RANCANGAN PENGAJIAN JARAK JAUH PENDAHULUAN Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) julung-julung kali ditawarkan di Malaysia

oleh Universiti Sains Malaysia pada tahun 1971 dengan penawaran Rancangan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan. Pada tahun 1973 Rancangan Sarjana Muda Sains pula ditawarkan diikuti dengan Rancangan Sains Pemulihan pada tahun 1978. Pada tahun-tahun berikutnya pemantapan proses pengajaran-pembelajaran (P&P) secara jarak jauh telah dilakukan dengan memperkenalkan pelbagai sistem yang bersesuaian dengan RPJJ. Antara sistem yang diperkenalkan ialah sistem pengurusan RPJJ secara berpusat dan berdikari melalui penubuhan Pusat Pengajian Luar Kampus yang kemudiannya dinaiktaraf menjadi Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, pewujudan kumpulan pensyarah teras penuh masa khusus untuk RPJJ, penggunaan modul kendiri sebagai bahan asas P&P, pelaksanaan mod pengajian secara jarak jauh sepenuhnya tanpa keperluan menjalani tahun akhir di dalam kampus, pengenalan telesidang audio, telesidang audiografik, telesidang video, video streaming dan portal e-pembelajaran. Pemantapan proses P&P dan juga pengurusan RPJJ disusuli dengan penawaran rancangan pengajian baru pada pertengahan tahun 90’an. Tiga rancangan baru yang ditawarkan itu ialah Rancangan Sarjana Muda Kejuruteraan pada tahun 1994, Rancangan Sarjana Muda Pendidikan pada tahun 1995 dan Rancangan Sarjana Muda Pengurusan pada tahun 1997. Seperti rancangan-rancangan yang sebelumnya, kesemua rancangan yang ditawarkan adalah setara dengan rancangan yang diikuti oleh pelajar dalam kampus. Rancangan Sarjana Muda Pendidikan dan Sarjana Muda Kejuruteraan tidak ditawarkan mulai tahun 2000. Sidang akademik bermula pada bulan Julai dan berakhir pada bulan April tahun berikutnya. Jangkamasa pengajian rancangan peringkat ijazah ialah 4 tahun (minimum) hingga 12 tahun (maksimum). Pelajar yang berjaya memenuhi semua syarat pengijazahan akan dianugerahkan satu daripada ijazah Sarjana Muda berikut: 1. 2. 3. 4. Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)

Sejak menawarkan rancangan pengajian sepenuhnya secara jarak jauh mulai sidang akademik 1992/93, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) telah menghasilkan seramai 15,272 orang siswazah iaitu 6462 dalam bidang Ilmu Kemanusiaan, 3909 dalam bidang Sains Kemasyarakatan, 1643 dalam bidang Sains, 1577 dalam bidang Pendidikan, 375 dalam bidang Kejuruteraan dan 1306 dalam bidang Pengurusan.

-1-

OBJEKTIF Objektif RPJJ adalah untuk: • • • • • • • • membolehkan pelajar dewasa yang tidak mendapat peluang mengikuti pendidikan tinggi dapat mengikuti hingga memperolehi kelayakan ijazah; mengurangkan jurang peluang mendapatkan pendidikan tinggi antara kaum di negara ini; membawa pendidikan tinggi ke kawasan yang kurang maju daripada segi ekonomi; mempertingkatkan lagi daya pengeluaran pekerja-pekerja terlatih; memajukan daya pengeluaran pekerja yang telah mempunyai pekerjaan dengan mengemaskinikan pengetahuan dan kebolehan mereka; menawarkan satu program yang lebih menarik kepada kalangan ahli masyarakat yang sedang bekerja; mengenengahkan program yang mempunyai daya saing kepada program-program jarak jauh (atau yang seumpamanya) yang ditawarkan di tempat lain; memanfaatkan dan mencerminkan kemajuan teknologi dan kemajuan lain yang berkait dengan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh di USM.

RANCANGAN IJAZAH YANG DITAWARKAN Rancangan Ijazah yang ditawarkan oleh USM melalui PPPJJ ialah: (i) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian Pengkhususan utama (major) yang boleh diikuti di bawah rancangan pengajian ini ialah bidang Sejarah, Kesusasteraan atau Geografi. Pengkhususan kecil (minor) yang boleh diikuti ialah dalam bidang Ekonomi, Sains Politik, Antropologi-Sosiologi, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan, Biologi, Fizik, Matematik, Kimia atau Pengurusan. (ii) Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan Kepujian Pengkhususan utama (major) yang boleh diikuti di bawah rancangan pengajian ini ialah bidang Ekonomi, Sains Politik atau Antropologi-Sosiologi. Pengkhususan kecil (minor) yang boleh diikuti ialah dalam bidang Ekonomi, Sains Politik, AntropologiSosiologi, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan, Biologi, Fizik, Matematik, Kimia atau Pengurusan. (iii) Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Pengkhususan utama (major) yang boleh diikuti di bawah rancangan pengajian ini ialah bidang Biologi, Kimia, Fizik atau Matematik. Pengkhususan kecil (minor) ialah dalam bidang Sejarah, Geografi, Kesusasteraan, Antropologi-Sosiologi, Ekonomi, Sains Politik, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik atau Pengurusan. -2-

Mulai Sidang Akademik 2006/2007, pengajaran dan pembelajaran bagi kursuskursus Sains dan Matematik dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. (iv) Sarjana Muda Pengurusan dengan Kepujian Rancangan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan merupakan pengajian pengurusan yang merangkumi kursus-kursus dalam bidang kewangan, perakaunan, pemasaran, pengurusan operasi, pengurusan sumber manusia dan pengurusan organisasi. Pelajar akan berpeluang membuat pengkhususan dalam bidang Kewangan, Organisasi dan Pemasaran pada tahun-tahun tiga dan empat. Bidang minor yang boleh diikuti ialah Sains Politik, Antropologi-Sosiologi, Ekonomi atau Matematik. JANGKA MASA PENGAJIAN Jangka masa minimum bagi menamatkan pengajian untuk kesemua Rancangan Pengajian ialah 4 tahun dan maksimum 12 tahun. Mereka yang mempunyai Diploma yang diiktiraf dengan PNGK yang baik boleh diberikan pengecualian unit beberapa kursus dan akan dikaji kes demi kes. SISTEM PENGAJIAN Sistem pengajian menentukan kaedah pelajar mengikuti pengajian. (i) (ii) (iii) (iv) Pelajar USM yang berdaftar dengan PPPJJ akan mengikuti pengajian secara jarak jauh secara keseluruhannya. Pelajar tidak dibenarkan menukar rancangan pengajian. Pelajar yang mendaftar buat pertama kali diwajibkan menghadiri Orientasi. Tawaran akan ditarik balik jika pelajar tidak menghadirinya. Pelajar diwajibkan mengikuti Kursus Intensif di kampus Induk USM, selama 2-3 minggu bagi setiap sidang akademik. Mereka yang tidak menghadiri Kursus Intensif tidak akan dibenarkan menduduki Peperiksaan Akhir. Tarikh Kursus Intensif yang muktamad akan diberitahu kepada pelajar kemudian. Pelajar diwajibkan memilih satu bidang Major dan satu bidang Minor. Kedatangan ke kelas amali Sains di Pusat Wilayah bagi pelajar sains adalah wajib sementara kehadiran ke kelas sidang video boleh dikecualikan dalam keadaan luar biasa (dengan kebenaran daripada Dekan PPPJJ). Pelajar dikehendaki mendaftar sebilangan kursus bagi setiap sidang akademik mengikut pola-pola tertentu.

(v) (vi)

(vii)

(viii) Pelajar yang gagal (F) dalam sesuatu kursus selepas sidang akademik berakhir perlu mengulang kursus berkenaan pada sidang akademik berikutnya. (ix) Pelajar yang telah lulus kursus dengan gred C dan ke atas TIDAK DIBENARKAN mengulang kursus tersebut.

-3-

00 100. Setelah memenuhi keperluan tempoh minimum pengajian (peringkat ijazah) dan keperluan-keperluan pengijazahan (keperluan akademik). e.00 50. YURAN 1.00 84. Yuran Pengajian* Jenis Yuran Pengajian 1. Yuran Pengajian c. d.00 100.00 84.00 100.00 50. e.00 50. lain-lain yuran dikecualikan. d.00 400.00 1.00 50.00 20.00 20.00 12.00 60.00 60. pelajar akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian mengikut rancangan pengajian masing-masing.746. -4- .00 20.00 330.00 100.446.00 1.416.00 Sains (RM) SK/IK (RM) Pengurusan (RM) ** Pelajar Sabah dan Sarawak dikecualikan Ilmu Kemanusiaan Sains Kemasyarakatan Pelajar yang menangguh pengajian dalam tempoh dua minggu daripada tarikh pendaftaran. YURAN TIDAK BERULANG a.00 50. b.516.00 1.00 100.00 400.00 800. f.00 50.00 12. b.00 1. Yuran Pendaftaran Yuran Kad Pintar Yuran Alumni Yuran Suaikenal Yuran Penginapan** (semasa Suaikenal) JUMLAH (A) 2.00 300. Penangguhan yang dibuat dua minggu selepas tarikh pendaftaran sebelum Kursus Intensif akan dikenakan hanya yuran tidak berulang dan separuh yuran pengajian. Yuran Kursus Yuran Modul Yuran Kegiatan Pelajar Yuran Penginapan (semasa Kursus Intensif) Yuran Peperiksaan JUMLAH (B) JUMLAH (A) + (B) * Tertakluk kepada perubahan IK SK 770. hanya yuran tidak berulang sahaja dikenakan.00 100.776.00 60.00 100.00 84.00 12.00 640.00 1.(x) (xi) Pelajar dibenarkan menangguh pengajian selama tidak lebih daripada 3 sidang akademik berturut-turut.186. c. lain-lain yuran dikecualikan.00 100.00 100. YURAN BERULANG a.00 1.00 330.00 330.

Tarikh Akhir Menjelaskan Yuran Pelajar diberi bayaran ansuran dua kali sahaja untuk satu sidang akademik.00 Denda bagi gugur/tambah kursus . Kaedah Bayaran Yuran (i) Tunai di kaunter Bank CIMB .2.RM50.00 Denda bagi kelewatan mendaftar kursus . 4.pembayaran boleh dilakukan secara pindahan tunai (FPX). (ii) Pembayaran secara atas talian (e-PAYMENT) . Tarikh akhir menjelaskan yuran secara dua ansuran ini akan dimaklumkan oleh Seksyen Hasil dan Kewangan Pelajar.my (PROFILE – MY ACCOUNT – IRECORD – PENYATA KEWANGAN – CETAK) . Yuran Lewat Yuran lewat sebanyak RM50.sila cetak dua (2) salinan slip pembayaran melalui laman sesawang: http://healthycampus.RM50. tersebut mesti dijelaskan bersama-sama dengan yuran pengajian. Denda (i) (ii) (iii) Denda bagi kehilangan Slip Peperiksaan/SEMGRED .00 setiap satu ansuran dikenakan jika bayaran dibuat selepas tarikh yang ditetapkan. Pastikan anda mempunyai kemudahan akaun pembankan internet untuk menggunakan FBX. 5. lebihan ini akan dikreditkan ke dalam akaun pelajar. Yuran Penginapan Semasa Kursus Intensif di Kampus Induk Pelajar-pelajar dikenakan yuran penginapan semasa Kursus Intensif. 6.00 7. Penangguhan selepas Kursus Intensif bermula akan dikenakan keseluruhan yuran pengajian. Pelajar yang mendaftar hanya kursus yang diulang dalam sesuatu sidang akademik tidak dikenakan yuran modul.bawa kedua-dua slip pembayaran tersebut ke kaunter cawangan CIMB berdekatan untuk urusan pembayaran .usm.kad kredit. Yuran 3.sila dapatkan kembali satu salinan borang pembayaran yang lengkap dicetak dengan maklumat bayaran dari bank untuk simpanan pelajar. Kredit Sekiranya yuran yang dibayar melebihi jumlah yang telah ditetapkan. Boleh menggunakan kad VISA/MASTERCARD dari manamana bank.RM5. . Jabatan Bendahari iaitu melalui pekeliling. -5- .

Kursus yang memperkuatkan major. -6- Minor - Elektif Kursus Universiti - . (b) Kursus Bahasa Inggeris (4 unit) Empat (4) unit Kursus Bahasa Inggeris adalah wajib dan akan dikira terhadap pengijazahan.8. Perlu lulus dengan gred C dan ke atas. NASIHAT DAN BIMBINGAN AM Pengkelasan Kursus (a) Di bawah Sistem Pengajian Empat Tahun Milinium (SPETM). Definisi kursus-kursus tersebut adalah seperti berikut: Teras Kursus Teras merupakan bungkusan kursus wajib yang melambangkan pengkhususan sesuatu bidang. BAGI PELAJAR TAHUN 1 YURAN-YURAN BERKENAAN HENDAKLAH DIJELASKAN SEBELUM ATAU PADA TARIKH YANG TELAH DITETAPKAN DALAM SURAT TAWARAN KEMASUKAN RPJJ.: 04-6533888 Ext: 3770/3771/3773/3777. struktur kurikulum setiap Rancangan Ijazah yang ditawarkan dibahagikan kepada Kursus Teras. Dua (2) unit kursus Bahasa Malaysia adalah wajib dan akan dikira terhadap pengijazahan. Pertanyaan Pertanyaan tentang yuran boleh dibuat melalui Telefon No. JUL 301/2 – Bahasa Malaysia III Kursus Bahasa Malaysia III hanya untuk pelajar warga emas yang tidak mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM sahaja. Kursus Elektif dan Kursus Universiti. Pelajar dibenarkan mengambil Minor daripada mana-mana bidang Minor yang ditawarkan oleh PPPJJ. Bungkusan bagi sesuatu pengkhususan mengandungi kursus Teras dan Elektif. Kursus Minor. Kursus Universiti terdiri daripada kursus-kursus berikut: (a) Kursus Bahasa Malaysia (2 unit) JUL 401/2 – Bahasa Malaysia IV. sama ada di luar daripada Rancangan Pengajian ataupun di dalam Rancangan Pengajian masing-masing berdasarkan kepada bungkusan yang telah ditetapkan. Kursus ini bernilai 4 unit. Setiap kursus perlu lulus dengan gred C dan ke atas.

-7- . Pelajar tidak dibenarkan berijazah sekiranya tidak mempunyai keputusan MUET. Keperluan mengambil kursus Bahasa Inggeris bergantung kepada keputusan MUET seperti berikut: Bil Kelayakan Bahasa Inggeris Kursus Yang Perlu Diambil JUE 100/2 – Preparatory English JUE 200/2 – English I JUE 300/2 – English II 2. MUET (Band 5 . MUET (Band 4 .Skor 220-259) (Band 6 .Syarat Kemasukan Kursus Bahasa Inggeris Pelajar diwajibkan mengambil MUET semasa dalam tempoh pengajian.Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer (f) Kursus Kemahiran (2 unit) JUS 101/2 – Teras Keusahawanan Perlu lulus dengan gred C dan ke atas.Skor 180-219) 3.Skor 0-179) Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (2 unit) JUT 101/2 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TISA) Perlu lulus dengan gred C dan ke atas. (d) Hubungan Etnik (2 unit) JUH 101/2 – Hubungan Etnik Perlu lulus dengan gred C dan ke atas. MUET (Band 1/2/3 . (e) Kokurikulum (3 unit) JUJ 103/3 .Skor 260-300) (c) JUE 200/2 – English I JUE 300/2 – English II JUE 300/2 – English II JUE 402/2 – Writing for Professional Purposes Status Kursus Prasyarat (Tiada Unit) Wajib Wajib Wajib Wajib Wajib Wajib 1. Pelajar yang belum mengambil peperiksaan MUET diminta untuk mengambil peperiksaan tersebut sebelum berijazah.

tutorial. (c) Portal E-Pembelajaran Portal E-Pembelajaran disediakan untuk pelajar mengakses maklumat pembelajaran dan juga berinteraksi dengan pensyarah dan rakan sekelas. peperiksaan berterusan dan membuat rujukan di perpustakaan. pelajar akan dibekalkan dengan modul sebagai bahan pembelajaran yang utama. Kelas amali akan dijalankan di Pusat-Pusat Wilayah yang berkenaan dan juga di kampus USM semasa Kursus Intensif. Semasa dalam pengajian. Kelas Sidang Video Kelas sidang video interaktif dikendalikan sendiri oleh pensyarah di PPPJJ melalui perkhidmatan sidang video (kecuali pelajar Sabah dan Sarawak yang dapat melihat rakaman melalui internet ataupun menonton siaran sehala juga melalui internet). pelajar mestilah menyediakan diri terlebih dahulu sebelum datang ke kelas sidang video. Aktiviti kursus intensif termasuklah kuliah.usm. (e) Peperiksaan Berterusan dan/atau Tugasan. Oleh yang demikian. aktiviti pembelajaran adalah terdiri daripada: (a) Pembelajaran kendiri melalui bahan yang ditulis khas (modul) atau buku teks terpilih. Pada umumnya. -8- (b) . (f) Kursus Intensif Kursus Intensif akan diadakan selama 2-3 minggu pada bulan November/Disember. (g) Peperiksaan Akhir Peperiksaan Akhir diadakan pada bulan April di beberapa tempat di seluruh Malaysia yang ditetapkan sebagai Pusat Peperiksaan untuk pelajar-pelajar PPPJJ. Kelas sidang video bukanlah untuk penyampaian kuliah.AKTIVITI PEMBELAJARAN Pada keseluruhannya.my/pppjj (d) Kelas Amali Terdapat banyak kursus Biologi. amali. pelajar juga dikehendaki menyelesaikan tugasan dan/atau menduduki peperiksaan berterusan yang dijalankan semasa Kursus Intensif. Ianya adalah kelas perbincangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari pelajaran mereka di pusat-pusat wilayah. Fizik dan Kimia yang mempunyai komponen amali. Semua pelajar dikehendaki hadir di Kampus Induk di Pulau Pinang. Alamat portal E-Pembelajaran: http://el.

Keb. Pahang Kolej Datu Patinggi Abang Hj. Kelantan Sek. Sains Kemasyarakatan dan Pengurusan. Men. Johor Sek. Wira Jaya 31350 Ipoh. Pulau Pinang Kolej Sultan Abdul Hamid Jalan Langgar. Tinggi Melaka Jalan Chan Koon Cheng. Abdillah Petra Jaya. Bandar Tun Razak 56000 Kuala Lumpur Sek. Keb. USM telah menubuhkan 12 buah Pusat Wilayah untuk Rancangan Sains. Keb. 93050 Kuching. Taman Desa Skudai 81300 Skudai. Perlis -9- 05 - Johor Bahru - 06 07 - Melaka Kota Bharu - 08 09 10 11 12 - Kuantan Kuching Kota Kinabalu Kuala Terengganu Arau - . Keb. 05460 Alor Setar. Kedah Sek. Men. Perak Sek. Keb.PUSAT WILAYAH Pusat Wilayah merupakan "pusat saraf" di mana kebanyakan kegiatan pengajaranpembelajaran PPPJJ dijalankan sepanjang sidang akademik. Terengganu Sek. Taman Desa Skudai Jalan Sejahtera 16. Sains Selangor Jalan Yacob Latif. Men. Agama Arau Jalan Syed Hassan 02600 Arau. (Jabatan Pendidikan Perubatan) 16150 Kota Bharu. Men. Men. Ilmu Kemanusiaan. Kubang Kerian. 25300 Kuantan. Sarawak Maktab Sabah. Peti Surat 10548 88000 Kota Kinabalu. Men. Kod 01 02 03 04 Pusat Wilayah Pulau Pinang Alor Setar Ipoh Kuala Lumpur Lokasi Universiti Sains Malaysia 11800 USM. Sultan Sulaiman 20400 Kuala Terengganu. Sabah Sek. Men. 75000 Melaka Kampus Kesihatan. Keb. Sultan Abu Bakar Jalan Beserah.

Tinggi Melaka Jalan Chan Koon Cheng. Taman Desa Skudai 81300 Skudai. Men.Tiap-tiap Pusat Wilayah adalah di bawah kelolaan seorang Pengurus Pusat Wilayah (PPW). Keb. Perak Perpustakaan Pusat Wilayah Kuala Lumpur Sek. 3. . 5. 75000 Melaka 2. KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN Perpustakaan Universiti Sains Malaysia mengadakan berbagai perkhidmatan untuk pelajar Rancangan Pengajian Jarak Jauh. (ii) Untuk meminjam buku-buku Perpustakaan Universiti Sains Malaysia dari Perpustakaan-perpustakaan Pusat Wilayah. Perpustakaan Pusat Wilayah Alor Star Kolej Sultan Abdul Hamid Jalan Langgar. Peranan utama seorang Pengurus Pusat Wilayah ialah berkhidmat sebagai orang perantaraan antara Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM dengan pihak Pusat Wilayah. pelajar dari semua pusat wilayah dibenarkan meminjam buku daripada koleksi Jarak Jauh di Perpustakaan Universiti Sains Malaysia. Keb. Bandar Tun Razak 56000 Kuala Lumpur Perpustakaan Pusat Wilayah Johor Bahru Sek. Sains Selangor Jalan Yacob Latif. Koleksi Buku-buku PPPJJ ditempatkan di: 1. Taman Desa Skudai Jalan Sejahtera 16.00 sebagai cagaran. Walau bagaimanapun. Men. Pengajar Sambilan dan Persatuan Mahasiswa Jarak Jauh yang bermastautin di wilayah berkenaan serta sebagai kaunselor kepada pelajar-pelajar. 4. Perkhidmatan ini amnya adalah untuk pelajar yang tinggal di kawasan pendalaman yang tidak berupaya untuk mendapatkan kemudahan lain. (i) Perkhidmatan Pinjaman Melalui Pos.10 - . Kedah Perpustakaan Pusat Wilayah Ipoh Sek. Men. Wira Jaya 31350 Ipoh. Keb. 05460 Alor Setar. Men. peraturan khas telah dibuat. Johor Perpustakaan Pusat Wilayah Melaka Sek. Mereka boleh meminjam buku terus dari Perpustakaan Universiti melalui pos dengan mengirimkan terlebih dahulu wang pos sebanyak RM20.

Keb. Perlis 7.6.11 - . 8. Kuching. Men. Agama Arau Jalan Syed Hassan 02600 Arau. Terengganu Perpustakaan Perubatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Perpustakaan Pusat Wilayah Kuantan Sek. 11800 USM. Sarawak Perpustakaan Pusat Wilayah Arau Sek. Pelajar perlu mengirimkan wang pos sebanyak RM20. Keb. Sultan Abu Bakar Jalan Beserah.00 sebagai cagaran dan semua bayaran fotokopi dan pos akan dikenakan kepada pelajar berkenaan. Pahang Perpustakaan Pusat Wilayah Kuala Terengganu Sek. Pulau Pinang. Peti Surat 10548 88806 Kota Kinabalu. (iv) Perkhidmatan fotokopi untuk artikel dan bab-bab tertentu daripada buku boleh dipohon daripada Perpustakaan Universiti. Sultan Sulaiman 20400 Kuala Terengganu. Sabah Perpustakaan Pusat Wilayah Kuching Kolej Datu Patinggi Abang Hj. Universiti Sains Malaysia Pelajar boleh menggunakan koleksi Rancangan Pengajian Jarak Jauh dan kemudahan lain apabila mereka datang ke Perpustakaan Hamzah Sendut 1 USM ini. Pelajar boleh meminjam buku dari mana-mana perpustakaan pusat wilayah dan mengembalikan semula buku tersebut ke pusat wilayah yang berkenaan. Abdillah 93050 Petra Jaya. 10. Untuk mendapatkan kemudahan ini. Keb. 9. Men. 16150 Kota Bharu. Men. Semasa kursus intensif semua pelajar amat digalakkan menggunakan semaksimum mungkin kemudahan yang disediakan di perpustakaan ini. (iii) Perpustakaan Hamzah Sendut 1. 11. 25300 Kuantan. pelajar dinasihatkan supaya menulis terus kepada Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (Bahagian Koleksi Jarak Jauh). Kelantan Perpustakaan Pusat Wilayah Kota Kinabalu Maktab Sabah. .

perkara-perkara berikut perlu diberi penelitian untuk mengelakkan kesilapan yang boleh menimbulkan kesulitan: Kod Kursus Nilai Unit Kursus Kod Jenis Kursus Prasyarat Kursus Syarat Pusat Pengajian Unit Minimum dan Maksimum yang boleh didaftarkan Pelajar perlu membuat perancangan untuk keseluruhan tempoh pengajian bagi memudahkan pendaftaran kursus-kursus dalam sesuatu sidang akademik.sekurang-kurangnya 40 jam masa pembelajaran bagi setiap Sidang Akademik. Sebelum mendaftar kursus. pelajar mesti mengumpulkan jumlah kredit yang ditetapkan bergantung kepada rancangan pengajian masing-masing. Oleh itu. pelajar hendaklah berbincang dengan pengerusi rancangan bagi menentukan kursus-kursus yang harus didaftarkan untuk sesuatu sidang akademik. Unit yang diberikan berdasarkan skop kurikulum dan beban kerja pelajar dalam kursus yang berkenaan itu. . (b) Unit Kredit Terkumpul Unit yang telah didaftarkan dan lulus dikenali sebagai kredit. Pelajar diingatkan bahawa pendaftaran kursus merupakan pendaftaran yang rasmi dan muktamad.SISTEM AKADEMIK Takrifan (a) Unit Tiap-tiap kursus diberi nilai yang dikenali sebagai UNIT. 1 unit . Pendaftaran dibuat setelah pelajar memperolehi keputusan peperiksaan akhir (kecuali pelajar tahun 1 yang perlu mendaftar semasa kursus orientasi). Pelajar dinasihatkan menggunakan masa bergantung kepada unit sesuatu kursus. Untuk berijazah.12 - . MAKLUMAT PENDAFTARAN KURSUS (a) Aktiviti Pendaftaran Kursus PPPJJ memerlukan semua pelajar mendaftar kursus setiap sidang akademik.

sebelum dibenarkan mengambil kursus peringkat lebih tinggi [sebagai Prasyarat]. (c) Unit Minimum dan Maksimum Yang Boleh Didaftarkan Setiap Sidang Akademik Pendaftaran Kursus Pelajar Bertaraf Lulus Jumlah unit yang dibenarkan untuk setiap pelajar mendaftar adalah seperti berikut: Rancangan Sains/Ilmu Kemanusiaan/ Sains Kemasyarakatan Pengurusan Minimum 10 10 Maksimum 25 34 .13 - .Kursus Teras E . Z - Prestasi/gred dalam kursus tidak diambil kira dalam pengiraan markah keseluruhan serta jumlah unit terhadap keperluan pengijazahan. Kursus yang didaftar untuk memenuhi keperluan struktur-struktur Rancangan Pengajian dibahagikan mengikut jenis-jenis seperti berikut: T . Pelajar-pelajar hendaklah merujuk senarai itu untuk memilih dan mendapatkan maklumat mengenai kursus untuk tujuan pendaftaran. (b) Klasifikasi Jenis Kursus Pelajar dibenarkan mendaftar sesuatu kursus sekiranya memenuhi prasyarat bagi kursus tersebut [jika ada].Kursus Minor U .Kursus Universiti ------------------------------------------------------------------------------------------------Y Kursus Audit yang diambil semata-mata untuk menambahkan pengetahuan Kursus khas yang mesti mencapai sekurang-kurangnya gred ‘C’ [Lulus].Kursus Elektif M . Borang Pendaftaran Kursus yang telah diisi hendaklah dihantar terus kepada PPPJJ mengikut tarikh yang ditetapkan.Senarai kursus yang akan ditawarkan beserta borang pendaftaran kursus untuk sidang akademik berikutnya akan diedarkan sebelum pendaftaran kursus pada bulan Mei.

(ii) Pendaftaran Kursus Pelajar Bertaraf “Tertahan” Pendaftaran kursus pada sesuatu sidang akademik oleh pelajar yang berada pada tahap “Tertahan” dihadkan seperti berikut: Taraf Akademik Tertahan I [T1] Tertahan II [T2] Unit Maksimum 16 unit 12 unit Taraf Tertahan . pelajar dibenarkan meneruskan pengajian dan taraf dikekalkan sebagai T2.68 51 – 69 69 – 102 70 103 . T2. Seseorang pelajar yang berada dalam taraf tertahan tiga sidang akademik berturut-turut (T1. Walau bagaimanapun bagi pelajar tahun 2 ke atas bagi pelajar yang mempunyai PNG/PNGK yang baik dibenarkan mendaftar maksimum 30 unit kecuali pelajar Pengurusan dibenarkan mendaftar maksimum sehingga 38 unit. (d) Penarafan Tahun Pengajian Pelajar Pelajar-pelajar [mengikut Rancangan Pengajian yang berkenaan] disamatarafkan sebagai pelajar tahun pertama. ketiga dan keempat berdasarkan jumlah kredit yang telah dikumpulkan seperti berikut: Rancangan Pengajian (Jumlah Kredit Untuk Berijazah) Sains/Ilmu Kemanusiaan/ Sains Kemasyarakatan (100 unit) Pengurusan (136 unit) Taraf Tahun Berasaskan Jumlah Kredit Terkumpul Pertama Kedua Ketiga Keempat 0 – 24 0 – 34 25 – 50 35 . Dekan tidak boleh melonggarkan ketetapan ini. jika nilai PNGK ialah 2.99 dan ke bawah.14 - . kedua. Had minimum dan maksimum ini adalah muktamad. Walau bagaimanapun Dekan boleh membenarkan pelajar mendaftar jumlah unit yang kurang daripada had minimum hanya bagi pelajar yang telah melebihi tempoh minimum bermastautin. Walau bagaimanapun.(i) Had maksimum ini termasuk unit kursus-kursus yang diulang dan kursus JUE 100.Taraf tertahan dikenakan kepada pelajar-pelajar yang memperolehi PNG 1. FO) tidak akan dibenarkan meneruskan pengajiannya di Universiti ini.00 dan ke atas.

Bangunan Canselori.15 - . Dekan/Timbalan Dekan Akademik mempunyai hak untuk tidak memperakukan pelajar menggugurkan kursus sekiranya pelajar tidak serius terhadap kursus yang diambil seperti gagal menghadiri kuliah. pelajar hendaklah berbuat demikian melalui borang-borang tertentu yang dapat diperoleh di Pusat Pengajian atau di Unit Pemprosesan Data & Rekod [Aras 1]. Walau bagaimanapun. alamat kecemasan dan alamat tetap. Kemudahan untuk menggugurkan kursus tidak boleh disalahgunakan. (iii) (iv) (v) (g) Pengemaskinian Rekod Akademik Maklumat rekod akademik terkini dicetak dalam dokumen “CANGRED”. tutorial dan amali dan tidak melaksanakan kerjakursus. Borang Gugur/Tambah Kursus mesti diisi oleh pelajar dan ditandatangani oleh Dekan/Timbalan Dekan Akademik dan disampaikan kepada Unit Peperiksaan. pertimbangan boleh diberikan seperti berikut: (i) (ii) Pengguguran kursus hanya dibenarkan sehingga 31 Julai tahun berkenaan tanpa denda. (f) Pengguguran Kursus Pengguguran kursus tanpa sebarang alasan yang munasabah tidak dibenarkan selepas selesai aktiviti pendaftaran kursus.00 untuk setiap permohonan. Sebarang kesilapan mengenai pendaftaran kursus mesti dimaklumkan kepada PPPJJ dengan serta merta dalam tempoh aktiviti pendaftaran kursus.(e) Slip Pengesahan Kursus Slip Pengesahan Kursus yang diberikan selepas pendaftaran kursus hendaklah disemak dengan teliti untuk memastikan tiada kesilapan. Pelajar juga digalakkan untuk memberi nombor telefon/telefon bimbit terkini supaya dapat dihubungi dengan cepat jika terdapat keperluan. Pelajar dinasihati supaya menyemak maklumat tersebut dan sekiranya perlu dikemaskinikan. Pelajar bertanggungjawab sendiri untuk mengemaskinikan alamat sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam alamat penggal. (h) Penangguhan Pengajian Memandangkan pelajar mengikuti pengajian bukan secara sepenuh masa dan kerana terdapatnya tuntutan-tuntutan pekerjaan dan peribadi (diri sendiri dan . Pengguguran kursus selepas 31 Julai tahun berkenaan dan sebelum hari ke-4 kursus intensif dengan alasan-alasan yang kukuh mesti diluluskan oleh Dekan/Timbalan Dekan Akademik Pusat Pengajian dan pelajar akan didenda RM50. Pelajar yang sedemikian akan dihalang menduduki peperiksaan akhir dan diberi gred ‘X’. Permohonan untuk menggugur kursus selepas hari ke-4 kursus intensif tidak akan dipertimbangkan.

Jumlah penangguhan pengajian tidak terbatas sekiranya pelajar tidak menangguh pengajian tiga kali berturut-turut. Pelajar yang mendapat gred ‘X’ dan ‘F*’ tidak dibenarkan mengambil peperiksaan KSCP. Tarikh penentuan permulaan penangguhan pengajian (tujuan penetapan yuran) ialah sama dengan tarikh penerimaan Borang Penangguhan Pengajian. Pelajar dibenarkan menangguh pengajian selama tiga sidang akademik berturut-turut. 7. Mereka akan diberikan taraf Tidak Aktif (dengan penalti ataupun tanpa penalti tertakluk kepada alasan yang diberikan. Kota Kinabalu dan Kuching. 4. Pelajar yang menangguh pengajian selama tiga sidang akademik berturutturut dan telah menjelaskan kesemua yuran akan dijadikan pelajar Aktif pada sidang akademik berikutnya. 2. 5.keluarga). 8. Pelajar yang menangguh pengajian dan terhutang yuran akan secara automatik diberi taraf pelajar Tidak Aktif dan diberikan penangguhan pengajian untuk sidang akademik berikutnya. Peperiksaan KSCP hanya akan diadakan di Kampus Induk USM di Pulau Pinang. 1. Dengan penalti bermakna tahun penangguhan pengajian tersebut diambil kira ke dalam bilangan maksimum jangkamasa pengajian). Pelajar boleh menangguh pengajian atas sebab-sebab tertentu. Borang yang telah diisi dan disertai dengan dokumen-dokumen sokongan mestilah dikembalikan kepada: Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh 11800 Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang (i) Kursus Semasa Cuti Panjang (KSCP) Kursus Semasa Cuti Panjang hanya ditawarkan kepada pelajar tahun akhir yang akan berijazah dan memerlukan tidak lebih daripada tiga (3) kursus. kecuali jika beliau memohon untuk menangguh pengajian seterusnya. kemudahan Penangguhan Pengajian akan dipertimbangkan dengan saksama. Pelajar boleh memohon penangguhan pengajian untuk sidang berkenaan pada bila-bila masa sebelum 1 Mac tahun berkenaan. 6. Pelajar yang menangguh pengajian dan tidak terhutang yuran akan secara automatik dijadikan pelajar Aktif pada sidang akademik berikutnya. tertakluk kepada jumlah tahun penangguhan pengajian tidak melebih tiga sidang akademik berturut-turut. 3. Permohonan mestilah menggunakan "Borang Permohonan Untuk Penangguhan Pengajian Jarak Jauh" yang boleh diperolehi daripada PPPJJ.16 - . .

17 - . Makna huruf/angka dalam kod tersebut adalah seperti berikut: A B C 1 2 3 / 4 Nilai unit kursus Bilangan siri kursus Jenis kursus: 0 = Kursus Asas 1-7 = Kursus Teras 8-9 = Projek/Amali/Lapangan Kecuali Pengurusan Peringkat Kursus: 1 = Tahun 1 2 = Tahun 2 3 = Tahun 3 4 = Tahun 4 Bidang Kursus: A = Antropologi/Sosiologi B = Biologi E = Ekonomi/Bahasa Inggeris F = Fizik G = Geografi J = Pusat K = Kimia/Kesusasteraan M = Matematik L = Bahasa Melayu P = Sains Politik/Pengurusan T = Tamaddun W/P = Pengurusan I = Sains M = Ilmu Kemanusiaan K = Sains Kemasyarakatan T/F/R/O = Pengurusan U = Kursus Universiti J = Jarak Jauh .KOD KURSUS Setiap kursus yang ditawarkan dilambangkan dengan suatu kod berbentuk ABC 123/4.

Penilaian kursus ditentukan berdasarkan prinsip penilaian secara berterusan daripada komponen kerja kursus dan peperiksaan akhir. Sistem Purata Nilai Gred Prestasi pelajar dalam sesuatu kursus dinilai mengikut skala berikut: . esei. Tempoh Peperiksaan Akhir Kursus Yang Bernilai 2 unit 2 unit 3 unit atau lebih 3 unit atau lebih Tempoh Peperiksaan 1 jam untuk kerja kursus melebihi 40% 2 jam untuk kerja kursus 40% dan ke bawah 2 jam untuk kerja kursus melebihi 40% 3 jam untuk kerja kursus 40% dan ke bawah Penghalangan Peperiksaan Pelajar boleh dihalang daripada menduduki Peperiksaan Akhir jika tidak memenuhi keperluan kursus seperti tidak hadir kuliah. ujian. projek dan tugasan. Setiap pelajar mestilah terlebih dahulu menjelaskan semua yuran dan juga memenuhi syarat keperluan kuliah/tutorial/sidang video/amali dan keperluan-keperluan lain bagi setiap kursus sebelum layak menduduki peperiksaan akhir bagi kursus-kursus yang didaftarkan.SISTEM PEPERIKSAAN Peperiksaan akhir diadakan pada akhir setiap sidang akademik. Pelajar juga boleh dihalang mengambil peperiksaan akhir jika tidak menjelaskan yuran pengajian. Pelajar mesti menduduki peperiksaan bagi kursus-kursus yang didaftarkan semasa pendaftaran kursus. Kursus yang dihalang akan diberi gred ‘X’. Penilaian kerja kursus boleh mengandungi aspek-aspek seperti penglibatan dalam tutorial.18 - . tutorial dan Sidang Video dan tidak menyempurnakan keperluan komponen kerja kursus.

Pelajar yang dapat gred ‘C’ dan ke atas tidak dibenarkan mengulangi kursus.00 Pelajar yang mendapat gred ‘C-‘ dan ke bawah boleh memperbaiki nilai grednya dengan mengulangi kursus itu pada sidang akademik berikutnya.67 2.Gred A AB+ B BC+ C CD+ D DF Nilai Gred 4. . PNGK ialah Purata Nilai Gred Kumulatif yang dikumpulkan oleh pelajar daripada satu sidang akademik ke satu sidang akademik pengajiannya.00 2. Pencapaian dalam sesuatu sidang akademik dikira berdasarkan Purata Nilai Gred [PNG] yang diperoleh daripada semua kursus yang didaftarkan pada sidang akademik tersebut.19 - .33 1.00 1.33 2.67 1.67 3.67 0. PNG ialah ukuran untuk menentukan pencapaian Taraf Akademik pelajar bagi sesuatu sidang akademik.00 0.00 3.33 3.

33 2.66  40.00 10.68 9.20 - .66  2.99 PNGK  Jumlah NG terkumpul 43.99 5.99 84.Contoh kiraan PNG dan PNGK: Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2009/2010 Kursus ABC XX1 ABC XX2 BCD XX3 CDE XX4 EFG XX5 EFG XX6 JUMLAH PNG  Unit 4 4 3 4 3 2 20 43.00 2.65   Jumlah bil.18 20 Gred (G) B C+ CC D+ B- Nilai Gred (NG) 3.00 9.34 43.00 1.00 2.66 Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2010/2011 Kursus ABC XX7 ABB XX8 BBC XX9 BCB X10 XYZ XX1 JUMLAH PNG  40.67 2.33 1.00 2.01 8.23 Dalam contoh di atas.32 8. unit terkumpul 20  18 38  2.99  2.28 18 Unit 3 4 4 4 3 18 Gred (G) D C+ C BB+ Nilai Gred (NG) 1.32 5. . dibahagi dengan jumlah bilangan unit yang didaftarkan.33 2.00 3.67 3.67 Jumlah NG 12.33 Jumlah NG 3. PNGK dikira sebagai jumlah nilai gred terkumpul bagi semua kursus yang diambil.00 9.99 40.

Calon-calon yang tidak mempunyai Slip Peperiksaan tidak dibenarkan masuk sehingga kelayakannya untuk mengambil peperiksaan itu dibuktikan.21 - . Borang Kehadiran akan dipungut oleh PengawasPengawas. . 3. akan dicetak di atas kertas biru dan dipaparkan di papan kenyataan di Pusat-pusat Peperiksaan. Selepas berada di tempat masing-masing calon-calon dikehendaki : [a] mengisi Borang Kehadiran dan meletakannya di atas meja di sudut sebelah kanan. Calon-calon yang tidak mempunyai Kad Pengenalan akan dikehendaki meyakinkan Ketua Pengawas/Pengawas yang bertugas di Dewan Peperiksaan berkenaan dengan pengenalan diri mereka. 6. Calon yang hadir lewat lebih dari setengah jam tidak dibenarkan masuk ke Dewan Peperiksaan. Slip peperiksaan adalah dokumen rasmi Universiti dan calon tidak dibenarkan menulis pada mana-mana bahagian di atas slip peperiksaan. skrip jawapan berkenaan tidak akan diperiksa oleh pemeriksa dan calon-calon tidak akan menerima sebarang markah. Calon-calon mestilah tiba tepat pada waktu peperiksaan dan membawa Kad Pengenalan. jika ada. Pindaan seperti itu. Di atas kulit buku jawapan. [Calon akan diberi Gred F* dan tidak di benar mengambil peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang/Tambahan]. Angka Giliran hendaklah ditulis dengan menggunakan ejaan dan juga angka seperti `Satu Kosong Kosong Kosong Satu' [10001].Arahan/Peraturan Peperiksaan 1. Calon-calon tidak dibenarkan masuk ke Dewan Peperiksaan sehingga Pengawas yang bertugas memberi isyarat untuk berbuat demikian. 5. Calon-calon dinasihatkan supaya sentiasa melihat papan-papan kenyataan jika terdapat sebarang pindaan terhadap jadual waktu peperiksaan. masa. tempat dan susunan tempat duduk untuk kertas-kertas peperiksaan masing-masing. 4. Calon-calon diingatkan supaya menyimpan Kad Pengenalan dan Slip Peperiksaan mereka selepas disemak. Calon tidak akan di benar mengambil peperiksaan bagi kursus yang tidak tercatat di dalam Slip Peperiksaan. [b] meletak Kad Pengenalan dan Slip Peperiksaan di atas Borang Kehadiran yang telah dilengkapkan. Kesilapan membaca jadual waktu tidak diterima sebagai alasan untuk gagal menghadiri peperiksaan. 2. Calon-calon dilarang menulis nama mereka di atas buku/kertas jawapan. Biasanya calon-calon dibenarkan masuk sepuluh minit sebelum peperiksaan bermula. Kad Daftar Pelajar dan Slip Peperiksaan masing-masing. Setelah dibenarkan calon hendaklah mengambil tempat duduk dengan senyap dan teratur. Calon-calon mesti mengambil perhatian yang teliti tentang jadual waktu peperiksaan dari segi tarikh. Caloncalon mesti menulis Angka Giliran dengan angka sahaja di atas semua kertas jawapan yang digunakan. Calon-calon yang tidak menulis Angka Giliran atau tersilap menulis Angka Giliran di buku jawapan/borang OMR.

8. . kecuali bahan-bahan yang dibenarkan oleh pemeriksa tidak boleh dibawa masuk atau dibawa keluar oleh calon dari tempat peperiksaan. beliau mestilah mengangkat tangan. dokumen-dokumen. Calon-calon diingatkan supaya meneliti dan mematuhi segala arahan yang tercatat di atas kulit buku jawapan. 14. Semua kertas jawapan sama ada digunakan atau belum mestilah ditinggalkan di Dewan Peperiksaan. sama ada melalui percakapan atau cara yang lain. kotak geometri atau bekas lain. telefon bimbit. 11. Calon-calon hanya dibenarkan meninggalkan tempat peperiksaan selepas setengah jam peperiksaan bermula. penggunaan Kamus Elektronik semasa peperiksaan adalah dilarang. Sebaik sahaja isyarat ini diberikan.22 - . kotak pensel. Calon-calon tidak dibenarkan membawa keluar buku jawapan dan/atau kertas jawapan dari Dewan Peperiksaan. Calon-calon tidak dibenarkan berhubung di antara satu dengan lain semasa peperiksaan. calon boleh menerima daripada Pengawas buku-buku. Walau bagaimanapun. Calon-calon tidak dibenarkan merokok di dalam Dewan Peperiksaan semasa peperiksaan. Calon-calon tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam Dewan Peperiksaan sebarang jenis beg. tidak seorang calon pun dibenarkan meninggalkan Dewan Peperiksaan lima belas minit sebelum tamat peperiksaan. Ketua Pengawas/Pengawas yang bertugas akan memberi isyarat yang nyata dan jelas untuk menandakan bahawa peperiksaan telah tamat. Calon-calon hanya boleh membawa masuk pen. 13. gambar-gambar atau sebarang bahan yang telah dibenarkan oleh Dekan/Pengarah di atas nasihat pemeriksa atau Majlis Pemeriksa. Buku Jawapan Tambahan akan dibekalkan kepada calon-calon jika diminta. nota atau gambar. Mesin kira boleh dibawa masuk tanpa sarungnya jika dibenarkan oleh pemeriksa. Jika calon ingin berhubung dengan Pengawas. Catatan kasar mestilah dibuat di atas kertas jawapan sahaja. Sila ambil perhatian. kertas dokumen. Calon-calon yang jatuh sakit semasa peperiksaan sedang berlangsung mestilah melaporkannya kepada Pengawas yang bertugas di Dewan Peperiksaan dengan secepat mungkin.7. Calon-calon adalah bertanggungjawab untuk mengikat buku jawapan [jika perlu] dan terus berada di tempat masing-masing sehingga skrip jawapan dikutip oleh Ketua Pengawas/Pengawas dan calon-calon hanya dibenarkan keluar dari Dewan Peperiksaan setelah dimaklumkan oleh Ketua Pengawas/Pengawas. 12. 15. 10. semua calon hendaklah berhenti menulis. pensel dan alat tulis lain yang dibenarkan sahaja. Buku. Semasa berada di tempat peperiksaan. kertas-kertas. dompet. 9.

19. Pusat-pusat peperiksaan untuk Peperiksaan Akhir adalah seperti berikut: Kod 01 02 03 04 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 2. 17. akan dianggap gagal di dalam keseluruhan peperiksaan dan boleh dikeluarkan daripada Senarai Pelajar Berdaftar Universiti.usm. Bagi calon-calon yang mengalami masalah kesihatan. Sebarang pertanyaan berhubung dengan peperiksaan akhir pelajar dinasihatkan berhubung terus kepada: .16. Pusat Sejahtera [Pusat Perubatan dan Pergigian] Universiti Sains Malaysia atau hospital/klinik kerajaan.my/portalreg/bpa/peperiksaan. Calon-calon yang gagal menghadiri kesemua kertas peperiksaan tanpa sebab yang dapat diterima oleh Majlis Peperiksaan Universiti ataupun tanpa kelulusan pihak Universiti terlebih dahulu. Sila rujuk portal PPPJJ atau laman web Unit Peperiksaan: http://registry. sila dapatkan nasihat Pengarah.23 - . Jika seseorang calon didapati meniru/menipu ataupun mempunyai bahan-bahan yang tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam Dewan Peperiksaan semasa peperiksaan diadakan. tindakan disiplin yang sewajarnya akan diambil terhadap calon yang berkenaan. Jika seseorang calon disyaki meniru/menipu ia boleh disingkir dari Universiti. Calon-calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan bagi mana-mana kertas yang didaftarkannya hendaklah memberi sebab-sebab mengapa mereka gagal menghadiri peperiksaan [secara bertulis] kepada Pendaftar [melalui Ketua Penolong Pendaftar (Unit Peperiksaan)]. Pusat Peperiksaan Akhir Alor Setar USM (Kampus Induk) Ipoh Kuala Lumpur Melaka Johor Bahru Kota Bharu Kuala Terengganu Kuantan Kota Kinabalu Kuching Sibu Klang Miri Tempat peperiksaan akhir dan alamat lengkap akan diberitahu kepada calon sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum peperiksaan akhir bermula. Pusat Peperiksaan Wilayah 1.htm. 18.

my]. Antara maklumat penting yang tertera di atas slip peperiksaan ialah maklumat-maklumat kursus yang didaftarkan untuk peperiksaan dan nama Pusat Peperiksaan Akhir calon berdaftar. 3479/3121/3069/3074 04-657 3409 Talian Bilik Operasi: 04-653 3888 samb. Unit Peperiksaan dengan menyertakan maklumat penuh seperti nama.24 - . Berhubung dengan Pendaftaran Kursus. . Perlu diingatkan bahawa calon-calon hanya dibenarkan menduduki peperiksaan di Pusat Peperiksaan Akhir yang tertera di atas slip peperiksaan akhir calon sahaja. rancangan pengajian. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Ketua Penolong Pendaftar. pelajar mesti menyemak dengan teliti kod dan jenis kursus yang didaftarkan pada sidang semasa. Pusat Peperiksaan dan Alamat Surat-Menyurat Satu aktiviti yang diwajibkan bagi pelajar jarak jauh semasa menghadiri kursus intensif di kampus USM ialah pemilihan pusat peperiksaan dan penyemakan alamat surat menyurat. 04-653 3888 samb. alamat. Sebarang permohonan untuk pertukaran pusat peperiksaan hanya akan dibenarkan sebelum bulan Januari bagi Sidang Akademik tersebut. Pengesahan Pendaftaran Kursus. Pelajar dinasihatkan meneliti dan menyemak maklumat-maklumat di atas sebelum menandatangani borang berkenaan. Pengeluaran Slip Peperiksaan Semua pelajar diwajibkan mencetak slip peperiksaan masing-masing melalui portal Kampus Sejahtera [http://healthycampus. Setiap pelajar perlu mempunyai SLIP PEPERIKSAAN untuk menduduki peperiksaan. Pulau Pinang Talian telefon: Telefaks: 3. nombor matrik. Pelajar RPJJ yang tidak mempunyai slip peperiksaan tidak dibenarkan memasuki dewan peperiksaan.Ketua Penolong Pendaftar Unit Peperiksaan Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar Universiti Sains Malaysia 11800 USM. pusat peperiksaan akhir dan alasan serta bukti yang kukuh untuk pertukaran pusat peperiksaan.usm. 4310/4311 Pelajar hanya dibenarkan mengambil peperiksaan di Pusat Peperiksaan seperti mana yang dinyatakan dalam slip peperiksaan masing-masing sahaja. Pengguguran kursus hanya dibenarkan selewat-lewatnya hari keempat Kursus Intensif bermula.

Dikenakan tindakan disiplin oleh Majlis Peperiksaan Universiti. . (ii) dan (iii) di atas boleh dihalang daripada mengambil peperiksaan. Pelajar akan diberi amaran dan boleh ditamatkan pengajian.my]. Nilai PNG adalah untuk menentukan taraf akademik pelajar pada sidang berkenaan dan nilai PNGK adalah untuk menentukan keperluan pelajar untuk berijazah. Sila ambil perhatian bahawa pelajar-pelajar yang tidak memenuhi perkara (i). Pelajar dibenarkan membuat bantahan terhadap Jadual Waktu Peperiksaan Akhir sekiranya berlaku kes-kes berikut: (a) (b) Pertindihan masa bagi kursus yang didaftar. Pelajar-pelajar yang disahkan oleh Jabatan Bendahari telah menjelaskan yuran pengajian dan tidak mempunyai hutang dengan Universiti. Pelajar-pelajar yang disahkan oleh Dekan Pusat Pengajian telah menyempurnakan tugasan/kerja kursus dengan memuaskan. (b) Keputusan Peperiksaan Bagi Kursus-Kursus Yang Dihalang: (i) (ii) (iii) (c) Gred untuk komponen kerja kursus = Gred X Gred untuk komponen peperiksaan = Gred X Gred untuk Penilaian Akhir (FA) = Gred X Pengiraan PNG dan PNGK Kursus yang diberi Gred X akan diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK.25 - . (d) Sekatan (Penalti) Ke Atas Kursus Yang Diberi Gred X (i) (ii) Tidak dibenarkan mengambil peperiksaan tambahan atau KSCP. Kursus yang dijadualkan melebihi 4 kali berturutan tanpa selang masa (4 in a row).usm.Kelayakan Mengambil Peperiksaan (a) Syarat-Syarat (i) (ii) (iii) Pelajar dibenarkan mengambil peperiksaan bagi kursus-kursus yang dinyatakan di atas slip peperiksaan sahaja. Jadual Waktu Peperiksaan Akhir (i) (ii) Tarikh peperiksaan akhir akan diumumkan oleh pihak Unit Peperiksaan dalam portal Kampus Sejahtera [http://healthycampus.

Pulau Pinang Alasan yang dikemukakan akan ditimbang dan diperakukan seperti berikut: (i) Bagi alasan yang diterima oleh Majlis Peperiksaan Universiti.(c) Atas permintaan pelajar. Gred DK akan dikecualikan di dalam pengiraan PNG dan PNGK. Walau bagaimanapun pindaan tidak dapat dilakukan sekiranya terdapat konstrain dari segi kapasiti dewan. Sebarang pindaan Jadual Waktu Peperiksaan dan Pusat-Pusat Peperiksaan Akhir akan dimaklumkan kepada pelajar melalui portal Kampus Sejahtera [http://healthycampus. Disahkan oleh Dekan Pusat Pengajian. calon akan diberi Gred DK [Dengan Kebenaran].26 - . Calon-calon yang gagal menduduki peperiksaan sesuatu kursus atas sebab-sebab berikut akan diberi Gred F*. (iv) Pindaan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir dan Pusat-Pusat Peperiksaan Akhir. Penalti Tidak Menduduki Peperiksaan Calon yang tidak menghadiri peperiksaan untuk mana-mana kursus perlu mengemukakan alasan secara bertulis berserta dengan dokumen yang sah [Sijil Cuti Sakit hendaklah dikeluarkan oleh Pusat Sejahtera (Pusat Perubatan dan Pergigian USM) atau hospital/klinik kerajaan] dalam tempoh 7 HARI selepas peperiksaan kertas berkenaan dijalankan.usm. Semua surat tunjuk sebab perlu dihantar kepada: Ketua Penolong Pendaftar Unit Peperiksaan Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar Universiti Sains Malaysia 11800 USM. TAKP SLJW THTA ADT Tidak Ambil Slip [Kad] Peperiksaan Silap Lihat Jadual Waktu Tidak Hadir Tanpa Alasan Alasan Ditolak Oleh Majlis Peperiksaan Universiti (ii) Gred F* akan diambilkira di dalam pengiraan PNG dan PNGK dan calon tidak dibenarkan menduduki Peperiksaan Tambahan/KSCP. Permohonan perlu memenuhi kriteria berikut: (i) (iii) Persetujuan pensyarah yang menyelaras dan mengajar kursus tersebut.my] selewatlewatnya 2 minggu sebelum peperiksaan akhir bermula. . pertindihan kursus dan "4 in a row".

Peperiksaan Tambahan/KSCP (i) (ii) Perlu diingatkan bahawa Peperiksaan Tambahan/KSCP hanya ditawarkan kepada pelajar-pelajar tahun akhir yang akan berijazah sahaja. No. maka bayaran yang dikenakan itu dapat dituntut kembali dengan mengemukakan resit asal. Peperiksaan Akhir serta kod dan tajuk kertas yang berkenaan. beliau boleh merayu supaya pihak Universiti menyemak semula keputusan peperiksaan bagi kertas tertentu. Tahun Pengajian. Sekiranya penyemakan semula telah menghasilkan pindaan kepada markah dan gred. Pelajar berkenaan terpaksa mengulang kursus berkenaan pada sidang akademik berikutnya. seseorang pelajar yang ingin memohon keputusan peperiksaannya disemak semula akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.27 - .00 bagi setiap kertas peperiksaan. Bayaran itu hendaklah dibuat di atas nama Bendahari. Pelajar tahun akhir yang mendapat Gred X dan F* tidak dibenarkan mengambil Peperiksaan Tambahan/KSCP. Semua rayuan mesti dibuat secara bertulis dan dialamatkan kepada: Ketua Penolong Pendaftar Unit Peperiksaan Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar Universiti Sains Malaysia 11800 USM. Sebagai syarat. Universiti Sains Malaysia dan dimajukan kepada Unit Peperiksaan untuk diproseskan selanjutnya. Pulau Pinang Rayuan perlu mengandungi Nama Penuh. . Perlu dimaklumkan bahawa penyemakan semula ini akan hanya melibatkan pengesahan sama ada skrip jawapan telah disemak dan diberi markah secara konsisten dan penghitungan jumlah markah adalah betul. Mengulangi Kursus Pelajar yang gagal dalam mana-mana kursus perlu mengulangi kursus-kursus yang mereka gagal pada Sidang Akademik berikutnya. Angka Giliran. tertakluk kepada unit maksimum yang dibenarkan. Mengikut peraturan Universiti. Alamat. Skrip jawapan tersebut tidak akan dinilai/diperiksa semula. Mereka juga perlu mengulangi semula keseluruhan komponen kerja kursus kecuali amali (bagi pelajar Sains sahaja dan tidak melebihi tiga sidang akademik berturut-turut) dan dikehendaki hadir di kelas-kelas sidang video. Pendaftaran. Penyemakan Semula Kertas Peperiksaan Sekiranya seorang pelajar benar-benar ragu terhadap keputusan peperiksaannya. Kursus. semua rayuan hendaklah diterima oleh Unit Peperiksaan dalam masa empat minggu selepas keputusan rasmi peperiksaan dikeluarkan. Rayuan yang diterima selepas daripada jangkamasa tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Seseorang pelajar yang berada dalam taraf tertahan tiga sidang akademik berturut-turut (T1.Seseorang pelajar yang berjaya mendapat PNG 2. Majlis Peperiksaan Universiti mempunyai kuasa mutlak untuk memberhentikan pengajian seseorang pelajar jika prestasi dan kemajuannya dianggap tidak memuaskan berpandu pada bilangan minimum unit kredit terkumpul sejajar dengan bilangan sidang akademik yang dihabiskan oleh seseorang pelajar. Jika didapati PNGK sudah baik (contohnya 2. termasuk alasan perubatan. Taraf Akademik Taraf Lulus .00. Walau bagaimanapun. jika nilai PNGK ialah 2.00. pelajar disarankan mengulang kursus-kursus yang mereka dapat C. Memandangkan PNGK dan PNGK(AT) minimum untuk berijazah ialah 2. maka pelajar perlu mengulang kembali kursus-kursus berkaitan sehinggalah PNGK dapat dinaikkan semula ke paras melebihi 2.ke D.00 dan ke atas dalam peperiksaan sesuatu sidang akademik akan diberi taraf LULUS dan dibenarkan meneruskan pengajian dalam sidang akademik yang berikutnya. Jika itu berlaku. pelajar dibenarkan meneruskan pengajian dan taraf dikekalkan sebagai T2. Bahasa Inggeris. Jika tidak. Tidak Hadir Peperiksaan Tanpa Alasan. di dalam rekod akademiknya masih ditunjukkan bilangan seseorang pelajar itu mengulang bagi sesuatu kursus.Taraf tertahan dikenakan kepada pelajar-pelajar yang memperoleh PNG 1. Taraf Tertahan .00. Hubungan Etnik dan Teras Keusahawanan perlu diulang secara otomatik sekiranya gred yang didapati kurang daripada C).ke D-.25).28 - . Majlis Peperiksaan Universiti juga boleh menamatkan pengajian seseorang pelajar atas sebab-sebab tertentu (Tidak Mendaftar Kursus.99 dan ke bawah. Keputusan Peperiksaan  Keputusan Provisional [lulus/gagal] melalui talian Teleakademik: [600-83-7899] lazimnya diumumkan selepas Majlis Pemeriksa Pusat Pengajian bersidang dan dijangka satu bulan selepas peperiksaan. dikhuatirkan pada tahun-tahun yang berikutnya apabila pelajar itu mendapat gred C. Bahasa Malaysia. Alasan Tidak Hadir Peperiksaan yang ditolak). . Tidak Mengambil Kad Peperiksaan.00 dan ke atas. maka terdapat kemungkinan PNGK akan menurun sehingga kurang daripada 2. Sebaliknya jika PNGK tidak baik (contohnya kurang daripada 2.50 dan ke atas) maka pelajar mungkin tidak perlu mengulang kursus yang mempunyai gred C.Walau bagaimanapun. T2.untuk kursuskursus lain.ke D-. (Walau bagaimanapun kursus TITAS.ke D-. yang menyebabkan pelajar tersebut tidak lagi sesuai untuk meneruskan pengajiannya di Universiti ini. FO) tidak akan dibenarkan meneruskan pengajiannya di Universiti ini. Dengan tiada prasangka kepada syarat di atas serta syarat-syarat peperiksaan yang sedia ada. pelajar dinasihati agar merancang secara jangka panjang sama ada mereka mahu mengulang/tidak mengulang kursus-kursus yang mereka mendapat gred C.

00 ke atas untuk keseluruhan rancangan. Keputusan penuh [gred] melalui talian Teleakademik: 600-83-7899 diumumkan selepas Majlis Peperiksaan Universiti bersidang dan dijangka 2 minggu selepas keputusan Provisional. Mencapai minimum gred C atau nilai gred 2. Bahasa Inggeris.00 untuk kursus-kursus Bahasa Malaysia. Syarat pengecualian kredit diambil kira adalah seperti berikut: Bagi Pelajar Lepasan Diploma Daripada IPT Awam dan IPT Swasta Yang Diiktiraf (i) (ii) (iii) (iv) Kursus peringkat ijazah pertama USM yang dipohon untuk mendapatkan pengecualian kredit hendaklah kursus yang setara dengan peringkat diploma. Keputusan Rasmi [Semgred] diposkan kepada pelajar selepas sebulan keputusan penuh diumumkan melalui Teleakademik.  Syarat Pengijazahan Pelajar mesti memenuhi syarat-syarat berikut untuk berijazah: (a) (b) Memenuhi syarat minimum tempoh bermastautin. dan Keperluan Universiti].29 - . (c) (d) (e) (f) Pengecualian Kredit Pengecualian kredit ialah sejumlah kredit yang diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di USM yang dikecualikan daripada keperluan pengijazahan. Pelajar perlu mengumpulkan hanya sejumlah baki kredit tertentu bagi tujuan pengijazahan. Sains Kemasyarakatan dan Pengurusan.00 ke atas untuk komponen Teras. Menepati semua keperluan kredit bagi program pengajian. TITAS dan Teras Keusahawanan. Minor. Jumlah pengecualian sidang akademik adalah tidak melebihi 1 sidang akademik. Kelulusan atau gred kursus yang dikumpulkan atau diperoleh di USM sahaja yang diambil kira dalam pengiraan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) bagi tujuan pengijazahan. Mendaftar sekurang-kurangnya 3 kursus berbahasa Inggeris bagi pelajar rancangan Ilmu Kemanusiaan. . Kursus peringkat diploma boleh digabungkan (meliputi satu atau lebih) bagi mendapatkan pengecualian untuk satu kursus di peringkat universiti. Elektif. seperti bilangan kredit keseluruhan dan bilangan kredit untuk setiap komponen pengajian [Teras. Pencapaian minimum pada peringkat diploma yang boleh dipertimbangkan untuk pengecualian ialah sekurang-kurangnya gred C. Memperoleh PNGK 2. Memperoleh PNGK 2.

Kursus yang boleh dipindahkan hanyalah kursus-kursus yang mempunyai bilangan unit yang sama atau lebih. . Pemindahan kredit daripada IPTA lain hanya boleh dilakukan sekali sahaja bagi semua IPTA. Bilangan maksimum unit yang boleh dipindahkan tidak melebihi satu pertiga daripada keseluruhan bilangan unit pengajian. Gred bagi kursus yang digabungkan tersebut akan diambil kira dalam pengiraan Purata Nilai Gred Kumulatif. pemindahan unit boleh diperakukan dengan menggabungkan beberapa kursus. Syarat yang ditetapkan ialah: (i) Pemindahan kredit hanya dipertimbangkan bagi unit yang diperoleh daripada kursus di IPTA lain yang setara dengan kursus yang ditawarkan oleh program berkenaan kecuali kursus elektif atau opsyen.30 - (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) . kecuali mendapat kebenaran khas Dekan bagi pelajar yang mendaftar kurang daripada unit minimum.Bagi Pelajar Dari IPTA/IPTS Yang Diiktirafkan Sama Ada Dari Dalam Atau Luar Negara Yang Memohon Melanjutkan Pengajian Di USM Dalam Peringkat Pengajian Yang Sama (i) (ii) Kursus yang telah diikuti di IPTA/IPTS terdahulu adalah setara dengan kursus yang diikuti di USM. Bagi kursus yang setara tetapi unitnya kurang. Pemindahan Kredit Pemindahan kredit ialah pengiktirafan sejumlah unit yang diperoleh oleh pelajar USM yang mengikuti kursus di sesebuah IPTA lain dalam tempoh pengajiannya di USM. Pelajar yang telah memohon dan diluluskan pemindahan kredit tidak dibenarkan membatalkan kelulusan tersebut setelah keputusan peperiksaan diperoleh. Jumlah maksimum pengecualian kredit tidak melebih 1/3 daripada jumlah keperluan unit pengijazahan. Pelajar dikehendaki mendaftar kursus di IPTA lain tidak kurang daripada jumlah unit minimum serta tidak melebihi unit maksimum yang ditetapkan mengikut program pengajian mereka. Jumlah Pengecualian Sidang Akademik Pengecualian sidang akademik bergantung pada jumlah pengecualian unit seperti berikut: Program 4 tahun Keperluan Unit Pengijazahan 100 – 105 *(136) Jumlah Unit Dikecualikan <24 *(27) ≥24 *(27) Jumlah Sidang Akademik dikecualikan Tiada 1 * dalam kurungan untuk rancangan Pengurusan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful