GF 6253 PRESTASI PUNCAK DALAM SUKAN

PENYELARAS :

EN. MOHD TAIB HARUN DR. NORLENA SALAMUDDIN

BOLA SEPAK
ABDUL AZIZ B. ABDUL HAMID P 45676

ISI KANDUNGAN 
     
Sejarah Bola Sepak Kemahiran dalam Bola Sepak Komponen Kecergasan dalam Bola Sepak Sistem Tenaga dalam Bola Sepak Pemakanan dalam Bola Sepak Bantuan ergogenik bagi pemain Bola Sepak Kecederaan dalam Bola Sepak

SEJARAH BOLA SEPAK 
Terdapat banyak cerita atau lagenda tentang kewujudan permainan bola sepak.  Permainan ini banyak digambarkan dimainkan di negeri China dan di Itali.  Menurut Dokumen Ketenteraan yang dijumpai di negara China menunjukkan permainan µCuju¶ adalah menyerupai permainan bola sepak yang dimainkan pada kurun kedua sebelum masihi. 

Permainan ini menggunakan bola yang diperbuat daripada µleather ball¶.  Tamadun Mesoamerican yang mencipta satu permainan yang menggunakan bola getah dengan menggabungkan bola sepak, bola keranjang dan bola tampar.  Bagaimanapun ia mula dikenal pasti berasal dari England. 

Bola sepak moden mula bertapak pada abad ke 19 di Sekolah Inggeris.  Julai 1930 di Montivideo pertandingan Piala Dunia pertama dianjurkan dan sebanyak 172 negara telah disenaraikan bagi merebut Piala Dunia di Perancis.  Daripada 172 buah negara itu, ianya telah dipecahkan kepada kumpulan Eropah (50), Afrika (38), Amerika Utara dan Latin (28), Afrika Selatan (10), dan Ocenia (10). 

Tujuan permainan bola sepak pada masa itu adalah untuk mencapai keseronokan apabila dapat menjaringkan gol ke dalam gawang lawan.  Permainan ini juga dianggap sebagai asas untuk tujuan berkomunikasi di samping mengeratkan hubungan silaturrahim dan ia merupakan satu konsep yang terbaik dalam kehidupan manusia sejagat. 

Permainan ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat kerana ia boleh melambangkan cara hidup sesebuah kominiti itu.

KEMAHIRAN DALAM BOLA SEPAK 
     
Dribbling Heading Passing Receiving Shooting Tackling Gol Keeping

KOMPONEN KECERGASAN DALAM BOLA SEPAK 
      
Dayatahan Kardiovaskular. Dayatahan otot. Kekuatan otot. Kelenturan / kelembutan. Koordinasi. Imbangan Ketangkasan. Kelajuan/ kepantasan.

Dayatahan Kardiovaskular 
Keupayaan jantung seseorang melakukan aktiviti dalam jangkamasa yang lebih lama dan berterusan tanpa mengalami kelesuan. Ianya tercapai kerana keefisyenan sistem peredaran darah dan keupayaan jantung mengepam darah.  Contoh ± masa perlawanan bola sepak 90 minit.

Dayatahan Otot 
Keupayaan otot atau kumpulan otot melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan untuk satu jangkamasa yang lama.  Contoh ± keupayaan otot kaki (gastrocnemius) berlari dan menendang bola semasa permainan.

Kekuatan Otot 
Kualiti daya yang dapat dikeluarkan oleh otot atau kumpulan otot terhadap sesuatu rangsangan.  Contoh ± sepakan ketika menjaringkan gol memerlukan kekuatan khususnya otot kaki.

Kelenturan / Kelembutan 
Keupayaan sendi untuk bergerak ke tahap yang dikehendaki secara optima dengan senang tanpa sebarang rintangan .  Contoh ± komponen ini penting semasa menggelecek.

Koordinasi 
Koordinasi ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam tubuh badan seseorang individu.  Melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua angota badan.  Contoh ± pemain dapat menjaring gol dengan menanduk yang perlukan koordinasi anggota badan.

Imbangan 
Kebolehan mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan tapak menyokongnya diubah.  Kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam membuat pergerakan atau dalam keadaan diam.  Contoh ± imbangan perlu selepas melompat untuk menanduk bola tinggi.

Ketangkasan 
Kebolehan menukar arah kedudukan di ruang tertentu secara kemas, pantas dan mudah.  Contoh ± komponen ini penting semasa menggelecek.

Kelajuan/ kepantasan 
Keupayaan individu melakukan pergerakkan berturutberturut-turut dengan pantas (explosive) dalam masa yang singkat mengikut sesuatu arah.  Contoh ± berlari untuk menjaringkan gol.

SISTEM TENAGA 
Tenaga ialah kapasiti melakukan kerja.  Tenaga tidak boleh dicipta / dimusnahkan tetapi bertukar bentuk.  6 bentuk tenaga ± kimia, mekanikal, cahaya, haba, elektrik & nuklear  Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan makanan digunakan utk menghasilkan komponen kimia dikenali Adenosina Trifosfat (ATP) yang disimpan dalam sel otot. 

ATP ialah punca tenaga bagi otot.  Penguncupan otot adalah hasil rangkaian tindakbalas kompleks yang memerlukan tenaga.  Tenaga yang diperlukan untuk aktiviti otot adalah tenaga kimia yang terkandung dalam kompaun fosfat bertenaga tinggi terutama ATP. Uraian kumpulan fosfat drp ATP membekalkan tenaga serta merta kepada otot. 

Apabila salah satu ikatan fosfat pd ATP terurai, 7 hingga 12 kilokalori (C) tenaga dihasilkan. Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan ATP merupakan sumber tenaga segera yang boleh digunakan oleh sel otot untuk melakukan kerja.  ATP yang tersimpan dalam otot ini terhad & habis dalam jangkamasa 1 hingga 3 saat kecuali dibina semula. Untuk mengekalkan aktiviti otot, penghasilan serta merta ATP diperlukan.

Adenosina

P

P

P

ATP

Adenosina
ATP

P

P

Pi

ADP + Pi + Tenaga

ATP dihasilkan melalui 3 cara

Sistem Anaerobik Alaktik (ATP-PC) Sistem Anaerobik Laktik (glikolisis anaerobik / sistem asid laktik) Sistem Aerobik (sistem Oksigen)

ATPATP-PC Lari pecut 100m Bola sepak Badminton Lontar peluru Marathon / / / /

Anaerobik laktik

Aerobik

/ /

/ /

/

Sistem Anaerobik Alaktik (ATP-PC)

P PC

C Pi + C + Tenaga

Fosfokreatin (PC) disimpan dalam sel otot & punca tenaga segera untuk membina kembali ATP. Pindahan fosfat drp fosfokreatin kpd ADP utk membina kembali ATP. Enzim yang terlibat dalam penguraian & pindahan untuk pembentukan kembali ATP adalah Kreatin Kinase. 

Tenaga dihasilkan apabila fosfat terurai. Hasil akhir pemecahan ialah Kreatin (C) & fosfat bukan organik (Pi).  Dalam aktiviti berintensiti tinggi proses pembinaan kembali berterusan sehinga simpanan fosfokraetin habis. Sistem ini bekalkan tenaga untuk aktiviti intensiti tinggi sehingga 10 saat. Ia dikenali sebagai anaerobik alaktik kerana tidak hasilkan asid laktik.  Sistem ini lebih pantas hasilkan tenaga untuk bina kembali ATP. Ini kerana sistem ini tidak gunakan oksigen, ketersedian PC dalam otot & penguraian PC ringkas.

Sistem Anaerobik Laktik (glikolisis anaerobik / sistem asid laktik)

Glikogen

Tenaga yang diperlukan untuk membina kembali ATP diperolehi daripada pemecahan glukosa dalam darah @ glikogen yang tersimpan dalam otot / hepar. Sistem ini melibatkan penguraian glikogen / glukosa dalam keadaan anaerobik tanpa memerlukan O2 untuk menghasilkan tenaga & laktat

Glukosa

ATP
Asid Piruvik

Asid Laktik 

Kehadiran asid laktik hasil penguraian glukosa & glikogen boleh melesukan otot apabila kandunganya dalam darah terlalu banyak.  Jumlah ATP yang dihasilkan melalui sistem ini melebihi jumlah ATP yang diperolehi daripada sistem anaerobik alaktik (ATP-PC).  ATP yang terbina daripada sistem ini cukup untuk menjana aktiviti fizikal berintensiti tinggi selama 1 hingga 3 minit.

Sistem Aerobik (Sistem Oksigen) Menghasilkan paling banyak ATP & memerlukan kehadiran O2 untuk menghasilkan tenaga. Penghasilan ATP melibatkan penghasilan 3 peringkat ± penghasilan asetil koenzim-A, pengoksidaan koenzim-A dalam kitaran Kreb & penghasilan ATP dalam sistem pengangkutan elektron.

Latihan Aerobik Fartlek Rintangan LSD Litar Bebanan Jogging

Latihan Anaerobik Litar Jeda Tekanan Plyometrik Rintangan Bebanan 

Penghasilan asetil koenzim-A terbentuk hasil daripada pemecahan glikogen, glukosa & asid lemak. Pengoksidaan oenzim-A dalam kitaran Kreb membentuk CO2 & pengangkutan elektron (H+). Elektron yang terbentuk dipindahkan ke sistem pengangkutan elektron yang menghasilkan air & ATP.  Sistem ini menghasilkan paling banyak ATP membolehkan aktiviti fizikal dilakukan dalam jangkamasa yang panjang tetapi berintensiti rendah & sederhana.

CONTOH PENGGUNAAN SISTEM TENAGA DALAM BOLA SEPAK 
Sistem Anaerobik Alaktik ± pemain posisi penyerang menggelecek dan membuat rembatan ke arah gol (shooting gol).  Sistem Anaerobik Laktik ± pemain pertahanan menanduk bola tinggi untuk mengawal kawasan gol.  Sistem Aerobik ± berlari perlahan-lahan ketika perlahanbola berada di kawasan lawan.

DEFINISI PEMAKANAN SUKAN 
Louise Burke, seorang pakar pemakanan sukan yang terkenal dari Australia, mendefinisikan pemakanan sukan sebagai penggunaan strategi makan untuk memajukan kesihatan yang baik dan penyesuaian kepada latihan, pulih dengan cepat selepas latihan dan persembahan secara optimum semasa pertandingan.

TUJUAN MAKANAN 
Tiga tujuan makanan asas iaitu untuk membekalkan tenaga, mengawal proses metabolik dan untuk mencapai prestasi yang baik semasa pertandingan

KARBOHIDRAT 
Karbohidrat merupakan sebatian organik yang penting dan terdiri daripada 3 unsur iaitu Karbon, Hidrogen dan Oksigen.

FUNGSI KARBOHIDRAT DALAM TUBUH 
Simpanan tenaga untuk seseorang melakukan aktiviti pada suatu jangka masa.  Penting untuk tindak balas metabolisme dalam badan.  Menjimatkan penggunaan protein dalam tubuh. 

Metabolisme lemak perlukan karbohidrat untuk mengelakkan asidosis.  Mengawal keutuhan tisu saraf dan membekalkan sumber tenaga untuk otak.  Menggalakkan pertumbuhan bakteria bermanfaat.  Membantu proses perkumuhan. 

Pembekal sebatian asid nukleik, metriks tisu penghubung dan kalaktosida tisu saraf.  Membekalkan protein, mineral dan kumpulan vitamin yang banyak.

KARBOHIDRAT 
Pengambilan kaborhidrat dikalangan atlet terutamanya atlet sukan daya tahan adalah penting kerana karbohidrat adalah sumber tenaga yang utama.  Bagi sukan daya tahan seperti Bola Sepak pengambilan kabohidrat adalah melebihi 70%. 

Pengambilan karbohidrat dalam diet atlet akan bertukar serta merta menjadi tenaga semasa latihan disebabkan intensiti latihan dan volume latihan.  Badan manusia mampu menyimpan sebanyak 2500 kcal kabohidrat dalam bentuk glikogen di dalam badan 

Kabohidrat terbentuk dari ion karbon, hidrogen dan oksigen  Kabohidrat dibahagikan kepada dua iaitu karbohidrat ringkas dan kabohidrat kompleks.  Koborhidrat ringkas atau gula pula dibahagikan kepada dua ketagori iaitu disakarida dan monasakarida 

Bagi atlet, kabohidrat kompleks adalah lebih penting sebagai sumber tenaga untuk menjalani latihan dan untuk persediaan semasa pertandingan.  Tenaga yang dihasilkan oleh kabohidrat adalah tenaga segera. segera.  Kabohidrat adalah tenaga segera. Ianya juga adalah penyumbang tenaga yang terbesar kepada atlet 

Badan manusia mampu menyimpan tenaga sebanyak kira-kira 2500 kcal. kira Apabila lebih tenaga yang diperlukan, ianya akan diambil dari lemak dan protein.

LEMAK 
Lemak adalah sumber kedua terbesar yang menghasilkan tenaga kepada atlet sukan daya tahan seperti Bola Sepak.  Lemak terhasil dari gabungan triglaserida dan gliserol.  Ia akan menjadi asid lemak yang disimpan di dalam badan. 

Lemak disimpan di tisu adipose dan otot rangka.  Lemak boleh didapati dari haiwan dan tumbuhtumbuh-tumbuhan.  Lemak adalah penting kepada badan tetapi pengambilannya mestilah ditahap yang sederhana. 

Lelaki akan menyimpan 15% lemak daripada berat badan mereka manakala perempuan akan menyimpan sebanyak 20% lemak daripada berat badan  Bagi atlet acara larian jarak sederhana dan jarak jauh mereka akan mengurangkan lemak sehingga lemak dalam badan hanya tinggal 5% bagi atlet lelaki dan 10% bagi atlet wanita.

PROTEIN 
Sumber nitrogen dalam diet manusia.  Komponen paling banyak dalam tubuh.  Membekalkan 2 jenis asid amino iaitu Asid Amino Perlu dan Asid Amino Tak Perlu. 

Terdapat 20 jenis asid amino.  Mengandungi Oksigen, Hidrogen dan Karbon.  50% daripada berat kering tubuh ialah protein. 

Protein lengkap - mengandungi kesemua asid amino perlu dalam kadar kuantiti yang diperlukan oleh tubuh  Protein tidak lengkap ± tidak mengandungi kesemua asid amino perlu dalam kadar kuantiti yang diperlukan oleh tubuh 

Semua asid amino yang diperlukan sebagai bahan binaan hendaklah hadir serentak ± untuk sintesis protein.  Asid amino tak perlu ± dapat disintesiskan dalam tubuh & tidak perlu diperolehi daripada diet 

Asid amino perlu ± tidak dapat disintesisikan dalam tubuh.  9/20 asid amino ± asid amino perlu untuk orang dewasa iaitu lisina, metionina, leusina, valina, isopeusina, triptofana, fenilalanina, treonina dan histidina. 

Protein lengkap - protein yang mengandungi kesemua asid amino perlu dalam kadar kuantiti yang banyak dan dalam perimbangan yang hampir serupa dengan yang terdapat dalam tubuh.  Ia membekalkan keperluan tubuh secara sepenuhnya untuk penyelenggaraan, pembaikan dan pertumbuhan.  Sumber protein lengkap ialah daripada sumber haiwan seperti daging, telur, susu dan keju. 

Protein tidak lengkap - kekurangan satu asid amino atau lebih.  Sumber daripada tumbuhan ± biji-bijian, bijibuahbuah-buahan dan sayur-sayuran. sayur Terlalu rendah untuk menyokong pertumbuhan dan penyelenggaraan tubuh. 

Asid amino tidak dapat disimpan dalam tisu sepertimana karbohidrat dan lipid.  Protein digunakan untuk menghasilkan jumlah ATP yang banyak, tetapi kadar penghasilan adalah lebih lambat berbanding lemak dan karbohidrat. 

Dalam aktiviti berbentuk ketahanan pula, protein boleh menyumbang sehingga 15% daripada jumlah tenaga yang diperlukan. (Lemon, 2000)

VITAMIN 
Satu bahan organik bukan kimia diperlukan tubuh dalam kuantiti yang kecil bagi menyelenggara fungsi metabolisme yang normal (Mikronutrien).  Diperolehi daripada pengambilan makanan harian. 

Pengambilan yang betul akan memastikan tumbesaran yang normal, mengekalkan kesihatan tubuh dan mengelakkan tubuh daripada dihinggapi penyakit.  Vitamin boleh dibahagikan kepada dua golongan utama iaitu vitamin larut lemak (fat(fat-soluble vitamin) dan vitamin larut air (water(water-soluble vitamin). 

Vitamin larut air pula ialah tiamin (B1), riboflavin (B2), niasin (asid nikotinik), piridoksina (B6), biotin, asid pantotenik, kobalamina (B12), folasin (asid folik) dan asid askorbik atau lebih dikenali sebagai vitamin C.

Vitamin A 
Vitamin larut lemak  Berwarna kuning pucat dan terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen.  Dalam bentuk kimia iaitu alkohol, aldehid dan asid. 

Dalam tubuh bentuk alkohol akan dioksidakan kepada bentuk aldehid dan asid. (retinol)  Stabil kepada haba dan cahaya.  Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah hati, minyak ikan, susu lembu dan hasil tenusu serta telur. Sumber sayuran atau buahan antara lain ialah lobak merah, minyak sawit, bayam, brokoli, tauge, mangga, labu kuning dan betik.

Fungsi Vitamin A 
Untuk kesempurnaan penglihatan manusia iaitu mengelakkan penyakit rabun malam.  Pertumbuhan dan perkembangan skeletal (tulang) dan perkembangan gigi. 

Perkembangan dan memelihara tisu epitelium serta membantu peranan rintangan pelindung dalam pengawalan tubuh terhadap infeksi.  Pertumbuhan pembiakan.  Anti-kanser dalam tubuh badan. Anti-

Vitamin D (Kalsiferol) 
Suatu hablur putih dan larut lemak.  Diperlukan untuk membina metabolisma normal kalsium dan fosforus.  Untuk perkembangan tulang dan gigi. 

Berfungsi sebagai satu vitamin dan hormon kerana ia terdapat dalam unsur makanan dan terbentuk dalam kulit serta bertindak terhadap organ sasaran yang jauh iaitu usus dan tulang.  Sumber daripada ikan sardin, ikan tongkol, ikan tenggiri, ikan salmon, minyak ikan , susu dan telur.

Fungsi Vitamin D 
Merangsang penyerapan kalsium dalam sistem badan.  Merangsang sistem pengangkutan fosfat.  Mengekalkan aras fosfat serum dalam sistem tubuh badan. 

Meningkatkan semula ion-ion kalsium. ion Menggalakkan pembentukan tulang dan sistem rangka.

Vitamin E ( Tokoferol ) 
Merupakan cecair kuning berminyak tidak larut dalam air tetapi larut dalam lemak.  Adalah sebatian alkohol.  Vitamin E dalam makanan berpunca daripada empat tokoferol yang berbeza (alfa, beta, gama, delta) dan tokotrienol. 

Vitamin E stabil kepada haba dan asid tetapi tidak stabil kepada alkali, cahaya ultraungu dan oksigen.  Termusnah apabila bersama lemak tengik, plumbum dan ferum.  Vitamin E boleh didapati daripada minyak sayuran, minyak ikan, marjerin, telur, keju, brokoli dan minyak sawit.

Fungsi Vitamin E 
Antipengoksida yang melindungi sel manusia seperti sel darah merah daripada kemusnahan.  Meningkatkan aktiviti vitamin A melalui penghalangan pengoksidaan dan menghilangkan aktivitinya di dalam salur usus. 

Melindungi memberan sel dan subselular dari mengalami kerosakan yang mengakibatkan pengoksidaan lipid.

Vitamin K 
Wujud dalam banyak bentuk tetapi dua bentuk utamanya ialah vitamin K1 (filokuino) dan vitamin K2 (menakuinon).  Vitamin K1 dan K2 ialah minyak yang berwarna kuning, tidak stabil kepada cahaya ultraungu dan mudah termusnah oleh asid dan alkali yang kuat. 

Sumber daripada sayur-sayuran hijau sayurseperti kubis dan bayam terdapat vitamin K1.  Haiwan sumber vitamin K2.

Fungsi Vitamin K 
Terlibat dalam pengubahsuaian protombin dan faktor-faktor pengumpulan lain pada faktorperingkat selepas- transisi. selepas Penting dalam tindak balas pengkarboksilan karbon gamaresidu asid glutamik (Gla) dalam protrombin.

Vitamin B Kompleks 
Bertindak sebagai koenzim (molekul organik yang diperlukan untuk pengaktifan apoenzim.  Bergabung dengan apoenzim (bahagian protien enzim) membentuk holoenzim iaitu enzim (protien) terhasil dari tisu hidup yang mempercepatkan mempercepatkan tindak balas metabolik. 

Bertindak sebagai koenzim kepada enzimenzimenzim yang terlibat dalam laluan penghasilan tenaga, metabolisma asid amino dan hematopiesis.  Vitamin yang berfungsi dalam penghasilan tenaga dan hematopoiesis (sintesis darah merah).

Vitamin B1 (Tiamina) 
Dikenali sebagai vitamin antineuritik kerana ia diperlukan untuk sistem saraf berfungsi secara normal.  Dinamakan tiamina untuk menunjukkan terdapat sulfur dan kumpulan amino dalam molekul kompleks.  Terdapat secara semulajadi dalam daging, susu, legum, ikan dan buah-buahan. buah- 

Terdapat secara semulajadi dalam daging, susu, legum, ikan dan buah-buahan. buah Sumber yang terkaya untuk vitamin ini ialah germa gandum.

Fungsi Vitamin B1 (Tiamina) 
Diperlukan sepanjang hayat untuk respirasi tisu.  Bergabung dengan fosforus membentuk koenzim tiamina pirosfat (TPP), yang berfungsi sebagai karbosilase.  Diperlukan untuk dikarboksilasi oksidatif piruvat untuk membentuk asetat aktif dan kemudiannya koenzim asetil A, sebatian utama kitaran Krebs. 

Diperlukan untuk dikarboksilasi oksidatif piruvat untuk membentuk asetat aktif dan kemudiannya koenzim asetil A, sebatian utama kitaran Krebs.  Ia juga diperlukan untuk dekarboksilasi oksidatif asid alfa keto bagi menerbitkan asidasid-asid amino metionina, treonina, leusina, isoleusina dan valina. 

Merupakan koenzim kepada tindak balas transketolase, yang berfungsi dalam penyimpanan fostat pentosa, sebagai laluan lain untuk pengoksidaan glukosa.

Vitamin B2 (Riboflavin) 
Tergolong dalam kumpulan pigmen berpendafluor (flavin).  Cecincin flavin terikat kepada alkohol yang berkaitan dengan ribosa.  Telah disintesiskan dan berbentuk tulen kelihatan seperti hablur kuning. 

Telah disintesiskan dan berbentuk tulen kelihatan seperti hablur kuning.  Stabil kepada haba, pengoksidaan dan asid, larut dalam air tetapi terpecah dengan adanya alkali dan cahaya terutamanya ultraungu.

MINERAL 
Mineral boleh didefinisikan sebagai kimia hablur bukan organik dan homogen.  Secara keseluruhan 4 ± 5 peratus daripada berat badan manusia adalah dalam bentuk mineral berbanding dengan 14 ± 16 peratus protein dan 12 ± 20 peratus lemak.

Fungsi Mineral 
Memelihara kesimbangan asid ± bes.  Sebagai mangkin untuk tindakbalas biologi.  Sebagai satu komponen pada sebatian perlu badan.  Memelihara kesimbangan badan.  Mengalirkan impuls saraf  Mengawalatur pengecutan otot.  Pertumbuhan tisu tubuh.

NATRIUM 
Tubuh manusia mengandungi 1.8 g Na/kg berat badan.  30 hingga 45 peratus daripada natrium dalam tubuh terdapat di bahagian tulang dengan kebanyaannya terikat di bahagian permukaan kristal tulang

Fungsi Natrium 
Natrium menjaga kesimbangan antara bendalir ekstrasel dan intrasel.  Ia menolong menetapkan persimbangan asid ± bes yang diperlukan oleh badan dalam pencernaan.  Menolong dalam merehatkan pengecutan otot. Pengecutan otot melibatkan pertukaran sementara natrium dan kalium dalam sel otot yang mengecut. 

Menolong penyerapan beberapa nutrien termasuk glukosa.  Pemancaran impuls saraf.  Bahan makanan yang kaya dengan natrium ialah daging, susu dan telur. Acar, bayam, lobak merah dan roti adalah juga sumber yang baik.

KALSIUM 
Kalsium adalah unsur bukan organik yang paling penting dalam badan dan wujud dalam jumlah yang terbanyak iaitu antara 900 hingga 1200 gram.  99 peratus terdapat dalam rangka dan 1 peratus di dalam tisu lembut.

Fungsi Kalsium 
Kalsium diperlukan untuk pembinaan tulang dan gigi. Tulang terdiri daripada 66 peratus kalsium fosfat dan 40 peratus kolagen dan tisu lembut yang lain.  Kalsium yang terdapat dalam plasma darah memainkan peranan yang penting dalam pembekuan darah. 

Kalsium diperlukan oleh otot-otot supaya dapat berfungsi dengan betul.  Untuk menentukan tumbesaran normal selsel.  Kalsium juga menggerakkan beberapa jenis enzim yang penting dalam metabolisma. 

Makanan yang kaya dengan kalsium ialah tepung gandum, kacang, keju, sayursayuran daun hijau, ikan, kuning telur, bijirin, buah-buahan, sardin dan ikan bilis.

FOSFORUS 
Fosforus adalah bahan mineral yang penting untuk fungsi yang dijalankan oleh proses hidup dalam badan.  Terdapat lebih kurang 680 gram fosforus dalam badan manusia, 78 peratus darinya terdapat dalam tulang dan gigi dan 22 peratus di dalam cecair badan dan tisu lembut. 

Makanan yang kaya dengan fosforus ialah tepung gandum, kacang, keju, sayursayuran daun hijau, ikan, kuning telur, bijirin, buah-buahan, sardin dan ikan bilis.

Fungsi Fosforus 
Mengatur Pembebasan Tenaga.  Seperti kalsium, fosforus juga merupakan komponen utama untuk membentuk dan menguatkan tulang dan gigi.  Ia memainkan peranan yang penting dalam metabolisma protin, vitamin, lemak dan karbohidrat.  Ia perlu untuk menetapkan juzuk cecair badan.

KALIUM 
Kalium yang disimpan di dalam sel otot rangka dan sel darah merah mempunyai sifat-sifat yang serupa dengan natrium.  Badan manusia mengandungi lebih kurang 245 gram kalium.

Fungsi Kalium 
Penting untuk menetapkan tekanan osmosis badan yang terdapat pada sel ± sel tisu dan penting untuk mengatur kesimbangan bendalir.  Dalam sel, kalium berlaku sebagai pemangkin dalam beberapa tindak balas biologi terutama yang terlibat dalam pembebasan tenaga dan dalam sintesis glikogen dan protin.  Menetapkan perseimbangan asid ± bes. 

Kalium penting dalam pengaliran impuls saraf.  Perlu untuk membebaskan insulin dari pankreas.  Kalium bertindak bersama-sama magnesium untuk merehatkan otot, bertentangan dengan kalsium untuk merangsang pengecutan otot. 

Kalium tersebar rata di dalam semua makanan sama ada berasal dari tumbuh ± tumbuhan atau haiwan.  Sumber yang kaya datangnya dari daging, ikan, sayur-sayuran dan buah ± buahan kering.

MAGNESIUM 
Magnesium yang terdapat dalam badan selalunya terdapat pada tulang, sel dan tisu lembut.  Jumlah magnesium dalam badan ialah lebih kurang 20 hingga 30 gram.  Sumber magnesium seperti daging dan sayur-sayuran.

Fungsi Magnesium 
Magnesium penting sebagai pemangkin kepada tindak balas biologi yang kebanyakannya berlaku dalam mitokondrion.  Magnesium diperlukan dalam penghasilan ATP dan juga dalam pertukaran ATP kepada ADP.  Magnesium mempengaruhi sintesis protin dengan mempengaruhi ribosom iaitu organel sel yang mensintesiskan protin dan memudahkan pelekatan RNA pada ribosom. 

Magnesium diperlukan untuk pengaktifan asid amino supaya ia boleh dimasukkan ke dalam molekul protin dan untuk sintesis, degradasi dan kestabilan bahan genatikDNA.  Magnesium diperlukan untuk mengalirkan impuls saraf dan mengadakan pengecutan otot yang normal.  Magnesium yang cukup mungkin meningkatkan kestabilan kalsium dalam enamel gigi. 

Magnesium juga mempengaruhi rembesan tiroksina.  Magnisium akan menjaga kadar metabolik asas yang normal.

SULFUR 
Sulfur ada di dalam semua sel dalam tubuh.  Sulfur banyak di dalam sitoplasma dan kandungan yang paling tinggi adalah pada kulit, rambut dan kuku.

Fungsi Sulfur 
Sulfur bersama-sama hidrogen memainkan peranan penting dalam metabolisme kerana bahan tersebut mudah teroksida, iaitu satu tindak balas yang perlu untuk pembekuan darah. 

Sulfur juga boleh membentuk sebatian yang bertenaga tinggi yang menjadikannya penting dalam pemindahan tenaga.  Sulfur terdiri daripada sekurang-kurangnya empat jenis vitamin ± tiamina, asid pantotenik, biotin dan asid lipoik yang bertindak sebagai koenzim. 

Sulfur juga penting dalam tindak balas penyahtoksikan dengan bergabung pada bahan toksik dan menukarkannya kepada bahan tidak bahaya.

ZAT BESI 
Zat Besi adalah mustahak dalam pemakanan manusia dan terdapat sepenuhnya dalam sel darah merah.  Badan orang dewasa yang sihat mengandungi 3 ± 4 gram besi di mana dua pertiga darinya terdapat didalam hemoglobin. Selebihnya terdapat dalam mioglobin dan dalam bentuk simpanan besi dan sebatian protin kompleks yang digelar feritin. 

Sumber besi seperti daging, hati, ginjal, kuning telur, bijirin muda, sayur-sayuran daun hijau tua, buah-buahan dan tiram.

Fungsi Besi 
Besi diperlukan untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dari paru-paru ke sel-sel dalam badan.  Besi digunakan untuk pembentukan protin mioglobin di dalam sel-sel otot.  Besi boleh menyimpan dan membebaskan oksigen ke dalam sel-sel untuk digunakan dalam pengecutan otot. 

Besi diperlukan untuk pernafasan sel.  Besi menolong pengoksidaan karbohidrat, lemak dan protin.

IODIN 
Badan kita mengandungi sedikit sahaja jumlah iodine, iaitu di antara 20 ± 50 mg dan10 mg darinya terdapat dalam kelenjar tiroid.  Sumber utama iodin datangnya dari bahan makanan laut. Ini termasuklah ikan ± ikan laut, karangan laut dan rumpai laut.

Fungsi Iodin 
Iodin mustahak untuk membentuk hormon tiroid iaitu tiroksin yang diperlukan untuk tumbesaran normal dan pembesaran untuk kanak-kanak remaja dan untuk kesihatan orang dewasa.  Tiroksin juga penting untuk mengawal kadar metabolisma dalam badan.

ZINK 
Di dalam badan manusia dewasa mempunyai 1.4 hingga 2.3 g zink.  Hati, pankreas, ginjal, tulang, dan otot voluntari mempunyai kepekatan yang paling tinggi.  Makanan yang kaya dengan zink ialah daging, hati, telur dan makanan laut.

Fungsi Zink 
Zink memainkan peranan dalam beberapa aktiviti metabolisme seperti dalam proses penyembuhan luka.  Zink memainkan peranan dalam metabolisme asid nukleik dan sentisis protin.  Zink juga memainkan peranan penting dalam perbelahan sel kerana kekurangan zink boleh menjadikan kesan mudarat terhadap kemasukan timidina ke dalam DNA tikus.

KUPRUM 
Badan manusia mengandungi lebih kurang 100 hingga 150gmg kuprum.  Pada amnya hati manusia (10 hingga 15mg), ginjal, jantung rambut dan otak ( 10mg ) mengandungi paling banyak kuprum.  Makanan yang tinggi dengan kuprum ialah hati, ginjal, tiram, coklat, kacang, bijirin, buah-buahan kering, ayam dan itik.

Fungsi Kuprum 
Tugas kuprum ialah mengawal anemia melalui kesannya dalam menolong penyerapan zat besi, meransang sintesis fraksi hem atau globin pada molekul hemoglobin atau dalam membebaskan zat besi simpanan daripada feritin dalam hati.  Kuprum juga diperlukan untuk sintesis fosfolipid yang penting dalam pembentukan sarung myelin yang mengelilingi gentian saraf. Kuprum juga ialah sebahagian daripada enzim respirasi, sitokrom oksidase yang perlu untuk penghasilan tenaga dalam sel.  

Kuprum ialah sebahagian daripada enzim tirosinase yang diperlukan untuk pertukaran asid amino tirosina kepada melanin iaitu pigmen gelap pada kulit dan rambut.

MANGAN 
Mangan ialah mineral surih yang dikelaskan sebagai nutrien perlu.  Diet manusia membekalkan mangan sebanyak 15 ± 20 umol ( 1 ± 8 mg ).  Tubuh manusia mengandungi 12 ± 20 mg mangan dan kandungannya paling banyak di tulang, hati dan ginjal. 

Sumber yang kaya dengannya ialah gandum, legum kering, kacang, nanas dan sayur-sayuran hijau.

Fungsi Mangan 
Mangan perlu untuk pembentukan normal tulang rangka dan tisu perantaraan.  Mangan bertindak sebagai pemangkin atau sebagai sebahagian daripada enzim perlu yang terlibat dalam sintesis asid lemak dan kolesterol, pembentukan urea, dan pembebasan lipid dari hati. 

Ia juga diperlukan dalam struktur dan fungsi mitokondrion di sel yang perlu untuk mengeluarkan tenaga.

FLUORIDA 
Rangka manusia yang sederhana mengandungi 2.6 g fluorida.  Purata pengambilan setiap hari oleh orang dewasa adalah lebih kurang 4.4 mg dan yang paling penting adalah yang diambil dalam air minuman. 

Sumber yang paling baik ialah air minuman yang aras fluoridanya dijaga pada 0.8 hingga 1.2 ppm fluorida  Sumber fluorida yang lain ialah pil natrium fluorida, ubat gigi berfluorida dan stanus fluorida yang disapu oleh doktor pergigian di atas gigi.

AIR 
Cecair jernih, tiada rasa dan tiada warna.  Terdiri daripada 2 bahagian hidrogen dan 1 bahagian oksigen.  Nutrien yang penting dalam kimia dan yang berfungsi untuk kehidupan. 

Kehilangan air badan yang cepat melalui dehidrasi akan menyebabkan kematian.  Air tidak membekalkan tenaga tetapi digunakan oleh badan manusia untuk proses metabolisme.  Kandungan utama dalam berat badan dan menjadi media dalaman untuk nutrien lain berfungsi (50% orang dewasa dan 70% bagi bayi baru lahir)

KEPERLUAN AIR SEHARI 
Keperluan ditentukan oleh berat badan seseorang individu.  Jika suhu persekitaran dan paras aktiviti normal seseorang dewasa memerlukan 1ml air setiap kalori tenaga.  Berubah mengikut peringkat pusingan hidup yang berbeza. 

Purata lelaki dan perempuan dewasa anggaran 2000 ml dan 2800ml bersamaan 2 dan 3 quart.  Perseimbangan air badan adalah kekal jika output cecair badan sama dengan input air.  Sejumlah kecil air hilang semasa pernafasan 

Peluh pada kulit yang tidak kelihatan adalah air yang sebenar dan merupakan 30% dari air badan yang hilang.  Kehilangan oleh peluh akan meningkat terutamanya semasa berlatih dalam cuaca panas.  Air kencing pula adalah sumber utama kehilangan air. Ia boleh meningkat dengan penggunaan diuretik termasuk alkohol, kafein atau makanan yang berprotin tinggi. 

Pengambilan cecair minuman seperti air, soda, susu kopi dan teh adalah sumber utama air untuk mengganti kehilangannya.  Lemak, karbohidrat dan protin jika dipecahkan untuk menghasilkan tenaga juga menghasilkan air .

FUNGSI AIR 
Menyediakan bahan utama untuk sel protplasma iaitu asas kepada semua komponen benda-benda hidup .  Disebabkan air tidak boleh dimampatkan maka ia berguna untuk mengawal tisutisu badan seperti spinal cord dan otak. 

Air adalah keperluan utama dalam pengawalan tekanan osmatik dalam badan ataupun mengekalkan perseimbangan yang betul antara air dan elektrolit.  Air adalah bahan utama dalam darah iaitu mekanisma pengangkutan utama dalam badan untuk menghantar oksigen, galian, hormon dan lain-lain bahan kepada sellainselsel yang diperlukan dan juga membawa balik bahan buangan keluar daripada organ ±organ sel seperti jantung dan buah pinggang untuk dikeluarkan daripada badan. 

Air adalah bahan utama untuk membolehkan deria kita berfungsi. Gelombang pendengaran dipindahkan melalui cecair dalam bahagian telinga dalam .  Keutamaan yang penting kepada individu yang aktif adalah peranan air dalam regulasi suhu badan . Air adalah punca peluh yang utama dan melaluinya pemeluwapan dapat berlaku dari kulit dan dapat menolong menghilangkan lebihan haba badan. 

Sebagai bahan pembina untuk pertumbuhan dan pembaikan tubuh.  Berfungsi dalam proses pencernaan, penyerapan, peredaran darah dan perkumuhan.  Bahan-bahan yang mengandungi air akan berlaku Bahansebagai pelincir dalam tubuh. Bahan larut dalam air liur akan menyebabkan makanan menjadi licin dan yang di sekeliling tulang akan melicinkan sendi.

ELEKTROLIT 
Bahan yang mana jika dalam bentuk cecair boleh mengalirkan elektrik.  Bahan-bahan berasid dan bergaram adalah contoh elektrolit yang biasa yang terdiri daripada ion-ion yang membawa cas elektrik positif atau negatif.  Elektrolit utama dalam cecair badan adalah sodium, potassium, klorida, bikabornat, sulfat, magnesium dan kalsium . 

Elektrolit boleh bertindak sebagai kulit sel dan menghasilkan arus elektrik seperti dalam gerakan saraf.  Elektrolit juga boleh berfungsi dalam bentuk yang lain iaitu mengaktifkan enzim untuk mengawal berbagai aktiviti metabolik dalam sel.

SODIUM 
Sodium ialah elemen mineral yang juga dikenali sebagai natrium (Na).  Ia adalah salah satu daripada ion positif atau elektrolit dalam cecair badan.  Anggaran keperluan minima untuk orang dewasa adalah 500miligram .  Garam biasa (Sodium klorida) mengandungi 40% sodium, jadi lebihkurang 1250 miligram (1.25gram) diperlukan bagi keperluan minima.

Fungsi Sodium 
Sumber utama sodium selalunya dari garam untuk perasa.

Fungsi Sodium 
Mengekalkan perseimbangan cecair badan dan tekanan osmotik.  Untuk mengawal tekanan darah normal melalui kesannya pada jumlah darah.  Sangat penting untuk transmisi saraf dan pergerakan otot .

KLORIDA 
Klorida adalah ion negatif yang utama dalam extracellular cecair.  Dianggarkan orang dewasa memerlukan 750 miligram klorida sehari.  Sumber makanan yang mengandungi sodium seperti dalam garam yang mana mengandungi 60% klorida.

Fungsi Klorida 
Ia bekerja bersama sodium dalam regulasi perseimbangan air badan dan merupakan potensi elektrik kepada lapisan sel.  Ia juga terlibat dalam pembentukan asid hidroklorid dalam perut yang perlu untuk penghadaman.

POTASSIUM 
Potasium adalah elemen mineral yang juga dikenali sebagai kalium.  Ia adalah ion positif dan menggunakan symbol K.  Potasium terdapat dalam banyak makanan terutamanya dalam pisang, buah limau, sayuran segar, susu, daging dan ikan.

Fungsi Potassium 
Sebagai elektrolit utama dalam sel badan, potassium bekerja rapat dengan sodium dan klorida dalam membaiki cecair badan dan dalam penghasilan dorongan elektrik dalam saraf dan otot termasuklah otot jantung.  Potasium juga penting dalam proses tenaga dalam otot yang bertujuan membantu mengangkut glukosa kedalam sel otot, penyimpanan glycogen dan pengeluaran bahan tenaga tinggi.

REGULASI SUHU BADAN 
Suhu badan normal dianggarkan 98.6F (37C).  Manusia adalah golongan berdarah panas dan mampu mengekalkan suhu badan dalam berbagai suhu persekitaran. Untuk melakukan ini badan mesti sentiasa membuat pengubahsuaian samada menambah atau mengurangkan haba. 

Hipotalamus adalah struktur penting dalam otak yang terlibat dalam pengawalan beberapa fungsi fisiologikal termasuklah suhu badan.  Hipotalamus adalah direka untuk berfungsi seakan-akan termostat dalam rumah. 

Secara amnya jika pengesan kulit mengesan suhu panas atau paras suhu darah meningkat, badan akan membuat pengubahsuaian untuk menguranghan haba.  Dua perubahan besar akan berlaku iaitu
± Pertama darah akan dialirkan hampir kepada kulit supaya haba didalam akan lebih hampir kepada luaran. ± Keduanya perpeluhan akan bermula dan pemeluwapan peluh akan membawa keluar haba dari badan. 

Jika pengesan kulit mengesan suhu yang sejuk atau suhu darah menurun maka badan akan bertindak untuk mengekalkan haba atau menambah pengeluaran haba.  Pertamanya darah akan dibawa jauh dari kulit ke tengah teras badan. Ini akan mengelakkan daripada kehilangan haba melalui radiasi dan membantu mengekalkan organ pada suhu yang sesuai. 

Keduanya menggeletar akan bermula. Menggeletar adalah tidak lebih daripada pengecutan otot yang akan menghasilkan haba tambahan secara meningkatkan kadar metabolik.  Perkara yang sering terjadi kepada atlit adalah hyperthermia atau pertambahan suhu badan yang terjadi kerana berlatih dalam persekitaran panas. Ia adalah faktor utama yang mengurangkan keupayaan fizikal. 

Pengeluaran haba metabolik adalah dihasilkan dari pembakaran biasa pada tiga makanan asas dalam badan iaitu kabohidrat, lemak dan protin. Kadar metabolik yang tinggi, penyakit berjangkit, menggeletar dan senaman adalah beberapa faktor yang boleh meningkatkan pengeluaran haba.  Badan manusia juga mempunyai berbagai cara untuk menghilangkan haba. Kehilangan haba selalunya melalui empat cara fizikal iaitu konduksi, konveksi, radiasi dan pemeluwapan. 

Konduksi ± Haba dipindahkan dari badan dengan hubungan fizikal yang terus seperti kita duduk diatas kerusi yang sejuk.  Konveksi ± Haba dipindahkan melalui gerakan udara atau air yang melaui badan.  Radiasi ± Tenaga haba dipancarkan dari badan ke udara sekeliling. 

Pemeluwapan ± Haba hilang dari badan apabila ia digunakan untuk menukarkan peluh kepada wap yang dikenali sebagai haba pemeluwapan. Jantung juga membantu untuk menghilangkan haba melalui pemeluwapan. 

Dalam permainan bola sepak pemain akan menggunakan kadar metabolik yang tinggi dan ini akan menghasilkan haba dengan cepat. Bagi mengawal lebihan suhu dalam badan, pengaliran darah ke kulit akan dipercepatkan untuk tujuan mengeluarkan haba ke persekitaran. 

Pengeluaran haba metabolik adalah dihasilkan dari pembakaran biasa pada tiga makanan asas dalam badan iaitu kabohidrat, lemak dan protin. Kadar metabolik yang tinggi, penyakit berjangkit, menggeletar dan senaman adalah beberapa faktor yang boleh meningkatkan pengeluaran haba.

SAMPLE MEAL PLAN FOR TRAINING
MEAL FOOD DRINK
250 ml jus buah Vita Brits dengan 250 ml susu rendah lemak Breakfast dan sebiji pisang, 2 keping biskut Snack 2 keping roti buah dengan satu sudu jam 2 ekor ayam dan salad sandwiches buahan segar 200 gm yoghurt dan 2 biji pisang

250 ml susu

Lunch Snack Dinner Snack

500 Sports drink Water

Pasta dengan sos tomato dan sos ayam, salad Cordial 500 ml hijau Salad buah-buahan dan yogurt buah-buahan Water

Catatan : ini adalah sample menu untuk pemain bola sepak yang berat badannya 75 kg

SAMPLE MENU OF A HIGH DIET CARBOHYDRATE DIET - BREAKFAST
FOOD ITEM 8 oz oren jus 1 cawan tepung oat 1 biji pisang 8 oz susu rendah lemak 1 keping 1 sudu jelly (agar-agar) CALORIES 120 132 101 102 60 57 GRAMS CARBOHYDRATE 28 23 26 12 12 15

SAMPLE MENU OF A HIGH DIET CARBOHYDRATE DIET - LUNCH
FOOD ITEM 2 oz. daging 1 oz. keju Swiss 2 keping roti 1 helai daun salad 1 hirisan tomato 8 oz. jus epal 8 oz. susu tanpa lemak 2 keping biskut CALORIES 104 105 120 1 3 116 85 96 GRAMS CARBOHYDRATE 0 1 25 0 1 30 12 14

SAMPLE MENU OF A HIGH DIET CARBOHYDRATE DIET - DINNER
FOOD ITEM 3 cawan spaghetti 1 cawan sos tomato & cendawan 2 sudu keju Parmesan 4 keping roti Perancis 1 keping kek ¼ cawan hirisan strawberri ½ cawan ais krim CALORIES 466 89 45 406 161 13 133 GRAMS CARBOHYDRATE 97 19 0 78 36 3 16

SAMPLE MENU OF A HIGH DIET CARBOHYDRATE DIET - SNACK

FOOD ITEM

CALORIES

GRAMS CARBOHYDRATE

16 oz. jus anggur

330

83

6 keping biskut ara

386

81

3236 JUMLAH

613

75 % daripada jumlah kalori

RECOMMENDATIONS FOR HYDRATION
Day before Pre-events meal 2 hours before ½ hour before Every 10 ± 15 minutes during the event After event Drinks fluids frequently 2 ± 3 cawan air 2 ± 2 ½ cawan air 2 cawan air ½ cawan air 2 cawan cecair untuk kehilangan satu paun Drink fluids frequently (it may take 36 haurs to rehaydrate completely)

Next day

ERGOGENIK 
Perkataan ergogenik diperolehi daripada perkataan Greek ³ergo´ yang bermaksud kerja dan ³gen´ bermaksud hasil daripada.  Bantuan ergogenik adalah bahan yang dapat meningkatkan pencapaian prestasi fizikal

Klasifikasi Bantuan Ergogenik 
Mechanical ± clothing/ equipment ± structures and surfaces.  Psychological ± hypnosis/ mental practice/ stress management.  Nutritional ± carbohydrates/ proteins/ fats/ vitamin/ minerals/ water. 

Physiological ± blood doping/ bicarbonate/ loading/ phosphate loading/ oxygen.  Hormones ± anabolic steroids/human growth hormones/oral contraceptives.  Pharmacological ± alcohol/ amphetamines/ beta blockers/ caffeine/ cocaine/ marijuana.

KESAN ERGOGENIK 
 
Kesan secara langsung otot fiber Respon akibat keletihan Membekalkan tenaga untuk pengecutan otot. 

Memberi kesan kepada jantung dan sistem peredaran  Memberi kesan kepada pusat respirasi  Melambatkan kelesuan  Mengurangkan kesan ketahanan terhadap sistem saraf pusat keatas pengecutan otot dan fungsi-fungsi lain. fungsi-

Blood Doping 
Istilah blood doping ialah berkaitan dengan pengumpulan sel darah merah yang dikenali sebagai µerythrocythemia¶. 

Ia merupakan kaedah untuk meningkatkan bilangan sel darah merah dalam sistem peredaran darah. darah.  Ia bertujuan untuk meningkatkan prestasi atlet. atlet. 

Melalui kaedah ini peningkatan sel darah merah dalam darah yang mengangkut oksigen dari paruparuparu ke otot-otot boleh meningkatkan keupayaan ototkapasiti aerobik atlet (VO2 max) dan daya tahan.  Oksigen diangkut ke otot-otot melalui dua cara ototiaitu 3% daripada oksigen diangkut di dalam plasma darah dan 97% lagi diangkut dalam hemoglobin. Peningkatan jumlah hemoglobin akan meningkatkan jumlah oksigen ke otot-otot dan ototmelambatkan kelesuan otot.  Prosedur dimulakan dengan mengambil antara 1 ± 4 unit daripada darah atlet (1 unit = 450 ml darah). 

Darah diambil beberapa minggu sebelum pertandingan (3 ± 8 minggu).  Darah yang diambil dengan plasma darah dikeluarkan dan darah merah dipekkan serta disimpan di dalam peti sejuk untuk mengelakkan pengurangan tumpuan sel darah merah.  Kebiasaannya sel darah merah yang disejukkan dimasukkan semula ke dalam darah atlet antara 1 ± 7 hari sebelum pertandingan. 

Jika dilakukan dengan betul kaedah ini dapat meningkatkan paras hemoglobin dan bilangan sel darah merah sehingga 20 %.

KECEDERAAN DALAM BOLA SEPAK 
Ankle Sprain 

Achilles Tendonitis 

Concussion and Head Injury 

Plantar Fasciitis 

Shin Splints 

Stress Fracture of the Lower Leg 

PCL 

ACL 

Anterior cruciate ligament repair

Sekian terima kasih

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful