You are on page 1of 14

KEK COKLAT KUKUS (3)

Sumber: sdri Bebop

Bahan-bahannya
1 1/2 ketul (375 gram) butter
1 tin susu cair
2 cawan gula
4 biji telur - dipukul perlahan

1 cawan koko
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-caranya
1. Cairkan butter bersama susu cair, gula. Dah sebati tutup api. Tunggu hingga suam masukkan
telur.
2. Ayak bahan kering bersama dan masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan butter.
Masukkan juga esen vanilla. Kacau sebati, masukkan dalam loyang 10" yg telah disapu minyak,
kukus selama 1 1/2 jam. (Tutup loyang dengan plastic glaze, supaya air kukusan tak jatuh
kedalam aduan kek)

Fruit Tart

Bahan-bahan ( Bergantung pada saiz acuan masing2 )

 BAHAN2 PASTRY:-
 113 g mentega
 75 g gula halus
 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
 250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
 BAHAN2 KRIM PASTRY:-
 300 ml susu segar
 3 biji kuning telur
 50 g gula halus
 20 g tepung gandum*
 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin
 BAHAN2 LAIN:-
 Coklat cair secukupnya
 Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)
 Jem aprikot atau piping jelly (kalau suka)
Cara-cara

1. UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk
hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit
demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus
dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.

2.
UNTUK KRIM PASTRY:- Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas,
satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim.
Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi
adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin.
Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke
dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.

3.
 Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan
doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn
garfu.

4.
 Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas
(pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.

5.
 Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.
6.
 Sapukan bhg dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.

7.
 Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.

8.
 Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....tak kira buah2an tempatan atau buah2an
import....Boleh juga disapu permukaan buah2an tadi dgn jem aprikot atau piping jelly utk nampak
lebih berkilat. (sorry... fruit tat mat tak bbuh, sebab dah habis stok)

9.
 Contoh acuan tat yg mat guna utk buat fruit tart nie....acuan terpulang pada kehendak masing2. Jika
acuan kecil bilangan tat mungkin jadi byk...Selamat mencuba utk semua...

SOTO AYAM 
Bahan-bahan : 
1 ekor ayam, dipotong 8 
Air secukupnya untuk merebus ayam dan buat sup 
15 biji bawang merah, dihiris halus 
4 biji bawang putih, dihiris halus 
3cm halia, dihiris halus 
7cm kulit kayu manis 
5 kuntum bunga lawang 
5 biji buah pelaga 
10 biji lada hitam 
1 camca teh lada putih 

Bahan kisar kering : 


1 camca teh ketumbar biji 
1/2 camca teh jintan manis 
1/2 camca teh jintan putih 

Bahan tabur: 
Taugeh, dicelur sedikit 
Suhun, digoreng 
Kacang tanah, digoreng 
Daun sup & daun bawang, dihiris halus 
Bawang goreng 

Nasi impit 
Sambal kicap (*Tumbuk atau kisar cilipadi, tuangkan kicap manis secukupnya, perahkan jus limau kasturi)  
Cara-cara: 
1. Tuang air ke dalam periuk besar secukupnya untuk merebus seekor ayam. Biarkan 
air mendidih. Masukkan ayam dan semua bahan-bahan kecuali bahan tabur, nasi impit 
dan sambal kicap. 
2. Setelah ayam masak, keluarkan dan sejukkan. Siat-siat isi ayam dan ketepikan. 
3. Tulang-tulang boleh dimasukkan semula ke dalam kuah sup kepada yg suka. 
4. Perasakan sup dengan garam dan gula. 
5. Hidangkan bersama nasi impit, pergedil daging, taugeh, suhun goreng, kacang goreng, 
bawang goreng, hirisan daun sup & daun bawang dan sambal kicap. 

PERGEDIL 
Bahan-bahan: 
4 biji kentang, direbus dan dilecek 
200gm daging cincang 
1 camca besar serbuk lada putih 
1 camca teh garam 
10 biji bawang merah, dicincang halus 
1 sudu besar tepung gandum 

Bahan celup: 
Gaul sebati 3 biji telur dan 1 camca teh tepung gandum. 

Cara-cara: 
1. Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk dan gaul sebati. 
2. Kepal adunan menjadi bulat dan leperkan. 
3. Celup ke dalam adunan telur dan tepung dan goreng hingga masak. 
SHEPHERD PIE

BAHAN-BAHAN :

1 peket daging cincang


3 biji bawang besar potong dadu
2 sudu besar tepung gandum
Garam

3 sudu butter
1 sudu minyak

Serbuk lada hitam secukupnya


Mix Vegetable secukupnya

CARA MEMASAK :

Panaskan minyak dan butter , masukkan bawang besar, goreng hingga layu .
Kemudian masukkan daging, goreng hingga daging masak kemudian
masukkan tepung gandum dan kacau rata . Masukkan mix vegetable dan
black pepper . Kacau rata, goreng hingga daging empuk . Masukkan garam,
kacau sebati . Tutup api dan ketepikan.
MASHED POTATO

10 biji kentang - rebus hingga empuk


5 sudu besar butter
200 ml susu segar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukupnya

CARA MEMASAK :

Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur .


Masukkan semua butter , susu dan lada hitam ke dalam adunan kentang
lenyek . Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati
semua bahan-bahan ni .

PENYEDIAAN SHEPHERD PIE

Sediakan bekas , masukkan kentang lenyek ratakan di bahagian dasar dan di


tepi bekas dan masukkan bahan inti daging dan ratakan.

Kemudian masukkan mashed potato ke atas inti daging tadi dan ratakan .
Tekan mashed potato ni supaya melekat dgn inti daging .

Buat corak garisan diatas mash potato dengan menggunakan garfu dan sapu
kuning telur di atasnya . Bakar pada suhu 180`C selama 30-40 minit atau
sehingga bahagian atas mash potato kekuningan.
Resepi Agar-agar Laici Susu

Bahan-bahan

 20 gram solid agar-agar


 1000ml air + air laici dalam tin
 200 gram gula
 600 ml fresh milk
 1 tin laici

Cara-cara :

1. Rendam sekejap agar-agar supaya lembut.


2. Masukkan agar-agar dan air ke dalam periuk dan masak sehingga agar-agar hancur.
3. Masukkan gula dan air laici. Kacau sehingga hancur.
4. Kemudian masukkan fresh milk dan laici yang telah di hiris halus. Kacau dan bila
mendidih tutup api.
5. Masukkan ke dalam acuan dan biarkan beku.
6. Sejukkan di dalam peti ais.
7. Semasa menghidang letakkan beberapa biji laici yang bulat di atas agar-agar sebagai
hiasan.

Resepi Roti Jala

Bahan-bahan

 220 gram tepung gandum


 200 gram fresh milk
 200 gram air
 +-60 gram telur ( 1 biji)
 1/2 sudu kecil garam
 sedikit pewarna kuning
 Acuan roti jala

Cara Membuatnya:

1. Masukkan tepung gandum, garam, telur, fresh milk, air dan pewarna ke dalam mangkuk
dan kacau.
2. Kemudian masukkan adunan ke dalam blender dan blender sehingga sebati.
3. Tapiskan adunan ke dalam mangkuk.
4. Biarkan 30 minit sebelum di masak.
5. Panaskan non stick pan dengan api sederhana.
6. Masukkan adunan ke dalam acuan dan mulalah menjala.
7. Angkat bila adunan di bahagian atas sudah beku / bertukar warna lebih cerah.
8. Kemudian jala lagi adunan ke dalam non stick pan. Lipat atau gulung roti jala yang sudah
masak tadi dengan kemas. Ulang langkah 6 - 8 sehingga adunan habis.
9. Sesuai di hidangkan dengan kari ayam atau daging atau kuah kesukaan anda. 

10.
11. BAHAN-BAHAN:
12. 1 cawan serbuk coklat 
13. 1 cawan gula pasir
14. 1 cawan marjerin cair
15. 1 cawan susu cair
16. 1/2 cawan susu pekat
17. 1 1/4 cawan tepung gandum 
18. 1 sudu kecil serbuk penaik
19. 1 sudu kecil soda bikarbonat
20. 3 biji telur (pukul)
21.  
22. CARA MENYEDIAKAN:
23. 1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
24. 2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
25. 3. Angkat dan sejukkan.
26. 4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan  ayak.
27. 5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
28. 6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
29. 7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
30. 8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.
Mee Udang

Bahan-Bahan:
1 kati mi kuning 4 batang sawi
½ kati udang basah - bersaiz ½ kati taugeh
sederhana 2 pokok daun bawang
10 tangkai cili kering - dikisar 2 tangkai daun sup
2 biji bawang besar} kisar 5 biji tahu - goreng dan potong
2 ulas bawang putih} kisar empat segi sederhana nipis.
Sedikit belacan } kisar 5 biji cili masak
3 camca teh sos cili Limau kasturi
3 camca teh sos tomato Sedikit bawang goreng
½ sudu teh gula pasir
Cara:
Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya
asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil
air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang


merah/putih/belacan.

Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah


disimpan tadi.

Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.

Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih
dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng,


daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan
limau kasturi.
Tambahan:
Segala bahan-bahan tertakluk kepada berapa orang yang
hendak makan. Agak-agaklah.
MEE UDANG 
BAHAN2NYA - utk 10 org mkn 

5 ULAS BWG PUTIH DIHIRIS 


2 BIJI BWG MERAH DIMESIN 
CILI KERING IKUT KEPEDASAN MASING2 
TOMATO PUREE, SOS CILI, SOS TOMATO 
KACANG GORENG TUMBUK 
40 EKOR UDANG DIREBUS DIAMBIL AIR DAN KULITNYA DIMESIN DAN AMBIL AIRNYA 
KENTANG DIREBUS&MESIN 
UDANG SEBANYAK YG DISUKA..HE 

CARA2NYA 

1.TUMIS BWG PUTIH HINGGA KUNING 


2.MASUK BWG YG DIMESIN DAN CILI KERING HINGGA PECAH MINYAK 
3.MASUKAN AIR UDANG YG DIREBUS DAN AIR KULIT UDANG YG DI MESIN-TAPIS 
4.MASUK PUREE,SOS TOMATO,SOS CILI,GARAM,GULA DAN KENTANG REBUS MESIN 

BAHAN SAMPINGAN 

MEE,TAUGE,TAHU,TELUR REBUS,DAUN BWG,CILI MERAH,BWG GORENG,KENTANG REBUS

Bahan-bahan :
1 peket mi kuning
10 ekor udang
3 biji bawang merah
½ inci belacan
3 ulas bawang putih
2 sudu cili kering
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sawi
Tauge
Daun bawang
Minyak secukupnya

Cara membuat:
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan air rebusan udang.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan serbuk perasa.
4. Setelah sebati masukkan mi kuning dan udang. Kacau seketika.
5. Akhir sekali, angkat dan boleh hiaskan dengan sawi, tauge dan hirisan daun bawang.

PIZZA ROTI SARDIN

Ni Bahan-Bahannya :-)

*Roti sandwich
*Sos Pizza (Ena guna yang dah ada campuran Italian Herbs)
*Mozarella Cheese
*Mayonis (klu suka)

Antara bahan utk Topping


-Tuna dalam tin
-cendawan dalam tin
-nenas
-capscicum
-bawang
-tomato
-sardin
-kari daging pun bole
-jagung
mcm2 lagi ler...bukannya letak semua serentak...suaikan dgn rasa anda k.Ni cuma sebagai panduan jer...

Ni yang E-na buat untuk breakfast pagi semalam...ada lebihan sambal sardin buat Kuih boom tu so
jadikan lak topping pizza ni...

CARA MEMBUATNYA:

Sapukan roti dengan sos pizza, kemudian letakkan sambal sardin di atas lapisan sos td.

Kemudian taburkan bawang besar yang telah di potong dadu kecil.

Seterusnya paipkan mayonis.


Kemudian taburkan mozarella cheese. Kalau nk letak cheese ni di atas lapisan sos sebelum topping pun
boleh juga...

Akhir sekali masukkan ke dalam toaster oven selama 7 minit.

Ni dia dah masak pun...Sedap di makan panas2...


Bg yg suka pedas bole letak tabasco dan chilli sauce sebelum makan...yummy yummy

You might also like