TAJUK-TAJUK SOALAN ESEI PENGAJIAN AM 2: 1990 - 2010 STPM 1990 1.

“Pada tahun 1989, sejumlah $352 juta daripada perbelanjaan sektor ekonomi kerajaan Malaysia tertumpu kepada pembiayaan pertanian dan infrastruktur luar Bandar. Nilai ini merupakan 26 peratus daripada jumlah peruntukan bagi pertanian dan pembangunan luar Bandar. Ini memcerminkan kesungguhan kerajaan untuk membangunkan kedua-dua bidang tersebut.” Bincangkan kaitan di antara pembangunan infrastruktur dengan kemajuan di luar bandar. 2. “Dalam masyarakat moden hari ini,sukan bukan sahaja merupakan perpaduan masyarakat, sukan juga merupakan potensi sebagai satu industri yang banyak menawarkan pelbagai peluang, khususnya kepada peniaga, usahawan dan para profesioanl.Sejauh manakah sukan dapat dimajukan sebagai satu industri yang boleh memberi sumbangan yang besar di bidang sosioekonomi di Malaysia. 3. Laporan Kesihatan Sedunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menganggarkan bahawa dalam tahun-tahun 70-an sahaja, - 80 peratus daripada semua jenis penyakit yang dilaporkan berpunca daripada air.- Hampir 6 juta kanak-kanak di negara Dunia Ketiga meninggal dunia akibat daripada penyakit cirit-birit yang disebabkan air- 30juta orang di seluruh dunia menghidap penyakit buta yang disebabkan oleh cacing halus yang terdapat pada sejenis lalat yang membiak dalam air.Cadangkan langkah-langkah yang berkesan untuk mengawal wabak penyakit yang disebabkan oleh air. 4. Sejak penemuan kaedah penjanaan tenaga atom oleh Otto Hahn dan Fritz Strassman pada tahun 1939 , harapan mengatasi krisis tenaga yang dihadapi sekarang adalah sangat cerah.Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat ini? STPM 1991 1. Apabila dasar penswastaan agensi-agensi kerajaan diperkenalkan, ramai yang berasa curiga kerana mereka menganggap dasar penswastaan hanya akan menguntungkan pihak swasta tanpa mengira kepentingan awam. Walaupun pihak kerajaan cuba menyakinkan orang ramai tentang dasar penswastaannya, namun masih ada pihak yang tidak bersetuju dengan dasar tersebut. Bagaimanapun kerajaan mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk meneruskan dasar penswastaannya.Huraikan sebab-sebab dasar penswastaan dilaksanakan oleh kerajaan dan bincangkan masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan dasar ini. 2. Rasuah adalah suatu amalan yang amat mudah merebak dalam sistem hidup manusia hingga boleh meruntuhkan struktur masyarakat itu sendiri. Cara rasuah merebak seumpama kanser yang membunuh setiap tisu anggota secara senyap dan akhirnya membunuh pesakit berkenaan. Bincangkan sebab-sebab berlakunya amalan rasuah dan kesannya terhadap masyarakat. 3. Kesedaran tentang kepentingan hutan mula dirasai oleh masyarakat umum sejak berlakunya pelbagai tragedi alam sekitar seperti hakisan lapisan ozon, kenaikkan suhu sedunia, banjir besar di seluruh dunia sepanjang dekad 1970-an dan 1980-an. Tragedi-tragedi tersebut merupakan kesan langsung daripada kegiatan pemusnahan hutan.Sejauh manakah pemusnahan hutan merupakan faktor utama yang merosakkan keseimbangan ekosistem sedunia.

4. Dengan berdasarkan maklumat di bawah, sejauh manakah amalan merokok merupakan punca utama yang mengancam kesihatan penduduk Malaysia? - Seramai 3.1 juta penduduk Semenanjung Malaysia, termasuk 350,000 orang wanita adalah perokok. - Penduduk Semenanjung Malaysia menghisap sebanyak 46.5 juta batang rokok sehari. -Rokok yang dijual di Semenanjung Malaysia mempunyai kandungan tar dan nikotin sebanyak dua kali ganda melebihi kandungan tar dan nikotin dalam rokok yang dijual di Amerika Syarikat .- Ibu yang merokok mungkin mengalami risiko melahirkan bayi yang kekurangan berat badan dan tidak sihat. - Hampir 7,500 orang mati setiap tahun akibat barah; 90 peratus daripadanya perokok. (Sumber: Dewan Masyarakat, Julai 1990) STPM 1992 1. Sebagai media komunikasi massa, akhbar sangat penting kepada masyarakat dan dianggap sebagai kuasa keempat (fourth estate). Akhbar mempunyai pengaruh dan dipercayai oleh golongan masyarakat pembaca. Kadang-kadang pembaca mempercayai sesebuah berita itu tidak kira sama ada berita itu benar ataupun sebaliknya. Begitulah kuatnya pengaruh akhbar dalam kehidupan masyarakat.Bincangkan peranan akhbar dalam kehidupan masyarakat. 2. Walaupun kerajaan mempunyai sebab-sebab yang munasabah apabila menyarankan matlamat penduduk tujuh puluh juta menjelang 2100, terutamanya dalam kewujudan penduduk yang rajin, berdisiplin, dan produktif yang merupakan asas penting bagi perkembangan perindustrian dan pewujudan pasaran keluaran tempatan, pertambahan penduduk sebanyak empat atau lima kali ganda semestinya menimbulkan beberapa implikasi sosioekonomi.Bincangkan kebaikan dan keburukan matlamat penduduk tujuh puluh juta menjelang tahun2100 di negara ini. 3. Kes-kes keracunan makanan di Malaysia dalam beberapa tahun kebelangan ini bukan lagi merupakan satu perkara yang luar biasa, dan ia juga nampaknya bukanlah disebabkan oleh jenis dan mutu makanan itu sema-mata, tetapi lebih banyak berpunca daripada kecuaian manusia. Tunjukkan bagaimana masalah keracunan makanan berpunca daripada kecuaian manusia. 4. Bagi sebahagian besar anggota masyarakat, perkataan nuklear biasanya dikaitkan dengan kesan negatif terutamanya dalam perlumbaan senjata moden yang mencerminkan peranan tenaga nuklear sebagai alat pemusnah alam yang boleh membawah kecelakaan kepada kehidupan manusia sejagat. Akan tetapi perkembangan positif yang telah dicapai oleh dunia sains hari ini menunjukkan bahawa tenaga nuklear amat berperanan dalam pembangunan sesebuah negara.Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan peranan tenaga nuklear dalam pembangunan sesebuah negara membangun. STPM 1993 1. Kualiti, pengayaan, dan nilai keindahan karya sastera dan seni dalam sesebuah masyarakat hari ini hanya dapat dipupuk dan ditingkatkan melalui usaha-usaha mengadakan sayembara dan anugerah yang tertentu.Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?

beberapa langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan. Melalui Dasar Pertanian Negara. namun sektor pertanian masih diberi keutamaan dalam agenda pembangunan negara.”(Dipetik daripada YAB Dato’Seri Dr Mahathir Mohamad. jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengimbangkan pembangunan dan kemajuan dengan pemeliharaan alam sekitar. tetapi kita boleh sekurang-kurangnya meminimumkan pencemaran dan degradasi yang dihasilkan oleh pembangunan itu. Kini. masyarakat lebih suka hidup menyendiri. penyelidik perubatan.” Bincangkan faktor-faktor yang menjadi punca wujudnya fenomena di atas. Tindakan mempengaruhi manusia supaya mengubah gaya hidup. kerajaan akan terus mempercepat perubahan sektor pertanian menjadi sektor yang lebih moden. . Sehubungan dengan itu. Tindakan kerajaan menambahkan peruntukan sebanyak RM600 juta di bawah Rancangan Malaysia Keenam menunjukkan betapa pentingnya peranan p & p dalam usaha membangunkan negara. “ Kita mengakui bahawa kegiatan manusia dalam mengejar pembangunan merupakan sebab pencemaran dan degradasi alam sekitar. jelaskan sumbangan p & p dalam memajukan sektor pertanian di negara ini. Persaingan hidup serta perkembangan teknologi yang semakin canggih menyebabkan manusia tidak menghiraukan semangat kejiranan. masih terdapat pelbagai halangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa ke arah mencapai matlamat melindungi pengguna. Sungguhpun penciptaan alat-alat komunikasi satelit memang mempunyai keistimewaan dan kebaikkan yang tertentu. ahli sains. Walau bagaimanapun. namun penciptaan alat-alat itu sebenarnya menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia. Kita tidak boleh menghentikan pembangunan sama sekali. Berikan penjelasan anda tentang halangan-halangan ini. Huraikan keadaankeadaan yang mengalakkan penularan kuman HIV dan bincangkan sebab-sebab penyakit AIDS sukar dikawal. Berikan ulasan anda tentang penyataan ini. 1992) Dengan berdasarkan petikan di atas. dan pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia masih belum menemu penawarnya. Sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) telah dikesan sjak dua dekad yang lalu tetapi hingga kini. Pencapaian yang cemerlang dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (p & p) merupakan salah satu punca kejayaan Malaysia mencapai tahap pembangunan ekonomi yang tinggi. 4. 3. Belanjawan kerajaan 1993 merumuskan beberapa garis perlindungan kepada masyarakat pengguna. STPM 1994 1. dan mampan dengan arah pertumbuhan dan pembangunan yang berpandukan pasaran dan sumber manusia. komersil. 4. Dengan berdasarkan penyataan di atas. misalnya langkah kerajaan mengurangkan atau menghapuskan duti import atas beberapa barang terpilih. dan langkah-langkah membendung Human Immune Virus (HIV) juga bukanlah satu tugas yang mudah.Persidangan Bumi di Rio. 2. Bincangkan potensi dan cabaran masa depan sektor pertanian di negara ini. 3. Walaupun matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berteraskan perindustrian.2. “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Muzium merupakan gedung menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan yang mempunyai nilai sejarah. Bincangkan peranan muzium dalam konteks pembangunan sesebuah negara dan masyarakat. Jelaskan penyataan ini. 4. Kebelakangan ini Malaysia bergiat cergas dalam usaha membantu menangani isu-isu antarabangsa. 3.Walaupun teknologi pengkomputeran banyak mempengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian. seni dan sains. 3. 3. 4. “Kekurangan dari segi teknik dan kos pembikinan yang tinggi bukanlah penyebab utama filem negara kita kurang bermutu. “Amalan pemakanan dan gaya hidup baru merupakan punca utama munculnya pelbagai penyakit masa kini. STPM 1997 1.STPM 1995 1. Bincangkan kemungkinan yang dapat dimanfaatkan daripada perkembangan teknologi tersebut dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Namum demikian. dan bahan-bahan kimia yang lain seumpamanya. Lebuh Raya Maklumat berupaya mendekatkan dan menghubungkan manusia tanpa mengenal jarak dan batas sempadan. 2. namum terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan teknologi berkenaan Bincangkan penyataan ini . monosodium glutamat. Maruah dan martabat sesuatu bangsa itu tidak hanya terletak pada kemantapan bahasa semata-mata. Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. alcohol. hukuman patut juga dikenakan terhadap ibu bapa di samping hukuman terhadap anak-anak mereka yang telah melakukam kesalahan jenayah. gula tiruan. Sekatan ekonomi merupakan satu cara yang berkesan untuk memaksa sesebuah negara akur kepada kehendak masyarakat antarabangsa .” Bincangkan penyataan ini. Sejauh manakah anda bersetuju dengan saranan di atas? 2. Berikan pendapat anda tentang penyataan di atas. ini bukanlah bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan. Masih terdapat faktor-faktor lain yang juga boleh menentukan maruah dan martabat sesuatu bangsa itu. gikoi (dalam kosmetik).” Bincangkan penyataan ini. seperti arsenik (dalam cat). eter. Kegagalan ibu bapa menyempurnakan tanggunajawap terhadap anak-anak terutamanya yang sudah remaja merupakan punca utama kejadian jenayah remaja. Oleh itu. Sejauh manakah Malaysia berjaya mempengaruhi pihak-pihak tertentu dalam menangai isu-isu tersebut. Terdapat pelbagai jenis barang keperluan domestik dan makanan yang mengandungi bahan kimia berbahaya.Jelaskan penyataan ini. Bahan-bahan ini boleh mengancam kesihatan seseorang sekiranya tidak digunakan secara berhati-hati. Jelaskan kesan penggunaan barang-barang tersebut terhadap kesihatan pengguna.” Bincangkan penyataan ini. 4. Kelantangan Malaysia menyuarakan pendapatnya telah menonjolkan negara ini di mata dunia. 2. kafein. STPM 1996 1. “Matematik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.

Menurut International Data Corporation. sesebuah negara perlu mencapai tahap kemajuan sains dan teknologi yang tinggi. STPM 2000 1. Bincangkan. “ Industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan negara. Bincangkan peranan IPTS dalam konteks yang tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripadanya. Berdasarkan penyataan di atas. Walaupun Internet mempunyai pelbagai keistimewaan. Pada pendapat anda. Selain itu. dan halangan-halangan yang dihadapi dalam mencapai hasrat ini. Krisis air telah melandai sebahagian besar negara terutama di kawasan Lembah Kelang. Menurut sebuah majalah tempatan. “Untuk mencapai status negara maju. Bincangkan caracara untuk mencapai hasrat membentuk masyarakat penyayang. jumlah jenayah komersial di Malaysia pada tahun 1997 telah meningkat kepada 7137 kes berbanding 4807 kes pada tahun 1996.STPM 1998 1. huraikan sebab-sebab jenayah berkenaan semakin berleluasa dan implikasi kepada negara. Namum demikian. . Bincangkan implikasi peningkatan golongan warga tua di negara ini.terdapat 11 juta pengguna Internet di Asia hari ini dan angka itu akan mencapai 42 juta pada thaun 2001. Nilai yang terbabit dalam kes-kes pada tahun 1997 meningkat sebanyak 134 peratus kepada RM556 juta berbanding RM238 juta pada tahun sebelumnya. terdapat cara-cara lain yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi gejala jenayah hari ini . 2. ia mempunyai kesan sampingan.” Jelaskan penyataan ini.”Jelaskan peranan sains dan teknologi dalam konteks penyataan di atas. 3. apakah faktor-faktor lain yang telah menyebabkan berlaku krisis itu dan bagaimana pula untuk menanganinya? 4. dan huraikan bagaimana Malaysia boleh mengurangkan pergantungan pada bahan makanan yang diimport. Taraf kesihatan dan kehidupan dewasa ini dijangka akan berupaya melanjutkan lagi hayat manusia dan memungkinkan semakin ramai warga tua akan dalam masyarakat pada alaf baru ini. 3. 2. sumbangan positif industri ini tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatifnya. Ini adalah satu perkembangan yang menakjubkan. Malaysia banyak mengimport bahan makanan daripada luar negara. Penubuhan Institut Pendidikan Tinggi (IPTS) bertujuan untuk menambahkan dan melengkapkan peranan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).Jelaskan faktor-faktor yang mewujudkan keadaan ini. Adalah didapati bahawa kemarau panjang yg dibawa oleh El Nino bukanlah satu-satu sebab yang mecetuskan krisis tersebut. STPM 1999 1. Masyarakat penyayang merupakan satu aspek yang penting dalam usaha membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju sebagimana yang dinyatakan dalam Wawasan 2020. Hukuman penjara adalah salah satu daripada beberapa cara yang wajar dilakukan bagi memulihkan perilaku seseorang pesalah. Bincangkan penyataan ini. 2. 4.

Bincangkan faedah mempelajari bahasa kedua dan masalah bagi mencapai hasrat tersebut 3. 4. 4. Kepentingan hidupan liar kepada alam dan manusia memang tidak dinafikan lagi. apakah strategi yang sesuai yang boleh dilakukan bagi memesatkan semula aktiviti kokurikulum di kalangan pelajar sekarang ? 3. penemuannya turut menimbulkan risiko kepada sesebuah negara. Dalam usaha mempelbagaikan keluaran industri negara. ” Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini ? STPM 2002 1. Jelaskan sebab-sebab terjadinya pencemaran tersebut.” Bincangkan pernyataan. Pada pendapat anda. STPM 2003 1. “ Penemuan dan penghasilan sumber tenaga alternatif memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Huraikan bagaimana masalah kepupusan hidupan liar ini ditangani.Bincangkan pernyataan ini 2 Rakyat Malaysia digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa. Pencemaran laut kurang mendapat perhatian manusia. Malaysia begitu prihatin untuk terus memperkembangkan industri kecil dan sederhana ( IKS). majikan & kanak-kanak itu sendiri untuk menyembunyikannya. tetapi terdapat juga usaha oleh ibu bapa. 2.3. Sungguhpun secara umum buruh kanak dianggap menyalahi undang-undang. Jelaskan kesan bahan tersebut terhadap manusia. bahkan di sekolah pelajar diwajibkan mempelajari sekurang-kurangnya Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena dunia yg terus-menerus berkembang. Bincangkan kesan usaha ini terhadap pembangunan negara STPM 2001 1. Namun begitu. Secara umum bahan kima toksik boleh mengancam kesihatan dan keselesaan manusia sekiranya ia tidak diuruskan dengan baik. . tetapi ia adalah satu masalah yang perlu dibendung dan dikawal. Pembentukan koridor raya mutlimedia adalah merupakan satu usaha mempergiat lagi perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat di Malaysia . Bincangkan pontensi dan masalah yang dihadapi oleh industri kecil dan sederhana pada masa ini di negara kita. Gejala-gejala sosial yang banyak dilaporkan berlaku di sekolah kebelangkangan ini adalah juga berpunca daripada merosotnya penyertaan pelajar-pelajar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. “ Penggunaan kaedah kawalan biologi merupakan satu kaedah alternatif kepada kelemahan penggunaa bahan kimia untuk mengatasi serangga perosak dan makhluk perosak dalam sektor pertanian. namum begitu bilangannya dikatakan semakin berkurangan. 4.Bincangkan kesan pelancongan terhadap budaya tempatan. Bermacam-macam kempen telah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu menarik pelancong datang melawat ke sesebuah negara dan menyaksikan keindahan serta keunikan yang terdapat di negara berkenaan.

Akhir-akhir ini banyak rungutan yang diterima daripada orang ramai berkaitan dengan perkhidmatan kaunter dan penyampaian sehingga pihak berkenaan sering ditegur supaya memperbaiki perkhidmatan yang diberikan. Oleh yang demikian langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi menangani masalah tersebut. 3. Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk memajukan sekotr perindustrian. namum perubatan tradisional masih lagi mendapat perhatian masyarakat. Bincangkan faedah daripada perlaksanaan dasar berkenaan 2. Hutan bakau banyak kepentingannya terhadap persekitaran sesebuah negara. bekalan air bersih dunia didapati semakin berkurang. Mengikut laporan UNESCO sejak tahun 1970-an. Bincangkan. Bincangkan factor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut dan kesannya terhadap kehidupan manusia. Huraikan kepentingan hutan bakau terhadap persekitaran fizkal dan sosioekonomi sesebuah negara. namum pada masa yang sama proses tersebut juga menimbulkan masalah kepada negara-negara berkenaan. Obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang berlaku di kalangan anggota masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Industri muzik tempatan menghadapi banyak masalah. Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada manusia dan alam sekitar. 4.” Bincangkan peribahasa ini dalam konteks Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang telah dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini. pada masa yang sama. Justeru. Bincangkan.2. Kebelakangan ini jangkitan penyakit di kalangan kanak-kanak didapati semakin membimbangkan terutamanya di negara-negara mundur. STPM 2004 1. STPM 2005 1. Walau bagaimanapun. 2. Jelaskan ciri-ciri yang membezakan kedua-dua jenis perubatan ini. STPM 2006 1. Walau bagaimanapun. Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN) merupakan satu program yang baik untuk memperkasakan genarasi belia di negara ini dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran pada masa ini dan masa hadapan. 2. Bincangkan 3. Proses urbanisasi menjadi suatu keperluan kepada negara-negara membangun. Sehingga kini masalah tersebut belum adsa penyelesaiannya. Malaysia tidak . Bincangkan rasional kerajaan melaksanakan program tersebut dan cadangkan cara-cara lain untuk mencapai matlamat di atas. Sistem pendidikan yang dilaksanakan kini memberikan pemberatan 60 % kepada bidang sains dan teknologi. pelbagai langkah yang serius perlu diambil untuk mengawalnya. “ Bahasa menunjukkan bangsa. 4. Sesungguhpun bidang perubatan moden semakin berkembang. 4. Bincangkan kepentingan perkhidmatan kaunter dan penyampaian yang baik serta kesannya jika keadaan yang menimbulkan rungutan itu dibiarkan berterusan 3. Bincangkan. Alam sekitar yang bersih adalah penting kepada kehidupan manusia dan ancaman terhadapnya boleh menimbulkan pelbagai negatif. sejak kebalakangan ini kegiatan tebus guna kawasan pantai telah memberi kesan yang serius terhadap kawasan hutan bakau. Bincangkan.

kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan 2. 4. Masalah jerebu dan kemerosotan kualiti udara di negara ini adalah manifestasi perbuatan manusia sendiri dan masalah ini boleh memberikan kesan memudaratkan. Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita pada msa ini. . STPM 2008 1. Tanaman ubah suai genetik didapati berupaya meningkatkan sektor pertanian ngara. 3. Bincangkan 4.sewajarnya mengetepikan usaha untuk meningkatkan sektor pertaniannya. Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Jelaskan ciri-ciri yang perlu ada pada golongsn belia untuk merealisasikan hasrat pepatah ini. Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.” Begitulah pepatah orang tua kita yang memberikan gambaran belia ialah golongan yang penting dalam memajukan sesebuah negara. Dengan mengemukakan contoh yang sesuai. 4. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk memastikan aktiviti ini berterusan. pemudi tiang negara. Huraikan penyataan ini. 3. namum pada masa yang sama tanaman ini turut menimbulkan pelbagai kesan negatif. Nuklear biasanya dikaitkan dnegan kemusnahan dan kecelakaan. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya. penggunaannya boleh mendatangkan esan sampingan. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Jelaskan . Bincangkan penyataan ini. Berikan ulasan anda tentang penyataan di atas. Bincangkan penyataan ini. kejayaan sektor pertanian negara dipengaruhi juga oleh faktor-faktor lain. Ilmu sains dan teknologi dapat membantu manusia mengatasi masalah jenayah. ” Pemuda harapan bangsa. 2. Walau bagaimanapun. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk merealisasikan konsep mesra alam bagi mengatasi masalah alam sekitar. 3. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. namum hasil penyelidikan pakarpakar dalam bidang ini telah mengubah persepsi terhadapnya. Kawasan tanah bencah ( wetland) sangat penting kepada ama sekitar. Bincangkan. Selain keupayaan negara menghasilkan pelbagai produk hiliran. bagaimanakah aplikasi ilmu tersebut dapat membantu kita menangani masalah jenayah ? STPM 2007 1. Kesepaduan sektor pelancongan dengan alam semula jadi telah mencetuskan aktiviti pelancongan yang dapat memberikan manfaat kepada negara. Huraikan. 2. Bincangkan. STPM 2009 1. 3 Bahan kimia semakin banyak digunakan sebagai salah satu kandungan dalam makanan yang diproses. Bincangkan penyataan ini.

Bincangkan permasalahan ini. TEKNIK PEMARKAHAN P AM 2 Bahagian A & B Isi Huraian Bahasa Impak : : : : 4 M ( 1 isi 1 M) 12 M ( 4 X 3M) 5M 4M Panduan Umum Menjawab Bahagian Esei 1. Secara umum dan boleh mengaitkan/menggambarkan kehendak soalan. Kesimpulan mesti ringkas dan menarik. 3. usaha-usaha perlu di ambil untuk melindungi produk asli daripada menjadi mangsa peniruan. Pengurusan sisa pertanian secara saintifik banyak mendatangkan manfaat kepada manusia. Produk tiruan semakin popular dan laris dalam pasaran tempatan. Pelbagai spesies serangga yang wujud sejak dahulu lagi sering dianggap sebagai perosak.4. Setiap karangan mesti ada pendahuluan. Penggunaan kad kredit bertujuan untuk memudahkan urus niaga. 1 isi dihurai dalam lingkungi 50 – 60 pp. Gunakan bahasa ringkas dan padat. kemudian diikuti oleh huraian dan contoh. perlu ada 4 isi. 2. Penerokaannya boleh mendatangkan impak kepada kehidupan dan alam sekitar. STPM 2010 1. Kawasan hutan tanah tinggi banyak kepentingannya. 3. 1 isi dalam 1 peranggan Setiap isi perlu ada idea utama.Jelaskan pernyataan ini. Huraian Isi 1. 2. 4. penggunaannya tanpa kawalan boleh mengundang pelbagai masalah. Namun begitu. Dalam keadaan ini. Jelaskan pernyataan ini. Jangan mengulangi isi. Bincangkan pernyataan ini. huraian isi dan kesimpulan. . 3. Boleh menarik perhatian pemeriksa. 4. Karangan jangan melebihi 350 pp Pendahuluan 1. Huraikan penyataan ini. 2. Kesimpulan Buat rumusan /pandangan tentang soalan berkenaan. Tanggapan ini sepatutnya diubah kerana spesies ini juga terbukti penting kepada manusia.

iaitu dengan memberikan didikan agama dan moral. Namum terdapat juga cara-cara lain untuk mengatasi masalah jenayah ini. sumbangan positif industri ini tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatifnya. terdapat juga cara lain yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi gejala jenayah hari ini. ini bukanlah bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan. Mereka juga akan diajar cara-cara untuk mengenali diri masing-masing. Hukuman penjara sememang wajar dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Proses urbanisasi menjadi suatu keperluan kepada negara-negara membangun. Setiap individu dalam masyarakat sememang perlu diberi pendedahan agama yang cukup untuk menjadi panduan dan . memeras ugut. namum pada masa yang sama proses tersebut juga menimbulkan masalah kepada negara-negara berkenaan. kemudian tuliskan karangan lengkap 1. Bincangkan ( STPM 2000-S1) Dewasa ini kesalahan jenayah semakin membimbangkan . Isu mengenai kesalahan jenayah seperti merompak. bagi menyedarkan pesalah-pesalah.Latihan : Sila analisis kehendak soalan-soalan berikut. Bincangkan penyataan ini .(2005-S3) Contoh Esei Hukuman penjara adalah salah satu daripada beberapa cara dilakukan bagi memulihkan perilaku seseorang pesalah.” Jelaskan penyataan ini. Bincangkan(2004-S2) 5. Pesalah mungkin sedar daripada kesilapan lalu. Bincangkan. Namum demikian. Alam sekitar yang bersih adalah penting kepada kehidupan manusia dan ancaman terhadapnya boleh menimbulkan pelbagai negatif. Melalui cara ini dapat menginsafkan para pesalah yang melakukan kesalahan. Dengan cara ini para pesalah dapat membentuk disiplin pada diri mereka. Oleh itu. “ Industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan negara. Selain itu.Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. pelbagai langkah yang serius perlu diambil untuk mengawalnya. Walaupun teknologi pengkomputeran banyak mempengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian. Namum demikian. Justeru. mereka dikenakan hukuman penjara. Kebelakangan ini jangkitan penyakit di kalangan kanak-kanak didapati semakin membimbangkan terutamanya di negara-negara mundur.(2004-S3) 6. Semasa berada dalam tahanan juga setiap pesalah yang melakukan jenayah dibekalkan dengan ilmu pendidikan agama. namum terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan teknologi berkenaan. ( 1997-3) 2. Selain itu. Bincangkan. Mereka mungkin serik untuk mengulangi kesalahan yang serupa.(1998-1) 4. kes rogol dan sebagainya sering dipaparkan di dadadada akhbar.( 1997-4) 3. Semua yang dilakukan ini mungkin akan membuahkan hasil. masih terdapat cara lain yang boleh megatasi gejala jenayah pada masa kini. Jelaskan penyataan ini.

Seterusnya ialah ibu bapa memainan peranan. Hidupan liar adalah sangat penting kepada alam dan manusia. bilangannya didapati semakin berkurang. Masalah ini selanjutnya boleh membawa implikasi-implikasi yang tidak baik seperti kekurangan bilangan dan spesies hidupan di zoo. Hal ini disebabkan ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak mereka mesti mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh anak-anak dan cuba menyelesaikan masalah yang dialami. Apabila mereka merasakan diri mereka tidak dapat mendapat perhatian daripada ibu bapa. kesalahan jenayah boleh dikurangkan dengan mengenakan hukuman penjara dan banyak cara lain seperti yang telah dbincangkan di atas. Kemungkinan dengan cara ini menjadikan seseorang tahu memikirkan kesan baik atau buruk sebelum bertindak. Cara ini dapat mengelakkan masyarakat terutamanya muda-mudi membuang masa dengan sia-sia. Cara ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar kesan yang akan timbul apabila mereka melakukan kesalahan jenayah. Kempen-kempen kesedaran harus digiatkan lagi semasa ke semasa. Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk memastikan jenayah dapat dikurangkan . Komen : Esei yang baik 1. Salah satu cara untuk mengatasi kepupusan hidupan ialah melalui pendidikan di sekolah. Ibu bapa umpamanya perlu memberi pendedahan awal kepada anak-anak mereka. Pihak kerajaan juga harus memainkan peranan umpamanya memperbanyakkan lagi kelabkelab atau persatuan. Pada zaman sekarang. rakan rekreasi dan sebagainya. (STPM 2002-S3) Hidupan liar hampir wujud di seluruh dunia. Huraikan bagaimana masalah kepupusan hidupan liar ini ditangani. Keadaan ini memudahkan mereka terpengaruh dengan anasir-anasir jahat.rakan waja diri. Kerajaan perlu menggalakkan mereka menyertai badanbadan seumpama ”rakan muda” yang terdiri daripada pelbagai cabang seperti rakan . cinta dan sebagainya. Kepentingan hidupan liar kepada alam sekitar dan manusia memang tidak dapat dinafikan lagi. namum begitu bilangannya dikatakan semakin berkurangan. Sukatan pelajaran menekankan kepentingan hidupan kepada ekosistem . Kempen seperti pameran anti jenayah boleh dilakukan di sekolah-sekolah khasnya. Umpamanya remaja sering menghadapi masalah pelajaran. Bak kata pepatah ’ melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Masa yang terluang boleh dimanfaat dengan perkara yang berfaedah. Kesimpulannya. mereka mula bosan dan keluar mencari teman di luar. Mereka seharusnya mengambil tingkah laku anak-anak mereka. Misalnya dalam kajian kehidupan binatang liar.landasan dalam hidup. Namum begitu. pihak media massa mahupun media cetak boleh melakukan peranan dengan membuat liputan yang luas tentang kempen anti jenayah .Masyarakat yang sedar akan kesan jika terlibat dalam kegiatan jenayah tentu akan menjauhi perbuatan jenayah.

1/25 M CARA PEMARKAHAN BAHAGIAN C Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Justeru. Contohnya tanpa membaca soalan lain dalam bahagian ini pelajar terus menjawab. Oleh itu. Hidupan liar adalah penting dalam memperkenalkan kehidupan-kehidupan binatang kepada generasi muda. gading dan bulu binatang tidak dapat dijual. Pelajar hendaklah menjawab salah satu sahaja. Baca seluruh soalan dalam Bahagian ini dan kenal pasti soalan yang para pelajar dapat menjawab dengan sangat baik. Hal ini dapat mengurangkan aktiviti pemburuan binatang kerana barang-barang buatan kulit. Pihak berkuasa perlu menganjurkan kempen kepentingan hidupan liar. 1. katakan soalan 5(a). Di samping itu. Jadi . Selain itu. pelajar dapati dapat . Hal ini untuk menyedarkan orang ramai tantang kepentingan dan kegunaan hidupan liar ini kepada generasi akan datang. Apabila selepas menjawab dan kemudian membaca pula soalan 5(b). tindakan ini boleh memperbaiki atau meringankan masalah kepupusan binatang. Soalan 6 merupakan petikan kefahaman laras sains dan juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu 6(a) dan 6(b). Kegagalan mengenal pasti soalan yang anda yakini akan menjejaskan tumpuan para pelajar. mereka akan sayang kepada hidupan dan tidak melakukan sesuatu yang akan memusnahkan hidupan liar. apabila pelajar-pelajar sekolah ini dewasa . Soalan 5 merupakan petikan kefahaman laras sastera dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu 5(a) dan 5(b). Hal ini boleh membawa hasil kerana orang yang tidak mempunyai lesen tidak akan memburu sebarangan lagi. Pelajar hendaklah menjawab salah satu soalan sahaja. Ini bermakna untuk bahagian C pelajar perlu menjawab SATU SOALAN 5(a) ATAU 5(b) DAN SATU SOALAN 6(a) ATAU 6(b). Mereka takut didenda ataupun dihukum oleh pihak berkuasa. pihak kerajaan boleh menguatkuasakan akta mengharamkan penjualan barang-barang yang diperbuat daripada binatang liar. tetapi soalan ini adalah laras sains. Pelajar-pelajar sekolah sayang akan hidupan liar melalui didikan dari kecil lagi. Masalah kepupusan hidupan liar juga dapat ditangani sekiranya kempen-kempen sering diadakan.bumi. Bahagian C terdiri daripada Soalan 5 dan Soalan 6. isi –isi yang diberikan adalah laras sastera. Hal ini kerana dapat membantu mereka lebih memahami dan mendalami spesies-spesies binatang. kita harus bekerjasama dengan kerajaan untuk membendung masalah kepupusan hidupan liar. Cara ini boeh mengurangkan masalah kepupusan hidupan liar. Pihak kerajaan perlu mengenakan hukuman atau denda kepada mereka yang memburu tanpa lesen. Di sini ada beberapa panduan untuk pelajar menjawab Bahagian C (Petikan). Komen : menyeleweng. kerajaan boleh mengetatkan undang-undang bagi menghadapi masalah kepupusan binatang liar.

Satu ayat ini hendaklah menjawab soalan dengan tepat. Roman ii (8 Markah) Aspek pemarkahan: Idea (2 idea) . nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih. sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005 Elemen : 1. 2. jenis barangan 2. Oleh itu sila berhati hati. Tahun 2004 3.memberikan idea dan huraian yang lebih baik. Setiap soalan terbahagi kepada dua bahagian soalan iaitu Roman i dan Roman ii. MENYALIN SEMULA PETIKAN (DARI AWAL HINGGA AKHIR) TIDAK AKAN DIBERI MARKAH. negara-negara . 2. (b). (a) Roman i (2 Markah) Oleh kerana markah yang kecil.4 Markah .2 Markah . Jawapan hendaklah berdasarkan petikan dan telah diubahsuai yang mempunyai maksud yang sama/seakan sama dengan perkataan asal untuk menyampaikan dan menyambung frasa.2 markah Huraian Bahasa PANDUAN MEMILIH MEDIA MENGIKUT SOALAN (BAHAGIAN D) Disini.(mencukupi dengan jumlah markah diperuntukkan). sekali lagi saya akan memberi sedikit panduan dari segi pemilihan media mengikut kehendak soalan PANDUAN MENENTUKAN MEDIA 1. calon diminta membina SATU ayat sahaja. GRAF BAR PIRAMID *terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang Contoh soalan : Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan. Tahun 2005 Elemen berpasang : 1. Ini akan menjejaskan tumpuan para pelajar.

Perlu ada skala . pelajar-pelajar perlu memastikan perkara penting yang harus ada di dalam media. Gunakan ton warna yang lebih gelap di bahagian bawah. kuantiti. perkara dan tempoh ) 2. petunjuk. Elakkan sebarang penulisan angka di dalam komponen atau pada garisan yang dibina. Setiap pembolehubah diplotkan secara menegak dan selari mengikut masa dan tempat yang sama. dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006. nilai-nilai serta unit dimuatkan di dalam ruang-ruang yang sesuai. pengeluaran peratus @ kadar. sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran.perbandingan atau kompaun. GRAF BAR GABUNGAN *terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza Contoh soalan : Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini. eksport.perubahan . nilai untuk harga petroleum mentah Tips pemilihan media: GRAF GARIS SAMA SAHAJA graf garis. Antaranya : 1. graf bar komponen . eksport dan import 2.pola. 1. aliran turun naik. . Kuantiti pengeluaran. pemboleh ubah. Garisan paksi yang dibina haruslah lebih tebal daripada garis-garis yang lain.2. Garisan permulaan menyetuh paksi menegak sebelah kiri dan garisan akhir menyentuh satu garis tegak yang membatasi setiap komponen garis disebelah kanan. Titik. Selepas membina sesuatu media. Elemen : 1. Para calon harus merancang bilangan baris dan lajur yang sesuai.titik yang ditandakan hendaklah disambung sehingga membentuk garisan yang berlapis. Jadual harus di sediakan . Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang betul. eksport dan import 2.indeks. Ini kerana untuk menampakkan kejelasan media yang dibina.bilangan. Harga petroleum mentah Nilai : 1. nilai untuk kuantiti pengeluaran. kebiasannya nilai. trend petunjuk GRAF BAR ADA 2 : GRAF BAR KOMPAUN GRAF BAR KOMPONEN kata kunci graf bar kompaun . Ciri-ciri pembinaan graf garisan komponen • • • • • • • • Pemilihan skala yang bersesuaian mengikut nilai yang diberi. Segala butiran. 3. Warnakan setiap lapisan tersebut dengan warna yang berbeza.Tajuk yang lengkap (lokasi.kumulatif @ jumlah PANDUAN MEMBINA MEDIA BERSISTEMATIK Baiklah kita teruskan dengan prosedur penghasilan media yang sistematik Membina media.

Graf garis (kompaun / komponen) 3.1/15 markah) Contoh soalan1 : Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini. 5. graf garis ini unik (a) dua paksi y (b) mula garis dari paksi y sebelah kiri dan bercantum dengan paksi y disebelah kanan. eksport. Petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media. dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006. Graf bar (kompaun / komponen) 2. graf garis komponen adalah seperti graf bar komponen untuk menunjukkan jumlah. iaitu untuk memaparkan maklumat bilangan untuk beberapa tahun. Media: graf garis kompaun-----perubahan kadar---graf garis Contoh soalan 2 Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan. PANDUAN MEMILIH MEDIA Sekiranya soalan yang dikemukan tidak menunjukkan dengan jelas apa graf yang sesuai seperti berikut. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen) . (c) harus dilorekkan atau warnakan kawasan antara graf-graf garis tersebut (d) jadual mesti menunjukkan nilai tambah antara tahun sehingga jumlah maksimum dicapai CARA MENGENALI JENIS GRAF Bentuk-bentuk grafik yang popular dalam peperiksaan : 1. sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan kadar guna tenaga wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan pada tahun-tahun yang dinyatakannya.4. Banyak garis berwarna dilukis untuk mewakili sektor-sektor yang terdapat dalam soalan ( bilangan) Padahal.. Media : Graf gabungan (bar kompaun) GRAF GARIS KOMPAUN DAN KOMPONEN Tahukah anda. sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005 Media : Graf piramid kompaun Contoh soalan 3 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini. graf garis kompaun adalah seperti graf bar kompaun. pelajar harus beri perhatian kepada key words KABUR *sukar untuk menentukan jenis media *pelajar perlu meneliti data dalam petikan *pelajar perlu berhati-hati (salah media . sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran. Graf gabungan bar dengan garis 4. Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagian kanan dan bawah media.

.. INGAT.. Tetapi jika ada kesalahan dalam tajuk. jika Graf Bar Piramid (Umur) tidak dirapatkan ke paksi X. tempoh atau tempat. berbanding atau silinder) 6.maksudnya---huruf besar perkataan pertama kecuali kata hubung dan kata sendi CONTOH: 1.harap-harap tajuk CAPS LOCK ( semua huruf besar) boleh diterima Tahukah anda. dan 1995 antara Bandar dengan Luar Bandar di Malaysia. Saya telah highlight semua perkataan yang harus ditulis dengan huruf kecil dalam warna biru. Carta pai (tunggal.5. saya akan paparkan beberapa contoh penulisan tajuk yang betul.barulah markah maksimum yang ditentukan ialah 6m. 4. sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara tahun 2000 hingga 2004..TAJUK YANG SALAH---HILANG 6 M.iaitu dari segi perkara. Bilangan Pengguna Air Mengikut Negeri pada Tahun-tahun 1990. Media : carta pai perbandingan CARA MENULIS TAJUK GRAF DENGAN TEPAT Ada di antara kamu masih keliru bagaimana hendak menulis tajuk graf dengan tepat. markah akan ditolak 2 markah keseluruhan. hanya tolak markah teknik (1m).sahaja.. 5. Jika ada lagi perkataan yang memerlukan penerangan/penjelasan. 3.1993. lukis carta pai perbandingan untuk menunjukkan jumlah pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997 dan 2002. Peratusan Perubahan Kekosongan Jawatan Baru di Malaysia bagi Tempoh Januari hingga Julai 1998 dan Januari hingga Julai 1999. Perbezaan Peruntukan Perbelanjaan Sektor Ekonomi Kerajaan Peruntukkan antara Rancangan Malaysia Keenam dengan Rancangan Malaysia Ketujuh. 2. Media : graf garis komponen Contoh Soalan 2: Dengan menggunakan maklumat di bawah. Permodalan Pasaran Syarikat-syarikat yang Dipilih dalam Pasaran Saham Kuala Lumpur. JADI SALIN TAJUK DARI SOALAN DENGAN BETUL Panduan umum : Tajuk di tulis dengan title sentence.. Perubahan Bilangan Kes Kebakaran Mengikut Punca dari Tahun 1996 hingga Tahun 2002.. Baiklah. .Buat masa ini tiada peraturan dari MPM tentang title sentence. Sebenarnya jika salah huruf dalam tajuk. Graf bar memesong atau imbangan BENTUK / JENIS SOALAN 1) JELAS*mudah tentukan media*pelajar tidak perlu memikirkan jenis media*memberi kelebihan kepada pelajar untuk menjawab dengan cepat Contoh soalan 1 : Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah. sila pos supaya saya dapat memberi bimbingan.

Tahun 2005 Elemen berpasang : 1. sekali lagi saya akan memberi sedikit panduan dari segi pemilihan media mengikut kehendak soalan PANDUAN MENENTUKAN MEDIA 1.PANDUAN MEMILIH MEDIA MENGIKUT SOALAN Disini. jenis barangan 2. negara-negara 2. 2. GRAF BAR GABUNGAN . GRAF BAR PIRAMID *terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang Contoh soalan : Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan. sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005 Elemen : 1. Tahun 2004 3. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih.

graf bar komponen . carta dan gambar rajah. nilai sesuatu pemboleh ubah bagi sesuatu tahun dapat ditentukan dengan mengira nilai perbezaan antara dua angka yang membentuk bar pemboleh ubah tersebut 4. Manakala tugasan yang perlu dilaksanakan ialah mengenali dan memahami ciri teks bukan linear. PETUA 2 : CARA MENGINTERPRESTASI DATA GRAF BAR Cara Menginterprestasi Data Graf Bar 1. . Kuantiti pengeluaran. Kenal pasti setiap pemboleh ubah yang terdapat dalam graf bar 2. pengeluaran peratus @ kadar.perbandingan atau kompaun.indeks. petunjuk. Unit kuantiti pemboleh ubah juga perlu dikenal pasti 3. Elemen : 1. eksport dan import 2. memilih dan membina media teks bukan linear yang sesuai serta memindahkan dan membina media teks linear daripada teks bukan linear. Bagi graf bar komponen. Dapatkan data bagi pemboleh ubah berdasarkan nilai skala pada paksi menegak graf bar. nilai untuk harga petroleum mentah Tips pemilihan media: GRAF GARIS SAMA SAHAJA graf garis. eksport.kumulatif @ jumlah BAHAGIAN E Bahagian E merupakan pentafsiran bahan grafik @ mengalih bentuk teks bukan linear kepada linear.pola.*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza Contoh soalan : Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini. eksport dan import 2. perkataan "anggaran" perlu ditulis semasa menghuraikan data berkenaan.bilangan. sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran. Perhatikan juga sebarang catatan tambahan atau nota kaki di bahagian bawah media. dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006. trend petunjuk GRAF BAR ADA 2 : GRAF BAR KOMPAUN GRAF BAR KOMPENEN kata kunci graf bar kompaun . aliran turun naik. Bentuk teks bukan linear seperti jadual. Harga petroleum mentah Nilai : 1. graf. nilai untuk kuantiti pengeluaran. Sekiranya terdapat data anggaran. kebiasannya nilai. kuantiti.perubahan .

2. Teliti dan fahami graf bar yang diberikan Kenal pasti pemboleh ubah yang dinyatakan pada bahagian tajuk graf bar Tulis 'Graf bar ini menunjukkan . nilai sesuatu pemboleh ubah bagi sesuatu tahun dapat ditentukan dengan mengira nilai perbezaan antara dua angka yang membentuk bar pemboleh ubah tersebut 4. 3. perkataan "anggaran" perlu ditulis semasa menghuraikan data berkenaan.TEKNIK MENJAWAB SOALAN GRAF BAR Teknik Menjawab Soalan : Graf Bar Pendahuluan 1. Perhatikan juga sebarang catatan tambahan atau nota kaki di bahagian bawah media. Perenggan yang melibatkan analisis pengetahuan perlu diasingkan daripada perenggan analisis data jika soalan meminta pandangan calon Kesimpulan 1. 2. Sekiranya terdapat data anggaran. Berikan huraian atau hujah tentang nilai mutlak atau peratusan sumbangan daripada jumlah keseluruhan bagi tahun berkenaan 7. Dapatkan data bagi pemboleh ubah berdasarkan nilai skala pada paksi menegak graf bar. 3. Kenal pasti setiap pemboleh ubah yang terdapat dalam graf bar 2. Unit kuantiti pemboleh ubah juga perlu dikenal pasti 3. 4.. . Calon harus memberikan sekurang-kurangnya empat isi Kemukakan idea perubahan secara mendatar (perubahan mengikut tahun) terlebih dahulu Huraikan perubahan nilai mutlak atau peratusan perubahan Nyatakan alasan yang menyebabkan perubahan data tersebut (berdasarkan kehendak soalan) Kemukakan idea perbandingan secara menegak (bandingkan pemboleh ubah bagi satu-satu tahun yang dipilih). 4. (rujuk bahagian tajuk sebagai panduan) Nyatakan jumlah keseluruhan dan buat perbandingan antara jumlah keseluruhan mengikut tahun yang diberikan (dalam bentuk nilai mutlak dan peratusan) Isi dan Huraian 1.. Tulis secara tingkas gambaran keseluruhan daripada data atau maklumat yang diberikan dalam graf bar PETUA 2 : CARA MENGINTERPRESTASI DATA GRAF BAR Cara Menginterprestasi Data Graf Bar 1. Bagi graf bar komponen. 5. misalnya amaun pemboleh ubah yang paling tinggi dan amaun pemboleh ubah yang paling rendah 6.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful