You are on page 1of 2

KAMARUL NAZMI BIN MOHD HIRMIZI

870605-08-5959
TUGASAN BAB 6 HRM
1. Apakah perbezaan antara faedah dengan ganjaran?

Perbezaan faedah dan ganjaran ialah, faedah diberikan kepada


semua pekerja berdasarkan kontrak perkhidmatan masing-masing,
manakala ganjaran hanya diberi kepada individu-individu atau
sekumpulan kecil pekerja yang dianggap majikan layak
menerimanya.

2. Mengapakah majikan menawarkan faedah kepada pekerjanya?

- Membantu menarik pekerja baru untuk bekerja dengan


organisasi.

- Membantu mengekalkan pekerja yang sedia ada dalam


organisasi.

- Meningkatkan semangat para pekerja yang dapat menyumbang


kepada produktiviti yang tinggi.

3. Terangkan kumpulan pekerja yang berhak mendapat faedah-faedah yang


diperuntukkan dibawah akta kerja. Nyatakan faedah-faedah tersebut.

Para pekerja yang dilindungi oleh akta ini dan pekerja yang
mempunyai gaji bawah daripada rm1500 sebulan. Antara faedah-
faedah yang boleh diperolehi ialah perlindungan bersalin dan
pembayaran hari perlepasan.

4. Bentuk satu kajian soal selidik yang boleh digunakan oleh sesebuah
oorganisasi untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej faedah dan
ganjaran yang ditawarkan kepada pekerja organisasi tersebut.

SOAL SELIDIK PAKEJ FAEDAH PEKERJA SYARIKAT AHMAD

1. Pada ruang bawah sebelah kanan, susunkan faedah-faedah yang


ditawarkan oleh syarikat kepada anda dan ahli keluarga anda daripada 1
hinggga 5 mengikut kepentingannya. Tandakan 1 sebagai paling
mustahak, 2 sebagai mustahak dan seterusnya.

Faedah susunan mengikut


kepentingan
Bayaran perubatan
Percutian
Skim bersara
Kemudahan-kemudahan rekreasi
Kantin subsidi

2. Antara faedah-faedah berikut yang manakah anda paling ingini?


Susun bermula no 1 hingga 3.

Faedah susunan mengikut


kepentingan
Pinjaman pendidikan
Insurans nyawa
Diskaun atas keluaran syarikat

3. Antara perkara berikut yang manakah anda paling setuju?


a) Syarikat kita mesti memberi faedah-faedah yang lebih banyak dan
kurangkan dalam pemberian upah.
b) Seimbangkan antara pemberian upah dan faedah.
c) Menaikkan tingkat upah dan mengurangkan pemberian faedah.
4. Untuk memberikan sebarang komen untuk pembangunan syarikat, sila
gunakan bahagian belakang borang soal selidik ini.

Analisis bagi borang soal selidik ini ialah, pekerja lebih mengutamakan
faedah untuk mendapat skim bersara, seterusnya bayaran perubatan,
kemudahan-kemudahan rekreasi, percutian dan akhirnya kantin subsidi.
Manakala bagi faedah yang paling diingini ialah insurans nyawa, seterusnya
pinjaman pendidikan dan akhir sekali diskaun keatas keluaran syarikat. Akhir
sekali, perkara pemberian upah dan faedah yang paling pekerja setuju ialah
membuat keseimbangan dalam pemberian upah dan faedah.

5. Mengapakah jurujual lebih cenderung menerima insentif keewangan


berbanding dengan kumpulan pekerja yang lain?
Kerana apabila jurujual terbabit menerima insentif berbentuk
keewangan, semangat untuk melakukan kerja akan meningkat dan
jurujual terbabit akan meningkatkan hasil jualannya.