You are on page 1of 1

Pencerakinan aktiviti komunikasi menunjukkan bahawa kita memperuntukkan 17%

daripada sejumlah kegiatan komunikasi untuk membaca, 16% untuk bercakap, 14%

untuk menulis dan 53% untuk mendengar. Jadi, aktiviti mendengar adalah yang paling

besar peratusannya dalam kegiatan komunikasi kita setiap hari.

Mendengar adalah satu usaha. Usaha yang betul akan menjadikan pendengaran yang

berkesan terhasil maka kita hendaklah memainkan peranan yang aktif bagi menjamin

kejayaannya serta mempunyai kemahiran mendengar yang betul. Menurut Fisher dalam

Santun Komunikasi terdapat empat unsur untuk membina pendengaran aktif. Pertama

ialah empathy yang merujuk kepada kebolehan seseorang untuk cuba memahami

pengucap dari sudut pandangan pengucap itu sendiri itu dengan kata lain pendengar cuba

menyelami apa yang dimaksudkan oleh pengucap dengan cuba meletakkan dirinya di

tempat pengucap. Unsur kedua ialah penerimaan yang merupakan kebolehan seseoarang

mengambil berat tentang kebajikan orang lain berserta penghormatan kepada nilai diri

seseorang individu. Ketiga ialah keserasian yang merujuk kualiti sifat terbuka dan

ketulenan di pihak pendengar yang boleh menggalakkan corak yang sama di pihak

pengucap. Keempat ialah kejituan. Kejituan ialah kualiti seseorang memfokus kepada

perkara-perkara khusus dan mengelakkan kekaburan dengan membantu pengucap

menumpukan perhatian pada perkara sebenar dan pendengaran akan menjadi lebih mudah

dan tepat.

Kesimpulannya, komunikasi tidak akan sempurna tanpa kejayaan pendengaran yang

berkesan dan pendengaran yang berkesan pula adalah satu kemahiran.. Oleh itu ia boleh

dilatih dan diterapkan.