You are on page 1of 3

PROTOKOL PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH (HARI AHAD)

7.15pagi - Laluan Iqra’

- Semua pelajar diminta membaca senyap. (Teguran diberi berterusan mengikut


keperluan)

7.25pagi – TEPAT!

1) Terima kasih. Laluan Iqra’ tamat.

(Exco menjemput Tuan Pengetua Cemerlang)

2) Rakan pelajar sekalian, anda diminta berdiri dalam keadaan senyap. Kepada pelajar
lelaki, sila betulkan tie yang anda pakai supaya kemas.

3) Command

(Ketibaan Tuan Pengetua dan bersedia berdiri di tempatnya)

(Beri isyarat supaya PP mainkan lagu)

4) Negaraku, Lagu Kebesaran Negeri Sembilan dan Lagu Sekolah.

5) Ikrar Rukun Negara. Dijemput Ketua Pemimpin Pelajar untuk mengetuainya.

6) Ikrar Sekolah:

Ap!

BAHAWASANYA KAMI,/ PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU


KIKIR,/ BERJANJI DAN BERIKRAR,/ SENTIASA MEMATUHI UNDANG-UNDANG/
DAN PERATURAN SEKOLAH INI,/ DEMI KEBAIKAN DIRI,/ AGAMA,/ BANGSA/
DAN TANAH AIR KAMI.

Ap!

7) Rakan pelajar, anda diminta duduk dalam barisan, dalam keadaan senyap.

8) Rakan pelajar yang dihormati sekalian, marilah sama-sama kita mengucapkan


“Assalamualaikum Cikgu”,

”Selamat Sejahtera Cikgu”.

9) Kita mulakan perhimpunan ini dengan bacaan Ummul Kitab, Al-Fatihah…(Dibaca


kuat)
10)Seterusnya,majlis menjemput Pemimpin Pelajar yang bertugas untuk mengetuai
bacaan selawat dan zikir kita pada hari ini…Dengan segala hormatnya, dipersilakan…

11) Guru-guru dan rakan pelajar yang dihormati sekalian, sekarang dijemput guru yang
bertugas pada minggu lepas untuk menyampaikan laporannya…Dengan segala
hormatnya dipersilakan…

12) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang bertugas pada minggu
lepas atas laporan sebentar tadi.

13) Seterusnya dijemput Encik / Cik/ Puan…………….untuk menyampaikan ucapan


atau pengumuman. Dengan segala hormatnya dipersilakan…..

14) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan dan pengumuman sebentar
tadi.

15) Rakan pelajar, disini terdapat beberapa pengumuman. Sila ambil perhatian…

16) Seterusnya, majlis menjemput Guru Penolong Kanan Akademik, Puan Shanti a/p
V.K. Raman /

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Razali b. Md. Taib/

Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum, Tuan Hj Mohd Norizam Bin Mohd Yunus

untuk menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya, dipersilakan….

17) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Penolong Kanan Akademik,
Puan Shanti a/p V.K. Raman

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Razali b. Md. Taib/

GPK Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum, Tuan Hj Mohd Norizam Bin Mohd Yunus

atas ucapan sebentar tadi.

18) Seterusnya, majlis menjemput Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Kamaruddin Bin
Haji Ibrahim untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan…

19) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua Cemerlang , atas
ucapan sebentar tadi.

20) Guru-guru dan rakan pelajar sekalian, sebelum kita mengakhiri majlis kita pada hari
ini, dijemput pemimpin pelajar yang bertugas untuk mengetuai bacaan Doa,Tasbih
Kafarah dan Surah Al-Asr. Dengan segala hormatnya, dipersilakan…
21) Rakan pelajar, kita akhiri majlis pada pagi ini dengan mengucapkan “Didik Kami
Cikgu,Terima Kasih Cikgu”

22) Rakan pelajar, anda diminta berdiri dalam barisan, dalam keadaan senyap.
Pemimpin Pelajar, sila ambil tempat. Perhimpunan Bersurai