SUKATAN PELAJARAN DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM , BUKU TEKS, BUKU PANDUAN GURU DAN PENGENALAN

j-QAF Pengenalan Pelajar-pelajar sekelian! Anda sekarang adalah seorang pendidik. Untuk menjadi seorang pendidik yang professional anda perlulah mengetahui, memahami dan menguasai isi kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam , Huraian Sukatan , Buku Teks dan Buku Panduan Guru. Justeru itu modul ini diharap dapat membantu anda dalam menjalankan tugas seharian . Modul ini memberi penekanan kepada dua tajuk utama. Dalam tajuk pertama ianya mendedah dan dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai; Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Teks dan Buku Panduan Guru . Seterusnya memberi pendedahan dan penekanan kepada pelajar mengenai pelaksanaan Pendidikan Islam 6 bulan Pertama Tahun Satu serta pengenalan konsep jQAF. . Hasil Pembelajaran Di akhir modul ini anda dapat 1. 2. memahami dan menghuraikan matlamat, objektif dan organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah memahami dan menghuraikan bidang, tajuk, isi pelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam menghurai dan mengaplikasi bahan dari Buku Teks dan Buku Panduan Guru dalam pengajaran dan pembelajaran memahami pelaksanaan Pendidikan Islam 6 bulan Pertama Tahun Satu memahami konsep j-QAF

3. 4.
5.

1

1.1 Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Pendidikan Islam sekolah rendah adalah pendidikan awal yang wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Pendidikan Islam sekolah rendah memenuhi tuntutan fardu ain, menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim. Selaras dengan proses perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani murid-murid. Merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Tumpuan Khusus mata pelajaran Pendidikan Islam: 1. 2. 3. 4. Pendidikan Asas Tilawah al-Quran Pembentukan Aqidah dan Bimbingan Asas Fardu Ain Pemupukan amalan Fardu Ain dan Kifayah yang dituntut oleh Syariat Penerapan Adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid.

Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai cita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang dapat menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara. Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab, beramal salih dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam. Matlamat Pendidikan Islam Sekolah Rendah ; Matlamat pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al Quran dan al Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Objektif Pendidikan Islam; Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah, murid dapat : 1. Membaca surah-surah terpilih dari juzu’ Amma dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat membaca al Quran dan menjadi amalan 2. Menghafaz ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati
pengajarannya ke arah meyakini al Quran sebagai rujukan petunjuk Allah

2

4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan 5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam fardu ain serta memahami fardu kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam

6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah saw sebagai asas
perkembangan tamadun manusia 7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian 8. Membaca dan menulis jawi serta mencinta ilmu sebagai warisan budaya bangsa

Kandungan Kurikulum Kandungan Pendidikan Islam sekolah rendah dibahagikan kepada empat bidang seperti berikut, iaitu:

Organisasi Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Bidang Asuhan Tilawah al-Quran

Bidang Asas Ulum Syari’yah

Bidang Asas Akhlak Islamiah

Bidang Pelajaran JAWI Rajah : Bidang-bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Rajah di atas menunjukkan kandungan bidang-bidang mata pelajaran yang terdapat dalam Pendidikan Islam sekolah rendah. Untuk mendalami bidang-bidang tersebut;

 

Sila rujuk Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 2002

3

Bil.

BIDANG Asuhan Tilawah Al-Quran

OBJEKTIF

TUMPUAN

1

1. Membaca Surah–surah 1 Membaca ayat-ayat alterpilih dari juzuk Amma Quran dengan Betul dengan betul dan fasih, untuk dan fasih. memupuk minat membaca AQuraan dan menjadi amalan. 2 Menghafaz ayat-ayat 2. Menghafaz ayat-ayat lazim tertentu dengan betul yang terpilih untuk bacaan dan fasih dalam solat dan ibadah harian. 3 Memahami pengertian 3. Memahami maksud beberapa surah-surah tertentu surah yang dipelajari dengan daripada Juzuk Amma menghayati beberapa surah (Juzuk 30 ) dan sebagai rujukan petunjuk menghayati Allah. pengajarannya. 1. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan 1. Mengamalkan ibadahibadah asas Fardu Ain s erta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat islam 3. Memahami dan mengambil Iktibar dengan sirah Rasulullah S.A.W. sebagai asas perkembangan tamadun manusia,

Asas Ulum AsSyariah 2

1. Penekanan
akidah,pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah. 2. Pengetahuan mengenai peraturan ibadah yang ditentukan oleh Allah Taala dan melaksanakannya 3. Percontohan dan pengambilan iktibar dari Sirah Rasulullah S. A..W 4. Implikasi Akidah,Ibadah dan Sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga,masyarakat dan Negara.

Asas Akhlak Islamiah

Mengamal adab dan 1. Kepatuhan terhadap menghayati nilai-nilai akhlak peraturan dan cara dalam kehidupan seharian hidup Muslim dalam hubungan dengan Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. 2. Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri, keluarga, alam sekitar,masyarakat dan Negara.

4

3

Pelajaran Jawi

Membaca dan menulis jawi serta 1. Menulis tulisan jawi mencintainya sebagai warisan dengan baik budaya bangsa. 2. Membaca jawi dengan lancar 3. Mempelajari seni tulisan jawi.

Latihan i. ii. Berdasarkan rajah di atas, bincangkan bidang-bidang pendidikan Islam sekolah rendah mengikut susunan? Senaraikan objektif setiap bidang mengikut tumpuan sukatan tersebut.

Syabas! Atas kesabaran anda ……………….. Rehat sekejap !!! 1.2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

Anda telah pun memahami secara terperinci Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR melalui unit yang lepas, Insyaallah, semoga dengan pemahaman dan pengamatan yang telah anda berikan itu, memudahkan anda meneruskan pembelajaran seterusnya. Baiklah, sekarang marilah kita meneruskan perbincangan ini mengenai Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR. Dalam unit ini anda akan dapat mengetahui secara lebih terperinci mengenai matlamat, objektif dan bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah dari tahun 1 hingga tahun 6. Matlamat Huraian Sukatan Pelajaran ialah satu dokumen yang memperkembangkan dan memperjelaskan maksud dan kehendak Sukatan Pelajaran. Sukatan Pelajaran perlu dibaca bersama dengan Huraian Sukatan. Penguasaan terhadap apa yang terkandung dalam Huraian Sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian murid. Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian dibina berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.

5

Objektif Fungsi utama Huraian Sukatan Pelajaran ialah untuk: ♦ Menentukan skop sukatan

♦ Panduan guru dalam menyediakan isi pelajaran dan pemilihan aktiviti pembelajaran

Kegunaan penyediaan buku teks dan bahan pembelajaran bagi memilih dan membina isi kandungan aktiviti pembelajaran, soalan penilaian dan kerja lanjutan ♦ Kegunaan pembinaan soalan ujian dan penaksiran samada berbentuk formatif atau sumatif Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran Huraian sukatan pelajaran disusun dengan menggunakan format yang diselaraskan bagi semua matapelajaran. Kandungan Huraian Sukatan dipersembahkan dalam bentuk lajur seperti berikut :
Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran Aras 1 : Aras 2 : Aras 3 : Cadangan Pengalaman Pembelajaran

Keterangan lajur Lajur Lajur Bidang Pembelajaran Lajur Hasil Pembelajaran Kandungan dalam Lajur Mengklasifikasikan kandungan sukatan pelajaran berdasarkan agihan mengikut tahun pembelajaran. ♦ Berkaitan dengan objektif yang mesti dicapai oleh murid. ♦ Mengandungi kenyataan atau keterangan mengenai kesan atau hasil dari proses pembelajran yang dialami oleh murid, samada kesan berbentuk dalaman (implicit) atau luaran ( eksplisit) ♦ Hasil pembelajaran yang mesti

6

dicapai bagi setiap tajuk telah dibahagikan kepada 3 aras bertujuan untuk memenuhi keperluan tiga golongan prestasi murid; Aras 1 :Aras ini bertujuan memenuhi keperluan golongan murid pencapaian rendah. Ia merupakan aras yang paling mudah yang mesti dikuasai oleh keseluruhan murid.. Bimbingan dan dorongan dengan aktiviti yang sewajarnya perlu diberi untuk mencapai penguasaan hasil pembelajaran aras 1, iaitu tahap yang paling rendah Aras 2 : Aras sederhana yang perlu dikuasai oleh murid yang mempunyai aras kebolehan yang sederhana. 60% - 70% daripada keseluruhan murid dalam kelas sepatutnya menguasai tahap ini Aras 3 : Aras paling tinggi. Ia perlu dikuasai oleh murid-murid pencapaian tinggi. Selalunya 15 % - 20% murid yang diajar boleh menguasai aras ini Pengalaman ♦ Memuatkan cadangan strategi, kaedah, teknik, aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru untuk mencapai hasil pembelajaran yang baik. ♦ Cadangan kepada guru tentang pengalaman pembelajaran yang akan dialami oleh murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran • Sila rujuk buku Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah (KBSR) Tahun 1 dan Tahun 4, KPM

Lajur Cadangan Pembelajaran

A. Asuhan Tilawah al-Quran Perhatikan rajah berikut kemudian ikuti huraiannya

7

Rajah

: Bidang satu Asuhan Tilawah Al-Quraan

.Asuhan Tilawah Al-Qurann .Asuhan Tilawah Al-Qurann 1. Bacaan 1. Bacaan Hafazan 22Hafazan 3. Kefahaman 3. Kefahaman

Rajah di atas , menunjukkan Bidang Asuhan Tilawah Al-Quran, bidang ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bacaan, Hafazan dan Kefahaman seperti berikut; I. Bacaan :

i. Mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal, bersambung dan berbaris fathah, kasrah,dhammah, tanwin, sukun dan syaddah. ii. iii. iv. Membaca kalimah dan potongan ayat Membaca kalimah dan ayat-ayat pendek pelbagai baris Membaca surah-surah dengan betul dan fasih :

v. Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu yang mengandungi tanda bacaan mad dan waqaf vi. Membaca ayat-ayat pendek mengandungi nun sakinah dan tanwin

vii. Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu yang mengandungi mim syaddah, nun syaddah dan mim sakinah viii. Membaca potongan ayat-ayat daripada surah-surah tertentu yang mengandungi bacaan qalqalah.

Berikut surah-surah yang dicadangkan;

Bil

Surah

Bil

Surah

Bil

Surah

8

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Al-Fatihah An-Nas Al-Falaq Al-Ikhlas Al-Masad Al-Nasr Al-Kafirun Al-Kawthar Al-Ma’un Al-Quraisy

11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Al-Fil Al-Humazah Al-‘Asr Al-Takathur Al-Qari’ah Al-Adiyat Al-Zalzalah Al-Bayyinah Al;-Qadr Al-‘Alaq

21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Al-Tin Al-syarh Al-Dhuha Al-Lail Al-Syams Al-Balad Al-Fajr Al-Ghasiyyah Al-A’la Al-Tariq

II

Hafazan : Menghafaz surah-surah berikut : a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. Al-Fatihah An-Nas Al-Falaq Al-Ikhlas Al-Kafirun Al-Kawthar Al-Ma’un Al-Quraisy Al-Fil Al-Humazah Al-‘Asr l. m. n. o. p. q. r. s. t. u. Al-Takathur Al-Qari’ah Al-Adiyat Al-Zalzalah Al-Bayyinah Al-Qadr Al-‘Alaq Al-Tin Al-syarh Al-Dhuha

III Kefahaman : • • Pengertian Al-Quran Kelebihan membaca Al-Quran Sejarah ringkas al-Quran Memahami surah-surah berikut secara umum • • • • Surah Al-Fatuhah ayat 1 - 7 Surah al-Nas ayat 1-6 Surah al-Falaq ayat 1-5 Surah al-Ikhlas


9

• • • •

Surah al-Kawthar Surah al-Ma’un ayat 1-7 Surah al-Qadr ayat 1-5 Surah al-Dhuha ayat 1-11

Lihat rajah berikut kemudian ikuti huraiannya:

Bidang Asas Ulum Syar’iyah

Akidah

Ibadah

Sirah

Rajah 13 : Bidang Asas Ulum Syar’iyah

Perhatikan dengan teliti bidang Asas Ulum Syar’iyah terdapat di dalam rajah di atas, bidang ini terbahagi kepada bidang Akidah, Ibadah dan Sirah.

B .

Bidang Ulum Syariah I. Tajuk-tajuk Akidah ialah: • Pengertian Rukun Iman • • • • • • Beriman Kepada Allah Beriman Kepada Maliakat Beriman Kepada Rasul Beriman kepada Kitab-Kitab Beriman kepada Hari Akhirat Beriman kepada Qadak dan Qadar Pengertian Rukun Islam sifat wajib Allah

10

• •

Nama-nama Allah (Asma al-Husna ) yang berikut: Pengertian Dosa dan Pahala Pengertian Syirik. Sam’iyyat : Pengertian Perkara-perkara sam’iyyat


• II Ibadah • • • • •

Konsep Ibadah Pengertian Jenis-jenis Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah Jenis-jenis hukum Bersuci :  Pengertian  Tanggungjawab bersuci  Istinjak  Bersuci dari najis  Bersuci dari hadas  Tayammum 
Solat:


• • •

Pengertian Solat Fardu Bacaan dalam solat serta terjemahannya

• • • • • • • • • •

Takbiratul Ihram Surah AlFatihah iii.Doa Iftitah Ketika Ruku’ Ketika Iktidal Ketika Sujud Ketika duduk antara dua sujud Tahyatul awal dan akhir Doa Qunut.

Pelakuan Solat (Rukun Fi’li) dan hikmahnya Perkara-perkara yang membatal solat Rukun-rukun Syarat-syarat wajib Syarat-syarat sah Sunat Ab’adh dan Hai’ah. Azan dan Iqamah Solat berjamaah Solat Jumaat Ibadah puasa

11


Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidiladha Solat Jenazah III Sirah : 3.1 3.2. 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10 3.11 3.12 3.13 3.14 3.15 Tanda-tanda kenabian Salasilah keturunan Nabi Penyusuan dan Pemelihraan Nabi Nabi dibesarkan dan dididik nilai murni Kematian bapa dan ibu Nabi Kematian Datuk Pemeliharaan Nabi oleh bapa saudara Pekerjaan Nabi( Semasa Kecil & Dewasa Pekahwinan Nabi Peritiwa Hajarul al-Aswad Peristiwa di Gua Hira’ Mukjizat Al-Quraan Dakwah Rasulullah (sulit dan terang) Hijrah ke Habsyah Pembesar Mekah terima Rasulullah 3.16 3.17 3.18 3.19 3,20 3.21 3.22 3.23 3.24 3.25 3.26 3.27 3.28 3.29 Tentangan terhadap Rasulullah Israk dan Mikraj Perjanjian Aqabah Hijrah kemadinah Pembinaan Masjid pertama Persaudaraan Muhajirin dan Ansar Pembentukan Negara Madinah Mempertahankan Madinah Piagam Madinah Perjanjian Hudaibiah Pembukaan Kota Mekah Perkembangan Islam Zaman Rasul Haji Wida’ Kewafatan Rasulullah S.A.W.

Sebenarnya anda sekarang sedang mengkaji perincian sukatan dalam bidang Ulum Syar’iah mulai dari tahun 1 hingga tahun 6. Syabas dan tahniah !.

C. Bidang Adab dan Akhlak Islamiah

Adab dan Akhlak Islamiah Adab dan Akhlak Islamiah Adab dalam Kehidupan Harian Adab dalam Kehidupan Harian

Adab terhadap ibubapa/keluarga Adab terhadap ibubapa/keluarga

Adab terhadap Kehidupan Sosial Adab terhadap Kehidupan Sosial

Adab Menuntut Ilmu Adab Menuntut Ilmu

Adab dengan Al-Quran Adab dengan Al-Quran

Rajah 16 : Bidang Adab dan Akhlak Islamiah

12

Anda akan meneliti setiap bahagian yang terdapat dalam rajah 16 satu persatu. Adakah anda bersedia sekarang!. a. Adab dalam Kehidupan Harian Dalam bahagian ini anda akan didedahkan mengenai perkara berikut : 3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4 3.1.5 3.1.6 b. Adab Makan Minum Adab Qada Hajat Adab tidur dan bangun tidur Adab mandi dan bersugi Adab berwuduk Adab berpakaian 3.1.7 3.1.8 3.1.9 Adab berkenderaan Adab masuk dan keluar rumah Adab menghidang makan dan

minuman 3.1.10 Adab berjalan 3.1.11 Adab bertanya 3.1.12 Adab mengurus diri

Adab terhadap Ibu Bapa dan Keluarga 1.2.1 1.2.2 1.2.3 Adab bercakap dengan ibu bapa Adab menolong ibu bapa Adab bergaul dengan keluarga

c.

Adab dalam kehidupan Bersosial 3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.2.4 3.2.5 3.2.6 3.2.7 3.2.8 3.2.9 3.2.10 3.2.11 Adab bergaul dengan rakan Adab di masjid dan surau Adab bercakap dengan rakan Adab melayan tetamu Adab menziarah orang sakit Adab menziarah rakan Adab menziarah orang tua Adab dengan orang tua Adab menziarah jenazah kubur Adab makan di majlis keramaian Adab berjiran 3.2.12 Adab berkumpul 3.2.13 Adab berjual beli 3.2.14 Adab bekerja 3.2.15 Adab menziarah jiran 3.2.16 Adab ketika bermaian 3.2.17 Adab terhadap tempat dan harta benda awam 3.2.18 Adab kecintaan kepada Negara 3.2.19 Adab menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar 3.2.20 Adab rehlah 3.2.21 Adab manusia dan makhluk lain 3.2.22 Adab dengan pemimpin

13

d.

Adab Menuntut Ilmu

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.
e.

Adab bercakap dengan guru Adab ke sekolah Adab Belajar Adab semasa di sekolah Adab berhujah Adab menolong guru Adab menjaga harta benda sekolah

Adab dengan Al-Quran 3.5.1 3.5.2 Adab membawa dan menyimpan Al-Quran Adab membaca Al-Quran

2.

Pelajaran Jawi a. b. c. d. Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi tunggal Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi sambung Mengenal , menyebut dan menulis suku kata terbuka Mengenal , menyebut dan menulis suku kata tertutup

e. Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat f. Mengenal , membaca dan menulis perkataan pinjaman g. Mengenal , membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek h. Menggunakan tanda baca i. Membaca pelbagai jenis teks bacaan j. Menulis pelbagai jenis teks k. Mengenal dan menulis khat Nasakh dan Rik’ah. Latihan i) Berpandukan kepada Huraian Sukatan pelajaran sekolah rendah tahun 1 – 6 bagi tahun 2002, anda dikehendaki mencerakinkan semula agihan sukatan pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Mulai Tahun 1 hingga tahun Enam mengikut bidang-bidang yang ditentukan. Setelah anda mencerakinkan matapelajaran pendidikan Islam tersebut, sekarang anda dikehendaki membina objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut bidang mata pelajaran tersebut.

ii)

14

Rumusan Kurikulum pendidikan Islam adalah bermatlamat untuk mencapai keberkesanan dari segi penghayatan dan aplikasi, berfungsi sebagai benteng keagamaan dan amalan nilai-nilai budaya bangsa. Oleh itu, setiap bakal pendidik hendaklah memahami dengan jelas tentang Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah kerana ia merupakan asas utama sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dengan pemahaman ini guru akan lebih mudah merancang pengajaran mereka serta dapat menghurai setiap tajuk yang dicadangkan. Huraian sukatan pelajaran ialah satu dokumen yang memperkembang dan memperjelas maksud serta kehendak sukatan pelajaran. Sukatan ini mempunyai institusi yang tinggi yang hampir setara dengan sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran perlu difahami bersama-sama dengan huraian sukatan pelajaran. Penguasaan terhadap segala yang terkandung dalam huraian sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian murid. Mengkaji dan meneliti Sukatan Pelajaran adalah amat mustahak sebelum guru memulakan tugasan dibilik darjah, pengajaran dan pembelajaran hendaklah berdasarkan kepada sukatan Pelajaran, melalui sukatan pelajaran pelajar dapat menimba ilmu dan kemahiran.

1.3

Penggunaan Buku Teks

Buku teks Pendidikan Islam terbaru dibina berdasarkan ‘ semakan Semula KBSR . Ianya telah melalui proses pemerakuan yang tertentu diperingkat Kementerian. Isi kandungannya memenuhi dan menepati kehendak sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran Ciri-ciri semakan kepada buku teks ialah untuk menampilkan buku teks sebagai agen perubahan yang berkemampuan untuk membantu memberikan prospek baru dlam penerokaa, penguasaan kemahiran baru dan terkini, progresif, dinamik dan seimbang yang dapat dinikmati oleh anak dididk kita. Seterusnya dapat membantu dalam menyediakan guna tenaga Negara dan peningkatan kualiti pendidikan. Buku teks merupakan satu wadah penulisan yang mengandungi fakta, pengetahuan dan maklumat lain yang diperlukan untuk membentuk minda pelajar. Ianya tidak hanya berfokus kepada aspek peperiksaan sahaja tetapi lebih dari iru. Penggunaaan bahasa yang ringkasa dan padat, disamping ilustrasi yang menarik diharap dapat merangsang minda pelajar menghayati matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Sebelum anda teruskan, dapatkan dulu Buku Teks Pendidikan Islam KBSR ( Semakan), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Semakan KBSR Pendidikan Islam

15

Buku Teks Pendidikan Islam Tahun Satu mengandungi dua jilid. Jilid Satu untuk ‘ Asuhan Tilawah Al Quran’ dan ‘Pelajaran Jawi’ dan Jilid Dua “Bidang Asas Ulum Syariyyah’ dan “Adab dan Akhlak Islamiah’ Setiap tajuk dalam buku teks dipecahkan kepada aspek-aspek berikut : • • Tajuk Matlamat Isi Pengajaran Pembelajaran Akitiviti Pengajaran dan Pembelajaran Cuba jaya Penghayatan

• •
• •

Dapatkan buku teks yang lama dan buat perbandingan dengan buku teks terkini.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan

i. ii. iii.

Cuba semak buku teks yang lama dan yang baru. Buat perbandingan. Dapatkan maklumat dari pelajar mengenai perasaan mereka apabila menggunakan buku teks. Tentu ada pro dan kontranya. Bincangkan. Senaraikan 10 aktiviti yang difikirkan menarik dan menyeronokkan murid yang oleh diperolehi di dalam buku teks Tahniah ! kerana anda telah menyelesaikan tugasan dengan baik sekali. Simpan dokumen latihan anda dengan sempurna.

Rumusan Buku teks sangat membantu anda dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ilustrasinya yang menarik dan aktiviti berpusatkan murid akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajran di kelas anda ‘hidup dan

16

menyeronokkan’ . ia perlu dijadikan sebagai sumber rujukan utama murid. Kita hendaklah menanamkan kepada pelajar mengenai kepentingan mengguna dan memelihara buku teks. Pendekatan Buku Teks Semakan Semula diharapkan menjadi rujukan terkini pelajar. Isu pelajar sering mendapatkan sumber dari buku tambahan luar lebih dari buku teks seharusnya dapat diatasi. 1.4 Penggunaan Buku Panduan Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Pelajar sekelian! Bagi memastikan hasrat dan tujuan pendidikan dapat dicapai sepenuhnya, Kementerian Pendidikan telah menyediakan bahan asas seperti Buku Panduan Pengajran dan Pembelajaran. Buku ini disediakan secara berasingan bagi setiap bidang di mana ianya mencadangkan butur-butir terperinci bagi membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran . Sebenarnya terdapat beberapa lagi dokumen yang dibina kurikulum semakan Pendidikan Islam 2002. Dokumen tersebut : • • • • • • • • • • bersesuian dengan

Sukatan Pelajaran ( sudah pun diterangkan di unit 1.1.1 ) Huraian Sukatan Pelajaran ( sudah diterangkan di unit 1.1.2 ) Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Buku Penilaian Kendalian Sekolah Rendah Buku Penilaian Kendalian Sekolah Menengah Buku Panduan Asas Fardu Ain Buku Panduan Jawi Buku Panduan Penilaian Al Quran Buku Panduan Amali Buku Panduan Pengurusan Panitia

(Anda boleh dapatkan naskhah buku-buku di atas dari panitia sekolah atau di Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri ). Buku-Buku Panduan ini mengandungi pelbagai contoh kaedah pengajaran dan pembelajaran dan contoh Rancangan Mengajar bagi setiap bidang. Ianya dapat memb antu anda sebagai guru dalam memantapkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, di samping untuk merangsang daya pemikiran murid anda supaya lebih kreatif, kritis dan inovatif. Ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam Buku Panduan Guru antaranya ialah:


• •

Wujud pembelajaran yang berkesan dan suasana bilik darjah yang mengembirakan . Penglibatan murid secara aktif Strategi pengajaran yang merangsangkan perbincangan dan penerokaan

17

• • • • Latihan

• •

Suasana pembelajran kooperatif di mana murid berpeluang melihat mereka sebagai murid yang berkebolehan Kemahiran Berfikir Pengajaran Berasaskan kajian Masa Depan (KMD) Pembelajaran secara konstruktivisme Pembelajran secara kontekstual Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

diri

A. Baca Buku Panduan Guru Pendidikan Islam sepenuhnya. Kemudian senaraikan
teknik yang sering anda gunakan yang terdapat dalam buku panduan guru

B. Senaraikan juga teknik yang jarang dan tidak langsung digunakan oleh anda
semasa pengajaran namun menyeronokkan pelajar Rumusan Buku Panduan Guru ialah antara strategi Kementerian Pendidikan bagi memastikan kurikulum dilaksanakan dengan cara yang terbaik dan terkini. Melalui Buku ini pembelajaran akan menjadi lebih ceria dan menyeronokkan. Setiap pendidik hendaklah merealisasikan Buku Panduan Guru ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka anda mengetahuinya bahawa ia menarik dan

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan

Tugasan Tutorial : 1 Meningkatkan penggunaan Buku Teks di kalangan pelajar dan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Buku Teks. Bawa keratan akhbar atau maklumat Internent yang berkaitan untuk perbincangan tutorial Membincangkan Buku Panduan Guru di dalam pengajaran dan pembelajaran . Ciri yang difokuskan di dalam pengajaran dan pembelajaran dan ciri-ciri murid yang dikehendaki

2.

18

1.5

Pelaksanaan Pendidikan Islam Enam Bulan Pertama Tahun Satu

Pelajar sekelian! Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR dan KBSM pada 21 Januari 1994 telah bersetuju supaya murid tahun satu sekolah kebangsaan diberi penekanan Pendidikan al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra` dalam jangka masa 6 bulan mulai sesi persekolahan 1994/1995. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat siaran KP.5206/3/60 Jld.3 (4) yang dikeluarkan pada 1 Mac 1994 telah memaklumkan pelaksanaan kaedah Iqra` dalam tilawah al-Quran di sekolah. Dalam jangka masa 6 bulan tersebut murid-murid hendaklah dipastikan dapat menguasai bacaan al-Quran. Pada tahun 2003 sedikit perubahan dari segi pelaksanaan Jawi dan al-Quran KBSR dan KBSM dilakukan. Mengikut surat siaran (JAPIM) 5206/4/4.1 Jld. 2 (4) bertarikh 3 Januari 2003 telah memaklumkan beberapa mekanisma baru pelaksanaan tersebut antaranya:

Murid tahun satu diberi tumpuan khusus dalam 6 bulan pertama persekolahan. Guru hendaklah memberi tumpuan khusus kepada penguasaan kemahiran menulis dan membaca Jawi dan al-Quran. Selepas 6 bulan guru boleh meneruskan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Satu yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Dalam tempoh ini juga perkara-perkara yang berkaitan Rukun Iman, Rukun Islam dan Solat hendaklah diajar seperti biasa manakala bahagian Adab dan Akhlak Islamiah diajar secara merentas. Selepas 6 bulan pertama persekolahan guru hendaklah melaksanakan pemulihan dan pengayaan secara berterusan. Untuk murid tahun 2 dan seterusnya serta sekolah menengah aktiviti pemulihan dan pengayaan Jawi dan al-Quran dibuat secara berterusan di semua peringkat rendah dan menengah. Tulisan Jawi digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan ujian serta peperiksaan Pendidikan Islam di peringkat sekolah. Aktiviti-aktiviti khusus, latih tubi dan kerja rumah serta sebarang bentuk pertandingan dan sebagainya melibatkan tulisan jawi di peringkat bilik darjah dan sekolah dilaksanakan bagi memperkukuh dan meningkatkan penguasaan kemahiran tersebut.

Objektif  Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam dengan mempastikan setiap murid menguasai kemahiran al-Quran dan Jawi terutama di peringkat awal persekolahan.

19

Murid-murid dapat menguasai bacaan al-Quran dalam masa 6 bulan pertama tahun satu. Penguasaan bacaan al-Quran melalui kaedah Iqra`, sekaligus membantu muridmurid dapat membaca dan menulis jawi dengan fasih dan betul. Murid-murid tidak akan rasa dibebani dengan sukatan pelajaran yang berat di peringkat ini. Program ini disertakan dengan program transisi Pendidikan Islam agar muridmurid tidak menghadapi kejutan budaya. Panduan ini diharapkan dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam untuk 6 bulan pertama tahun satu mengikut surat siaran yang diedarkan.

Kumpulan Sasaran dan Waktu Pembelajaran  Kumpulan sasaran ialah semua murid tahun satu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan bermula tahun 2003. Masa yang diperuntukkan dalam waktu pembelajaran seminggu adalah seperti berikut: i. Asas Ulum Syariah ialah 30 minit (1 waktu) ii. Pelajaran Jawi ialah 60 minit (2waktu) iii. Asuhan Tilawah al-Quran (Iqra`) ialah 90 minit (3waktu) Pelajaran Jawi diajar dengan menggunakan Buku Sayang jawi 1, Buku Sayang Jawi 2 dan Buku Kemahiran Menulis yang disusun mengikut Sukatan Pelajaran Jawi KBSR.

Langkah Pengajaran  Guru mengenalpasti murid di dalam sesuatu kelas dari segi kuantiti, kualiti pencapaian murid dan latar belakang keluarga secara rambang. Guru hendaklah merangka strategi pengajaran dengan mengenalpasti satu kaedah yang akan digunakan seumpama kaedah berkumpulan atau individu. Jika sekiranya bilangan murid adalah kecil, adalah lebih berkesan digunakan pendekatan pengajaran secara individu. Tetapi sebaliknya jika murid melebihi kuantiti yang sewajarnya guru boleh mengenalpasti murid yang mahir untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

20

Pengajaran dan pembelajaran boleh berasaskan taburan P&P yang dicadangkan dalam panduan ini. Penilaian pertama terhadap pencapaian murid hendaklah dilakukan selepas tiga bulan pengajaran dijalankan. Penilaian ini hendaklah menggunakan borang penilaian yang dilampirkan. Guru mesti membuat analisis pencapaian murid dan seterusnya merangka strategi sehingga tempoh 6 bulan berakhir. Jika terdapat murid yang tidak mencapai tahap yang diharapkan dalam tempoh tersebut, pemulihan mesti dijalankan agar tidak ada pelajar yang cicir. Selepas tamat tempoh 6 bulan satu lagi bentuk penilaian keseluruhan hendaklah dibuat bagi mengenalpasti semua pelajar dapat membaca al-Quran dengan baik, membaca dan menulis jawi dengan betul dan fasih serta beradab.

Tindakan Susulan  Pemantauan berterusan Sektor Pendidikan Islam dan Moral Negeri bagi mempastikan program ini berjalan lancer dan dapat mencapai tahap kejayaan yang diharapkan. Pemantauan ini adalah bertujuan memberi bimbingan kepada guru-guru dan membuat penambahbaikan dari aspek pelaksanaan. Sektor Pendidikan Islam dan Moral Negeri juga dikehendaki menyediakan laporan lengkap yang menunjukkan prestasi guru dan murid serta kekangankekangan yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Laporan tersebut hendaklaj dihantar ke Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Guru mestilah menyediakan laporan lengkap prestasi pencapaian murid dalam Tilawah al-Quran, Pelajaran Jawi dan perkembangan lain. Contoh borang maklumat prestasi murid dilampirkan. Laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dan salinan kepada Sektor Pendidikan Islam dan Moral Negeri.

Harapan Mudah-mudahan usaha murni semua pihak termasuk guru akan membuahkan hasil yang diharapkan. Kegigihan guru-guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat diharapkan. Pemantauan JPN juga secara berterusan amat perlu bagi mengesani masalah-masalah semasa pelaksanaan.

21

Latihan V. Baca Buku Panduan Pendidikan Islam 6 bulan pertama tahun satu, kemudian terangkan pelaksanaan kaedah Iqra` dalam tilawah al-Quran di sekolah rendah. VI. Senaraikan kelebihan pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran dengan menggunakan kaedah talaqqi musyafahah.

1.6

Pengenalan Konsep j-QAF

Mukadimah Pada 24 Disember 2003, semasa YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada perjumpaan dengan ulama dan pegawai-pegawai agama sempena Majlis Tilawah alQuran Peringkat Antarabangsa Keli ke 45 di Kuala Lumpur, antara lain ada menyebut tentang khatam al-Quran, mewajibkan pembelajaran bahasa Arab dan menghayati amalan fardhu ain. Hasrat itu diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Beliau mencadangkan supaya perkara tersebut dilaksanakan seeberapa segera yang boleh. Kementerian Jawi, al-Quran, Pendidikan Malaysia telah mengambil tindakan dengan

mengadakan beberapa mesyuarat dan bengkel, dan akhirnya mengadakan seminar bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-Qaf) pada 3 hinga 5 Mac 2004. Seminar ini telah bersetuju menerima berperingkat-peringkat. Konsep j-Qaf j-Qaf adalah satu projek memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Projek ini dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Objektif j-Qaf Setelah projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan diharapkan semua murid yang menganut agama Islam, semasa di sekolah rendah dapat i menguasai bacaan dan tulisan jawi beberapa model untuk dilaksanakan sebagai

projek rintis pada April 2004 sebelum pelaksanaan sebenar pada tahun 2005 secara

22

ii iii iv

khatam al-Quran mempelajari bahasa Arab dan mantap dan menghayati fardhu ain

Kepentingan j-Qaf i. Kepentingan Jawi Jawi telah diajar sebagai komponen Pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 6 bulan pertama di tahun 1. Laporan pemantauan mendapati penguasaan bacaan Jawi dalam pendidikan Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan ii. Kepentingan al-Quran Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam Asuhan Tilawah membaca sahaja. al-Quran dalam bidang pada masa ini. Namun tidak menekankan

pembelajaran sehingga khatam al-Quran. Ia hanya mengutamakan kebolehan

iii.

Kepentingan Bahasa Arab Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahaan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara terpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.

iv

Kepentingan Fardhu Ain Ibu bapa masih belum berpuas hati dengan pencapaian dan penguasaan anakanak mereka dalam Fardhu Ain terutama hal ibadah mendirikan solat.

V

Kepentingan Projek j-Qaf Pada Keseluruhan Masa pengajaran PI Sekolah Rendah pada masa ini ialah 6 waktu, 5 waktu di SJKT dan 4 waktu di SJKC. Peruntukan waktu ini tidak membolehkan aktivitiaktiviti khatam al-Quran, pemulihan dan pengukuhan Jawi dan latihan amali

23

Fardhu Ain yang mencukupi di laksanakan

di sekolah-sekolah.

Manakala

Bahasa Arab di sekolah- sekolah diajar oleh guru Pendidikan Islam sedia ada. Ini menyukarkan pelaksanaan Bahasa Arab di semua sekolah sekiranya guru Bahasa Arab yang hakiki tidak diwujudkan.

Pelaksanaan j-Qaf j-Qaf akan dilaksanakan mulai tahun 2005 secara berperingkat-peringkat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan memberi maklumat yang lebih lengkap mengenai cara pelaksanaan model-model yang terpilih serta persiapan-persiapan khusus bagi pelaksanaan 2005. Panduan modul yang terkandung di dalam buku ini adalah maklumat awal yang berguna untuk persiapan kearah pelaksanaan sebenar. Ia tidak menggambarkan keadaan sebenar pelakasanaan j-Qaf melainkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil keputusan mengekalkan panduan dan modul yang terkandung dalam buku ini.

Latihan VII. Dengan menggunakan grafik buatkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Islam dengan Kurikulum j-Qaf.

Tutorial
I. Pelaksanaan j-QAF di sekolah rendah dapat membantu murid menguasai pembacaan al-Quran.

24

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

Bacaan Asas Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka.2002 Kementerian Pendidikan Malaysia, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka 2002. Abdullah Basmih, (1985)Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran Bahagian Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, (1991) Kursus Qari dan Qariah , Setakan ke 18, Terbitan Pustakan Aman Press , Kota Bharu, Kelantan. Ahmad Mohd. Saleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi ( 1997), Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam , Selangor.

25

Ee Ah Meng, Pedagogi 1 , Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah ( Semester 1 ) ( 1997 ), Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor. Ee Ah Meng, Pendidikan di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah, ( Semester 1 ) ( 1996 ), Penerbit Fajar Bakti, Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor. Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan KPLI ( semester 1 ) ( 1999 ), Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Mustafa Haji Daud , (1996) Konsef Ibadah Menurut Islam,Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Kementerian Pendidikan Malaysia, Buku Teks Pendidikan Islam, Tahun 1- 6

PANEL PENGGUBAL MODUL Kelulusan: B.A. Hons (Pengajian Islam) UKM (1985) Master (Pendidikan) USM (1997) Diploma Pendidikan UM (1989) Pengalaman mengajar: 6 Tahun (sekolah) 10 Tahun (maktab) (Ahli) Kelulusan: B.A. Hons (Pengajian Islam) UKM (1980) Master (Pendidikan) UKM (2001) Diploma Pendidikan UKM (1979)

EN. SAIFUL BAHRI BIN YAZIZ ( Pengerusi) Maktab Perguruan Islam, 43650 Bangi, Selangor. Tel: 03-89250352

PN.MAIMUN BINTI AZIZ

Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka

26

Tel: 06-2824827

Pengalaman mengajar: 7 Tahun (sekolah) 17 Tahun (maktab) Kelulusan: B.A.Hons( Pengajian Islam) UKM (1991) Sijil Perguruan Maktab Perguruan Islam (1980) Pengalaman Mengajar : 12 Tahun ( Sekolah) 10 Tahun ( Maktab ) M. Ed. UKM 1999 B.A (Hons) Pengajian Islam UKM 1992 Sijil Perguruan Lanjutan UKM 1986 Sijil Perguruan MPI 1979 Pengalaman mengajar: 13 Tahun (sekolah) 5 Tahun (maktab)

PN.HASNAH BTE HJ.AHMAD (Ahli ) Maktab Perguruan Raja Melewar, Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. Tel : 06-7624543

EN. ALEAS BIN MOHD ISA ( Penyelaras ) Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Tel: 03-2507269

PANEL PEMURNIAN MODUL EN.ABDUL MALEK BIN NORAKIT(Pengerusi ) Maktab Perguruan Raja Melewar, Jalan Sikamat, 70400 Seremban, N.Sembilan Tel : 06-7624543 Kelulusan : B.A.Hons(Pengajian Islam) UKM (1980) Master (Pendidikan ) UKM (2003) Diploma Pendidikan UKM (1985) Pengalaman mengajar: 6 Tahun (sekolah) 13 Tahun (maktab)

27

PN.MAIMUN BINTI AZIZ (Ahli) Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka

Kelulusan: B.A. Hons (Pengajian Islam) UKM (1980) Master (Pendidikan) UKM (2001) Diploma Pendidikan UKM (1979) Pengalaman mengajar: 7 Tahun (sekolah) 17 Tahun (maktab) M. Ed. UKM 1999 B.A (Hons) Pengajian Islam UKM 1992 Sijil Perguruan Lanjutan UKM 1986 Sijil Perguruan MPI 1979 Pengalaman mengajar: 13 Tahun (sekolah) 5 Tahun (maktab)

Tel: 06-2824827

EN. ALEAS BIN MOHD ISA ( Penyelaras ) Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

Tel: 03-2507269

28

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful