P. 1
artikel pilihan

artikel pilihan

|Views: 54|Likes:
Published by Fitri Saleh

More info:

Published by: Fitri Saleh on Jan 12, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/13/2012

pdf

text

original

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 193

KEBERKESANAN PENDEKATAN BERASASKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA TERHADAP INTEGRASI NASIONAL DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH (The Effectiveness of Multicultural Based Approach on National Integration in History Subject) AHMAD ALI SEMAN ZAHARA AZIZ ABDUL RAZAQ AHMAD ABSTRAK KEMAJUAN: Kajian kuasi eksperimen ini dijalankan untuk menentukan kesan pembelajaran berasaskan kepelbagaian budaya yang merangkumi perspektif sejarah budaya, sejarah etnik dan sejarah kebangsaan ke arah meningkatkan integrasi nasional. Kajian ini juga untuk mengenal pasti hubungan konstruk pendekatan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi kaum dan identiti Malaysia dengan integrasi nasional di kalangan pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Bagi melaksanakan kajian ini, 81 pelajar terlibat dalam kumpulan rawatan dan 80 pelajar dalam kumpulan kawalan tingkatan dua dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya Ampang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashyor Batang Kali, Rawang di negeri Selangor. Hasil kajian rintis pendekatan kepelbagaian budaya bagi kontruk persefahaman budaya, toleransi kaum dan identiti Malaysia dan integrasi nasional berada di tahap kebolehpercayaan tinggi, iaitu diantara 0.80 hingga 0.96. Kaedah penggunan analisis data menggunakan analisis deskriptif (frekuensi, min dan sisihan piawai) dan inferensi (ujian t, Anova, MANOVA dan regersi berganda) berdasarkan Statistical Package Social Sains (SPSS-11.5). Hasil kajian menunjukkan tahap pendekatan bersasakan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi kaum dan identiti Malaysia dan integrasi nasional nasional kumpulan kawalan berada pada tahap sederhana dan kumpulan rawatan pula berada pada tahap yang tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dari semua aspek yang dikaji berdasarkan jantina dan kaum. Analisis data juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang tinggi antara pendekatan berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi kaum dan identiti Malaysia dengan integrasi nasional dalam kumpulan rawatan. Analisis regresi pula menunjukkan pendekatan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya menyumbang sebanyak 55 peratus, aspek identiti Malaysia menyumbang sebanyak 11 peratus dan toleransi antara kaum menyumbang sebanyak 2.5 peratus. Implikasi kajian menunjukkan pendekatan berasaskan kepelbagaian budaya dalam mata pelajaran sejarah diterima secara positif oleh pelajar dari pelbagai kaum dan ianya boleh dijadikan model pengajaran bagi mencapai matlamat perpaduan dikalangan kaum seterusnya mencapai visi satu Malaysia.

2009). .05) between the control and treatment groups for all the aspects studied in terms of gender and races. Aliran falsafah realism mengakui inisiatif untuk menjayakan matlamat Negara dan agenda perubahan adalah terletak ditangan para guru (Ahmad Rafaai 2000. Form two students of Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya Ampang and Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashyor Batang Kali.80 to 0. The pilot study showed that the multicultural based approach for the constructs of cultural understanding. to achieve the vision of One Malaysia. ANOVA. Rawang of Selangor were selected to be the respondents of this study. racial tolerance and Malaysian identity with national integration in the treatment group.96. with the score between 0.194 Ahmad Ali. oleh sebab itu bidang pendidikan dapat menjadi saluran penting bagi mendokong citacita perpaduan dan integrasi nasional (Chai Hon Chai 1977). and in the long run. The findings show that the level of multicultural based approach from the aspects of cultural understanding. racial tolerance and Malaysian identity and national integration were at a high reliability level. kurikulum Sejarah yang memberikan gambaran jelas tentang pembentukan Negara bangsa dapat dianggap wadah yang paling baik untuk menerapkan usaha-usaha memupuk kesedaran dan kefahaman tentang unsur penyatuan bangsa dan perpaduan etnik (Lee 2002). There is a significant difference (p<0. The regression analysis shows that in term of multicultural based approach. racial tolerance and Malaysian identity with national integration among students in the History subject. the aspects of cultural understanding contributes 55 %. The data was analyzed using descriptive analysis ( frequency. PENGENALAN Guru merupakan agen perpaduan dan transformasi budaya kepada pelajar.5 %. racial tolerance and Malaysian identity and national integration for the control group were at the medium level. whereas the treatment group was at the high level. MANOVA and mutltiple regression) techniques of the Statistical Package of Social Science (SPSS-16). 81 students were selected to be in the treatment group and 80 students were put under the control group. The implication of the study reveals that multicultural based approach in the History subject are positively accepted by multiracial students and it can be adopted as a teaching model in order to achieve unity among the multiracial. dalam hal ini. the aspects of Malaysian identity contributes 11% and racial tolerance contributes 2. This study was also to identify the relationship among the constructs of multicultural based approach from the aspects of cultural understanding. The data analysis shows that there is a high significant relationship between multicultural based approach from the aspects of cultural understanding. Zahara & Abdul Razaq ABSTRACT PROGRESS: This quasi experiment research was done to determine the effect of learning based on multicultural which inclusive of cultural history perspective. mean and standard deviation) and inferential (t-test. ethnic history and national history to enhance national integration.

(1997) sendiri mengakui kepentingan Sejarah sebagai kurikulum yang dapat menyedarkan setiap kaum tentang peranan mereka dalam sebuah negara yang berbilang etnik seperti Malaysia. Di samping itu. berupaya dilaksanakan dan menarik penglibatan pelajar tentu sekali akan memberi makna yang besar. dapatlah digambarkan sebagai berikut : Pengetahuan Konsep Bersepadu Budaya Pengalaman Pembelajaran Nilai RAJAH 1. menyeronokkan. Konsep bersepadu yang dikemukakan melalui KBSM juga mewakili hasrat dan matlamat yang sama bagi menzahirkan generasi baru Malaysia yang dapat bekerjasama dalam keberagaman budaya dan kepelbagaian identiti etnik. Menanggapi persoalan ini. Konsep Bersepadu Dalam Pendidikan Disiplin ilmu dan pengetahuan Sejarah yang meliputi tiga elemen utama iaitu (1) Sejarah Budaya. kerana penyampaian mesej sebegini perlu bermula dari peringkat awal iaitu melalui sistem pendidikan dan persekolahan. Rashid. (2) Sejarah Etnik dan (3) Sejarah Kebangsaan dikukuhkan dengan pembentukan aktiviti belajar yang menarik minat. disebabkan sekolah adalah tapak sosialisasi dan wadah pembentukan jatidiri (Tajul Ariffin Noordin 1993). Konsep bersepadu ini. Kesepaduan bagi kombinasi ketiga-tiga aspek di atas. toleransi antara kaum dan identiti Negara dapat diperkukuhkan dalam kalangan pelajar yang berbeza latar belakang lokasi. iaitu : . Ahmad Ali Seman (2009). budaya dan etnik. Abd. agar pelajar mengenal asal usul.Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 195 Oleh sebab itu jugalah Sejarah dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) kerana melalui kefahaman tentang Sejarah bangsa dan Negara. dilaksana berlandaskan : (1) Falsafah Pendidikan Kebangsaan. memahami proses pembentukannya dan sedia menerima realiti yang ada pada masa kini. Rumusannya beberapa intipati tentang teras pendidikan negara dapat dikenal pasti. pengajaran Sejarah juga turut berfungsi memindahkan nilai-nilai sejagat dan budaya hidup manusia dan masyarakat kepada pelajar. persefahaman budaya. (2) Teori-teori Pembelajaran dan (3) Pendekatan Kepelbagaian Budaya. menganggap keupayaan membina integrasi nasional bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat toleransi antara kaum. Rahim Abd. Menjadikan landasan kurikulum sebagai asas penyatuan bangsa dan perpaduan antara etnik merupakan langkah yang paling berkesan.

konsep majmuk budaya telah difahami dan diterima.196 Ahmad Ali. kerana ciri-ciri setiap etnik (meskipun kecil bilangannya) menjadi aset negara. Setiap etnik telah memberi warna kepada pembentukan budaya kebangsaan di negara kita. Oleh sebab itu. khazanah warisan negara dan tinggalan sejarah yang telah berakar umbi sekian lama. Inilah visi dan misi yang hendak dikembangkan daripada pendidikan dan kegiatan pembelajaran (Tajul Ariffin Noordin dan Nor Aini Dan 1992). Sejarah Etnik Sejarah Budaya Sejarah Kebang saan INTEGRASI NASIONAL RAJAH 2. keterampilan. Zahara & Abdul Razaq 1. kurikulum pendidikan kebangsaan mahu menyatukan segala unsur kepelbagaian menjadi satu kesatuan yang dapat membentuk : (1) Persefahaman budaya antara kaum (nilai-nilai kemasyarakatan). Persepaduan Membentuk Integrasi Nasional Budaya Malaysia adalah budaya majmuk bukan lagi budaya tunggal oleh golongan majoriti. 4. 2. . Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan Tujuan pendidikan adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu Kesepaduan merupakan kombinasi antara pengetahuan. tentu sekali mengambilkira kedudukan pelajar daripada pelbagai latar belakang etnik dan budaya. 3. tanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri Matlamatnya ialah memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara Untuk mencapai misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan berdasarkan intipati di atas. Dalam ertikata yang lain. kesepaduan bermaksud menerapkan nilai-nilai murni yang wujud dalam semua kepercayaan (Kepercayaan kepada Tuhan) dan unsur-unsur norma-norma masyarakat pelbagai etnik (kepelbagaian budaya). (2) Tolak ansur antara kaum (toleransi etnik) dan (3) Identiti kebangsaan yang bercirikan negara bangsa (Identiti Malaysia). malahan sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi.

oleh sebab itu. aspek-aspek berkaitan : (1) Pertumbuhan dan perkembangan budaya. ialah: 1. kerana pengalaman budaya membentuk pola kehidupan dan pola pemikiran. Pemahaman tentang budaya perlulah merujuk kepada sumber yang autentik. 4. pengiktirafan dan penghormatan terhadap budaya antara etnik di Malaysia (Khoo Kay Kim 1975). Falsafah Kebudayaan Kebangsaan bolehlah dihuraikan secara panjang lebar dalam menerapkan kefahaman tentang budaya bangsa. Menengahkan ciri-ciri atau nilai-nilai terbaik daripada budaya setiap etnik 3. diberikan perhatian bagi membangkitkan kesedaran dan penghayatan sebenar pelajar terhadap Sejarah Budaya masyarakat. pemahaman tentang latar belakang dan sejarah budaya setiap etnik memainkan peranan penting. Menghilangkan kecurigaan dan prasangka budaya yang boleh menghakis rasa saling percaya dan hormat menghormati antara kaum Kerajaan Malaysia telah menerima dan menetapkan bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah tonggak bagi mewujudkan identiti nasional. pengajaran Sejarah Budaya turut menekankan kefahaman pelajar tentang DKK yang berlandaskan tiga prinsip. Memperkenalkan ciri-ciri identiti kebangsaan dan keperibadian nasional yang dapat diterima dan diamalkan. Nilai-nilai Islam yang membentuk DKK Kepelbagaian yang dibenarkan tumbuh itu. Maharom Mahmood (2001) mengakui dalam usaha membentuk nilainilai patriotik dalam kalangan belia semua kaum. Dalam membahaskan perspektif Sejarah Budaya. Tujuan mewujudkan Falsafah ini. (3) Pola interaksi budaya dan (4) Unsur simbolisme dalam kebudayaan. 2. oleh sebab itu. bukanlah pula mengizinkan wujudnya pemisahan dan ekslusiviti sehingga terus teras bernegara dan berbangsa. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan dapat diterima 3. 5. namun kerajaan berusaha mencari . iaitu : 1. Tradisi nilai budaya. Suatu hal yang nyata ialah apabila membincangkan kebudayaan setiap kaum dalam masyarakat. organisasi sosial. pembicaraan akan memberi fokus dan perhatian terhadap pentafsiran ciri-ciri budaya setiap kaum (Sutan Takdir Alisyahbana 1966) yang menyangkut perihal cara hidup. Peraturan-peraturan dalam masyarakat yang dijelmakan melalui adat resam. Memberi penekanan terhadap daya kreatif bebas dan pemupukan bakat dan pemikiran 2. Walaupun kepelbagaian dibenarkan wujud.Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 197 Perspektif Sejarah Budaya dan kebudayaan mempunyai hubungan yang erat dengan pemahaman terhadap Sejarah Etnik dan pengambilan unsur-unsur budaya bagi membentuk Sejarah Kebangsaan. kepercayaan dan peralatannya dapat menjadi intipati pengajaran untuk meningkatkan penerimaan. pergaulan dan hubungan sosial sehingga mewujudkan pertembungan dan percampuran unsur kebudayaan. (2) Dinamika hubungan budaya. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Mengatasi kelemahan dan keburukan budaya massa sebaliknya menyebarkan unsur kebudayaan terbaik daripada setiap kaum.

KERANGKA KONSEPTUAL Pendekatan KEPELBAGAIAN BUDAYA Persefahaman Budaya Perspektif Sejarah Budaya (i) Menerima dan memahami perbezaan kebudayaan antara kaum. Zahara & Abdul Razaq unsur persamaan yang boleh mewujudkan titik persamaan. seperti: (1) bahasa. sejarah etnik dan sejarah kebangsaan. teras yang menyatukan . Perspektif sejarah budaya adalah berdasarkan kontruk persefahaman budaya yang mengandungi. Kerangka Konseptual Kajian Berdasarkan Rajah 4 kerangka konseptual kajian ini adalah membincangkan secara terperinci pendekatan kepelbagaian berasaskan budaya yang merangkumi perspektif sejarah budaya. tidak akan wujud sebuah negara dan sebuah bangsa . (5) adat istiadat negara dan (6) upacara-upacara rasmi seperti majlis kongsi raya dan lain-lain (Cheah Boon Kheng 2002. Sekiranya tidak dibentuk. (ii) Unsur kepercayaan dan adat resam (iii) Penglibatan dan sumbangan tokohtokoh masyarakat setiap kaum (iv) Kontrak sosial yang telah dipersetujui antara kaum Perspektif Sejarah Etnik Unsur Demografi Jantina : L/P Etnik : M/C/I Perspektif Sejarah Kebangsaan Identiti Malaysia (i) Mewujudkan kesatuan kebangsaan. Badriyah Salleh 1998). (ii) Persamaan kebudayaan antara kaum dan (iii) Menghargai keunikan budaya antara kaum Toleransi Kaum (i) Latar belakang demografi dan budaya. (ii) Pelaksanaan Kebudayaan Kebangsaan. Integrasi Nasional RAJAH 4. (2) sistem persekolahan. (4) peraturan-peraturan. (3) kurikulum pengajaran.198 Ahmad Ali. (iii) Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan Undang-undang dan Perlembagaan. (i) . justeru itu elemen kesatuan dan pembentukan identiti Malaysia yang diterima pelbagai kaum adalah langkah penting dalam mewujudkan Sejarah Nasional dan budaya kebangsaan.

Setiap rakyat Malaysia berhadapan dengan realiti hubungan etnik. (i) Mewujudkan kesatuan kebangsaan. biarpun yang kelihatan nyata adalah tiga komuniti etnik yang utama iaitu : (1) Melayu. peranan guru bagi membangkitkan kesedaran tersebut dalam kalangan pelajar amatlah penting. (iii) Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan Undang-undang dan Perlembagaan. Melalui pemahaman tentang budaya pelbagai kaum ini. isu-isu yang melibatkan hubungan antara etnik perlu difahami dan dihayati. Perspektif Sejarah etnik yang mengandungi. Perspektif Sejarah kebangsaan pula mengandungi.Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 199 Menerima dan memahami perbezaan kebudayaan antara kaum. Dalam masyarakat heterogen seperti di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya. penghayatan pelajar tentang hubungan antara kaum akan semakin baik. Untuk tujuan itu. (ii) Pelaksanaan Kebudayaan Kebangsaan. kesedaran budaya dan perasaan kekitaan akan menjadi kriteria penting bagi mewujudkan identiti yang dapat dikongsi bersama dan dalam masa yang sama memudahkan usaha untuk membentuk integrasi nasional. Perwujudan kebudayaan berasaskan persamaan. (2) Cina dan (3) India. Pendekatan kepelbagaian budaya adalah berasaskan teori multikultural yang dikemukakan oleh Kymlicka (2002) dan Dworkin (2001) tetapi diubahsuai untuk konteks pengembangan budaya di Malaysia. identiti Malaysia dan integrasi nasional antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan? . rapat dan tidak mewujudkan prasangka. kerana pelajar merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat dan akan membentuk komuniti mereka sendiri pada masa akan datang. kerana di Malaysia terdapat lebih 200 suku kaum. (ii) Persamaan kebudayaan antara kaum dan (iii) Menghargai keunikan budaya antara kaum. sejarah budaya adalah berkait dengan sejarah etnik iaitu latar belakang kedatangan dan kewujudan pelbagai kaum di Malaysia serta unsur budaya yang berasimilasi dalam kehidupan masyarakat. pelajar perlu diberikan kefahaman yang jelas tentang sejarah budaya yang menerangkan tentang kewujudan budaya pelbagai kaum di Malaysia serta elemen-elemen penting dan keunikan setiap budaya yang terbentuk. (i) Latar belakang demografi dan budaya. Oleh kerana itu. Pendekatan ini lebih sesuai kerana kepelbagaian budaya dalam konteks Malaysia adalah merujuk unsur penerimaan dan merapatkan jurang hubungan antara kaum yang melibatkan kaum yang dominan dalam situasi sosial iaitu : (1) Melayu. toleransi antara kaum. Dalam konteks pengajaran Sejarah. pendidikan dan pengajaran di sekolah seharusnya berupaya menekankan nilai-nilai persefahaman budaya dan toleransi antara kaum serta mengelakkan wujudnya prasangka. (ii) Unsur kepercayaan dan adat resam dan (iii) Penglibatan dan sumbangan tokoh-tokoh masyarakat setiap kaum dan (iv) Kontrak sosial yang telah dipersetujui antara kaum. Apakah tahap pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya. Yusuf Harun (1991) menjelaskan dalam konteks Malaysia. PERSOALAN KAJIAN Kajian ini dilaksanakan bagi menjawab persoalan-persoalan berikut: 1. (2) Cina dan (3) India.

5. toleransi antara kaum dan identiti Malaysia dengan integrasi nasional? Sejauh manakah sumbangan pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya. toleransi antara kaum. identiti Malaysia dan integrasi nasional antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan berdasarkan kaum Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya. sejarah etnik dan sejarah kebangsaan) menggunakan reka bentuk kumpulan rawatan serupa (equivalent control group design). toleransi antara kaum. Reka bentuk kuasi rawatan dengan menggunakan kaedah ujian pra dan pos. toleransi antara kaum dan identiti Malaysia terhadap integrasi nasional? HIPOTESIS KAJIAN Ho1 Ho2 Ho3 Ho4 Ho5 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya. 3. identiti Malaysia dan integrasi nasional antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan berdasarkan jantina. toleransi antara kaum. identiti Malaysia dan integrasi nasional berdasarkan kaum? Adakah terdapat hubungan antara pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya. Adakah terdapat perbezaan tahap pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya. identiti Malaysia dan integrasi nasional antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya. Sampel yang dipilih dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 2 dalam kelas Sejarah. toleransi antara kaum. 4. toleransi antara kaum dan identiti Malaysia dengan integrasi nasional Tidak terdapat sumbangan yang signifikan antara pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya. Ujian pra digunakan untuk mengenalpasti kesamaan di antara dua kumpulan dan .200 Ahmad Ali. Zahara & Abdul Razaq 2. identiti Malaysia dan integrasi nasional berdasarkan jantina? Adakah terdapat perbezaan tahap pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya. toleransi antara kaum dan identiti Malaysia terhadap integrasi nasional METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Pelaksanaan pengajaran berasaskan pendekatan kepelbagaian budaya (perspektif sejarah budaya. toleransi antara kaum.

Lihat rajah berikut : SAMPEL KAJIAN SMK Taman Seraya. Sejarah etnik dan sejarah kebangsaan) dan X2 untuk kumpulan kawalan dengan pendekatan pengajaran tradisional. Hulu Selangor RAJAH 5. Sampel Kajian Sampel kajian terdiri daripada dua kelas Tingkatan 2 (kumpulan rawatan) dan dua kelas Tingkatan 2 (kumpulan kawalan). Kedua-dua kumpulan ini akan mempelajari kandungan sejarah yang sama mengikut sukatan yang telah ditetapkan dalam mata pelajaran Sejarah di Tingkatan 2 Sampel Kajian Sampel bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan diperoleh di dua buah Sekolah Menengah Kebangsaan.1. O1 mewakili ujian pra kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. . Ampang. X1 dan X2 mewakili pendekatan pengajaran yang diberikan ke atas kumpulan-kumpulan rawatan dan kawalan iaitu X1 untuk kumpulan rawatan menggunakan pendekatan bersepadu kepelbagaian budaya (perspektif sejarah budaya. Selangor SMK Syed Mashor. Kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra yang sama sebelum kajian dijalankan. Ujian pra digunakan untuk melihat kesetaraan antara kumpulan. kedua-dua kumpulan diberi ujian pos. Pengajaran bagi kumpulan rawatan berpandukan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dirancang untuk sesi pengajaran sebanyak 30 kali pertemuan dengan 2 sesi pengajaran seminggu ( 1 waktu = 1 period dan 1 waktu = double period). Reka bentuk kumpulan rawatan dan kawalan Kumpulan Kumpulan rawatan Kumpulan Kawalan Ujian pra O1 O1 Pendekatan Pengajaran X1 X2 Ujian Pos O2 O2 Dalam reka bentuk ini.Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 201 melihat sama ada adakah ianya terdapat perubahan selepas rawatan dilakukan. Perkara ini boleh dilihat dalam Rajah 3. Ujian pos dianalisis untuk melihat perbezaan antara kumpulan. manakala O2 mewakili ujian pos untuk kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Selepas tamat pendedahan pengajaran. Kumpulan rawatan yang terdiri daripada dua kelas akan diajar selama 15 minggu (3 waktu dalam tempoh seminggu). JADUAL 1. Batang Kali.

Pengkaji menggunakan dua pendekatan kaedah untuk mendapatkan data bagi memperkukuhkan lagi kesahan dalaman. Soal selidik telah diedarkan kepada pakar dalam bidang yang berkaitan untuk mendapatkan ulasan tentang kandungan. Soal selidik ini mengandungi lima bahagian. Setiap item soalan mengukur apa yang sepatutnya diukur (Guliford & Fruchter 1981). Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik telah dilaksanakan melalui kajian rintis.8037. skop dan format. nilai indeks kebolehpercayaan perspektif integrasi nasionanl adalah tinggi iaitu 0. dua cara digunakan iaitu soal selidik dan temu bual. Bahagian A adalah berkaitan dengan latar belakang pelajar manakala Bahagian B pula item-item soal selidik tiga pendekatan yang berkaitan : (1) Persefahaman Budaya. Oleh kerana kelas diambil pada bulan-bulan akhir. . iaitu Inventori Penerapan Tiga Pendekatan Mengajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Cina dan India turut dikenalpasti. Nilai indeks kebolehpercayaan perspektif sejarah kebangsaan (identiti Malaysia) adalah tinggi iaitu 0. Hasil Kajian Rintis Cronbach alpha digunakan untuk menentukan indeks kebolehpercayaan soal selidik.8037. Mohd Majid Konting (1990) menyatakan teknik yang ditentukan oleh pengkaji harus bersesuaian dengan isu. Jumlah sebenar waktu eksperimen yang diambil ialah : 40 minit x 3 waktu x 15 minggu = 1800 minit ( 30 jam). Cadangan dan ulasan pakar diambil kira disamping menganalisis jawaan pelajar sewaktu kajian rintis bagi menentukan bahasanya mudah dan difahami. sillabusnya juga adalah bab-bab akhir buku teks. Oleh itu untuk mencapai objektif kajian. Selain daripada itu. (2) dan Bahagian C tentang Integrasi Nasional. Guru pakar Sejarah dan pensyarah mata pelajaran Sejarah juga telah dipilih untuk meneliti soal selidik.202 Ahmad Ali. perspektif pelajarpelajar Melayu. Temu bual adalah suatu keadaan di mana pengkaji bersemuka dengan sampel bagi mengajukan pertanyaanpertanyaan yang berkaitan untuk memperoleh jawapan-jawapan yang relevan dengan masalah kajian. Zahara & Abdul Razaq Pengajaran akan bermula pada akhir Julai sehingga bulan Oktober. perspektif sejarah etnik dan perspektif sejarah kebangsaan terhadap integrasi nasional. Nilai indeks kebolehpercayaan perspektif sejarah etnik (toleransi antar kaum) adalah tinggi iaitu 0. Nilai indeks kebolehpercayaan perspektif sejarah budaya (persefahaman budaya) adalah tinggi iaitu 0. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini bagi menilai perspektif pelajar tentang penerapan tiga pendekatan pengajaran. Berikut ialah Jadual Spesifikasi Item Soal Selidik yang memperincikan setiap elemen dan item soal selidik. Instrumen Kajian Kajian ini memfokuskan untuk melihat pengaruh pembelajaran Sejarah berasaskan pendekatan kepelbagaian budaya. sampel dan situasi yang ingin dikaji.9226.9634.

Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak.28 dan sisihan piawai 0. nilai F = 53. Seterusnya aspek Identiti Malaysia bagi kumpulan rawatan mempunyai min 4.209 dan Sig = 0. Selanjutnya.000<0.26 dan sisihan piawai 0.618 dan Sig = 0.05.323 berada pada tahap sederhana. Seterusnya aspek Identiti Malaysia bagi kumpulan kawalan mempunyai min 3. Kumpulan Rawatan Min ujian pos aspek persefahaman budaya bagi kumpulan rawatan mempunyai min 4.272 berada pada tahap sederhana. Bagi aspek persefahaman budaya dengan nilai F = 541. bermakna terdapat perbezaan yang signifikan persefahaman budaya antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.05. Identiti Malaysia dan Integrasi Nasional antara Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan Kumpulan Kawalan Min ujian pos pembolehubah aspek persefahaman budaya bagi kumpulan kawalan mempunyai min 3.296 berada pada tahap tinggi.Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 203 DAPATAN KAJIAN Tahap Aspek Persefahaman Budaya. Identiti Malaysia dan Integrasi Nasional antara Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan Terdapat perbezaan min yang signifikan untuk setiap domain iaitu aspek persefahaman budaya. Perbezaan yang Signifikan Aspek Persefahaman Budaya. Aspek toleransi antara kaum bagi kumpulan rawatan mempunyai min 4. toleransi antara kaum.05.623 dan Sig= 0.13 dan sisihan piawai 0. Konstruk toleransi antara kaum bagi kumpulan kawalan mempunyai min 3. toleransi antara kaum. aspek toleransi antara kaum dengan nilai F = 795.000<0.29 dan sisihan piawai 0. Toleransi antara Kaum.280 pada tahap tinggi.23 dan sisihan piawai 0.985 dan Sig = 0.27 dan sisihan piawai 0.270 berada pada tahap yang tingggi.292 pada tahap sederhana dan integrasi nasional pula bagi kumpulan kawalan mempunyai min 3. toleransi kaum. Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa aspek persefahaman budaya.32 dan sisihan piawai 0. identiti Malaysia dan integrasi nasional dalam kumpulan kawalan berada pada tahap yang sederhana. aspek identiti Malaysia dengan nilai F = 436. identiti Malaysia dan integrasi nasional dalam kumpulan rawatan berada pada tahap tinggi. perbandingan skor min toleransi antar .000<0.09 dan sisihan piawai 0.05.000 <0.298 berada pada tahap tinggi dan integrasi nasional pula bagi kumpulan rawatan mempunyai min 4.05 dan bagi Integrasi Nasional dengan nilai F = 447. Toleransi antara Kaum. Perbezaan Aspek Persefahaman Budaya. Identiti Malaysia dan Integrasi Nasional dalam Kumpulan Kawalan dan Rawatan Berdasarkan Jantina Perbandingan skor min aspek persefahaman budaya berdasarkan jantina.138 dan Sig= 0. Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa perspektif persefahaman budaya.351 berada pada tahap sederhana. Toleransi antara Kaum. identiti Malaysia dan integrasi nasional antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.000<0.

05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak.009 dan Sig = 0. bermakna terdapat perbezaan yang signifikan Integrasi Nasional antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. perbandingan skor min aspek toleransi antar kaum berdasarkan kaum.05. nilai F = 11. Bagi persefahaman budaya dengan nilai F = 13.844 dan Sig = 0. nilai F = 10.988 dan sig = 0.05.000 <0.316 dan sig = 0.204 Ahmad Ali. Identiti Malaysia dan Integrasi Nasional dalam Kumpulan Kawalan dan Rawatan Berdasarkan Kaum Perbandingan skor min aspek persefahaman budaya berdasarkan kaum.05 dan integrasi nasional dengan nilai F = 23. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak. China dan India. Toleransi antara Kaum. China dan India dan perbandingan integrasi nasional pula berdasarkan kaum. nilai F = 45.05.900 dan Sig = 0. Selanjutnya. nilai F = 23. China dan India.05.05.000<0. identiti Malaysia dan integrasi nasional berdasarkan jantina dalam kumpulan rawatan. Bagi persefahaman budaya dengan nilai F = 42. .711 dan Sig = 0. Kumpulan Kawalan Terdapat perbezaan aspek persefahaman budaya. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak. Identiti Malaysia dengan nilai F = 26.000<0. Seterusnya perbandingan identiti Malaysia berdasarkan jantina. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak.424 dan sig = 0. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak.000<0. bermakna terdapat perbezaan yang signifikan persefahaman budaya antara pelajar Melayu. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak.05.05.05. bermakna terdapat perbezaan yang signifikan aspek toleransi antar kaum antara pelajar Melayu.000<0.05. Toleransi antar kaum dengan nilai F = 13. bermakna terdapat perbezaan yang signifikan Identiti Malaysia antara pelajar Melayu.000<0.998 dan Sig = 0.05. nilai F 17. identiti Malaysia dan integrasi nasional berdasarkan jantina dalam kumpulan kawalan. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak. nilai F = 8.05.607 dan Sig = 0. toleransi antar kaum pula terdapat perbezaan yang signifikan dengan nilai F = 36. toleransi antara kaum.224 dan Sig = 0. Zahara & Abdul Razaq kaum berdasarkan jantina.079 dan sig = 0. bermakna terdapat perbezaan yang signifikan toleransi antar kaum antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.000<0.000< 0. bermakna terdapat perbezaan yang signifikan Identiti Malaysia antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dan perbandingan integrasi nasional pula berdasarkan jantina.521 dan Sig = 0. nilai F = 55.365 dan sig = 0.483 dan sig = 0. Seterusnya perbandingan identiti Malaysia berdasarkan kaum.000<0.000<0.000<0. Perbezaan yang Signifikan Aspek Persefahaman Budaya. Kumpulan Rawatan terdapat perbezaan yang signifikan aspek persefahaman budaya.000<0.05 dan integrasi nasioanal dengan nilai F = 5. bermakna terdapat perbezaan yang signifikan Integrasi Nasional antara pelajar Melayu.000< 0.671 dan Sig = 0.05. China dan India.000<0.024<0. Identiti Malaysia dengan nilai F = 29.

012< 0. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar toleransi antara kaum (p>. sig 0. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum India.05.Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 205 Berdasarkan analisis Ujian Pos Hoc Turkey pula. bermakna terdapat perbezaan yang signifikan toleransi antar kaum antara pelajar Melayu. Bagi aspek integrasi nasional pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar persefahaman budaya (p>. sig 0.262 dan Sig = 0.045<0. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum India dari segi toleransi antara kaum. Selanjutnya. China dan India.684 dan Sig = 0.05.1966 .05).00<0.05. sig 0. nilai F = 4. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum India. sig 0. dengan menggunakan analisis ANOVA mengikut kaum menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum China dari segi perbezaan Identiti Malaysia.2433.1535.000<0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak. sig 0.824 dan Sig .05.05). Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar integrasi nasional (p>.05).1591. sig 0. nilai F = 6.2689. China dan India dalam kumpulan kawalan.017<0.05.05. bermakna terdapat perbezaan yang signifikan Identiti Malaysia antara pelajar Melayu.05. Kumpulan Kawalan Perbandingan skor min persefahaman budaya berdasarkan kaum. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum China dari segi perbezaan integrasi nasional.005<0. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak. China dan India dan perbandingan integrasi nasional pula berdasarkan kaum. Seterusnya bagi aspek Identiti Malaysia menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0.1804.002<0. nilai F = 4. Seterusnya perbandingan identiti Malaysia berdasarkan kaum. bermakna terdapat perbezaan yang signifikan persefahaman budaya antara pelajar Melayu.003 <0. Demikian juga terdapat perbezaan antara pelajar Melayu dengan India dari segi perbezaan integrasi nasional dengan mencatat perbezaan min = 0. Bagi aspek toleransi antara kaum menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan India iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0. nilai F = 4.001<0.288 dan Sig = 0.000<0. Nilai min kaum India lebih tinggi berbanding kaum China. sig 0. Demikian juga terdapat perbezaan antara pelajar Melayu dengan India dari segi perbezaan Identiti Malaysia dengan mencatat perbezaan min = 0. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum China dari segi perbezaan aspek persefahaman budaya. Demikian juga terdapat perbezaan antara pelajar China dengan India dari segi perbezaan persefahaman budaya dengan mencatat perbezaan min = -0.2411. perbandingan skor min toleransi antar kaum berdasarkan kaum.05. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar Identiti Malaysia (p>.05.05).

Bagi aspek integrasi nasional pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum India dari segi perbezaan toleransi antar kaum.05.020<0. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar persefahaman budaya (p>. Berdasarkan analisis Ujian Pos Hoc Turkey pula terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0.3051.1974. Seterusnya terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum China dengan India iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0.014<0. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak.022 dan Sig = 0.000<0.2173. China dan India.000<0. perbandingan skor min aspek toleransi antar kaum berdasarkan kaum. China dan India. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum China dari segi perbezaan Identiti Malaysia. sig 0.206 Ahmad Ali.053 dan Sig = 0. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum China dari segi perbezaan persefahaman budaya.05.023<0.491 dan Sig = 0. nilai F = 10. sig 0. Zahara & Abdul Razaq = 0. sig 0.457 dan Sig = 0.05. nilai F = 6.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak.014<0. nilai F = 17.003<0. bermakna terdapat perbezaan yang signifikan Integrasi Nasional antara pelajar Melayu. sig 0. bermakna terdapat perbezaan yang signifikan persefahaman budaya antara pelajar Melayu. Seterusnya bagi aspek Identiti Malaysia menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0.05). sig 0.05). Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar integrasi nasional (p>. nilai F = 5.011<0. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum China dari segi perbezaan Integrasi Nasional.05.004< 0.05. Seterusnya perbandingan aspek identiti Malaysia berdasarkan kaum. bermakna terdapat perbezaan yang signifikan Integrasi Nasional antara pelajar Melayu.05. China dan India dan perbandingan integrasi nasional pula berdasarkan kaum. Bagi aspek toleransi antara kaum menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan India iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar Identiti Malaysia(p>.006 <0.05). .05. China dan India dalam kumpulan kawalan. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak. China dan India. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar toleransi antar kaum (p>.05. Kumpulan Rawatan Perbandingan skor min aspek persefahaman budaya berdasarkan kaum.2389. Nilai min kaum China lebih tinggi berbanding kaum India dari segi perbezaan toleransi antar kaum.2172.05).05. Selanjutnya. bermakna terdapat perbezaan yang signifikan toleransi antar kaum antara pelajar Melayu. bermakna terdapat perbezaan yang signifikan aspek identiti Malaysia antara pelajar Melayu.

sig 0.2369. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar integrasi nasional (p>.05).000<0.000<0. Aspek Identiti Malaysia merupakan varian yang signifikan yang memberikan peramal terhadap integrasi nasional. Selain itu. sig 0.Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 207 Berdasarkan analisis Ujian Pos Hoc Turkey pula dalam Jadual 4.05). Seterusnya bagi aspek Identiti Malaysia menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan India iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0. iaitu F =73.326. sig = 0000 dan hubunga antara identiti Malaysia dengan integrasi nasional iaitu dengan r = 0. Hubungan antara Aspek Persefahaman Budaya.725. sig = 0. Bagi aspek toleransi antara kaum menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan India iaitu dengan catatan perbezaan min = 0.3179.000 (p<0. sig = 0.05).183. toleransi antara kaum juga .05). Hubungan persefahaman budaya dengan integrasi nasional iaitu dengan r = 0. Sig = 0. hubungan toleransi antara kaum dengan integrasi nasional iaitu dengan r = 0. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum India dari segi perbezaan toleransi antar kaum. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum China dari segi perbezaan Integrasi Nasional. Toleransi antara Kaum dan Identiti Malaysia terhadap Integrasi Nasional Analisis regresi stepwise yang dijalankan didapati aspek persefahaman budaya merupakan varian yang signifikan memberikan peramal terhadap aspek integrasi nasional dengan nilai F = 98.05.000. sig 0.05.2196.05). Bagi aspek integrasi nasional pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0.000 (p<0.005<0. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum India dari segi perbezaan Identiti Malaysia.05. menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar toleransi antar kaum (p>.05.3797. sig = 0.50.007<0. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar Identiti Malaysia(p>. sig 0. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar persefahaman budaya (p>.002<0. Selanjutnya terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan India iaitu dengan catatan perbezaan min = 0. Sumbangan Aspek Persefahaman Budaya. Toleransi antara Kaum dan Identiti Malaysia terhadap Integrasi Nasional Terdapat hubungan yang signifikan antara persefahaman budaya.2262. Secara keseuluruhan dapat disimpulkan bahawa teradapat hubungan yang tinggi antara persefahaman budaya.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum China dari segi perbezaan aspek persefahaman budaya. toleransi antara kaum dan identiti Malaysia terhadap integrasi nasional.05).744.740 dan sig = 0000. toleransi antara kaum dan identiti Malaysia terhadap integrasi nasional.

326 RUJUKAN Ahmad Ali Seman. Air Keroh. (2001). sig = 0.399. Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. (1997). t = 4.).521 dan R = 0.689 dan R = 0.832). Pekan Baru : Cendekia Insani & FKIP. Dlm.007+0. 2006). t = 2. Menganggap Serius Masalah Hak.5 peratus lagi disumbangkan oleh lain-lain faktor yang tidak diambil kira dalam kajian ini (Pallant 2005.). Kursus Penataran Sejarah KBSM Untuk Guru Sumber Sejarah.282. UNRI. Zahara & Abdul Razaq merupakan varians yang signifikan memberikan peramal terhadap integrasi nasional dengan nilai F = 57.817) dan toleransi antara kaum menyumbang sebanyak 2. Konteks ini. Canberra: The Australian National University. UNRI Abdul Rahim Abdul Rashid. bagi aspek identiti Malaysia menyumbang sebanyak 11 peratus (Beta = 0. Dlm. Penerapan Patriotisme dan Wawasan Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah. Education and Nation Building in Plural Societies: The West Malaysian Experience. Pusat Perkembangan Kurikulum. Cheah Boon Kheng. Dworkin. 10 – 14 Mac.112. Isjoni & Abdul Razaq Ahmad (pnyt. Pekan Baru : Cendekia Insani & FKIP. Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia. 5:1-21 Chai Hon Chai. t = 2.258. (2009).258X3+0. hlm 37 – 56. Y Integrasi Nasional X1 Persefahaman Budaya X2 Identiti Malaysia X3 Toleransi Antar Kaum Pemalar (Constant) 0. Malaysia : The Making of a Nation.920. Pendekatan Kepelbagaian Budaya dan Sejarah Etnik Ke Arah Pemupukan Integrasi Nasional. hlm 97 . (2002).208 Ahmad Ali. (1998).5 peratus (Beta = 0. (1977). terdapat kemungkinan baki peratusan yang lain iaitu lebih kurang 31. Melaka. didapati aspek persefahaman budaya menyumbang sebanyak 55 peratus (Beta = 0.399X1+ 0. Isjoni & Abdul Razaq Ahmad (pnyt.326 Dimana. Hair et al. Jurnal Ilmu Kemanusiaan. Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah.639.000 dan R = 0. (2000).744).282X2+0. Kompetensi Profesional Guru-guru Sejarah : Transisi Pembudayaan Ilmu dan Pengajaran Efektif.007 Ralat Terpiawai (Standard Error) 0. (2009). Sig = 0. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. Dlm Larry May dan Shari Colins-Chobanian.05) Berdasarkan kepada nilai Beta. Dari Komuniti Etnik Kepada Satu Bangsa. Ahmad Rafaai Ayudin. Daripada dapatan regresi tersebut dapat dibuat persamaan regresi seperti berikut: Y = 0. Badriyah Salleh. . Ronald.000(p<0. Ampang : Penerbitan Salafi Ahmad Rafaai Ayudin. Etika Terapan: Sebuah Pendekatan Multikultura.

Syarahan Tun Seri Lanang. New York : McGraw Hill Khoo Kay Kim. M. (2001). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah : Pandangan dan Maklumbalas. W. Tajul Ariffin Noordin & Nor Aini Dan. Education for citizenship. (1992). Tajul Ariffin Noordin. Dlm. (1966). In Teacher Education (ed) London. (1989).N.P. Dlm.H.) Education and Morality. Pendidikan Sejarah ke arah pembentukan warganegara patriotic. McLaughlin. (1999). Adnan Kamis (pnyt.Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 209 Terjemahan: Sinta Carolina dan Dadang Rusbiantoro. Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. . Yogyakarta: Tiara Wacana. 19-34. Kertas Kerja 2 : Kurikulum Sejarah ke arah memperkukuh usaha pemupukan semangat patriotik dalam kalangan murid. Indonesia : Social and Cultural Revolution. The Nature of Human Intelligence. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pembentukan Integrasi Bangsa. (2002).). Kuala Lumpur : OUP. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Membentuk Identiti Kebangsaan. Guilford J. Pendidikan Bersepadu : Konsep dan Falsafahnya dalam KBSM. (1975). (pnyt. hlm. Sutan Takdir Alisyahbana. Halstead dan T. Bangi : Penerbit UKM. (1993). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum dan Persatuan Sejarah Malaysia. Teacher Education in Malaysia: Current Issues & Future Prospects. London:Routledge. Kymlicka . Lee.N. USA: Kogan Page Ltd Maharom Mahmood. Persejarahan Malaysia.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->