You are on page 1of 14

Dalam penyampaian kertas kerjanya, 

Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis


Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan
2020:

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama:
Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan
kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada
satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan
akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai,
cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali
melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak
mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan
satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan
masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika,
dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai
etika paling tinggi.
5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum
bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa
yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya
perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa
depan.
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang
mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar
pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang
melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya
perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan
kental.

Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan
keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam
satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.
Wawasan 2020 (Akbar Nawab)

Wawasan 2020 

Bendera berkibar di angkasa


Lambang negara jaya
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Dengan berbakti dengan megah

Hadapi cabaran masa muka


Penuh tenaga murni
Bakti dicurah sehara-sehala
Dengan wawasan yang suci

Wawasan meningkat kemajuan


Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rasa-dirasai
Bersama kita nikmati

Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan
TAJUK : WAWASAN 2020 MERUPAKAN WAWASAN
MENUJU NEGARA MAJU. BINCANGKAN CABARAN
YANG DIHADAPI DALAM USAHA MENCAPAI
MATLAMATNYA UNTUK MEMUPUK HUBUNGAN ETNIK
YANG HARMONIS.

PENGENALAN:
Pada tanggal 28 Februari 1991, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Yang Amat Berhormat
Tun Dr. Mahathir Mohamed telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk ‘Malaysia –
Melangkah ke Hadapan’. Di dalam kertas kerja ini, beliau telah juga menbentangkan satu rangka
kerja dan satu pemikiran mengenai matlamat negara kita, Malaysia untuk menjadi sebuah Negara
maju pada tahun 2020. Rangka kerja dan pemikiran ini dikenali juga sebagai Wawasan 2020. Terma
atau matlamat untuk menjadi Malaysia maju bukan sahaja terhad dari segi ekonomi, malahan juga ia
merangkumi segala aspek kehidupan seperti sosial, politik, kerohanian, kebudayaan dan kejiwaan.
Tujuan wawasan 2020 ini ialah ingin mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan cara
yang tersendiri tanpa terikat kepada cara atau corak negara maju sekarang. Di dalam usaha untuk
mencapai wawasan 2020 ini, sebanyak 9 cabaran telah dikenalpasti oleh kerajaan dan ianya perlu
diatasi oleh seluruh rakyat Malaysia.

CABARAN UTAMA WAWASAN 2020 ;


1. Membentuk Negara Malaysia yang bersatu padu serta satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetian
politik dan dedikasi kepada Negara.
2. mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas , tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap
diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan gagah menghadapi pelbagai masalah.
3. membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokratik yang matang, yang
mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul, berasaskan muafakat dan musyawarah,
dan dapat dicontohi oleh banyak Negara membangun.
4. mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya, dengan para warganegaranya
mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan didorong oleh s tandard  etika paling
tinggi.
5. mewujudkan sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal dan toleran, dengan setiap rakyat
Malaysia bebas mengamalkan adat kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing, dan pada
masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu Negara.
6. Mewjudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang berdaya cipta
dan                        berpandangan jauh, yakni masyarakat yang bukan sahaja menjadi
pengguna            teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi
masa        depan.
7. membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah masyarakat  yang lebih
mementingkan masyarakat daripada diri sendiri.
8. membentuk sebuah masyarakat yang adil ekonominya, yakni masyarakat yang melaksanakan
pengagihan kekayaan Negara secara adil lagi saksama
9. membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonominya yang mampu menghadapi
persaingan, bersifat dinamik dan mempunyai daya ketahanan.

Cabaran 1:
Membentuk Sebuah Negara Bangsa Yang Bersatu Padu
Cabaran bagi membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu ini memberikan kepada kita
definasi bahawa ia merupakan cabaran untuk membentuk satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa
Malaysia yang meliputi seluruh rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum. Cabaran ini adalah
paling yang utama dan paling asas di dalam mengharungi cabaran menuju ke arah negara maju pada
tahun 2020. Ini kerana jika tiada perpaduan dan rasa sama rata di bawah naungan satu bangsa yang
dikenali sebagai bangsa Malaysia, maka segala usaha – usaha yang telah dirancang oleh kerajaan
bagi mencapai matlamat wawasan 2020 ini adalah sia – sia.
Tidak ada gunanya jika kerajaan kerap kali menyeru rakyatnya untuk maju ke arah wawasan 2020
sekiranya ia tidak disertai, disokong atau diambil peduli oleh rakyat Malaysia sendiri. Kerajaan telah
melakukan berbagai cara di dalam usahanya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang
maju pada tahun 2020. Pembentukan sebagai sebuah negara yang bangsanya bersatu padu adalah
satu perkara yang sangat berat dan sukar untuk dilakukan kerana ia boleh menimbulkan ketegangan
akibat dari beberapa perkara yang sensitif Sejarah juga menunjukan bahawa pelbagai usaha telah
diambil oleh kerajaan sejak dari dahulu lagi. Apatah lagi di dalam pembentukan sebuah bangsa
Malaysia, penilitian yang telus perlu dilakukan. Cabaran ini dilihat sebagai satu cabaran yang
berterusan kerana setiap kaum di Malaysia ingin mengekalkan identiti mereka yang tersendiri dari
masa ke semasa.
Negara yang boleh kita ambil contoh di mana ia dapat menyatupadukan rakyatnya yang berbilang
kaum dan suku ialah Indonesia. Jika kita tanya apakah bangsa mereka, sudah tentu mereka
menjawab mereka berbangsa Indonesia.
Pihak kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif di dalam usahanya untuk memupuk semangat jati
diri dan minat seluruh rakyat untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia menjelang tahun 2020.
Antara inisiatif yang diambil ialah dengan memperkenalkan satu sistem persekolahan baru yang
dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Sekolah ini akan mengintegrasikan semua keperluan pendidikan
setiap lapisan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum di bawah satu bumbung.
Sekolah wawasan ini merupakan pemangkin utama di dalam usaha kerajaan di dalam melahirkan
bangsa Malaysia yang bersatu padu yang dapat hidup aman dan damai tanpa rasa tertindas di dalam
arus kemajuan yang ingin dicapai. Inisiatif ini dilihat sebagai satu inisiatif yang sangat kritikal dan
penting kerana semangat dan minat untuk menjadi satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa
Malaysia haruslah dipupuk di hati setiap lapisan masyarakat yang tinggal di Malaysia ketika usia
mereka masih muda. Bersesuaian dengan pepatah Melayu yang menyebut ‘Melentur buluh biar dari
rebungnya’.
Pada hari ini, jika kita melalui kawasan – kawasan perumahan terutamanya kawasan perumahan
baru, pasti kita dapat lihat banyak sekolah wawasan ini dibina.Usaha ini dilihat sebagai satu usaha
yang berterusan di mana tiada noktah harus diletak untuk diukur kejayaan usaha kerajaan ini. Hanya
semangat yang ditunjukkan oleh para pelajar di sekolah – sekolah ini boleh kita ambil kira di dalam
keberkesanan inisiatif ini.
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menyokong perlaksanaan sekolah wawasan ini. Ini kerana
jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak menyokong perlaksanaan ini, maka sia- sia sahajalah usaha
kerajaan di dalam usahanya menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju pada tahun 2020.
Sokongan yang dimaksudkan ialah dengan menghantar anak – anak kita untuk mendapatkan
pendidikan mereka di sekolah wawasan ini. Walaubagaimanapun, masih ada segelintir atau
sekumpulan kecil dari masyarakat kita yang masih enggan untuk menerima perlaksanaan sekolah
wawasan ini.

Cabaran 2:
Melahirkan Sebuah Masyarakat Malaysia Yang Bebas, Teguh Dan Mempunyai Keyakinan
Diri
Cabaran ini dilihat sebagai lanjutan cabaran yang diutarakan terdahulu di dalam kertas kerja ini. Jika
masyarakat Malaysia yang bebas, tegus dan mempunyai keyakinan diri dapat dilahirkan, maka sudah
tentu cabaran – cabaran yang digariskan di dalam 9 cabaran ke arah wawasan 2020 ini dapat di atasi
dengan mudah. Ini kerana dengan mempunyai masyarakat yang mempunyai keyakinan diri yang
tegus dan tinggi, kita sebagai rakyat Malaysia dapat menjadi lebih peka terhadap persekitaran yang
boleh mempengaruhi dan sering berubah – ubah di dalam menghadapi pelbagai cabaran baru
menjelang tahun 2020.
Lantaran dengan cabaran yang digariskan ini, pihak kerajaan Malaysia telah memperkenalkan satu
program yang dikenali sebagai Program Latihan Khidmat Negara. Program ini dibentuk bagi kumpulan
sasaran yang berumur 18 tahun ataupun golongan lepasan SPM. Program ini direka khas dengan
mengambil kira usaha kerajaan di dalam meningkatkan keyakinan diri yang teguh di kalangan
kumpulan sasar ini, rasa bangga dengan apa yang dicapai serta gagah di dalam menghadapi pelbagai
cabaran dan masalah yang bakal mendatang.
Jika kita lihat dengan usia kumpulan sasar bagi program latihan khidmat Negara ini iaitu kumpulan
remaja, ia amat bersesuaian kerana pada peringkat usia inilah kebanyakan dari mereka bakal dan
akan diajar dengan pelbagai cabaran dari segi fizikal dan mental. Ia penting kerana kebanyakan
peserta akan meneruskan segala usaha mereka bagi mencapai cita – cita mereka sama ada
menyambung pelajaran mereka ke menara gading atau ada yang ingin terus bekerja selepas
persekolahan. Pada peringkat inilah mereka akan menempuhi pelbagai cabaran yang boleh
membantutkan usaha mereka di dalam mencapai cita – cita mereka.
Saya sebagai seorang rakyat Malaysia menyokong penuh dengan langkah kerajaan yang dengan
memperkenalkan program latihan khidmat negara ini. Melalui program ini, kita bukan sahaja dapat
meingkatkan ketahanan minda dan jiwa kita malahan melalui program ini kita dapat menanam sifat
cintakan negara kita iaitu Malaysia. Sudah tentu jika saya mempunyai saudara atau anak yang layak
menyertai program ini, saya pasti akan menggalakan mereka bagi menyertai program ini. Perkara ini
bukan saya seorang sahaja malahan seluruh rakyat Malaysia seharusnya menyokong usaha ini
dengan menggalakan remaja – remaja menyertai program latihan khidmat negara ini. Walaupun
setelah hampir 2 tahun program ini dilaksanakan, masih lagi terdapat golongan yang mempertikaikan
keberkesanan dan kewujudan program ini.

Cabaran 3 ;
membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokratik yang matang,
yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul, berasaskan muafakat
dan musyawarah, dan dapat dicontohi oleh banyak Negara membangun.
Membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokratik yang matang,yang
mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul,berasaskan muafakat dan musyawarah
dan dapat dicontohi oleh banyak Negara membangun.
      Dalam cabaran Wawasan 2020, usaha membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat
demokratik yang matang merupakan antara cabaran sangat penting dan sangat diperlukan bagi
mencapai kemajuan bukan sahaja dari segi ekonomi malah,dari segi hubungan etnik antara kaum
agar Negara kita dapat dijadikan sebagai contoh oleh banyak Negara luar yang maju dan sedang
membangun.
      Demokrasi adalah berasal daripada perkataan Yunani hasil gabungan dua perkataan iaitu ‘demon’
yang bermaksud kuasa dan ‘creator’ yang bermaksud rakyat. Ia juga memberi maksud ‘kuasa rakyat’.
Namun dalam sistem demokrasi yang moden sekarang ini,pelbagai unsur lain telah lahir bagi
mengimbangi keperluan semasa termasuklah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berparlimen
yang meletakkan raja berperlembagaan sebagai salah satu struktur utama dalam pemerintahan
Negara selain Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Matlamat demokrasi adalah melahirkan
warganegara yang matang dan bebas berfikir serta yang mampu menggunakan peluang yang ada
untuk kelangsungan hidup tanpa menjejaskan hak asasi manusia.
      Demokrasi yang matang adalah apabila kita berjaya meluaskan dan meningkatkan partisipasi
rakyat,termasuk belia dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam struktur dan proses
membuat keputusan dalam setiap bidang dan peringkat dengan adil,terbuka dan bertanggungjawab.
Bagi mematangkan demokrasi pula,ia bersesuaian dengan realiti dan tuntutan semasa. Menurut
Russell Dalton (2004) dalam bukunya Demokratic Challenges,Demokratik Choices,kini terdapat
rakyat,terutamanya belia yang menolak skeptikal dan sinis terhadap pemimpin parti,dan institusi
politik. Tetapi kita bernasib baik kerana mereka masih percaya terhadap demokrasi. Kepercayaan ini
disatukan dengan gesaan demokrasi yang melampaui sistem demokrasi yang diamalkan kini. Dalam
demokrasi,konsep partisipasi rakyat merujuk keoada pendekatan normatif yang melihat partisipasi
bermatlamat bukan sahaja untuk mampertahankan fungsi institusi demokrasi,tetapi juga untuk
mamantau perlakuan elit politik. Ia memerlukan partisipasi rakyat yang aktif seperti
musyawarah,keterlibatan dalam proses membuat keputusan dan mengambil tindakan politik,termasuk
dalam bentuk demokrasi langsung.
     Selain itu,demokrasi yang matang juga menjanjikan suara dan peranan rakyat di peringkat yang
tinggi,manakala isu-isu rakyat di tangani dengan lebih cepat dan cermat. Sekiranya ia tidak dapat
dilaksanakan,maka Negara tidak akan dapat berjaya mencapai Wawasan 2020. Sebagai contoh,di
Negara asing seperti Amerika dikatakan sebuah Negara demokrasi yang dapat dijadikan contoh tetapi
gagal membuktikan bahawa mereka adalah juara demokrasi kerana masih terdapat sekatan-sekatan
yang bersifat diskriminasi terhadap minoriti di Negara tersebut secara langsung dan tidak langsung.

Cabaran 4 ;
mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya, dengan para
warganegaranya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan didorong
oleh standard  etika paling tinggi.
Cabaran keempat memastikan masyarakat yag adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang
melaksanakan pengagihan kekayaan Negara secara adil dan sakasama di mana wujud perkongsian
sepenuhnya bagi setiap rakyat rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak
akan wujud  jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonmi dan kesemua kemunduran
ekonomi berdasarkan kaum.
Wujudnya satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat
disangakal lagi sebagai satu cabaran yang besar dan perlu dihadapi bagi mewujudkan satu Negara
maju dan bersatu. Hal ini kerana, dalam sebuah Negara maju tidak patut wujud keadaan di mana
satu golongan kaum mempunyai segala-galanya sedangkan sesetengah kaum lagi tercicir dan
mempunya taraf ekonomi yang mundur.
Pernyataan ini merupakan penekanan semula terhadap isu yang dibawa oleh Dasar Ekonomi Baru
(DEB) iaitu pembasmian kemiskinan, penyusunan semula masyarakat berdasarkan keseimbangan
sosio-ekonomi di antara kaum. Dalam konteks ini rakayat perlu paham dan sedar bagi setiap tindakan
dan program yang di jalankan adalah untuk kemajuan dan pembangunan Negara bukannya memihak
kepada kaum-kaum tertentu sahaja.

Cabaran 5 ;
mewujudkan sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal dan toleran, dengan setiap
rakyat Malaysia bebas mengamalkan adat kebudayaan dan kepercayaan agama masing-
masing, dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu Negara. 
Cabaran ke lima dalam merealisasikan wawasan 2020 adalah dalam mewujudkan sebuah masyarakat
matang yang bersifat liberal dan toleran. Dalam usaha untuk memupuk nilai positif ini  setiap rakyat
Malaysia diberi kebebasan untuk mengamalkan adat kebudayaan dan kepercayaan agama masing-
masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu Negara iaitu
Malaysia.Selain itu,faktor yang mempengaruhi pembentukan masyarakat yang bersatu dalam Negara
bangsa adalah sikap saling memahami dan menghormati adat resam,kebudayaan dan pegangan
agama yang berbeza-beza antara kaum seterusnya masyarakat.Selanjutnya perpaduan Negara akan
dicapai tanpa ada keraguan dan kesangsian antara satu kaum dengan kaum yang lain.Sehubungan
itu lahirlah sebuah masyarakat yang bersatu dalam menjunjung kedaulatan Negara.
Perlembagaan Malaysia iaitu dalam perkara 11 menyatakan kebebasan seseorang individu
untuk menganut agama yang ingin dianutinya tanpa paksaan mana-mana pihak.Perlembagaan
tersebut menyatakan tiap-tiap kumpulan agama berhak menguruskan  hal ehwal agama sendiri tanpa
campur tangan mana-mana pihak sama ada kerajaan atau pihak berkepentingan.Tiap-tiap kumpulan
agama ini juga diberi kebebasan untuk menubuhkan dan menyenggara institusi-institusi bagi maksud
agama juga khairat.Perlembagaan juga memperuntukkan tiap-tiap kumpulan ini untuk memperoleh
dan memiliki harta dan mentadbir dan menggunakan harta tersebut mengikut undang-undang dalam
perlembagaan.Demikian itu jelaslah bahawa Negara ini memberi kebebasan kepada rakyatnya yang
terdiri dari pelbagai kaum yang mempunyai kepercayaan yang berbeza menganut agama mereka
masing-masing.
Sikap saling memahami dan menghormati adat resam dan kebudayaan antara kaum dapat
dipupuk dari peringkat awal lagi iaitu di peringkat sekolah rendah melalui penubuhan sekolah
wawasan.Tujuan penubuhan sekolah wawasan untuk wewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-
murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang.Sekolah wawasan juga ditubuhkan untuk
memupuk semangat integrasi dalam diri pelajar yang terdiri dari pelbagai aliran.Sekolah wawasan
juga bertujuan untuk melahirkan generasi yang mempunyai  sifat toleransi dan persefahaman yang
tinggi untuk membina masyarakat yang bersatu padu dan mendukung matlamat Negara.Tambahan
pula,Sekolah wawasan ditubuhkan untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara warga
sekolah yang terdiri dari pelbagai kaum melalui perkongsian peralatan dan kemudahan sekolah serta
pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.Sehubungan itu perpaduan rakyat dapat dipupuk seiring
dengan matlamat Negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu  menjelang tahun 2020.
Selanjutnya untuk mewujudkan perpaduan antara kaum di Negara ini perasaan iri hati dan
rasa sangsi antara kaum hendaklah dihapuskan.Perasaan ini akan timbul disebabkan
ketidakseimbangan ekonomi berlaku iaitu apabila terdapat kaum yang menguasai sepenuhnya
ekonomi sesebuah Negara menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan kaum yang
lain.Oleh itu kerajaan Malaysia memastikan semua kaum di Negara ini mendapat manfaat yang sama
khususnya dalam ekonomi.Setiap kaum di negara ini diberikan hak kebebasan dalam menceburi
bidang ekonomi dan tiada sebarang unsur diskriminasi sesama kaum.Setiap kaum juga diberikan
keistimewaan yang sama rata bagi memastikan tidak timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan
mereka.

Cabaran  6:
Membentuk Masyarakat Yang Bersifat Sains Serta Progresif
Menurut kebanyakan bahan rujukan yang dirujuk bagi tugasan ini, cabaran ini bukan mengkehendaki
rakyat Malaysia supaya menerima dan menggunapakai sains dan teknologi malahan mengkehendaki
mereka untuk menjadi penyumbang kepada tamadun teknologi dunia masa kini. Dewasa ini jika kita
lihat, bukanlah sukar bagi sesebuah negara untuk menakluk sebuah negara lain. Dengan kemajuan
teknologi pada hari ini, hanya dengan menekan satu butang computer sahaja, sesebuah negara itu
dapat melancarkan serangan tidak kira dari segi ketenteraan malahan dari segi ekonomi sesebuah
negara lain. Disebabkan perkara ini lah , kerajaan kita telah menggariskan cabaran untuk membentuk
masyarakat yang bersifat sains serta progresif di dalam 9 cabaran ke arah wawasan 2020.
Pelbagai inisiatif telah di ambil oleh pihak kerajaan di dalam membentuk masyarakat yang bersifat
sains serta progresif. Antara inisiatif yang di ambil ialah membangunkan sebuah bandar pintar yang
dikenali sebagai Cyberjaya, pengurangan cukai pendapatan melalui pembelian computer dan juga
cadangan untuk menghantar rakyat Malaysia ke angkasa lepas. Pembangunan Cyberjaya ini bersama
dengan insfrastruktur yang canggih, kerajaan juga telah mewujudkan satu hub iaitu dikenali dengan
Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) yang terletak di antara Cyberjaya
dengan pusat bandar Kuala Lumpur. Syarikat – syarikat yang mempunyai ibu pejabat di koridor ini
layak untuk memohon status syarikat MSC yang diberi beberapa keistimewaan baik dari segi
kewangan ataupun penempatan pekerja.
Usaha ini dilihat dapat menarik minat rakyat Malaysia untuk mempelajari sains dan teknologi dengan
kemasukan syarikat – syarikat asing yang boleh menawarkan gaji yang lumayan kepada mereka.
Dengan ini, hasrat kerajaan untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains dan progresif
ini dapat dijayakan. Hasrat kerajaan untuk menghantar angkasawan rakyat Malaysia juga telah mata
seluruh rakyat Malaysia tentang betapa seriusnya kerajaan kita di dalam membentuk masyarakat
yang bersifat sains & progresif.
Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menyokong langkah kerajaan ini di dalam membentuk
masyarakat yang bersifat sains dan progresif ini. Kejayaan di dalam mengatasi cabaran ini sudah
dapat dilihat dengan ramainya anak – anak tempatan yang berkhidmat dan memegang jawatan
penting di beberapa syarikat berstatus MSC. Penghasilan beberapa perisian computer yang canggih
seperti perisian penentu arah kiblat di angkasa lepas oleh sekumpulan pelajar di University
Kebangsaan Malaysia juga dilihat bahawa cabaran ini sedang di atasi dan membuktikan bahawa
rakyat Malaysia juga mampu menjadi penyumbang kepada dunia sains pada hari ini.

Cabaran 7:
Membentuk Masyarakat Berbudi Dan Berbudaya Penyayang
Cabaran ini dipilih untuk dimuatkan di dalam kertas tugasan saya ini kerana saya beranggapan
bahawa cabaran ini juga penting di dalam mengejar matlamat kerajaan untuk menjadi Malaysia maju
pada tahun 2020. Di dalam menghadapi pelbagai cabaran di dalam arus pembangunan, kebajikan
rakyat dan individu juga harus tidak ketinggalan untuk dipertingkatkan. Sejajar dengan budaya timur
yang diterapkan oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia pada hari ini, seharusnya budaya ini perlu
diterapkan lagi walaupun Malaysia sedang giat di dalam usahanya untuk menjadi maju pada tahun
2020 agar rakyat Malaysia tidak terikut – terikut dengan budaya barat. Oleh hal yang sedemikian,
bagi mengatasi cabaran ini kerajaan telah mewujudkan satu kementerian khusus bagi memantau dan
melaksanakan beberapa langkah di dalam memastikan rakyat Malaysia menerapkan nilai berbudi dan
berbudaya penyayang. Kementerian yang dimaksudkan ialah Kementerian Pembangunan Wanita dan
Keluarga yang diketuai oleh Dato’ Shahrizat Jalil. Sebagaimana yang kita tahu, keluarga adalah asas
kepada pembentukan masyarakat manakala masyarakat adalah asas bagi pembentukan sesebuah
negara.
Kesemua kemajuan yang ingin dikecapi dari segi ekonomi, social, kemasyarakatan, teknologi dan
kerohanian ini haruslah seimbang agak tidak ada satu pun di antaranya ketinggalan. Pada hari ni,
banyak kita baca di akhbar – akhbar tempatan yang melaporkan tentang kerendahan moral dan
kurangnya budi masyarakat kita. Kita dikejutkan dengan insiden kes buli di kalangan pelajar sekolah
yang menyebabkan kematian seorang pelajar yang tidak berdosa. Di sinilah, kesimbangan dari segi
mental dan rohani rakyat harus diseimbangkan agar negara kita maju di samping rakyatnya
mempunyai budi pekerti yang tinggi nilainya.
Bermula dengan kempen berbudi bahasa di kalangan kakitangan kerajaan, beberapa langkah telah
mula diatur bagi menerapkan nilai berbudi dan berbudaya penyayang di kalangan rakyat Malaysia.
Melalui kempen berbudi bahasa ini, kakitangan kerajaan telah dinasihatkan agar lebih mesra kepada
pelanggan mereka yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Kempen keluarga penyayang juga
diperkenalkan bagi menerap nilai murni dan mesra di kalangan keluarga masyarakat Malaysia. Jika
institusi kekeluargaan Malaysia tidak aman bagaimana pula hendak mencapai matlamat kerajaan
untuk menjadikan Malaysia maju menjelang tahun 2020.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang ingin melihat negara kita maju di tahun 2020 di samping ingin
melihat institusi masyarakat kita disegani dengan nilai budi pekerti yang tinggi dan berbudaya
penyayang ini haruslah menyokong usaha kerajaan ini. Caranya ialah dengan memulakan usaha –
usaha ini dengan keluarga kita sendiri.Ini kerana keluarga adalah asas kepada pembentukan
masyarakat dan masyarakat adalah asas kepada pembentukan keluarga.

Cabaran  8:
Menjamin Pembentukan Masyarakat Yang Adil Ekonominya
Cabaran ini merupakan cabaran yang besar kerana pengwujudan masyarakat yang adil ekonominya
sangat penting . Ini bagi memastikan supaya Malaysia sebagai sebuah negara maju pada 2020 tidak
wujud keadaan di mana ada segolongan rakyat yang tercicir di era kemajuan negara. Cabaran ini
mengkehendaki Malaysia agar dapat atau berjaya mengagihkan kekakayaan negara sama adil dan
sama rata kepada seluruh rakyatnya. Ini bermakna tidak ada rakyat pun ada merasakan mereka
tertindas di sebalik kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia.
Langkah kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara atau lebih dikenali dengan nama
barunya Dasar Wawasan Negara pada Rancangan Malaysia Keenam ini, dilihat sebagai titik tolak
kepada keadilan dalam sosio ekonomi rakyat Malaysia ini. Antara sasaran dasar ini ialah pemilikan
ekuiti sebanyak 30% oleh bumiputra menjelang tahun 2020.Ini dilihat dapat meningkatkan tahap
ekonomi kaum bumiputra sebagai memelihara ketuanan kaum ni di dalam menuju ke wawasan 2020.
Dasar Wawasan Negara ini juga mengkehendaki syarikat – syarikat agar mempunyai sekurang –
kurang 30% dari keseluruhan warga kerja mereka adalah terdiri dari golongan kaum bumiputra. Ini
dilihat sebagai satu usaha untuk memperseimbangkan golongan professional di kalangan rakyat
Malaysia. Keseimbangan ini dapat menjamin kemajuan dikecapi dapat dirasai oleh setiap orang yang
berlainan bangsa di negara kita.
Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak seharuslah mempertikaikan mengenai usaha kerajaan ini,
sebaliknya perlulah menggangap bahawa ia merupakan langkah yang terbaik di dalam memperbaiki
ketidak-seimbangan yang berlaku selama ini di Malaysia. Saya sendiri bersetuju dengan langkah
kerajaan ini kerajaan ini bukan kerana saya adalah kaum bumiputra tetapi atas nama bangsa
Malaysia yang ingin melihat kestabilan ekonomi dan social dapat dikekalkan walaupun setelah
Malaysia digelar sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020.

Cabaran 9 ;
membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonominya yang mampu
menghadapi persaingan, bersifat dinamik dan mempunyai daya ketahanan.
Cabaran ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan mengambil serius tentang keseimbangan dari aspek
ekonomi,politik dan sosiobudaya di Negara kita.Kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi ini
sebenarnya tidak cukup untuk mengubah struktur sosioekonomi yang diwarisi daripada
penjajah.Dasar-dasar yang dilaksanakan ternyata tidak memadai untuk memenuhi matlamat
mengurangkan pengangguran,pengagihan pendapatan secara adil dan mengurangkan kadar
kemiskinan.Fasa Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara antara tahun 1956 hingga 2010 ialah
Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama (1956-1970),Rancangan Pembangunan Negara Fasa
Kedua (1971-1990) dan Rancangan Pembangunan Negara Fasa Ketiga (1991-2010).Pelaksanaan
Dasar Wawasan 2020 merupakan dasar yang meneruskan aspirasi Dasar Ekonomi Baru dan Dasar
Pembangunan Negara untuk mewujudkan masyarakat  bersatu padu,adil dan saksama.Dalam
kandungan DEB adalah bermatlamat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat.Teras DEB adalah untuk mencapai perpaduan Negara dan keharmonian social melalui
pembangunan sosoiekonomi yang seimbang di Malaysia.Ia juga dilaksanakan bagi memastikan
kekayaan dan peluang ekonomi di Negara kita dapat dinikmati secara adil dan saksama oleh pelbagai
etnik.Jelaslah bahawa kerajaan menitikberatkan keadilan semua masyarakat dalam aspek ekonomi
bagi menghadapi persaingan dan mempunyai daya ketahanan.Salah satu dasar ialah DEB dimana
perlaksanaannya berhasil apabila dapat dilihat keseluruhan kadar kemiskinan mutlak di Malaysia telah
menurun dan meningkatkan pendapatan masyarakat seterusnya meningkatkan ekonomi Negara pada
peringkat global.

Rumusan
      Jika kita lihat, Wawasan 2020 ini bukan satu wawasan yang mementingkan hanya mementingkan
kemajuan negara sahaja malah ia juga mementingkan kemajuan insaniah di kalangan rakyatnya
sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang dan
berbudi di samping ingin mewujudkan masyarakat yang berteraskan sains.
Ini jelas menunjukan komitmen kerajaan yang juga mementingkan elemen kemanusiaan di dalam
mengejar arus kemajuan negara. Wawasan 2020 ini bukanlah omongan kosong sahaja tetapi ia harus
menjadi cita – cita setiap lapisan masyarakat Malaysia. Melalui merekalah, impian untuk melihat
Malaysia sebagai negara maju dapat direalisasikan.
Selain itu, wawasan 20020 merupakan wawasan menuju Negara maju. Namun,  bagi mencapai
wawasan ini tidak semudah yang kita fikirkan. Pelbagai cabaran yang terpaksa di hadapi oleh pihak
kerajaan bagi mencapai wawasan ini sepenuhnya pada tahun 2020. Antara cabaran utama yang
kerajaan hadapi dalam mencapai matlamat ini ialah memupuk hubungan etnik yang harmoni di
Malaysia. Oleh hal demikian, bagi merialisasikan hasrat kerajaan ini, semua rakyat haruslah
bersatupadu dan saling bertolenrasi antara sama lain demi melahirkan keharmonian dalam
masyarakat tidak kira agama, bangsa, dan keturunan. 
PERANAN KBKK DALAM MEREALISASIKAN WAWASAN 2020

Posted by I N D A H

Adakah berfikir itu penting? Mengapakah seseorang itu perlu berfikir? Manusia adalah satu-satunya
makhluk ciptaan tuhan yang dikurniakan akal untuk berfikir bagi menilai sesuatu itu buruk atau
tidak. Semua manusia menjalani proses berfikir. Berfikir merupakan proses menggunakan minda
untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea
atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. Namun
begitu, setiap individu mempunyai jenis can cara berfikir mereka yang berbeza.

Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Kemahiran
berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah,
dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang kukuh.
Manakala kemahiran berfikir secara kreatif pula ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan
idea hasil. Dalam proses mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan,
kedua-dua ‘Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir’ (KBSB) secara kritis dan kreatif perlu
digunakan.

Dalam menghadapi cabaran era globalisasi kini, Wawasan 2020 perlu dijadikan sebagai salah satu
penanda aras untuk memacu negara ke arah kegemilangan. Terdapat sembilan cabaran yang perlu
dihadapi dengan serius oleh semua lapisan rakyat Malaysia. Cabaran pertama ialah mewujudkan
negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara
yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama
sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan
politik dan dedikasi kepada negara. Yang kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah
masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri,
berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai
masalah. Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat
sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara
lain. Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan
masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang
mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada
beberapa banyak negara membangun. Cabaran keempat ialah cabaran untuk mewujudkan
masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai
agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.

Cabaran kelima yang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak
ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan
kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu
negara. Keenam ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat
yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem
sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak
berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
Kelapan ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini
merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama,
dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
Cabaran kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai
ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Cita-cita dan matlamat negara bangsa telah ditetapkan dalam Wawasan 2020. Wawasan 2020
merupakan kesinambungan usaha dan cita-cita negara sejak zaman kemerdekaan iaitu untuk
membina, membangun, dan memupuk sebuah negara yang berteraskan perlembagaan. Negara kita
telah merancang untuk menggunakan sumber manusia secara maksimum dalam aktiviti pengeluaran
dan pembangunan sepenuhnya akan kemahiran, pengetahuan dan keupayaan tenaga buruh. Dalam
konteks ini, pembangunan sumber manusia bermaksud pembangunan minda seseorang individu dan
juga cara pemikiran yang seharusya lebih kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif (KBKK) memainkan peranan yang amat penting dan harus diterapkan dalam minda anak-anak
sejak mereka masih kecil lagi. Dengan itu, negara kita pasti mampu melahirkan mayarakat yang
mantap dan berguna dalam mengembleng sumber manusia yang berkualiti. Oleh itu, negara kita
akan muncul sebagai sebuah negara yang maju dari segi sumber manusia dan juga intelek seiring
dengan cabaran Wawasan 2020.

Sistem pendidikan yang dibentuk oleh negara kita merupakan salah satu tunjang utama bagi negara
untuk merealisasikan Wawasan 2020. Matlamat asas bagi setiap sistem pendidikan adalah
pendidikan untuk perkembangan seseorang individu. Dalam sistem pendidikan yang dibentuk,
pelbagai aktiviti dilakukan dengan mempraktikkan KBKK bertujuan untuk memupuk pertumbuhan
kanak-kanak dari segi intelek, moral, sosial dan fizikalnya. Objektif matlamat ini adalah untuk
meninggikan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Setiap pelajar harus memiliki daya intelek yang
tinggi bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi rohani, emosi, jasmani, dan
intelek khususnya. KBKK berfungsi untuk meningkatkan potensi pemikiran seseorang individu. Oleh
itu, KBKK perlu diterapkan dalam kehidupan seseorang terutamanya dalam proses pembelajaran
dan pengajaran agar mereka akan dapat menyelesaikan masalah atau membuat keputusan dengan
tepat dan mantap tanpa sebarang kesilapan semasa berfikir serta dapat membentuk para pelajar
akan dapat mengemukakan pendapat atau idea-idea baru hasil daripada pemikiran mereka secara
kritis dan kreatif. Oleh itu, matlamat Wawasan 2020 untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang
berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang
ada dan gagah menghadapi cabaran akan terlaksana kelak.

Kurikulum juga merupakan salah satu faktor yang penting dalam usaha menggalakkan penggunaan
KBKK dalam kalangan pelajar di sekolah mahupun di sesebuah institusi pendidikan. Kurikulum telah
dirancang dan dirangka dengan begitu teliti serta telah diubahsuai mengikut keperluan semasa
supaya pelajar mendapat pengetahuan terkini seiring dengan peredaran zaman agar dapat
merealisasikan Falsafah Pendidikan dan juga Wawasan 2020 yang bermatlamat untuk melahirkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan juga intelek. Dengan kurikulum
yang sedia telah dirancang dan berkesan dalam pendidikan, ini menunjukkan bahawa negara kita
mampu mengharungi kesemua sembilan cabaran yang terkandung dalam Wawasan 2020 kerana
setiap lapisan masyarakat Malaysia telah memiliki KBKK yang begitu mantap.

Kesimpulannya, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) memainkan peranan yang
penting dalam usaha merealisasikan sembilan cabaran Wawasan 2020. Ini adalah kerana penerapan
KBKK dalam setiap perkara akan merangsang seseorang individu itu untuk berfikir dengan lebih
teliti, terancang dan juga terhindar daripada sebarang kesilapan dalam membuat dan memilih
sesuatu keputusan yang jitu. Oleh itu, kita perlulah berusaha untuk menerapkan KBKK dalam
kehidupan seharian agar dapat melahirkan sebuah bangsa yang gagah menghadapi cabaran
Wawasan 2020 dan juga mampu menjadi sebuah masyarakat yang cemerlang, gemilang dan
terbilang di mata dunia.

You might also like