SMK SRI RAHMAT KELAS PENDIDIKAN KHAS

MATA PELAJARAN VOKASIONAL PERTANIAN

BAHAGIAN 1 PENANAMAN SAYURAN

intisari
1.0

PENANAMAN SAYURAN 1.1 Jenis sayuran 1.2 Pemilihan tapak 1.3 Penyediaan tapak 1.4 Pembinaan batas 1.5 Pemilihan benih 1.6 Kaedah menanam sayuran 1.6.1 Menyemai benih besar 1.6.2 Menyemai benih kecil 1.6.3 Semaian terus 1.6.4 Mengubah/memindah semaian 1.6.5 Mengekalkan kesegaran 1.6.6 Perlindungan semaian 1.6.7 Sungkupan

1.6.8 1.6.9 1.6.10

1.6.11

Penjarangan Memancang Kawalan Penyakit dan Serangga 1.6.10.1 Jenis racun 1.6.10.2 Teknik Meracun Membaja 1.6.11.1 Jenis baja 1.6.11.2 Teknik membaja

1.1

JENIS SAYURAN
Sayuran kekacang Kacang panjang Kacang botor Kacang buncis Kacang sepat Sayuran Berbuah Petola Bendi Cili Peria Timun Tomato

Sayuran daun Sawi Kailan Bayam Kangkung Sayuran berubi / akar Bendi Keledek Ubi kayu Sengkuang Lobak putih Lobak merah

Latihan 1 1.
• • • •

Tandakan ( / ) jika ia sayuran daun Kubis _____________ ______________ Timun _____________ ______________ Bayam _____________ ______________ Peria _____________ ______________ Gariskan sayuran buah
• • • •

petola kangkung buah kalian naga

2.

Cili Peria Ubi kayu Kacang buncis BULATKAN sayuran berubi

bendi keledek kacang tanah kacang sepat

3.
• • • •

Keledek Labu air Keladi Lobak merah ______________

labu kentang rozel sengkuang memerlukan B. D. junjung

4. Sayuran untuk menjalar. A. C. daun kekacang

berbuah berubi

BATAS

Lebar – 0. akar.2m dan Panjang – 5-9 meter Jarak di antara batas ialah 30-60 sm Batas berguna bagi mengelak air bertakung dan memudahkan menjaga tanaman 1.3 o o o o Buangkan batu-batan.1.5 Pemilihan Benih dan Penyimpanan Benih o o Cukup matang/tua Besar dan berisi penuh . kayu. rumput Gali tanah untuk dibuat batas sedalam 25 hingga 30 sm bagi gemburkan tanah dan membunuh akar rumpai Gemburkan tanah dengan penggembur Buat parit saliran Tebang pokok besar disekeliling bagi memudahkan pencahayaan Bina batas dengan ukuran yang sama Pembinaan batas 1.75-1.  Batas rata  Tinggi 15-25sm.4 o o o Terdapat 2 jenis batas iaitu :  Batas tunggal  Tinggi – 20-25sm.2 o o o o o o Pemilihan Tapak Batas Tanah sebaik-baiknya rata Kawasan yang lapang Dekat jalan raya Dekat bekalan air Dekat dengan rumah Saliran yang baik Penyediaan Batas o o 1. Lebar 30-45sm.

6 Bebas dari haiwan perosak atau penyakit seperti kulat Simpan benih di bekas kedap udara Labelkan bekas simpan benih Kaedah menanam sayuran Terdapat 3 cara menanam sayuran: o o o Penanaman 4 segi Penanaman 3 segi Penanaman silang/ kuinkuk 1.1 Menyemai benih besar o o Semaian terusMenyemai benih kecil Semaian terus ( seperti langkah di atas) 1.2 Semaian terus Langkah –langkah semaian:  Rendamkan biji benih sehari bagi memudahkan percambahan  Tanam 2 / 3 biji benih dalam 1 lubang  Selepas bercambah .6.o o o 1. tinggalkan 1 benih yang sihat saja.buang semaian yang kurang sihat.6. Terdapat 2 kaedah semai tabur: o 1. Kaedah Jalur  Bina jalur  Tabur benih dan timbus tanah  • .

Semai Tabur  Tabur benih  Timbuskan dengan tanah nipis  Siram  Selepas bercambah. 1 bahagian pasir o Tabur benih dan tutup dgn tanah halus o Pindahkan ke tanah selepas percambahan 3.3 • Semaian di Tapak Semaian Terdapat 3 cara penyemaian bukan terus iaitu : • • • 1. tomato dan terung o Pindahkan ke tanah setelah matang 2. 1 bahagian baja organic . Kotak Percambahan o Menggunakan kotak kayu yang berlubang o Tanah mengandungi 2 bahagian tanah peroi.4 . Batas semaian o Bubuh baja asas dan baja fosforus ke tanah sebelum semaian o Semai kaedah jalur / tabor o Siram dan ubah benih selepas bercambah Mengubah/memindah semaian 1. Mengguna Polibeg o Sesuai untuk cili.6.6. buat penjarangan dalam jarak tetentu  1.o Selepas bercambah buat penjarangan dalam jarak tertentu 2.

• • • • 1. perlindungan.6.5 Semai di tapak semaian Guna sudip dan pastikan akar benih tidak rosak Ubah/pindah setelah cukup matang Tanam ikut jarak yang sesuai Mengekalkan kesegaran Penyegaran tumbuhan boleh dilakukan menggunakan 2 cara iaitu: • • 1.6.6 Perlindungan semaian Tujuannya ialah bagi mengelakkan panacaran matahari terlalu terik dan timpaan hujan lebat yang boleh menghanyutkan dan merosakkan anak benih.menggunakan pelindung jaring plastic hitam/hijau telus air atau sungkupan daun kelapa 1.hitam atau plastic telus cahaya . bekalan air berterusan sama ada melalui siraman tangan atau penyebar air 2. Kaedah sungkupan merupakan kaedah tradisi yang masih digunakan iaitu menggunakan daun kelapa atau rumput menutup permukaan tanah yang telah disemai benih Kaedah moden adalah menggunakan jarring hijau.

siput dan koya( debu putih) Jenis racun . pianggang (mengkerintingkan daun).6. Pancang jenis pagar 1.6. nematola.kumbang. cahaya air. Mengurangkan anak benih berebut baja.belalang. dan zat makanan 1. Terdapat 3 jenis pancangan iaitu : • • • 1.7 Penjarangan • • Pembuangan anak benih yang tumbuh terlalu rapat dan memindahkan kepada jarak tertentu.1. Pancang 3 segi 2. Haiwan perosak • Kutu daun. Pancang jenis jarring 3. teritip. ulat bulu.8 Memancang Memancang ialah proses membuat sokongan kepada pokok terutama pokok menjalar atau tumbuhan memanjat.6. merosakkan daun dan memakan anak benih.9 Kawalan Penyakit dan Serangga Haiwan perosak dan serangga akan membawa pengakit. bari-bari ( warna kuning yang menbuk dan memakan daun).

6.9.Tanaman berubi IV.Sayuran daun III.10 • Sembur racun serangga Buang siput/ulat bulu Tabur umpan racun bagi mengawal siput atau tikus Tanaman giliran Menjaga kebun dengan bersih Tanaman giliran Pusingan Giliran: • • • • I – Tanaman Kekacang II.akibat kulat Pokok terbantut.• • Racun serangga Racun rumput Penyakit Sayuran • • • • • • 1. men yerap zat makanan dengan sekata dan menambah nitrogen dalam tanah terutama jika menanam tanaman kekacang. .akibat virus Langkah Mengawal • • • • • 1.1 Melecur .akibat kulat Reput akar – akibat kulat dan bacteria Bintik daun – akibat kulat Kulapuk – akibat kulat Karat batang.Sayuran berbuah Tujuan tanaman digilirkan ialah supaya dapat mengawal makluk perosak.6.

11 Membaja 1. ammonium sulfat 20 % dan ammonium nitrate 33% o Baja Phosforus ( CIRP-Baja asli pra Natal.K) • • • N – Nitrogen ( tumbesaran) P – Phosforus (akar) K – Kalium ( bunga dan buah) 1.1 Tujuan Membaja • • Membekalkan zat makanan Membaiki struktur tanah 1.6.6.11. Fosfat Super) . tahi lembu.2 Zat makanan pokok (N.11.11.6.3 Jenis Baja Terdapat 2 jenis baja iaitu dan baja organan Baja organan • baja organan Sumber asli dari najis haiwand an pokok reput seperti tahi ayam. rtahi kambing. kompos dan tanah bakar Baja kimia Terdapat 2 jenis baja kimia iaitu baja tunggal dan baja campuran sebatian • Baja tunggal o Baja Nitrogen ( urea 46%.6.P.1.

K ( nitrogen.3 kg baja sebatian  Baja fosforus CIRP 50 gram  Kapur 0.P.5 kg Pembajaan permukaan o Tabur sekeliling pokok o Tabur setiap 2 minggu o Elak baja terkena pokok o Boleh juga mencampur dengan air nisbah 5 air 1 baja dan sembur Pemungutan Sayuran Sayuran Cara Tanam Jarak tanam Jarak Tanam Antara barisan 60 cm Mula Kutip hasil (minggu) 10 -12 minggu 8-10 minggu Peria Antara tumbuhan Semaian terus 45 cm Perlu junjungan Semaian terus 45 cm Petola 60cm .• Baja Kalium ( Kalium klorida 50% dan Kalium sulfat 50%) Baja Campuran/sebatian o Mengandungi N.phosphorus dan kalium) o Nisbah : N -15%. K – 17 % dan Magnesium – 2% o Teknik Membaja • • Pembajaan asas – dicampur dengan tanah o Membaja sebelum menanam  5 kg baja organan/0. P – 15% .

Sawi Terung Perlu junjungan Semai dan pindah ke batas Semai di polibeg Dan ubah ke batas Semain terus ke batas Perlu junjuungan Semai terus ke batas atau polibeg 25 cm 45 cm 30cm 60 cm 4-6 minggu 10-12 minggu Timun 45 cm 60 cm 6-8 minggu Tomato 45 cm 50 cm 12-14 minggu MAKLUMA T .

salad dan digoreng. Okra (Hibiscus esculentus) 2. kari. dibekukan dan dijeruk dengan garam. sebagai ulam. batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi 3. Pendahuluan: Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Tanah: . Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buahnya juga diproses iaitu ditin.TANAMAN PENANAMAN BENDI 1. Nama Tempatan: Bendi. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India.

baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar B. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Selepas 2 minggu. C. Menyiram . D. Buat pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam. Untuk sehektar memerlukan 1 tan baja.5sm di batas.2 m lebar dan 30 m panjang (Rajah 1). tanah liat. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 sm antara pokok. Membaja Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap 2 minggu. Menyedia Kawasan Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 .22 sm. tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik A. Sebanyak 11 gm biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1. Sediakan batas.Bendi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir. Menanam Tanam biji benih sedalam 2. Gaulkan ke dalam tanah. cabut satu pokok yang kurang subur.

Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Benomyl. 5. G. daun-daun kering atau kepingan plastik hitam bagi mengawal rumpai dan untuk mengekalkan kelembapan. Penuaian: Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 sm dari pangkal buah. Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label. Ikut arahan pada label racun herba tersebut. Sungkupan Buat sungkupan daripada jerami padi. gunakan racun serangga seperti Diazinon. Kawalan Musuh Dan Penyakit: Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan buah-buah bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah. pokok-pokok perlu dipangkas setinggi 40 sm hingga 60 sm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua. Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan buah E. Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaanmangkas 4. MeSetelah semua hasil dipetik. Sekiranya serangan teruk.Siram sekali sehari pada waktu petang. Penuaian mula dilakukan ketika: . Empat hingga lima tunas baru dibiarkan membesar selepas pemangkasan. Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat pada daun-daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah. F. Merumput Cabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba.

Buah berukuran 10 .26 darjah Celcius dan kelembapan bandingan 70 . senang dipatahkan dan belum berpulur. iaitu buah-buahan masih lembut.6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebugaan. Buah-buah yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 . hujungnya rapuh. | .12 sm panjang. 5 . Ia hanya boleh disimpan selama 2 .75 %. Sedikit air perlu dipercikkan supaya pengudaraan menjadi lembab.i. Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bungabunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan.55 hari selepas menanam. ii.3 hari sahaja tanpa dibungkus dengan plastik.15. Jumlah hasil dianggarkan 10.000 kg sehektar.000 . 6.8 hari dalam keadaan suhu 24 darjah Celcius . 50 . Pengendalian Lepas Tuai Buah-buah yang telah dituai dikumpulkan di tempat teduh dan dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau buluh) yang telah dialas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang. iii. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu.

PENANAMAN KACANG PANJANG 1. Nama Tempatan: Kacang Panjang (Vigna sinensis) .

25 sm (10 inci) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 60 sm (2 kaki). Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 sm dari permukaan permukaan pasu. 1 bahagian tahi ayam dan 1 bahagian pasir.2. Sediakan batas berukuran 1.2 m (4 kaki) lebar. Gaulkan 50 kg tahi ayam reput ke dalam tanah bagi kawasan 100 meter persegi. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah. Penanaman: • Penyediaan Tanah: Di Ladang Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 sm ke 22 sm ( 6 ke 9 inci) supaya pertumbuhan akar baik. • Menanam: Di Ladang .

Setelah benih bercambah dan membesar. Lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Gunakan kayu pancang berukuran 2 m (6. Selepas 2 minggu ditanam. Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Sebanyak 70 g biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 100 meter persegi (1000 kaki persegi).5 kaki).5 kaki). tinggalkan 1 pokok selubang sahaja.5 sm ( 1 inci ). Pastikan anak-anak pokok meliliti kayu sokongan. . Pastikan anak pokok meliliti kayu sokongan. • Menyedia Junjung: Di Ladang Sokong anak-anak pokok yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 2 m (6. tinggalkan 1 pokok sahaja dalam satu pasu. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Tanam 2 biji benih sedalam 2.Tanam 2 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak 60 sm (2 kaki) antara barisan dan 45 sm (18 inci) antara pokok.

Penjagaan: • Menyiram air: Siram tanaman di ladang atau dalam pasu pada waktu pagi dan petang setiap hari kecuali hari hujan • Membaja: Di Ladang Gunakan baja kimia NPK Blue Special (12:12:17:2) sebanyak 7 kg bagi setiap 100 m (1000 kaki) persegi. • Merumput: . Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Tabur 1 sudu teh (5 g) baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2. 4 dan 7 selepas menanam.3.

00/kg. 4. Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Anggaran hasil ialah 0.1% b. Kawalan Penyakit Dan Serangga: Untuk kawalan ulat pengorek buah.Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai. Dengan harga purata antara Rm4.5 kg/pokok.a. .a.00 . Memungut Hasil: Di Ladang Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. sembur jika perlu dengan racun serangga seperti carbaryl. Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu. Kutip kacang sebelum biji terbunjul.1% b. sembur dengan mancozeb.RM6. 0. Untuk kawalan bintik berpusar. 5. 0.

Nama Tempatan: Kacang Botor. Ia selalu ditanam sebagai tanaman jangka pendek di kebun sayur atau di tepitepi pagar rumah. Biasanya buah digunakan dalam masakan dan juga dimakan mentah sebagai ulam.C. Ia dipercayai berasal dari Papua New Guinea dan Asia Tenggara.20 sm panjang dan mempunyai 4 sayap yang bergerigis. . Pokok kacang botor tumbuh melilit dan memerlukan pancang/kayu junjung untuk memanjat. Buah polong berukuran 15 . kacang kelisa (Psophocarpus tetragonolobus D. ) 2.PENANAMAN KACANG BOTOR 1. Pendahuluan: Kacang botor atau kacang kelisa adalah sejenis sayuran berbuah yang sangat kaya dengan protin dan lemak serta vitamin A & B.

0 adalah paling sesuai. B. Elakkan dari menanam di kawasan yang bertakung air.5-6. Cabut dan tinggalkan hanya 1 anak benih yang sihat pada setiap lubang. subur. Gaul biji benih dengan racun kulat. Jarak antara batas ialah 30 sm. baik salirannya dan pH5. lebih kurang 7 kg biji benih diperlukan. Sediakan batas berukuran 1. Tanam terus biji benih ke batas sebanyak 2 biji selubang.5 sm dalam. Biji benih boleh ditanam dengan jarak 50 sm antara pokok dan 1 m antara barisan ataupun 60 sm x 60 sm.3 m lebar. Biji benihnya boleh diambil dari buah-buah yang telah cukup tua yang berwarna perang kehitaman. Untuk kawasan seluas 0. Tanah yang gembur.4 ha. . contohnya thiram dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih sebelum menanam.3. Penanaman: A. Tiap-tiap batas mengandungi 2 barisan pokok. Menanam Kacang botor dibiakkan dengan biji benih. Biji benih akan bercambah dalam masa 14 hari. Menyedia Kawasan Bajak dan gemburkan tanah sedalam 20 .30 sm untuk memudahkan akar tumbuh dengan baik. 4.5 m atau mengikut keadaan kawasan. lebih kurang 2. Tanah: Kacang botor boleh ditanam di berbagai jenis tanah iaitu daripada ringan berpasir hingga kepada tanah lempong serta tanah gambut. 30 sm tinggi dan panjangnya 7.

Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung. kacang botor perlu diberi junjung.5 m panjang.6 m panjang dan 5 . Sambungkan tiang-tiang kayu yang bertentangan antara kedua hujung batas dengan dawai kasar. .2. (Rajah 1) Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trellis. Menyedia Junjung Untuk mendapatkan hasil yang baik. Condongkan kayu-kayu sokongan yang bertentangan supaya bersilang dan ikat di bahagian atas tempat bertemu untuk mendapatkan sokongan yang kuat. Cara ini sesuai untuk kawasan penanaman yang kecil. Pacakkan sebatang kayu/tiang-tiang beruti yang berukuran lebih kurang 2. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan. Sokong anak-anak tanaman dengan menggunakan kayu pancang berukuran 2.0 m .C.5 m panjang dan bergaris pusat 8 10 sm di bahagian tengah kedua-dua hujung tiap-tiap batas. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap tempat persilangan.6 sm garis pusat di hujung penjuru tiap-tiap batas (Rajah 2). Pacakkan pula tiang kayu berukuran 0.

Sediakan batas berukuran 1. .PENANAMAN CILI PENANAMAN Penyediaan Tanah 1. Jarak antara batas . Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Di Ladang • • • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.30 cm tinggi.2 lebar dan 22 .45 cm.

1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Di Ladang .• Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan. Semai 5 g biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.4 minggu selepas disemai. • Menyedia Anak Benih 1. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3 bahagian tanah. 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. 2.5 cm x 2 cm Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan hujan yang berlebihan. Menanam 1. dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain • Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah. Di ladang • • • • • • • • Sediakan kotak semaian 45 cm x 22 cm x 10 cm. Sebelum diubah ke ladang. Ubah anak benih ke ladang 3 . Jarak tanaman . Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.

Dalam Pasu atau bekas lain • Semai terus 3 . 2. cangkul atau tajak.4 biji benij ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm.• • • Anak benih berumur 6 minggu boleh diubah ke batas. Jarak tanaman . Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpau untuk mengawalnya. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain • Gunakan rumput-rumput kering. PENJAGAAN Sungkupan 1. Diladang • Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAK Penyakit Bintik daun Antraknos buah Kawalan Sembur racun kulat Benomyl Sembur racun kulat seperti mancozeb . Sebelum mencabut. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2 minggu selepas menanam. basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Merumput • Bersihkan batas dariapda rumpai dengan menggunakan tanah.90 cm antara pokok x 150 cm antara baris 2. Kemudian gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.

Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain • Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam.Kutu daun Sembur racun serangga seoertu chlorphyrifos atau Imidachloprid Hamama merah Sembur racun seperti dicofol atau malathion Kerekot daun (a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun. . (b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit. Oleh dan mozek daun itu kawal kutu daun adalah penting. 2. Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 100 200 kg. Anggaran hasil ialah 0. Layu bakteria Tiada kawalan kimia yang berkesan. Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari. Di Ladang • • • Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang. MEMUNGUT HASIL 1. Tentukan saliran yang elok.8 hingga 15 kg sepokok.

Lakukan pengemburan dengan cangkul atau traktor. Kumpul dan bakar rumput-rumput kering/ sampah sarap sebelum menyediakan batas. PENJAGAAN Membaja .PENANAMAN PETOLA SEGI (Luffa acutangula) PENANAMAN Penyediaan Tanah • • • Bajak dan gembur tanah sedalam 20 .30 cm untuk memudahkan pertumbuhan akar.

4 ha) digunakan sebagai baja asas. Buah muda terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya tergantung dan pembesarannya tidak terganggu. Program pembajaan Kadar Baja Cara Membaja (kg/0. Ini bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang banyak dan pembentukan buah yang lebih besar. Petik .12:12:17:2 juga diperlukan. Baja sebatian seperto NPK .• • • Baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput (2 tan / 0. Membalut buah • • Boleh dibuat apabila pokok mula berbuah. Pokok-pokok juga elok digalakkan memanjat dan menjalar di atas para. Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok • • • • Biar hanya dua dahan utama membesar hingga mengeluarkan buah. Buah-buah yang sedang membesar boleh dibalut dengan beg-beg kertas untuk mengelakkan serangan lalat buah. Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm pada dahan utama hendaklah dibuang. Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali. MEMUNGUT HASIL • Petola boleh dipetik apabila berumur lebih kurang 45 hari.4 ha) 100 Tabur di keliling pokok 200 Tabur antara pokok 200 Tabur antara pokok Masa Pembajaan 3 minggu lepas tanam 5 minggu lepas tanam 7 minggu lepas tanam Menyiram • Siram dua kali sehari apabila cuaca terlampau panas.

Petik buah yang masih lembut dan belum bersabut.buah setiap hari iaitu waktu pagi dengan menggunakan pisau yang tajam.110 hari. Tempoh umur pokok petola .105 . PENANAMAN TERUNG .

Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu. 22 cm lebar dan 10 cm tinggi.2 lebar dan 22 . Jarak antara batas . 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. MENYEDIA ANAK BENIH • Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang. .PENYEDIAAN TANAH 1. 2. Sediakan batas berukuran 1.45 cm. Di Ladang • • • • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.30 cm tinggi. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain • • Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi kawasan.

MENANAM 1. Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 5 cm. Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas disemai. Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm dan 2 cm antara biji benih. dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya. Dalam Pasu atau bekas lain • • Tanam terus 3 . Di Ladang • • • • Anak benih berumur 3 .• • • • • • • Isikan kotak semaian dengan tanah campurah 3 bahagian tanah. Basahkan kotak semaian sebelum mencabut supaya anak benih senang digali. Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam. Sebelum diubah ke ladang. Semai 3 biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapirsan nipis tanah. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.4 minggu boleh diubah terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm x 60 cm 2. 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. PENJAGAAN Menyiram . Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.

Cabut rumpai yang tumbuh dalam pasu. Dahan-dahan pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah. 2. cangkul atau tajak. Menyedia Sokongan 1. Dalam Pasu dan bekas lain • Tabur 1 sudu teh atau 5 g baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu. 2.Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hujan. Membaja 1. 2. Di Ladang • Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 g sepokok setiap dua minggu. Dalam Pasu dan bekas lain . Di Ladang Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. Merumput Bersihkan batas-batas daripada rumpai dengan tangan. Sungkupan 1. Dalam Pasu dan bekas lain Gunakan rumput-rumput kering. Di Ladang • Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1½ meter dipacak berdekatan tiap-tiap pokok.

Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain • Mulalah memetik buah 10 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 75 125 kg dengan harga purata 60 sen sekilo. 2.2 m panjang. MEMUNGUT HASIL 1. pendapatan kasar adalah RM45 hingga RM75. . Gunakan racun kulat maneb (seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air) untuk mengawal penyakit reput buah dan racun kulat benomyl seperti Benlate pada kadar 1 sudu teh atau 3 g segelen air untuk mengawal bintik daun. Di Ladang • • • Terung boleh dipetik 6 minggu selepas diubah ke ladang. Punggutan hasil dibuat setiap 4 hari. Anggaran hasil ialah 1 kg sepokok. KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT • • Sembur racun seranggan carbaryl (Sevin) pada kadar 1 sudu besar (10 g) dengan segelen air untuk mengawal ulat lipat daun.• Cara sokongan yang diamalkan adalah sama dengan sokongan di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1. kumbang daun dan pengorek buah.

Panjang batas mengikut keadaan kawasan.30cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 100 meter persegi kawasan.2 lebar dan 25 cm tinggi. Di Ladang • • • • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.5 cm. Jarak antara batas . Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain • • Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah. 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Sediakan batas berukuran 1. Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu. Di ladang • Semai terus 2 biji benih selubang se dalam 2. 2.PENANAMAN TIMUN PENANAMAN Penyediaan Tanah 1. . Menanam 1.

60 cm x 60 cm 15 g biji benih bagi kawasan seluas 100 meter persegi Penjarangan dilakukan 10 hari selepas menanam.5 cm. Dalam Pasu dan bekas-bekas lain • • Semai terus 2 biji benih dalam pasu sedalam 2. Di Ladang • • Kayu junjung dibuat daripada kayu hutan atau buluh berukuran 2 m pancang dipacak berhampiran dengan anak benih dan dicondongkan supaya bertentangan dan bertemu di atas. Dalam Pasu atau bekas lain • Gunakan rumput kering sebagai sungkupan.• • • Jarak tanaman . Di Ladang • Rumput kering. . Menyedia Junjung 1. Sebatang kayu diletakkan melintang dan diikat untuk mendapatkan sokongan yang kuat. PENJAGAAN Sungkupan 1. 2. Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam. Menyiram Siram dua kali sehari kecuali pada hari hujan. tinggalkan sepokok selubang. 2. jerami padi atau lalang boleh diletakkan di atasnya sebagai sungkupan.

025% Kulapok downy b. 2.1% bahan aktif (b. KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT Penyakit / Perosak Kawalan Kumbang daun Sembur racun kulat Carbaryl dengan kadar 0. . Merumput • Kawal rumput sepanjang masa. 4 dan 6 selepas menanam. Di Ladang • • • Timun boleh dipetik 7-8 minggu selepas diubah ke ladang.1% bahan aktif Kulapuk berdebu/ Semburan benomyl dengan kadar 0. Di Ladang • • Gunakan baja NPK Blue Special 12:12:17:2 sebanyak 10 kg bagi kawasan seluas 100 m persegi Baja dibahagikan kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2.a. MEMUNGUT HASIL 1.a) Kutu daun Sembur racun serangga seperti malathion dengan kadar 0. Kutipan hasil dibuat 2 hari sekali selama satu bulan. Dalam Pasu dan Bekas lain • Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special sepasu setiap minggu.Membaja 1. Buah dipetik apabila buah mencapai panjang lebih kurang 15 hingga 20 cm.

Pendapatan kasar RM200 .• • Hasil dianggar 200 kg hingga 300 kg bagi 100 meter persegi kawasan. .RM300 dengan harga purata RM1.00/kg.

Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia .| Atas | Sumber: Panduan Menanam Timun.

TERUNG (Solanum melongena) .varieti baru .

Varieti berhasil baik yang resistan kepada penyakit ini merupakan perkara utama bagi penanam sayur ini. Bagi membantu petani. direbus. Banyak varieti terung terdapat di pasaran. Terung ARC-BJ-105 merupakan varieti yang dicadangkan untuk penanaman.ARC-BJ-105 merupakan varieti yang telah diuji sepenuhnya resistan dengan layu bakteria (Pseudomonas solanacearum). menulen. buah yang pankang mempunyai biji benih yang sedikit berbanding dengan yang berbentuk bulat. Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan Pertanian Semongok telah menjalankan projek untuk memilih. Layu bakteria merupakan penyakit serius dan sebagai penghalang utama dalam penanaman terung. digoreng atau dipanggang. Terung Varieti ARC-BJ-105 >> ARC-BJ-105 yang menarik Ciri-ciri utama varieti ini adalah seperti berikut: Ciri-ciri tanaman: Ketinggian 133 cm . panjang berwarna putih. Lebih daripada 10 pusingan tanaman. berbentuk bulat berwarna ungu gelap dan bulat berwarna putih. Variety ARC-BJ-105 merupakan hasil daripada kajian ini. Biasanya. Buahnya boleh dikukus. menguji dan mencadangkan varieti yang sesuai ditanam di bawah kondisi tempatan. Ada yang berbentuk panjang berwarna ungu. Terung merupakan salah satu sayuran buah yang digemari oleh penduduk Malaysia. varieti ini mengeluarkan hasil tinggi dan saiz buah yang berkualiti untuk dimakan.

MBK 1 . Ia dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Tanah: Kacang buncis boleh ditanam pada berbagai jenis tanah daripada pasir peroi hingga kepada tanah liat. Jenis yang biasa ditanam di negara ini ialah jenis memanjat di mana terdapat 2 varieti yang dipilih oleh MARDI iaitu: a. Pendahuluan: Kacang buncis merupakan sejenis sayuran kekacang yang berbuah dan sangat kaya dengan kandungan protin. berbatang kehijauan dan berbunga putih.6. Nama Tempatan: Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris ) 2. 0.2 m lebar. Pokok kacang buncis bertabiat tumbuh melilit. 4.PENANAMAN KACANG BUNCIS 1.5 . Jenis ini biasa ditanam dan disyorkan oleh MARDI.Berbiji kemerahan.Berbiji hitam. MBK 2 . Sediakan batas Kawasan berukuran 1. subur. Tanah yang gembur.8 adalah paling sesuai untuk penanamannya. Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 . baik salirannya dan pH 5. Jarak antara batas ialah .3 m tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. 3.22 sm Menyedia untuk pertumbuhan akar yang baik. b. Jenis: Terdapat 2 jenis yang ditanam iaitu jenis rimbun dan memanjat. berbatang keperangan dan berbunga ungu. 3. mempunyai akar tunjang dan sisi yang panjang dan memerlukan pancang untuk memanjat. Jenis ini ditanam terutama di kawasan Utara dan Melaka. Penanaman: A.

Sokong anak-anak tanaman yang Junjung berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 1. .4 m. Kemudian gunakan dawai sederhana kasar dan ikat dawai ini dengan cara memanjang dan melintang. Setelah anah benih bercambah dan membesar.8 m . Untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trellis. Sambung 2 tiang beruti atau batang kayu yang berhampiran dengan dawai kasar untuk dijadikan junjung. Sebanyak 9. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. C.5 m antara pokok. B.5 kg biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 0.6 m. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan.0.4 ha. kacang buncis Menyedia perlu diberi junjung. tinggalkan 2 pokok selubang sahaja.2.6 m antara baris dan 0. Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung. Tanam 4 biji benih selubang dalam 2 barisan dengan Menanam jarak 0. Condongkan kayukayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas.

4 ha. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2. Penjagaan: A.Rajah menunjukk an rupa bentuk junjung untuk pokok kacang buncis 4. 4 dan 6 selepas menanam. baja kimia NPK 15:15:15 juga boleh digunakan sebanyak 400 kg/0. C. Membaja Gunakan baja asas. Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa Merumput untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan . Selain daripada itu. Tabur baja dalam satu parit di tengah batas atau tabur rata-rata di atas batas dan gaulkan dengan tanah. Siram tanaman pagi dan petang setiap hari kecuali Menyiram hari hujan.4 ha. B. sebanyak 7 tan untuk 0. baja tahi ayam.

3 hari sekali dalam masa 3 minggu.4 ha. 5. Kutip 2 . Memungut Hasil: Hasil boleh mula dikutip 7 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum matang iaitu sebelum biji terbunjul. .rumpai.235 kg bagi 0. Hasil purata dianggarkan 4.