You are on page 1of 8

SISTEM RANGKA (SKELETON)

Tubuh badan seorang dewasa normal terdiri daripada 206 ketul tulang.
Kebanyakan tulang ini adalah berpasangan di bahagian kiri dan kanan badan.
Manakala bagi kanak-kanak tulang mereka adalah melebihi daripada 206 kerana
sebahagian daripada tulang tersebut akan melebur kemudian seperti contoh di
bahagia tulang pelvik dan vetebra kolom.
Tulang-tulang yang terdapat di dalam sistem skeleton manusia dapat
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu axial skeleton dan appendicular
skeleton. Ini ditunjukkan dalam rajah di bawah berserta bilangannya pada
bahagian tertentu.
Bahagian ini menyatakan lebih lanjut mengenai tulang-tulang yang terlibat dalam
pergerakan yang kami jalankan. Iaitu pergerakan bagi teknik ’hantaran dada’
dalam permainan bola jaring.
Kebanyakan tulang yang terlibat adalah pada bahagian rangka
apendikular manakala bahagian bagi rangka aksial hanya sedikit sahaja terlibat
namun memainkan peranan besar dalam teknik balingan/hantaran dada ini.
Berikut dapat diperhatikan lebih lanjut tulang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dikedua-dua bahagian tulang rangka aksial dan apendikular.

• Tulang terlibat secara langsung

o Tulang-tulang dibawah adalah tulang yang terlibat secara terus sama ada
sebelum atau semasa, bagi aktiviti hantaran dada dalam permainan bola
jaring. Pergerakan bagi tulang ini juga adalah maksimum berbanding dengan
tulang lain. Pergerakan menghantar bola paras dada lebih banyak melibatkan
girdle pektoral dan tulang apendikular anggota bahagian atas.

o Tulang karpus, metakarpus dan falanks berperanan dalam memegang dan


menggenggam bola kuat dan kemas. Tulang humerus, ulna dan radius akan
merapati sternum bagi proses persediaan sebelum membaling bola dan
menjauhi sternum semasa bola dihantar dan dilepaskan. Pergerakan ini
secara tidak langsung melibatkan pergerakan di girdle pektoral yang mana
skapula bersambungan dengan klavikel di sendi akromioklavikular dan sendi
glenohumeral(bahu) di humerus. Klavikel pula adalah tulang anterior yang
disambungkan oleh sendi sternoclavikular dengan manubrium di sternum.

o Sendi-sendi yang terlibat pada tulang-tulang lain akan dinyatakan pada


bahagian seterusnya iaitu selepas perincian tentang tulang yang terlibat
seperti berikut:
Tulang apendikular

a) Girdle pektoral (bahu)


• Setiap manusia memiliki dua bahagian girdle pektoral yang mana
setiap daripada bahagian girdle itu terdiri daripada:
• Klavikel
• Skapula

Klavikle Skapula

b) Rangka anggota atas (upper limbs)


• Setiap daripada sebelah bahagian anggota atas terdiri daripada 30
ketul tulang yang mana dibahagikan kepada tiga bahagian: 1)
humerus, 2) ulna dan radius, 3) 8 di karpus (pergelangan tangan),
5 di metakarpus (tapak tangan) dan 14 di jari (bahagian tangan).
• Berikut adalah tulang-tulang tersebut:

• Humerus
• Ulna
• Radius
• Karpus
• Metakarpus
• Falanks

Humerus Radius dan Ulna

Karpus, Metakarpus dan Falanks

• Tulang terlibat secara tidak langsung


o Bagi tulang-tulang yang dinyatakan pada bahagian ini pula, ia terlibat hanya
secara tidak langsung dalam memberi keseimbangan kepada tubuh badan
pemain.

o Setiap anggota memainkan peranan penting dalam memastikan hantaran


yang dibuat adalah tepat. Oleh itu, interaksi dan keseragaman antara
kesemua tulang adalah penting. Posisi yang betul bagi menghantar bola ini
adalah dalam keadaan berdiri, kaki (lower limbs) dibuka selesa iaitu separas
dengan kedudukan bahu (pektoral) dan menghadap kepada pemain yang
akan menerima bola berkenaan.

o Anggota-anggota dibawah ini yang berperanan menyokong tubuh badan


semasa hantaran dilakukan, hanya melibatkan pergerakan yang paling
minima berbanding dengan anggota bahagian atas (upper limbs)

Tulang apendikular

a) Girdle pelvis (hip)


• Rangka pelvis dapat memberi sokongan yang stabil dan kuat
terhadap kolom vetebra dan melindungi organ-organ pelvis. Dalam
pergerakan menghantar bola paras dada, tulang ini tidak bergerak
tetapi ia terlibat ketika individu berdiri. Dimana ia bertindak sebagai
penghubung antara anggota bahagian bawah dan juga rangka
aksial.

• Tulang yang terlibat adalah:

• Tulang pinggul
Pelvik

b) Rangka anggota bawah (lower limbs)


• Rangka ini terlibat sebelum dan semasa hantaran dilakukan namun
tiada pergerakan dilakukan semasa hantaran dilakukan sebaliknya,
sebelum hantaran, pemain perlu menyelaraskan anggota-angota
seperti dinyatakan dibawah ini untuk dibuka lantas mencapai
keseimbangan sewaktu berdiri beserta bebanan (bola) yang
dipegang.
• Metatarsus perlulah dibuka dalam bukaan ‘V’ untuk supaya
kestabilan keseluruhan dapat dicapai berbanding dengan keadaan
metatarsus dan falanks berada dalam tekanan.
• Femur
• Fibula
• Tibia
• Patela
• Tarsus
• Metatarsus
• Falanks

Femur Tarsus, Metatarsus


Femur dan Falanks
Tibia, Fibula dan Patela
Tibia dan Fibula
Tulang aksial

• Sternum
• Terlibat secara tidak langsung sebagai panduan bahawa hantaran dada
memerlukan seorang pemain itu untuk membawa bola berkenaan
merapati tulang sternumnya.

• Kolum vertebra
• Kolum vertebra terdiri daripada 33 tulang vertebra, dengan diska rawan
berserat (diska intervetebra) terletak di antara vertebra servikal kedua
hingga ke tulang sakrum.
• Rawan membenarkan badan vetebra untuk beratikulasi dengan vetebra
lain seterusnya memainkan bebearapa peranan. Antaranya, ia
menampung berat badan pemain sewaktu berdiri dimana, vetebra yang
terletak lebih inferior menampung berat yang lebih besar. Saiz vetebra ini
juga semakin besar ke bawah untuk menampung berat yang lebih.
Bagaimanapun, selepas vetebra sakrum pertama, berat tubuh
dipindahkan kepada anggota bawah. Oleh sebab vetebra sakrum di
bawahnya dan koksiks tidak perlu menampung berat tubuh badan, badan
vetebranya menjadi kecil semula.
• Berikut adalah ilustrasi bagi tulang sternum dan vetebra kolum.

Sternum Sangkar Rusuk

Diska
Invetebra Kolum
Vetebra