Berpandukan hujah dua pemikir yang dibincangkan dalam kursus ini mengapakah kemerosotan negara berlaku?

1.0

Pengenalan Setiap negara dalam sejarah manusia mengalami zaman kemerosotan masing-

masing. Menurut pendapat Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh putaran sejarah. Pada awalnya, ia berjaya kerana mengamalkan nilai-nilai murni tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan. Tetapi ada juga sarjana yang berpendapat bahawa sesebuah tamadun merosot bukanlah disebabkan oleh hukum sejarah. Kemerosotan boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik.

1.1

Biodata Pemikir 1.1.1 Aristotle Aristotle merupakan anak didik Plato dan beliau dianggap ahli sains moden yang pertama. Beliau lebih cenderung menjadi pemikir yang bercorak idealism dan a priori. Beliau terkenal sebagai pencipta dan penentu suatu hukum alam umum mengenai gerak laku dan pegerakan yang berlaku dalam alam fizikal dan alam manusia.

1

Semua bentuk kerajaan diklasifikasikan mengikut kriteria seperti monarki iaitu pemerintahan oleh seorang raja. Ini bermakna. 2 . iaitu bilangan pemerintah dan mutu pemerintahan. ia akan menjadi tirani dan jika . aritokrasi berubah menjadi oligarki dan politik menjadi demokrasi. aritokrasi iaitu pemerintahan oleh sekumpulan pembesar dan politi iaitu pemerintahan oleh ramai yan juga meliputi ciri-ciri terbaik daripada keduadua bentuk pemerintahan monarki dan . Setiap jenis ini juga mempunyai ‘bentuk pencemaran’ masing-masing.Dalam bukunya yang bertajuk ‘Politics’ Aristotle mengajar suatu etika kompromi atau kesederhanaan. Bagi Aristotle masyarakat dan negara merupakan suatu gabungan daripada kumpulankumpulan kecil yang telah sediada. sesuatu kerajaan boleh diketuai olah seorang. Mutu perlembagaan boleh wujud untuk manafaat pemerintah atau kepentingan seluruh masyarakat. jika monarki sudah rosak. Kajian ini adalah membahagikan perlembagaan kepada dua kriteria. Menurut konsep ini. Beliau berpendapat bahawa kehidupan yang baik adalah kehidupan yang bermasyarakat dan berhaluan. aritokrasi. Aristotle membincangkan beberapa jenis perkembangan atau sistem kerajaan bukanlah dalam satu rangka normatif – idealis tetapi melibatkan perkembangan yang berbeza. sekumpulan kecil atau ramai orang.

Beliau telah dilantik menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri di negeri Lu. seorang wanita berpendidikan tinggi dan berbudi pekerti. Beliau juga sangat mahir tentang "Li". semakin sukar dengan menempuh pelbagai pancaroba yang mana telah mematangkan dirinya . Tse Shu Le pernah bertugas sebagai pegawai tentera dan meninggal dunia sebelum Confucious dilahirkan.1.2 Confucious Nama sebenar Confucious ialah Kon Qiu tetapi beliau juga lebih dikenali sebagai Kong Fuzi atau Master Kong atau Kongzi. MenurutTao’s Commentary. Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Confucius tetap belajar dengan tekun dan berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan semasa berusia 17 tahun.1. Akan tetapi. kehidupan Confucious bersama ibunya. 3 . pemerintahan Lu itu tidak dapat menerima ajaran-ajaran Confucius. Dia dilahirkan di Daerah Lu (kini lebih dikenali sebagai Daerah Shantung) pada tahun 551 S. Oleh sebab pemerintahan Lu itu sangat puas hati dengan kerja-kerja beliau. beliau telah dinaikkan pangkat dengan cepat. Bapanya. iaitu susunan tingkah laku yang baik. walaupun keluarganya dalam kesusahan.M. Selepas kematian bapanya. Confucious berasal daripada golongan bangsawan. Setiap jabatan yang dibawa jagaannya semua berjalan dengan lancar.

4 . Contohnya Maharaja Rom dipuja sebagai tuhan. sesebuah negara merosot disebabkan oleh faktor-faktor seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara yang miskin dan kaya.2 Faktor Kemerosotan Negara 1. Ketidakstabilan politik iaitu perpecahan di kalangan negara dan wilayahwilayah yang dijajah. teknik-teknik dan idea-idea pentadbiran yang ketinggalan zaman. ekonomi dan sosial. Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi sains dan teknologi.1. Adalah diketahui bahawa rejim-rejim empayar tidak dapat dikekalkan selama-lamanya. Ini kerana sikap tertutup ini menghalang kepada peningkatan daya kreativiti dan seterusnya menyebabkan masyarakat tersebut hidup dalam kemunduran. Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga hak-hak asasi manusia diketepikan.2. Kemerosotan dan kejatuhan berlaku pada akhirnya disebabkan kelemahan dan gagalnya para pemimpin untuk mengekalkan struktur empayarnya. struktur politik.1 Pengenalan Berdasarkan kepada sejarah. Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan pemimpin. kemerosotan ekonomi serta pemberontakan dan serangan luar.

Jika tiada unsur keadilan ini. matlamat negara untuk member kebahagiaan kepada semua anggota negaranya tidak akan tercapai.2.1. Contohnya. Ketidakadilan yang berlaku seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dan miskin juga menjadi kemerosotan sesebuah negara.2 Kemerosotan negara menurut Aristotle Menurut Aristotle kemerosotan negara berlaku kerana beberapa faktor seperti hilangnya keadilan dan wujudnya kekuasaan mutlak. Pemerintah mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan bersama. Masalah ini timbul akibat daripada penguasaan segelintir ahli masyarakat dalam memerintah anggota negara yang lain sekaligus menyebabkan mereka memberontak dan akan menyebabkan sesebuah negara itu runtuh begitu sahaja. Ini kerana tugas sesebuah negara adalah untuk memastikan keadilan yang sama rata di nikmati oleh semua rakyat. Contohnya di Yunani tersapat golongan hamba abdi yang hidup melarat yang ditindas dan dikerah untuk mengusahakan tanah golongan berharta telah menyebabkan pemberontakan di kalangan masyarakat bawahan. Perubahan bentuk pemerintahan akan berlaku jika keadaan yang sepatutnya diselewengkan. Ketiadaan unsur keadilan di kalangan rakyat akan mendorong sesebuah Negara itu merosot. 5 . Keadaan ini dapat dilihat berdasarkan klasifikasi pemerintahan oleh Aristotle. pemerintahan bercorak monarki (raja) yang menguasai seluruh kerajaan akan bertukar kepada tirani (kuku besi) jika dia mementingkan diri dan menindas kepentinan bersama rakyat. Rakyat akan bangkit menentang raja tersebut.

6 . aturcara mengenai penetapan jawatan-jawatan rasmi pemerintahan tidak dapat dilaksanakan. Kelemahan pemerintah dalam memerintah negara merupakan antara faktor kemerosotan negara berlaku. Apabila kuasa negara menjadi semakin lemah dan tidak dapat mengawal dan mengawasi tindakan dan tingkahlaku rakyat.Kelemahan kepimpinan/ undang-undang perlembagaan di mana pemimpin tidak mampu untuk menyediakan keperluan rakyat kerana itulah tujuan pemimpin dan pelembagaan wujud. Negara akan merosot apabila tujuan kewujudan negara tidak dapat tercapai. Kemerosotan negara yang berlaku adalah kerana ketidakcekapan pemimpin melaksanakan tanggungjawab dalam memerintah negara. kebahagian tidak dapat dinikmati. Manakala undang-undang atau perlembagaan yang lemah pula akan menyebabkan matlamat negara tidak dapat dicapai. Keadaan ini memungkinkan munculnya seorang penakluk. Oleh itu pemimpin yang lemah dalam melaksanakan undang-undang peraturan menyebabkan masyarakat tidak dapat mengikuti undang-undang tersebut. Pengekalan sesebuah negara itu bergantung kepada pemimpin pada dasarnya. Pemimpin yang diyakini adalah mampu untuk melaksanakan undang-undang peraturan. Kekekalan negara bergantung kepada pemimpin yang diyakini untuk menguatkuasakan peraturan. Negara yang tidak dapat menyediakan keperluan material rakyat.

Raja tidak berhak menindas dan tidak berhak menentukan hala tuju rakyat kerana rakyat mempunyai kebolehan untuk berfikir dan menentukan siapa yang akan menjadi pemerintah mereka. manusia akan dipengaruhi oleh suatu prinsip yang tidak baik dan akan berlaku keburukan. moral. Jika prinsip ini gagal dipenuhi. niai-nilai. 7 .1. adat dan kepercayaan masyarakat setempat. pada abad ke-6 Confucious telah muncul sebagai ahli falsafah yang giat berusaha untuk menjana kebijaksanaannya dalam membentuk satu sistem yang lebih teratur dan sistematik dari segi politik.3 Kemerosotan Negara menurut Confucious Sepanjang sejarah penubuhan negara China. Antara ahli falsafah China yang terkenal ialah Confucious. Confucious adalah orang yang telah mengasaskan falsafah Confucious (Confucianism ). sosial dan ekonomi di Negara China. Berasaskan sejarah China. Dalam mentafsirkan falsafah Confucious ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu mengenai etika atau moral politik dan mengenai keadilan. Kewibawaan politik terletak kepada rajanya dan raja harus mengamalkan prinsip – prinsip yang baik untuk menjamin kemajuan.2. Menurut Confucious adalah manusia bertanggungjawab kepada prinsip asas yang telah ditetapkan dan harus cuba membentuk struktur sosial yang bertanggungjawab dan berakhlak. falsafah telah banyak memainkan peranan dalam membentuk etika.

Dalam sesebuah negara. Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat disanjung tinggi. rakyat harus dijaga dengan makanan yang mencukupi. setiap individu mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak lain. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. terdapat lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat. tenteram dan harmoni. masyarakat serta negara akan bersatu. kerajaan harus menimbulkan keyakinan rakyat. Dalam ajaran Confucius. Confucius menegaskan bahawa raja adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Antaranya ajaran Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. kedaulatan negara mesti dipertahankan dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat. Dari segi ibu bapa pula. Rakyat perlu hormat dan taat kepada kerajaan. ibu bapa dan anak. beliau mengatakan bahawa kasih saying patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya. Menurut beliau. abang dengan adik dan kawan dengan kawan. suami dengan isteri. negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.Ajaran-ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa. Raja harus memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi. 8 . Dari segi politik pula.

Bagi Confucious raja perlu memerintah dengan adil dan saksama. Selain Meng Tze.Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus berperanan sebagai Shang-Ti. 9 . Mereka sangat mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil daripada ajaran Confucius. pemerintah perlu menjamin keselamatan masyarakat negaranya dan dunia amnya. Sesebuah sistem politik hanya akan bermakna jika politik keadilan dilaksanakan. Meng Tze. Sikap raja yang menganggap diri mereka sebagai tuhan dan sering melakukan perkara-perkara di luar prinsip asas manusia menyebabkan rakyat bangun untuk menberontak. juga memetingkan penyembahan kepada nenek moyang. Beliau menggalakkan pengikutnya memsaudarang ke zaman silam untuk mendapat pengajaran supaya masalah dapat diselsaikan. Bagi masyarakat China. Raja yang zalim boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu kepada rakyat yang ditindas. telah menambah ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja seharusnya sedar bahawa mereka hanya menjadi wakil pada suatu kuasa syurga ( heaven will). Beliau yang mewujudkan Confucianisme. Jika raja-raja ini melanggar kuasa syurga ini. Hsun Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah jahat dan raja bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat dan hukuman keras kepada pesalah. pengikut Confucius. bermakna raja-raja ini telah melanggar kehendak rakyat dan demokrasi tidak akan kekal di sesebuah Negara tersebut.

manusia dengan alam dan mengembalikan kestabilan negara China.M).Pemerintah dan pegawai-pegawai pemerintah memiliki kekayaan yang besar dan ini merupakan punca ketidak puasaan hati rakyat dalam sesebuah negara. keadaan penguasaan anarki wujud begitu ketara. negara China berada daam keadaan huru hara. Mereka mewujudkan sistem birokrasi dengan menubuhkan jabatan-jabatan seperti kewangan. sosial dan ekonomi sejak dari zaman dahulu hingga ke zaman moden ini. Perebutan kuasa pemerintah. Pada zaman Chun Chiu (722 S. Kerana itulah pengaruh dan falsafah Konfusius dapat dilihat dari aspek politik. kemerosotan sistem feudral telah mengancam keharmonian dan keamanan negeri China .M – 481 S. gejala-gejala korupsi politik selalu berlaku. namun kita tidak boleh menafikan bahawa fahaman ini telah banyak membantu dalam pembentukan masyarakat yang aman dan harmoni. undangundang dan pasukan bersenjata bagi memudahkan pentadbiran. Walaupun ada pengkaji yang berpendapat bahawa falsafah Confucious ini berbentuk konservatif. Imperialisme yang hanya mengutamakan diri sendiri kian berleluasa. Zaman itu disebut sebagai Zaman Purba Pada zaman itu. Keadaan ini telah mendorong Confucious untuk bertekad dan berusaha mengembalikan keamanan dan keharmonian antara manusia dengan manusia. Semua pembesar menjadi tuan tanah atau pemegang tanah. 10 .

Pemerintahan Dinasti Qin mengamalkan falsafah legalisme. Selain dari hukuman mati. bertujuan untuk menyekat pemikiran masyarakat dan menyatukan pemikiran supaya dapat menyekat idea-idea dan pepatah golongan intelektual yang akan menentang kerajaan berkuasa pusat.Yang pasti. sifat-sifat kemanusiaan dan hubungan yang perlu ada pada diri seseorang semasa berinteraksi dengan orang di sekelilingnya (Azmi Aziz & Wan Ramli. Shih Huang-Ti berpendapat bahawa rakyat mesti diperintah dan dikawal melalui kekerasan dan undang-undang yang tegas. Hal ini telah menyebabkan kekurangan golongan intelektual yang berupaya dalam sistem pemerintahan Dinasti Qin. 11 . Shih Huang-Ti telah menanam hidup-hidup pengikut Confucious. Akan tetapi. Shih Huang-Ti mengamalkan undang-undang yang ketat. termasuk perkara-perkara yang berkenaan dengan jenayah. Hukuman undang-undang Qin adalah amat kejam. Undang-undang Qin adalah meluas. pembakaran buku dan menanam hidup pengikut Konfusianisme telah memusnahkan pusaka budaya dan menbunuh banyak gologan intelektual yang mungkin boleh menbawa jasa kepada negara. aktiviti pertanian. sistem pengairan serta perlindungan alam sekitar. seperti hukuman mati. ketat dan rapi. cukai. ada lagi banyak hukuman yang lain termasuk yang mencacatkan anggota pesalah dan turut membunuh ahli keluarga dan kerabat pesalah Selain itu. 2002 ). falsafah Confucious ini memberikan satu pengajaran yang bersifat baik dalam menggariskan pembentukkan peribadi. kerahan.

Berdasarkan keruntuhan Dinasti Qin. jikalau rakyat didapati menyimpan atau memilik buku-buku tersebut akan diberikan hukuman yang zalim. Jing Ti dan Han Wu Ti.Oleh itu. 12 . baginda telah membatalkan undang-undang Qin iaitu menyimpan bukubuku haram . Oleh itu. Pada masa pemerintah Hui Ti. Perkara-pekara tersebut telah menyebabkan sistem pemerintahan semakin hari semakin merosot dan menbawa kepada keruntuhan Dinasti Qin. Confucious telah diambil berat oleh raja-raja Dinasti Han dan semasa pemerintah Wu Ti. Dong Zhong Shu telah mengambil aspek Taoisme. Sebelum pemerintah Wen Ti. segala buku-buku yang mengandungi unsur-unsur Konfusianisme seperti kitab-kitab konfusianisme adalah buku yang haram dan rakyat tidak boleh memilik buku-buku tersebut.Ti. Semasa Dinasti Qin yang berada di bawah pemerintah Shih Huang. Legalisme dan Confuciousme yang berfaedah dan diaplikasikan terhadap pemerintahan kerajaan dan undang. golongan pemerintah Dinasti Han telah menyedari bahawa pemerintahan tegas berasaskan ideologi Legalisme tidak harus diamalkan. Pentadbiran Confuciousme yang dijalankan oleh Han Wu Di sebenarnya mengandungi unsur-unsur Legalisme di dalamnya. pengawai istana yang khianat seperti Zhao Kao telah menguasai pentabiran secara sepunuhnya.undang. dasar-dasar yang terbabit dengan Confucious me juga dapat dilihat semasa pemerintah Hui Ti .

Oleh itu. Pentabiran Dinasti Qin yang menggunakan ideologi legalisme yang ketat telah menpercepatkan kejatuhan Dinasti Qin kerana kehilangan perasaan cinta rakyat terhadap kerajaan Qin dan kekurangan orang yang berbakat yang dapat memberi jasa kepada pembangunan kerajaan. Maharaja Wen Ti dan Jing Ti juga menggalakkan rakyat menyerahkan dan buku-buku yang mengandungi unsur-unsur Confucious. Manakala pemerintahan pemimpin Han yang menolak hukuman kejam dan bertimbang rasa terhadap rakyat yang berteraskan ideologi Confuciousme telah menekankan dalam perasaan cinta kepada rakyat dan golongan intelektual juga diberi peluang untuk memberi jasa kepada Dinasti Han dengan lebih berusaha. 13 . pemikiran Confucious telah dibangkitkan semula dan tersebar luas di kalangan rakyat mulai pemerintahan Hui Ti. Oleh itu.Hui Ti telah menbatalkan undang-undang tersebut dan memberi kebenaran kepada rakyat untuk mempunyaidan menbaca buku-buku tersebut. Dinasti Qin menggunakan ideologi legalisme yang ketat manakala Dinasti Han lebih cenderung kepada ideologi Confucious yang mementingkan berperikemanusiaan dan lebih bertimbang rasa terhadap rakyat. Walaupun. Undang-undang Qin telah mempengaruhi pengubalan Undangundang Han tetapi ideologi yang digunakan oleh pemimpin semasa menjalani pentabiran adalah berlainan. ideologi yang diamalkan oleh Dinasti Qin dan Dinasti Han turut menyebabkan kejatuhan Dinasti Qin dan kejayaan Dinasti Han.

Perasaan dengki yang mengakibatkan kerjasama 6 negeri zhuhou telah menjadi ancaman kepada Dinasti Qin dan telah menimbulkan keadaan yang tegang pada awal pembentukan Dinasti Qin. Tetapi selepas negeri Qin menewaskan negeri-negeri zhuhou yang lain. Perasaan dengki terhadap permunashan negeri zhuhou telah menyatukan 6 negeri zhuhou. pemberontakan Chen Yi yang mendapat sokongan rakyat ramai dan keadaan bangsawan 6 negeri zhuhou yang mengelar diri sebagai wang telah menjelaskan bahawa keinginan enam negeri zhuhou untuk membangkitkan negara adalah sangat teguh dan juga besarnya bunyi yang dilantang oleh rakyat 6 negeri zhuhou. sisa kuasa 6 negeri zhuhou telah mempunyai hubungan manfaat yang sama . Pada masa yang lalu. tujuh negeri zhuhou tidak menjalinkan hubungan antara negeri dengan rapat disebabkan pertimbangan kepentingan pentadbiran dan negeri sendiri. 14 . Semasa pemerintahan Raja Qin. Sebagai contohnya. beliau telah menjalankan pelbagai usaha mengukuhkan kuasa pemerintahannya. Ini adalah syarat permintaan kepada enam negeri zhu hou untuk membalas dendam. telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di antara bangsawan enam negeri zhuhou. Oleh itu. Negeri-negeri zhuhou tidak bekerjasama antara satu sama lain. tetapi kurang berjaya kerana Raja Qin telah menyerangkan dan menyatukan enam negeri zhuhou dalam masa yang sangat singkat.Perebutan kuasa dan persaingan pemerintah merupakan antara faktor yang menyebab kemerosotan Negara berlaku.

Dengan syarat syarat tersebut. Han Gao Zhu Liu Pang telah menbunuh tujuh raja yang kelainan nama keluarga yang berjasa dalam mendirikan Dinasti Han supaya dapat menghapuskan bencana yang mungkin akan menimbulkan perebutan kuasa dalam pemerintahan baginda. pemerintahan Dinasti Han dapat dijalankan dengan lancar dan menyeluruh tanpa menghadapi sebarang halangan. perikatan dan kuasa-kuasa enam negeri zhuhou yang akan mengancam kekukuhan pemerintah Dinasti Han juga dihapuskan secara keseluruhan. Tafsiran secara objektif. Oleh itu.perikatan 6 negeri zhuhou telah mengancam Dinasti Qin dan secara tidak langsung mengakibatkan kejatuhan Qin. Justerunya. cita-cita kebangkitan negara telah mendorong perikatan enam negeri zhuhou menjadi lebih rapat dan menjadi lebih kuat.Keadaan tersebut diakibatkan oleh perasaan dengki terhadap permunashan negeri zhuhou mereka. Pada masa yang sama. Oleh itu. Dinasti Han mendapat sokongan rakyat enam negeri zhuhou dengan mudahnya dan mendapat daya penarikan pusat dan tulus ikhlas rakyat terhadap Dinasti Han yang sebenarnya. perasaan dengki terhadap Dinasti Qin daripada rakyat enam negeri zhuhou telah dihilangkan akibat keruntuhan pemerintahan Dinasti Qin. selepas Liu pang berjaya meruntuhkan Dinasti Han. Untuk memperkukuhkan lagi kuasa pemerintahan Dinasti Han. Dinasti Han secara langsung telah menyatukan China. Selain itu. golongan pemerintahan Dinasti Han adalah daripada kalagan rakyat yang mempunyai sikap berkecuali. 15 . Oleh itu.

seluruh rakyat negara harus mematuhi segala perintah raja. maka Han Wu Ti telah memerima cadangan Dong Zhong Shu yang menggunakan teras Confuciousme iaitu mewujudkan sebuah kerajaan yang kuasa tertingginya terletak pada maharaja dan ideologi Confuciousme telah dipraktikkan ke dalam pentadbiran Han Wu Ti. Pembaharuan pentadbiran yang dijalankan oleh Han Wu Ti merupakan langkah untuk mengukuh lagi pentadbiran baginda. Tindakan Han Wu Ti ini telah berjaya menyekat perkembangan kuasa zhuhou dan mengukuhkan lagi keagungan dan kewibawaan raja.Pemantauan untuk memperkukuhkan pengawalan kerajaan berkuasa pusat terhadap wilayah dan mengubahkan sistem pembesar. baginda juga melantik penasihat dan pegawai kerajaan kepada pembesar feudal. Contohnya Wu Ti telah melemahkan kuasa Perdana Menteri dan menambahkan kuasa tentera Jeneral Besar serta membenarkan sida-sida yang memegang jawatan yang lebih tinggi menjadi setiausaha untuk bertanggungjawab kerja-kerja menyampaikan perintah maharaja serta segala urusan yang sulit. 16 . Pegawai-pegawai ini bertindak sebagai pemerhati bagi pihak maharaja. Zhuhou juga dikehendaki menberi taat setia yang sepenuhnya kepada raja. Ideologi Confuciousme menyatakan bahawa maharaja merupakan mandat Tuhan dan memerintah rakyat atas nama Tuhan. Selain itu. Oleh itu.

terutama sekali hormat kepada ibu bapa. Tabiat yang terpuji serta kelakuan yang baik.3 Kesimpulan Sebagai satu kesimpulan.1. orang tua dan negara adalah perkara yang dituntut daripada penganut ajaran Confucius. Confucianisme yang berasaskan ajaran Confucius memetingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang. negara adalah asas pada kehendak semulajadi manusia dan kehidupan individu adalah sama dengan kehidupan negara. 17 . Aristotle juga berpendapat bahawa sistem pemerintahan yang unggul akan menerapkan perlembagaan yang baik dan perubahan sosial yang diperkenalkan olehnya adalah mengenai peralihan kuasa melalui proses revolusi dan percaya bahawa keadilan akan membantu sesebuah negara terus kekal dan berakhlak. Idea peperiksaan awam untuk memilih pegawai kerajaan adalah hasil daripada pengaruh Confucianisme supaya negara dapat dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan dan bukan kerana keturunannya. Aristotle berpendapat bahawa negara akan hanya wujud kerana manusia inginkan kehendak hidup yang berbeza.

Bangi David Miller. Universiti Kebangsaan Malaysia. Pulau Pinang Modul XXXXXXXX 18 . Kuala Lumpur Lok Chong Hoe ( 2000). falsafah dan teori.Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Sunawari Long (2006). Universiti Sains Malaysia. Tamadun Cina: Corak Pemikiran. Sains dan Kesusasteraan. Sejarah Fasafah. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Politik dalam prespektif pemikiran . Larry Siedentop (1994). Tokoh Falsafah Dunia.Bibliografi Azmi Aziz & Wan Ramli. (2002).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful