NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ Soalan Untuk tugasan ini, anda dikehendaki menggunakan SEPULUH karangan yang pernah anda semak dalam kalangan pelajar-pelajar anda. Kaji kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dari aspek tatabahasa dan penggunaan penanda wacana. Berdasarkan data karangan tersebut, analisis perkara-perkara berikut: (a) (b) (c) Tunjukkan jenis-jenis kesalahan daripada aspek morfologi dan cadangkan pembetulan bagi kesalahan tersebut. Tunjukkan jenis-jenis kesalahan daripada aspek sintaksis dan cadangkan pembetulan bagi kesalahan tersebut. Analisis penggunaan penanda wacana dalam karangan dan cadangkan pembetulan bagi kesalahan tersebut. 1.0 PENDAHULUAN

Tugas menulis merupakan aktiviti yang kompleks oleh sebab menulis dalam apa jua bahasa pun merupakan aktiviti mental yang kompleks dan melibatkan kemahiran menyelesaikan masalah serta kebolehan berkomunikasi. Tambahan pula, penulisan melibatkan kemahiran menulis untuk pelbagai tujuan dan konteks. Ia bukan hanya setakat mempelajari struktur dan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu sahaja. Apabila pelajar menulis, mereka bukanlah penerima bahasa yang pasif (passive receptors) tetapi berperanan sebagai interaktor aktif (active interactors) yang saling bertindak dengan bahasa yang digunakannya (Allen,1991). Menulis memerlukan kemahiran bahasa seperti bertutur, membaca, mengeja dan seterusnya (Tindal & Marston 1990). Penulisan juga memerlukan integrasi pelbagai peraturan, kemahiran dan proses seperti tingkah laku kompleks yang lain (Johnson & Grant 1989). Pada peringkat sekolah rendah dan menengah, pelajar sering diberi 1 _______________________________________________________________________ _
HBML 3202 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ pendedahan kepada penulisan karangan dari segi struktur pembinaan cerita dan fungsinya. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan besar pelajar yang memulakan alam persekolahan mempunyai kemahiran menulis yang amat rendah. Pelajar bermasalah penulisan perlu diberi bimbingan melalui pengajaran. Guru perlu prihatin terhadap aspek kelemahan penulisan yang dihadapi pelajarnya. Satu bentuk ujian penaksiran yang membolehkan guru mengenal pasti kelemahan aspek penulisan pelajar-pelajarnya, khususnya dari segi aspek tatabahasa, organisasi struktur penulisan atau susunan kandungan dan sebagainya. Pelbagai bentuk kajian yang mendalam telah dijalankan hasil daripada keprihatinan terhadap masalah penulisan di kalangan kanak-kanak yang menulis dalam bahasa Melayu. Dalam tugasan ini EMPAT penyelidikan yang berkaitan dengan kesalahan penulisan karangan dan seterusnya mengkaji kesalahan-kesalahan dari aspek tatabahasa dan penggunaan penanda wacana yang dilakukan oleh pelajar dalam SEPULUH (10) buah karangan pelajar. 2.0 KAJIAN LITERATUR 2.1 Penyelidikan 1 : Kajian Kelemahan Tatabahasa Pelajar Cina Dalam Karangan Kajian ini dibuat oleh Nursidah binti Ab.Hamid, Fairose binti Sulaiman Jamaludin bin Badusah dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyelidikan ini mengkaji kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di peringkat menengah rendah agak membimbangkan. Satu kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti aspek kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam 2 _______________________________________________________________________ _
HBML 3202 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ penulisan karangan di sebuah sekolah menengah dalam bandar di daerah Batu Pahat, Johor. Dapatan kajian menunjukkan sembilan aspek kesalahan morfologi pelajar telah dikenal pasti. Antaranya ialah kesalahan penggunaan imbuhan awalan beR, di, ke, meN, pe, kata tugas, ganti nama diri, kosa kata dan ejaan di samping kesalahan struktur ayat. Sehubungan dengan hal itu, beberapa langkah disarankan kepada para guru untuk menangani kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di bilik darjah secara terancang supaya matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah tercapai. 2.2 Penyelidikan 2 : Kesalahan Bahasa Dalam Karangan Murid Tamil yang mempelajari Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Penyelidikan ini hasilkan dalam bentuk tesis oleh Suthanthiradevi J.N Money dari Universiti Putra Malaysia (2004). Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan bagi menganalisis kesalahan bahasa dalam karangan murid Tamil mempelajari bahasa Melayu di sekolah menengah. Penyelidikan ditadbir ke atas sejumlah 53 orang murid Tingkatan Empat di empat buah sekolah menengah dalam daerah Kinta, Perak. Dalam penyelidikan ini, Teori Analisis Kesilapan digabungkan dengan Teori Bahasa Antara untuk menganalisis kesalahan bahasa Melayu dalam karangan murid Tamil. Dapatan penyelidikan diperoleh daripada penulisan karangan dan soal selidik yang dihasilkan oleh murid-murid Tamil melakukan kesalahan tatabahasa iaitu aspek perkataan, frasa dan ayat. Dapatan membuktikan bahawa kesalahan penggunaan aspek perkataan yang paling banyak dilakukan

3 _______________________________________________________________________ _
HBML 3202 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ oleh murid-murid yang menjadi sampel kajian ini. Ini diikuti oleh kesalahan penggunaan aspek frasa dan ayat. Kebanyakan struktur binaan ayat tersebut adalah terjemahan literal daripada struktur-struktur ayat bahasa Tamil. Bahasa antara seperti generalisasi melampau, pemudahan, dan penyangkalan turut mempengaruhi penulisan B2 murid Tamil, tetapi yang paling ketara ialah generalisasi melampau. Dalam penulisan BM, penyelidik merumuskan bahasa lima proses bahasa antara memang mempengaruhi pembelajaran murid Tamil. Adalah terbukti murid Tamil masih lemah dalam penguasaan tatabahasa BM.Mereka masih belum menguasai Sisitem Tatabahasa Bahasa Melayu. Cadangan-cadangan yang diajukan oleh penyelidik ialah mengadakan latihan-latihan struktur binaan ayat B2. memaksimumkan penggunaan B2 dalam bilik darjah, mengadakan pertandingan bahasa antara kumpulan dan aktivitiaktiviti lisan. Guru-guru juga mestilah mempraktikkan hukum-hukum tatabahasa dalam baku dalam pengajarannya. Adalah diharapkan supaya cadangan-cadangan yang dikemukakan dapat memperbaiki penguasaan tatabahasa yang dibuat oleh murid-murid Tamil dan meningkatkan tahap pencapaian kemahiran tatabahasa mereka dalam BM 2.3 Penyelidikan 3 : Masalah Penulisan Naratif di Kalangan Pelajar di Sekolah Menengah Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof dan Raja Mohd. Fauzi Raja Musa (2001) dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuat penyelidikan tentang tajuk tersebut.Tujuan kajian tersebut ialah untuk menilai masalah penulisan yang lazim didapati dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah dan mencadangkan 4 _______________________________________________________________________ _
HBML 3202 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ satu program intervensi untuk mengatasi masalah penulisan naratif. Sejumlah 200 sampel penulisan naratif dalam Bahasa Melayu diperoleh daripada pelajar berpencapaian rendah daripada tujuh buah sekolah di daerah Ulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan pelajar yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua memperolehi min tertinggi untuk dimensi ide dan min terendah untuk dimensi konvensi. Walau bagaimanapun, kumpulan pelajar bahasa ibunda Bahasa Melayu memperolehi min untuk dimensi ide (min 4.24) yang lebih tinggi berbanding kumpulan pelajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua (min 2.85). Namun demikian, min yang diperolehi masih di bawah tahap baik untuk dimensi ide. Kedua-dua kumpulan pelajar berupaya mengeluarkan ide untuk bercerita tetapi lemah dalam kemahiran peraturan konvensi keadaan ini menyebabkan penulisan mereka secara keseluruhan sukar untuk difahami dan diikuti. Keduadua kumpulan pelajar berpencapaian rendah ini memerlukan pengajaran kemahiran menulis yang lebih efektif untuk memperbaiki penulisan naratif mereka. Dapatan kajian membawa implikasi wujudnya keperluan pengajaran kemahiran menulis untuk pelajar-pelajar berpencapaian rendah supaya mereka dapat dibimbing untuk mempertingkatkan kemahiran penulisan mereka. Dapatan ini menyokong dapatan Lerner (1993) yang menunjukkan bahawa kelemahan dalam satu aspek penulisan boleh mengganggu kebolehan pelajar menulis dengan berkesan. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa penyampaian ide pelajar disekat oleh kurangnya kemahiran menulis, seperti yang didapati oleh Outhred (1989). Justeru guru perlu diberi pendedahan kepada strategi-strategi yang dapat digunakan untuk mengajar kemahiran menulis dengan baik dan jelas. 5 _______________________________________________________________________ _
HBML 3202 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ 2.4 Penyelidikan 4 : Kajian Penguasaan Bahasa Melayu dalam Penulisan Karangan di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat: Satu Perbandingan Bukan Kerajaan Pelajar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Menengah

Kajian ini telah dijalankan oleh pengkaji dari Brunei Darussalam. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana penguasaan bahasa pelajar-pelajar dalam bidang penulisan karangan dengan mengkhususkan dalam aspek morfologi. Kajian ini bertujuan untuk melihat sebanyak mana kekerapan kesalahan dilakukan oleh kumpulan sampel. Hasil daripada analisis ujian karangan yang telah diberikan menunjukkan bahawa sebanyak 590 (7.37%) kesalahan telah dapat dikesan iaitu kesalahan kata imbuhan 166 (28.2%), kesalahan kata ganda 32 (5.4%), kesalahan kata jamak 20 (3.4%) , kesalahan kata hubung 55 (9.3%), kesalahan kata sendi nama 15 (2.5%) dan kesalahan kata tidak sesuai 302 (51.2%) 3.0 SAMPEL KAJIAN

Seramai 10 orang pelajar Tahun 4 dari sebuah sekolah di daerah Kerian, Perak telah dipilih sebagai sampel bagi kajian ini. Sekolah yang dipilih mempunyai kelas-kelas yang telah menempatkan pelajar berpencapaian tinggi , sederhana dan rendah berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun semasa mereka berada dalam Tahun 3 . Umur mereka adalah lebih kurang 10 tahun. Sampel juga dikenal pasti oleh pengkaji sebagai pelajar yang sederhana dalam penulisan karangan Bahasa Melayu berdasarkan gred B dan C dalam Bahasa Melayu Penulisan semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun. Sampel terdiri dari pelajar yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda Sebilangan 6 _______________________________________________________________________ _
HBML 3202 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ besar daripada subjek datang daripada latar belakang sosioekonomi yang pertengahan. Di antara pekerjaan ibu bapa dan penjaga mereka termasuklah guru, pembantu am, peniaga dan kerani. Semua sampel menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam kurikulum sekolah. Bahasa Melayu diajar sebagai satu mata pelajaran dengan purata 10 jam seminggu dan setiap waktu pengajaran meliputi 30 minit. 4.0 ASPEK KESALAHAN TATABAHASA YANG DIKAJI

4.1

Kesalahan Aspek Morfologi

Aspek kelemahan tatabahasa pelajar dalam penulisan karangan merangkumi kesalahan morfologi iaitu penggunaan imbuhan awalan beR, di, ke, meN, pe, kata tugas, ganti nama diri, kosa kata dan ejaan. Kesalahan dalam aspek penggunaan imbuhan berlaku kerana mereka keliru dengan bunyi sebutan imbuhan awalan serta tidak menguasai aspek makna imbuhan tersebut (Azman wan Chik, 1989). Manakala Abdullah (1989) menyatakan pelajar melakukan kesalahan dalam imbuhan disebabkan mereka tidak memahami fungsi imbuhan. Contoh kesalahan penggunaan imbuhan ialah …mengadakan majlis

perkahwinan… [sepatutnya ditulis…diadakan majlis perkahwinan…], … solekkan oleh kakak … [disolekkan oleh kakak …], …berikan kepada … [sepatutnya ditulis … diberikan kepada … ], … telah melihat oleh … [sepatutnya ditulis … telah dilihat oleh …], …untuk membaiki…. [sepatutnya ditulis … untuk dibaiki …], … tidak dapat menjawab … [sepatutnya ditulis … tidak dapat jawab …]. Kesalahan kata ganti nama seperti kita ..... kami, dia …. beliau, 7 _______________________________________________________________________ _
HBML 3202 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ .panggilan untuk orang-orang istana seperti baginda, patik, hamba, mereka … dan sebagainya. Antara kesalahan yang dilakukan oleh pelajar ialah …beberapa orang pemuda dan tuan kedai itu … [sepatutnya ditulis …mereka …],… aku dan kawan-kawanku… [sepatutnya ditulis … kami...], Saya sebuah telefon bimbit… [sepatutnya ditulis…Aku sebuah telefon bimbit.]. Kesalahan ini berlaku kerana pelajar tidak yakin dengan penggunaan kata ganti nama diri. Hal ini timbul kerana aspek kebudayaan berbahasa tidak mendapat perhatian yang sewajarnya sewaktu guru mengajar bahasa di bilik darjah. Kesalahan dalam aspek kata tugas bagi kata hubung dan sendi nama. Contohnya ...artis itu bernama Awal Asyhari ... [sepatutnya ditulis...artis itu ialah Awal Asyhari ...], ....mengejar aku lalu jatuh ... [sepatutnya ditulis....mengejar aku tetapi malangnya aku terjatuh], ... membawa aku kerumah ...[sepatutnya ditulis … membawa aku ke rumah], ... disolekkan kakak saya ...[sepatutnya ditulis .... disolekkan oleh kakak saya ...], …dijenamakan Nokia … [sepatutnya ditulis … dijenamakan sebagai Nokia…]. Antara kesalahan kosa kata yang dilakukan oleh pelajar ialah ...soalan jawapan ...[sepatutnya ditulis....kertas jawapan...], ....ujian tahunan ...[sepatutnya ditulis...peperiksaan akhir tahun...], ... di sekitaran rumah ...[ sepatutnya ditulis....di sekeliling rumah ...], ...tiada siapa ...[sepatutnya ditulis...tiada sesiapa ...], ...di kedai itu ...[sepatutnya ditulis...di dalam kedai itu....], …aku pergi ke dalam kedai … [sepatutnya ditulis … aku masuk ke dalam kedai…], …kepada orang yang hadir … [sepatutnya ditulis … kepada tetamu yang hadir…]. Kesalahan ejaan tidak banyak dilakukan di dalam karangan yang dikaji. Kesalahan ejaan yang dilakukan adalah …berbahasa Ingeris… [sepatutnya ditulis…berbahasa Inggeris…]. 8 _______________________________________________________________________ _
HBML 3202 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ 4.2 Kesalahan Aspek Sintaksis Manakala aspek sintaksis yang diberikan tumpuan pula ialah unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat, jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan, ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif, susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang, binaan ayat iaitu ayat dasar, ayat tunggal, dan ayat majmuk, proses penerbitan ayat seperti konsep ayat terbitan, proses pengguguran, proses penyususnan semula, proses peluasan dan aspek tanda baca. Antara kesalahan dari segi aspek sintaksis ialah …Setelah saja siap aku dijenamakan Nokia… [sepatutnya ditulis …Setelah siap, aku dijenamakan sebagai Nokia…], …kawan kakak saya sedang solekkan kakak saya… [sepatutnya ditulis …mak andam sedang menyolekkan kakak saya…], …bunga telur untuk berikan kepada orang yang hadir… [sepatutnya ditulis … bunga telur untuk diberikan kepada tetamu yang hadir…], 30 orang yang akan menghadiri kelas tuisyen… [sepatutnya ditulis …seramai 30 murid yang akan menghadiri kelas tuisyen…], …permainan yang berbahasa Ingeris kita boleh belajar… [sepatutnya ditulis …permainan yang berbahasa Inggeris secara tidak langsung boleh juga dipelajari…], …sangat baik kepada kita yang tahu mempelajari komputer… [sepatutnya ditulis …komputer memberi banyak kebaikan jika kita pandai menggunakannya…]. Kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam aspek tanda baca pula seperti …saya cepat-cepat pergi mencari telefon awam, semasa saya … [sepatutnya ditulis…saya cepat-cepat pergi mencari telefon awam. Semasa saya…], …saya cepat-cepat pergi ke sana, tiba di sana… [sepatutnya ditulis… 9 _______________________________________________________________________ _
HBML 3202 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ saya cepat-cepat pergi ke sana. Tiba di sana…], …saya menelefon bomba, selang beberapa minit… [sepatutnya ditulis…saya menelefon bomba. Selang beberapa minit…], …orang kampung untuk membantu, mereka datang…[sepatutnya ditulis…orang kampung untuk membantu. Mereka datang…], ...malam Sabtu yang lalu aku baru… [sepatutnya ditulis…malam Sabtu yang lalu, aku baru…], Tiba-tiba hari hendak hujan…[sepatutnya ditulis…Tiba-tiba, hari hendak hujan.], Semasa aku berlari tiba-tiba aku tergelincir… [sepatutnya ditulis…Semasa aku berlari, tiba-tiba aku tergelincir…].

4.3

Kesalahan Aspek Penanda Wacana

Penggunaan kata hubung pada awal ayat disebut sebagai penanda wacana contohnya… Namun, Tetapi, Malah, Manakala Sepatutnya, Akan tetapi, Namun begitu, …..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat). Contoh kesalahan yang terdapat di dalam karangan pelajar ialah …semasa itu pengantin lelaki pun datang… [sepatutnya ditulis …tidak lama kemudian, pengantin lelaki pun datang…], …selang beberapa minit… [sepatutnya ditulis … Pada suatu hari…], …Pada hari Sabtu malam yang lalu… [sepatutnya ditulis … Pada malam Sabtu yang lalu…], …Di samping itu,… [sepatutnya ditulis … Kesimpulannya…]. 5.0 JADUAL ANALISIS KEKERAPAN KESALAHAN TATABAHASA BIL 1. KESALAHAN TATABAHASA MORFOLOGI; i) ii) Imbuhan Kata Ganti Nama KEKERAPAN 6 2 % 14.9 4.9

10 _______________________________________________________________________ _
HBML 3202 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ iii) Kata Tugas 5 12.2 iv) 2. Kosa Kata 7 1 6 10 4 41 17.1 2.4 14.6 24.4 9.8 100 v) Ejaan SINTAKSIS; i) ii) 3. Binaan Ayat Tanda Baca

PENANDA WACANA Jumlah

Jadual 4 : Analisis Kekerapan Kesalahan Penggunaan Penanda Wacana Dari Jadual 4, jelaslah kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar ialah kesalahan dari segi tanda baca iaitu dari aspek sintaksis iaitu sebanyak 24.4 % manakala kesalahan yang paling kurang dilakukan ialah kesalahan dari segi ejaan iaitu dalam aspek morfologi.

6.0

PENUTUP 6.1 Rumusan

Setiap bahasa mempunyai "perangkap" atau bahaya terselindung yang menyebabkan ramai pelajar melakukan kesilapan tatabahasa. Demikian juga dengan Bahasa Melayu. Hal ini membuktikan bahawa, secara sedar atau tidak, para pelajar tidak dapat lepas daripada tatabahasa sebagai rumusan tentang sistem bahasanya. Pelajar hanya memerlukan disiplin yang lebih untuk mengawal bahasa ketika menulis. 11 _______________________________________________________________________ _
HBML 3202 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifatnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya. Bahasa melambangkan bangsa. Oleh itu, sama-samalah kita menjaga keindahan bahasa ibunda ini. 6.2 Cadangan Apa yang saya cadangkan di sini adalah pelajar perlu berhati-hati semasa menulis. Sila buat semakan tatabahasa apabila selesai menulis karangan. Ketelitian pelajar amat penting untuk menghasilkan karangan yang gramatis. Penulisan karangan memerlukan kemahiran. Kemahiran perlu diasah dengan latihan yang mencukupi. Ingatlah, ia tidak boleh dipelajari secara imaginasi sahaja. Memanglah kita perlu menerima hakikat bahawa pelajar mempunyai banyak gaya pembelajaran tersendiri dan tidak ada suatu kaedah yang sesuai untuk semua gaya pelajar. Guru pun mempunyai gaya dan kepakaran atau kecenderungan yang berlainan. Jadi kita perlulah mencuba dan memilih, kalau perlu menyesuaikan pendekatan dan kaedah tersebut untuk keperluan masing-masing. Kita tidaklah perlu menekankan aktiviti-aktiviti yang tidak bermakna di dalam pengajaran bahasa, dan mengakibatkan mereka tidak dapat berfikir. Beberapa perkara boleh diperhatikan. Pertama, kita mungkin mahu menumpukan lebih perhatian kepada daya usaha pelajar itu sendiri dan cuba membuatkan mereka menggunakan pemikiran dan daya untuk menyelesaikan masalah bagi meningkatkan pengetahuan mereka dan ketaakulan mereka bagi meningkatkan pemikiran dan daya untuk menyelesaikan masalah perhubungan. 12 _______________________________________________________________________ _
HBML 3202 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ Kedua, pelajar perlulah diberi pemakaian bahasa yang menyerupai keadaan hidup sebenar dan dapat meramal sebarang tindak balas yang wajar. Ketiga, gunakanlah pendekatan yang menggunakan lebih pembelajaran afektif.

Bibliografi Abdullah Hassan. (1989). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

13 _______________________________________________________________________ _
HBML 3202 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: TS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Azman Wan Chik. (1989). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 1:Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Hj. Musa. (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Zulkifley Hamid. (1994). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Lerner, J. 1993. Learning Disabilities: Theories, diagnosis, and teaching strategies. (Ed ke-6). Boston: Houghton Mifflin. Outhred, L. 1989. Word processing: its impact on childrens’ writing. Journal of Learning Disabilities 22: 262-264.

14 _______________________________________________________________________ _
HBML 3202 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _ http://www.dailybust.com/KESALAHAN-BAHASA-DALAM-KARANGAN-MURIDTAMIL-YANG-MEMPELAJARI.html http://nursidahny59.blogspot.com/2010/05/kajian-kelemahan-tatabahasa-pelajar.html http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jdidik27-01.pdf http://www.scribd.com/doc/30108923/Penguasaan-Bahasa-Melayu-Dalam-PenulisanKarangan-Di-Kalangan-Pelajar-Tingkatan-Empat-Satu-Per-Banding-An

15 _______________________________________________________________________ _
HBML 3202 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________ _

LAMPIRAN

16 _______________________________________________________________________ _
HBML 3202 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful