You are on page 1of 40

BAHAGIAN A : SENARAI CERITA PILIHAN

Cerita Bahasa Melayu


Cerita 1 Cerita 2 Cerita 3

Merak Belajar Empat Bersaudara


Tajuk Anjing Dengan Bayang-
Terbang
Bayang
Tema Cerita Teladan Dongeng Haiwan Nilai Murni
Nur Adriana Alia
Zaharil
Nama Penulis (penterjemah)

Penerbitan Kembang Maju Arowana Publication Noon Publication


Penerbit
Sdn. Bhd Sdn. Bhd. Sdn. Bhd.

Bil. Halaman 16

Cerita Bahasa Inggeris


Cerita 1 Cerita 2 Cerita 3
Tajuk The School Band The Beatiful Butterfly The Dancing Dragons
Tema

Nama Penulis
Penerbit
Bil. Halaman 16

CERITA 1

Tajuk : Anjing Dengan Bayang-Bayang

1
Seekor anjing berjalan kesana sini mencari makanan. Kemudian, ia terjumpa
rumah pekebun. Pekebun memberikan anjing seketul tulang. Anjing mengonggong
tulang itu. Anjing kemudiannya ternampak kucing dan cepat-cepat beredar dari situ.
Anjing menyenberangi sebuah jambatan.
Ditengah jambatan, anjing ternampak seekor anjing lain sedang mengonggong
tulang di dalam sungai itu. Ia berasa marah dengan anjing di dalam sungai itu. Anjing
mulai berasa tamak dan terus menyalak kepada anjing di dalam sungai tersebut.
Tulang yang digonggong terjatuh ke dalam sungai dan bayang-bayang anjing di
dalam air pun hilang. Rupa-rupanya anjing di dalam sungai itu adalah bayangnya
sendiri. Anjing menyesali perbuatannya itu. Disebabkan tamak, anjing tidak dapat
makan apa-apa.

A. Aktiviti sebelum membaca

Sebelum memulakan cerita, guru menarik minat murid dengan meminta murid untuk
memberikan contoh binatang yang berkaki empat yang biasa dilihat oleh murid.

2
Nota : Contoh jawapan yang diberikan oleh murid ialah seperti lembu, kambing,
kerbau, kucing, anjing dan sebagainya.

Guru menerima semua jawapan murid dan menjelaskan bahawa cerita pada hari ini
ialah berkenaan dengan anjing.

Guru meminta murid untuk berkumpul di hadapan guru dan berada dalam keadaan
diam dan terkawal sebelum memulakan cerita.

B. Aktiviti semasa membaca

Semasa membaca guru akan menunjukkan gaya bagi menggambarkan situasi yang
berlaku di dalam cerita untuk menarik minat murid untuk mendengar.

Guru juga turut menunjukkan kad-kad perkataan yang hendak di ajar yang dipetik dari
buku cerita kepada murid-murid. Guru akan menerangkan makna perkataan tersebut.
Guru seterusnya menyebut perkataan tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Murid-murid diminta mengulangi perkataan tersebut.

Semasa aktiviti sedang membaca, guru akan menyoal murid-murid untuk melihat
sejauh mana pemahaman murid terhadap cerita yang dibaca oleh guru

C. Aktiviti selepas membaca

Setelah selesai membaca, guru bertanya kepada murid nilai-nilai murni yang boleh
diteladani daripada cerita ini. Antaranya ialah;

3
1. Bersikap baik dengan binatang.
2. Jangan tamak

1. Lima perkataan yang dipilih ialah;

1. lapar
2. dalam
3. marah
4. sedih
5. sungai

2. Guru mengajar murid membaca menggunakan kaedah KGBK. Guru menunjukkan


kad suku kata terbuka kepada murid –murid.

la se ma da

Nota : Murid memberi respon dengan membunyikan suku kata tersebut menggunakan
kaedah KGBK

3. Guru menunjukkan kad suku kata tertutup kepada murid –murid

par dih rah lam

Nota : Murid memberi respon dengan membunyikan suku kata tersebut menggunakan
kaedah KGBK
4. Guru membina perkataan bersama dengan murid daripada suku kata terbuka dan
tertutup tadi berdasarkan cerita Anjing Dengan Bayang-Bayang.

4
Nota : Selain itu, guru juga turut membina beberapa perkataan lain menggunakan
suku kata terbuka dan tertutup yang telah disediakan.
i. Malam
ii. Darah
iii. Serah
iv. Selam

5. Seterusnya guru memastikan murid-murid dapat membaca kad-kad perkataan yang


dipetik daripada buku cerita. Guru akan menggunakan aktiviti memancing suku kata .
Di dalam aktiviti memancing suku kata, guru akan menampal kad-kad suku kata
terbuka di papan hitam.

Contoh :

me mu

6. Guru akan meminta beberapa orang murid secara sukarela untuk datang ke hadapan
dan memancing kad suku kata tertutup. Murid-murid dikehendaki menampal suku
kata tertutup bersebelahan suku kata terbuka untuk membentuk perkataan yang ada
maksudnya.

7. Guru memperkenalkan tiga frasa yang terdapat di dalam buku cerita Anjing Dengan
Bayang-Bayang kepada murid-murid. Guru mengajar murid-murid membaca.
i. seketul tulang
ii. jatuh ke dalam sungai
iii. berasa sangat sedih

8. Murid-murid membaca ayat mudah.


Lembaran Kerja 1 (Bacaan)

5
Baca ayat mudah di bawah ini.

1. Ini anjing.

2. Anjing ada satu tulang.

3. Ia sangat tamak.

4. Tulang itu jatuh ke dalam sungai.

5. Anjing rasa sangat sedih.


Lembaran Kerja 2 (Penulisan)

Baca dan tulis semula ayat di bawah

6
1. Anjing ada seketul tulang.

___________________________________________________________

2. Ia sangat tamak.

___________________________________________________________

3. Tulang itu jatuh ke dalam sungai.

__________________________________________________________

4. Ia berasa sangat sedih.

__________________________________________________________

CERITA 2
Tajuk : Burung Merak Belajar Terbang

7
Seekor Helang terbang tinggi ke sana ke mari di udara. Seekor Burung Merak
melihat Helang terbang. Ia ingin terbang tinggi juga.
Oleh itu, Burung Merak meminta Helang mengajarnya terbang tinggi. Helang
bersetuju. Helang mahu menunjuk kepada Burung Merak cara – cara terbang. Ia
membuka kepaknya lalu terbang tinggi di udara.
Burung Merak membuka kepaknya juga. Ia cuba terbang beberapa kali. Setiap
kali mencuba, ia tidak boleh terbang tinggi.
Burung Merak berehat di atas dahan sebentar. Selepas itu, ia cuba terbang lagi.
Kali ini Helang melihat bagaimana Burung Merak terbang. Akhirnya Helang tahu sebab
Burung Merak tidak boleh terbang tinggi.
Helang berkata, “Apabila kamu terbang tinggi di udara, setiap bahagian badan
mesti menguncup. Kepak kamu sahaja yang terbuka.”
Burung Merak berkata pula, “saya sudah buka kepak saya.” “Itu benar,” kata
Helang, “tetapi sebelum kamu terbang tinggi, cepat–cepat kamu kembangkan ekor
juga. Mengapakah kamu mahu terbang tinggi Merak?” Tanya Helang lagi.

Burung Merak menjawab,” Saya belajar terbang tinggi kerana saya mahu
menunjuk -nunjuk bulu ekor saya yang cantik di udara.” “Jika saya terpaksa kuncupkan
ekor saya kerana mahu terbang tinggi,” kata Burung Merak lagi.”apalah gunanya saya
belajar terbang?”
Helang tidak bersetuju dengan kata–kata Burung Merak. Ia mengeleng–geleng.
Akhirnya Burung Merak mengucapkan selamat tinggal. Ia terbang meninggalkan
Helang.

8
Oleh sebab mahu menunjuk–nunjuk bulu ekornya yang cantik, Burung Merak
tidak berjaya terbang tinggi di udara.

BAHAGIAN C

1. Lima perkataan yang dipilih ialah;

i. ekor
ii. merak
iii. kepak

9
iv. cantik
v. terbang

2. Tiga frasa yang dipilih ialah;

1. terbang tinggi
2. buka kepak
3. bulu ekor

3. Guru memperdengarkan cerita Burung Merak Belajar Terbang kepada murid sambil
menjalankan sesi soal jawab supaya dapat dijadikan daya penarik untuk mengekalkan
minat dan konsentrasi murid.

4. Guru menjalankan soal jawab sekali lagi sebagai pengukuhan untuk memastikan
murid mengetahui dan memahami urutan cerita dan watak .

5. Guru memaparkan kad imbasan bagi perkataan-perkataan yang telah dipilih dan
menyebut perkataan-perkataan tersebut bersama dengan murid.

terbang cantik
ekor
merak kepak
6. Guru menerangkan maksud perkataan tersebut sambil menggayakan aksi bagi
memudahkan kefahaman murid dan bersoaljawab dengan murid sebagai sumbang
saran.

7. Guru meminta murid membunyikan suku kata berdasarkan warna dan seterusnya
membunyikan perkataan tersebut.

10
terbang cantik
ekor
merak kepak

8. Guru telah menyediakan kad imbasan frasa bagi perkataan-perkataan yang telah
dipelajari tadi berdasarkan cerita Burung Merak Belajar Terbang.

terbang tinggi

buka kepak

bulu ekor

1. Murid membaca dengan kuat cerita pendek yang telah disediakan di


bawah bimbingan guru.

1. Itu burung merak.

2. Burung merak ada kepak.

3. Ekor burung merak cantik.


11
4. Burung merak tidak boleh terbang.
10. Guru memberi lembaran kerja kepada murid-murid. Murid-murid dikehendaki
membaca dan menulis semula ayat-ayat yang yang diberikan.

BAHAGIAN D

A. Aktiviti sebelum membaca

 Sebelum memulakan cerita, guru meminta murid untuk meniru bunyi burung.
Murid akan member respons dengan meniru pelbagai bunyi burung, antaranya
cip..cip..cip.., ark..ark…ark..kur..kur..

12
 Seterusnya guru meransang pengetahuan sedia ada murid dengan bertanya
bagaimana burung bergerak. Adakah burung merangkak, berenang atau berlari?
Murid akan memberi jawapan (terbang) dan guru meminta mereka bangun dan
membuat aksi burung terbang.(Aktiviti ini dapat menarik perhatian murid dan
mengelakkan mereka dari berasa mengantuk)

 Bagi mengaitkan dengan tajuk cerita yang akan disampaikan, guru menyoal satu
teka-teki. ‘Di antara banyak burung, burung manakah yang cantik tetapi ia tidak
boleh terbang?’ Murid akan memberi pelbagai jawapan dan guru akan member
pujian sekiranya ada murid dapat menjawab dengan betul. Sekiranya tiada guru
akan menyarankan murid-murid untuk mendengar cerita yang bakal disampaikan
bagi mendapatkan jawapan.

B. Aktiviti semasa membaca

 Guru akan meyampaikan cerita sambil menunjukkan gaya bagi menggambarkan


situasi yang berlaku di dalam cerita. Nada dan intonasi suara juga dipelbagaikan
bagi menarik minat murid untuk mendengar dan memahami jalan cerita.
 Gambar karakter Burung Merak dan Helang turut ditunjukkan semasa sesi
bercerita ini.

C. Aktiviti selepas membaca


 Selepas selesai sesi bercerita, murid-murid diminta untuk menyebut semula
beberapa perkataan atau frasa yang telah diperdengarkan sebentar tadi. Contoh;
merak, helang,terbang,
 Aktivti seterusnya murid akan diberikan latihan pengukuhan di mana murid
diminta untuk mewarnakan gambar burung helang dan merak. Seterusnya
membaca ayat mudah di bawah gambar tersebut.
.

13
Cerita 3

Tajuk : Si Ketak dan Enam Anaknya

14
Pada suatu masa dahulu , ada seekor ibu ayam yang rajin bekerja.namanya ialah Si
Ketak. Ia mempunyai enam anak. Pada suatu hari, ia telah menjumpai sedikit benih gandum.

“Siapakah yang akan menolong aku menanam gandum ini?” tanya Si Ketak.
“Bukan saya,” kata itik.
“Bukan saya,” kata burung.
“Bukan saya,” kata kucing.
“Bukan saya,” kata anjing.
“Tak apa, aku dan enam anakku akan menanamnya,” kata Si Ketak.

Ia pun menanam benih gandum itu bersama anaknya. Tidak lama kemudian, tumbuhlah
pokok-pokok gandum yang subur. Buahnya berjurai-jurai. Sinaran matahari menyebabkan biji-
biji gandum cepat masak. Kini ia sudah sedia untuk dituai.

“Siapakah yang mahu membantu aku menuai gandum ini?” Tanya Si Ketak.
“Saya tak boleh,” kata itik.
“Bukan saya,” kata burung.
“Bukan saya,” kata kucing.
“Saya pun tak mahu,” kata anjing.
“Aku dan enam anakku akan melakukannya,” kata Si Ketak. Mereka pun mula menuai biji-biji
gandum itu.

15
Selepas menuai, Si Ketak dan enam anaknya mengisar biji-biji gandum itu dengan
menggunakan pengisar. Akhirnya terhasillah tepung yang sangat halus dan putih.
“Siapa yang nak tolong aku membuat sebiji kek?” tanya Si Ketak.
“Bukan saya,” jawab itik.
“Bukan saya,” jawab itik.
“Saya pun bukan,” kata kucing.
“Saya tak mahu,” jawab anjing.
“Kenam-enam anakku boleh mambantu aku,” kata Si Ketak. Mereka pun membancuh tepung
untuk membuat kek.

Apabila kek itu sudah masak, Si Ketak bertanya, “Siapakah yang mahu membantu aku
makan kek ini?”
“Saya mahu” jawab itik, burung, kucing dan anjing serentak.
“Oh, tidak! Kamu semua tak boleh,” kata Si Ketak. “Aku dan keenam-enam anakku yang
membuat semua kerja. Jadi kamilah yang akan makan kek ini.”

Story 1
Title : The School Band

16
Lok Lok wants to play in the school band.
Will he play this? (guitar)
No, it is too big.
Will he play this? (trumphets)
No, it is too hard.
Will he play this? (tambourine)
No
Will he play this?
No, no, no!
What will Lok Lok play?
The drum! The drum! The big red drum!
Dum-diddy, dum-diddy, dum-dum-dum!

BAHAGIAN C & D

Bahan Bantu Mengajar :-


buku cerita “The School Band”, kad imbasan perkataan bergambar dan kad imbasan
frasa, bahan maujud (tambourine).

A. Aktiviti Sebelum Bercerita

17
Guru menunjukkan alat muzik tambourine kepada murid-murid dan menyoal beberapa
soalan seperti:
 Namakan alat ini? (Guru akan memberi jawapan sekiranya murid tidak dapat
meneka dengan tepat)
 Apakah kegunaan alat ini?
 Di manakah boleh kamu lihat alat ini?

B. Aktiviti Bercerita
Guru memperdengarkan cerita ‘The School Band’ kepada murid-murid. Semasa
bercerita guru
 menyebut setiap perkataan dengan jelas
 mengulangi perkataan jika perlu
 menyampaikan dengan intonasi dan nada suara yang berbeza.
 membuat gaya serta memek muka juga dipelbagaikan bagi menyampaikan
maksud perkataan-perkatan tertentu seperti adjektif (big) juga kata kerja
(wants)
 Menunjukkan kad imbasan bergambar bagi memperkenalkan alat-alat muzik
di dalam cerita.
 Semasa bercerita, guru akan bertanyakan beberapa soalan untuk menguji
kefahaman murid serta mengenalpasti sejauh mana murid mengikuti cerita
yang dibacakan. Contohnya:
 What is the boy’s name?
 What does he want to play?
 Does he want to play guitar?

C. Aktiviti Selepas Bercerita


1. Lima perkataan yang dipilih ialah:
i. school
ii. big
iii. play
iv. band
v. red

18
2. Lima frasa yang dipilih ialah:
i. school band
ii. red drum
iii. wants to play

3. Bagi memperkenalkan perkataan dan frasa terpilih, guru:


 menyediakan kad imbasan perkataan:

school red big

band play

 menyediakan kad imbasan frasa:

school band

wants to play
oo big
red19drum
 Guru menyebut perkataan-perkataan tersebut dengan jelas sambil
mempamerkan kad imbasan.
 Murid-murid diminta untuk mengulangi perkataan-perkataan tersebut
Penekanan diberi terhadap sebutan yang tepat (accurate pronunciation).
Aktiviti pengulangan sebutan (drilling activity) akan dilakukan.
 Seterusnya, guru menerangkan maksud bagi setiap perkataan dan frasa
tersebut.
 Bagi mengukuhkan lagi pemahaman dan ingatan murid terhadap perkataan
dan frasa yang diajar, guru akan memberi contoh dan menggunakan teknik
penyoalan. Misalannya;
 Red is merah. Look, Hazim has red school bag. It is nice. Oh! Aih has
red bag too. So pupils, what colour are their bags? (murid akan
memberi jawapan - red)

Nota: Selalunya, murid-murid lain akan teruja memberitahu mereka juga ada
barang-barang lain yang berwarna merah seperti sharpener, pencil case, ruler
dan sebagainya. Jadi guru akan turut menggunakan barang-barang tersebut
sebagai contoh.

 Seterusnya, guru akan mengaitkan contoh yang diberi dengan cerita yang
dibaca.
 What colour is the drum? (sambil menunjukan kad imbasan
bergambar)
Yes, it is a red drum. A big red drum. (pengukuhan frasa yang diajar)

 Guru menampal kad imbasan perkataan dan frasa di papan putih dan
menjalankan aktiviti bacaan secara keseluruhan (whole class), berkumpulan
(murid lelaki dan murid perempuan) dan seterusnya secara individu di mana

20
setiap murid diminta untuk menyebut setiap perkataan dan frasa yang diajar.
(di sini guru dapat membuat refleksi sejauh mana objektif tercapai)

 Sebelum mengakhiri pengajaran & pembelajaran, setiap murid akan diberi


lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan.

Contoh lembaran kerja.

Name: ………………………………..Class: ……………

Read and match the sentence to the correct picture.

1. This is my school

2. This is a school band.

3. The boy plays the drum.

4. The boy plays the guitar.

5. They play for the school band

Story 2
The Beautiful Butterfly

21
I live in a hard shell. Crunch! Crunch! I bite a hole in the shell and crawl out.
Look, I have many legs! I am a caterpillar.
I have hairs on my body.
I like to eat leaves. Munch, munch, munch!
Oops, that is my skin! Now, I have a new one.
I eat and grow some more.
It is time for me to make a house and sleep in it.
I sleep for a long time. Then, I crawl out slowly.
Look, I have wings now! I stretch and open my wings.
How beautiful they are!
I hide among the flowers. I feel safe here.
It is raining. I quickly hide under a leaf.
If my wings wet and heavy, I cannot fly.
After a while, the rain stops. Good! I can fly out again.
I fly from flower to flower to suck nectar. Everyone says I am beautiful.
Oh, it is getting late, time to go home.

BAHAGIAN C & D
Bahan bantu mengajar: Buku cerita “The Beautiful Butterfly”, kad imbasan, kad gambar dan
benda-benda maujud.

A. Aktiviti Sebelum Membaca Cerita

22
 Sebelum memulakan cerita, guru membawa murid-murid bersiar-siar di taman
bunga sekolah. Guru meminta murid-murid menamakan serangga-serangga
yang dapat dilihat di taman tersebut seperti semut, belalang, lebah dan juga ulat
beluncas di atas daun.

 Seterusnya guru menunjukkan seekor ulat beluncas di atas daun dan bertanya
kepada murid-murid:

What is this, pupils?


(Murid akan menjawab ulat bulu/ ulat beluncas atau caterpillar)
Yes, this is a caterpillar. It is a baby of butterfly.

 Seterusnya aktiviti membaca cerita akan dijalankan di taman bunga sekolah.

B. Aktiviti Membaca Cerita


Guru memperdengarkan cerita ‘The Beautiful Butterfly’ kepada murid-murid. Semasa
bercerita guru
 menyebut setiap perkataan dengan jelas
 mengulangi sebutan bagi memperkenalkan perkataan
 menyampaikan cerita dengan intonasi dan nada suara yang berbeza.
 membuat gaya serta memek muka juga dipelbagaikan bagi menyampaikan
maksud perkataan-perkatan tertentu seperti munch, sleep, fly, stretch, bit,
sleep, quickly dan slowly
 Menunjukkan gambar-gambar menarik dan bewarna-warni yang terdapat
dalam buku cerita.

C. Aktiviti Selepas Bercerita


1. Lima perkataan yang dipilih ialah:
i. wet
ii. fly
iii. leaves

23
iv. flower
v. beautiful

2. Lima frasa yang dipilih ialah:


i. like to eat
ii. my wings
iii. beautiful butterfly

3. Bagi memperkenalkan perkataan dan frasa terpilih, guru:


 menyediakan kad imbasan perkataan:

wet fly leaves

flower beautiful

 menyediakan kad imbasan frasa:

like to eat

my wings
24
beautiful butterfly
 Guru menyebut perkataan-perkataan tersebut dengan jelas sambil
mempamerkan kad imbasan.
 Murid-murid diminta untuk mengulangi perkataan-perkataan tersebut
Penekanan diberi terhadap sebutan yang tepat (accurate pronunciation).
Aktiviti pengulangan sebutan (drilling activity) akan dilakukan.
 Seterusnya, guru menerangkan maksud bagi setiap perkataan dan frasa
tersebut.
 Bagi memperkenalkan kata adjektif (wet, beautiful) dan kata nama (leaves,
flower) guru akan member contoh melalui kad gambar dan benda maujud
yang terdapat di sekeling seperti bunga dan daun.
 Bagi memperkenalkan kata kerja fly, murid-murid diminta untuk meniru gaya
rama-rama atau burung terbang sambil menyebut perkataan fly. Perlakuan ini
dapat mengukuhkan ingatan murid terhadap maksud perkataan tersebut.
 Begitu juga apabila memperkenalkan frasa-frasa di atas, guru akan akan
membuat gaya dan meminta murid meniru gaya-gaya tersebut.
 Bagi mengukuhkan lagi pemahaman dan ingatan murid terhadap perkataan
dan frasa yang diajar, guru akan memberi contoh dan menggunakan teknik
penyoalan. Misalannya;
 Do you have wings?
 What objects have wings?
 Can we fly? (No)
 Why? (it is because we have no wings)
 What animal can fly?
Nota: Murid akan memberi pelbagai jawapan dan guru akan menerima
jawapan-jawapan yang tepat dan memberi peneguhan

25
 How do birds fly? How do butterflies fly?
Murid-murid akan meniru gaya fly yang telah dipelajari sebentar tadi.

 Seterusnya, guru memupuk nilai-nilai murni berdasarkan cerita yang dibaca.


Contohnya, sayangi serangga dan haiwan juga pelihara alam sekitar sebagai
tempat tinggal benda hidup yang lain.

 Sebagai aktiviti pengukuhan, guru akan memberikan lembaran kerja di mana


murid-murid perlu:
 Membuat garisan mengikut nombor bagi membentuk seekor rama-
rama.
 Seterusnya menulis semula perkataan (tracing) di atas titik-titik di
bawah gambar tersebut. I am a butterfly.
 Mewarna gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Colour the picture.

26
A butterfly
Story 3
Title: The Dancing Dragons

27
The dragons want to dance all night, but first they have to look just right.
They love to dress in fancy clothes – see their hats and coats and bows! First the
dragons dance in rows. Look at the patterns on all their bows!

Next the dragons spin and whirl – even their coats begin to swirl. Later the
dragons jump and jiggle. Even their hats all start to wiggle.

But finally the dragons stop. They’re all so tired they want to flop! It’s time to put
their clothes away – til dancing time another day.

BAHAGIAN E
Lakonan berdasarkan cerita Si Ketak dan Enam Anaknya.

28
Guru memilih beberapa orang murid untuk melakonkan watak-watak di
dalam cerita ini.

Watak-watak:
1. Si Ketak
2. Anak- anak Si Ketak (6 orang)
3. Burung
4. Biri-biri
5. Kucing
6. Itik
7. Pencerita

Props:
Topeng muka bagi setiap watak – Si Ketak, Anak No.1, Anak No.2, Anak
No.3, Anak No.4, Anak No.5, Anak No.6, Burung, Kucing, Biri-biri, Itik,

Skrip:
Pencerita :
Di sebuah kampung, terdapat seekor ibu ayam yang sangat
rajin. Namanya Si Ketak. Si Ketak mempunyai 6 ekor anak.
Anak-anak Ketak amat baik dan mereka sangat rajin menolong
ibu mereka mencari makanan. Pada suatu hari, ia telah
menjumpai sedikit benih gandum.
Si Ketak : Siapakah yang akan menolong aku menanam gandum
ini?
Itik : Bukan saya
Burung : Bukan saya
29
Kucing : Bukan saya
Biri-biri : Bukan saya
Si Ketak : Tak apa, aku dan enam anakku akan menanamnya
Anak Si Ketak : Baiklah ibu, kami akan menolong ibu

Pencerita :
Ketak pun menanam benih gandum itu bersama anaknya.
Tidak lama kemudian, tumbuhlah pokok-pokok gandum yang
subur. Buahnya berjurai-jurai. Sinaran matahari menyebabkan
biji-biji gandum cepat masak. Kini ia sudah sedia untuk dituai.

Si Ketak : Siapakah yang mahu membantu aku menuai gandum


ini?
Itik : Saya tak boleh
Burung : Bukan saya
Kucing : Bukan saya
Biri-biri : Saya pun tak mahu
Si Ketak : Aku dan enam anakku akan melakukannya
Anak Si Ketak : Baiklah ibu, kami akan membantu ibu

Pencerita :
Selepas menuai, Si Ketak dan enam anaknya mengisar biji-biji
gandum itu dengan menggunakan pengisar. Akhirnya
terhasillah tepung yang sangat halus dan putih.

Si Ketak : Siapa yang nak tolong aku membuat sebiji kek?


30
Itik : Bukan saya
Burung : Bukan saya
Kucing : Saya pun bukan
Biri-biri : Saya tak mahu
Si Ketak : Takpelah, keenam-enam anakku boleh membantu aku
untuk membuat kek.
Anak Si Ketak : Baiklah ibu, kami akan membantu ibu.
Anak Si Ketak 1 : Kek apa yang kita akan buat ni ibu?
Anak Si Ketak 2 : Kek kopi?
Anak Si Ketak 3 : Kek oren?
Anak Si Ketak 4 : Kek buah?
Si Ketak : Kita akan buat kek coklat yang sangat sedap.
Anak Si Ketak : Yeyy!!
Pencerita :
Tidak berapa lama kemudian, siaplah kek coklat yang dimasak
oleh Si Ketak dan anak-anaknya. Baunya amat sedap dan
menyelerakan.

Si Ketak : Siapakah yang mahu membantu aku makan kek ini?


Itik : Saya mahu!
Burung : Saya mahu!
Kucing : Saya juga mahu!
Biri-biri : Saya pun mahu juga!.
Si Ketak : Oh, tidak! Kamu semua tak boleh makan kek ini. Aku
dan keenam-enam anakku yang membuat semua kerja.
Jadi kamilah yang akan makan kek ini.

31
Pencerita :
Tanpa melengahkan masa, Si Ketak dan keenam-enam
anaknya memakan kek coklat itu. Burung, Itik, Kucing dan Biri-
biri pula merasa menyesal di atas sikap mereka yang
mementingkan diri sendiri.

Tajuk:
KISAH ARNAB DAN RUSA

32
Arnab dan Rusa adalah kawan baik. Pada
suatu hari ketika mereka sedang bermain
bersama, mereka ternampak sebakul buah.

33
“Eh, buah” kata Arnab. “Bolehlah kita
makan buah ini bersama”, balas rusa mahu
berkongsi makanan bersama Arnab.
“Mana boleh, saya yang jumpa dulu
buah ini. Jadi buah ini saya yang punya”
kata Arnab dengan tamak.

34
“Saya yang nampak dulu buah ini” balas
Rusa kepada Arnab tidak berpuas hati.

35
“Apa kata kita bertanding, siapa yang
menang dia yang dapat buah ini” kata Arnab
kepada Rusa. “Baiklah.” balas Rusa. “Kalau
macam tu kita minta tolong Monyet untuk
menjadi pengadil”, balas rusa lagi.

36
Mereka pun memanggil Monyet untuk
menjadi pengadil. “Baiklah, berikan buah itu
kepada saya. Saya akan meletakkan buah ini
di atas pokok. Siapa yang dulu mendapat
buah ini dialah yang menang.” Kata Monyet
kepada Arnab dan Rusa.

37
“Baiklah, kami setuju.” Kata Arnab dan
Rusa serentak tanpa berfikir panjang dengan
cadangan Monyet.

38
Arnab dan Rusa berusaha untuk
memanjat pokok bagi mendapatkan buah
itu, tetapi kedua-duanya gagal. Akhirnya
Monyet yang makan buah itu seorang
diri. Arnab dan Rusa berasa sangat
menyesal. Semenjak dari itu Arnab dan
Rusa bermusuhan sesama sendiri.
A. Aktiviti sebelum membaca

 Sebelum memulakan cerita, guru betanyakan murid beberapa soalan.


 Siapa pernah tengok arnab? Macamana rupa arnab?

39
 Siapa pernah tengok rusa dan monyet?
 Di mana kita dapat tengok haiwan-haiwan tersebut?
 Siapa pernah pergi zoo?

 Murid menjawab soalan-soalan guru dan seterusnya guru memberi perhatian


terhadap respon murid-murid.
 Seterusnya guru mengaitkan dengan cerita yang akan dibacakan.

B. Aktiviti semasa membaca


 Guru meyampaikan cerita sambil menunjukkan gaya dan memek muka bagi
menggambarkan situasi yang berlaku di dalam cerita. Nada dan intonasi suara
juga dipelbagaikan bagi membezakan watak Arnab, Rusa dan Monyet.
 Sambil membaca cerita, guru menunjukkan ilustrasi buku kepada murid untuk
menggambarkan setiap plot cerita.
 Guru turut menyoal murid di antara setiap plot untuk mengetahui sejauh mana
murid memahami watak dan jalan cerita.

C. Aktiviti selepas membaca


 Selepas selesai sesi bercerita, guru memberi peluang kepada seorang dua murid
untuk menceritakan semula cerita tersebut mengikut pemahaman mereka.
 Guru dan murid menilai semula watak-watak di dalam cerita.
 Guru menekankan betapa pentingnya sikap saling bertolak ansur dan tidak
mementingkan diri sendiri.
 Aktivti terakhir, murid mewarna topeng muka Arnab, Rusa dan Monyet yang
telah disediakan oleh guru.

40

You might also like