You are on page 1of 17

Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

2.3 APRESIASI MUZIK DALAM PERGERAKAN KREATIF


Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan
secara simbolik melalui perlakuan atau aksi individu yang boleh berlaku secara
spontan, automatis dan terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun)
melalui postur, gerak isyarat dan pelbagai pergerakan badan.

Bentuk perhubungan kita yang pertama adalah melalui pergerakan (biarpun semasa
dalam kandungan). Setiap kanak-kanak merupakan individu yang unik dan
mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk melahirkan perasaan melalui
pergerakan.

Pergerakan adalah satu kaedah untuk melahirkan perasaan-perasaan. Yardley


(1973) menunjukkan bahawa pergerakan adalah cara utama untuk mengeluarkan
perasaan-perasaan yang bersemadi dalam jiwa kanak-kanak dan penggunaan
pergerakan ini berterusan walaupun selepas kanak-kanak sudah mencapai
kemajuan dalam kemahiran bercakap. Beliau juga menegaskan bahawa pergerakan
fizikal dapat menjadi media untuk melahirkan emosi dengan lebih berkesan daripada
pengucapan kata-kata. Kerap kali ekspresi perasaan seseorang individu melalui
pergerakan fizikal adalah tidak kreatif dan dilakukan bukan secara sedar tetapi
spontan dan membayangkan perasaan peribadi individu tersebut.

Fleming (1976) telah mengemukakan bahawa pergerakan kanak-kanak mempunyai


ciri-ciri yang sama. Kedua-dua gejala ini tidak boleh dipisahkan. Ia menyatakan
bahawa “Pergerakan merupakan perantaraan sejagat bagi kanak-kanak lelaki dan
perempuan yang menggunakannya untuk melahirkan reaksi kepada kita, sesama
mereka sendiri, alam, keadaan dan objek” (m.s. 4).

Respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran


dan pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kank-kanak, muzik dan gerakan
tidak boleh dipisahkan. Ia adalah sifat semulajadi kanak-kanak yang memang suka
bergerak.

2.3.1 Definisi Pergerakan Kreatif


Kreativiti merupakan satu konsep penting dalam pendidikan kanak-kanak daripada
pelbagai kelompok umur. Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu dan imaginatif
serta tidak mudah untuk dihalang daripada melahirkan perasaan (dalam bentuk
Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

pergerakan). Ciri-ciri ini (ingin tahu, imaginatif dan melahirkan perasaan) dijadikan
sebagai asas untuk menyediakan pengalaman-pengalaman pergerakan yang akan
membantu mereka memperkembangkan sifat-sifat keindividuan mereka yang unik.

Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk pernyataan kendiri yang unik. Dengan
lain perkataan, setiap individu menggunakan pergerakan berirama untuk melahirkan
pemikiran, idea atau perasaannya. Tujuannya antara lain ialah untuk berhubung.
Komponen pergerakan kreatif terdiri daripada badan, ruang, masa dan daya (atau
tenaga).

Pergerakan kreatif adalah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang
dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan (Salmah Ayob, 1992).

Pergerakan kreatif bukanlah satu siri “langkah” atau “rutin” yang diajar dan dikenakan
kepada pelajar oleh guru. Dunkin (1998) menyatakan bahawa,

Apabila memperkatakan tentang pergerakan kreatif, bagi


setengah orang akan membayangkan di fikiran mereka
gambaran penari-penari yang menari mengikut rentak muzik
dengan menggunakan selendang atau sebagainya. Pada
hakikatnya, pergerakan kreatif adalah lebih dari itu kerana ia
merupakan satu proses penyelidikan yang memerlukan
pertimbangan dan persediaan yang secukupnya seperti yang
dilakukan terhadap kursus geraktari yang lain. (m.s.31)

Pergerakan kreatif mendedahkan hubungan-hubungan antara dalaman kendiri dan


realiti luaran. Ia mempertajamkan daya persepsi dan membuat manusia lebih peka
terhadap apa yang mereka dengar, rasa dan lihat. Peranan pergerakan kreatif
adalah untuk mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bentuk pergerakan yang
berunsur seni. Pendidikan bentuk ini membolehkan kanak-kanak menggunakan
gerak geri anggota sebagai media untuk melahirkan perasaan dalaman,
mengintegrasikan motor dan kognitif, meninjau hubungan antara personaliti dengan
pergerakan dan meneroka batas-batas tradisi yang menjadi ciri-ciri dalam proses
pendidikan muzik.

Pergerakan kreatif dapat memenuhi dan membantu mencapai matlamat-matlamat


perkembangan individu, membantu membina tubuh badan, meransang daya
imaginasi dan mencabar keupayaan intelek, membantu menyemai apresiasi
terhadap keindahan dan memantap serta memperhaluskan sifat-sifat emosi.
Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

2.3.2 Unsur-unsur Pergerakan Kreatif


Semua aktiviti fizikal melibatkan unsur-unsur tubuh badan, masa, ruang dan daya.
Unsur-unsur ini digunakan secara spontan dalam aktiviti-aktiviti harian dan juga
sebagai asas untuk membina pengalaman-pengalaman pergerakan kreatif.

Mengikut Salmah Ayob (1992), terdapat empat unsur pergerakan iaitu :

i) Badan
Badan merupakan satu instrumen atau alat yang digunakan untuk
melahirkan idea, pemikiran atau perasaan. Organ-organ dalam tubuh
badan seperti jantung, paru-paru dan organ-organ yang lain sentiasa
bergerak dan bertindak tanpa kesedaran kita. Bahagian luar tubuh badan
seperti kepala, bahu, lengan, tangan, jari-jari, kaki, tapak kaki, hujung
kaki, lazimnya menguasai daya sedar untuk bergerak. Idea-idea
pergerakan dilahirkan dengan menggunakan bahagian-bahagian tubuh
badan, permukaan-permukaan (depan, belakang, sisi kiri dan kanan) dan
bentuk yang digayakan oleh tubuh manusia.

ii) Masa
Masa menyatakan tempo (bagaimana cepat atau perlahan pergerakan itu
dipersembahkan), rentak (ritma dasar yang berterusan seperti degupan
jantung), tekanan (accent) (rentak yang lantang atau kuat dalam sesuatu
pola ritma), jangkamasa (durasi) (panjang pendeknya setiap rentak).
Pola-pola ritma merupakan satu kombinasi tempo, rentak, tekanan dan
jangkamasa.

iii) Ruang
Ruang merujuk kepada ruang kawasan peribadi atau ruang diri dan ruang
am atau ruang persekitaran. Ruang peribadi atau diri ialah ruang
sementara yang mengelilingi individu yang tidak bergerak. Ruang diri
menjangkau sejauh mana seseorang individu dapat membongkok dan
melenturkan badan sebarang arah. Ruang am atau persekitaran
merangkumi keseluruhan kawasan bilik darjah, gimnasium atau padang
permainan di mana aktiviti-aktviti pergerakan diteruskan. Arah (depan,
sisi, belakang, pepenjuru), aras (tinggi, sederhana, rendah), jarak (dekat,
jauh) saiz (besar, kecil), laluan (berlengkok, lurus, bersiku keluang-zig-
zag), bentuk (sempit, luas, bersiku-siku, berkitaran, lurus) dan tumpuan
Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

mata (arah mata memandang), merupakan faktor-faktor yang digunakan


dalam aspek ruang.

iv) Daya / Aliran


Daya digunakan dalam setiap gerakan dan dikategorikan kepada halus-
ringan (kurang daya) dan berat-kuat (bertenaga). Jumlah tenaga yang
dikeluarkan dalam sesuatu pergerakan menunjukkan impak tenaga atau
kekurangan tenaga.

“Semua pergerakan boleh diubah dengan meminda aliran daya,


bergantung kepada impak (mendadak atau tenang), beban (berat atau
ringan), kekuatan (kukuh atau lemah) dan aliran (bebas, terikat atau
dalam imbangan)” (Joyce, 1980,m.s. 4).

Aliran berkaitan dengan daya kerana tenaga digunakan apabila


melakukan pergerakan. Pergerakan badan boleh menjadi bebas, terikat
atau berada dalam imbangan. Pergerakan bebas atau yang tidak terikat
mempunyai ciri-ciri kesinambungan dan berterusan. Pemberhentian
adalah sukar dilakukan dengan pergerakan-pergerakan bebas.
Pergerakan-pergerakan yang terikat adalah terkawal, terimbang dan
terbatas. Pemberhentian adalah mudah dilakukan dengan pergerakan-
pergerakan terikat. Imbangan menunjukkan kedudukan di antara
pergerakan bebas dan pergerakan terikat.

2.3.3 Pertimbangan Penting Dalam Pergerakan Kreatif


Dalam kebanyakkan budaya, aktiviti-aktiviti geraktari merupakan sebagai suatu
bentuk seni dan rekreasi. Ia terus memainkan peranan penting dalam masyarakat.
Dalam kurikulum pendidikan di sekolah, aktiviti-aktiviti pergerakan adalah penting
dalam membina keupayaan mengawal gerak-geri fizikal dan sebagai landasan untuk
melahirkan perasaan dalaman serta daya kreativiti. Kanak-kanak pada umumnya
mempunyai minat semulajadi terhadap rentak irama dan pergerakan mereka sering
memperlihatkan unsur-unsur dan gaya berirama. Bagaimana kualiti-kualiti tersebut
dapat dimantapkan dengan lebih intensif lagi bergantunglah kepada sejauh mana
kesempatan diberikan kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka melahirkan
citarasa mereka melalui aktiviti pergerakan.
Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

Beberapa pertimbangan penting perlu diberi tumpuan dalam pengajaran dan


pembelajaran pergerakan kreatif. Pertimbangan-pertimbangan tersebut adalah
seperti berikut :

a) Tubuh badan sebagai alat mencurahkan perasaan dan idea.


Penggunaan tubuh badan sebagai alat mencurahkan perasaan dan idea
adalah konsep penting dalam pergerakan kreatif.

b) Penggunaan bahan Rangsangan.


Bahan ransangan seperti muzik, suara, gambar, reka bentuk atau grafik,
lukisan, riben dan apa sahaja objek yang digunakan untuk
memperkembangkan daya imaginasi murid. Jika bahan rangsangan yang
bersesuaian, menarik dan berkesan digunakan untuk sesuatu peringkat usia
dan jantina yang dipilih, maka adalah mudah bagi murid memberi tindak
balas untuk sesuatu pergerakan kreatif.

c) Daya Cipta Kreatif.


Kebebasan dalam mencurah atau melahirkan perasaan dan idea
menggalakkan daya cipta kreativiti. Tindak balas yang berbeza dalam setiap
bentuk pergerakan terhadap rangsangan yang diberikan menunjukkan daya
cipta kreatif. Ini dapat dilihat dalam jenis-jenis pergerakan yang ditunjukkan.

d) Kesedaran Ritma.
Kesedaran ritma dicapai melalui rangsangan bunyi atau suara. Tetapi ritma
semulajadi dalam pergerakan adalah satu daya kreatif.

e) Semangat Berkumpulan.
Aspek perkaitan atau perhubungan di antara satu sama lain adalah satu
konsep penting dalam pergerakan kreatif terutama perkaitan antara seorang
individu dengan pasangan atau kumpulannya. Selain daripada kedudukan
dan bentuk fizikal, perkaitan ini dilihat dalam bentuk pengucapan atau luahan
perasaan dengan semangat berkumpulan semasa melakukan pergerakan.

f) Olahan Kreatif
Pergerakan kreatif yang terancang (koreagraf) yang dihasilkan bersama-
sama oleh murid-murid dalam satu kumpulan, bertindak sebagai komunikasi
idea individual. Rangkaian pergerakan yang dihasilkan merupakan olahan
Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

kreatif berasaskan sesuatu tema atau sub tema sangat diberi tumpuan.
Olahan kreatif ini dapat dipersembahkan secara individu atau berkumpulan.

g) Persembahan dan Penilaian.


Dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan kreatif, persembahan dan
penilaian pergerakan atau olahan kreatif digalakkan. Kedua-dua aktiviti
merupakan tugasan yang diberi oleh guru. Pemerhatian aktif untuk penilaian
atau refleksi atau kritik sangat digalakkan di mana murid dikehendaki
memerhati atau menilai sesuatu untuk penambahbaikan.

Pergerakan kreatif memberi kanak-kanak kepuasan, ketenangan dan


kegembiraan di samping dapat berinteraksi dan berkomunikasi secara
ekspresif. Bincangkan kepentingan pergerakan kreatif dalam
perkembangan kanak-kanak. Apakah peranan guru untuk mewujudkan
suasana yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dengan
gerakan ?

2.3.4 Penerokaan Bunyi


Pergerakan kreatif pada umumnya adalah berkaitan dengan ekspresi idea,
perasaan, emosi dapat disalurkan kepada murid dalam aktiviti berbentuk permainan.
Semasa bermain murid berasa bebas untuk terlibat mengikut cara mereka tersendiri,
menginterpretasi tugasan yang diberi mengikut kefahaman mereka sendiri dan
memberi peluang kepada mereka mencuba langkah-langkah yang boleh mereka
fikirkan tanpa batasan dan had yang ditetapkan oleh guru.

Pergerakan kreatif memberikan kebebasan menggunakan anggota badan dengan


memanipulasikan pengalaman sedia ada untuk meluahkan perasaan. Ia boleh
dilakukan di mana sahaja. Seterusnya ia dapat meningkatkan tahap kesediaan murid
dengan mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi anggota badan.

2.3.5 Iringan Untuk Aktiviti Pergerakan Kreatif


Ada pelbagai jenis iringan yang boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti pergerakan
kreatif. Muzik merupakan jenis iringan yang pertama biaanya digunakan dalam
aktiviti tersebut. Muzik daripada bahan-bahan multimedia seperti audio cd/vcd/dvd,
rakaman kaset adalah mudah diperolehi. Anda seharusnya mendengar terlebih
dahulu semua muzik dan membuat keputusan sama ada muzik-muzik yang
didengari itu sesuai atau tidak untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
yang telah dirancang.
Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

Muzik popular merupakan satu lagi sumber untuk iringan. Biasanya muzik
instrumental adalah lebih sesuai, walaubagaimanapun sesetengah lagu berserta lirik
juga sesuai. Harp, gamelan, loceng, alat-alat muzik yang menggunakan arus angin
dan alat-alat lain, menawarkan latar belakang muzik yang menarik untuk mencipta
pergerakan kreatif.

Muzik tradisional di Malaysia juga boleh dijadikan muzik itingan untuk aktiviti-aktiviti
pergerakan kreatif. Kebanyakkan daripada muzik tradisional itu mempunyai rentak
yang sederhana dan baik disamping memperkenalkan muzik Malaysia kepada
murid-murid.

Iringan alat-alat muzik paluan termasuk gendang, alat-alat perkusi, tepukan atau
sebarang alat yang mengeluarkan bunyi apabila dipalu juga biasa digunakan dalam
aktiviti pergerakan kreatif. Alat-alat ini juga boleh dihasilkan sendiri oleh murid-murid
dengan menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kayu, tin-tin kosong, bekas-
bekas plastik dan sebagainya. Pemilihan iringan seharusnya menarik dan boleh
mewujudkan suasana menggembirakan di dalam kelas.

2.4.6 Props dan Penggunaan Rangsangan-rangsangan Lain Dalam


Pergerakan Kreatif
Penggunaan props adalah satu cara yang baik untuk memperkenalkan pergerakan
kreatif kepada murid-murid. Props mencakupi objek-objek yang boleh diuruskan dan
dimanipulasi oleh seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Uncang-uncang
kacang, skaf, reben, gelang rotan, belon dan sebagainya adalah beberapa contoh
props yang boleh digunakan untuk membentuk pola-pola pergerakan yang menarik
selari dengan penggunaan ruang. Dengan menggunakan props, murid-murid akan
mempelajari cara-ara memanipulasikan props dan menjalin hubungan dengannya
dan juga kepadanya.

Deria-deria penglihatan, sentuhan, bau, rasa dan pendengaran dapat memberi


rangsangan-rangsangan yang boleh dijadikan asas untuk aktiviti kreatif. Rangsangan
ideasional dan emosional juga menjadi saluran-saluran untuk pernyataan kreatif.
Alam semulajadi dan persekitaran; mud dan emosi; hubungan manusia, peristiwa-
peristiwa bersejarah, legenda atau peristiwa-peristiwa semasa dan juga sastera
boleh bertindak sebagai rangsangan untuk pergerakan. Aktiviti pergerakan
Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

menyeluruh boleh dibentuk berdasarkan perasaan riang, sedih, marah, takut atau
emosi-emosi lain.

Carta, simbol dan gambarajah juga boleh digunakan untuk mengorganisasikan


pergerakan kreatif. Simbol-simbol bertulis dan juga corak-corak merupakan satu lagi
rangsangan untuk memperkembangkan lagi idea pergerakan kreatif. Bahasa, baik
dalam bentuk bertulis mahupun lisan, mengandungi ritma dan emosi yang boleh
digunakan sebagai rangsangan untuk aktiviti pergerakan kreatif. Rima kanak-kanak,
puisi, lagu-lagu rakyat dan kata-kata boleh digabungkan ke dalam pengajaran dan
pembelajaran pergerakan kreatif. Semuanya berdasarkan kreativiti guru untuk
mengolahkannya menjadi satu pergerakan yang menarik.

AKTIVITI

1. Mengecam bunyi daripada pelbagai sumber dan alam sekitar;

 alat-alat muzik yang didengar


 bunyi haiwan
 bunyi alam

2. Meniru rentak atau irama yang menggunakan anggota badan;

 melengkapkan rangkaian irama


 soal sahut rangkai irama

3. Menyatakan perasaan terhadap muzik yang didengar;

 sedih
 riang
 bersemangat
Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

2.4 MUZIK DENGAN PERGERAKAN


Muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada murid menggunakan tubuh
badan sebagai respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan
kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melhirkan ekspresi diri melalui
ransangan muzik yang didengar sambil memahami konsep muzik khususnya irama
dan ekspresi. Pergerakan dapat diperindahkan dan menjadi lebih menyeronokkan
jika diiringi dengan alunan muzik. Proses pergerakan tersebut dapat meningkatkan
lagi kepekaan, daya imaginasi dan kreativiti murid untuk mencapai pembelajaran
yang optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Muzik merupakan satu cabang untuk perkembangan karier individu. Sebagaimana


muzik begitu juga dengan tarian. Di samping itu tarian etnik, tarian tradisioal, tarian
istana mahupun tarian kreatif menggunakan muzik bagi mengiringi jenis-jenis tarian
tersebut. Oleh yang demikian semestinya tujuan murni ini dipastikan pelaksanaannya
di sekolah-sekolah di Malaysia sebagai cabang kerjaya kelak.

2.4.1 Pergerakan-pergerakan Asas


Pergerakan merangkumi gerak laku lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan-
pergerakan bukan lokomotor dilakukan setempat dan tumpuan diberi kepada
keseluruhan tubuh badan, iaitu :

 Membongkok - menggerakkan bahagian badan ke depan supaya


menghadap ke lantai.

 Meregang - pemgembangan penuh sebarang bahagian badan.

 Memulas - sesuatu bahagian badan bergerak dengan memusing


mengelilingi satu pusat (berputar).

 Berpusing - seluruh badan bergerak mengelilingi satu pusat


(berkisar ke kiri, ke kanan, ke depan dan ke belakang).

 Menaik - menaikkan badan dari tempat (posisi) yang rendah ke


tempat yang tinggi (contohnya daripada posisi baring di
atas lantai kepada dudk dan seterusnya berdiri).

 Merebah - menurunkan badan dari tempat yang tinggi kepada


tempat yang rendah.

 Menghayun - menggerakkan satu bahagian tubuh badan dalam


bentuk bulatan.

Sati daripada tujuan program muzik dengan pergerakan di pra sekolah ialah untuk
membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Antara kemahiran
Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

yang perlu diajar kepada mereka adalah kemahiran lokomotor. Kemahiran ini
membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan-
pergerakan lokomotor dilakukan dengan cara menggerak dan membawa badan
melalui ruang dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Contoh-contoh
pergerakan lokomotor ialah :

 Berjalan - pergerakan badan yang menunjukkan arah dengan


memindahkan berat badan dari satu kaki ke satu kaki
yang lain. Langkahnya adalah lebih perlahan dari
berlari.

 Berlari - pergerakan badan yang menunjukkan arah, maju


dengan langkah yang lebih cepat dari berjalan.

 Meloncat /
Melonjak - lanjutan dari pergerakan berlari.

 Melompat - melonjak dan mendarat dengan dua belah kaki.

 Berskip - pergerakan badan yang menunjukkan arah atau


haluan. Mula melangkah dan meloncat dengan
menggunakan kaki yang sama. (Melangkah dan
melompat dengan kaki kanan, selepas itu teruskan
melangkah dan melompat dengan kaki kiri). Teruskan
pergerakan dengan menyelang-nyelikan kaki kiri dan
kanan. Ini akan menghasilkan ritma yang tidak sama.

 Bergalop - kaki ke depan dengan pola kaki langkah bersama. Kaki


yang sama mendahului setiap pola pergerakan dan
diikuti dengan kaki yang satu lagi. Ini menghasilkan
satu ritma yang tidak sama.

Kedua-dua jenis pergerakan asas di atas boleh dikombinasikan dengan kedudukan


badan pada aras tinggi, rendah atau pertengahan untuk menunjukkan pertukaran
berat-ringan dan tinggi-rendah bunyi dan kontur bunyi. Pergerakan bukan lokomotor
dan lokomotor juga merupakan asas kepada pergerakan kreatif di mana kanak-
kanak dapat memanfaatkan penggunaan otot kasar dan otot halus dalam melakukan
sesuatu aktiviti-aktiviti pergerakan. Otot-otot kasar dan otot halus perlu
diperkembangkan dan dimatangkan terlebih dahulu untuk meningkatkan tahap
kesediaan kanak-kanak.

Melalui pergerakan, kanak-kanak belajar bergerak, berfikir dan merasai sesuatu


secara langsung. Mereka akan belajar pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif dan
efektif. Melalui akitviti ini juga mereka akan dapat mempelajari tentang diri sendiri,
iaitu:
Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

 Apa yang mampu dilakukannya ?


 Bagaimana seseorang itu boleh mengawal diri ?
 Bagaimana kita dapat mengawal sesuatu yang berada di sekeliling kita ?
 Bagaimana kita dapat menyesuaikan dan menghubungkan diri kita dengan
alam sekitar (ruang manusia dan lain-lain yang bernyawa dan tidak
bernyawa) ?; dan
 Bagaimana kita dapat melahirkan perasaan dan idea?

AKTIVITI
1. Sejauh manakah anda boleh gerakkan sebelah tangan anda ?
2. Berapa pantaskah tangan boleh digerakkan ?
3. Bolehkah anda menghayun sebelah tangan anda ke depan,
belakang dan dalam bentuk bulatan ?
4. Cuba gerakkan tangan sebelah lagi dengan pantas kemudian
perlahan. Hayun ke depan , ke belakang dan buat bulatan.
5. Sila ambil 4 langkah ke depan dalam bulatan.
6. Hulur tangan kanan ke hadapan dan tangan kiri ke belakang.
7. Bongkok dan hulurkan 2 tangan ke hadapan perlahan-lahan.
8. Berhenti . Pegang lutut, tegakkan badan dan angkat 2 tangan ke
atas.
9. Lompat empat kali secara bebas tetapi tidak merempuh rakan
anda.
10. Perlahan-lahan pulas badan dan rendahkan diri ke lantai (buat
sekadar kemampuan anda)
11. Pusingkan badan anda ke kiri tanpa menggerakkan kaki.
12. Pusing badan ke kanan. Kaki tidak bergerak.

TIP PERGERAKAN

SOALAN BERIKUT BOLEH MEMBANTU MERANCANG PERGERAKAN


KREATIF

1. Apakah yang patut digerakkan ?


2. Ke mana badan atau bahagian badan dapat digerakkan ?
3. Dengan siapa melakukan aktiviti ini ?
4. Dengan apa anda menggerakkan anggota badan anda?
5. Bagaimana bahagian badan anda boleh bergerak ?
Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

JENIS-JENIS
JENIS-JENIS
PERGERAKAN
PERGERAKAN

Berpusar
Berpusar Meluncur
Berjalan Meluncur
Berjalan

Berlari
Berlari Berayun
Menggelongsor Berayun
Menggelongsor

Merayap
Merayap
Berjalan
Menepuk Berjalan
Menepuk
tangan
tangan
Mengusap
Mengusap
Membengkok
Petik Membengkok
Petikjari
jari
Memantul
Memantul
Skip
Skip
Membuat Ketingting
Membuat Ketingting
bulatan
bulatan
Mengetuk
Mengetuk
Menarik
Merangkak Menarik
Merangkak
Meregang
Meregang
Menghayun
Menghayun
Menolak
Menolak Senaraikan jenis-jenis pergerakan
Bergalop
di atas mengikut kategori pergerakan
Bergalop
bukan lokomotor dan pergerakan lokomotor.

Menghentak
Menghentakkaki
kaki
Melompat
Melompat
Bergolek Berbuai-buai
Bergolek Berbuai-buai
Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

2.4.2 Eurhythmics
“Eurhythmics” telah diperkenalkan oleh seorang pendidik muzik yang terkenal Emile
Jaques-Dalcroze. Beliau telah memperkenalkan satu pandangan yang unik dalam
pendidikan muzik pada zamannya iaitu muzik adalah berasaskan irama yang boleh
didapati daripada irama semulajadi tubuh badan manusia.

Asas pendekatan eurhythmics ialah untuk menghayati ritma melalui pergerakan


badan. Denyutan jantung dan pernafasan manusia merupakan ritma semulajadi
manusia. Kanak-kanak akan bertindak balas terhadap muzik melalui pergerakan
badan iaitu menepuk dan menari. Pergerakan ritma secara semulajadi merupakan
satu kaedah asas dalam kelas permulaan pembelajaran eurhythmics. Mengikut
Dalcroze, guru-guru tidak boleh mempelajari kaedah muzikal dari buku-buku dan
skor muzik. Penglibatan diri dalam kelas-kelas latihan adalah satu cara yang paling
berkesan untuk mempelajari kaedah muzikal. Sambutan terhadap muzik dan
kebolehan untuk melahirkan perasaan dalam muzik tidak boleh dipelajari melalui
buku. Pengalaman muzik itu adalah sangat penting seperti mana seseorang kanak-
kanak belajar merangkak dan kemudiannya dapat berjalan.

Eurthythmics bermula dengan pergerakan spesifik dan biasa iaitu skip, berlari,
berjalan, menghayun dan sebagainya. Dalam aspek eurthythmics, kita boleh
menggalakkan individu untuk bertindak balas kepada kedua-dua ritma dan dinamik.
Setiap konsep ini bergantung sepenuhnya pada pergerakan dan kekuatan tubuh
badan. Pertukaran dalam tempo dan dinamik boleh dilahirkan melalui pergerakan
tubuh badan. Tempo yang mudah ditunjukkan dengan pergerakan badan iaitu cepat
dan lambat dan variasi di antaranya. Tahap dinamik pula boleh dilahirkan melalui
badan. ‘Perlahan’ boleh ditunjukkan dengan pergerakan yang kecil, manakala ‘kuat’
boleh ditunjukkan dengan pergerakan yang besar. Kedua-dua idea boleh
digabungkan dengan pergerakan murid untuk menunjukkan kedua-dua ‘cepat’
(tempo) dan ‘perlahan’ (dinamik). Dalcroze bermula dengan konsep yang mudah dan
menambahkan konsep-konsep lain ke atas konsep ini. Kombinasi pelbagai elemen
dalam muzik menggalakkan murid melahirkan konsep secara semulajadi supaya
mereka dapat pengalaman apakah sebenarnya muzik.

Mengikut kajian Dalcroze, tahap pembelajaran berkaitan dengan elemen atau


konsep muzik seperti irama, melodi, harmoni, bentuk, tempo dan lain-lain di
kalangan murid telah meningkat dan bertambah baik melalui aktiviti pergerakan
dengan muzik. Ia boleh memantapkan persepsi pendengaran (aural) individu untuk
Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

diterjemahkan kepada gerakan yang sesuai dan kreatif yang seterusnya membawa
kepada celik akal dan literasi muzik di kalangan murid.

Eurthythmics memerlukan penglibatan individu secara total atau menyeluruh. Ia


melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara menyeluruh di
mana individu perlu :
 mendengar
 merasai
 berimaginasi kuat (strong imagination)
 menginterpretasi bunyi
 bertindak / respon / bergerak
untuk membayangkan maksudnya secara luaran. Badan dijadikan alat untuk
mempamerkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta gerakan
badan yang bertindak berpandukan ransangan/stimulus dalam bentuk bunyi, gerak
isyarat (signal), lisan seperti perkataan, ayat, puisi atau sajak, vokal seperti nyanyian
dan juga muzik bunyi-bunyian. Antara perkara penting yang boleh diinterpretasikan
ialah :
 lagu yang berasaskan lirik
 unsur / konsep muzik
contoh; irama, tekanan, detik, sinkopasi, perbezaan pic, kontur melodi,
dinamik, tempo, bentuk, yang terkandung dalam muzik sedia ada dan darinya
jika interpretasinya itu disusunkan secara terurus boleh menghasilkan satu
bentuk koreografi yang kreatif.

Tujuan eurthythmics ialah supaya murid mendengar, menganalisis, menghayati dan


menjadikannya satu cabang muzik. Tubuh badan menjadi satu alat muzik semulajadi
yang paling utama.

2.4.3 Aplikasi Konsep Muzik Dalam Pergerakan.

a) Irama

- menepuk patah perkataan atau sukukata dan akhirnya dapat


menepuk irama lagu yang mudah sambil menyanyi.

b) Meter dan tekanan


Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

- gunakan meter lazim dua dan empatan dahulu kemudian meter


tigaan. Skip, bergalop dan hayun untuk meter tak lazim (6/8).

c) Melodi

- gunakan pergerakan tangan atau kedudukan badan untuk


menunjukkan bila masanya bunyi pic lebih tinggi, lebih rendah atau
pada kedudukan sama. Kelak dapat ditunjukkan bunyi tertinggi atau
terendah dalam melodi yang mempunyai renj yang lebih luas, juga
dapat menunjukkan kontur melodi menggunakan tangan atau
kedudukan badan dalam pergerakan kreatif.

d) Bentuk

- pergerakan tangan berbentuk arch yang mudah untuk menunjukkan


frasa. Kemudian murid boleh skip dalam bulatan untuk menunjukkan
pertukaran arah pada sesuatu frasa lagu.

e) Harmoni

- dua atau lebih pic dibunyikan serentak untuk menjadi lagu pusingan
dapat diilustrasikan dalam bentuk meniru pergerakan yang terdahulu.

f) Ekspresi

- pergerakan yang menunjukkan dinamik dapat dibuat sebagai


berjingkit bila muzik lembut (soft) dan hentak kaki bila ia kuat.
Bergerak cepat dan lambat untuk menunjukkan perubahan tempo dan
pergerakan badan atau mimik muka untuk menunjukkan mud.

g) Warna ton

- pergerakan dapat dibuat seolah-olah berlagak seperti biola, trumpet


atau oboe.

h) Jalinan

- pergerakan seperti susup menyusup dan pembentukan sesuatu


bentuk atau fomasi.
Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

Terdapat lima jenis kegiatan pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut
perkembangan dari mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti
berikut :
 Gerakan mengikut lirik lagu
 Gerakan mengikut konsep muzik
 Interpretasi muzik dengan gerakan
 Gerakan bebas dengan muzik; dan
Bahagikan kelas kepada lima kumpulan mengikut lima jenis kegiatan
pergerakan di atas dan buat satu persembahan muzik dengan gerakan.
Masa yang berikan untuk setiap persembahan ialah enam hingga sepuluh
minit.
 Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik

Rumusan

MUZIK DENGAN GERAKAN

JENIS

Ikut lirik, bebas, asas, Berjalan, berlari, melompat,


interpretasi, bercerita, ikut bergalop, meluncur,
tema, ekspresif dan merangkak, hentak kaki, dll.
kreatif, konsep muzik

RUANG
Tiada
Ada Mesej Mesej
(maksud)
Tinggi, rendah, besar, kecil, dekat,
jauh, luas, sempit
(dalam kelas / di padang / dewan)

KONSEP
MUZIK
Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

Tempo, panjang, pendek, dinamik,


lebut, kuat, masa, kiraan

PENGAJARAN
PENGAJARAN&&
PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN
SERONOK
SERONOK/ /BERKESAN
BERKESAN

Rujukan

Findlay Elsa (1971). Rhythm and movement aplications of dalcroze eurthythmics.


Summy-Birchard Musia Princenton, New Jersey.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1991). Buku Panduan Guru. Pergerakan Kreatif.


Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). Sukatan pelajaran pendidikan muzik (Pra


Sekolah) minor. Bahagian Pendidikan Guru.

Khairul Bariah Haroen (2006). Pengenalan pendidikan muzik. Pengalaman muzikal.


Open University Malaysia.

Salmah Ayob (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. P.J : Flo Enterprise Sdn.
Bhd.

Salmah Ayob (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif. Panduan pengajar. P.J : Flo
Enterprise Sdn. Bhd.

Salmah Ayob (1996). Strategi, teknik dan pengajaran pendidikan pergerakan kreatif.
P. J : Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Sukatan Pelajaran Muzik KBSR (2000) : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Herrold, R. M. (2001). New approaches to elementary classroom music (3rd ed). New
Jersey: Prentice Hall.

You might also like