BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI MALAYSIA.

Seperti di Amerika, Malaysia juga berkembang dengan pesatnya aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Ianya makin berkembang selepas mencapai kemerdekaan. Sosiolasi, politik dan ekonomi Malaysia sentiasa berubah dengan pesatnya. Proses urbanisasi dari desa ke kota dan dari perlombongan, perladangan mahupun pertanian bertukar menjadi industri. Keperluan yang drastik ini melahirkan pelbagai cabaran dalam Bimbingan dan Kaunseling. Keperluan aktiviti bimbingan ini merupakan keperluan dan kemestian kepada negara. Sistem pendidikan juga turut terlibat dalam perkembangan bimbingan ini. Contohnya pada seawal tahun 60-an, banyak kelas-kelas bimbingan diwujudkan untuk membimbing pelajar-pelajar supaya berjaya di dalam pelajaran. Kegiatan panduan ini menjadi sangat penting bagaimana membantu pelajar-pelajar memilih kerja selepas persekolahan. Di peringkat Kementerian Pelajaran , pejabat pelajaran negeri, daerah dan sekolah sama-sama berganding bahu melibatkan diri dalam perkhidmatan panduan ini. Seawal tahun 60-an UNESCO telah memperakukan terhadap perkhidmatan bimbingan ini di sekolah-sekolah di negara kita. Pada tahun 1962 – 1963 seorang pakar perunding dari Kanada telah datang ke Malaysia untuk memberikan latihan kepada pegawai-pegawai kanan pelajaran. Pegawai-pegawai kanan ini pula memberikan kursus-kursus kepada guru-guru untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Guru-guru yang mengikuti kursus ini akan menjadi kaunselor. Di peringkat Universiti pula pada tahun 1981, beberapa universiti menawarkan program pengajian peringkat bacelor yang dikenali sebagai Bacelor Pendidikan ( Bimbingan dan Kaunseling ). Bimbingan dan Kaunseling kemudiannya terus berkembang sebagai satu bidang pengajian di universiti-universiti di Malaysia. Melalui pekeliling pada tahun 1985, Pekeliling KP ( BS ) 8591 / Jld. 11 ( 29 ) Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan sekolah-sekolah menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah dan Pekeliling KP 1573 / 17 / Jld. 8 / ( 78 ) pula menegaskan adanya bananda kewangan terhadap kegiatan Bimbingan dan Kaunseling. Pada tahun 1996 diperuntukkan supaya di setiap sekolah menengah mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa. Manakala di sekolah rendah pula mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa bermula tahun 2002. Perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah berkembang dengan pesatnya . Lahirnya kaunselor-kaunselor yang diiktiraf dan berkelayakan sehinggakan wujudnya Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) yang didaftarkan pada tahun 1989. Tujuan –tujuan professional perkama ialah ;
• •

Memajukan amalan kaunseling secara professional Menggalak dan membantu penyelidikan dalam kaunseling.

Di sekolah menengah dan rendah. mereka yang terlibat mungkin akan menghadapi beberapa masalah dan halangan. Memperteguhkan identity. Dalam usaha memenuhi hak-hak pelajar itu. kefahaman dan penerimaan kaunseling dalam konteks pelbagai budaya di Malaysia.0 PERKEMBANGAN SEMASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH. Akhirnya pada tahun 1998. Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa dia di sekolah. Akta Kaunseling telah diluluskan oleh kerajaan dan diwartakan pada 1 Disember 1998. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja”. Anataranya. Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatat dalam buku Panduan Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ada mengariskan beberapa prinsip. menilai dan memilih matlamat peribadi yang realistik serta memastikan mencapai matlamat yang mereka perlukan. Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu tanggungjawab yang besar yang perlu dimainperanankan oleh seseorang kaunselor. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merupakan aktiviti yang berterusan akan menolong pelajar meneliti. Setiap rancangan pendidikan seharusnya beroperasi dengan andaian bahawa setiap penuntut mestilah berusaha untuk mencapai perkembangan peribadi yang maksimum. harmoni. 6. Sekarang ini terdapat satu jawatan khas di sekolah menengah dan rendah di sekolah iaitu kaunselor.• Menggalak pertumbuhan ilmu pengetahuan. ia berperanan menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan disokongbantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum. bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses . Memajukan perkembangan professional ahli-ahlinya. Perkhidmatan pendidikan mestilah mengiktiraf matlamat-matlamat peribadi setiap pelajar dan menolong mereka membuat rumusan dengan jelas dan realistik. Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan Bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 1979 yang berbunyi: “Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. • • Dengan adanya PERKAMA bermakna profesion kaunselor telah diiktiraf setanding dengan profesion-profesion yang lain. dan kerjasama di kalangan ahli-ahli yang terdiri dari pelbagai disiplin melalui perkongsian maklumat dan pengalaman. Sebagai seorang kaunselor.

masalah-masalah terdapat di sekolah. Manakala sekolah menengah gred B pula pelajar dalam lingkungan 800 orang hingga 1200 orang. 80 orang guru dan 10 orang kakitangan. perkembangan sedia ada kaunseling di sekolah berkenaan. Sekolah harian biasa atau asrama penuh biasa mempunyai pelajar kedua jantina. Maklumat yang banyak perlu disebarkan kepada pelajar. Para pelajar diharap akan menyedari kelemahannya dan kemudian dibantu mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti pencegahan. diri orang lain dengan mendalam dan menerokai tujuan hidupnya . Mereka berhak mendapat pertolongan ini apabila mereka perlu terutama dalam masa-masa menuju proses perkembangannya. guru dan staff di sekolah menjadikan kaunselor perlu berperanan sebagai orang tengah dan pencipta keharmonian sekolah. Beberapa perkara yang perlu dikaji sebagai persediaan awal menghadapi tugas sebagai kaunselor di sekolah ialah seperti populasi di sekolah. Para pelajar mempelajari pengalaman. Oleh itu pelajar akan tegas diri. . Para pelajar akan dibantu memahami dirinya. Para guru. Pelajar sekolah menengah terdiri dari pelajar yang meningkat remaja dari umur 13 hingga 19 tahun. pihak sekolah. dan rakan-rakan sebaya patut berkerjasama. Disamping menolong mereka memilih serta merancangkan hidupnya dengan berkesan dengan berorientasikan masa depan dan masa kini. Bagi sekolah menengah gred A mempunyai pelajar lebih 1200 orang. Sekolah campuran satu jantina sahaja mempunyai permasalahan tersendiri yang perlu diselesaikan oleh seseorang kaunselor. nilai.pendidikan. Juteru itu. iaitu proses yang dirancang dan berterusan. boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindaktanduknya masa kini dan masa hadapan. Ini merupakan cabaran kepada kaunselor kerana pelajar sekolah menengah ini merupakan pelajar remaja yang mengalami perubahan psikologi yang mendadak menuju kedewasaan. guru 40 orang dan staf 6 orang. Mereka dilayan untuk perkembangan potensi dan kebolehannya supaya berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahaptahap dan perkembangannya. apakah peranan yang boleh dimainkan sebagai kaunselor dan kesan kehadirannya sebagai kaunselor di sekolah tersebut. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah menjadi tugas bersama terutama semasa melaksanakan program dan aktiviti bimbingan di sekolah. ibu bapa. Pelbagai masalah wujud di kalangan pelajar. Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluang pertolongan khidmat bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama. kaunselor hendaklah mengenali diri pelajarnya dari memahami pelajar itu secara menyeluruh. sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Dari segi populasi warga sekolah contohnya di sekolah menengah biasanya terdiri antara 800 hingga 2000 orang pelajar.

m) . Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama. 11. Usaha-usaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan pelajar itu lebih tegas diri. nilai. sikap. Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka secara optimum mengikut tahap perkembangan dirinya. agama atau kepercayaan. perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat di Malaysia. Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling dengan tujuan memelihara kebajikan pelajar. Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijadikan rangkaian perkhidmatan membantu bersama agensi-agensi luar dan badan sukarela sebagai satu usaha permuafakatan dalam mengwujudkan suasana harmonis dan penyayang http://www. Pelajar dididik atau dibimbing untuk memiliki pengalaman. pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya dalam jangkamasa pendek dan panjang.35 a. Dengan wujudnya kaunselor sepenuhnya masa maka perkhidmatan berikut dapat dilaksanakan.Berpandukan Perakuan di atas Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah. kaum. Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling semua pihak di sekolah dan pihak yang berkenaan patut bekerjasama dan saling berunding antara satu sama lain.htm#bimbingan ( 4 jan 2011. Namun masih banyak kelemahan dan kekurangannya.com/alt/afindi/bimbingan. Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan dan bimbingan mengikut keperluan mereka tanpa mengira latar belakang. Bimbingan dan Kaunseling berorientasi masa sekarang dan masa depan.angelfire.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful