan zuhud dalam hatinya dan di asuh agar tidak menjadi mata duitan.

Bahkan apabila hukum hendak dikenakan kepada murid biarlah sekadar yang perlu sahaja. Selain dari itu elok juga selepa s belajar mereka dibenarkan bermain-main untuk menyegarkan tubuh mereka setelah penat belajar. pelajar harus juga dilati h menghargai tugas dan tanggung jawab dengan cara yang bijak. Mereka hendaklah diasuh supaya patuh kepada ibu bapa. Misalnya dengan memaparkan contoh. Malah di dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji seperti melatih bersembahyang dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan kanak -kanak dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa. Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari sekelilingmu. Bagi seorang pendidik menggunakan tindakan menghukum biarlah terhadap perkara yang paling akhir dalam fikirannya. Hukuman atau penderaan bukanlah langkah utama yang merupakan satu -satunya penyelesaian. Firman Allah : "Dengan rahmat ALlah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi mereka. teguran yang lemah lembut tetapi tegas da n sebagainya. tidak meletakkan kaki di atas sebelah kaki yang lain serta tidak membanyakkan cakap. guru dan menghurmati mereka. Anak-anak harus digalakkan tidak banyak bercakap kecuali sekadar menjawab. (Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud). Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah dikenakan sedikit kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang menimbulkan kecacatan fizikal dan sebagainya. Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Mereka mesti ditegah mengucapkan kata-kata kesat. Penderaan adalah langkah terakhir apabila contoh yang baik. Kepatuhan yang lahir dari keinsafan dan kesedaran batin biasanya lebih berkesan dan mantap. (Surah Ali Imran : ayat 159) . Bimbingan dan nasihat yang le mah lembut tetapi tegas kadang -kadang lebih meninggalkan kesan di dalam hati serta dipatuhi. Selain dari latihan serta disiplin seperti di atas.Mereka harus juga diasuh supaya tidak meludah dalam majlis atau berkahak. Mereka harus dilatih pandai mendengar tuturan orang. nasihat. lemah -lembut tanpa terburu-buru melaksanakan kekerasan atau pemaksaan melalui penderaan. tidak menguap besar di hadapan orang. lebih-lebih lagi jika orang yang ber cakap itu lebih tua daripadanya. perkataan yang baik. nasihat dan hub ungan kasih sayang antara anak dan bapa atau guru tidak mampu lagi untuk digunakan. samada mereka golongan guru atau bapa. atau bergaul dengan orang orang yang celupar. Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ( kerana enggan sembahyang ) apabila u mur mereka sepuluh tahun". Justeru antara kaedah mendidik anak -anak ialah melindungi mereka dari rakan-rakan yang jahat.

Peranan rakan sebaya Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. menerangkan tentang mengapa suatu disiplin itu dibuat dan memperbanyakkan aktiviti sekolah dengan mempelbagaikannya. Sekiranya guru mempunyai akhlak yang baik murid ikut terpengaruh dengan akhlak ini. menghubung -kaitkan sukatan pelajaran dengan keperluan diri dan masy arakat mereka dan langkah-langkah yang lain. Remaja memang menyedari adanya jurang generasi antara mereka d engan kumpulan dewasa dan mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih tua. Pandangan negatif murid bukan setakat terhad kepada gu ru tetapi juga mungkin menjangkau kepada pelajaran. h . guru. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai -nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. murid malah ibubapa hendaklah sama -sama berperanan. Ini bermakna harus ada penerimaan dan permuafakatan tentang polisi dan cara -cara merealisasikannya seboleh-bolehnya dari semua pihak agar masing -masing melindungi dan mempertahankannya. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan rakannya ( 1972 ) menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang generasi( generation gap ) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka. Ini termasuk menghapuskan suasana yang membantu atau menyokong salah laku dari murid . Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah : 1. Demikianlah sebaliknya. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh sekolah dalam membangun akhlak ialah dengan mengadakan kempen menyedarkan murid tentang keperluan menghormati disiplin sekolah. kebiasaan dan akhlak guru. Usaha mengatasi masalah di sekolah hendaklah dengan meng hapuskan sebabsebab pokok atau punca dari mana datangnya permasalahan itu. menggunakan atau memenuhi masa lapang murid. Displin sekolah hendaklah dilaksanakan dengan semangat kerjasama. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Di samping itu juga penyelesaian boleh di usahakan dengan mengambil langkah pencegahan dan mengujudkan suasana yang lebih positif. Guru besar.Satu hakikat pembelajaran yang lumrah di sekolah ialah murid kerap dipengaruhi oleh sifat. kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka lakukan . Perasaan "sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan para penjaga mereka 2. nazir. kepada sekolah dan seterusnya kepada sistem persekolahan keseluruhannya. Ini di dasarkan kepada prinsip "mencegah lebih baik dari merawat".

6. gangster atau kumpulan samseng. i . Antaranya ialah: 1. Acara Tadarus al-Quran. 8. Sebagai tempat ibadah masjid mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam. Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid. 10. Kelas Fardu Ain 2. Kelas Tajuid & Qiraat. rumah ibadat yang paling penting ialah masjid.Peranan rumah ibadah Bagi umat Islam. Ceramah Berkala. Sebab itu muncullah ilmuan-ilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran Allah itu sendiri . 14. ruh Islam dan akhlak . Membentuk organisasi Belia Masjid ( Rakan Masjid ) . Masjid sentiasa menjadi lambang kemegahan umat dan pemeri ntah Islam. Sebab itu perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S. 17. 9. 13. Kursus Pengurusan Jenazah. Kempin Memakmurkan Masjid. Seminar Motivasi dan Pembentukan Syakhsiah. Kursus Pengurusan Masjid. 4. Kelangsungan budaya. Kelas Bahasa Arab. Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur. 3. Madrasah atau Sistem Pengajian Formal. kebudayaan da n kemasyarakatan yang boleh dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan sahsiah umat . soleh dan dedikasi. 12. Kursus Rumahtangga Bahagia. 7. 15. bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa . Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara berjamaah.W ketika baginda berhijrah ke Madinah al Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi. Ilmu yang dipelajar membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau takut kepada Allah. Sebab itulah di mana sahaja dalam negara umat Islam.3. wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran ibubapa dan penjaga mereka. Kesilapan di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah. Kegiatan Amar Ma'ruf & Nahi Munkar. 5. Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia kepada Allah .A. Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan. Oleh kerana itu golongan rema ja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Apabila semangat dan imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu disalut dengan semangat kebendaan dan keserakahan manusia. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. 16. 11. Seminar Pengurusan Sumber Masjid. Khemah Ibadan & Qiamullail. kutu lepak. Kelas Bimbingan Remaja. bahkan di kota -kota besar dunia kedapatan bangunan masjid yang berbagai bentuk dan rupa. cara hidup dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. Kursus Dakwah dan Imamah.

Kebenaran keadilan dan ihsan akan didaulatkan . filem. Pemimpin yang mempunyai iltizam yang tidak berbelah bagi kepada set -set nilai akhlak Islam. Mereka melaksanakan undang -undang Allah yang sebenarnya memang melindungi nilai dan norma akhl ak dalam masyarakat. Mereka menguatkuasakan sistem hidup Islam yang memang membela akhlak. NGO dan Badan-badan Korporat. Rakyat akan terbentuk oleh media yang beretika dan berakhlak. Segala -galanya akan dimanfaatkan dalam menjana kekuatan untuk meningkatkan mertabat umat dalam segala bidang. pembangunan. mewarisi ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk membangun akhlak dan keluhuran akan beroleh kedudukan dalam pemerintahan lantas memastikan semua umat menunaikan solat.. mempunyai kerohanian yang amat tinggi. internet maupun apa jua pengaruh lain yang mengancam jatidiri dan maruah umat. beriman dan bertakwa. mencegah yang mungkar.Seluruh agensi sosial. menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Dengan adanya pemimpin yang soleh dan bertakwa seluruh agen sosialisasi dan jentera kerajaan akan menghala ke arah yang sama. mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. bangsa atau negara. Agenda-agenda khusus menangani gejala keruntuhan dan kemorosatan akhlak akan disusun dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Pengaruh luar yang buruk akan disekat samada dalam rancangan tv. Kementerian dan Badan -badan Berkanun. khasnya di kalangan remaja kita dewasa ini. Tidak berlaku proses pertentangan anta ra kerja membangun dan merosak akhlak serentak dalam jentera-jentera berkenaan. menyuruh yang makruf. Semoga semua langkah-langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa. Ia tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusian yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan para pemimpin umat yang berakhlak. Jentera Kerajaan. Manusia diasuh kembali menjadi hamba Allah yang ta'at dan bukan hamba benda. memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat khasnya di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. . wang. swasta dan awam hendaklah digembling untuk bersama-sama berperanan meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan mengadakan kempen hidup beretika dan berakhlak atau melancarkan buku -buku rujukan yang menjelaskan nilai -nilai akhlak tersebut dan sebagainya. Rumusan Gagasan dan tugas untuk membangun. mengeluarkan zakat. Dasar -dasar kementerian dan agensi pembangunan masyarakat akan selaras dengan tuntutan nilai dan tatanan akhlak.

sisa dapur. Tanaman pertama boleh mempengaruhi kesuburan tanaman kedua. 2. Cara ini adalah tanam yang lebuh daripada satu tanaman di kawasan yang sama tetapi pada masa yang berlainan. MENGITAR SEMULA SISA PERTANIAN. baja hijau atau sungkupan untuk mengekal dan menambahkan kesuburan tanah. MENINGKATKAN DAN MENGEKALKAN KESUBURAN TANAH Kesuburan tanah bukan sahaja akan kekal melalui pertanian organik malahan ia akan meningkatkan lagi kesuburan tanah. SISA DAPUR. System ini bergantung kepada penggunaan bahan organik dalam bentuk kompos. SISA LAMAN DAN NAJIS HAIWAN TERNAKAN SECARA BIOLOGIKAL Tanaman organik akan membantu mengitar semula pertanian. sisa laman. Hakikatnya. 4. mereka akan mengurangkan aktiviti penggunaan racun perosak dan akhirnya akan . tanaman organik membantu mengawal rumpai dan perosak melalui kaedah biologi. KEBAIKAN TANAMAN ORGANIK 1. Tanaman organik semestinya akan menghasilkan makanan organik yang bebas daripada racun perosak dan baja kimia.TANAMAN ORGANIK TANAMAN ORGANIK Disediakan Oleh : Junia Shamsudin SMK Agama Sibu DEFINISI Pertanian organik adalah satu pertanian mesra alam yang tidak menggunakan baja kimia. mengawal perosak dan melalui kaedah biologi. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat jahil tentang risiko penggunaan racun perosak kepada tanaman mahupun alam sekitar. fizikal. dan najis haiwan ternakan secara biological yang melibatkan proses organisma. 3. kultura dan kegunaan pokok penangkis perosak juga akan memberikan kesan baik kepada alam sekitar terutamanya dengan wujudnya pertanian organik. Di samping itu pertanian organik mengamalkan kawalan biologi bagi perosak dan rumpai. Pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman organik berkualiti dan kita tidak perlu membazirnya dengan membuang begitu sahaja. MENGAWAL RUMPAI DAN PEROSAK Di samping itu. LANGKAH MENARIK MINAT MASYARAKAT TERHADAP TANAMAN ORGANIK 1. racun perosak dan bahan penggalak tumbuhan. Pokok penangkis perosak seperti serai wang tidak akan memberi kesan yang tidak baik kepada alam sekitar malahan memberi manfaat iaitu boleh digunakan untuk memasak. Justeru tanaman organik menghasilkan makanan yang selamat. tanah akan kekal subur malahan semakin subur melalui tanaman organik. Oleh itu. Hal ini kerana tanaman organik diuruskan contohnya melalui kawalan biologi iaitu menggunakan haiwan untuk mengawal serangga perosak daripada menyerang tanaman. Hal ini kerana pertanian organik dilakukan melalui pelbagai cara contohnya tanaman giliran. Dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka. Contohnya dengan menggunakan barang sisa dapur untuk mengawal serangga perosak akan menjadikan sisa tersebut tidak dibuang begitu sahaja. MEMBERIKAN ILMU PENGTAHUAN TERHADAP MASYARAKAT Memberikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat adalah satu langkah untuk menambahkan minat masyarakat. MENGELUARKAN MAKANAN YANG SELAMAT Kebaikan tanaman organik juga untuk mengeluarkan makanan yang sihat.

MEMBERIKAN PERUNTUKKAN PERBELANJAAN KEPADA PEMINAT TANAMAN INI Begitu juga dengan memberikan peruntukkan perbelanjaan kepada masyarakat yang meminati tanaman jenis ini. Sebelum ini tanaman ini sinonim dengan orang yang berada sahaja disebabkan harga makanannya yang terlalu mahal. 2. Sasaran utama di Iskandar Malaysia ialah pelabur-pelabur luar untuk pembangunan sektor kewangan dan perkhidmatan. logistik dan juga pertanian. Namun. Pelbagai projek dirancang membabitkan peruntukan RM3. Jumlah ini lebih daripada sasaran asal dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) iaitu RM145 bilion. men arik pelabur asing dan kedua penumpuan kepada pelabur tempatan. Dua strategi diguna pakai untuk membangunkan kelima-lima wilayah ini. Pelbagai strategi jangka pendek dan panjang turut dirancang. kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif dan insentif untuk membangunkan sektor perkhidmatan pelancongan.5 bilion. Setiap satu wilayah koridor tertumpu kepada sektor-sektor yang menjadi keutamaan bergantung pada keunikan koridor tersebut. Kelima-lima wilayah koridor ekonomi ini disentuh dalam Bajet 2010. 4. .mengusahakan pertanian organik. Namun jika ia tidak dipasarkan kepada masyarakat sekeliling tanaman ini tidak akan dibeli dan seterusnya tanaman ini tidak akan diusahakan lagi disebabkan tiada keuntungan yang diperoleh. Contohnya seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Masyarakat akan sentiasa membeli makanan ini untuk dijadikan lauk masakan walaupun ia terlalu mahal. Salah daripada strategi jangka panjang kerajaan ialah pembangunan lima wilayah koridor ekonomi iaitu di Johor (Iskandar Malaysia). dengan menanam makanan yang menjadi tumbuhan seharian akan menambah minat masyarakat terhadap tanaman ini. Koridor ekonomi SETIAP negara mempunyai agenda pembangunan sosio ekonomi untuk rakyatnya. Johor (ECER). Perlis. MENGGALAKKAN PASARAN SECARA MELUAS TERHADAP TANAMAN INI Seterusnya adalah menggalakkan pasaran secara meluas terhadap tanaman ini. Selaras itu. Pulau Pinang dan utara Perak (NCER). Inilah sebenarnya kekuatan negara yang perlu dilihat secara teliti. Kelantan dan Mersing. Terengganu. Kebanyakan mereka yang minat terhadap tanaman ini kekurangan modal untuk mengusahakannya disebabkan kos yang terlalu tinggi. persamaan kelima-limanya ialah untuk memajukan sektor perkhidmatan negara terutamanya melibatkan pelancongan. 3. Dengan bantuan yang diberikan oleh pihak berwajib akan membolehkan tanaman ini diusahakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. NCER pula lebih kepada sektor pertanian. Sabah (SDC) dan Sarawak (SCORE). Kedah. Oleh itu. Disebabkan ingin berjimat masyarakat akan menanam tanaman jenis ini sendiri akhirnya. Justeru tanaman ini harus diperkenalkan kepada masyarakat sekeliling supaya mereka membantu ekonomi pengusaha untuk terus melaksanakan tanaman organik. MENANAM TANAMAN YANG MENJADI MAKANAN SEHARIAN MANUSIA Untuk itu juga adalah menanam tanaman yang menjadi makanan seharian manusia. Kerajaan juga mengumumkan statistik terkini bahawa sebanyak 126 projek di pelbagai peringkat pelaksanaan daripada 195 projek yang dirancang melibatkan pelaburan swasta berjumlah RM221 bilion. Pahang. Begitu juga Malaysia . Jelasnya menyampaikan ilmu pengetahuan tentang kebaikan tanaman organik akan menambah minat masyarakat. Pertama. ECER dan SCORE tertumpu kepada sektor gas dan petroleum manakala SDC melibatkan sektor perkilangan.

Terdapat beberapa faktor-faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini. mempergiatkan usaha promosi dan iklan pelancongan menerusi Internet. dan China menyertai program Malaysia My Second Home (MM2H). permasalahan birokrasi yang boleh membantutkan usaha merancakkan ekonomi setiap wilayah koridor ekonomi. kerajaan mengumumkan kesemua barisan depan di sektor pelancongan akan diambil alih oleh rakyat Malaysia sendiri berbanding pekerja asing. Bahkan. Pertama. India. Bermula di peringkat paling bawah hinggalah peringkat tertinggi agar tidak seorang pun terpinggir. memanglah nampak begitu mudah untuk melaksanakan dasar-dasar ekonomi di setiap wilayah koridor. namun terdapat beberapa aspek yang perlu diteliti secara mendalam. setiap hasil daripada projek yang dilaksanakan mestilah dipulangkan kembali kepada rakyat tempatan. Asia Barat. Kerenah birokrasi mestilah ditangani sebaik mungkin agar segala perancangan dan pelaksanaan ekonomi dapat dijalankan mengikut jadual. kerajaan memperuntukkan RM899 juta. Kejayaan pembangunan wilayah koridor ekonomi yang mapan bukannya hanya setakat mempertingkatkan ekonomi dan pendapatan penduduk tetapi juga harus menitikberatkan kualiti dan kelestarian hidup untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhan. setiap wilayah koridor ekonomi mestilah menjadi peneraju sektor pelancongan dan melaksanakan dasardasar pelancongan yang memberi kebaikan kepada penduduk di wilayah tersebut. dasar-dasar yang komprehensif tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa dokongan dan sokongan kerajaan negeri. Jepun. Faktor utama berlakunya pemasalahan ini ialah kurangnya kefahaman agama di kalangan masyarakat secara menyeluruh. Jadi. rezeki di sektor pelancongan selepas ini seharusnya dinikmati oleh rakyat tempatan bukannya dikuasai rakyat asing. Selain itu. pelancong yang memasuki Malaysia berjumlah 15. Keadaan ini sebenarnya sukar diterima oleh akal manusia yang sempurna. Peluang-peluang yang terbuka luas dalam sektor pelancongan seharusnya direbut oleh pemain-pemain industri dan penduduk di kelima-lima wilayah koridor ekonomi. Di atas kertas. melibatkan pelbagai program seperti menarik warga United Kingdom. Ini terbukti apabila jumlah kemasukan pelancong asing meningkat saban tahun.7 dalam tempoh sama tahun lalu. FAKTOR ± FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH PEMBUANGAN BAYI Fenomena pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Lebih menyedihkan kerana angka yang tinggi dikaitkan pula dengan masyarakat Melayu. Malaysia mempunyai pelbagai produk pelancongan yang boleh dimajukan ke peringkat rantaian ekonomi yang bernilai tinggi. tidak seharusnya peluang ini terlepas begitu sahaja. memperbanyakkan produk pelancongan dan mengecualikan cukai pendapatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus bagi penyelia perkhidmatan jagaan kesihatan. Oleh itu. Dengan kata lain.Bagi sektor pelancongan. Bermakna. Sehingga Ogos lalu. Paling penting. kerjasama antara syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai peneraju wilayah koridor ekonomi dengan kerajaan-kerajaan negeri mestilah diperkukuhkan. Ini kerana setiap projek untuk kesejahteraan rakyat hendaklah sentiasa disokong oleh kerajaan negeri bagi memastikan kelancaran setiap program yang bakal dan sedang dilaksanakan.4 juta berbanding hanya 14. Peningkatan itu berlaku meskipun ekonomi dunia tidak menentu dan wabak influenza A (H1N1) melanda seluruh dunia termasuk Malaysia. Selain itu. setiap projek yang akan dilaksanakan haruslah diberi keutamaan untuk pendudukpenduduk tempatan yang tinggal di wilayah koridor tersebut. Di samping itu. prasarana untuk program homestay dan ecopelancongan dipertingkatkan.. Sektor pelancongan sahaja boleh menjana peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan melahirkan golongan usahawan pelancongan rakyat tempatan. Di sinilah perlunya kerjasama kukuh. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran . Republik Korea.

Keruntuhan institusi keluarga islam juga menjadi faktor berlakunya masalah pembuangan bayi. umpamanya yang melibatkan hantaran.Tidak ada pengawasan iaitu jauh daripada ibu bapa.w. semakin meningkat masalah ini dikalangan pekerja-pekerja kilang terutama remaja yang datang dari kampung. Kerana itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan orang Islam sendiri. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Universiti Malaya. dan menghasilkan anak luar nikah. harus memperuntukkan waktu bersama anak.agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak menyeluruh. Kerana itu timbul perumpamaan. tidak dapat mengawal shahwatnya terpesong dan melakukan zina. dan sebagainya. Faktor yang terakhir yang menyebabkan berlaku masalah pembuangan bayi ini ialah faktor masyarakat. persiapan perkahwinan. Prof.t tidak ada batasnya. bagaimana sibuk sekalipun. Sebenarnya malu pada masyarakat ada batasnya tapi malu pada All ah s. Remaja yang kurang kasih saying ini akan cuba mencari orang lain dan akhirnya terjebak dengan masalah ini. dirangsang pula dengan gambar-gambar lucah dan menggairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan cetakan. Remaja merupakan aset utama Negara pada masa akan dating. Jadi mereka malu pada masyarakat. Umat Islam mungkin pada saat ini sibuk dengan pembangunan. biar sampai ke pengkal lengan.anak. Mereka yang terjerumus ini menganggap diri mereka tidak diterima ahli masyarakat lagi. mengejar kebendaan hingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar dalam membina satu keluarga yang bahagia. KESAN-KESAN Pembuangan bayi dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberi kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Ini kerana orang yang telah melakukan kejahatan. . Apabila didikan agama tidak ada. dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala tidak sihat ini. Ibu bapa mesti sedar dan meluangkan waktu. Hal ini dapat dilihat dimana. walaupun menyesal tetapi tidak berani untuk mendekati orang di masjid untuk meminta pertolongan. umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama. hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda terutama belia. membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu amat menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Budaya masyarakat Melayu. Madya Hashim Yahya. ada yang mengatakan malu menjadi faktor utama dan biasanya kerana hasil hubungan yang tidak sah. beliau tidak menafikan gejala sosial yang kedengaran hari ini adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Islam sudah mula tidak mengambil berat tentang betapa pentingnya institusi keluarga. Pensyarah di Akademik Islam. Jadi anak muda yang terlalu ghairah. mereka akan mudah terpengaruh dengan kawan. alang-alang menyeluk pekasam. Faktor yang menyusahkan perkahwinan juga menjadi faktor masalah pembuangan bayi. pembuangan anak. Selain itu. Pengabaian dalam memberi kasih saying adalah salah satu jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku dalam masyarakat. Sesetenggah masyarakat memandang kotor orang yang melakukan dosa seperti zina.

rasa bersalah. Majoritinya mereka melahirkan sendiri tanpa pertolongan pihak hospital mahupun orang lain. 7. Bahkan. tong sampah atau rumah ibadat. kesan dari segi psikologi dan sosial adalah pesalah akan mengalami kemurungan. akibatnya wujud ketidakharmonian dalam kekeluargaan. ibu yang melahirkan. Akibat daripada tiada perikemanusiaan. keluarga itu iaitu pastinya diperkatakan oleh jiran sekeliling menyebabkan mereka malu untuk bergaul dengan ornag ramai lagi. resah dan juga masalah emosi. terdapat sindiket yang mengambil kesempatan untuk memperdagangankan bayi-bayi itu dengan tujuan bagi mendapatkan pulangan keuntungan yang lumayan. bayi telah menjadi mangsa dan kesannya mereka hidup tanpa mengenal ibu bapa kandung. hilang keyakinan diri. bapa menyalahkan ibu tersebut kerana tidak pandai memelihara anak-anak sehingga menconteng arang di muka mereka. Mereka juga mungkin terpaksa memikul gelaran anak luar nikah walaupun mereka tidak berdosa. Mungkin juga akan wujud penceraian kerana ibu menyalahkan bapa.tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan. Oleh itu masa masa depan anakanak akan terbiar dan tidak terpelihara sekiranya ibu bapa bercerai. Kesan yang kedua adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau pesalah. Selain itu. longkang. ibu bapa berasa malu mempunyai anak sebegitu. kecederaan sewaktu bersalin dan juga kehilangan darah kerana tidak berada dalam jagaan yang sebenar. Kesempitan hidup wanita yang hamil tanpa nikah ini biasanya dihantui perasaan takut dan malu serta kemungkinan disisihkan oleh keluarga dan kawan-kawan. Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah iaitu usia remaja. misalnya dibuang di tandas.Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup . Hal ini disebabkan. Tidak dapt dinafikan juga pembuangan bayi akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara.. sungai. akan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan . bayi-bayi ini mati akibat daripada perbuatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mempunyai hati nurani kerana bayi-bayi ini dibuang di tempat yang tidak sepatutnya diduduki oleh bayi yang masih lemah dan kecil. Selain itu.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI Perbuatan membuang bayi dimerata tempat dan menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. rumah kosong.Kesan ±kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi. stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan. Akibat daripada pembuangan bayi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang agama dan negara. Antara kesan yang akan berlaku ialah kernav]cakan pembangunan Negara akan terbantut dan akan keadaan ekonomi Negara juga sukar berkembang kerana wujud gejala sosial ini. kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara kita sendiri. Apa yang lebih teruk. Perbelanjaan kerajaan akan turut meningkat untuk menampung bayi yang akan diletakkan di rumah kebajikan masyarakat. keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi. Ekoran daripada kesusahan hidup yang terpaksa dilalui. Kesan dari sudut perubatan adalah pesalah akan mengalami jangkitan kuman. Jatuh dan bangun sesebuah Negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang.

Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama. program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan secara bersepadu. semua pihak dinegara ini agar sama-sama memainkan peranan dalam menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah berikut iaitu institusi keluarga perlulah diperkukuhkan dengan berlandaskan konsep rumahku syurgaku. pihak yang bertanggungjawab perlulah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja.mati demi keselamatan anak-anak . Seterusnya. Kedua.Janganlah membunuh bayi. Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial itu agar tidak ada kelahiran an ak-anak yang terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya. program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak perlulah dihentikan dan ibu bapa perlulah mengawal pergerakkan anak-anak daripada terlibat dengan pergaulan bebas.Usaha-usaha pencegahan kegiatan tidak bermoral perlulah dipertingkatkan oleh semua pihak. anak-anak remaja yang hamil luar nikah mesti dibantu bagi menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah Semua pihak agar turut memberi penekanan kepada bimbingan terhadap kaum lelaki dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.t menerima taubat hamba-hambanya.w. Akhirnya adalah diingatkan bagi mereka yang sudah terlanjur. Jelasnya.Semoga Allah s. Justeru. berilah mereka peluang untuk hidup. Selain itu. usaha pencegahan perlu bermula dari dalam diri anak-anak remaja agar mereka mampu bertindak bijak menjauhi zina selain bimbingan agama diterapkan untuk dijadikan sebagai perisai diri.hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala perbuatan perbuatan terkutuk tersebut. . Ketiga.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful