PENGAJIAN SOSIAL

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
DISEDIAKAN OLEH : ZAINUDDIN BIN WAHONO NURIZA BINTI MAT ISA NUR¶ARSHIKIN BINTI ABDUL RAHMAN

PERSATUAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA
MAJU BANGSA MAJU NEGARA

TIMBALAN PRESIDEN PERSATUAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

PRESIDEN PERSATUAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN SETIAUSAHA PERSATUAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

LATAR BELAKANG
Merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Penting dalam proses pembangunan negara. Keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang di jalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.

Seperti Malaysia,pembangunan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti bagi melahirkan cara hidup yang bersifat ke Malaysiaan.

Perancangan kebudayaan menentukan sifatsifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

TIGA PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
i. Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini.

ii. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima. iii. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

i.

Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini
Rantau ini merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand, dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia, dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman.

Kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka.

Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca).

Digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan : i. Keluarga bahasa Melayu-Austronesia ii. Kedudukan geografi iii. Pengalaman sejarah iv. Kekayaan alam v. Kesenian vi. Nilai-nilai keperibadian Secara kesimpulannya, kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsipprinsip Rukun Negara dan kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara.

ii. Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima
Sesuatu yang dinamik dan berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Unsur-unsur budaya Cina, India, Arab, Barat dan lainlain sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

iii. I la Menjadi n r yang Penting dala Pe bent an eb dayaan ebang aan
Agama dan kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara dan pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam menjadi agama rasmi negara dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan, disamping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh rakyat rantau ini.

KESIMPULAN 

Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaa Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini mampu menjadi garis panduan dalam membentuk mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengamalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa. Justeru, kesedaran dan kefahaman yang luas mampu membantu mencapai hasarat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini.

OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DAN STRATEGI PERLAKSANAANNYA

OBJEKTIF
Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan amat penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu. Usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif iaitu:

i.

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.

ii. Memupuk dan memelihara dan keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan. iii. Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosial ekonomi.

STRATEGI DAN PELAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut : 1) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya. 2) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.

3) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. 4) Memenuhi keperluan sosiobudaya. 5) Meningkatkan taraf dan mutu kesenian.

SUMBER RUJUKAN 1)http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan 2)http://www.scribd.com/doc/20929279/DasarKebudayaan-Kebangsaan 3)http://gurudasar.blogspot.com/2005/11/dasarkebudayaan-kebangsaan.html 4) Kementerian Kebudayaan Belia dan sukan (1978). Kebudayaan Kebangsaan : Tinjauan dari beberapa Aspek. Kuala Lumpur : KKBS

SEKIAN TERIMA KASIH
SELAMAT BERAMAL

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful