You are on page 1of 21

Nilai dalam Novel Melunas Rindu

Kasih sayang
Nilai ini digambarkan melalui kasih sayang antara Fuad dengan Farhana.
(Rujuk halaman 201)

Ketabahan
Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang tabah menghadapi liku-liku
dalam hidupnya. (Rujuk halaman 192)

Tolong-menolong
Nilai ini digambarkan melalui watak Robert Lim yang membantu keluarga
abang dan kakak iparnya iaitu Peter Lim dengan Swee Lan. (Rujuk halaman
89)

Kerajinan
Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad, Pak Ismail dan Mak Salmah
yang rajin mengusahakan tanah yang baru dibeli oleh Fuad. (Rujuk halaman
23)

Hormat-menghormati
Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang sentiasa menghormati orang
yang lebih tua daripadanya seperti dia menghormati emak Farhana. (Rujuk
halaman 84)

Taat akan agama


Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang tidak pernah meninggalkan
sembahyang termasuklah semasa dalam keadaan musafir, dia menunaikan
solat qasar. (Rujuk halaman 81)

Murah hati
Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang memberikan jagung yang
ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru lain di sekolahnya.
(Rujuk halaman 55)

Meminta maaf
Nilai ini digambarkan melalui watak Robert Lim yang ingin memohon maaf
kepada Mariana iaitu emak kandung Fuad. (Rujuk halaman 169)
Menepati janji
Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang menepati janjinya iaitu dia
pergi ke rumah emak Farhana selepas sembahyang Maghrib di surau
hospital untuk memastikan adik-adik Farhana dalam keadaan baik dan
terurus. (Rujuk halaman 188)

Latar Novel Melunas Rindu

Latar Masa Dalam Novel Melunas Rindu


Semua peristiwa yang digambarkan dalam novel ini berlaku pada zaman
sekarang iaitu dalam era globalisasi. Hal ini terbukti dengan adanya
penggunaan telefon bimbit, kereta Proton Iswara dan kewujudan Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Tempoh masa keseluruhan cerita
dalam novel ini adalah lebih kurang beberapa bulan sahaja tetapi diolah oleh
pengarang dengan menyelitkan teknik imbas kembali pada zaman darurat.
Peristiwa-peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu-waktu tertentu
seperti kehidupan manusia iaitu waktu pagi, petang, dan malam. Yang
berikut disenaraikan contoh latar masa tersebut:

Waktu pagi
Fuad sampai di Sekolah Menengah Seri Setia untuk memulakan tugasnya
sebagai guru pada pukul tujuh lima belas pagi. Rujuk halaman 35.

Waktu petang
Fuad mengajak Farhana keluar dan makan pada hari ulang tahun Farhana
pada waktu petang. Rujuk halaman 137.

Waktu malam
Fuad pergi ke rumah Cikgu Zamani yang menjemputnya untuk makan
malam. Rujuk halaman 7.
Latar Tempat

Di restoran
Fuad dan Farhana mengelilingi pusat bandar dahulu sebelum singgah di
Restoran Terapung di Taman Syahbandar. Rujuk halaman 137.

Di rumah Pak Mail


Pak Ismail sudah bersiap-siap untuk ke surau pada pukul tujuh dua puluh
ketika Fuad tiba di rumah Pak Ismail. Rujuk halaman 16.

Di sekolah
Suasana di sekolah iaitu di bangunan Blok C, Sekolah Menengah Seri Setia
masih bising dan hingar-bingar walaupun kelas lanjutan sudah dijalankan.
Rujuk halaman 122.

Di rumah Farhana di Kuantan


Fuad bersolat di rumah Farhana pada suatu petang dan selepas menunaikan
solat dia pun bersiap-siap untuk pergi ke rumah bapa saudaranya. Rujuk
halaman 85.

Di hospital
Fuad terus bertanya kepada pengawal keselamatan apabila dia sampai di
ruang legar hospital di tingkat bawah. Rujuk halaman 183.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang suka menolong orang yang memerlukan pertolongan


Contohnya, Fuad menolong kawannya Borhan dengan membawa anak
Borhan yang demam panas ke klinik pada suatu malam.

Masyarakat yang taat dan patuh akan agama


Contohnya, Fuad dan Pak Ismail tidak pernah mengabaikan solat lima waktu
dan mereka kerap pergi ke surau untuk menunaukan solat secara berjemaah.
Rujuk halaman 5.

Masyarakat guru yang dedikasi terhadap tugas


Contohnya, Farhana dan Fuad begitu komited dan dedikasi terhadap tugas
mereka ssebagai guru dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi
anak-anak murid mereka. Rujuk halaman 50.
Masyarakat majmuk yang saling memahami
Contohnya, Robert Lim memahami bahawa orang Islam perlu menunaikan
solat lima waktu. Rujuk halaman 170.

Masyarakat yang mengamalkan perkahwinan campur


Contohnya, Robert Lim yang berbangsa Cina berkahwin dengan Mariana
yang berbangsa Melayu. Rujuk halaman 99.

Masyarakat yang menghormati tetamu


Contohnya, Pak Ismail dan Mak Salmah sangat menghormati tetamu yang
datang ke rumah mereka. Rujuk halaman 168.

Masyarakat yang rajin bekerja


Contohnya, Peter Lim rajin bekerja untuk menyara keluarganya. Rujuk
halaman 87 hingga 88.

Watak dan Perwatakan Novel Melunas Rindu

Watak Utama

Fuad (Joshua atau Abdul Halim)

Watak Fuad digambarkan oleh pengarang sebagai seorang anak muda yang
kacak, tubuhnya tinggi, berdarah kacukan Cina dan Melayu, iaitu
ayahnya berketurunan Cina dan emaknya pula berketurunan Melayu.

Selain itu, Fuad memiliki kelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari


universiti ternama di Amerika Syarikat. Fuad bekerja sebagai guru
sementara yang mengajarkan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri
Setia. Dia juga seorang yang dedikasi terhadap tugasnya sebagai guru,
contohnya dia tidak pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat
untuk membimbing anak-anak muridnya yang lemah dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris.

Fuad ialah seorang yang taat akan perintah agama dan sebagai buktinya dia
tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau
sebagai musafir dia menunaikan solat qasar. Sebagai contohnya, Fuad
berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan solat qasar ketika dia dan
Farhana dalam perjalanan ke Kuantan.
Fuad ialah seorang anak muda yang tabah menghadapi cabaran hidup yang
penuh dengan liku dan dia tidak pernah mengesali nasibnya itu,
contohnya dia tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya.
Dia cuma menumpang kasih sayang daripada bapa dan ibu saudaranya
iaitu Patrik Lim dan Swee Lan. Selain itu, dia juga menumpang kasih
sayang daripada keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah.
Bukti lain ialah dia tabah menghadapi kenyataan bahawa Farhana ialah
adik kandungnya sendiri yang berlainan bapa.

Fuad juga digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang
akan apaknya dan juga adik-adik sepupunya. Buktinya dia sanggup
memberikan wang dan menanggung persekolahan Ah Soh yang sedang
belajar di tingkatan enam atas.

Fuad turut digambarkan sebagai orang yang suka menolong orang lain. Sebagai
contohnya, dia membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di
hospital dan mengambil berat akan adik-adik Farhana. Selain itu, Fuad
seorang yang murah hati dalam menghulurkan sebarang bantuan,
contohnya dia dengan murah hati membayar bil rawatan anak rakannya,
iaitu Borhan yang demam panas. Di samping itu, Fuad juga murah hati
dengan membelikan Pak Ismail sebuah motosikal untuk kegunaannya
seharian. Fuad juga murah hati dengan memberi jagung yang
ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru di sekolahnya.

Selain itu, Fuad digambarkan sebagai seorang yang menghormati orang lain,
contohnya dia menghormati Pak Ismail dengan Mak Salmah dan tidak
pernah meninggikan suaranya ketika berbicara. Contoh yang lain ialah
dia menghormati Cikgu Zamani dengan memenuhi jemputan untuk
makan malam di rumahnya.

Watak Sampingan

Farhana

Pengarang menggambarkan Farhana bertubuh kecil molek, berkulit putih dan


cantik orangnya. Farhana berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam
Bahasa Inggeris dari universiti luar negara. Farhana berumur dua puluh
empat tahun.
Farhana bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia.
Di sekolah itu dia diamanahkan untuk menjadi Ketua Panitia Bahasa
Inggeris dan membantu Pengetua dan Penolong Kanan dalam
menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa
Inggeris.

Farhana ialah seorang yang periang, mudah ketawa dan mudah untuk diajak
berbual. Dia juga seorang yang nakal dan lincah.

Dia juga seorang yang dedikasi dan komited terhadap tugasnya sebagai guru,
contohnya dia tidak pernah ponteng kelas lanjutan seperti yang
dilakukan oleh ikgu Zamani. Dia berusaha untuk membantu anak-anak
muridnya untuk lulus dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. Selain itu,
Farhana turut digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya
dia sayang akan emak dan adik-adiknya. Di samping itu, dia juga
menyimpan perasaan sayang terhadap Fuad. Akhirnya perasaan sayang
itu bertukar menjadi perasaan sayang kepada abang kandungnya sendiri.

Selain itu, Farhana digambarkan sebagai seorang anak yang bertanggungjawab


terhadap keluarganya sendiri. Sebagai contohnya, Farhana segera pulang
ke Kuantan untuk menjaga ibunya yang sakit lelah dan dimasukkan ke
hospital. Dia sanggup tidur di hospital semata-mata untuk menjaga
ibunya yang sakit itu.

Walau bagaimanapun Farhana juga digambarkan sebagai seorang yang tegas


pendirian, contohnya dia tetap mempertahankan pendapat ketika
bertengkar dengan Cikgu Zamani yang suka ponteng kelas di sekolah.

Selain itu, Farhana juga seorang yang berani menegakkan kebenaran,


contohnya dia berani berhujah dengan Cikgu Zamani yang selalu
ponteng kelas dan suka mengkritiknya.

Walaupun perwatakannya nampak kasar dan tegas tetapi Farhana sebenarnya


seorang yang sensitif dan beremosi contohnya, dia menangis dan berasa
sedih apabila Fuad memberitahunya tentang hubungan mereka
sebenarnya ialah adik-beradik. Dia agak sukar untuk menerima
kenyataan itu pada peringkat awalnya.
Bahagian 1

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN


KARANGAN

· Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap
empat penjuru dunia ini tentang isu …

· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan


minda kita telah ….

· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang
2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan
rintangan yang bakal menghambat.

· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan
dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia.
Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan
sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …

· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN


KARANGAN

· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan
dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang


menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan
drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang
lama di negara kita ini.

· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan
pendapat yang menyatakan …….

· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit,


sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar
masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP


PERENGGAN

· Kita dapat menyaksikan betapa…

· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…

· Lazimnya, dalam keadaan …

· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …

· Pada hemat saya …

· Pada pandangan saya …

· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …

· Sebagaimana yang kita ketahui

· Sebagaimana yang kita maklumi

· Sejak awal lagi

· Sejak kebelakangan ini

· Selain itu, pada masa ini juga

· Seperti yang telah dinyatakan

· Umum mengetahui bahawa

· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas


PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM
KARANGAN

· Bagi sesetengah orang …

· Begitu juga dengan …

· Begitu juga halnya dengan …

· Bertitik tolak daripada itu …

· Bukan itu sahaja …

· Dalam hal ini …

· Dalam konteks ini ..

· Dalam zaman yang serba canggih ini …

· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …

· Dengan adanya …

· Dengan berbuat demikian …

· Dengan perkataan lain ..

· Disebabkan hal itu

· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..

· Hal ini berlaku disebabkan


· Hal ini penting dalam

· Hal ini serupa dengan

· Hal yang serupa berlaku apabila

· Ini disebabkan

· Ini membuktikan bahawa

· Ini menggambarkan bahawa

· Ini secara tidak langsung akan

· Ini semua meninggalkan kesan kerana

· Ini tentu sekali membuatkan

· Jadi kita perlu

· Jadi kita hendaklah

· Keadaan ini tentunya

· Lantaran itu sehingga kini

· Kesemua ini menyumbang kepada

· Kita mengakui hakikat bahawa

· Kita sering menonton di kaca televisyen

· Kita sering membaca di dada-dada akhbar

· Memandangkan keadaan yang sedemikian

· Namun sejak kebelakangan ini

· Oleh itu, bolehlah dikatakan

· Secara logiknya masa yang

· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita

· Keadaan ini seharusnya boleh


· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini

· Kendatipun demikian, kita masih

· Yang paling nyata ialah

· Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak

· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan

· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada
tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

· Sebagai contohnya

· Biar kita lihat

· Biar kita ambil contoh

· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah

· Sebagai analoginya,

· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas

· Konklusinya,

· Dengan ini diharapkan

· Bukan itu sahaja

· Mudah-mudahan perkara ini

· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa

· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni, insyallah perkara ini akan …

· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta
ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.

02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.
~Horne

04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu,
tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju
sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang

06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat


kemenangan." ~Surah al-Hajj:77

07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah
tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18

08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.


09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang
selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita
kerjakan. ~Davey John Schwartz

10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru
besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam
melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)

11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan
gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih
kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz

12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi
perbualan penduduk langit.

16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah,
hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak
warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~
Saidina Ali Abu Talib

17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka
merosakkan madu."

18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha
untuk mengejar impian hari esok.

19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah
manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu
dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah.
(surah Al-Baqarah:214)

20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.

21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat
yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil
warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan
diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi
rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau;
adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. -
SAIDINA ABU BAKAR

23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-
sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan
yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu
dibalas dengan buah.

25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Bahagian 2

i) Penanda permulaan karangan

a) Pada era globalisasi ini, h) Dalam meniti kehidupan pada


marcapada,
b) Pada zaman pascakemerdekaan
ini, i) Sejak sedekad yang lalu,

c) Dalam meniti arus kemodenan j) Sejak negara menikmati arus


ini, kemerdekaan,

d) Dewasa ini, k) Kebelakangan ini,

e) Pada masa ini, l) Belakangan ini,

f) Kini, m) Sejak akhir-akhir ini,

g) Dasawarsa ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu

a) Selain itu, e) Dalam pada itu,

b) Di samping itu, f) Lain daripada itu,

c) Sementara itu, g) Pada waktu yang sama,

d) Lebih-lebih lagi, h) Dalam pada itu,


i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan

a) Hal ini demikian kerana f) Hal ini bersangkut-paut dengan

b) Hal ini berlaku kerana g) Hal ini berpunca daripada

c) Hal ini terjadi kerana h) Hal ini tercetus apabila

d) Hal ini disebabkan oleh i) Hal ini timbul apakala

e) Hal ini wujud akibat daripada

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan

a) Misalnya, d) Tamsilnya,

b) Contohnya, e) Sebagaimana yang kita sedia


maklum,
c) Sebagai contoh,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh

a) Hal ini mengakibatkan e) Oleh hal yang demikian,

b) Hal ini menyebabkan f) Oleh sebab itu,

c) Oleh itu, g) Jelaslah bahawa

d) Maka, h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi

a) Kesannya, e) Dengan itu,

b) Natijahnya, f) Dengan berbuat demikian,

c) Akibatnya, g) Dengan keadaan sedemikian,

d) Akhirnya,
vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

Contoh:

Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan


kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru f) sekali gus

b) malah g) di samping

c) malahan h) bahkan

d) tambahan pula i) malar-malar

e) sementelahan

viii) Penanda memulakan perenggan penutup

a) Kesimpulannya, f) Sebagai penghias bicara akhir,

b) Intihanya, g) Sebelum mengakhiri wacana ini,

c) Secara tuntas, h) Secara keseluruhan,

d) Konklusinya, i) Secara total,

e) Sebagai penutup wacana,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

a) Walau bagaimanapun, c) Namun demikian,

b) Walakin begitu,
d) Daripada perspektif yang g) Kontradiksinya,
berbeza,
i) Di sebalik itu,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
j) Dalam pada itu,
f) Dengan kata lain,
k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa

a) Bak kata peribahasa, .......

b) Bak kata peribahasa Melayu, ...

c) Bak kata orang tua-tua, ...........

d) Bak kata mutiara, .........

e) Bak peribahasa, ............

f) Bak kata cendekiawan, .............

g) Persis kata peribahasa, ............

h) Persis kata peribahasa Melayu, .............

i) Persis kata orang tua-tua, ............

j) Persis kata mutiara, ............

k) Persis peribahasa, ...............

l) Persis kata cendekiawan, .............

m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........

n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......

o) Fenomena ini dikatakan........

p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........

q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa .......


FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS
KARANGAN

-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang

-mendukung kebenaran yang kita sepakati

-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni

-mengambil langkah sederap

-menghirup udara hasil kemerdekaan

-mengikut acuan sendiri

-mengundang kontroversi

-menjadi cerucuk utama pembangunan

-menjulang negara ke puncak jagat

-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi

-menyambut gamitan menara impian

-menyebabkan imej negara tercalar

-menyediakan kursus dan latihan yang relevan

-menyembunyikan masalah utama masyarakat

-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran

-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan

-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi

-muafakat merupakan inti kepada perpaduan


-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat

-nilai keinsanan yang syumul

-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat

-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan

-pelbagai cabaran yang bakal menghambat

-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat

-pembentukan masyarakat sakinah

-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini

-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini

-perlu dibaja kembali

-perubahan yang diharap masih belum menjelma

-petanda kehancuran generasi

-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat


ditepis

-kita perlu mengorak langkah

-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini

-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat

-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu

-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik

-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan

-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu

-manifestasi kesanggupan bangsa

-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa

-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan


-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi

-masalah sosial dan susila yang meruncing

-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit

-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan

-melangkah dengan seribu kekuatan

-melontarkan soalan yang cukup penting

-melupakan cita-cita yang lebih luhur

-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu

-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan

-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah

-membetulkan ketidaktepatan fakta

-membimbing mereka memenuhi impian

-membina impian masa depan yang lebih gemilang

-membongkar kepincangan

-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka

-mempengaruhi minda generasi muda

-mempertahankan perasaan saling bersefahaman

-mempertingkat dan memperteguh kefahaman

-mempraktikkan elemen tolak ansur

-memudaratkan kesejahteraan rakyat

-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung

-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama

-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak


-menampilkan wajah baru yang disulami tekad

-menangkis tuduhan yang tidak berasas

-mencapai tahap yang mencemaskan

-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini

-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya

-mendapat perhatian dan liputan media massa

-mendepani masa depan yang tidak menentu

You might also like