You are on page 1of 10

Pengenalan

Tidak dapat dinafikan bahawa bidang semantik dan pragmatik merupakan salah satu
bidang yang penting apabila kita berbahasa. Secara mudahnya, semantik merupakan
bidang yang mengkaji makna manakala, pragmatik pula merupakan kajian bagaimana
bahasa digunakan dalam konteks tertentu supaya ujaran dapat difahami. Kedua-dua
bidang ini saling berhubungan antara satu sama lain. Pemahaman terhadap bidang
tersebut banyak membantu kita untuk memahami makna setiap perkataan atau ayat yang
diujarkan. Hal ini demikian kerana semua perkataan di dunia ini mempunyai maknanya
yang tersendiri. Perkara yang membezakan setiap kata ini ialah bergantung kepada cara
kita memberi makna kepada setiap kata tersebut.

Dalam hal ini, penggunaan sesuatu kata banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur
tertentu seperti faktor kebudayaan, taraf, konteks, emosi dan sebagainya. Sinonim
merupakan salah satu unsur yang boleh dikaitkan bagi melihat hubungan antara makna.
Walaupun sinonim dapat difahami dengan bahasa yang mudah, namun kebanyakan kita
tidak mendalami tentang unsur sinonim ini dengan sebaiknya. Makna di sebalik sinonim
perlu diperhalusi kerana aspek ini banyak membantu penutur Bahasa Melayu untuk
menggunakannya mengikut konteks yang sesuai.

Definisi Sinonim

Secara sejarahnya, kata sinonim berasal daripada bahasa Yunani kuno iaitu onama yang
bererti ‘nama’ dan syn yang bererti ‘dengan’. Berdasarkan sejarah ini, Abd Chaer
(1995:82) telah mendefinisikan sinonim sebagai nama lain untuk benda atau hal yang
sama. Beliau turut menjelaskan bahawa hubungan makna antara dua kata yang
bersinonim adalah bersifat dua hala. Pendapat yang sama juga turut dikemukakan oleh
Mansoer Pateda (1995:176) yang menjelaskan bahawa istilah sinonim menunjukkan
adanya kesamaan makna antara bentuk yang berbeza dan lazimnnya berlaku ke arah dua
pihak. Sekiranya A bersinonim dengan B, maka B selalunya akan bersinonim pula

1

Batasan yang dikemukakan oleh Abdullah Yusof ini dilihat mempunyai persamaan dengan huraian yang dikemukakan oleh Abdul Chaer (1995:87). bagi perkataan mati dan mampus dan sikat dan sisir. (2009:82) sinonim merupakan ungkapan yang mempunyai makna yang lebih kurang sama dan hampir serupa dengan perkataan yang lain. Dalam memberikan huraian tentang sinonim. 2 . Abdullah Hassan (2006:227) pula mendefinisikannya sebagai kata yang merujuk kepada fenomena bahasa apabila ada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama. Pertama ialah batasan kata-kata dengan acuan ekstra linguistik yang sama misalnya. Walau bagaimanapun. beliau tidak menghuraikannya sebagai batasan definisi sinonim sebaliknya lebih dilihat sebagai bentuk-bentuk sinonim dalam Bahasa Indonesia yang bukan sahaja terikat dalam bentuk kata dengan kata tetapi juga dalam bentuk lain. beliau turut mengemukakan tiga batasan sebelum istilah sinonim didefinisikan. berlaku penggunaan urutan kata yang lebih sama maknanya. Dalam hal ini. Di samping itu.dengan A. Maksud ‘sama makna’ yang dinyatakan beliau ini tidak semestinya merujuk kepada perkataan yang mempunyai makna yang sama sepenuhnya. tidak mungkin berlaku persamaan makna secara sempurna. Batasan ketiga ialah batasan kata yang dapat berperanan dalam konteks ayat yang sama contohnya seperti ayat kami berupaya agar pembangunan berjalan terus dan kami berusaha agar pembangunan berjalan terus. Menurut Abdullah Yusof et al. Biarpun maknanya sama tetapi masih wujud perbezaan apabila dihubungkan dengan pemakaian kata tersebut. Hubungan inilah yang dilihat sebagai hubungan dua hala antara dua kata yang bersinonim. Kedua merupakan batasan kata yang mengandungi makna yang sama seperti memberitahu dan menyampaikan dan menghembus dan meniup. Perkara ini sebenarnya tidak berlaku walaupun secara umumnya kebanyakan penutur Bahasa Melayu menganggapnya begitu. Oleh hal yang demikian.

bunga dan puspa. terdapat juga sinonim antara ayat dengan ayat seperti ‘adik menendang bola’ dengan ‘bola ditendang oleh adik’. Daripada huraian tersebut juga kita dapat memahami tentang bentuk-bentuk sinonim yang bukan sahaja terdiri daripada unsur kata sahaja malahan boleh diwakili dalam bentuk ayat. Definisi sinonim juga turut dijelaskan oleh Gorys Keraf (1986:34) yang menghuraikan sinonim sebagai telaah mengenai bermacam-macam kata yang memiliki makna yang sama atau keadaan di mana dua kata atau lebih memiliki makna yang sama. Oleh kerana wujudnya persamaan di antara beberapa kata. Abdullah Yusof memperincikan batasan sinonim dengan istilah seperti kata-kata acuan ekstra linguistik. kata meninggal dunia dan tutup usia. buruk dan jelek. Terdapat juga sinonim antara frasa dengan frasa contohnya antara ayah ibu dengan orang tua dan meninggal dunia dengan kembali ke rahmatullah. Kedua ayat ini dianggap bersinonim walaupun ayat pertama merupakan ayat aktif dan ayat kedua merupakan ayat pasif. Hal ini kerana setiap kata mempunyai makna atau nuansa makna yang berlainan walaupun terdapat persamaan makna antara satu kata dengan kata lain. Bentuk ketiga pula ialah sinonim antara kata dengan frasa. Beliau mengemukakan lima bentuk sinonim iaitu sinonim antara morfem (bebas) dengan morfem (terikat) contohnya dia dan –nya dalam ayat seperti minta bantuan dia dan minta bantuannya. sinonim sebenarnya tidak diakui atau tidak wujud. Selain itu. kata yang mengandungi makna yang sama dan juga kata yang dapat berperanan dalam konteks ayat yang sama. maka persamaan inilah yang menyebabkan konsep sinonim diterima umum. Beliau turut berpendapat bahawa dalam ilmu bahasa. terdapat persamaan dalam huraian yang dikemukakan oleh kedua-dua ahli bahasa ini. tidak boleh tidak dan harus. Abdullah Yusof dilihat tidak pula menyebut huraian tersebut secara terus seperti Abdul Chaer yang menghuraikan secara terus bentuk-bentuk sinonim seperti bentuk kata. 3 . Contohnya. Seterusnya ialah sinonim antara kata dengan kata seperti perkataan mati dan meninggal. Berdasarkan pendapat di atas. frasa dan juga ayat. Walau bagaimanapun.

dalam memberikan makna bagi sepatah kata. pengertian yang lebih tepat untuk sinonim ialah pertindihan dan bukannya kemasukkan sepenuhnya. tetapi sinonim itu hendaklah kata yang sering digunakan dalam percakapan sehari-hari dan tidak dianggap sebagai kata yang lebih sukar. Jelasnya. kita dapat memahami bahawa kata sinonim yang digunakan seharusnya terdiri daripada kata yang sering digunakan dalam kehidupan seharian. Jawapan yang baik mungkin dalam bentuk sinonim. menurut Yeop Johari Yaakob (1985:18). Hal ini bagi memastikan setiap kata yang bersinonim itu memiliki unsur persamaan yang mudah untuk difahami. A B Rajah 1: Hubungan Sinonim 4 . Di samping itu. pertindihan antara bulatan A dan B inilah yang menjelaskan konsep sinonim dan bukannya kemasukan sepenuhnya bulatan B ke dalam bulatan A. kebanyakan ahli bahasa dilihat sependapat dalam memperkatakan tentang aspek kesamaan makna dalam sinonim. namun konsep ‘sama’ itu tidaklah pula merujuk kepada kata yang seratus peratus sama. Walaupun sinonim dianggap sebagai kata yang mempunyai makna yang sama atau serupa. Dalam hal ini. beliau membuat perbandingan dengan gambaran dua bulatan iaitu bulatan A dan bulatan B. Seperti yang dihuraikan oleh Assmah Osman (2000:124). kita boleh menggunakan kata sinonim atau ungkapan yang menerangkan maksudnya. Berdasarkan gambaran tersebut. tanggapan am yang menyatakan semua perkataan yang bersifat sinonim boleh bertukar ganti dalam semua konteks adalah kurang tepat. Konsep Sinonim Dalam membicarakan soal sinonim ini. Berdasarkan pendapat beliau.

beliau berpendapat bahawa kebanyakan kata yang ditemui adalah kata yang mempunyai ‘persamaan’ erti dengan kata yang lain. Sinonim yang maknanya benar-benar sama akan dapat bertukar ganti dalam konteks yang sama dan dinamakan sinonim total. Abdullah Yusof et al. Begitu juga pendapat yang dikemukakan oleh Mohd Shariff Marikan (1984:492- 495) yang menjelaskan bahawa tidak semua sinonim dapat saling menggantikan dalam semua konteks tanpa sedikit sebanyak merubah pengertiannya. Oleh hal yang demikian. Justeru. (2009:82) menjelaskan bahawa sinonim mempunyai ciri menjadi pengganti kepada perkataan yang bersinonim dengannya. Dalam hal ini mungkin ada sinonim yang sama sekali tidak boleh menggantikan kata yang lain dalam konteks tertentu. kebanyakan kata-kata yang bersinonim mempunyai persamaan erti yang bukan total. Hal ini kerana perkataan kereta dan motokar tidaklah sama sepenuhnya. Kata cangkat boleh menggantikan kata cetek dalam ayat air sungai itu cetek. pemilihan kata menjadi rumit. tetapi sebenarnya tidaklah sepenuhnya. Walaupun pasangan kereta dan motokar dikatakan mempunyai sama makna. Beliau telah mengemukakan contoh perkataan cangkat. dalam penggunaan sinonim kita dapat memahami bahawa pemilihan kata amat penting untuk mendapatkan makna yang tepat dan sesuai agar tidak menimbulkan kejanggalan ayat yang diujarkan. Tidak dinafikan terdapat perkataan-perkataan yang sama makna apabila digunakan. Selain itu. Pendapat beliau ini dapat difahami berdasarkan contoh kata cangkat dan cetek yang telah dikemukakan di atas. Pendapat yang sama turut dikemukakan oleh Abdullah Hassan (2006:227) yang menjelaskan bahawa konsep ‘sama makna’ bukanlah bererti perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama seluruhnya. Walau 5 . tetapi tidak dalam ayat pengetahuannya cetek. makna kereta dan motokar adalah sama dan dianggap bersinonim. Kita boleh mengungkapkan ungkapan kereta lembu tetapi tidak boleh membentuk ungkapan motokar lembu. Dua kata yang mempunyai ‘kesamaan’ erti agak sukar ditemui. Konsep ‘sama makna’ juga dibincangkan oleh Keris Mas (1988:37) yang menjelaskan bahawa kata-kata yang bersinonim sebenarnya jarang mempunyai makna yang benar-benar sama. Oleh sebab itu. Sebagai contoh. Walau bagaimanapun.

perempuan dan sebagainya. sinonim berdasarkan laras sosial dan juga sinonim berdasarkan kolokasi. kata yang bersinonim turut mempunyai kekecualian apabila digunakan di dalam ayat. sinonim berdasarkan konteks. cantik. Walau bagaimanapun. terdapat pelbagai jenis sinonim dalam Bahasa Melayu. Jenis-jenis sinonim ini boleh dikenal pasti jika kita menguasai dan memahami dengan sebaiknya konsep sinonim. Kata emak tidak sesuai digunakan dalam ungkapan emak sawat walaupun pada dasarnya kedua-dua kata ini bersinonim. Jenis-Jenis Sinonim Jika diperhalusi.bagaimanapun. kata ini tidak boleh bertukar ganti dalam semua konteks. Menurut Abdullah Hassan (2006:227) terdapat pelbagai jenis sinonim seperti sinonim berdasarkan pinjaman. walaupun kata ini dianggap bersinonim dengan kata emak namun. Dalam hal ini. Tidak mungkin kata ibu sawat bertukar ganti dengan kata emak sawat. Walaupun istilah yang digunakan kedua-dua ahli bahasa ini berbeza. Hal ini disebabkan penggunaan perkataan bergantung kepada konteks ayat tersebut. undang. kita dapat memahami bahawa perbezaan konteks ayat akan membawa maksud yang berbeza kepada kata yang bersinonim walaupun dari sudut perkamusan kedua-dua perkataan membawa makna yang sama. kita juga boleh memahami konsep kesamaan sinonim ini dengan merujuk beberapa perkataan lain dalam Bahasa Melayu seperti perkataan ibu. Mengambil contoh perkataan ibu misalnya. Masih terdapat perbezaan antara dua kata walaupun digolongkan dalam unsur sinonim. namun perkara 6 . Huraian tentang perbezaan pada sinonim yang dikemukakan oleh Palmer ini dilihat mempunyai persamaan dengan huraian Abdullah Hassan yang membahagikan sinonim-sinonim mengikut jenisnya. Hal ini jelas membuktikan bahawa sinonim bukanlah kata yang sama maknanya seratus peratus. Berdasarkan huraian dan pendapat ahli bahasa di atas. Palmer (1992:98) tidak pula menyebut aspek-aspek ini sebagai jenis-jenis sinonim tetapi sebagai keberangkalian perbezaan pada sinonim.

kebanyakan kata-kata yang mempunyai sama makna terdiri daripada pasangan kata yang dipinjam dengan kata asalnya terdapat dalam bahasa tersebut atau kedua-duanya merupakan kata pinjaman. Pasangan kata ini dipinjam daripada Bahasa Inggeris dan satu lagi daripada Bahasa Arab. abah. daddy. Abdullah Hassan (2006:227) telah mengemukakan contoh perkataan kereta dan motokar. Oleh hal yang demikian. belalang yang dipanggil patung dalam kebanyakan dialek Melayu. perkataan percubaan juga dikatakan bersinonim dengan perkataan eksperimen yang diambil daripada Bahasa Inggeris. Selain itu. Pemahaman sinonim jenis ini juga boleh kita perhatikan bagi perkataan seluar dan celana. Dalam membicarakan tentang sinonim jenis ini Assmah Osman (2000:24) turut menjelaskan bahawa terdapat penutur dari dialek yang berlainan yang memanggil ayah. sinonim jenis ini boleh juga terdiri daripada perkataan-perkataan yang dipinjam daripada dialek Melayu. Keadaan seperti inilah yang menyebabkan sesuatu kata itu mendapat sinonim daraipada bahasa asing dan dikelompokkan sebagai sinonim berdasarkan pinjaman dengan merujuk kepada pinjaman bahasa asing. 7 . Walau bagaimanapun. abi. dipanggil cikcabau dalam dialek Perak.pokok yang dibincangkan adalah sama. Sebagai contoh. kebanyakan istilah daripada Bahasa Inggeris semakin popular digunakan berbanding kata yang berasal daripada Bahasa Arab. Begitu juga dengan pasangan perkataan seperti ekonomi dan iktisad. Di samping itu. Satu daripada kata ini dipinjam daripada bahasa asing. bapak dan pa bergantung kepada daripada dialek mana penutur berasal. Hal inilah yang menyebabkan dua perkataan yang mempunyai makna yang sama wujud dalam Bahasa Melayu. politik dan siasah. Sinonim Berdasarkan Pinjaman Dalam memperkatakan tentang sinonim. Hal ini demikian kerana Bahasa Melayu bertembung dengan kedua-dua bahasa ini serentak. papa. penulisan ini akan menggunakan istilah jenis-jenis sinonim. Perkataan seluar merupakan perkataan dalam Bahasa Melayu manakala celana pula merupakan kata yang berasal daripada Bahasa Portugis.

Sinonim Berdasarkan Laras Sosial Sinonim juga boleh wujud berdasarkan laras sosial atau gaya yang berlainan. Perkataan seperti wafat. Daripada huraian pendapat di atas. mati. kojol. kedua-dua perkataan tersebut iaitu jemput dan undang seolah-olah sama. sinonim juga berlaku berdasarkan konteks. Sekali imbas. Sinonim Berdasarkan Konteks Menurut Abdullah Hassan (2006:228) perkataan-perkataan yang sama makna telah lama wujud dalam Bahasa Melayu. Lazimnya. Tetapi perkataan jemput lazimnya dipakai dalam konteks perbualan seperti jemput datang. Antara yang sering kita lakukan ialah dengan menggunakan beberapa perkataan yang mempunyai makna denotasi yang sama tetapi digunakan dalam wacana yang berlainan. Manakala perkataan undang pula digunakan dalam konteks bertulis atau rasmi contohnya seperti undangan ke majlis perkahwinan. jemput makan atau jemput masuk. apabila diperhatikan secara halus. Sebagai contoh. kita akan mengubah laras bahasa kita berdasarkan kepada konteks sosial yang berlainan. perkataan undang dan jemput. mangkat.Perkara ini berlaku kerana penutur yang berasal daripada dialek yang berbeza perlu menuturkan ‘bahasa’ yang berlainan dalam perbualan sesama mereka. Pendapat yang sama turut dikemukakan oleh Ab. Jika diihat secara kasar. kejang dan kerpus difahami sebagai perkataan yang bermakna mati tetapi penggunaan setiap perkataan ini berbeza mengikut 8 . maka didapati perkataan jemput digunakan dalam konteks lisan dan undang dalam bentuk tulisan. kedua-dua perkataan ini dianggap mempunyai makna yang sama. Rahim Mahmood (1998:24) yang menjelaskan bahawa perkataan jemput jika diperhalusi dengan teliti jelas menunjukkan sesuatu yang membawa maksud ‘mempersilakan seseorang’ tetapi lebih kepada bahasa lisan. Namun. Manakala perkataan undang pula memperlihatkan maksud mempersilakan tetapi lebih kepada bentuk tulisan seperti undangan perkahwinan.

melantak dan rongos. Begitu juga dengan perkataan makan. 9 . Perbezaan seperti ini bukan timbul disebabkan oleh perbezaan kawasan geografi. kejang dan kerpus bagi menyatakan makna yang sama dengan tidak sopan. santap. makan untuk orang biasa dan sebagainya. Sinonim Berdasarkan Kolokasi Sinonim jenis ini digunakan dalam konteks penggunaan masing-masing. Oleh hal yang demikian. Oleh hal yang demikian. perkataan banyak digunakan dengan pelbagai kata nama. tetapi kerana gaya atau laras bahasa yang perlu digunakan dalam keadaan dan rujukan yang betul. mati untuk orang biasa dan kojol. Kedua- duanya membawa makna busuk. Perkataan banyak dikatakan bersinonim dengan perkataan ramai.laras yang betul. Walau bagaimanapun. Perkataan ramai tidak digunakan untuk binatang atau barang. Lebih-lebih lagi apabila kita menggunakan kata sinonim yang tergolong sebagai kata yang berbudaya. penutur Bahasa Melayu perlu berhati-hati menggunakan perkataan sinonim dan memahami penggunaan laras sosial yang betul kerana penggunaan sinonim yang salah boleh menimbulkan kelucuan dan kemarahan seseorang. Abdullah Hassan (2006:229) turut mengemukakan contoh seperti perkataan kemuruk yang digunakan untuk telur dan basi untuk nasi. mangkat untuk raja. ungkapan seperti ramai baju. tetapi wujud sebagai perkataan yang berlainan dan ditentukan oleh konteks tertentu. agak janggal sekiranya kita mengatakan bahawa telur itu basi kerana perkataan basi digunakan untuk nasi dan bukan untuk telur. ramai arnab dan lain-lain dianggap tidak gramatis. Semuanya bermaksud makan tetapi santap digunakan untuk raja. Perkataan wafat digunakan untuk nabi. Berdasarkan contoh tersebut. manakala ramai hanya digunakan untuk kata nama manusia sahaja.

10 . Oleh hal yang demikian. pengguna akan dapat menggunakan perkataan tersebut berdasarkan konteks yang sesuai. Kata sinonim sebenarnya menandai perkembangan ilmu bahasa.Kesimpulan Kewujudan sinonim dalam Bahasa Melayu bukanlah satu kata yang mubazir. Justeru. bahkan menambahkan lagi kosa kata dalam Bahasa Melayu. Konsep sinonim juga perlu difahami dengan sebaiknya kerana kesalahan penggunaan sinonim boleh menimbulkan kemarahan dan kelucuan kepada pendengar. sinonim bukanlah bertujuan untuk mengelirukan tetapi untuk membantu pengguna bahasa memahami makna sesuatu perkataan dengan menggunakan perkataan lain. Hal ini demikian kerana usaha mencipta pelbagai istilah dan perkataan umum yang baru adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan perkataan dalam Bahasa Melayu seperti sinonim umpamanya.