Hakikatnya, peranan pantun dalam kehidupan orang Melayu adalah untuk menyampaikan pesan-pesan moral yang sarat

berisi nilai-nilai luhur agama, budaya dan norma-norma sosial masyarakatnya. Melalui pantun, nilai-nilai luhur itu disebarluaskan ke tengah-tengah masyarakat, diwariskan kepada anak cucunya. Selain itu, pantun berperanan pula dalam mewujudkan pergaulan yang seresam, mengekalkan tali persaudaraan, hiburan serta penyampaian ³aspirasi´ masyarakat. Orang tua-tua mengatakan dengan pantun banyak yang dituntun. Di dalam ungkapan dikatakan pantun dipakai membaiki perangai atau pantun mengajar bersopan santun. Di dalam penyebarluasan agama, pantun berperanan pula untuk menanamkan nilai-nilai keagamaan seperti tercermin dalam ungkapan melalui pantun syarak menuntun. Untuk melihat sejauh mana peranan pantun dalam kehidupan orang Melayu, dapat disimak dari untaian ungkapan berikut: Apa guna orang bertenun Untuk membuat pakaian adat Apa guna orang berpantun Untuk mengingat petuah amanat Apa guna orang bertenun Untuk membuat kain dan baju Apa guna orang berpantun Untuk mengangkat tuah Melayu Apa guna orang bertenun Untuk membuat pakaian budak Apa guna orang berpantun Untuk mengajar hukum dan syarak Apa guna orang bertenun Untuk membuat kain cindai Apa guna orang berpantun Untuk membaiki laku perangai Apa guna orang bertenun Untuk membuat pakaian nikah Apa guna orang berpantun Untuk menyampaikan petuah amanah Apa guna orang bertenun Untuk membuat kain pelekat Apa guna orang berpantun Untuk mengkaji adat istiadat

Apa guna orang bertenun Untuk membuat kain selerang Apa guna orang berpantun Untuk mengisi mana yang kurang Apa guna orang bertenun Untuk membuat kain dan baju Apa guna orang berpantun Untuk menimba berbagai ilmu Kalau orang melabuh pukat Carilah pancang kayu berdaun Kalau kurang mengetahui adat Carilah orang tahu berpantun Kalau kayu hendak ditarah Keratlah cabang dengan daunnya Kalau ilmu hendak bertambah Dekati orang dengan pantunnya Apalah guna daun kayu Untuk tempat orang berteduh Apalah guna pantun Melayu Untuk tempat mencari suluh Di dalam untaian syair tunjuk ajar dikatakan: Wahai ananda dengarlah pesan Pantun Melayu jangan tinggalkan Pakai oleh mu untuk pedoman Di dalamnya banyak tunjuk ajaran Wahai ananda intan dikarang Pantun Melayu jangan dibuang Di dalamnya banyak amanah orang Untuk bekalmu di masa datang Wahai ananda kekasih ibu Pakai oleh mu pantun Melayu Di dalamnya banyak mengandung ilmu Manfaatnya besar untuk diri mu Wahai ananda permata intan Pantun Melayu jangan abaikan Di dalamnya banyak mengandung pesan .

Pegang olehmu jadi pedoman Wahai ananda cahaya mata Pantun Melayu jangan dinista Isinya indah bagai permata Bila dipakai menjadi mahkota Wahai ananda bijak bestari Pantun menjadi suluh negeri Ilmu tersirat payah dicari Bila disemak bertuahlah diri Wahai ananda dengarlah amanat Pantun memantun sudah teradat Di dalamnya banyak berisi nasihat Bila dipakai hidup selamat Selanjutnya dalam untaian ungkapan adat dikatakan: Apa tanda Melayu jati memanfaatkan pantun ia mengerti Apa tanda Melayu jadi dengan pantun menunjuk ajari Apa tanda Melayu jati dengan berpantun ilmu diberi Apa tanda Melayu jati dengan berpantun membaiki budi Apa tanda Melayu jati dengan pantun membaiki pekerti Apa tanda Melayu bermarwah dengan pantun menyampaikan dakwah Apa tanda Melayu bertuah dengan pantun memberi petuah Apa tanda Melayu bertuah dengan pantun memberi amanah Apa tanda Melayu bertuah dengan pantun menyampaikan sunah .

Apa tanda Melayu beradat dengan pantun memberi nasihat Apa tanda Melayu beradat dengan pantun meluruskan kiblat Apa tanda Melayu beradat dengan pantun membangkitkan semangat Apa tanda Melayu beradat dengan pantun membaiki umat Apa tanda Melayu terbilang dengan pantun mengajari orang apa tanda Melayu terbilang dengan pantun mencelikkan orang Apa tanda Melayu berbudi dengan pantun membaiki diri Apa tanda Melayu berbudi dengan pantun mencari kaji Apa tanda Melayu beriman dengan pantun menerangi jalan Apa tanda Melayu beriman dengan pantun memberi amaran Apa tanda Melayu beriman dengan pantun mengenal Tuhan Apa tanda Melayu beriman dengan pantun membuka jalan Apa tanda Melayu beriman dengan pantun memberi pedoman Apa tanda Melayu beriman dengan pantun memberi pelajaran Apa tanda Melayu beriman dengan pantun ilmu disempurnakan .

dalam berpantun haruslah tetap menampilkan nilai-nilai luhurnya. tetap terdapat nilai-nilai luhur yang dijunjungi masyarakat. terdapat tamsil. di dalamnya tetap terkandung nilai-nilai moral. Ungkapan lain menegaskan dalam menyindir gunakan fikir. Maksudnya. tidak memfitnah membabi buta dan sebagainya. menyindir ataupun mengkritik orang lain jangan menghina. di dalam seloroh ada petaruh. Melalui pantun. dan dikembangkan. termasuk dalam pantun memantun. terdapat kritikan-kritikan dan ³sindiran´.Apa tanda Melayu bersifat dengan pantun ia berwasiat Apa tanda Melayu bersifat dengan pantun memberi ingat Apa tanda Melayu pilihan dengan pantun ilmu diturunkan Apa tanda Melayu pilihan dengan pantun ilmu disampaikan Apa tanda melayu pilihan dengan pantun ilmu dikembangkan Ungkapan-ungkapan di atas menunjukkan betapa pentingnya peranan pantun dalam kehidupan orang Melayu. Melalui pantun pula nilai-nilai luhur dikekalkan dan disampaikan kepada anggota masyarakatnya. maksudnya dipantangkan bagi orang Melayu berkata yang tidak berfaedah. maksudnya. pantun yang bersifat seloroh dan sindir-menyindir ataupun pantun remaja. Dalam ungkapan dikatakan menyindir jangan mencibir. Acuan ini menyebabkan pantun semakin berperanan dalam kehidupan orang Melayu. diwariskan. baik terhadap sesama anggota masyarakat mahupun terhadap penguasaannya. dan sebagainya yang dapat menimbulkan pertelingkahan atau perpecahan. maksudnya. menyindir atau mengkritik janganlah semena-mena. walaupun kebanyakannya tidak sesarat yang ada di dalam pantun tunjuk ajar atau pantun adat dan sejenisnya. walaupun pantun itu bersifat pantun kelakar. setidak-tidaknya pantun itu tetaplah mengacu pada sopan santun Melayu. Acuan ini semakin menunjukkan betapa besarnya peranan pantun dalam kehidupan orang Melayu. tetap mengandungi nilai-nilai luhur yang patut dan layak dijadikan pegangan oleh masyarakatnya. Ungkapan lain menegaskan pantang Melayu membuang cakap. di dalam menyindir. Acuan ini menyebabkan pantun Melayu. Namun. Dengan demikian. ingat sopan santun. di dalam pantun kelakar. tetaplah terkandung nilai-nilai luhur itu. . Dalam ungkapan dikatakan di dalam berpantun. kerana melalui pantun ³aspirasi´ masyarakat dapat disalurkan dengan baik tanpa menimbulkan perpecahan ataupun perselisihan antara sesamanya. Sudah difahami orang Melayu. tetapi dilakukan secara arif dan benar. kritik dan sindiran dimaksud dilakukan secara halus dan penuh kesopanan. menggunakan akal dan fikiran. menampilkan budi pekerti dan perilaku terpuji. apalagi membuka aib malu orang. Dalam pantun ³sindir-menyindir´ misalnya. di dalam ungkapan dikatakan di dalam kelakar terdapat tunjuk ajar. misalnya. Kerananya orang tua-tua mengatakan bahwa di dalam pantun kelakar atau pantun sindiran atau pantun remaja. apa juga jenisnya. tidak mengghina dan menista. tunjuk ajar disebarluaskan.

. pantunnya mengandung budi pekerti. orang tuanya membawakan lagu-lagu yang bait-bait pantunnya mengandung doa. ingat sopan santun. sebagai cerminan menanamkan nilai-nilai luhur mereka kepada anaknya sejak dini. Orang tua-tua mengatakan dalam berbalas pantun.Peranan lain dari pantun adalah untuk ³ajuk mengajuk´ antara bujang dan dara. Lazimnya acara dilakukan dalam kesempatan tertentu di mana bujang dan dara berpeluang berbalas pantun. petuah amanah. penuh dengan ungkapan-ungkapan. dalam berpantun ia berbudi atau bila hendak tahu orang berbudi. Pantun remaja (bujang dan dara) ini pun hendaknya dilakukan secara sopan dan santun serta halus. pertunangan dan perkahwinan. Ungkapan lain mengatakan tanda orang baik hati. Dalam kesempatan itulah mereka ³ajuk mengajuk´ hati masing-masing yang sering berlanjut menjadi ikatan batin. Dalam mendendangkan anak atau menidurkan anak (dahulu lazimnya di dalam ayunan).

adalah diadatkan kepada ibu tersebut untung menjalani pantang. Zurinah Hassan Dr. Walaubagaimanapun. contohnya limpa dan hati. Selain daripada ubat yang dimakan dan dipakai. Ibu-ibu juga biasanya dinasihatkan memakan jamu yang dapat memulihkan semula tenaga dan memperbaiki tekstur dan bentuk tubuh badan mereka seperti sediakala. dikira dari hari pertama bersalin. walaupun bangun berjalan meninggalkan tempat tidurnya. Si suami juga tidak digalakkan untuk meniduri isterinya ketika si isteri sedang berpantang. Makanan tersebut juga akan dimasak mengikut cara tertentu yang boleh membantu menghilangkan angin di dalam badan dan mengecutkan segala urat saraf yang telah mengembang. Di antara ubat yang dipakai dan dimakan oleh ibu bersalin biasanya adalah ubat yang diberikan oleh tok bidannya sahaja. bersalin di hospital adalah lebih selamat dan mudah. Pantang ini adalah dianggap suatu perkara yang penting sekalipun ibu tersebut merasakan yang dia sudah boleh membuat sebarang aktiviti seperti biasa dilakukan. Selain itu. Selepas tujuh hari barulah ibu tersebut dibenarkan berjalan sedikit-sedikit. KRITIK SOSIAL DALAM PANTUN MELAYU: LAMBANG KETEKALAN MINDA Oleh: Dr. Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Abstrak . Di dahinya pula akan dilumurkan ubat yang bertujuan menarik angin keluar dari badan. Ada sesetengah bidan menggantikan kerja-kerja bertungku dengan berdiang. bagi masyarakat sekarang. Ini kerana dalam tempoh berpantang. Namun begitu. si isteri akan berasa lemah badan dan sakit ketika bersalin masih belum hilang sepenuhnya. itu pun hanya di dalam rumahnya sahaja. Ibu-ibu akan diberikan makanan yang boleh mendatangkan sumber darah di dalam badannya bagi menggantikan darah yang telah banyak hilang semasa bersalin.Selama empat puluh empat hari. isteri juga akan mengalami darah nifas yang hanya keluar selepas bersalin dan keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa bagi isteri untuk didatangi suaminya. ibu tersebut juga akan menjalani kaedah bertungku (tuam) di perutnya sehari sekali selama tempoh pantangnya. Berpantang bukan sahaja melibatkan pemakanan dan kesihatan diri ibu tersebut. Salinah binti Ja·afar Dr. Ini bererti ibu tersebut ditegah daripada makan sebarangan mengikut kehendaknya atau membuat apa-apa jua kerja rumahtangga. Ketika dalam berpantang. pantang larang selepas bersalin akan tetap diamalkan dalam masyarakat Melayu untuk menjamin kesihatan ibu tersebut. ibu tersebut akan dikehendaki memakai stoking atau membalut kakinya dengan kain bagi mengelakkan angin memasuki badan.

Anak-anak muda hari ini semakin melupakan pantun yang menjadi sebahagian daripada amalan hidup masyarakat Melayu lama yang sentiasa mementingkan adab dan kesantunan. Pantun telah menjadi sebati dengan jiwa dan budaya masyarakat Melayu satu masa dahulu. gurauan dan luahan perasaan. misalnya majlis perkahwinan. Dewan Sastera dan Pelita Bahasa malah dalam majalah-majalah jenaka dan komik seperti Ujang dan Din Lawak. majlis-majlis dan pelbagai upacara. tetapi juga disusun denngan begitu teliti agar pemilihan perkataan yang digunakan dapat membayangkan corak pemikiran yang kritis. Menjadi juadah di Hari raya. Pantun juga menjadi media iklan. sindiran. lisan (radio). RTM. Malah pertandingan pantun di Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan turut ditaja oleh pihak-pihak seperti Dewan Bahasa dan Pustaka . misalnya. Malah pantun juga berkembang mekar di laman internet (ada pantun net) dan berbalas pantun dari seluruh dunia. Secara langsung atau tidak langsung kita sentiasa bertembung dengan pantun. antara sekolah dan antara negeri. yang menjadi wadah dalam menyampaikan nasihat. Berikutan daripada itu. seperti Dewan Budaya. Pantun adalah salah satu cabang puisi Melayu tradisional yang masih popular hingga ke hari ini. Masyarakat Melayu yang amat terkenal dengan budi bahasa dan budaya ketimuran yang mementingkan ´air mukaµ dan adab sopan telah menjadikan pantun sebagai alat kritik sosial yang amat berkesan. visual (televisyen) dan dunia siber termasuk di internet dan yang tersebar melalui khidmat pesanan ringkas atau sms di seluruh dunia. (Utusan Malaysia 13 Oktober 2006 dalam iklan IKEA ) Melihat kepada keadaan ini. Saban hari kita mendengar pantun. Masyarakat . Penggunaan pantun sebagai satu alat kritik sosial mencerminkan satu bentuk ketekalan minda yang dimiliki oleh masyarakat Melayu yang tidak mungkin ditelan zaman. Pantun bukan sahaja hidup dalam majalah ilmiah sahaja. Sering juga diadakan pertandingan antara kelas. Pendahuluan Pantun merupakan satu khazanah yang amat bernilai dalam dunia Melayu. Semua perkakasan ada di IKEA. Perubahan masa telah menjadikan pantun semakin hari semakin jauh ditinggalkan. Ia tersebar luas melalui pelbagai media seperti lirik lagu. bahkan pelbagai bentuk rakaman yang memanfaatkan pantun sebagai seni kata lagu yang menarik dan indah. kertas ini akan membincangkan bagaimana pantun digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai alat kritik sosial yang digunakan dari dahulu hingga sekarang. kita tidak bimbang tentang survival pantun. Berita Harian.Pantun merupakan satu khazanah bangsa yang mempunyai nilai yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu. Penyusunan pantun yang diolah dengan rapi dan disusun indah mengandungi seribu satu maksud yang amat mendalam. Ia bukan hanya survive tetapi berkembang mekar. Kalau puan-puan ingin tahu. Mengikut Muhammad Haji Salleh (2006) terdapat kekreatifan baru dunia pantun dalam bentuk bercetak. seni kata lagu yang berbentuk pantun akan menjadi siulan para remaja (Zainal Abidin Bakar: 1984: 3). Pantun memang tidak asing kepada masyarakat Melayu. Kek lapis dan kuih bahulu. Setiap lagu dan ungkapan yang digunakan bukan sahaja memperlihatkan irama yang indah. Selalunya. Walau bagaimanapun hal yang membimbangkan ialah tentang penghayatan pantun.

Esok jangan rindu-rinduan. Pantun dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Melalui pantun terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak mengkritik secara berterus terang tetapi secara halus. Masyarakat Melayu amat mementingkan keharmonian ketika berkomunikasi antara satu sama lain. etika dan masyarakat. pantun juga harus dipelihara agar terus hidup dan diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu hari ini. Seperti kebanyakan karya Melayu tradisi.mengucapkan pantun tetapi kurang menghayati maksud dan kata-kata yang digunakan menyebabkan nilai. Pada satu ketika dahulu. Percintaan Sebahagian besar pantun yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah pantun percintaan. Sesuai dengan ruang dan masa seminar. Melalui pantun. Seperti mana Laksamana Hang Tuah pernah berkata ´tak Melayu hilang di duniaµ. Kata-kata yang digunakan dalam pantun adalah lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Namun begitu si kekasih berpesan kepada . (Zainal Abidin Abu Bakar. pantun menjadi bahasa basahan yang digunakan sebagai alat komunikasi yang bertujuan menjaga air muka pendengar atau orang yang dilawan bercakap. terbukti bahawa pengarang pantun adalah pemikir yang amat tajam pemerhatiannya terhadap alam dan masyarakat di sekeliling. Percintaan merupakan salah satu hubungan yang terjalin sesama manusia.1984: 247) Pantun ini dipopularkan melalui lagu ´Gurindam Jiwaµ nyanyian Rafeah Buang dan R. maksud dan falsafah yang tinggi itu tidak dikenali oleh masyarakat. kertas ini akan membincangkan kritik sosial dalam pantun Melayu dengan menumpukan kepada aspek percintaan. Dalam konteks kertas kerja ini akan dibicarakan pantun-pantun yang berupa teguran atau kritik tentang tingkah laku manusia yang menyebabkan hubungan percintaan tidak berjalan dengan baik. metafora. kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenar.Ismail dan dipetik daripada filem yang juga berjudul ´Gurindam Jiwaµ( terbitan tahun 1966 lakonan Nordin Ahmad dan Latiffah Omar) . sesetengahnya dalam nada bergurau. Mereka peka terhadap segala yang berlaku lalu menyampaikan teguran dan kritikan untuk membawa kebaikan. Kehebatan dan ketepatan pantun sebagai satu alat kritik sosial yang digunakan oleh masyarakat Melayu menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai daya pemikiran yang begitu halus dan kreatif. simile dan personifikasi yang kaya dengan imej alam. Esok jangan layu-layuan. Imej-imej alam ini perlu ditafsir untuk mengetahui maksud sebenar pantun. Intai kami antara nampak. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara berlapik dan berkias. Oleh sebab itu. Namun daripada pantun yang kita warisi. Tuai padi antara masak. Ini memperlihatkan bentuk pemikiran masyarakat Melayu yang sentiasa peka terhadap alam sekeliling dan menjadikan pantun sebagai satu lambang ketekalan minda yang ´tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujanµ. Pantun ini membayangkan suasana percintaan atau hubungan yang masih erat. melodi dan pemilihan perkataan dalam pantun dibuat dengan begitu teliti. masyarakat Melayu berkias mengenai sesuatu secara halus dan teliti agar setiap perkara yang ingin disampaikan akan diterima dengan baik oleh seseorang. Pengarang pantun menggunakan perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan. serta sifat buruk manusia yang sering dialami dalam hidup manusia.

(Zainal Abidin Abu Bakar.1984: 153) Pantun ini memberi nasihat supaya berhati-hati dengan kata-kata. Secara amnya seseorang tidak sepatutnya berkata sesedap hati tanpa menimbang akibatnya kepada orang yang mendengar. Belacu juga tahan dipakai. Tuan berkata sedap di mulut. Jangan sampai si kekasih merajuk dan merasa dirinya tidak dipedulikan. Dari segi falsafahnya pantun ini memberi penekanan kepada faktor masa dan peluang. Burung jelatik sarang kedidi. Saya mendengar sakit hati. iaitu dalam keadaan antara masak dan tidak masak. Padi mesti dituai semasa antara masak. Dengan kata-kata merupakan penderaan psikologi. Hubungan percintaan juga boleh terjejas akibat salah seorang tidak pandai mengawal kata-kata. Menyebabkan orang yang mendengar berasa sakit. Apa yang dilafazkan mungkin menggores perasaan pasangannya. seorang mengetam padi Jawi. ( lirik lagu Pandang-pandang Jeling-jeling) . Pembayang pantun menggambarkan keadaan alam iaitu padi dalam keadaan ´antara masakµ. Sarang tempua sarang berjuntai. Jika ditunggu sehingga semuanya masak. tetapi juga penderaan psikologi iaitu menyakitkan seseorang dengan kata-kata. Seorang mengetam padi pulut. Dalam konteks perhubungan percintaan pantun membawa pesanan supaya jangan sesekali mengambil ringan dan jangan mengamalkan sikap take for granted bahawa hubungan yang sedang berjalan dengan baik itu akan terus kekal baik. Penderaan tidak hanya terhad kepada penderaan fizikal. Salah satu kesilapan yang diakukan oleh pasangan bercinta ialah tidak berhati-hati dengan kata-kata. Jangan biar atau tunggu kerana esok padi akan masak. Sungguhpun cantik sutera dipuji. kemungkinan tidak sempat mengetam atau menuai. Sebahagiannya akan layu ditangkai. Padi baru mula masak dan ada antaranya yang belum masak. Saya ketam padi Jawi. Hal ini mudah membawa kepada perbezaan pendapat atau perselisihan faham. dalam erti kata selalu menjengok dan melihat keadaannya. Hubungan kasih mesti dijaga dengan sewajarnya. Tuan ketam padi pulut. Pembayang maksud menyentuh dua perkara yang berbeza. Jangan take for granted. Hal ini adalah penting demi menjaga hubungan kasih sayang. Dari sini membayangkan bahawa perbezaan adalah perkara biasa. Jika si kekasih pergi membawa diri maka jangan sampai ia dirindu dibiarkan belalu pergi baru nak menyesal baru nak cari.pasangannya supaya ´intai kami antara nampakµ supaya ´esok jangan rindu-rinduanµ.apatah lagi bila berkata-kata dengan orang yang sentiasa mengharapkan kasih sayang. Ini juga membawa maksud mengambil berat untuk memastikan orang yang dijenguk atau diintai itu masih ada ditempatnya dan berada dalam keadaan yang baik. bukan fizikal. Dengan pesanan ini si kekasih sebenarnya memberi peringatan supaya pasangannya selalu mengintai. Sesuatu yang berharga (iaitu hubungan percintaan) mestilah dihargai sebelum ianya hilang atau sebelum terlambat. Perbezaan ini juga seharusnya membuat kita sentiasa berhati-hati dan bersedia untuk memahami orang lain. Dalam keadaan inilah petani mesti bersedia untuk menuai padinya kerana jika ditunggu ada padi yang akan layu dan tidak sempat dituai. Hati mudah terluka lebih-lebih ketika dilamun cinta dan mengharapkan kekasih akan membelai dengan kata-kata yang manis. Mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan juga merupakan suatu penderaan.

Warnanya indah berbau tidak.W. Dia sepatutnya memilih bunga yang harum. Keindahan merangkumi kecantikan fizikal dan nilai yang baik dan positif. Allah S. Oleh itu janganlah terlalu memuji sutera kerana kecantikan dan kehalusannya ataupun menghina belacu kerana kekasarannya walhal di dalam keadaan sehari-hari belacu lebih berguna dan dipakai sebagai kain basahan dan untuk bekerja. Selaras dengan ajaran Islam seperti yang dihuraikan di atas. Embun menitis di tempat lain. Duduk bermadah di tilam pandak. iaitu dapat memberi manfaat kepada masyarakat. kebaikan dan keindahan.Pantun ini menjadi terkenal bila ia dinyanyikan dalam lagu ´Pandang-pandang Jeling-jelingµ (S. Sesuatu yang dipandang indah mestilah juga mempunyai nilai gunaan.1984:165) . Ini dikaitkan dengan hubungan antara lelaki dan perempuan. pantun Melayu juga menasihatkan agar berhati-hati memilih kekasih atau pasangan hidup.M. berikanlah daku ilmu pengetahuan dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang salih. Misalnya mutu sesebuah karya sastera atau karya seni yang lain diukur dari nilai-nilai yang dituntut oleh Islam. Islam menekankan kepada pentingnya sesuatu yang indah dan yang bermanfaat. ayat 83-84). Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudianµ (Surah asy-Syura. Terdapat pantun-pantun yang memperkatakan tentang perilaku kekasih yang tidak setia. (Zainal Abidin Abu Bakar. (Zainal Abidin Abu Bakar. iaitu yang bercirikan kebenaran. Kecantikan tidak dapat menjamin kebahagiaan sekiranya hanya luaran sahaja yang cantik. Janganlah hanya memberi perhatian kepada rupa paras kerana kecantikan mungkin hanya sifat luaran semata-mata.Salim/Siti Nurhaliza). Pantun ini adalah teguran terhadap orang yang mementingkan kecantikan fizikal sedangkan kebahagiaan tidak terjamin dengan rupa paras yang cantik semata-mata.T mengajar manusia supaya berdoa agar meninggalkan nama yang harum. Hal ini dapat dikaitkan dengan falsafah keindahan dalam Islam. 1984:154) Pantun di atas membawa maksud. Sambil berdayung sambil bermain. tetapi dari aspek dalaman tidak seperti yang diharapkan. Masyarakat Melayu mengutamakan nama yang baik dan oleh itu seseorang disarankan supaya berkelakuan baik supaya tidak mencemarkan nama ibu bapa dan keluarga. Macam mana bunga tak layu. Hal ini dapat dikaitkan dengan pantun di bawah: Berbaju batik bujang kelana. Keindahan dalam Islam bukan semata-mata diukur dari segi fizikal atau rupa paras. Bunga yang cantik tetapi tidak berbau adalah rendah nilainya seperti yang terungkap dalam pantun. di samping berdoa untuk menambahkan ilmu: ´Wahai Tuhanku. Misalnya: Budak-budak mendayung perahu. Di dalam puisi Melayu bunga yang harum dikaitkan dengan nama yang harum atau nama yang baik. Usah dipetik si bunga sena. Selaras dengan itu ialah pandangan Islam yang juga mengutamakan nama yang baik atau nama yang bersih. Bunga yang wangi adalah objek alam yang masih digunakan untuk membawa makna sesuatu keindahan dan kemurnian yang menjadi kenangan dan sebutan. seseorang dinasihati supaya jangan memilih bunga yang cantik tetapi tidak bau wangi.

Etika Masyarakat Melayu Etika ialah prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (Kamus Dewan. Mengangis di pintu kubur. Demikian juga hubungan cinta yang tidak serius.org/wiki/Masyarakat). Pantun yang pertama merupakan luahan rasa terhadap kekasih yang tidak lagi memberi perhatian kepada pasangannya. 1996: 345). Masyarakat Melayu biasanya mengaitkan etika masyarakat dengan pegangan agama Islam. Bila ditanak nasi berderai. Kasih ibarat setitis embun. (lirik lagu Seri Andalas) Pantun kedua di atas menggunakan perlambangan embun untuk menyatakan perihal kasih yang tidak bersungguhsungguh. Ombak menghempas berderai-derai. Etika masyarakat merujuk pada nilai moral atau akhlak yang harus dipegang oleh sesebuah masyarakat. sesebuah masyarakat tersebut sebagai tidak adil dan musibah akan berlaku (Wikipedia Ensiklopedia Bebas.com) Sesuatu yang bercanggah dengan agama Islam merupakan perlanggaran kepada etika masyarakat Melayu. maka ia perlu kepada nilai-nilai murni seperti kerakyatan. Hati lelaki sudah beralih kepada gadis yang lain. Setiap perlakuan dalam kehidupan masyarakat Melayu yang beragama Islam secara halus dikaitkan dan dijalin dengan indah dalam pantun. Contohnya seperti yang tergambar dalam pantun di bawah: Asam kandis asam gelugur. Embun dijadikan simbol kepada sesuatu keadaan yang tidak kekal dan tidak terjamin. Ditiup angin berderai ia. Mengapa bising di tepi laut. akan menyebabkan kegagalan. Cinta yang gagal dilambangkan oleh bunga yang layu. Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Hal ini diperikan sebagai embun yang menitis di tempat lain. Ini juga sebagai peringatan secara bersahaja dan relaks tanpa menyentuh peribadi sesiapapun yang terlibat. Ketiga asam riang-riang. Ini juga membawa maksud tidak ada niat atau keazaman untuk sampai ke sesuatu destinasi. Jika nilai-nilai ini gagal dipatuhi. hak dan etika. Daripada simbol yang digunakan iaitu bunga maka dapatlah diketahui bahawa yang ditinggalkan itu ialah perempuan dan yang berubah hati ialah lelaki. Perilaku lelaki ini dianggap sebagai tidak bersungguh-sungguh di dalam hubungan percintaan dan keadaan ini disebut di dalam pembayang pantun seperti budak-budak yang sambil berdayung sambil bermain.melayuonline. Kusangka tuan beras pulut. Oleh kerana sesebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan ahli-ahli yang sanggup menolong antara satu sama lain. Teringat badan tidak sembahyang.wikipedia. (http://culture.Seri Andalas ke kota Ambon. Ini merupakan perkara asas untuk mencapai keadilan. Hendak mencari asam paya. . Pantun berikut merupakan kritikan sosial dalam etika masyarakat Melayu. http://ms.

·ular lidah bercabang· ² orang yang tidak menepati janji. ·orang yang tidak dipercayai· merujuk kepada kepercayaan terhadap pada orang yang disangka dapat berkongsi masalah dan menyimpan rahsia.µ Riwayat Abu Hurairah dalam Sahih Bukhari mengatakan bahawa Nabi Muhammad S. it will remain crooked.(Zainal Abidin Bakar (peny. 1984: 184) Daripada petikan pantun di atas. so I urge you to take care of the women.com/ ). it will break and if you leave it. iaitu wanita yang dikasihi semasa muda tetapi diceraikan apabila tua. Misalnya ·talam dua muka· ² orang memuji di depan tetapi di belakang kita mereka mengeji. (Zainal Abidin Bakar (peny. Ini dapat disesuaikan dengan beras pulut apabila ditanak akan melekat dan padat. layu dibuang· turut bermaksud wanita yang ·dirosak· oleh lelaki. and the most crooked portion of the rib is its upper part. atau orang yang sentiasa berubah dengan cepat kata-katanya.W pernah berkata: ´O Muslims! I advise you to be gentle with women. Dalam Al-Quran menegaskan bahawa ´Lelaki itu adalah pelindung/pemimpin bagi wanita. peribahasa ·ibarat bunga. Kritikan sosial di sini jelas ditujukan kepada golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab terhadap wanita. Terdapat banyak kategori sikap ·orang yang tidak boleh dipercayai·. Kami tak ingin melihat kumbang. ·Beras· pula menjadi lambang ·orang yang tidak boleh dipercayai· kerana apabila ditanak akan berderai.hadithuna. Sayur dimasak dalam belanga. Golongan lelaki ini bukan sahaja mereka tidak melindung dan membimbing . Pemantun yang menuturkan pantun ini berkemungkinan besar adalah seorang wanita. Beras pulut ialah lambang ·orang yang dipercayai·. perlakuan lelaki adalah dalam pantun ini jelas menyalahi norma masyarakat malah menyalahi hukum Islam berdasarkan Al-Quran dan Hadis. namun kepercayaan terhadap orang itu musnah kerana sikapnya yang tidak sebaik yang disangka. Nasi dingin bersayur mumbang.µ (http://nurjeehan. jelas menunjukkan kritikan sosial orang Melayu terhadap orang yang tidak boleh dipercayai.). sebaliknya suka menghebahkan rahsia atau sesuatu perkara kepada orang lain. Pantun berikutnya turut memperlihatkan rasa marah pemantun terhadap lelaki yang suka mempermain-mainkan wanita. kemungkinan kesalahan yang dilakukan oleh orang tersebut ialah suka membawa mulut atau menceritakan perihal orang lain. 1984: 251 ) Pantun di atas jelas menunjukkan kemarahan pemantun terhadap lelaki yang gemar merosakkan wanita. dan ini dapat dilihat banyak sekali dalam peribahasa Melayu yang merujuk kepada orang yang tidak boleh dipercayai. Ibarat peri bahasa ·habis madu sepah dibuang· sekiranya peribahasa ini merujuk kepada wanita. Kalau kumbang merosak bunga. Berdasarkan pembayang dan maksud yang diberikan dalam pantun di atas. Namun. atau kemungkinan juga orang itu tidak boleh menyimpan rahsia.A. yang boleh menyimpan rahsia. sedap dipakai. Pemantun dalam pantun di atas telah menunjukkan nada marah dan sindiran terhadap orang yang tidak boleh dipercayai ini. If you try to straighten it. tidak seperti pulut.). ia bermaksud wanita yang ditinggalkan apabila lelaki itu sudah mendapat apa yang dihajati daripada wanita berkenaan. Penggunaan simbol-simbol ini jelas memperlihatkan kebijaksanaan orang Melayu dahulu dalam membuat pemilihan kata yang bertepatan dengan pemikiran yang hendak disampaikan. Dalam konteks pantun di atas. for they are created from a rib.

bukan setakat makanan dan pakaian sahaja. Banyak sekali mengenai sikap tamak diungkapkan dalam peribahasa Melayu. Masyarakat Melayu amat kreatif dalam memperkatakan sifat buruk ini dalam bentuk teguran. Merak mana hendak dikepung. tetapi juga agama. (Zainal Abidin Bakar (peny. dan emosi marah jelas terlihat dalam perkataan ·terajang punggung·. Pantun seterusnya yang bernada marah dapat dilihat dalam pantun jenaka. 1984: 173) Pantun di atas membawa maksud bahawa dalam kalangan manusia. Antara pantun yang dapat dilihat dalam bahasa Melayu yang menunjukkan kritik sosial sifat-sifat buruk ini ialah seperti: Dari Kuala Pahang ke Kuala Lipis.wanita. bukan jenaka semata-mata. Ini dapat dilihat dalam pantun di bawah: Dalam semak ada duri. malahan mereka merosakkan pula wanita tersebut. Apabila pantun ini dibaca. 1984: 103) Pantun di atas merupakan satu kritikan sosial terhadap orang yang suka mengikut hawa nafsu dalam kehidupan mereka. Dalam rutin kehidupan. (Zainal Abidin Bakar (peny. Orang tamak selalu rugi. µseperti anjing berebut tulangµ dan µseperti anjing beroleh bangkaiµ. Ayam kuning membuat sarang. Pusing belakang terajang punggung.com/category/pantun-lama/) Sifat Buruk Manusia Setiap manusia di dunia ini dilahirkan dengan pelbagai sifat dan rupa. Pemantun mengkritik orang yang bersifat tamak haloba. terutama daripada mereka yang . banyak yang akan sentiasa memberi pujian atau meluahkan kata-kata yang manis. Berhadapan saja mulutnya manis. Mari dibawa angin utara. Seperti anjing dengan bayang-bayang. Namun jika diteliti sebenarnya pantun ini mengandungi emosi marah. nasihat ataupun luahan melalui pantun. Di sana hendak di sini pun hendak. namun di sebalik perkataan yang manis itu. iaitu µseperti anjing dengan bayang-bayangµ. Dalam pantun lama juga ada memperlihatkan akibat daripada sikap tamak.).). (http://pestapantun. Seorang suami misalnya hendaklah memberi perlindungan dan bimbingan sebaik-baiknya kepada isteri. terlalu mementingkan hawa nafsu dan sekali gus memperlihatkan sikap mereka yang mementingkan keduniaan semata-mata. tidak semua manusia di atas dunia ini sempurna sifatnya. Di sana merak di sini merak.wordpress. Di sebalik wajah yang cantik kadangkala ada benda yang buruk. kita tidak boleh lari daripada menghadapi situasi di mana terdapat pelbagai jenis manusia wujud di sekeliling kita. Paling belakang lain bicara. Pantun ini sebenarnya sebagai peringatan bahawa dalam hidup kita pasti ada perkara-perkara yang kurang menyenangkan. mungkin akan jadi sebaliknya apabila mereka bercakap di belakang kita. secara tidak langsung perasaan pendengar akan tercuit rasa geli hati. iaitu sentiasa mendapat kerugian dalam kehidupan.

Hilang manis pahit rasanya. masyarakat muda juga tidak ketinggalan dengan pantun mereka yang diadaptasikan dan disesuaikan dengan dunia baru. Berilah saya pisau raut. pantun dilihat sebagai sesuatu yang agak tradisi yang diwarisi daripada masyarakat lama. begitu juga dengan sifat manusia. ataupun dalam mempercayai sesuatu perkara yang kita lihat kerana dalam apa jua keadaan. Cantik halus rupa mukanya. Perubahan zaman dan masa ini juga harus kita sedari kerana sekiranya kita tidak mengikuti perkembangan zaman. Haram tidak disangka-sangka. kadangkala akan menjadi perosak atau pembunuh yang kejam. Mengidam umpan di kaki gunung. 1984: 178) Pantun di atas juga menunjukkan bagaimana sifat hasad dan dengki dalam kalangan manusia yang dikaitkan dengan ikan yang mengidam umpan di kaki gunung. tetapi jika dilihat daripada aspek yang positif. iaitu sebagai peringatan kepada mereka yang menginginkan sesuatu yang di luar kemampuan. kita harus berhati-hati dalam melakukan sesuatu hal. Mereka yang tidak mahu berubah akan dikecam atau dikeji. Raja di gua jalan ke teluk. Buah cempedak buah nangka. (Zainal Abidin Bakar (peny. benda yang cantik atau yang disangka manis itu sebenarnya adalah racun yang akan merosakkan. Benda yang luarannya kelihatan cantik dan molek. maksud merekalah yang lebih banyak mempunyai perasaan hasad dan dengki terhadap kita. 1984: 179) Pantun di atas jelas menggambarkan bahawa akibat daripada perbuatan yang tidak baik akan mewujudkan satu keadaan yang tidak diangka-sangka berlaku dalam kehidupan kita. Pantun ini membawa dua maksud. Kewujudan pantun-pantun generasi baru ini kadangkala dianggap sebagai perosak kepada keindahan pantun lama. maka kita akan ketinggalan di belakang. (Zainal Abidin Bakar (peny. Kadang kala seseorang yang banyak memuji kita itulah sebenarnya yang akan menjadi duri dalam daging. Misalnya. seseorang itu haruslah sedar bahawa umur yang meingkat memerlukan mereka menjadi dewasa. Ditanam orang dalam di dalam kebun. Maksudnya di sini. Pantun ini juga bertujuan menegur bahawa ketika berada pada sesuatu tahap kita perlu mengikut peredaran masa bagi membolehkan kita diterima dalam masyarakat.). (Zainal Abidin Bakar (peny. 1984: 180) Pantun di atas pula merujuk kepada sifat manusia yang tidak mahu berubah. Hendak meraut bingkai tudung. generasi . Ibarat buah busuk di pokok. apabila meningkat tua. Kebanyakan kita kadangkala lupa bahawa dunia ini sentiasa berubah.).mempunyai perasaan hasad dan dengki terhadap apa yang kita miliki. Berbanding dengan masyarakat muda hari ini pula. Buah delima menjadi racun. Gila apakah ikan di laut.). Namun begitu. dan juga sebagai peringatan kepada manusia mengenai pelbagai sifat manusia yang tidak dijangka akan berlaku kepada kita.

dan dalam gurauan antara anak-anak muda. namun agak longgar dan lebih bersahaja sifat. Baca berita bohong. Contohnya: Ada duit naik teksi. Kesimpulan Pantun merupakan khazanah bangsa yang amat bernilai bagi masyarakat Melayu. Ini seakan telah menyebabkan unsur estetika dan keindahan dalam pemilihan kata telah sedikit bergeser kerana pembayang dan maksud yang dipilih kelihatan wujud secara langsung dengan kehidupan dan suasana masyarakat hari ini. penulis sempat mendengar pantun ini yang menjadi bahan gurauan anak-anak muda yang datang menziarah. Tak ada duit naik bas. Lama-lama mencuri. Gelama ikan duri. Setiap pemilihan kata yang dibuat lebih bersahaja dan agak selamba. Gelama ikan duri. Keindahan pantun dalam mengungkapkan seribu satu macam maksud menjadi lambang ketekalan minda yang amat kreatif. Nanti cepat kena kebas.com/2008_04_01_archive. yang banyak menyokong kerajaan.hari ini juga mencipta pantun. banyak antaranya adalah bohong sematamata.wordpress.blogspot. (http://erisar.com/) Pantun di atas sebenarnya merujuk kepada sikap ahli politik yang banyak memberi ceramah dan berjanji sana sini untuk mendapat undi rakyat. (http://ibrahimbaba. Siakap senohong. namun unsur-unsur kesamaan bunyi dan penyampaian maksud itu masih boleh difahami. Dapat dilihat bahawa generasi hari ini lebih terbuka dan berterus terang dalam mengungkapkan sesuatu. Pantun tersebut digunakan bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kandungan berita yang disiarkan di TV3 yang dikatakan banyak mengandungi unsur tokok tambah.html) Pantun di atas berkaitan dengan penyiaran berita di TV3. bercakap bohong. Namun di sebalik ceramah yang diberi. Perkembangan masa telah menjadikan pantun sebagai bahan jenaka yang digunakan dalam menempelak seseorang. Siakap senohong. kelihatan bahawa pantun-pantun baru menerima banyak perubahan. Jika diteliti dengan mendalam. Pantun ini ditemu ketika penulis bercuti hari raya. Cari makwe jangan seksi. Lama-lama jadi menteri. Pantun di bawah ini pula merujuk kepada bentuk pantun lama yang diberi wajah baru. Penggunaan pantun sebagai bahan kritik sosial secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemikiran masyarakat Melayu dalam mengadaptasi alam sekeliling bagi menyampaikan maksud ataupun meluahkan perasaan menjadi cerminan jiwa .

Jangkauan akal fikiran yang merenung dan mencerna segala bentuk kehidupan dalam lagu dan irama pantun melambangkan pesona jiwa dan kehalusan minda masyarakat Melayu dalam menjaga air muka dan juga sebagai satu senjata untuk menangkis sebarang perbuatan secara lembut dan harmonis. Sifat pantun yang banyak memperlihatkan kesopanan dan ketelitian pemakainya dalam meluahkan perasaan amat menarik untuk dibincangkan. tetapi juga perkataan yang digunakan sebagai pembayang juga mengandungi makna yang mendalam. Adat muda semestinya ada bentuk-bentuk yang baru.com Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 20:50 . Membentuk masyarakat yang maju dan bersopan santun serta berbudi bahasa menjadi tanggungjawab bersama yang akan memastikan Melayu mempunyai jati diri dan wawasan dalam dunia globalisasi hari ini. Dipetik daripada : Blog Dr Zurinah Hassan http://zurinahhassan. Perubahan masa bukanlah satu alasan untuk generasi hari ini merosakkan dan memperlecehkan keindahan dan kehalusan pantun. Pentingnya menjaga keharmonian diperlihatkan dalam pemilihan kata setiap pantun yang dicipta. sama ada dalam pantun mahupun dalam bahasa seharian. Ini terjadi akibat daripada pengaruh globalisasi yang semakin merubah jiwa dan perasaan masyarakat Melayu hari ini. tetapi janganlah sehingga mengetepikan khazanah lama yang ternyata indah dan halus. ataupun lebih berterus terang dalam mengungkapkan atau meluahkan maksud. Perkaraperkara seperti inilah yang perlu dijaga dan dikekalkan dalam jiwa masyarakat Melayu supaya kesopanan dan kelembutan yang selama ini menjadi amalan akan terus berkekalan dalam jiwa generasi hari ini. Generasi muda mempunyai pemikiran yang lebih kepada straight to the point.blogspot. Sepatutnya perlu ada kesedaran yang lebih mendalam dalam kalangan generasi hari ini untuk memelihara kesopanan dan kehalusan budi bahasa yang terpancar dalam pantun.dan raga masyarakat Melayu itu sendiri. Bukan sahaja maksud yang terhasil dalam pantun menjadi inti.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful