GARIS PANDUAN

MENGIKUTI PROGRAM SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH PADA PERINGKAT IJAZAH PERTAMA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BUKAN SISWAZAH (PPPBS)

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Kementerian Pelajaran Malaysia 2010

ISI KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN PRAKATA JAWATANKUASA PENDAHULUAN LATAR BELAKANG PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
Mod Pengajian Senarai Bidang Tempoh Pengajian Pembiayaan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Syarat dan Kelayakan Asas Syarat Tambahan

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON CARA UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

KEMUDAHAN CUTI TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON YANG MENGIKUTI KURSUS
Tindakan Sebelum Mengikuti Pengajian Tindakan Semasa Mengikuti Pengajian Tindakan Selepas Mengikuti Pengajian

KELULUSAN BELAJAR
Syarat-syarat Permohonan Kelulusan Belajar

TINDAKAN TATATERTIB
Kelakuan & Tatatertib Penangguhan Pengajian Penarikan Diri Gagal/Diberhentikan Pelanjutan Tempoh Pengajian

KES TIDAK MENDAFTAR/TIDAK MENGHADIRI KULIAH HAK KERAJAAN PENUTUP CARTA ALIR LAMPIRAN

Di samping itu. Pelbagai pihak telah terlibat untuk menghasilkan Garis Panduan ini agar sejajar dengan matlamat untuk menghasilkan perkhidmatan perguruan yang cekap. berkesan dan berkualiti tinggi. Garis Panduan ini akan menjadi rujukan penting kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang berkhidmat di Bahagian/ Jabatan Pelajaran Negeri/ Pejabat Pelajaran Bahagian/ Pejabat Pelajaran Daerah/ sekolah menengah/ sekolah rendah dan Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).2015 PRAKATA Garis Panduan Program Pensiswazahan Guru (PPG) ini dihasilkan selaras dengan dasar baharu yang akan mula diperkenalkan pada tahun 2011. penghasilan Garis Panduan tersebut telah dipermudah supaya guruguru yang terlibat dapat memahami dan merancang persediaan untuk mengikuti program ini.BUKU PANDUAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011 . Berpandukan ketetapan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. maka Garis Panduan ini akan membantu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) mengikuti kursus pensiswazahan pada peringkat ijazah pertama. .

Rahman Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Timbalan Pengerusi Encik Abdul Halim bin Abdul Razak Timbalan Pengarah (Pembangunan Profesionalisme) Dr. Perancangan dan Pengantarabangsaan ● Unit Standard Kualiti Guru ● Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar ● Unit Pentaksiran dan Akreditasi ● Unit Penyelidikan Profesionalisme Keguruan ● Unit Kewangan dan Bekalan ● Unit Peningkatan Akademik – Urusetia .JAWATANKUASA PENYEDIAAN GARIS PANDUAN MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH PADA PERINGKAT IJAZAH PERTAMA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BUKAN SISWAZAH(PPPBS) Pengerusi YBhg. Kartini bt Baharun Timbalan Pengarah (Dasar dan Standard) Penyelaras Tengku Adli bin Raja Omar Ketua Penolong Pengarah Unit Peningkatan Akademik Ahli Jawatankuasa Penyediaan Garis Panduan ● Unit Dasar. Dato’ Haji Mohd Ghazali Bin Ab.

Sehubungan dengan itu. . Namun begitu. PPPBS yang mengikuti pengajian dalam program PPG perlu mendapat surat kebenaran/ Surat Kelulusan Belajar daripada KPM. Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaannya berdasarkan keputusan mesyuarat yang berkaitan dengan Strategy Package for Higher Growth and Structural Change: Human Capital for High Income Economy pada 24 Jun 2009 antara Unit Perancangan Ekonomi (UPE). Mesyuarat Peraturan Dan Urusan Bagi Mendapatkan Kelulusan Untuk Mengikuti Pengajian Melalui Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Dan Sambilan bertarikh 27 Julai 2000 memutuskan bahawa mulai 1 Ogos 2000.PENDAHULUAN Program Pensiswazahan Guru (PPG) ini merupakan kesinambungan daripada rancangan pembangunan pendidikan dalam RMKe-9 yang akan dilaksanakan dalam tempoh RMKe-10 (2011-2015). kuasa untuk meluluskan Kebenaran Belajar secara PJJ diurus oleh BPG. pegawai perlu akur dengan kedudukan perjawatan yang terhad jika mereka tidak dilantik ke jawatan lebih tinggi. garis panduan belajar secara PJJ adalah perlu sebagai panduan khususnya kepada PPPBS untuk mengikuti program pensiswazahan secara tajaan atau persendirian. KPM dicadangkan supaya terus memberikan kebenaran kepada pegawai yang mengikuti pengajian melalui PJJ yang mematuhi syarat yang telah ditetapkan atas pertimbangan bahawa hak mengikuti pengajian ke peringkat yang lebih tinggi adalah hak individu yang tidak boleh dihadkan.

. Jabatan Perdana Menteri telah mencadangkan supaya semua guru yang layak akan disiswazahkan dalam tempoh RMKe-10 (2011-2015) melalui Program Pensiswazahan Guru (PPG).LATAR BELAKANG Kementerian Pelajaran Malaysia bersama-sama dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU). 9/2009 pada 10 September 2009 sebelum dibentangkan kepada Unit Perancangan Ekonomi. Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil. Jabatan Perdana Menteri. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi urus setia pada peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi pelaksanaan program tersebut. 16/2010 pada 29 September 2010 telah meluluskan Cadangan Pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru (PPG) di bawah RMKe-10. Cadangan program mensiswazahkan semua guru (rendah dan menengah) menjelang tahun 2015 di bawah RMKe-10 telah dibentangkan dan mendapat persetujuan dasar dalam Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.

Senarai Bidang Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 18 19 20 Opsyen/Bidang Sekolah Menengah Kemahiran Hidup /Rekabentuk Teknologi Bahasa Melayu MPV/MPAV Bahasa Inggeris Sejarah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sains Matematik Pendidikan Islam Pendidikan Seni Visual Pendidikan Khas Geografi Bahasa Cina Bahasa Arab Bimbingan dan Kaunseling Sains Sukan Pendidikan Muzik Perakaunan Bahasa Tamil Sumber Rujukan : Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.Tempoh Pengajian . Kementerian Pelajaran Malaysia (18 Ogos 2010) .Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) B.4 tahun C. Mod Pengajian .PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU A.

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Matematik Opsyen/Bidang Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Pendidikan Islam Sains Bahasa Cina Pendidikan Awal Kanak-kanak Pendidikan Muzik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pendidikan Seni Visual Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Pemulihan Bahasa Tamil Kemahiran Hidup /Rekabentuk Teknologi Bimbingan dan Kaunseling Pendidikan Khas Sumber Rujukan : Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia (18 Ogos 2010) .

.Pembiayaan program ini adalah melalui pemberian biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia dengan ikatan perjanjian / kontrak berdasarkan terma-terma dalam Borang Perjanjian PPG.D. atau  PPPBS sekolah menengah/rendah memilih bidang opsyen mengikut mata pelajaran utama yang diajarkan di sekolah menengah/rendah. Kriteria Pemilihan Opsyen/Bidang Bagi Calon Guru Sekolah Menengah / Rendah  PPPBS sekolah menengah/rendah mengikuti bidang pengajian yang releven dengan subjek yang ditawarkan di sekolah menengah/rendah. atau  PPPBS sekolah menengah/rendah memilih bidang pengajian dengan mengekalkan opsyen ikhtisas asal. E. Pembiayaan .

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Mac 2011.2 2.3 2. Syarat Tambahan 2. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum Mempunyai kesihatan yang baik.4 2.1 1. Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan.menerus lebih daripada 3 tahun.2 Warganegara Malaysia Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian /JPN/ PPB /PPD / sekolah menengah / sekolah rendah dan Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.3 1.5 1. Telah disahkan dalam jawatan. Mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang baik dalam penilaian prestasi 3 tahun yang terkini.5 .1 Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara terus . 2.4 1.SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 1.6 2. Syarat dan Kelayakan Asas 1. Telah membuat perisytiharan harta tidak melebihi 5 tahun bawah peraturan 10. 1. Tidak berdaftar dengan mana-mana institusi pengajian sebagai pelajar sepenuh masa dan separuh masa / sambilan dengan tajaan KPM.

PJJ KPM/OUM). Calon dibenarkan untuk permohonan sahaja. 3. Calon dinasihatkan melayari dahulu laman sesawang berkenaan untuk meneliti Panduan Permohonan dan memahami tatacara membuat permohonan secara atas talian ini. lengkap boleh .gov. Calon yang tidak menamatkan kursus terdahulu tanpa alasan yang munasabah (Contoh: PGSR.moe. mengemukakan hanya satu 4.3 CARA UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN 4.1 Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) sahaja dengan melayari laman sesawang (website) Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat http://www. Peminjam tegar pinjaman pelajaran Kerajaan.CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON 3.3 4.4 Maklumat permohonan yang tidak mengakibatkan permohonan ditolak.2 4.1 Calon yang masih dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib.2 3.my .

Walau bagaimanapun. Pegawai yang diluluskan untuk mengikuti program pensiswazahan secara PJJ mod intensif anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (program pensiswazahan Guru Besar intensif) boleh memohon cuti tanpa rekod. (Pekeliling Bil. Pegawai yang diluluskan untuk mengikuti Program Pensiswazahan Secara PJJ anjuran Kementerian Pelajaran boleh memohon cuti tanpa gaji / cuti rehat bagi tujuan kuliah / bengkel / seminar yang disyaratkan oleh institut sekiranya kuliah / bengkel / seminar itu diadakan semasa waktu pejabat. 2. Tempoh cuti tanpa rekod yang dapat diluluskan oleh ketua jabatan adalah mengikut tempoh sebenar kursus intensif yang perlu diikuti dengan syarat tidak melebihi 30 hari dalam setahun. 4. Sekiranya tempoh kursus intensif yang perlu dihadiri melebihi 30 hari atau bagi tujuan mengikuti kuliah/ bengkel/ seminar yang disyaratkan oleh institusi. cuti tanpa gaji ini memberikan implikasi kepada perkhidmatan dan pencen. 7 Tahun 2009 bagi tujuan kuliah /bengkel /seminar yang disyaratkan oleh institut sekiranya kuliah / bengkel /seminar itu diadakan semasa hari bekerja. Walau bagaimanapun. pegawai berkenaan perlulah menggunakan baki cuti rehat yang masih ada ataupun memohon cuti tanpa gaji bagi menampung perbezaan tempoh tersebut. Pegawai yang diluluskan untuk mengikuti Program Pensiswazahan Guru Secara PJJ anjuran Kementerian Pelajaran dengan kerjasama IPTA / IPTS dan IPG berkaitan boleh memohon cuti kursus sambilan (CKS) mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.KEMUDAHAN CUTI 1. cuti tanpa gaji ini memberikan implikasi kepada perkhidmatan dan pencen. 3. KP(BB) 06 /1 /4 Jld 1(47) bertarikh 1.12. Pegawai boleh memohon cuti tanpa rekod untuk menduduki peperiksaan sekiranya diadakan dalam hari bekerja/dalam waktu pejabat.1997). .

1997 untuk mengikuti kursus intensif sekiranya mengikuti pengajian secara PJJ di IPTA dan tujuh IPTS yang diluluskan oleh kerajaan iaitu . 1(47) bertarikh 1. Miri Universiti Malaysia Monash Kampus Bandar Sunway Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak. Semenyih Universiti Teknologi Curtin Kampus Sarawak. KP(BB) 06/1/4 Jld.5. Universiti Multimedia Malaysia (MMU) Universiti Teknologi Petronas (UTP) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Universiti Nottingham Kampus Malaysia. Kuching Selain itu. pegawai juga perlu memastikan bahawa pengajian yang perlu diikuti telah diiktiraf oleh kerajaan. .12. Pegawai yang mengikuti pengajian secara persendirian layak mendapatkan kemudahan cuti tanpa rekod berdasarkan Pekeliling Bil.

Tindakan Semasa Mengikuti Pengajian 1.my mengikut tempoh yang ditetapkan.moe. Surat kelulusan belajar akan dikeluarkan sekiranya pegawai telah mendaftar dengan universiti. PPPBS diingatkan agar memastikan bahawa kursus yang diikuti tidak mengganggu tugas-tugas hakiki. Pegawai perlu mengisi borang PPG/B untuk mendapatkan surat kelulusan belajar. 2. Tawaran akan dikeluarkan oleh universiti.TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON YANG MENGIKUTI KURSUS A. 6. 3. PPPBS bertanggungjawab untuk membuat pendaftaran pada setiap semester dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh institusi pengajian. Permohonan yang telah lengkap hendaklah disokong oleh Pengetua / Guru Besar dan diperakukan oleh Pengarah JPN/ Bahagian / Jabatan secara dalam talian. 5. PPPBS yang telah mendapat surat tawaran untuk mengikuti kursus PJJ di IPTA/ IPTS/ IPG dikehendaki membuat pendaftaran pada tarikh yang telah ditetapkan. 4. 3. . Tindakan Sebelum Mengikuti Pengajian 1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang KPM di url http://www.gov. 2. Pegawai yang ingin mengikuti Program PPG secara PJJ hendaklah merujuk kepada iklan tawaran yang dikeluarkan oleh KPM. B.

Tindakan Selepas Mengikuti Pengajian 1. 2. . PPPBS yang telah menamatkan pengajian hendaklah memaklumkan hal tersebut kepada Ketua Jabatan masingmasing untuk tujuan rekod perkhidmatan. PPPBS hendaklah mengisi borang permohonan selepas memperoleh ijazah bagi tujuan pelantikan ke jawatan PPPS DG 41 berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dengan mengisi Borang SPP Bil 1/04 yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPP.C.

Pegawai yang mengikuti pengajian bawah tajaan KPM perlulah yang telah disahkan jawatannya. 7. Pegawai yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat SPM/MCE atau yang setaraf dengannya. 8. Pegawai TIDAK DIBENARKAN untuk menukar bidang pengajian sebagaimana yang ditawarkan kecuali dengan persetujuan daripada KPM dan institusi pengajian. . 4.KELULUSAN BELAJAR Syarat-syarat Permohonan Kelulusan Belajar 1. 5. 6. Had umur pegawai bagi mengikuti program ini adalah tidak melebihi 45 tahun pada 1 Mac 2011. 3. Pegawai perlu membuat permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk pelantikan ke jawatan DG41 berdasarkan iklan yang dikeluarkan. 9. Pegawai tertakluk pada peruntukan-peruntukan mengenai kelakuan dan tatatertib di bawah Perintah-Perintah Am Bab “D” / AUKU / Akta 174. 10. Pegawai tidak boleh menuntut sebarang elaun atau bayaranbayaran lain daripada kerajaan selain yang dinyatakan dalam surat perjanjian. 2. Kerajaan tidak terikat untuk memberikan jawatan yang lebih tinggi atau sebarang jawatan yang lain setelah pegawai memperoleh kelulusan dan penganugerahan daripada kursus tersebut. dan pegawai yang mengikuti pengajian secara persendirian berumur tidak melebihi 50 tahun pada tahun permohonan. Pegawai PPPBS yang telah dilantik secara tetap dalam perkhidmatan pendidikan. Pegawai TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan kemudahan pejabat bagi tujuan kursus tersebut.

Pegawai perlu mengisi borang PPG B/2010 dan dapatkan sokongan Guru Besar/Pengetua dan disahkan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri sebelum dihantar ke Unit Peningkatan Akademik. 13. 12. 15. Bahagian Pendidikan Guru. Pegawai perlu mendaftar di universiti terlebih dahulu sebelum memohon kelulusan belajar. (Sumber Rujukan : Mesyuarat Peraturan Dan Urusan Bagi Mendapatkan Kelulusan Untuk Mengikuti Pengajian Melalui Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Dan Sambilan bertarikh 27 Julai 2000) . Kementerian Pelajaran Malaysia. Pegawai mestilah sanggup berkhidmat dimana-mana sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh KPM. 14. Surat Kelulusan Kebenaran Belajar secara PJJ adalah tertakluk di bawah tanggungjawab Bahagian Pendidikan Guru.11. Syarat kelulusan terbatal dengan sendirinya jika berlaku sebarang perlanggaran syarat-syarat yang telah ditetapkan.

menarik diri daripada pengajian PPPBS dikehendaki membuat keseluruhan sebagaimana yang Pendidikan Guru yang telah .TINDAKAN TATATERTIB KELAKUAN & TATATERTIB Semasa mengikuti program. PENARIKAN DIRI PPPBS tidak dibenarkan untuk tanpa kebenaran BPG. pegawai akan dirujuk kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk diambil tindakan selanjutnya. pegawai adalah tertakluk pada peraturan-peraturan Universiti dan mematuhi Undang-Undang Negara mengikut Peraturan-Peraturan Awam (kelakuan dan tatatertib) Pindaan 2002 (Perintah-Perintah Am Bab ”D”) serta arahan/peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Universiti/Institusi/IPG berkenaan dari semasa ke semasa. Kementerian Pelajaran Malaysia. pembayaran balik pembiayaan termaktub dalam Perjanjian ditandatangani. PENANGGUHAN PENGAJIAN PPPBS tidak dibenarkan untuk membuat sebarang penangguhan pengajian tanpa kebenaran Bahagian Pendidikan Guru (BPG). KPM. PPPBS dikehendaki membiayai pengajian sendiri sekiranya tempoh pengajian yang diluluskan telah tamat. Jika berlaku sebarang pelanggaran tatatertib. Pembiayaan akan ditamatkan sekiranya penangguhan dibuat tanpa kebenaran.

Pembiayaan pengajian selepas tamat tempoh tidak akan ditaja oleh KPM. Pelanjutan tempoh pengajian adalah tertakluk pada kelulusan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM. Permohonan tersebut mestilah disertakan dengan dokumen seperti yang berikut: a. e. 2. b. d. PELANJUTAN TEMPOH PENGAJIAN 1. 4. PPPBS yang tidak dapat menamatkan program dalam tempoh yang telah diluluskan (4 tahun) hendaklah mengemukakan permohonan kelulusan pelanjutan tempoh pengajian kepada Bahagian Pendidikan Guru sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tamat tempoh kelulusan. PPPBS dikehendaki membayar keseluruhan pembiayaan sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Pendidikan Guru yang telah ditandatangani. surat permohonan daripada pemohon borang permohonan PPG/Pelanjutan surat tamat tempoh daripada Universiti salinan surat kelulusan belajar salinan kad pengenalan 3. .GAGAL/DIBERHENTIKAN PPPBS yang gagal/diberhentikan hendaklah memaklumkan hal tersebut kepada BPG dengan serta-merta. c.

KES TIDAK MENDAFTAR/TIDAK MENGHADIRI KULIAH 1. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan membiayai yuran pengajian peserta PPPBS yang tidak mendaftar pada semester berkenaan. KPM dengan serta-merta. KPM juga berhak untuk menarik balik kelulusan belajar sekiranya didapati maklumat yang diberikan tidak benar atau berlakunya pelanggaran syaratsyarat kelulusan belajar tanpa memberikan sebarang sebab. PPPBS dikehendaki mendaftar pada setiap semester pengajian. 3. HAK KERAJAAN KPM berhak meminda syarat-syarat dalam garis panduan ini dari semasa ke semasa tanpa memberikan notis. 2. Pihak institusi pengajian perlu memaklumkan senarai nama peserta kepada Bahagian Pendidikan Guru. . PENUTUP Semua peraturan Garis Panduan untuk mengikuti program dan syarat-syarat di bawah pemberian kelulusan belajar secara PJJ ini berkuatkuasa serta-merta setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Pengurusan KPM. Kegagalan untuk membuat pendaftaran dianggap tidak aktif.

Lampiran A : Permohonan Pengesahan bagi Surat Kelulusan Asal Yang Hilang / Musnah Permohonan Bagi Surat Kelulusan Belajar : Permohonan Pertukaran Bidang Pengajian 2. Lampiran C 4. Lampiran F : 7. Lampiran G : . Lampiran D : 5. Lampiran E : Makluman Tamat Belajar Secara PJJ / Sambilan Memohon Penangguhan/Menarik Diri Dari Pengajian Secara PJJ / Sambilan Memohon Perlanjutan Tempoh Pengajian Secara PJJ / Sambilan Memohon Pindaan Bagi Surat Kelulusan Belajar / Surat Perlanjutan/Surat Pertukaran Bidang 6.CARTA ALIR 1. Lampiran B : 3.

Permohonan Pengesahan Bagi Surat Kelulusan Asal Yang Hilang / Musnah Mula Membuat laporan polis Isi borang dan buat pengesahan sijil dan dokumen yang diperlukan oleh Ketua Jabatan atau JPN Hantar ke JPN Tolak jika tidak memenuhi syarat Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses selewatlewatnya 3 bulan dari tarikh borang diterima Unit Peningkatan Akademik keluarkan surat pengesahan Tamat .Lampiran A .

Sertakan dokumen -dokumen yang diperlukan yang telah disahkan .Dapatkan sokongan Pengetua/Guru Besar/ Ketua Jabatan . Tolak jika tidak memenuhi syarat JPN akan semak mengikut syarat yang telah ditetapkan dan panjangkan ke Bahagian Pendidikan Guru. Hantar ke JPN untuk pengesahan.Permohonan Bagi Surat Kelulusan Belajar Mula Dapat surat tawaraan daripada Universiti Isi borang PPG/B .Lampiran B . Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses selewatlewatnya 3 bulan dari tarikh borang diterima Unit Peningkatan Akademik keluarkan surat kelulusan belajar. Tamat .

Permohonan Pertukaran Bidang Pengajian Secara PJJ / Sambilan Mula Isi borang dan buat salinan dokumen yang diperlukan Pengesahan borang .Lampiran C . sijil dan dokumen oleh Ketua Jabatan atau JPN Hantar ke JPN Tolak jika tidak memenuhi syarat Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses Unit Peningkatan Akademik keluarkan surat pertukaran bidang Tamat .

Lampiran D .Makluman Tamat Belajar Secara PJJ / Sambilan Tolak jika tidak memenuhi syarat .

Lampiran E .Memohon Penangguhan/ Menarik diri Dari Pengajian Secara PJJ / Sambilan Mula Isi borang dan buat salinan dokumen yang diperlukan Pengesahan borang . sijil dan dokumen oleh Ketua Jabatan Hantar ke JPN Tolak jika tidak memenuhi syarat Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses Unit Peningkatan Akademik akan mengeluarkan surat penangguhan Tamat .

Memohon Pelanjutan Tempoh Pengajian Secara PJJ / Sambilan Tolak jika tidak memenuhi syarat .Lampiran F .

sijil dan dokumen oleh Ketua Jabatan Hantar ke JPN Tolak jika tidak memenuhi syarat Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses Unit Peningkatan Akademik akan mengeluarkan surat Kelulusan Belajar yang baru Tamat .Lampiran G .Memohon Pindaan Bagi Surat Kelulusan Belajar/Surat Perlanjutan/Surat Pertukaran Bidang Mula Isi borang dan buat salinan dokumen yang diperlukan Pengesahan borang .

Bahagian Pendidikan Guru. 5.LAMPIRAN Borang-borang berkaitan : 1. Unit Peningkatan Akademik. Kementerian Pelajaran Malaysia . 3. 7. 4. Boleh diperolehi daripada pihak : Urus Setia Program Pensiswazahan Guru. 6. Borang PPG/B 2010 : Permohonan Kelulusan Belajar Secara Program Pendidikan Jarak Jauh Borang PPG/Pengesahan : Permohonan Pengesahan Bagi Surat Kelulusan Asal Yang Hilang / Musnah Borang PPG/Pelanjutan : Permohonan Pelanjutan Tempoh Pengajian Bagi Program Pendidikan Jarak Jauh / Sambilan Borang PPG/Tukar Bidang : Permohonan Pertukaran Bidang Program Pengajian Jarak Jauh / Sambilan Borang PPG/Berhenti : Permohonan Berhenti Pengajian Program Pengajian Jarak Jauh / Sambilan Borang PPG/Tangguh : Permohonan Penangguhan Pengajian Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah Borang PPG/Tukar Pusat Pengajian : Permohonan Pertukaran Pusat Pengajian Program Pensiswazahan Guru 2.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful