2010 / 2011
Tarikh: 10 November 2010
Unit Kesihatan
1. Mengeluarkan direktori maklumat dan peta lokasi hospital-hospital penting serta pusat vaksin di sekitar
Kaherah.
2. Mengemaskini etika unit kesihatan untuk dimuatkan dalam buku panduan biro kebajikan.
3. Mengumpulkan sebanyak mungkin artikel-artikel kesihatan untuk diterbitkan di dalam PO.
4. Membantu para ahli PERUBATAN yang ditimpa sakit yang kritikal bagi mendapatkan rawatan kesihatan
di hospital yang berkenaan.
Unit Informasi
1. Mencari informasi berkaitan dengan segala aspek kebajikan ahli PERUBATAN seperti maklumat penyewaan
kereta sewa, tremco, coaster, rumah atau bilik sewa, maklumat pengangkutan awam di Kaherah (bas dan
Metro), maklumat pengangkutan awam bagi menuju ke muhafazah lain, maklumat bagi
membuat/memperbaharui visa serta lain-lain maklumat lagi.
2. Menerbitkan maklumat-maklumat tersebut di dalam buku panduan biro kebajikan PERUBATAN.
3. Menguruskan hal ehwal informasi biro kebajikan di laman web PO.
4. Menyelaraskan serta menguruskan analisis bagi survey prestasi biro kebajikan PERUBATAN sesi 2010/2011.